Isnin, 12 September 2011

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Telco Setuju Tangguhkan Cukai Perkhidmatan 6% Ke Atas Para Pengguna Talian Telefon Prabayar !!

Posted: 12 Sep 2011 05:08 AM PDT

KUALA LUMPUR 12 Sept - Semua syarikat telekomunikasi (TELCO) bersetuju untuk menangguhkan kutipan cukai perkhidmatan enam peratus ke atas pengguna talian telefon prabayar. Bagaimanapun, penangguhan itu hanya terpakai sehingga perbincangan semula dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Keputusan penangguhan kenaikan kutipan cukai perkhidmatan itu diambil setelah TELCO bermesyuarat dengan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim (foto). "Setakat ini, itu saja yang kita boleh beritahu. Kerajaan akan mengambil kira sumbangan RM6 bilion oleh TELCO kepada sumber pendapatan negara dari 1998 hingga kini sebelum membuat sebarang keputusan," katanya. Rais menambah, antara cadangan yang dibincangkan bersama telco adalah caj enam peratus itu hanya dikenakan kepada pengguna yang membeli pek permulaan prabayar. Hadir sama, wakil dari Celcom Axiata Berhad (Celcom), DiGi Telecommunications Sdn Bhd (DiGiTel), Maxis Berhad, dan UMOBILE Sdn Bhd (U Mobile). Cukai perkhidmatan 6 peratus yang dikenakan ke atas pelanggan diperuntukkan ikut undang-undang negara.

[Akta Perkhidmatan Cukai 1975 mensyaratkan syarikat telekomunikasi mengenakan cukai perkhidmatan, termasuk ke atas pengguna prabayar. Bayaran ini sama dengan cukai perkhidmatan yang dikenakan bagi pembelian makanan dan minuman daripada restoran dan hotel.Meskipun cukai perkhidmatan ke atas pengguna prabayar bukan baru, namun syarikat telco telah menyerap kos itu sejak perkhidmatan mereka diperkenalkan pada 1998. Khamis lalu, TELCO mengumumkan mereka akan mula mengutip cukai perkhidmatan enam peratus untuk perkhidmatan prabayar mulai Jumaat ini. Pengumuman itu mendapat bantahan pengguna perkhidmatan tersebut yang turut merangkumi rakyat berpendapatan rendah dan juga golongan pelajar yang menggunakannya].

Panas: Ramai Kecewa Anwar Menghilangkan Diri Ketika Najib Datang Ke Rumah Terbuka Malaysia Di Kawasan Parlimen Permatang Pauh Semalam !

Posted: 11 Sep 2011 07:13 PM PDT

Orang ramai terkejut bila melihat kelibat Ketua Pembangkang selaku Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiada dalam program sambutan Rumah Terbuka Malaysia di Sekolah Menengah Guar Perahu dalam kawasannya semalam. Pada awalnya, ramai yang mempersoalkan kenapa wajahnya tidak disiarkan oleh media arus perdana ketika memaparkan acara sambutan tersebut. Namun, selepas diamati betul-betul ternyata pemimpin terbabit memang tidak hadir ke majlis itu. Soalnya sekarang, apakah benar beliau tidak dijemput secara rasmi oleh pihak penganjur atau sememangnya dia diundang tetapi sengaja mencari jalan untuk tidak hadir?. Difahamkan, Anwar telah bertolak ke Munich, Jerman beberapa hari sebelum program itu berlangsung. Persoalannya, kenapa harus pemimpin terbabit meninggalkan kawasan beliau ketika ribuan rakyat berpusu-pusu ke situ. Bukankah lebih baik beliau menghantar wakil untuk hadir atau ahli keluarganya sendiri seperti Wan Azizah, Nurul Izzah dan sebagainya. Tindakan melarikan diri dari kawasan, menyebabkan rakyat tertanya-tanya sebenarnya. Atas apa jua alasan, Anwar sepatutnya berada di kawasan Parlimen Permatang Pauh dengan program lain jika pun beliau tidak mahu hadir ke majlis terbabit. Perbalahan politik tidak harus terbawa-bawa hingga ke majlis-majlis sebegini. Anwar selaku Ketua Umum PKR, harus mencontohi Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat yang sanggup menghadirkan diri untuk meluangkan masa dalam mana-mana program rasmi yang diadakan di dalam negeri Kelantan dan sebagainya. Langkah ini wajar dicontohi oleh mana-mana pemimpin. Tidak perlu terbawa-bawa sentimen politik ke majlis ini jika mahu dicontohi rakyat.


Jikalau Anwar boleh minum teh bersama Najib di parlimen, kenapa beliau
tidak boleh meluangkan masa hadir ke Majlis Rumah Terbuka Malaysia


Bukti, cuba lihat Tok Guru Nik Aziz turut pakai lencana "1 Malaysia" dan
hadir ke majlis rasmi kerajaan pusat yang dihadiri oleh PM Najib Razak

Bukti jelas kehadiran Guang Eng turut mendapat sambutan hangat rakyat
Alangkah indah kiranya Anwar (Ahli Parlimen Permata Pauh) ada sama

[Apa yang lebih mengejutkan ialah sikap profesional Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng bersama anggota exconya yang telah hadir berama-ramai ke program itu semalam. Malah, Lim juga telah duduk semeja dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika itu. Rakyat meihat semua ini, dan mereka boleh memahami setiap apa yang berlaku. Paling menarik, kehadiran Lim Guang Eng turut mendapat sambutan hangat dari kalangan rakyat. Biar pun media arus perdana cuba menyembunyikan fakta ini, namun ternyata pemimpin utama Kerajaan Negeri Pulau Pinang itu tetap diterima biar pun sering dibuat provokasi oleh UMNO BN selama ini. Kehadiran Lim amatlah menyeronokkan rakyat terutamanya mereka yang "atas pagar" dan penyokong BN sendiri. Justeru itulah, sepatutnya Anwar selaku Ahli Parlimen Permatang Pauh membatalkan semua urusan lain dan hadir ke majlis itu semalam. Tindakan beliau melarikan diri dengan berbagai urusan amatlah dikesali dan tidak sepatutnya dilakukan jika dia seorang pemimpin yang benar profesional].

Panas: Dr.Aziz Bari Tegur Golongan Profesor Yang Terkeliru Kemudian Cuba Kelirukan Orang Ramai Tentang 'Sejarah Kemerdekaan' Negara Kita Pula !

Posted: 11 Sep 2011 03:51 AM PDT

KUALA LUMPUR, 12 Sept - Semakin hari makin ramai pihak-pihak tertentu termasuk golongan akademik yang mempertikaikan tindakan Majlis Peguan Negara (MPN) dan pakar sejarah yang dilihat semakin merapu keluarkan kenyataan tentang sejarah negara, gara-gara Mat Sabu. Prof Dr Abdul Aziz Bari (foto) yang merupakan ahli akademik, pensyarah undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia turut terpanggil untuk mengulas perkara ini. Beliau yang sebelum ini begitu berani menegur kerajaan gara-gara beberapa tindakan yang jelas bertentangan dengan perlembagaan dan prinsip demokrasi di negara ini. "Saya fikir profesor-profesor itu keliru dan kemudian mengelirukan orang. Profesor Datuk Dr Zainal Kling orang sosiologi dan Prof Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim orang sejarah. Status jajahan (colony) dan negeri lindungan (protectorates or protected states) adalah konsep undang-undang antarabangsa. Beza antara konsep-konsep itu tidak jelas pada orang biasa. Apa beza antara Melaka dan Pulau Pinang - strait settlements - dan negeri-negeri Melayu seperti Selangor dan Perak? Atau antara kita dengan India yang merupakan tanah jajahan British? Tidak nampak", kata beliau. Malah katanya British kekalkan status raja dan negeri mereka sebagai protectorate bagi mereka untuk menggelakkan penentangan sebagaimana di negara India dulu.


Sebab itu British perkenalkan indirect rule di sini dengan meletakkan residen sebagai penasihat sultan (yang sebenarnya memaksa). British mahu menunjukkan kepada orang Melayu bahawa negeri mereka kekal di tangan Melayu dengan mengekalkan sultan. Tetapi pemerintahan dan pentadbiran sebenar dijalankan oleh British melalui residen mereka. Ini bermakna di atas kertas yakni teori memang sultan dan negeri Melayu tidak dijajah (kalau dijajah maka (kedudukan) sultan akan dihapuskan sebagaimana di India dan Burma). Tetapi praktik dan kenyataannya ialah British yang membuat keputusan. Hatta urusan agama pun dikacau meskipun perjanjian melarang ini. Contohnya apa yang dilakukan oleh Sir Andrew Clarke kepada Raja Muda Perak yang mengetuai majlis agama di Perak. Sebab itu penentangan kepada pentadbiran British yang dibuat oleh orang-orang seperti Dato Maharajalela, Mat Kilau, Dato Bahaman, Tok Janggut, Abdul Rahman Limbong dan lain-lain mudah dipatahkan kerana nama sultan digunakan. Pada hakikatnya mereka semua menentang British tetapi mereka berlindung di sebalik sultan. Kita akur bahawa sultan diberi pelbagai kemewahan dan gelaran oleh British. Mereka juga bergaduh sesama sendiri untuk menjadi raja. Meskipun begitu British akhirnya tidak selesa dan cuba memansuhkan kedudukan raja melalui Malayan Union. Ini ditentang orang Melayu.



"Sekiranya Malayan Union itu dilaksanakan sempurnalah penjajahan British dari segi teori dan praktik. Tetapi itu tidak berlaku (Zainal Kling Silap; Malayan Union tidak pernah dilaksanakan). Sebagai contoh, undang-undang yang dibuat sebelum merdeka di sisi perlembagaan adalah undang-undang yang dibuat oleh Sultan. Ini kerana dewan adalah lantikan sultan dan undang-undang itu ditandatangani oleh sultan. Tetapi apakah itu apa sebenarnya berlaku? Tentu tidak kerana sultan hanya menurunkan tandatangan sahaja. Rang undang-undang itu dibuat oleh British. Tetapi di sisi undang-undang ia adalah buatan sultan, bukan British", tambah beliau lagi. "Apa pun undang-undang itu, selagi tidak dimansuhkan oleh parlimen atau DUN, sah sehingga sekarang. Kesilapan Zainal dan Khoo ialah mereka mengitar konsep yang bukan bidang mereka. Sedangkan sejarawan sendiri mengatakan British yang mentadbir Tanah Melayu. Lebih lucu, jika apa yang mereka dakwa itu benar, untuk apa kita sambut merdeka?Dan lebih malang lagi Tunku Abdul Rahman kehilangan gelaran: beliau bukan lagi bapa kemerdekaan kerana kita tidak pernah dijajah....!! Tikus baiki labu atau sokong bawa rebah. Lucu sekali Majlis Profesor (saya tidak jadi ahli) tidak tahu apa yang mereka bebelkan. Mereka ramai-ramai keroyok Mat Sabu... lain yang dia cakap lain pula yang majlis ini tangkap", kataya.


[Inilah akibatnya bilamana golongan cerdik pandaik sudah terlalu memandai-mandai mereka-reka cerita demi menjaga kepentingan periuk nasi masing-masing. Akhirnya rakyat dikelirukan oleh mereka dengan berbagai fakta yang jelas telah dipesongkan. Persoalannya, apakah wajar mereka ini diikhtiraf sebagai golongan profesor oleh rakyat, jika perkara sejarah seperti ini pun mereka mahu politikkkannya. Semua yang berlaku ini hanya kerana mereka mahu mempertahankan kononnya negara ini tidak ditadbir oleh penjajah British dan mahu buktikan bahawa pihak polis yang terbunuh semasa mempertahankan Balai Polis Bukit Kepong itu dulu bukanlah bekerja untuk Bristish, sebaliknya kepada raja-raja Melayu. Walhal, umum mengetahui ketika itu raja-raja Melayu hanya berkuasa dalam bab-bab agama sahaja. Semua urusan lain termasuk ekonomi dan pemerintahan dikuasai oleh mereka. Malah difahamkan, ramai orang Melayu sanggup mengkhianati bangsa sendiri gara-gara mahu menjadi tali barut British ketika itu. Inilah yang patut difahami oleh rakyat Malaysia].

Tiada ulasan: