Isnin, 12 September 2011

jiwo kelate

jiwo kelate


Cukai 6%: TELCO Tidak Salah, hanya ikut Arahan Kerajaan

Posted: 12 Sep 2011 04:43 AM PDT

Silap silap silap  rupanya Bukan Telco yang pandai pandai naikkan cukai 6%, Telco hanya menyahut ataupun melaksanakan  ucapan bajet 2011 oleh PM/ Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Razak pada 15 Oktober 2010 lalu.

Dalam Ucapan Bajet 2011, Najib ada menyebutkan:

“51. Sementelahan itu, kedudukan kewangan yang kukuh adalah penting bagi menjamin kesejahteraan masa hadapan negara. Bagi mencapai matlamat ini, kerajaan mencadangkan agar kadar cukai perkhidmatan dinaikkan hanya satu peratus kepada 6 peratus. Kerajaan percaya langkah kenaikan yang kecil ini tidak membebankan kerana rakyat mempunyai pilihan untuk mendapat perkhidmatan yang tidak dikenakan cukai perkhidmatan [Tepuk]. Malah, nilai jualan tahunan (threshold) bagi perkhidmatan sedia ada masih lagi dikekalkan. Seiring dengan hala tuju ini, kerajaan juga mencadangkan cukai perkhidmatan dikenakan ke atas perkhidmatan penyiaran TV berbayar [Tepuk].” Lihat di sini atau baca lagi di sini

Maka tidak salahlah telco menaikkan caj 6%.

Yang patut dipersalah adalah Kerajaan yang nak memeras dan membebankan rakyat. Kini kelihatan seperti Telco yang pandai pandai nak menaikkan cukai sehingga kerajaan terpaksa arahkan Telco mengkaji caj cukai tersebut.

Atas desakan pelbagai pihak termasuk Pakatan Rakyat, Kerajaan BN terpaksa melayan dan mengarahkan TELCO mengkaji semula kenaikan 1% itu.


Tiada ulasan: