Anak Sungai Derhaka |
- Gagal kawal tindak tanduk Rosmah, Najib bakal diBERSIHkan dari UMNO?
- Raya sudah berlalu.. Serangan keatas Najib kini bermula?
- Anwar Bayar WikiLeaks siar berita memfitnah Najib?
- Cukai Kereta Recond Naik 12 hingga 30%..
- Rumah Terbuka Malaysia : Siapa nak sabotaj Siapa ni?
Gagal kawal tindak tanduk Rosmah, Najib bakal diBERSIHkan dari UMNO? Posted: 09 Sep 2011 02:36 AM PDT Seorang pemimpin UMNO di peringkat bahagian dari negeri Selangor turut percaya kewujudan gerakan 'Bersihkan Najib' tersebut, kata beliau gerakan untuk menjatuhkan Najib itu diketahuinya apabila diberitahu oleh seorang pemimpin peringkat negeri kira-kira tiga bulan lalu. 'Bersihkan Najib' bukan bermaksud membersihkan diri Najib dari segala isu yang terpalit padanya tapi Bersihkan Najib dari UMNO atau dalam lain ayat.. tendang Najib keluar.. kata seorang sahabat dari UMNO. Kempen 'Bersihkan Najib' dalam Umno? PETALING JAYA: Satu gerakan tersusun yang dinamakan 'Bersihkan Najib' di dalam Umno untuk menolak Presiden Umno yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dikatakan mula dijalankan oleh pihak tertentu di dalam parti itu. Selain serangan terus terhadap Najib sendiri, gerakan tersebut juga dikatakan banyak menumpukan serangan ke atas isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor bagi melemahkan kredibiliti Najib sebagai pemimpin nombor satu negara itu. Demikian menurut sebuah blog pro Umno terkenal, www.umno-reform2.com yang dikendalikan oleh Anuar Mohd Nor yang juga merupakan Ketua Eksekutif Institut Kajian Asas Kemasyarakatan. "Paling ketara usaha ini menjalankan serangan ke atas Rosmah untuk memperkecil kredibiliti Najib dan mendesak beliau supaya berundur," menurut petikan entri dari blog terbabit. Penulis blog terbabit juga percaya pihak-pihak di dalam Umno akan membuat penafian sekaligus menyatakan ikrar taat setia terhadap presiden Umno itu. "Setakat ini realiti program untuk menjatuhkan dan mendesak Najib untuk melepaskan jawatan adalah benar dan wujud walaupun mungkin penafian akan timbul tetapi Najib harus tahu realiti yang ada ini," tulis beliau lagi. Bagaimanapun, beliau yang mendakwa mengetahui beberapa nama terlibat dengan gerakan ini masih belum mahu mendedahkan pihak -pihak yang memainkan peranan menjalankan agenda 'Bersihkan Najib' dari Umno ini. "Suara yang menamakan mereka yang terbabit sudah ada sungguhpun www.umno-reform2.com belum berhajat untuk memaklumkannya," tambah beliau lagi. Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan seorang pemimpin Umno di peringkat bahagian dari negeri Selangor turut percaya kewujudan gerakan 'Bersihkan Najib' tersebut. Beliau yang enggan mendedahkan identitinya itu mendakwa, gerakan untuk menjatuhkan Najib itu diketahuinya apabila diberitahu oleh seorang pemimpin peringkat negeri kira-kira tiga bulan lalu. "Benda ni agak dah lama saya tahu, lebih kurang tiga bulan lepas bila seorang pemimpin peringkat negeri memaklumkan kepada saya," ujar beliau ketika ditemui di sini. Najib gagal kawal tindak-tanduk isteri? Menurutnya antara sebab utama berlakunya penolakan kepimpinan Najib dari dalam Umno sendiri berpunca daripada Najib yang dikatakan gagal mengawal tindak-tanduk isterinya. "Najib bukan sahaja nampak lemah dalam beberapa aspek kepimpinannya, imejnya, tapi lebih teruk lagi tindak-tanduk isterinya semakin memberatkan agenda Umno dan Barisan Nasional untuk meraih keputusan yang baik dalam pilihan raya akan datang. "Walaupun Najib dan pemimpin Umno yang lain memang berusaha memberikan persepsi positif di mata rakyat terhadap penglibatan Rosmah dalam urusan kerajaan, orang ramai tetap menganggap sebaliknya. "Dalam isu isteri PM ini, apa yang dilihat oleh ahli-ahli Umno khususnya golongan akar umbi tidak menunjukan apa yang dikatakan oleh Najib mahupun pemimpin-pemimpin Umno sendiri. "Lebih menghairankan, saya dan kebanyakan rakan-rakan lain dalam Umno percaya Najib sendiri sedar kesan negatif dari tindak-tanduk isterinya itu, tetapi malangnya Najib seolah-olah tidak dapat berbuat apa-apa tentangnya," ujarnya. Free Malaysia Today |
Raya sudah berlalu.. Serangan keatas Najib kini bermula? Posted: 09 Sep 2011 02:01 AM PDT 2 September lalu UMNO Reform telah menyiarkan satu artikel yang bertajuk 'Selepas Hari Raya, Serangan ke atas Najib bermula?' Menurut webmaster UMNO Reform pemain utama bagi gerakan menjatuhkan Najib ini adalah Rocky Bru atau Datuk Ahiruddin Atan . Rocky Bru dikatakan telah terlibat untuk menyerang dan membunuh kerjaya politik Pak Lah seterusnya menghambat beliau sehingga tersungkur dari kerusi PM. Dan sekarang Najib pula dikatakan bakal menjadi sasarannya melalui program yang dinamakan BERSIH NAJIB. Tulis webmaster UMNO Reform lagi Mungkin kita perlu melihat siapa di belakang usaha menjatuhkan Najib. Paling ketara usaha ini menjalankan serangan ke atas Rosmah Mansur untuk mengecilkan Najib dan mendesak Najib untuk berundur. Apa, benarkah Rocky Bru berperanan untuk menghentam Najib melalu media alternatif? Kini.. Hari Raya telah berlalu dan Tun Mahathir mula mengkritik Najib secara terbuka, mengulangi apa yang pernah dilakukannya terhadap Pak Lah suatu ketika dulu.. Mahathir akui populariti Najib jatuh akibat cara tangani Bersih 2.0 KUALA LUMPUR, 9 Sept ─ Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat tinjauan Merdeka Center baru-baru ini yang menunjukkan sokongan terhadap Datuk Seri Najib Razak merosot teruk berpunca antara lain kesan cara kerajaan menangani perhimpunan Bersih 2.0 pada awal Julai lalu. Katanya, tindakan kerajaan tidak membenarkan orang memakai baju kuning adalah satu tindakan yang dilihat tidak betul. Bercakap dalam satu wawancara Astro Awani disiarkan hari ini, Dr Mahathir (gambar) berkata, imej kerajaan jadi buruk kerana tindakan tegas yang diambil oleh pihak berkuasa untuk mengekalkan ketenteraman awam menjelang 9 Julai. "Ini disalahkan ke atas (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib tetapi saya tidak tahu apakah Datuk Seri (Najib) yang beri arahan baju kuning tak boleh pakai. "Saya tak fikir dia nak kata kepada polis baju kuning tak boleh pakai. Tetapi hakikatnya orang yang pakai baju kuning kononnya dianggap sebagai musuh dan ditahan. Itu tindakan kerajaan Malaysia dan ini memberi gambaran yang tidak baik kepada kerajaan," kata beliau lagi. Kajian terbaru Merdeka Center mendakwa aliran populariti Najib terus mengalami penurunan daripada 72 peratus pada Mei 2010 kepada 69 peratus November lalu, 67 peratus pada Mac tahun ini dan seterusnya ke paras 65 peratus Mei lalu dan yang terbaru 59 peratus. Kajian itu dikendalikan melibatkan 1,027 respoden, membabitkan pengundi berdaftar, antara 11 hingga 27 Ogos lalu ─ kira-kira sebulan selepas perhimpunan Bersih 2.0. Kepimpinan Umno mengetepikan hasil kajian itu sambil menyifatkannya sebagai tidak berasas. Menurut beliau, Bersih 2.0 telah berjaya mencapai matlamatnya untuk memburukkan imej kerajaan dan kepimpinan perdana menteri melalui perhimpunan itu. Dr Mahathir membandingkan tindakan polis menjelang dan pada 9 Julai itu dengan tindakan polis Britain semasa rusuhan bulan lalu. "Saya fikir rancangan Bersih berjaya mencapai matlamatnya untuk memburukkan imej kerajaan. mereka tahu kalau mereka menjalankan demonstrasi, maka sudah tentulah pihak kerajaan akan meletakkan pasukan untuk menghalang demonstrasi ini. dengan kerana itu, imej kerajaan menjadi buruk kerana kerajaan membuat tindakan seperti mengharamkan pakaiaan baju kuning dan sebagainya," katanya. Menurut Dr Mahathir, penganjur perhimpunan Bersih 2.0 tahu yang kerajaan tidak bersetuju dengan tindakan mereka dan usaha pihak berkuasa menanganinya memang ditunggu-tunggu supaya dunia melihat keburukan kerajaan. Dr Mahathir turut ditanya penglibatan anaknya sendiri Datuk Seri Marina Mahathir pada perhimpunan itu. "Saya beri kebebasan kepada anak saya. Saya tak kata anak saya mesti ikut saya. Mereka kebijaksanaan mereka sendiri. Alhamdulillah, dia sertai tetapi tak jadi apa-apa". The Malaysian Insider |
Anwar Bayar WikiLeaks siar berita memfitnah Najib? Posted: 08 Sep 2011 11:37 PM PDT Seorang bekas rakan Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mendakwa terdapat pihak tertentu yang membayar laman web WikiLeaks supaya portal itu menyiarkan berita bahawa kes liwat melibatkan Ketua Pembangkang itu merupakan satu konspirasi kerajaan dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Jahat sungguh manusia yang bernama Anwar atau kawannaya itu ya... Kerana Anwar, ekonomi Malaysia merudum.. Kerana Anwar juga pelabur tak berminat untuk melabur di Malaysia.. Kerana Anwar juga nama Malaysia dikatakan buruk dimata dunia.. Pendaedahan Wikileaks pun Anwar punya kerja juga? Bayar WikiLeaks siar berita fitnahkan PM Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD pengarang@utusan.com.my KUALA LUMPUR 8 Sept - Seorang bekas rakan Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mendakwa terdapat pihak tertentu yang membayar laman web WikiLeaks supaya portal itu menyiarkan berita bahawa kes liwat melibatkan Ketua Pembangkang itu merupakan satu konspirasi kerajaan dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Bekas pengasas Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ng Lum Yong berkata, beliau mempunyai bukti tentang perkara tersebut dan sedia mendedahkan kepada umum apabila tiba masanya. Sehubungan itu, beliau meminta rakyat negara ini tidak mudah terpengaruh dengan berita fitnah itu seperti mana yang disiarkan di WikiLeaks. ''Ini merupakan satu berita fitnah yang sengaja direka dan kemudian disiarkan di dalam laman web WikiLeaks dengan tujuan mempengaruhi rakyat. Ia hanya sekadar satu berita fitnah tanpa disertakan dengan bukti kukuh. ''Kesahihan berita ini sememangnya diragui dan harus diragui apatah lagi ada bukti yang menunjukkan terdapat pihak-pihak tertentu membayar laman web ini supaya berita fitnah seperti itu boleh disiarkan,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini. Sebelum ini, WikiLeaks dalam laman webnya iaitu dengan berdasarkan kabel diplomatik Amerika Syarikat yang berjaya dibocorkan, Anwar tetap akan didapati 'bersalah' kerana meliwat iaitu hukuman kedua dalam tempoh 10 tahun. Kabel itu melaporkan, Najib dan pemimpin utama UMNO akan melakukan apa sahaja supaya pendakwaan terhadap Anwar 'boleh diterima'. Selain itu, Lum Yong berkata, kredibiliti laman web itu juga semakin tercalar apabila beberapa berita yang disiarkan didapati tidak benar seperti dakwaan Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew yang dikatakan mengecam Islam. ''Kuan Yew dengan keras menafikan berita tersebut. ''Kredibilitinya juga semakin dipersoalkan apabila pengasasnya turut berhadapan dengan kes serangan seksual yang kini masih dalam proses perbicaraan," ujarnya. Bagaimanapun, beliau berkata, berita-berita seumpama itu sering dipetik oleh portal berita propembangkang untuk tatapan rakyat negara ini kerana mereka sememangnya antikerajaan. ''Oleh itu rakyat harus menimbang secara rasional setiap berita yang disiarkan oleh portal-portal berita propembangkang sama ada ia fitnah atau sebaliknya," katanya lagi. Lidah Rasmi UMNO |
Cukai Kereta Recond Naik 12 hingga 30%.. Posted: 08 Sep 2011 09:28 PM PDT Semalam aku publish berita pasal prepaid dikenakan cukai 6%.. Ini pula berita pasal lagi cukai dinaikkan.. KUALA LUMPUR 8 Sept. - Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (Pekema) hari ini mempersoalkan keputusan kerajaan menaikkan penetapan nilai kenderaan terpakai yang diimport. Ia kerana keputusan itu mengakibatkan peningkatan kos cukai yang membebankan pembeli. Yang Dipertua Pekema, Datuk Zainuddin Abdul Rahman berkata, kenaikan nilai kenderaan tersebut mendorong kenaikan cukai antara 12 peratus hingga 30 peratus dan bagi Toyota Wish misalnya, pembeli kini perlu membayar tambahan RM7,000. Arahan Jabatan Kastam Diraja tersebut dikuatkuasakan pada 1 September lalu. ''Apa yang dikesali peraturan itu dilaksanakan tanpa mendapatkan pandangan atau berdialog pun dengan Pekema,'' katanya di sini. Tambahnya, tindakan kerajaan itu menyebabkan pemegang permit import (AP) berada dalam kedudukan tertekan dan kerugian kerana pembeli yang telah membayar deposit, enggan membayar tambahan kos kenaikan nilai kenderaan itu. Beliau berkata, ahli-ahli Pekema sudah pun dikenakan levi RM10,000 bagi setiap AP dan operasi pasukan petugas khas pada Jun lalu dan kini berdepan pula pelaksanaan perwartaan nilai kenderaan baharu. Beliau berkata, industri automotif Bumiputera kini mengalami kerugian yang teruk dengan penurunan sehingga 50 peratus jualan sepanjang tahun ini. ''Sehubungan itu, Pekema memohon kerajaan menangguhkan sementara pelaksanaan nilai baru ini, sekurang-kurangnya sehingga keadaan ekonomi negara kembali pulih. ''Kalau kerajaan bertegas mahu menguatkuasakan nilai baru ini, Pekema meminta ia mengecualikan kenderaan-kenderaan yang sudah dibawa masuk sebelum 1 September lalu,'' katanya. Zainuddin berkata, Pekema juga telah mengemukakan surat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi memohon pertemuan dalam masa terdekat. Beliau berkata, Pekema mahu memberi gambaran sebenar kepada Perdana Menteri mengenai situasi peniaga-peniaga Bumiputera dalam industri automotif negara. Menurutnya, pewartaan nilai baru kenderaan import itu menimbulkan persoalan kerana jika tujuannya hendak menambah pendapatan negara, ia tidak akan tercapai kerana permintaan ketara merudum disebabkan kos tambahan itu. ''Kesan penurunan permintaan itu akan memberi kesan negatif kepada peniaga seperti kami dan juga industri hiliran seperti institusi kewangan dan pinjaman kerana kurang perniagaan berlangsung. ''Akhirnya industri automotif akan lumpuh,'' katanya. Zainuddin berkata, jika kenaikan itu bertujuan mendorong jualan kenderaan nasional, ia juga tidak tepat kerana ia berlainan segmen sama sekali. Lidah Rasmi UMNO |
Rumah Terbuka Malaysia : Siapa nak sabotaj Siapa ni? Posted: 08 Sep 2011 07:57 PM PDT Ketua Pemuda UMNO negeri, Ir. Shaikh Hussein Mydin (Mamak kat atas tu) menyifatkan cubaan pihak tertentu untuk mensabotaj majlis Rumah Terbuka Malaysia Aidilfitri di Permatang Pauh pada Ahad ini yang bakal dihadiri Perdana Menteri sebagai tindakan kebudak- budakan. Katanya pihak yang cuba mencetuskan kekacauan di majlis itu ternyata dalam keadaan terdesak untuk meraih semula sokongan rakyat terhadap mereka. Siapa yang nak sabotaj siapa sebenarnya ini?? Tuduhan ada pihak yang cuba mencetuskan kekacauan itu adalah satu tuduhan yang tidak berasas dan dibuat hanya untuk memburuk-burukkan penyokong Pakayan Rakyat. Yang jelas sekarang ialah pihak UMNO/BN yang menganjurkan majlis Rumah Terbuka Malaysia Aidilfitri itu akan memburukkan kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Pulau Pinang dengan mengedarkan 10,000 risalah memfitnah kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang. Sila lihat risalah tersebut di SINI. Unsur sabotaj, malukan PM? Oleh ZABRY MOHAMAD zabrymohamad.madzlan@utusangroup.com.my PULAU PINANG 8 Sept. – Pemuda UMNO negeri menyifatkan cubaan pihak tertentu untuk mensabotaj majlis Rumah Terbuka Malaysia Aidilfitri di Permatang Pauh pada Ahad ini yang bakal dihadiri Perdana Menteri sebagai tindakan kebudak- budakan. Ketuanya, Ir. Shaikh Hussein Mydin berkata, pihak yang cuba mencetuskan kekacauan di majlis itu ternyata dalam keadaan terdesak untuk meraih semula sokongan rakyat terhadap mereka. Sehubungan itu, tegas beliau, pihaknya sedia menghadapi sebarang kemungkinan dan akan memastikan majlis tersebut berjalan lancar seperti dirancang. "Kalau nak malukan Perdana Menteri dan menteri-menteri Kabinet yang akan hadir ke majlis tersebut, itu perangai budak-budak. "Itulah cara politik kotor pemimpin pembangkang, takut nak berdepan secara 'gentleman'. "Kami Pemuda UMNO sudah bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini. Sementara itu, sumber risikan pasukan keselamatan memberitahu Utusan Malaysia, terdapat rancangan untuk mensabotaj majlis berkenaan. Menurut sumber, ada pemimpin politik mengarahkan pengikutnya hadir dengan berpakaian kuning sambil membawa sepanduk ke majlis itu. Majlis Rumah Terbuka Malaysia Aidilfitri tahun ini akan diadakan di padang Sekolah Menengah Kebangsaan Guar Perahu yang terletak dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti pada Ahad ini bermula dari 11.30 pagi sehingga 1 tengah hari. Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dijadual menghadiri majlis rumah terbuka itu yang dijangka dihadiri 10,000 tetamu. Lidah Rasmi UMNO |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan