Jumaat, 9 September 2011

jiwo kelate

jiwo kelate


Tok Guru Nik Aziz, Tok Guru Hadi dan Mat Sabu di Tmn Melewar 10 September 2011

Posted: 08 Sep 2011 10:05 PM PDT

Penjelasan pelbagai isu yang dibangkitkan oleh media sekarang dijangka akan dijelaskan dengan sepenuhnya dalam ceramah umum oleh tiga pemimpin utama PAS malam esok, 10 September.

Majlis ini akan menampilkan Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Timbalan Presiden, Haji Mohamad Sabu.

Ceramah ini akan diadakan di Dewan Koleh Universiti Islam Zulkifli Mohamad (KUIZM), Taman Melewar mula jam 9 malam.

Ia diadakan sempena dengan Konvensyen Negara Berkebajikan yang akan diadakan mulai pagi esok di tempat yang sama.

Ketiga-tiga mereka dijangka menjelaskan pendirian masing-masing terutama dalam isu sejarah kemerdekaan negara ekoran serangan berterusan media BN terhadap Mohamad Sabu.

Hari ini masuk hari ke 14 Mohamad Sabu diserang dalam isu ini kononnya beliau memperkecilkan peranan pasukan keselamatan dan polis dan menyokong komunis.

Ia ekoran ucapan Mohamad Sabu di Pulau Pinang 21 Oktober lalu.


Ahli Umno Masuk PAS, Utusan Mengarut

Posted: 08 Sep 2011 09:34 PM PDT

Tok Guru Nik Aziz dan YB Dato Wan Rahim bergambar dengan ahli baru PAS yang merupakan ketua cawangan Umno, Mohd Nordin Awang

“Bagi saya, kalau baca berita dalam Utusan Malaysia, bahkan sebarang beritanya, saya menganggapnya mengarut termasuk mengenai isu terbaru membabitkan Mat Sabu, hari-hari menyerang Mat Sabu,” dakwa Mursyidul Am PAS.

Beliau berkata demikian ketika meraikan ketua cawangan Umno Bentara Kiri, Mohd Nordin Awang yang menyertai PAS bersama para penyokongnya.

Turut berucap di majlis itu adalah bekas ketua Pemuda Umno Kota Bharu, Haji Sabrie Shafei yang telah menyertai PAS sebelum ini.

Nik Aziz dipercayai mengulas laporan berita dalam akhbar Umno itu yang sudah hampir dua minggu menyerang Mohamad Sabu ekoran ucapan timbalan presiden PAS itu di Pulau Pinang sebelum ini.

Dalam ucapan itu, Mohamad Sabu berkata, orang ramai tidak lagi meraikan hari merdeka dengan meriah kerana merasakan ia bukan sambutan merdeka yang sebenarnya tetapi majlis meraikan sejarah Umno sahaja.

Padahal, katanya, bukan pemimpin Umno sahaja yang berjuang untuk mendapatkan kemerdekaan negara tetapi ramai lagi termasuk Mat Indera yang turut menyerang rumah pasong Bukit Kepong pada tahun 1950 ketika Tanah Melayu di bawah penjajahan British.

Bagi Nik Aziz, selain menutup sejarah sebenar merdeka, kerajaan pimpinan BN juga menutup banyak ilmu lagi yang sepatutnya diajar di sekolah-sekolah di negara ini.

“Kenapa di dalam pengajian sekolah di negara ini tidak ditekankan secara serius pengajian tentang syurga dan neraka, dosa dan pahala.

“Sedangkan benda itu ada. Ini kerana ‘orang putih’ tidak mahu disebut menyebabkan orang putih bebas melakukan apa saja termasuk kenyataan tidak ada syurga dan neraka, bahkan sehingga orang Melayu pun sebahagian besarnya mendakwa begitu jua.

“Ini salah oleh kerana benda itu ada, tetapi tidak disebut.

“Inilah menyebabkan PAS sejak 1955 sehingga kini walau macam mana serangan diterima dari Umno-BN termasuk serangan ke atas Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu yang disiarkan media arus perdana, kita dapat bertahan,” kata Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan.

Pengaruh media baru (Baca lanjut dalam Harakahdaily)
Sementara itu Ahli Parlimen Kota Bharu Datuk Wan Rahim Abdullah ketika berucap pada masjlis yang sama mempertikaikan pemikiran rakyat di negara ini dalam masa 54 tahun hingga kini, masih tidak banyak berubah.

HARI TERBUKA PAS, 11 SEPTEMBER 2011, JAM 2.00 HINGGA 5.00 PETANG


Namun bagaimana pun, Wan Rahim yakin dengan pembabitan ramai generasi baru dalam laman soisal dan internet yang terdedah dengan banyak maklumat, mereka akan merubah suasana yang ada.

"Mereka terdedah dengan banyak maklumat termasuk apa yang berlaku di Libya, di Tunisia, di Mesir dan kini di Syria, yang bagi generasi baru, insya Allah, akan membawa perubahan kepada suasana politik yang sedia ada.

"Insya Allah, suasana ini akan sampai, bahkan dilihat kepada keadaan yang ada pada hari ini,” kata beliau.


Debat Timbalan Presiden PAS-Umno: PAS serah kepada Muhyiddin tetapkan Tarikh

Posted: 08 Sep 2011 09:20 PM PDT

Kenyataan Media Ustaz Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man, Ketua Penerangan PAS Pusat 9 September 2011

1. Dalam isu sejarah perjuangan kemerdekaan negara, akhir-akhir ini ia menjadi satu polemik yang diperdebatkan secara terbuka melalui media massa. PAS melihat isu ini tidak wajar dipolimikkan sebegitu rupa hanya kerana dengan kenyataan Timbalan Presiden PAS yang menyentuh isu Mat Indera sama ada ia pejuang kemederkaan atau petualang negara.

2. PAS bertanggungjawab dalam isu ini ekoran kenyataan Timbalan Presiden PAS tersebut. Sehubungan dengan itu, di atas pertanggungjawaban isu ini PAS berhasrat menganjurkan satu debat secara terbuka antara Tuan Hj Mohammad Sabu, Timbalan Presiden PAS dengan YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Timbalan Presiden UMNO. PAS berpandangan kedua-dua mereka adalah layak untuk berdebat atas status kedua-duanya adalah Timbalan Presiden kepada parti masing-masing.

3. Tajuk debat yang dicadangkan " SIAPA PEJUANG SEBENAR KEMERDEKAAN NEGARA "

4. Pihak PAS menyerahkan kepada pihak YAB Tan Sri Muhyiddin bagi menentukan tarikh perdebatan tersebut. PAS mencadangkan tempat untuk diadakan debat tersebut adalah di Stadium Melawati, Shah Alam. Walau bagaimanapun pihak PAS bersetuju sekiranya pihak YAB Tan Sri Muhyiddin mencadangkan tempat lain yang lebih sesuai dan boleh dihadiri oleh sebahagian rakyat di negara ini.

5. PAS juga mencadangkan demi keadilan kepada semua rakyat di Malaysia, agar debat bersejarah ini disiarkan secara langsung menerusi RTM atau siaran TV swasta.

6.Penganjuran debat ini penting bagi merungkai isu yang menjadi polemik hangat dan menjawab semua persoalan yang dibangkitkan oleh kedua-dua pihak. Debat ini diharap dapat membuka minda rakyat secara terbuka untuk rakyat menilai sendiri ketepatan hujah yang dikemukakan nanti, dan diharap isu ini tidak menjadi polemik yang berpanjangan.

7.Pihak PAS juga menerima siapa sahaja di kalangan NGO, Persatuan Akademik atau Institusi Pengajian Tinggi yang bersedia bekerjasama bagi menjayakan debat ini.

8. Pihak PAS mohon pertimbangan wajar daripada pihak Tan Sri Muhyiddin agar menyahut cabaran dan cadangan ini demi kebaikan kepada semua pihak.


Tiada ulasan: