Selasa, 6 September 2011

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Betullah.. Buang Masa PAS Layan Cabaran Khairy, Serahkan Saja Kepada Pemuda

Posted: 06 Sep 2011 01:30 AM PDT

Sebaik sahaja Ketua Pemuda Umno menyatakan kesanggupannya untuk berdebat mengenai kebenaran fakta sejarah kemerdekaan negara, kali ini Ketua Pemuda PAS Johor, Suhaizan Kayat pula menyatakan kesediaanya untuk berdebat dengan Kahiry Jamaluddin.

Suhaizan menegaskan, pemimpin tertinggi PAS seperti Timbalan Presiden PAS, Mohammad Sabu tidak perlu melayan cabaran Khairy sebaliknya cukup sekadar dirinya yang berdepan dengan Ahli Parlimen Rembau itu.

"Saya menegaskan disini, jika sekadar isu 'Mat Indera' ini yang menjadi modal 'pentas patriot' Khairy untuk menyerang PAS, biar Pemuda PAS Johor sahaja yang berhadapan dan 'selesaikan' perkara ini," kata Suhaizan.

Beliau berkata, Mohammad Sabu dan pimpinan tertinggi yang lain mempunyai banyak misi nasional untuk dipantau termasuklah isu lapan tuntutan BERSIH 2.0 terhadap penambahbaikan sistem pilihan raya negara, kenaikan harga barang, peningkatan tarif elektrik, kontroversi komisyen pembelian Scorpene, dan sebagainya.

Suhaizan berkata pihaknya akan menyediakan pentas dan mengesyorkan sesi debat itu diadakan di daerah Muar, Johor tempat dimana terjadinya tragedi Bukit Kepong.

"Isu ini berlaku di Johor (Bukit Kepong). Mat Indera kami angkat sebagai hero kemerdekaan anak Melayu dari Johor dalam perjuangan menyingkirkan penjajah. Saya sendiri orang Johor. Jika Khairy anak jantan, turun ke Muar Johor, kita akan sediakan pentas debat untuk cari kebenaran sejarah ini!," tegas Suhaizan.

Debat itu penting bagi merungkai kontroversi yang menyelubungi Mohammad Sabu dan pimpinan Pakatan Rakyat yang ditomah media arus perdana kononnya mereka mendewakan fahaman Komunis dan tidak menghargai jasa serta pengorbanan pejuang kemerdekaan.

Sejak 27 Ogos bulan lalu sebanyak 49 laporan polis dibuat diseluruh negara, menggesa polis melakukan siasatan dan media arus perdana berhempas pulas menyerang Mohammad Sabu tanpa langsung memberikan peluang untuknya membela diri.

Selain itu, Suhaizan memberi jaminan akan menggerakkan seluruh jentera Pemuda PAS Johor untuk mengadakan pentas-pentas penerangan bagi memastikan kebenaran fakta berkaitan Mat Indera dan tragedi Bukit Kepong ini sampai ke pengetahuan rakyat khasnya rakyat di negeri Johor.

Suhaizan berkata, Pemuda PAS arif dengan modus operandi Umno yang bertindak membangkitkan isu Komunis demi mengalih pandangan rakyat daripada terus mempersoalkan pendirian kerajaan pemerintah bersabit banyak isu termasuk jawapan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Kerajaan pimpinan Najib berhubung lapan tuntutan BERSIH 2.0.

Tidak kurang juga pegangan kabinet Perdana Menteri Najib Razak berhubung komitmen Jawatankuasa Khas Parlimen yang ditubuhkan untuk mengkaji perjalanan sistem Pilihan Raya negara.

Dan terbaru, apakah jawapan Najib akan ketiadaannya di Malaysia tatkala rakyat menyambut kemerdekaan yang ke- 54 dan keseriusannya dalam membela nasib rakyat apabila besenang- lenang bercuti di Perth, Australia dikala rakyat mengikat perut merayakan Aidilfitri dalam keadaan harga barangan asas semakin meningkat.

Debat: PAS pusat sokong Mat Sabu hanya mahu jumpa No 2 Umno

Kepimpinan pusat PAS mempertahankan pendirian Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu yang memutuskan untuk berdebat dengan pemimpin yang setaraf dengan kedudukanya dari Umno, bukan dengan Ketua Pemudanya Khairy Jamaluddin.

"Ya, kami sokong pendirian Mat Sabu (Mohamad). PAS mencadangkan... kita lihat peringkat parti, jadi timbalan presiden berdebat dengan timbalan presiden, yang sama jawatan dalam parti," kata Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man ketika dihubungi The Malaysian Insider mengenai isu debat dan wacana yang muncul di sebalik kenyataan kontroversi mengenai tragedi Bukit Kepong.

"Saya melihat kalau timbalan presiden bertemu dengan timbalan presiden baru kuat," katanya lagi.

Tuan Ibrahim berkata kemungkinan itu sebabnya Mohamad juga memutuskan untuk memberitahu bahawa biar Pemuda PAS yang mengambil tindakan susulan apabila Khairy dilaporkan menerima tawaran berdebat anjuran kerajaan negeri Kelantan.

Dalam satu kenyataan kepada The Malaysian Insider semalam, Muhamad berkata beliau hanya bersedia berdebat dengan Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung kenyataan kontroversi berkaitan dengan tragedi Bukit Kepong dan gesaan agar fakta sejarah diteliti semula.

Ekoran perkembangan itu, Khairy pula mengecam Mohamad sebagai seorang pemimpin politik "bacul dan tiada bermaruah" kerana tidak sanggup bertemu dengannya.

Menerusi media sosial Twitter berterusan hari ini dengan Khairy menegaskan, "yang pasti, saya sedar hari ini PAS pilih Timbalan Presiden yang bacul dan tiada maruah. Takut sebab salah. Tewas sebelum tempur."

Dalam satu lagi mesej Twitter, Khairy yang pernah muncul di pentas dengan Naib Presiden PAS Datuk Paduka Husam Musa, yang juga Exco Kerajaan Kelantan beberapa tahun lalu berkata, "sekurang-kurangnya Husam 'anak jantan'. Ini Mat Sabu... dengan Ketua Pemuda Umno sudah lari. Adakah ini timbalan presiden yang anda pilih? Malu."

Mohamad yang lebih dikenali "Mat Sabu" berkata "Timbalan Presiden Umno, OK" - apabila ditanya sama ada bersedia berdebat dengan Muhyiddin yang juga anak jati Johor. Muhyiddin juga timbalan perdana menteri dan bekas menteri besar Johor.

Ditanya di mana lokasi debat itu boleh diadakan, Mohamad hanya menjawab: "Terserah."

Khairy seterusnya berkata biar sejarah akan menunjukkan beliau telah menerima jemputan untuk mengupas isu semasa ini, tetapi ditolak oleh Mohamad.

"Jadi, biarlah rekod sejarah jelas. Saya setuju dengan jemputan kerajaan PAS Kelantan lawan Mat Sabu. Tapi dia takut dan lari. Jangan putar sejarah ini," katanya lagi.

Semalam, Dewan Pemuda PAS pusat juga melahirkan hasrat mahu berdebat dengan Pemuda Umno berhubung kenyataan kontroversi Mohamad Sabu, yang menyentuh tragedi Bukit Kepong selain mahu sejarah kemerdekaan negara ditulis semula.

Ketua Dewan Pemuda PAS pusat Nasrudin Hassan berkata, pihaknya bersedia bila-bila masa untuk berdebat demi mencari kebenaran sebenar kemerdekaan negara.

"Dewan Pemuda PAS Malaysia bersedia pada bila-bila masa untuk menyertai debat ilmiah dengan Pemuda Umno demi sebuah kebenaran dan masa depan yang diasaskan oleh pembacaan sejarah yang betul dan benar.

"Debat ini bukan bertujuan untuk mencetus persengketaan walau melibatkan Pemuda PAS dan Pemuda Umno, tetapi bermaksud membedah sejarah, mencari ketulenan peristiwa yang pernah berlaku dalam sejarah kemerdekaan negara tercinta," katanya dalam satu kenyataan.

Dalam kenyataan kelmarin, Tuan Ibrahim berkata pihaknya bersedia untuk berbahas dengan Umno berhubung kontroversi tragedi Bukit Kepong dan fakta sejarah negara — yang kini menjadi senjata terbaru parti Melayu itu untuk menyerang kepimpinan Mohamad.

Tuan Ibrahim berkata, ramai pejuang kemerdekaan yang tidak diiktiraf dalam sejarah termasuk Muhammad Indera atau Mat Indera, salah seorang yang terlibat dalam tragedi Bukit Kepong.

Mengulas mengenai perkembangan sejak dua hari lalu ini, Tuan Ibrahim berkata, apa yang diusahakan oleh kerajaan negeri Kelantan adalah perkara berbeza daripada apa yang diambil oleh PAS.

"Usaha kami di peringkat PAS lebih bersifat wacana. Kami memanjangkan kepada Umno... kepada Ketua Penerangan Umno, untuk mengadakan wacana atau perbincangan mengenai fakta sejarah," katanya.

Tambah beliau, surat pelawaan kemungkinan dikeluarkan minggu depan selepas mengadakan satu perbincangan di peringkat PAS pusat hari ini.

"Jawatankuasa khas mengadakan mesyuarat hari ini. Salah satu perkara yang akan dibincangkan ialah perkara ini. Jadi, kami akan memutuskan perkara ini... kemungkinan surat akan dikeluarkan minggu depan," katanya. -TMI




Lelaki Lari Berbogel 5 Km Dengan Kemaluan Melecur Ke Balai Polis

Posted: 06 Sep 2011 12:38 AM PDT

Seorang lelaki yang melecur di perut dan kemaluannya selepas disimbah air panas oleh teman wanita terpaksa berlari bogel lebih lima kilometer (km) bagi mendapatkan bantuan di Balai Polis Kota Damansara, dekat sini, kelmarin. Gambar fail

Dalam kejadian jam 8 pagi di sebuah hotel di Jalan PJU5, Kota Damansara di sini, mangsa yang berusia lewat 20-an, diserang teman wanitanya berusia 24 tahun selepas berlaku pertengkaran apabila mangsa mahu menamatkan perhubungan.

Menurut sumber, sebelum kejadian pasangan terbabit dilaporkan bertengkar selepas mendaftar masuk ke hotel itu kira-kira jam 11 malam, Sabtu lalu.

"Suspek meninggalkan hotel itu dan pulang ke rumah dalam keadaan marah apabila mangsa mahu memutuskan hubungan dengannya.

"Bagaimanapun, wanita itu datang semula ke hotel berkenaan kira-kira jam 8 pagi kelmarin (Ahad) dengan membawa beg pakaian mengandungi pelbagai senjata iaitu tiga pisau, tukul besi, dua gunting, seketul bata dan rantai besi dipercayai mahu digunakan untuk menyerang teman lelakinya," katanya. -hm

Ulasan GB

Nasib kau ler mamat. Mujur senjata-senjata, tiga pisau, tukul besi, dua gunting, seketul bata yang dibawa belum digunakan untuk mencerakan mangsa.

Ceramahnya Disensasikan, Mohd Sabu Bakal Bergelar Jutawan... Mudah-mudahan..

Posted: 05 Sep 2011 10:32 PM PDT

Boleh saman Mat Sabu, kata Hisham

Pihak yang merasa tersinggung dengan kenyataan Timbalan Presiden Pas Mohamad Sabu yang mendakwa pengganas komunis adalah pejuang dan wira sebenar kemerdekaan negara, disaran mengambil tindakan sewajarnya.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata tindakan saman di mahkamah mungkin antara yang boleh dilakukan oleh pihak yang tersinggung terutamanya anggota keluarga pejuang kemerdekaan negara serta persatuan-persatuan bekas polis.

"Saya rasa pihak yang berkepentingan perlu mengambil tindakan kerana kadangkala nak tunggu siasatan dari pihak polis dan Peguam Negara mengambil masa.

"Ramai yang kecewa dengan kenyataan Mat Sabu, dan saya sendiri sebagai cucu Datuk Onn (Jaafar) terasa terhadap dakwaan-dakwaan yang berunsur politik, tapi ada had dan batasan dalam nak politikkan sesuatu. lebih-lebih lagi bila ianya bersandarkan kepada sejarah," katanya kepada pemberita di Putrajaya hari ini.

Hishammuddin juga berharap pihak polis akan mempercepatkan proses siasatan.

Mengenai permintaan beberapa pihak supaya Mat Sabu dikenakan tindakan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri, beliau berkata akta itu hanya boleh digunakan jika tindakan individu itu menjejaskan keselamatan negara. --Bernama

Mat Sabu : "Jangan gali kubur sendiri!"

JOHOR BAHRU - "Jangan gali kubur sendiri!" Itulah peringatan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu kepada mana-mana pihak terutama pemimpin Umno yang terus menyerangnya berhubung isu dakwaan Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan.

Mat Sabu berkata, beliau bukan bercakap kosong menge­nai perkara itu, sebaliknya mem­­punyai bukti mengang­kat Mat Indera sebagai hero.

Menariknya, kata Mat Sabu, buku yang dirujuknya, 'Pengukir Nama Johor' diterbitkan Yayasan Warisan Johor (YWJ) yang dinaungi sendiri oleh Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman.

Malah Abdul Ghani turut memberi kata-kata aluan pada buku terbitan 2004 itu sekali gus, katanya, membuktikan penerbitan buku yang mengiktiraf Mat Indera itu direstui Kerajaan Negeri.

"Jadi, saya nak nasihatkan Umno supaya jangan gali kubur sendiri; (kepada ahli sejarah) jangan jadi pengampu yang cuba gelapkan sejarah. Rakyat Johor seharusnya berbangga kerana Mat Indera adalah pejuang sebenar menentang penjajah, walaupun akhirnya mati di tali gantung," katanya semalam.

Buku 'Pengukir Nama Johor' yang antara lain, mempunyai potret Mat Indera turut menghiasi kulit depannya, menghimpunkan biografi tokoh-tokoh kelahiran Johor yang ditulis oleh beberapa penulis, manakala kisah Mat Indera dihasilkan Ismail Adnan, bekas guru kanan yang pernah menjadi Timbalan Pengarah Institut Kepimpinan dan Latihan Semangat Datuk Onn.

Selain Mat Indera, turut dikisahkan riwayat mereka dalam buku itu ialah Almarhum Sultan Ismail dan bekas Pengerusi Tetap Umno, Tun Sulaiman Ninam Shah.

Buku itu disunting oleh Profesor Emeritus Datuk Abu Bakar A Hamid, bekas profesor di Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya dan Md Ismail Zamzam, Tokoh Guru Berjasa Johor 2002.

Pada sidang media itu, Mat Sabu membaca sebahagian daripada tulisan Ismail mengenai Mat Indera, yang menurutnya, meyakinkannya bahawa Mat Indera bukan petualang tetapi pejuang:

"Walaupun ketokohan Mat Indera masih menjadi kontroversi namun ada satu persoalan besar perlu diberi jawapan sewajarnya. Persoalan kini adakah Mat Indera seorang petualang atau pejuang? Huraian di atas cukup jelas memberikan jawapan tepat.

"Seperti Datuk Mahara­jalela, Tok Janggut, Mat Salleh, Datuk Dol Said, Rosly Dhoby dan lain-lain, Mat Indera adalah seorang berani berjuang seca­ra terbuka melibatkan jasmani, rohani, intelek dan emo­sinya demi bangsa dan negara. Dia tidak mempunyai kepentingan peribadi. Dia juga tidak mempunyai niat jahat terhadap bangsa dan negaranya.

"Dia rela mempertaruhkan nyawanya demi memperjuangkan hak kedaulatan sebuah negara yang terbelenggu oleh rantai penjajahan. Justeru Mat Indera sewajarnya diabadikan namanya sebagai seorang pejuang dan bukan seorang petualang."

Mat Sabu berkata, Pas menawarkan khidmat peguam kepada waris peristiwa Bukit Kepong yang ingin menuntut pampasan atas penderitaan kehilangan anggota mereka dalam peristiwa itu.

"Ada peguam, yang juga ahli Pas dan anak Johor, menawarkan diri mahu membantu waris mereka yang terlibat dengan peristiwa Bukit Kepong untuk menuntut pampasan daripada Kerajaan British. Dia sedia bantu. British bertanggungjawab ke atas pasukan mata-mata yang berkhidmat di rumah pasung (balai polis) itu. Kita sedia membawa kes supaya dipertimbangkan pampasan kepada mereka," katanya.

Mat Indera, gerila Melayu yang berpendidikan agama dan disifatkan sebagai individu warak, mengetuai serangan bersama anggota komunis ke atas Balai Polis Bukit Kepong. SH


Ulasan GB

Menteri-menteri UMNO termasuk media arus perdana (eletronik & cetak) membesar-besarkan isu ceramah Mohd Sabu disamping dilihat "menghasut" rakyat untuk menyaman Mohd Sabu hanya bersandarkan kepada laporan palsu & fitnah Utusan Malaysia.

Bekas-bekas polis yang membuat laporan polis terhadap Mohd Sabu pula lansung tak dengar isi kandungan sebenar ceramah Mohd Sabu.

Menjadi beban kepada semua pihak yang membuat laporan polis untuk membuktikan dalam ceramah Mohd Sabu itu ada terdapat dakwaan yang kononnya beliau mendakwa "pengganas komunis adalah pejuang dan wira sebenar kemerdekaan negara". Kalau tak der siaplah kamu-kamu yang memfitnah.

Berikut ialah ucapan Mohd Sabu yang menyentuh hal Bukit Kepong:

"… Bukit Kepong, polis itu polis British, hak serang Bukit Kepong tulah pegawai kerajaan, ketuanya Mat Indra, Melayu.

"Tetapi semua sejarah itu ditutup, Jins Samsuddin buat filem, Jins Samsuddin tu Umno, cerita Bukit Kepong, hak serang balai polis tu penjahat, polis itu polis British.

"Sebelum merdeka negara kita diperintah oleh British, tapi dia buat filem yang hero hak pertahan balai polis, hak serang tu pengganas, padahal Mat Indra ketua penyerang balai polis tu dan akhirnya dia dihukum gantung di Jering Taiping.

"Begitulah juga Tok Janggut, Tok Janggut ni lawan British, tapi sebelum British nak... nak bunuh dia, dia menghasut Sultan Kelantan untuk mengisytiharkan Tok Janggut sebagai penderhaka, bila isytihar Tok Janggut sebagai penderhaka, barulah Tok Janggut dihukum gantung di Pasir Puteh Kelantan.

"Semua sejarah negara kita bohong…."

Ayat yang mana menyatakan Mohd Sabu mendakwa pengganas komunis adalah pejuang dan wira sebenar kemerdekaan negara?

Justeru itu, Mohd Sabu layak dan berhak untuk menyaman mereka yang mahu menyamannya termasuk menteri yang menghasut rakyat itu.

Jangan hairan nanti Mohd Sabu kaya raya, jadi jutawan bila samannya menang. Itu sebab setiap sesuatu musibah itu pun ada hikmahnya, blessings in disguise apabila meyakini setiap masalah itu adalah peluang.. problems are opportunities..

Dan itu sebab pentingnya kita BERSYUKUR di atas apa saja yang menimpa kita, bukan saja yang baik malah yang buruk pun kerana yang buruk itu mungkin ada hikmah disebaliknya... Bagi si-makrifat (yang berilmu), tiada ada yang buruk dari Allah s.w.t. kerana setiap dari Allah mestilah baik adanya. Ada dalil naqli yang menjelaskannya :

Firman Allah s.w.t:

الَّذِينَ يَذْكُرُونَ اللّهَ قِيَاماً وَقُعُوداً وَعَلَىَ جُنُوبِهِمْ وَيَتَفَكَّرُونَ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هَذا بَاطِلاً سُبْحَانَكَ فَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

(Iaitu) orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri, duduk dan berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): Wahai Tuhan kami! Tidaklah engkau menjadikan semuanya ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka. Surah : Al-i'Imran:191

Hadith pula: Daripada Jabir r.a.: Rasulullah SAW bersabda: Zikir yang paling afdhal ialah La ilaha illallah dan doa yang paling afdhal ialah alhamdulillah.

Bersyukurlah kamu Mohd Sabu, semuga fitnah itu berbalik kepada mereka semula. Kalau Hanipa Maidin yang failkan saman bagi pihak Mohd Sabu, peluang Mohd Sabu menang adalah cerah, sebab banyak kes saman yang dikendalikan beliau berjaya di mahkamah. InsyaAllah.

End of the day, yang ditimpa kehinaan nanti ialah Utusan Malaysia, Akhbar Pemfitnah No.1 Negara dan sekalian mereka yang memfitnah Mohd Sabu kerana itu janji Allah untuk pemfitnah:

إِنَّ الَّذِينَ فَتَنُوا الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ ثُمَّ لَمْ يَتُوبُوا فَلَهُمْ عَذَابُ جَهَنَّمَ وَلَهُمْ عَذَابُ الْحَرِيقِ

Sesungguhnya orang-orang yang memfitnah kepada orang-orang mu'min (laki-laki) dan mukminah yang perempuan kemudian mereka tidak bertaubat, maka bagi mereka neraka jahannam dan bagi mereka azab yang membakar. Al-Buruj:10

Ya, Mohd Sabu bakal bergelar jutawan... Mudah-mudahan masinlah perkataanku ini... Amin.

Shafee Perlu Dikenakan Tindakan Hina Mahkamah - Karpal

Posted: 05 Sep 2011 08:45 PM PDT

Pengerusi DAP Karpal Singh mahu Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah dikenakan tindakan menghina mahkamah atas alasan peguam pro-Umno itu telah bercampur tangan dalam prosiding kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Karpal menggesa Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah mengeluarkan notis tunjuk sebab ke atas Shafee agar menjelaskan "serangan terbuka yang tidak wajar" ke atas Anwar, yang membela diri dari kandang saksi akhir bulan lalu.

Anwar, bekas timbalan perdana menteri, kini mengetuai Pakatan Rakyat yang dianggotai tiga komponen termasuk DAP.

Karpal juga merupakan peguam utama membela Anwar, yang dituduh meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan pada Jun 2008.

"Jika apa yang dikatakan oleh Anwar tidak menghiraukan (mahkamah), maka ia adalah tindakan menghina dari sudut mahkamah. Oleh itu, Hakim Mohamad Zabidin yang perlu memutuskan Anwar sebagai telah mengina mahkamah. Beliau tidak berbuat demikian.

"Siapa Muhammad Shafee Abdullah untuk mempersoalkan kebijaksanaan hakim perbicaraan?" kata Karpal dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam temu bual dengan Minggua Mingguan, akhbar terbitan Kumpulan Utusan semalam, Shafee menyifatkan pembelaan Anwar telah menghina mahkamah.

Oleh itu, beliau Shafee mahu Peguam Negara bertindak memfailkan tindakan menghina mahkamah ke atas Anwar.

Karpal membantah hujah Shafee yang meminta Peguam Negara bercampur tangan dalam isu itu.

"Perkara ini dengan sendiri merupakan tindakan menghina mahkamah di pihak hakim yang mahu berbuat demikian," katanya lagi.

"Shafee seharusnya mengetahui bahawa seorang hakim tidak boleh campur tangan dalam prosiding kehakiman di mahkamah lain. Ia tidak dapat disangkal," kata Karpal yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor.

Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat juga mahu Mahkamah Tinggi yang mendengar kes liwat Anwar memanggil Shafee berhubung dakwaan bahawa beliau berkonspirasi dengan pentadbiran Najib untuk memusnahkan imej Ketua Pembangkang itu.

Beberapa wakil rakyat memberitahu The Malaysian Insider, mahkamah perlu menentukan sama ada peguam terkenal itu telah mengadakan pertemuan dengan ketua-ketua media bersama kakitangan Pejabat Perdana Menteri berhubung liputan media kes berprofil tinggi itu.

Terdahulu, The Malaysian Insider membawa laporan memetik peguam itu yang menafikan dakwaan berkonspirasi dengan kakitangan Jabatan Perdana Menteri untuk menggunakan media dan menamatkan kerjaya politik Anwar, yang dilihat sebagai ancaman kepada BN.

Shafee berhadapan dengan kecaman dunia siber kononnya beliau mencampuri urusan liputan berita kes kontroversi Anwar, yang akhir bulan lalu membela dirinya di mahkamah dengan membacakan kenyataan tidak bersumpah dari kandang tertuduh.

Peguam itu didakwa memberi beberapa arahan kepada editor-editor dan pemberita media arus perdana.

Kecaman itu dibuat oleh blogger yang memperkenalkan dirinya sebagai Ahmat Gaza (http://ahmatgaza.blogspot.com/2011/08/konspirasi-shafee-jpm-dalam-kes-anwar.html).

Dia mendakwa pertemuan rahsia itu diadakan di Le Meridien Hotel di sini dan turut dihadiri oleh penasihat media kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Abdul Jalil Hamid.

Shafee berkata dakwaan itu satu usaha untuk menghuru-harakan institusi kerajaan untuk mengambil alih Putrajaya.

"Agenda dia ialah untuk menyemai rasa tidak percaya sedaya yang boleh terhadap institusi-institusi kerajaan termasuk kehakiman, untuk mewujudkan keadaan huru-hara terhadap keluhuran undang-undang," kata Muhammad Shafee menjawab dakwaan Ahmat Gaza.

"Gaza ini dungu, yang tidak tahu keadaan sebenar pertemuan ini," katanya lagi sambil mencemuh dakwaan kononnya ia konspirasi mahu menyebabkan mudarat ke atas Anwar.

Peguam itu memberi amaran akan memfailkan saman fitnah sebaik identiti blogger itu terdedah. Dakwaan itu tersebar luas dan diulang terbit oleh laman-laman web lain.

Ditanya sama ada Abdul Jalil juga hadir pada pertemuan itu, Muhammad Shafee berkata: "Jika Jalil ada di sana, saya samar-samar dia ada di sana. Saya tidak terkejut jika dia ada di sana kerana dia ada di sana sebagai orang media."

Kata Muhammad Shafee, beliau mengenali Jalil tetapi bukan sebagai pembantu Najib dan mendakwa hanya menyedari jawatan semasanya selepas dimaklumkan oleh The Malaysian Insider.

Bagaimanapun, Abdul Jalil, bekas wartawan kanan Reuters enggan mengulas ketika dihubungi oleh The Malaysian Insider. -TMI

Kerana Cemburukan Seorang Pondan Bernama Natasya, Lelaki Disimbah Asid

Posted: 05 Sep 2011 06:35 PM PDT

Natasha punca rakan disimbah asid

KANGAR – "Saya berasa amat bersalah dan bimbang selepas teman saya menerima aib disimbah asid. Oleh itu, saya hendak pergi dari sini."

NATASHA (kanan) menunjukkan kesan simbahan asid pada badan Mohd. Hafizuddin di Kangar semalam.

Demikian luahan seorang pondan yang mahu dikenali sebagai Natasha, 28, yang dikaitkan punca cemburu seorang lelaki sehingga sanggup bertindak menyimbah asid ke atas rakan serumahnya di Taman Seri Bakau di sini pada Sabtu lalu.

Kata Natasha, dia akan membawa diri ke tempat baharu bagi menjalani kehidupan lebih aman bersama teman serumahnya yang juga mangsa kejadian, Mohd. Hafizuddin Johari, 20.

"Sejak kami bersama, ramai pihak tidak senang dengan hubungan kami sehingga sering diugut dan dicaci.

"Kejadian ini amat menakutkan saya dan demi keselamatan dan keselesaan hidup, kami akan pindah," katanya ketika ditemui di Rumah Kelab Media Perlis di sini semalam.

RUMAH di Taman Seri Bakau, Kangar tempat Mohd. Hafizuddin cedera disimbah asid oleh seorang lelaki gara-gara cemburukan Natasha.

Semalam akhbar melaporkan seorang pemuda cedera di muka dan tangan kanan akibat disimbah asid oleh individu tidak dikenali ketika sedang mengunci pagar rumahnya di Taman Seri Bakau di sini.

Menurut polis, motif serangan oleh suspek berusia 19 tahun itu disebabkan cemburu ekoran mangsa melarangnya mendekati Natasha. Penyerang tersebut kemudiannya berjaya diberkas.

Natasha yang bekerja sebagai jurujual kosmetik berkata, punca temannya diserang adalah kerana suspek tidak berpuas hati ekoran tidak dapat mendekati dirinya.

"Saya dan Hafizuddin tidak mengenali penyerang itu tetapi disebabkan sifat dan keadaan saya, ramai lelaki hendak berkawan tetapi saya tidak melayan mereka," ujarnya lagi.

Natasha mendakwa menjadi tumpuan ramai lelaki ekoran minatnya yang suka menyanyi dan menari di beberapa pusat karaoke di sekitar pantai negeri itu.

"Saya sayangkan Hafizuddin sebab dia banyak menolong dan memberi sokongan kepada saya. Oleh itu, keputusan kami ini baik untuk semua pihak," ujarnya.

Sementara itu, Mohd. Hafizuddin yang bekerja di bidang penyediaan makanan memberitahu, dia akan mengikut Natasha kerana serasi hidup bersama sejak mengenalinya empat bulan lalu. -kosmo

Mayat Remaja Perempuan Terbakar Ditemui Di Ampang

Posted: 05 Sep 2011 04:30 PM PDT

Mayat seorang wanita dengan kesan 80 peratus kebakaran pada badannya ditemui di tepi jalan berhampiran sebuah loji kumbahan di Kampung Lembah Jaya Utara, Ampang, tengah hari pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin berkata mayat yang ditemui oleh orang awam kira-kira 1.35 tengah hari dilihat tidak berpakaian kerana dipercayai telah terbakar selain rambutnya juga sudah terbakar.

"Mayat wanita yang ditemui dalam keadaan terlentang itu dipercayai seorang remaja berdasarkan keadaan fizikalnya," katanya kepada pemberita di tempat kejadian di sini pada Isnin.

Beliau berkata mayat itu dihantar ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysiauntuk dibedah siasat bagi mengenal pasti identiti serta tempoh kematian.

Amiruddin juga meminta sesiapa yang ada kehilangan ahli keluarga supaya tampil selain akan menyoal siasat penduduk sekeliling bagi mengumpul maklumat.

Katanya kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sementara itu seorang saksi, Rahmad Saidon, 60, berkata beliau mengetahui kejadian berkenaan selepas dimaklumkan oleh penduduk setempat yang menemui mayat itu.

"Pada mulanya saya menyangka objek itu (mayat itu) adalah patung namun bila diperhati ia adalah mayat wanita yang terbakar selepas ternampak mata, gigi dankukunya," katanya.

Beliau yang tinggal bertentangan dengan tempat mayat tersebut ditemui berkata kira-kira 10.30 malam tadi, beliau terdengar bunyi seperti orang berjalan di luar rumahnya namun apabila ditinjau tiada sesiapa kelihatan.

"Manakala pada 3.30 pagi tadi, saya terdengar bunyi beberapa buah motosikalyang lalu lalang di luar rumah... Apa yang menghairankan saya bunyi tersebut bukan seperti biasa kerana kebiasaannya waktu seperti itu laluan agak sunyi," katanya. - BERNAMA

Peguam Ini Memang Jahatlah!

Posted: 05 Sep 2011 11:59 AM PDT

Pakatan: Mahkamah wajar panggil Shafee jelas kenyataan sentuh kes Anwar

Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat mahu Mahkamah Tinggi yang mendengar kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim memanggil peguam Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah berhubung dakwaan bahawa beliau berkonspirasi dengan pentadbiran Najib untuk memusnahkan imej Ketua Pembangkang itu.

Beberapa wakil rakyat memberitahu The Malaysian Insider, mahkamah perlu menentukan sama ada peguam terkenal itu telah mengadakan pertemuan dengan ketua-ketua media bersama kakitangan Pejabat Perdana Menteri berhubung liputan media kes berprofil tinggi itu.

"Ini mencetuskan keraguan berhubung prosiding kes dan mahkamah seharusnya memanggil Shafee untuk membuat penjelasan demi memastikan kewibawaan perbicaraan," kata Naib Presiden Datuk Mahfuz Omar.

Pendirian itu seiring dengan pandangan ketua DAP Perak Datuk Ngeh Koo Ham, yang menegaskan Shafee seringkali dilantik dan dikaitkan dengan perbincangan-perbincangan politik Umno, parti teras Barisan Nasional (BN).

Oleh itu kata beliau, peguam itu tidak boleh dianggap sebagai seorang yang berkecuali.

"Keadilan seharusnya dilihat diberikan. Dia juga peguam yang secara terbuka memberitahu media bahawa 99.9 peratus lelaki dalam rakaman video seks adalah Anwar," kata Ahli Parlimen Beruas ini, merujuk kepada rakaman video yang dikaitkan dengan Anwar, Ketua Umum Pakatan Rakyat, beberapa bulan lalu.

Terdahulu, The Malaysian Insider membawa laporan memetik peguam itu yang menafikan dakwaan berkonspirasi dengan kakitangan Jabatan Perdana Menteri untuk menggunakan media dan menamatkan kerjaya politik Anwar, yang dilihat sebagai ancaman kepada BN.

Shafee berhadapan dengan kecaman dunia siber kononnya beliau mencampuri urusan liputan berita kes kontroversi Anwar, yang akhir bulan lalu membela dirinya di mahkamah dengan membacakan kenyataan tidak bersumpah dari kandang tertuduh.

Peguam itu didakwa memberi beberapa arahan kepada editor-editor dan pemberita media arus perdana.

Kecaman itu dibuat oleh blogger yang memperkenalkan dirinya sebagai Ahmat Gaza.

Dia mendakwa pertemuan rahsia itu diadakan di Le Meridien Hotel di sini dan turut dihadiri oleh penasihat media kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Abdul Jalil Hamid.

Shafee berkata dakwaan itu satu usaha untuk menghuru-harakan institusi kerajaan untuk mengambil alih Putrajaya.

"Agenda dia ialah untuk menyemai rasa tidak percaya sedaya yang boleh terhadap institusi-institusi kerajaan termasuk kehakiman, untuk mewujudkan keadaan huru-hara terhadap keluhuran undang-undang," kata Muhammad Shafee menjawab dakwaan Ahmat Gaza.

"Gaza ini dungu, yang tidak tahu keadaan sebenar pertemuan ini," katanya lagi sambil mencemuh dakwaan kononnya ia konspirasi mahu menyebabkan mudarat ke atas Anwar.

Peguam itu memberi amaran akan memfailkan saman fitnah sebaik identiti blogger itu terdedah. Dakwaan itu tersebar luas dan diulang terbit oleh laman-laman web lain.

Ditanya sama ada Abdul Jalil juga hadir pada pertemuan itu, Shafee berkata: "Jika Jalil ada di sana, saya samar-samar dia ada di sana. Saya tidak terkejut jika dia ada di sana kerana dia ada di sana sebagai orang media."

Kata Shafee, beliau mengenali Jalil tetapi bukan sebagai pembantu Najib dan mendakwa hanya menyedari jawatan semasanya selepas dimaklumkan oleh The Malaysian Insider.

Bagaimanapun, Abdul Jalil, bekas wartawan kanan Reuters enggan mengulas ketika dihubungi oleh The Malaysian Insider. -TMI


Konspirasi Shafee-JPM dalam kes Anwar Ibrahim

Salam kawan kawan.

Dalam musim bermaaf-maafan ini, saya nak ceritakan konspirasi peguam Umno tersohor, Shafee Abdullah, dengan penasihat media Jabatan Perdana Menteri, Jalil Hamid, dalam liputan kes liwat Anwar Ibrahim.

Walaupun falsampah politik saya tak selari dengan Anwar Ibrahim, saya sebagai wartawan Malaysia muak dengan konspirasi konspirasi untuk menggunakan media untuk menjatuhkan ahli politik.

Sudah lama dah. Dari zaman Utusan Melayu di ambil alih 1961 sampai sekarang. 50 tahun. Cukuplah Umno dan Umno Baru. Sedarlah sikit.

Konspirasi yang terbaru ni sama seperti konspirasi memburukkan Raja Petra Kamarudin beberapa tahun dulu.

Kira-kira dua minggu yang lalu, Shafee Abdullah dan Jalil Hamid, yang baru ini kena kutuk pasal pelannya memburukkan Bersih 2.0, telah berjumpa pengarang kanan media tempatan untuk cara-cara meliputi kes liwat Anwar Ibrahim.

Mereka mengutuk pendakwaraya yang tidak membantah ucapan politik Anwar Ibrahim pada permulaan pembelaannya dalam kes liwat aduan Saiful Bukhari Azlan. Yalah, Anwar Ibrahim berucap mengutuk kerajaan dan apa yang dia panggil konspirasi terhadapnya.

Pendakwaraya diam sahaja. Tidak membantah dan membenarkan dia bercakap.

Shafee Abdullah tidak tahan lagi. Walaupun dia tidak ada hak atau kepentingan dalam kes ini kecuali untuk anak guamnya Umno, dia terus memanggil pengarang-pengarang kanan untuk satu mesyuarat.

Dan sebelahnya, penasihat media Perdana Menteri, Jalil Hamid. Dulu orang Bernama, lepas tu Reuters, lepas tu Suruhanjaya Sekuriti. Sekarang bertempat di National Communications Team di Mid Valley. Ini semua maklumat yang dari sumber-sumber sahih seperti A. Kadir Jasin, yang dulu penasihat Dr Mahathir Mohamad.

Kira Goebbels Senior dan Goebbels Junior lah.

Dalam mesyuarat yang diadakan di Le Meridien Hotel, Shafee memberitahu dan mengarahkan pengarang-pengarang kanan media tempatan cara-cara dan isu-isu yang patut di utarakan dalam media masing-masing. Yalah, cara nak mencerca dan mengutuk Anwar Ibrahim.

Antara yang dalam mesyuarat itu adalah si penemuramah Raja Petra Kamarudin dari TV3. Yang bergelar Datuk. Yang sekarang ini terjebak dalah kes gangguan seksual. Ini kuasa Allah. You burukkan orang, you kena nanti.


Tapi saya nak tanya. Apa kuasa Shafee Abdullah dalam kes ini. Apa peranan Jalil Hamid dalam kes ini. Mengapa mereka ada kuasa memanggil pengarang-pengarang kanan dan memberitahu mereka apa yang patut di buat dalam liputan kes liwat Anwar Ibrahim.

Adakah duit rakyat digunakan dalam konspirasi ini? Macam mana kita nak percaya media arus perdana kalau ada mesyuarat macam ini dan konspirasi ini. Rakyat dah bosan dengan taktik taktik kotor.

Wahai Perdana Menteri Putrajaya, tuan tahu tak pasal konspirasi ini? Tuan terlibat kah dalam konspirasi ini? Bukan boleh percaya media arus perdana ini, tuan. Dia akan makan tuannya nanti.

Jadi kawan kawan, jangan percaya langsung berita arus perdana mengenai kes liwat Anwar Ibrahim. Mereka telah diarahkan untuk membohong lebih lagi supaya Anwar Ibrahim tidak berjaya tawan Putrajaya.

Saya tidak kira siapa jadi kerajaan. Tapi saya tidak suka orang bohong. Saya tidak suka Shafee Abdullah dan Jalil Hamid boleh sewenang wenangnya bagitau boss saya apa yang dia patut buat. Ini salah. -ahmatgaza


Ulasan GB

Kebanyakan kes berprofil tinggi kerajaan dan UMNO, maka Shafeelah peguamnya.

Di dalam kes Teoh Beng Hock, Shafee menjadi peguam kepada SPRM.

Dan terdedah tembelangnya apabila Suruhanjaya Siasatan mendapati Teoh Beng Hock telah didera dengan soalsiasat yang agresif dan berterusan oleh pegawai Suruhajaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

GB pernah mengulas:

Jadi tertolaklah teori Peguam SPRM, Shafee Abdullah yang menyatakan kononnya Teoh Beng Hock bunuh diri secara terhormat bagi melindungi majikan dan partinya daripada tuduhan rasuah. Satu andaian palsu dan rekaan melangkaui tahap "merapu" demi untuk mempertahankan SPRM dan Polis. This lawyer really wants to play the fool with truth and God.


Allah itu Hakim Yang seadil-adilnya. Justeru perbanyakkanlah berdoa seperti yang selalu GB nukilkan di blog ini:

Kita sebagai rakyat terbanyak hanya mampu terus berdoa kepada Allah s.w.t.

اللهُمَّ أَرِنَا الحَقَّ حَقّاً وَارْزُقْنَا التِبَاعَةَ
وَأَرِنَا البَاطِلَ بَاطِلاً وَارْزُقْنَااجْتِنَابَهُ

1) Allahumma arinaal haqqa haqqaan, warzuqnattiba'ah,
wa arinaal bathila bathilaan, warzuqnajtinaabah


Ya Allah, tunjukkanlah yang haq itu sebagai haq, dan kurniakanlah kami kekuatan utk mengikutinya, dan tunjukkanlah yg batil itu sebagai batil dan kurniakanlah kami kekuatan untuk menjauhinya.

رَّبِّ أَدْخِلْنِي مُدْخَلَ صِدْقٍ وَأَخْرِجْنِي مُخْرَجَ صِدْقٍ
وَاجْعَل لِّي مِن لَّدُنكَ سُلْطَاناً نَّصِيراً
وَقُلْ جَاء الْحَقُّ وَزَهَقَ الْبَاطِلُ إِنَّ الْبَاطِلَ كَانَ زَهُوقاً

2) Rabbi adkhilni mudkhala sidqin wa akhrijni mukhraja sidqin waj'alli min ladunka sulthanan nashiran wa qul ja alhaqqu wa zawaqal bathil innal bathila kaana zahuuqa

Ya Allah, masukkanlah kami dengan cara yang benar dan keluarkanlah(pula) kami dengan cara yang benar dan berikanlah kepada kami dari sisi-Mu kekuasaan yang menolong. Dan katakanlah yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap. Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap.

Kebenaran tetap akan menang mengalahkan kebatilan sepertimana janjiNya:


Firman Allah bermaksud,

Katakanlah : Telah datang yang haq (kebenaran) dan telah lenyap yang batil atau yang palsu. Sesungguhnya yang batil itu pasti lenyap. (Al Israa' 81)

Kisahnya: Khairy Nak Tumpang Populariti Mat Sabu

Posted: 05 Sep 2011 08:25 AM PDT

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin mendakwa Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu sebagai "bacul dan tiada maruah" apabila menyerahkan peranan berdebat dengannya berkaitan isu kemerdekaan kepada pihak lain.

"Yang pasti, saya sedar hari ini PAS pilih timbalan presiden yang bacul dan tiada maruah. Takut sebab salah.

"Tewas sebelum tempur," katanya.

Mohamad Sabu pagi ini berkata, beliau menyerahkan tugas kepada Pemuda PAS Johor untuk berdebat dengan Khairy berhubung isu itu kerana kedua-dua sayap PAS dan Umno itu lebih sesuai berbuat demikian.

Katanya, beliau "tidak tolak" berdebat, tetapi biarlah Pemuda PAS dan Pemuda Umno yang mengambil bahagian "kerana mereka layak".

Dalam tulisan yang bertubi-tubi di Twitter berhubung perkara itu, di samping berkata tiada masalah berdebat dengan Ketua Pemuda PAS, Khairy menyifatkan Mohamad "takut dan lari".

Husam berani 'cemar duli'

"So, biarlah rekod sejarah jelas. Saya setuju dengan jemputan kerajaan PAS Kelantan (untuk) lawan Mat Sabu. Tapi dia takut dan lari. Jangan putar sejarah ini," katanya.

Katanya, Mohamad tidak perlu berkata ketua Pemuda Umno patut berdebat dengan Ketua Pemuda PAS kerana Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa pernah 'cemar duli' berdebat dengannya beberapa tahun lalu.

"Walaupun Husam naib presiden dan exco kanan kerajaan negeri dia setuju dan kita berdebat depan tiga ribu lebih orang. Husam tak kira protokol.

"Sekurang-kurangnya, Husam berani ketepikan hierarchy dan protokol parti demi keterbukaan politik. Dia berani. Kita bertemu atas pentas ilmiah," tulisnya lagi di laman blog mikro itu.

Menjawab dakwaan penyokong Pakatan Rakyat yang didakwanya menyifatkannya tidak layak berdebat dengan Mohamad kerana bukan menteri, Khairy menyindir kembali:

"Woi, korang lupa ke Sabu tu kalah pilihan raya. YB pun tidak."

Suhaizan: Khairy ibarat 'ikan bilis'

Sementara itu, Ketua Pemuda PAS Johor Suhaizan Kaiat dalam reaksi segeranya menyahut tugas berdebat yang diamanahkan Mohamad kepadanya, malah mencadangkan ia diadakan di Bukit Kepong - tempat tragedi berdarah itu.

"Khairy sanggup turun, kami sediakan pentas!" katanya dalam satu kenyataan hari ini.

"Saya menegaskan di sini, jika sekadar isu Mat Indera ini yang menjadi modal 'pentas Patriot' Khairy untuk menyerang PAS, biar Pemuda PAS Johor sahaja yang berhadapan dan 'selesaikan' perkara ini."

Mengulas kenyataan Khairy yang menyifatkan tindakan Mohamad menyerahkan debat itu kepadanya, Suhaizan mengibaratkan pemimpin Pemuda itu sebagai 'ikan bilis' dan tidak setanding dengan Mohamad untuk berdebat.

"Bahkan saya fikir Umno/BN sepatutnya lebih berani berdepan dengan beliau (Mohamad) untuk menjawab isu-isu besar dalam negara yang dikemukakan PAS seperti isu lapan tuntutan BERSIH 2.0 terhadap perjalanan pilihan Raya, kenaikan harga barang, peningkatan tarif elektrik, kontroversi komisyen pembelian Scorpene, dan sebagainya," katanya.

Ulasan GB

Isk. Seorang Ketua Pemuda UMNO nak berdebat dengan Timbalan Presiden PAS? Buang masa dan buan tenaga, sedangkan kerajaan partinya sendiri tidak melantik dia walaupun sebagai timbalan menteri didalam barisan kabinet. Ertinya memang beliau terlalu mentah dan tidak layak, tanya Najib mungkin ada jawapan lain kenapa tak pilih Khairy tapi Mukhriz di dalam barisan kabinetnya.

Kedua, Mohd Sabu kalah pilihanraya? Ya, di Kuala Terengganu. Bukan di negeri asalnya di Pulau Pinang. Cuba Khairy Jamaluddin keluar dari Rembau mahu tengok terkangkang tak terkangkang dikerja pengundi nanti. But then, ada desas-desus UMNO pun tak berahi nak turnkan Khairy bertanding lagi - reason: not a winnable candidate - itu sebab sekarang sibuk buat promosi diri.... Pentas Patriotlah, ajak Mohd Sabu berdebat sebab nak tumpang populariti Mohd Sabu yang mempunyai pengikut setia dan peminat seluruh negara.

Khairy apa ada? Mungkin bangla dan pelacur yang terima baju merah PATRIOT semasa perhimpunan Bersih hari tu kot akan bersorak-sorai untuknya.

Balu Polis Bukit Kepong Tunggu Pencen Sampai Ke Tua

Posted: 05 Sep 2011 06:32 AM PDT

Sharifah Aminah Syed Ali, 83, balu kepada seorang anggota polis yang pernah berkhidmat di Balai Polis Bukit Kepong selepas berlakunya tragedi serangan komunis, memohon supaya dipertimbangkan untuk menerima pencen suaminya yang meninggal dunia semasa bertugas di Balai Polis Kulim pada 1962.

Sharifah Aminah, yang kematian suami Syed Omar Syed Yasin hampir 50 tahun lepas, memohon agar dipertimbangkan bayaran pencen kerana sepanjang kematian suaminya, dia tidak pernah menerima imbuhan itu.

"Selepas kematian suami, tok hanya menerima duit sagu hati sebanyak RM1,800 dan selepas itu dah tak dapat apa-apa duit dah. Duit pencen pun tak dapat juga sampai hari ini," katanya dipetik Bernama Online.

Dia berkata bahawa selepas berkahwin dengan Syed Omar, mereka menetap di Kota Tinggi, kemudian berhijrah ke Johor Baru sebelum ditukarkan ke Bukit Kepong.

"Masa mula-mula sampai di Bukit Kepong, rusuhan memang sudah reda tetapi keadaan masa itu sangat menakutkan. Selepas 6 petang, kami perlu tutup semua pintu dan tingkap dan tidak boleh keluar rumah. Nak ambil air dari telaga (perigi) pun tak boleh sebab komunis humban mayat-mayat dalam telaga.

"Kami terpaksa menggunakan air Sungai Bukit Kepong untuk kegunaan seharian," kata Sharifah Aminah.

Katanya, dia terkilan kerana pengorbanan suaminya yang manggunakan nombor pengenalan polis 10568 semasa berkhidmat dengan Polis Diraja Malaysia, tidak dihargai.

Suami beliau, yang ketika itu berusia dalam 40-an, meninggal dunia setelah terjatuh basikal ketika dalam perjalanan ke balai.

"Tok bukannya nak minta banyak tetapi sekurang-kurangnya dapat pencen suami kerana dia meninggal pun semasa bertugas. Sekurang-kurangnya duit tu boleh tok guna untuk tanggung kos rawatan kira-kira RM500 sebulan," kata Sharifah Aminah yang menghidap penyakit kencing manis, darah tinggi dan sakit tulang belakang yang menyebabkan dia terpaksa menggunakan kerusi roda untuk bergerak.

Sharifah Aminah berkata kehidupannya susah selepas suaminya meninggal dunia kerana dia terpaksa mengambil upah menjahit baju untuk menyara enam orang anaknya yang masih kecil.

"Kini semua kos rawatan dan kos sara hidup ditanggung oleh menantu saya yang menerima pencen RM400 sebulan. Dia pun susah sebab kena tanggung anak yang cacat. La ni (sekarang) dia berniaga surat khabar dan nasi lemak bagi menambah pendapatan untuk tanggung kami sekeluarga," kata Sharifah Aminah yang tinggal bersama anak, menantu dan cucunya di Taman Nakishah, Jalan Datuk Kumbar di sini.

Ulasan GB

Mana si Pet-Riot, Khairy Jamaluddin yang bising-bising untuk jelajah negara denga Pentas Patriotnya? Mana UMNO yang mendabik dada konon jadi wira pembela sekalian polis yang terkorban di dalam Tragedi Bukit Kepong? Mana cucu Datuk Onn yang kini jadi Menteri Dalam Negeri yang kononnya terguris hati kerana kononnya dakwaan-dakwaan mengenai sejarah datuknya telah dipolitikkan?

Depan Burukkan Komunis, Belakang Jemput Komunis Ke Persidangan UMNO

Posted: 05 Sep 2011 05:38 AM PDT

Parti Komunis China Tetamu Kehormat Persidangan Umno

Parti DAP Perak menganggap Umno sebagai 'meludah ke langit' apabila mendedahkan perjanjian kerjasama antara parti Melayu itu dengan Parti Komunis China pada Ogos 2010.

Perjanjian itu ditandatangani di Beijing, China oleh Setiausaha Agungnya ketika itu, Datuk Seri Tengku Andan Mansor yang mendapat liputan meluas media tempatan.

Pemimpin Umno sebelum ini termasuk Presidennya yang juga Perdana Menteri, Najib Tun Razak mengecam pemimpin Pakatan Rakyat kononnya mendewakan fahaman Komunis dengan menyifatkan tentera Komunis yang terlibat dalam tragedi Bukit Kepong sebagai pejuang kemerdekaan sebenarnya.

Timbalan Presiden PAS, Mohammad Sabu semasa berceramah di Tasek Gelugor di Georgetown, 21 Ogos lalu berkata tentera Parti Komunis Malaya sepatutnya diiktiraf sebagai pejuang merdeka berikutan mereka menentang penjajah yang sebenar di tanah Melayu, iaitu British.

Namun jasa mereka dipadamkan dari sejarah kemerdekaan negara dan dituduh sebagai pengganas.

Umum mengetahui Parti Komunis Malaya (PKM) adalah jaringan kepada Parti Komunis China.

Justeru, Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming menganggap Umno tidak layak untuk mengecam pemimpin Pakatan Rakyat berikutan parti perkauman itu secara jelas menjalinkan kerjasama dengan parti Komunis China.

"Adalah jelas ini terbukti bahawa apabila UMNO mengutuk komunis dan melemparkan segala fitnah terhadap parti Komunis Malaya serta cuba menodai nama baik Mat Sabu, UMNO secara terbuka telah menjalin hubungan intim dengan bapa Komunis Parti Comunist Malaya (PCM), Parti Komunis Cina.

"Bah kata pepatah Melayu, apabila meludah ke langit, akhirnya kena pada muka sendiri. Inilah akibat melakukan dosa fitnah," katanya menerusi kenyataan medianya.

Kor Ming yang juga Ahli Parlimen Taiping, menambah hubungan Parti Komunis China dengan Umno sangat erat ekoran parti itu sering dijemput menjadi tetamu kehormat khas setiap kali Perhimpunan Agung Umno diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

"Adalah jelas Parti Komunis Cina sering diundang menjadi tetamu kehormat khas perhimpunan Agong UMNO yang diadakan di PWTC, KL. Apa nak dikata sekarang?," soalnya.


Munafiknya UMNO, Tuduh Orang Komunis, Walhal Dia Adakan MOU Dengan Komunis

Mengapa Umno adakan MoU dengan Komunis China

KUALA LUMPUR, 3 Sept: AJK PAS Pusat, Idris Ahmad berkata, Umno telah mengadakan perjanjian persefahaman (MoU) dengan Parti Komunis China pada 5 Ogos 2011.

Malahan, katanya ada usaha untuk menghantar Pergerakan Pemuda dan Puteri Umno untuk mempelajari daripada Parti Komunis China.

"Sekiranya MoU ini dibuat oleh Parti Islam Se-Malaysia (PAS) atau DAP atau PKR, maka sudah tentu sebelum turun daripada kapalterbang akan disumbat ke Kamunting.

"Apakah Komunis China, berbeza dengan komunis Malaya? Bukankah Parti Komunis Malaya bernaung di bawah Parti Komunis China?" soalnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Komunis, jelas beliau ideologinya tetap sama tidak kira di mana tempat.

"Kenapa Umno hipokrit?" soalnya lagi.

Menurutnya, jika benar anti komunis kenapa menghantar pulang 11 pejuang Uighurs ke China, walaupun dibantah oleh Suruhjaya Tinggi PBB bagi Orang Pelarian d Kuala Lumpur sedangkan mereka menentang kerajaan komunis China kerana menceroboh wilayah mereka di Xinjiang Julai 2009.

"Inilah sikap hipokrit Umno dalam apa jua isu.

"Isu Palestin Umno tunjuk hero, tetapi dalam masa yang sama, Apco Yahudi dibayar RM77 juta setahun," katanya.

Beliau berkata, Umno melalui bantuan media mereka yang tidak ada etika kewartawanan dan tidak takut dosa dan pahala dengan sewenang-wenangnya menuduh PAS menyokong komunis.

Katanya, orang pekak dan buta pun tersenyum apabila Umno menuduh PAS menyokong komunis.

Tambahnya, tidak ada rekod PAS berbaik dengan komunis sedangkan Umno menjemput Parti Komunis China menghadiri Persidangan Agung Umno dan yang terbaru mengadakan MoU dengan Parti Komunis China.

Pemimpin Umno juga, ujarnya pernah ditangkap menjadi agen komunis di negara ini walaupun pemimpin Umno pernah menuduh PAS lebih merbahaya daripada komunis.

Namun, katanya kerja-kerja untuk berasmara dana dengan komunis tidak pernah dilakukan oleh PAS.

Jsuteru, kata beliau ucapan Mohamad Sabu hanya untuk menutup tahap kepuasan hati terhadap Najib merudum kepada 59 peratus, daftar pemilih SPR yang kotor dan kenaikan harga barang keperluan harian. -HD


Umno Padamkan Sejarah Sebenar Kemerdekaan

Posted: 05 Sep 2011 03:15 AM PDT

PAS mendakwa Umno telah memadamkan sejarah sebenar kemerdekaan negara dengan memasukkan nama pejuang parti itu sahaja.

Sebaliknya kata AJK PAS, Syed Azman Ahmad Nawawi (gambar) tokoh pejuang lain seperti Dr Burhanuddin al-Helmi dan Ahmad Bostamam telah dipadamkan.

Kerana itu katanya, perlu dilakukan pengolahan semula sejarah dalam negara kita supaya rakyat memahami erti kemerdekaan.

"Pejuang yang menentang penjajah British seperti Dr Burhanuddin, Ahmad Bostamam dan ramai lagi pimpinan dan negarawan yang berjuang telah dipadamkan.

"Rakyat dan generasi muda dan generasi akan datang perlu tahu tentang pengorbanan mereka menghalau penjajah British yang menjajah negara kita,"katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kontroversi kenyataan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu yang mendakwa Mat Indera sebagai wira sebenar pejuang kemerdekaan negara.

Berjuang lawan British

Mat Indera berjuang menentang penjajah British secara gerila, namun namanya tidak disebut kerana bergabung dengan parti komunis.

Kenyataan orang kuat PAS itu dikecam pelbagai pihak termasuk tokoh DAP, Karpal Singh yang mahukan Mohamad meminta maaf.

Sehubungan itu, Dr Syed Azman menegaskan, isu sebenarnya adalah persoalan tentang sejarah kemrdekaan dan tidak timbul isu mengiktiraf komunis.

Beliau menambah, bukan mengenai mengiktiraf komunis, tetapi adalah persoalan kemerdekaan di negara.

Beliau berkata, isu ini perlu dilihat secara keseluruhan, bukan dari sudut Mat Indera atau tentang peristiwa Bukit Kepong sahaja. -FMT


Umno seleweng fakta sejarah negara

KUALA LUMPUR, 5 Sept: Masyarakat kini melihat seolah-olah sejarah kemerdekaan seperti sejarah Umno semata-mata tanpa membabitkan tokoh yang lain.

Justeru, Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor (DPPNS) melihat isu yang berkaitan dengan pensejarahan hari kemerdekaan negara Malaysia ini tidak akan selesai dan menuju titik kesudahan kerana pihak kerajaan Umno BN yang memerintah sememangnya tidak ikhlas dan bersungguh-sungguh untuk menyelesaikannya.

Ketuanya, Ustaz Hasbullah Mohd Ridzwan (gambar) berkata, Umno BN sentiasa mempergunakan isu hari kemerdekaan untuk mempengaruhi, menakutkan dan mengancam rakyat supaya tidak menolak mereka.

Menurutnya, Umno BN sentiasa memomokkan kepada rakyat bahawa hanya mereka sahajalah yang berjuang untuk kemerdekaan negara sedangkan sejarah yang sebenarnya menukilkan bahawa Umno adalah sebenarnya 'alat kepada penjajah'.

Beliau berkata, Umno BN cuba meraih simpati politik murahan di atas isu yang ditimbulkan oleh Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkenaan hari kemerdekaan dan tragedi Bukit Kepong, dengan menunjukkan bahawa merekalah hero yang sebenarnya mempertahankan ketuanan Malaysia dan menuduh Pakatan Rakyat sebagai pengkhianat negara tanpa memberika ruang untuk Pakatan Rakyat menjawab balas.

"Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor penuh yakin dan percaya bahawa Timbalan Presiden PAS mempunyai hujah dan fakta yang kukuh serta bertanggungjawab terhadap segala kenyataan yang beliau keluarkan," katanya kepada Harakahdaily.

Tambahnya, Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor mengganggap sejarah kemerdekaan Malaysia masih ada banyak kelompongan fakta yang perlu ditambah dan diperbaiki terutamanya yang membabitkan perjuangan tokoh-tokoh agamawan yang telah mempelopori gerakan kebangkitan rakyat melawan penjajah.

Katanya, tokoh-tokoh ulama seperti Tok Janggut di Kelantan, Haji Abdul Rahman Limbong di Terengganu, Mat Kilau dan Dato' Bahaman di Pahang selain Ustaz Abu Bakar Baqir, Dr. Burhanuddin Al Helmi juga merupakan pahlawan yang melawan penjajah di zaman masing-masing yang telah dinafikan hak mereka sebagai tokoh kemerdekaan negara.

"Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor amat bersetuju sekiranya sejarah kemerdekaan Malaysia dapat dikaji dan ditulis semula secara berilmiah dan beradab," ujarnya.

Katanya, DPPNS meminta supaya pihak sejarawan yang ada di dalam negara ini perlu mendesak pihak kerajaan supaya membuka ruang yang seluas-luasnya untuk membicarakan isu kemerdekaan ini secara telus dan terperinci berdasarkan kajian dan ilmu mereka.

Justeru, ujarnya pihak kerajaan perlu menyediakan pentas untuk perbincangan ilmiah secara langsung yang membabitkan pihak sejarawan ini bersama dengan Timbalan Presiden PAS dan wakil Umno supaya mereka dapat membentangkan hujah dan fakta mereka berkaitan isu sejarah kemerdekaan Malaysia.

Beliau menambah, rakyat kini semakin bijak dan bermaklumat dan akan menerima penghujahan yang berdasarkan fakta yang tepat dan sahih.

"Umno BN tidak dapat lagi memperbodohkan rakyat dengan hujah emosi dan alasan yang tidak bersandarkan kepada fakta kerana Umno BNlah yang selama ini menyelewengkan fakta sejarah negara," katanya lagi. -HD

Tiada ulasan: