Isnin, 12 September 2011

SharpShooter

SharpShooter


Jom korban bersama Darul Tahzib

Posted: 12 Sep 2011 01:27 AM PDT

Apa itu ibadah korban? Bagi yang sudah biasa dengan ibadah haji dan korban, mungkin tiada kemusykilan. Namun bagi yang baru berjinak-jinak dengan ibadah korban ini sudah tentunya banyak kemusykilan dan persoalan yang bermain di dalam hati.

Berikut terdapat beberapa tips yang boleh dijadikan panduan.

Menunaikan haji ke Mekah bagi yang berkemampuan adalah ibadat yang terkandung dalam Rukun Islam dan mula diwajibkan ke atas umat Islam pada tahun ke-6 Hijrah.

Hari Raya Aidiladha yang jatuh pada 10 Zulhijjah juga disebut Hari Raya Haji atau Hari Raya Korban. Bagi yang tidak mengerjakan haji sudah tentu sibuk dengan persiapan melaksanakan niat korban yang diraikan pada 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah.

Umur haiwan korban dikelaskan begini:

Unta – berumur antara lima hingga enam tahun.

Lembu, kerbau atau kambing – berumur antara dua hingga tiga tahun.

Biri-biri – berumur antara setahun hingga dua tahun atau yang berumur melebihi enam bulan tetapi sudah bersalin gigi hadapan.

Jenis haiwan yang boleh dijadikan korban pula ialah haiwan al-an'am iaitu unta, lembu, kerbau, kambing dan biri-biri sama ada jantan atau betina yang tidak cacat.

Cacat yang dimaksudkan termasuklah:

Tiada atau terpotong telinga atau lidah atau ekor walaupun sedikit;

Buta sebelah mata atau kedua-duanya;

Gila atau berpenyakit;

Berkudis walaupun sedikit;

Tersangat kurus atau terlalu tempang; dan

Yang bunting atau yang baru melahirkan anak.

Daging korban pula terbahagi kepada dua iaitu korban wajib atau nazar, dan korban sunat. Daging korban wajib atau nazar wajib disedekahkan kesemuanya. Haram ke atas orang yang berkorban itu memakan daging tersebut.

Bagi korban sunat pula, sunat hukumnya bagi orang yang empunya korban itu memakan sebahagian daripada daging tersebut.

Dalam berkorban juga terdapat beberapa pantang larang yang telah digariskan dalam syariat, iaitu:

Haram menyedekahkan daging korban kepada orang kafir.

Orang yang melaksanakan korban atau warisnya tidak boleh menjual daging, kulit, bulu atau mana-mana bahagian haiwan korban tersebut.

Haram menjadikan kulit dan daging haiwan korban itu sebagai upah kepada penyembelih, tetapi harus diberikan dengan jalan sedekah atau hadiah.

Sisa tulang yang telah dimasak atau dimakan hendaklah ditanam. Elak dibiarkan bersepah sehingga dimakan haiwan lain seperti kucing atau anjing. Ini adalah satu adab dalam pengabdian diri kepada Allah s.w.t. Jika tidak disengajakan, maka tidak berdosa.

Jika telah bernazar untuk korban haiwan yang sudah ada kecacatan, maka wajar dilaksanakannya.

Semoga dengan panduan ini dapatlah kita sama-sama menjadikan ibadah korban sebagai amalan tahunan kita.

Sudahkah anda menunaikan ibadah korban? Jom menunaikan korban bersama Ustaz Shahul Hameed di Darul Tahzib..

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Video penuh ucapan Mat sabu - 'Saya perjuang Islam, bukan komunis'

Posted: 11 Sep 2011 10:10 PM PDT



Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Cukai 6% : Najib Jangan Lempar Batu Sembunyi Tangan

Posted: 11 Sep 2011 09:04 PM PDT

SHAH ALAM 11 SEPT : Sikap mudah lepas tangan dan menuding jari ke arah pihak lain untuk menyelamatkan diri sendiri yang dilakukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semakin sukar dibendung mutakhir ini.

Terbaru, beliau mengelak dan mengaku tidak tahu-menahu mengenai cukai perkhidmatan 6 peratus ke atas pelanggan perkhidmatan prabayar yang akan berkuatkuasa pada 15 September depan.

Walhal, hal-hal percukaian jelas sekali urusan kerajaan dan ia adalah sesuatu yang memalukan kata Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli.

" Adalah tidak patut dan memalukan apabila seorang Perdana Menteri menyatakan beliau tidak tahu menahu mengenai kenaikan kos prabayar yang ditanggung rakyat, sedangkan beliau sendiri dengan gahnya mengumumkan kenaikan cukai perkhidmatan dalam pembentangan belanjawan 2011 di Dewan Rakyat tahun lepas.

" Rakyat harus sedar bahawa cukai perkhidmatan 6 peratus ke atas perkhidmatan telekomunikasi termasuk kad prabayar adalah cukai kerajaan.

" Cukai ini adalah milik kerajaan sepenuhnya dan tidak ada satu sen pun yang masuk poket mana-mana pihak lain, yang hanya bertanggungjawab mengutip cukai ini bagi pihak kerajaan. Setiap tahun, dianggarkan kerajaan mengutip sehingga RM750 juta daripada pembelian kad prabayar oleh rakyat Malaysia,"kata Rafizi dalam satu kenyataan media.

Jelasnya lagi, walaupun beliau berpendapat tindakan syarikat telekomunikasi (Telco) menaikkan kos kad prabayar adalah tidak munasabah memandangkan syarikat itu telah mengaut keuntungan yang tinggi, namun katanya adalah adil untuk mengetahui bahawa ia dinaikkan kerana kerajaan telah meningkatkan cukai perkhidmatan.

"Kerajaan tidak boleh berdolak dalih dalam melaksanakan dasar percukaiannya.

"Jika ia telah meluluskan undang-undang yang menetapkan semua perkhidmatan dikenakan cukai 6 peratus sebagai satu bentuk cukai penggunaan, ia tidak boleh secara diam-diam berharap cukai itu ditanggung oleh syarikat, kerana cukai perkhidmatan adalah satu bentuk cukai yang ditanggung oleh rakyat bagi tujuan mengawal penggunaan,"kata beliau.

Tindak-tanduk Najib ini juga katanya boleh mengeruhkan keadaan sehingga menyebabkan pentadbiran percukaian dan ekonomi negara kucar-kacir kerana kaedah percukaian yang berbeza dan kegagalan Najib sendiri untuk mengenalpasti di antara cukai langsung dan tidak langsung.

"Maka tidak hairanlah Perdana Menteri sehingga sekarang tidak berjaya mengembalikan keyakinan pasaran kepada dasar dan kepimpinannya,"ujar Rafizi.

"Tabiat Datuk Seri Najib Tun Razak juga berbahaya kerana ia memberi gambaran syarikat berlainan akan mendapat layanan berbeza walaupun undang-undangnya sama. Jika beliau mahu syarikat telekomunikasi menanggung cukai perkhidmatan 6 peratus, beliau juga perlu berlaku adil kepada semua.

Makanya, beliau wajar memberi arahan agar semua syarikat lain dari pelbagai industri, termasuklah industri penyiaran (Astro) hinggalah kepada industri makanan (KFC dan restoran mamak) juga perlu menanggung cukai perkhidmatan itu.

"Alang-alang beliau mahu menjadi jaguh rakyat, lebih baik beliau menghapuskan saja cukai perkhidmatan kerana beliau tidak ada hak untuk memberi arahan syarikat mana perlu menanggung cukai perkhidmatan. Tindakan itu akan menyebabkan sudah tidak ada beza di antara cukai perkhidmatan dan cukai pendapatan,"jelas beliau lagi.

Cukai langsung adalah cukai yang dipungut ke atas pendapatan dan keuntungan sesuatu pihak manakala cukai tidak langsung ialah cukai yang dikenakan ke atas penggunaan melalui cukai perkhidmatan dan barangan.


Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Guan Eng tak reti perintah P.Pinang rugi 300 juta?

Posted: 11 Sep 2011 06:34 PM PDT

Sehingga kini kerajaan b-end enggan menjelaskan bagaimana boleh rugi dalam Skandal tanah Tang Hak Ju RM40 juta, skandal Pulau Jerjak RM30 juta dan skandal Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) RM230 juta, semua kerugian berjumlah rm300 juta. Klik pada gambar untuk baca berita lanjut.

Berita ini tak ada dalam berita TV3, yang ada cuma berita Mat Sabu, itu pun cuma gambar Mat Sabu tanpa suara dan langsung tidak beri peluang Mat Sabu menjawab segala tuduhan yang dilemparkan. Hampir sebulan Mat Sabu setiap hari pagi petang siang dan malam kena luku dalam tv3 suku. Nak tengok berita seperti di atas keluar tv3, tidak ada pilihan lain melainkan tumbang dan gulingkan umporno b-end pada PRU13.

Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Tiada ulasan: