Selasa, 6 September 2011

MiLo SuaM

MiLo SuaM


Ucapan Hari Raya ikhlas Awang Adek kepada cikgu

Posted: 05 Sep 2011 03:08 PM PDT

PERTAMA sekali gua nak ucapkan terima kasih kepada sahabat pembaca yang mengirimkan gambar menarik ini kepada MiLo SuaM.

Gua dimaklumkan banner ucapan Hari Raya daripada Awang Adek ini ada dipasang di bilik guru salah sebuah sekolah di Negeri Kelantan.

Gua ada dimaklumkan lokasi sekolah tapi sengaja gua takmau tulis, takut ada cikgu yang kena pindah mengajar ke Vietnam pulak hohoho...


Lu orang tengok betul-betul banner ni, lihat betapa ikhlasnya Awang Adek memberi ucapan Hari Raya kepada guru-guru di sekolah ini.

Budaya ini telah diajar oleh isteri Rosmah Mansor semasa pilihanraya kecil Sibu, gua pasti ramai yang masih ingat ucapan bini Rosmah "you help me, I help you".

"Bantu saya untuk bantu cikgu..." lepas tu siap mengaku ikhlas letak tandatangan dia bagai kah kah kah...




RentaP© "Apa maksud ikhlas si mamat berangan nak jadi MB ni?"

Salinan Laporan SPRM terhadap cincin Rosmah

Posted: 05 Sep 2011 11:37 AM PDT

SEBELUM ni, ReJaM© dah bongkarkan penipuan Utusan Malaysia berhubung isu cincin mewah yang didakwa ada kaitan dengan Rosmah Mansor, [Utusan Kantoi].

Utusan menyiarkan berita seolah-olah Chegubard takut untuk melaporkan kes cincin mewah itu kepada SPRM untuk menaikkan imej Lady Gajah. Fakta yang sebenarnya, Chegubard sudah lama membuat laporan berkenaan kes cincin ini.


Akhirnya, seperti yang dijanjikan, ReJaM© berjaya mendapatkan salinan laporan kepada SPRM oleh Chegubard bersama Solidariti Anak Muda Malaysia, SAMM pada 13 Julai 2011 sebulan sebelum Utusan mengeluarkan berita tipu ini.


Paparan pada cop SPRM ini menunjukkan bahawa tarikh laporan ini diterima adalah pada 13 Julai 2011. Jelas sekali Utusan berbohong kononnya Chegubard tidak berani membuat laporan kepada SPRM.



Kalau masih tak yakin, sila tonton pula video di bawah ini. Lihat dengan mata kepala sendiri bagaimana Utusan menjadi alat propaganda menipu orang-orang kampung.


ReJaM© "United Malays No Otak akan terus rela malah bangga ditipu Utusan Merapu"

Gempar! Bakal menantu Rosmah anak saudara pemimpin Komunis!

Posted: 05 Sep 2011 04:30 AM PDT

SEBELUM ini telah didedahkan di MiLo SuaM satu laporan berita dari Portal Berita Kazakhstan tentang kes kehilangan Edgar Salduzi, 34 seorang ahli perniagaan terkenal negara tersebut, selepas bertengkar dengan bakal besan Rosmah Mansor (ipar kepada Presiden Kazakhstan)[Bakal besan Rosmah].

Dalam kehangatan media propaganda Umno, Utusan dan TV3 Al-Musyrikin menyerang timbalan presiden PAS, Mohammad Sabu dan cuba mengaitkan beliau dengan komunis, satu fakta cuba ditutup dari pengetahuan rakyat.

Rakyat Malaysia dialihkan dari fakta bahawa Perdana Menteri Malaysia, Najib Tun Razak dan Rosmah bakal membina pertalian keluarga dengan pemimpin komunis.

Sudah diketahui umum bahawa bakal menantu mereka Daniyar Nazarbayev, merupakan anak saudara Presiden Kazakhstan, Nursultan Nazarbayev. Daniyar Nazarbayev merupakan anak Bolat Nazarbayev adik beradik Presiden Kazakhstan [The Star].



Siapakah Nursultan Nazarbayev ini?

Sila gunakan khidmat Google untuk membaca sendiri biografi pemimpin komunis ini. Kazakhstanlive mendedahkan bahawa Nursultan Nazarbayev merupakan Setiausaha pertama Parti Komunis Kazakhstan [KazakhstanLive].


Rakyat cuba dipesongkan dan ditutup dari mengetahui fakta ini dengan cara meyerang Mat Sabu dan cuba mengaitkan beliau dengan Komunis hanya kerana beliau menyebut Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan.

Namun maklumat yang sebenar ditutup. Apakah perasaan keluarga mangsa kekejaman komunis apabila mengetahui fakta sebenar bahawa Perdana Menteri bakal membina pertalian keluarga dengan pemimpin komunis?

ReJaM© "Memburukkan orang lain untuk menutup pekung sendiri..."

Tiada ulasan: