Briged Al-Akhdor LR2 |
Pengakuan PM Bangladesh menyerlahkan kebobrokan BN dan pencacai... Posted: 16 Sep 2011 07:33 AM PDT PKR minta siasat pengakuan PM BangladeshHarakahdaily KUALA LUMPUR, 16 Sept: Naib Presiden PKR, Fuziah Salleh mendesak siasatan dibuat terhadap pengakuan Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina Wajed mengenai rakyatnya di Malaysia, mudah memperoleh status penduduk tetap (PR) dan layak mengundi, lapor Keadilan Daily. "Kita desak tubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat kenyataan Perdana Menteri Bangladesh berkenaan perkara ini. "Jika perkara ini berlaku, Najib perlu bertanggungjawab dan berani tampil memberikan penjelasan," katanya kepada Keadilan Daily, hari ini. Beliau yang juga ahli Parlimen Kuantan berkata demikian apabila diminta mengulas pengakuan Sheikh Hasina yang dipetik dari www.ngoab.gov.bd - laman rasmi Hal Ehwal badan bukan kerajaan (NGO) Jabatan Perdana Menteri Negara itu. Mengikut laman itu, Sheikh Hasina berkata pekerja Bangladesh di Malaysia diberi kewarganegaraan dengan mudah asalkan mengundi parti yang mewakili kerajaan pemerintah. Beliau juga mengesahkan sebilangan pekerja Bangladesh dalam beberapa sektor di Malaysia, diberi taraf kewarganegaraan sejak tahun lalu. Katanya, mereka juga diberi hak sebagai pengundi dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang. |
Wahai Orang Beriman:15 Azab Meninggalkan Solat Posted: 16 Sep 2011 01:09 AM PDT Azab Meninggalkan SolatUntuk renungan bersama Azab Meninggalkan Solat Berwaspada 15 azab bagi orang yang meninggalkan sembahyang. 6 Azab di dunia 1- Dihilangkan keberkatan umurnya. 2- Tehapus tanda-tanda orang solleh di mukanya. 3- Segala amalannya tidak dikurniakan pahala 4- Doanya tidak dimakbulkan oleh ALLAH SWT 5- Tiada doa daripada para solihin untuknya 6- Keluar roh dari jasadnya tanpa IMAN 3 azab ketika hampir mati 1- Kematianya penuh kehinaan 2- Kematiannya di dalam kelaparan yang hebat 3- Kematiannya di dalam kehausan yang dahsyat. 3 Azab di dalam kubur 1- Kubur menghimpitnya sehingga berselisih tulang rusuknya. 2- Dinyalakan api di dalam kuburnya lalu ia dibalik-balikkan di- atas bara api itu. Datang seekor ular bernama Syujja' Aqra, suaranya laksana petir, ia berkata, " Hai manusia! sesungguhnya aku diperintahkan menyeksa kamu dari zohor hingga asar kerana kamu meninggalkan fardhu zohor, dari asar hingga magrib kerana meninggalkan fardhu asar"….Begitulah seterusnya dan azab ini berkekalan sehingga hari qiamat. 3 Azab ketika bertemu ALLAH SWT 1- Datang malaikat dengan rantai panjang 70 hasta lalu membelenggu lehernya dan disumbat ke dalam mulutnya kemudian disentap keluar rantai itu melalui duburnya, lalu diseret ke Neraka Saqar. 2- Tiada rahmat ALLAH dan tiada keampunan untuknya. 3- Baginya azab yang amat pedih. Akibat kepada sesiapa yang meringan-ringankan ibadah solat. 1- Hati cenderung kepada maksiat 2- Memandang ringan kepada perkara-perkara yang berdosa. 3- Suka berfoya-foya dan boros. 4- Terhindar dari berkat doa-doa orang yang soleh. 5- Hilang keberkatan usia. sillaturahim |
You are subscribed to email updates from Briged Al-Akhdor LR2 To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan