Jumaat, 16 September 2011

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


[Gambar] Kartel Dadah Mexico SEKSA, BURAIKAN Perut, BUNUH, GANTUNG Jurublog, Mengapa?

Posted: 16 Sep 2011 07:43 AM PDT



Kartel dadah Mexico MEMANG terkenal dengan perbuatan ganas dan kejam mereka. Selalu kita baca di akhbar tentang pembunuhan kejam yang dilakukan oleh pengedar dadah ini terhadap pesaing, polis, dan pihak yang mencampuri urusan mereka.

Baru-baru ini, mayat lelaki dan wanita telah dijumpai tergantung dari sebuah jambatan di bandar Nuevo Laredo yang letaknya di kawasan sempadan Mexico. Yang mengerikan, kedua-dua mayat didapati dikelar dan isi perut mereka terburai lapor DM.

Motif serangan kejam ini adalah untuk memberi amaran kepada pengguna laman sosial/laman sesawang agar tidak mengkritik kartel dadah Mexico di internet.

Wanita yang dibunuh itu dipercayai berusia 20-an telah diikat tangan dan kakinya pada jambatan. Mayatnya dalam keadaan separa bogel dengan isi perut yang terkeluar. Manakala lelaki yang turut dibunuh itu juga dipercayai berusia awal 20-an, ditemukan tergantung dengan tangan terikat pada jambatan.

Laman blog di Mexico kini paling lantang melaporkan keganasan kartel Mexico, selepas beberapa media tradisional telah disenyapkan oleh ancaman pihak kartel.

Jurublog yang mendedahkan maklumat tentang pengedaran dadah menghadapi ancaman daripada pihak kartel pada masa lalu, tetapi kejadian ini mungkin amaran pertama kepada pengguna laman sosial/internet, lapor CNN.

Penyiasat Ricardo Mancillas Castillo memberitahu CNN bahawa bentuk penyeksaan ini, termasuk mengeluarkan isi perut, merupakan perbuatan lazim yang melibatkan keganasan antara kartel tetapi dia tidak pernah melihat keganasan yang serupa terhadap  pengguna internet.

Penyiasat itu berkata kebanyakan mangsa agak sukar dikenal pasti kerana mayat mereka dikelar dan dicacatkan dengan teruk dan tiada saksi yang boleh membantu.

Mayat lelaki dan wanita itu ditemukan pada pagi Selasa, selepas 36 jam dibunuh.


Mesej yang ditinggalkan di tempat mayat digantung: 'This is going to happen to all those posting funny things on the internet'

Kedua-dua blog yang menjadi target pihak kartel ini ialah Al Rojo Vivo dan Blog del Narco. Blog del Narco merupakan laman yang hanya menyiarkan berita berhubung dengan keganasan dadah Mexico.

Laman tersebut telah mengeluarkan satu kenyataan kepada CNN, dengan mengatakan bahawa Blog del Narco tidak bertujuan untuk mengkritik jenayah dan menambah: "Kami tidak memihak kepada atau terhadap mana-mana kumpulan jenayah, kami hanya memberitahu perkara yang telah berlaku."

Manakala Al Rojo Vivo pula ialah sebuah forum yang membolehkan penulis-penulis blog mengepos kiriman/tip tentang jenayah.

Dalam tempoh lima tahun,  lebih daripada 34 000 orang telah mati dalam keganasan berkaitan dengan dadah di negara ini. - DCM


P/s: GILA!



PM Bangladesh Akui Rakyatnya Dapat Hak Mengundi di Malaysia

Posted: 16 Sep 2011 02:10 AM PDT

Sekadar hiasan.

Saya petik:
[KD] KUALA LUMPUR: Naib Presiden KEADILAN, Fuziah Salleh mendesak siasatan dibuat terhadap pengakuan Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina Wajed mengenai rakyatnya di Malaysia, mudah memperoleh status penduduk tetap (PR) dan layak mengundi.

"Kita desak tubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat kenyataan Perdana Menteri Bangladesh berkenaan perkara ini.

"Jika perkara ini berlaku, Najib perlu bertanggungjawab dan berani tampil memberikan penjelasan," katanya kepada Keadilan Daily, hari ini.

Keratan laman web rasmi Pejabat PM Bangladesh
Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas pengakuan Sheikh Hasina yang dipetik dari www.ngoab.gov.bd - laman rasmi Hal Ehwal badan bukan kerajaan (NGO) Jabatan Perdana Menteri negara itu.

Mengikut laman itu, Sheikh Hasina berkata pekerja Bangladesh di Malaysia diberi kewarganegaraan dengan mudah asalkan mengundi parti yang mewakili kerajaan pemerintah.

Beliau juga mengesahkan sebilangan pekerja Bangladesh dalam beberapa sektor di Malaysia, diberi taraf kewarganegaraan sejak tahun lalu.

Katanya, mereka juga diberi hak sebagai pengundi dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.


P/s: HANCUR MALAYSIA!!!





Perihal Duit RM80 Ribu Parpukari & Identiti Jurublog Taiping Mali

Posted: 15 Sep 2011 07:03 PM PDT


Untuk bacaan anda, untuk pengetahuan anda, untuk penilaian anda. 

Saya petik:
[MT] Akhirnya…terbongkar juga skandal Parpukari. Kalau dulu dia begitu seronok menghentam Topeng Perak yang digelarnya sebagai blogger belaan Husam Musa..sekarang giliran Parpukari pulak untuk digelar blogger belaan Zambry Kadir.

Sejak dua hari sudah, skandal Parpukari menjadi hits, yang mana pendedahan dibuat oleh Edyes. (sepanjang yang aku baca). Parpukari dikatakan mendapat RM80,000 sebulan. untuk memblog. Betul ka tuduhan Edyes terhadap Parpukari?

Aku tau benda ni lama dah dan dah lupa bila. Sekitar selepas Pemilihan PKR. Masa tu aku buat surat cuti untuk berehat dari PKR dan dalam masa itu juga aku ditawarkan untuk menjadi blogger hantu untuk Umno. Mungkin Wan Larut boleh confirm masa offer untuk mencari blogger Umno tu.

Sejumlah peruntukan yang besar telah dijanjikan supaya blog-blog pro-Umno menguasai alam siber. Setiap blogger diberi elaun bulanan sebanyak RM2,500.00. Penyelaras untuk negeri Perak ialah Cikgu Najimy…blogger Taiping Mali.

Kalau tuduhan mengatakan Parpukari menerima RM80,000 sebulan, yang tu aku tak setuju…walaupun dia sebelah sana. Tapi kalau Parpukari bertindak sebagai penyelaras dan duit itu adalah untuk elaun bloggers dalam jaringannya, yang tu aku setuju. Dan kalau aku la Parpukari, aku tak akan marah sebab bagi aku, itulah kos untuk menguasai alam siber. Bagi akau…fair. Kalau bagi seorang RM2,500.00 sebagai elaun untuk nak maintain blog..aku rasa adil.

Aku bagi tau beberapa pemimpin PR tentang perancangan ini..tapi macam biasa, pemimpin PR buat tak tau. Kecuali PKR Selangor yang menubuhkan cybertrooper sendiri. Dan aku juga tau blog mana yang dibayar oleh PKR!! so, apakah kalau Parpukari terima duit, itu dianggap tidak bermoral tapi kalau kita terima duit, tak salah?

Ok..yang tu boleh dibincangkan kemudian, tapi kali ini biarlah aku cerita sikit tentang Parpukari. tolong promote dia sikit. Lagipun dia sekarang dah mula nak hentam Najib.

Mula-mula kita tengok printscreen dari blog Umnoreform.

 
Aku cuma nak tolong Anuar Mohd Nor merungkai jaringan yang cukup menarik ini. Anuar pun member aku jugak.

Raja Ahmad Zainudin ialah ahli Parlimen Larut..orang Perak.
Zambry Kadir adalah Menteri Besar Perak.
Akmar Hashim ialah Setiausaha Akhbar Najib.
Ainun mohamad pula adalah Setiausaha Akhbar Muhyidin.
Parpukari adalah orang Perak.

So, kita boleh katakan skandal ini sebagai Perakgate. ha.ha. -MSK

 Artikel ini panjang lagi, sila sambung bacaan anda di Malaysia Times.

Tiada ulasan: