Selasa, 20 September 2011

ANAK SENGAT

ANAK SENGAT


NAGA CHINI....

Posted: 19 Sep 2011 04:16 PM PDT

Tak kejam mana... itu komentar awal Mahathir tentang ISA. Mahathir dikenali sebagai pemimpin yang banyak menggunakan ISA terhadap musuh politiknya. Paling dikenang sejarah ialah operasi lalang! Komentar itu sukar ditafsir selain dua kemungkinan. Tidak bersetuju dengan penghapusan itu atau ada kemungkinan ISA akan diganti dengan undang undang yang lebih kejam lagi.

Kejam atau tidak sesuatu perkara dilihat dari suatu bandingan . Apakah bandingan Mahathir terhadap ISA yang dikatakan tak berapa kejam itu? Namun secara mafhum mukhalafah nya ... Mahathir mengakui ISA memang kejam! cuma tak sekejam mana...

Persoalan bandingan Mahathir dengan satu undang undang yang lebih kejam itu tidaklah diketahui. Sepatutnya, untuk mengelakkan teka teki, Mahathir menyebut undang undang kejam yang di bandingkan dengan ISA tu.. Atau ada kemungkinan Mahathir telah ada maklumat dan jangkaan tentang undang undang lebih kejam yang akan menggantikan ISA.

Maka tepatlah sikap PAS seperti apa disebut TG Haji Hadi bahawa PAS akan melihat terlebih dahulu undang undang yang akan menggantikan ISA.... Jangan seperti kata pepatah..lari dari mulut Singa masuk mulut buaya... jangan kita lari dari mulut harimau...tetapi masuk mulut naga! Apataah lagi di Pahanag memang ada lagenda Naga Tasek Chini...

Tiada ulasan: