Sabtu, 10 September 2011

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Bapa SAMAN Facebook Selepas Anaknya, 12, Muat Naik Gambar "Seksi" di Laman Sosial Tersebut

Posted: 10 Sep 2011 08:11 AM PDT


Berita Agensi memetik laporan BBC melaporkan seorang lelaki memfailkan saman terhadap laman web Facebook selepas anak perempuannya berumur 12 tahun boleh memuatkan gambar "seksi"nya sendiri di laman sosial itu.
\
Saman itu mempersoalkan sama ada Facebook yang mengharamkan mereka berumur 13 tahun ke bawah menggunakannya, mengambil pendekatan yang mencukupi untuk mengesahkan umur penggunanya.

Peguam lelaki itu, Hilary Carmichael berkata, berdasarkan pandangannya, Facebook tidak sesuai untuk mereka yang berumur 18 tahun ke bawah, tetapi syarikat itu tidak mengambil pendekatan mencukupi untuk menghalang mereka di bawah umur 13 tahun menggunakan laman sosial tersebut.

''Pemeriksaan umur seperti meminta nombor pasport merupakan pendekatan mudah untuk dilaksanakan oleh Facebook,'' ujarnya.

Menurut Carmichael, gambar kanak-kanak tersebut sangat menonjol - memaparkan kanak-kanak itu dalam gaya provokatif selain disolek tebal menjadikannya kelihatan lebih tua daripada 12 tahun.

Kanak-kanak perempuan itu juga dilaporkan memberikan maklumat kediaman dan sekolahnya dalam laman sosial tersebut.

Saman yang difailkan di Mahkamah Tinggi Belfast tersebut mendakwa Facebook cuai. Saman itu juga mendakwa laman sosial yang berpangkalan di California, Amerika Syarikat (AS), Palo Alto mewujudkan risiko ancaman seksual dan fizikal kepada kanak-kanak perempuan tersebut.

Jika akaun itu tidak dipadamkan oleh Facebook, saman tersebut menyatakan satu aplikasi akan diwujudkan bagi menghalang Facebook beroperasi di Ireland Utara, kata Charmichael dalam laman webnya.- DCM

 * Versi Inggeris di sini.


P/s: Sebelum menyalahkan FB, sebagai ayah, lelaki itu perlu menyalahkan dirinya dahulu!


Amah Bangladesh KERAT Anu Majikannya, Mengapa?

Posted: 10 Sep 2011 07:08 AM PDT


Menurut berita Agensi yang dipetik dari sumber berita tempatan, melaporkan seorang pembantu rumah warga Bangladesh dituduh memotong alat sulit majikannya dan membuangnya ke dalam tong sampah. Wanita berusia 26 tahun itu menangis semasa pendakwaan dibuat di sebuah mahkamah di Dubai semalam.

Berdasarkan pendakwaan, wanita itu dituduh menyebabkan 40 peratus kecacatan kekal terhadap majikannya yang berusia 77 tahun selepas dia memotong alat sulit lelaki itu dengan pisau pencukur. Kejadian itu berlaku apabila majikannya mengarahkan suspek mengurut kemaluannya. 

Ketika jurubahasa mahkamah menterjemahkan pertuduhan terhadapnya, suspek menangis. Dia menafikan melakukan perbuatan itu dan meminta supaya dihantar pulang ke negara asalnya. Walau bagaimanapun, ketika disoal, suspek mengaku mengambil pisau cukur dari almari berhampiran dan memotong alat sulit majikannya selepas lelaki itu menyuruhnya mengurut anunya. 

"Dua hari sebelum saya ditahan, majikan merogol saya. Saya tidak dapat membela diri kerana dia mengancam untuk mengusir saya dari kediamannya. Keesokan harinya dia memperkosa saya sekali lagi. 

"Pada hari kejadian, dia meminta saya mengurut alat sulitnya. Saya nampak pisau cukur di atas almari. Saya terus mengambil pisau cukur itu tanpa pengetahuannya. Saya kemudian mengurut alat sulitnya sebentar. 

"Kemudian apabila mendapat peluang, saya mengerat alat sulitnya lalu alat sulitnya jatuh ke lantai. Saya memungut dan membuangnya ke dalam tong sampah. Saya kemudian keluar dari biliknya dan bersembunyi di bilik lain," katanya.

Sementara itu, anak lelaki mangsa, dalam keterangannya berkata, dia terkejut mendengar bapanya menjerit kesakitan. 

"Saya berlari keluar dari bilik dan melihat bapa duduk di kerusi dan bahagian bawah tubuhnya berlumuran darah. 

"Ketika saya tanya apa yang berlaku, dia berkata, pembantu rumah mengerat alat sulitnya. Saya kemudian menghalang suspek daripada melarikan diri.

"Saya menghubungi polis dan bapa dibawa ke hospital dengan ambulans."

Laporan forensik polis Dubai menolak kemungkinan wanita itu menjadi mangsa serangan seksual sebelum kejadian berlaku. - DCM



Hajjah Sitt Lahanat Terus HINA Allah SWT,Islam, Nabi Muhammad, Agong, JAKIM Tolak Memorandum, Enggan Bertindak

Posted: 10 Sep 2011 01:05 AM PDT

Sekumpulan penggodam mendakwa wanita ini ialah Hajjah Sitt laknatullah!

Pada 7/9/2011, kumpulan yang menggelarkan diri mereka Jingga 13 telah menghantar memorandum kepada SKMM dan JAKIM. Memorandum itu  mendesak pihak berkuasa terbabit mengambil tindakan drastik terhadap manusia biadap yang menggelarkan dirinya sebagai Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara. Kumpulan NGO ini terdiri daripada sukarelawan, pengguna facebook, dan jurublog.

Menurut laporan blog Milo Suam, memorandum itu diserahkan kepada salah seorang pegawai SKMM di pejabat rasmi suruhanjaya itu di Cyberjaya kira-kira pukul 12:30 tengah hari. Memorandum itu diterima dengan baik oleh seorang pegawai yang mengakui tidak boleh membuat sebarang keputusan, namum memaklumkan kepada NGO itu bahawa perkara tersebut akan dibawa kepada pihak pentadbiran atasan.

Salinan memorandum yang telah dihantar kepada SKMM itu boleh dilihat di sini.

Selepas itu, Jingga 13 menghantar satu lagi memorandum ke pejabat rasmi JAKIM di Putrajaya kira-kira jam 2:30 petang. Yang menyedihkan, pihak Jingga 13 diminta menunggu pegawai jabatan itu untuk menerima memorandum tersebut. Malangnya selepas kira-kira sejam menunggu, pegawai yang ditunggu tidak kunjung tiba, sebaliknya polis yang dihantar menemui wakil Jingga 13.

Pihak polis yang dihantar itu memaklumkan bahawa pihak JAKIM tidak mahu menerima memorandum yang dimaksudkan kerana perbuatan betina murtad laknatullah itu bukan di bawah bidang kuasa agensi itu. Sampai begitu sekali budi bicara JAKIM dalam menjaga kesucian dan kemurnian Islam sebagai agama rasmi di negara ini? Kita tertanya-tanya tentang fungsi JAKIM. Rujuk di sini untuk membacanya.

Kita persoalkan sikap JAKIM kerana agensi agama di negara ini begitu pantas bertindak terhadap musuh politik pemerintah. Isu  agama yang bermotifkan politik sengaja ditimbulkan, adakalanya sengaja diperbesarkan untuk kepentingan politik pemerintah, namun dalam hal yang benar-benar menjatuhkan kesucian dan martabat Islam, pihak yang kononnya mahu menjaga kepentingan Islam enggan bertindak dengan alasan yang sungguh remeh.

Mereka menjerit terlolong apabila Kristian mahu menggunakan nama "ALLAH", namun seolah-olah merelakan perbuatan betina murtad ini menghina dan mencaci Allah, Islam, Nabi Muhammad tanpa berselindung di Twitter, Facebook, dan blog.

Agensi agama di sesetengah negeri pula bertindak atas kepentingan politik apabila menghalang tokoh politik dan agama untuk menyampaikan tazkirah di masjid-masjid. Mereka mengherdik dan membidas ahli politik bukan Islam berkunjung ke surau dan masjid sehingga tindakan itu membuatkan orang bukan Islam menjauhi Islam. Mereka menggunakan kuasa yang ada demi kepentingan tuan mereka, namun BACUL, MENIKUS, SAMBALEWA, apabila berhadapan dengan musuh Islam yang sebenar!

Berdasarkan maklumat di Twitternya, betina lahanat ini sudah mengirimkan lebih 1000 tweet, manakala lebih 700 orang mengikuti akaunnya. Setiap tweet yang dikirimkan di laman itu mengandungi kata-kata cacian dan makian kepada Allah, Nabi Muhammad, Islam, dan terkini YDP Agong.


Makian dan cacian betina lahanat ini semakin menjadi-jadi apabila pihak yang diberi tanggungjawab lambat dan enggan bertindak.


Sampai bila PENGHINAAN yang melampau ini akan dibiarkan oleh pihak berkuasa? - DCM


P/s: Soalan cepu emas: Perlukah laporan orang ramai bagi membolehkan pihak berkuasa seperti  KDN, PDRM, agensi agama, dan SKMM bertindak sedangkan  penghinaan ini sudah menjadi pengetahuan umum pihak berkuasa terbabit?




[Gambar] Jambatan Tidak Dibina, Sebaliknya Tumbuh di Meghalaya

Posted: 09 Sep 2011 07:35 PM PDT

Jambatan dua tingkat.

Jauh di dalam hutan di daerah Meghalaya, India, jambatan yang merentasi sungai bukan dibina, tetapi tumbuh dan hidup sejak ratusan tahun lalu.

Akar pokok purba yang menjalar ditarik dan dijalim ke seberang sungai sehingga membentuk jambatan yang amat mengagumkan. Jambatan yang adakalanya "dibina" dua tingkat ini boleh ditemukan di desa Nogriat dan telah digunakan sejak 500 tahun lalu.

Menurut masyarakat di sana, sesetengah jambatan mampu menampung beban melebihi 50 orang yang menggunakannya pada satu-satu masa.

WOW! Cantik dan luar biasa -DCM

Nature's incredible engineering: Some of the bridges can hold more than 50 people at a time. Some can take ten to fifteen years before they are fully functional


Interwoven: A close up of the solid lattice work that makes the bridges so strong. The natural bridges are much sturdier than a conventional wooden bridge because they are still living so they do not rot

Gerakan "BERSIHKAN NAJIB" Sudah Bermula dalam UMCO?

Posted: 09 Sep 2011 04:30 PM PDT


Saya petik:

[HD] PETALING JAYA, 9 Sept: Satu gerakan tersusun yang dinamakan 'Bersihkan Najib' di dalam Umno untuk menolak Presiden Umno yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dikatakan mula dijalankan oleh pihak tertentu di dalam parti itu.

Selain serangan terus terhadap Najib sendiri, gerakan tersebut juga dikatakan banyak menumpukan serangan ke atas isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor bagi melemahkan kredibiliti Najib sebagai pemimpin nombor satu negara itu.

Demikian menurut sebuah blog pro Umno terkenal, www.umno-reform2.com yang dikendalikan oleh Anuar Mohd Nor yang juga merupakan Ketua Eksekutif Institut Kajian Asas Kemasyarakatan, lapor Free Malaysia Today.

"Paling ketara usaha ini menjalankan serangan ke atas Rosmah untuk memperkecil kredibiliti Najib dan mendesak beliau supaya berundur," menurut petikan entri dari blog terbabit.

Penulis blog terbabit juga percaya pihak-pihak di dalam Umno akan membuat penafian sekaligus menyatakan ikrar taat setia terhadap presiden Umno itu.

"Setakat ini realiti program untuk menjatuhkan dan mendesak Najib untuk melepaskan jawatan adalah benar dan wujud walaupun mungkin penafian akan timbul tetapi Najib harus tahu realiti yang ada ini," tulis beliau lagi.

Bagaimanapun, beliau yang mendakwa mengetahui beberapa nama terlibat dengan gerakan ini masih belum mahu mendedahkan pihak -pihak yang memainkan peranan menjalankan agenda 'Bersihkan Najib' dari Umno ini.

"Suara yang menamakan mereka yang terbabit sudah ada sungguhpun www.umno-reform2.com belum berhajat untuk memaklumkannya," tambah beliau lagi.

Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan seorang pemimpin Umno di peringkat bahagian dari negeri Selangor turut percaya kewujudan gerakan 'Bersihkan Najib' tersebut.

Beliau yang enggan mendedahkan identitinya itu mendakwa, gerakan untuk menjatuhkan Najib itu diketahuinya apabila diberitahu oleh seorang pemimpin peringkat negeri kira-kira tiga bulan lalu.

"Benda ni agak dah lama saya tahu, lebih kurang tiga bulan lepas bila seorang pemimpin peringkat negeri memaklumkan kepada saya," ujar beliau ketika ditemui di sini.

Najib gagal kawal tindak-tanduk isteri?

Menurutnya antara sebab utama berlakunya penolakan kepimpinan Najib dari dalam Umno sendiri berpunca daripada Najib yang dikatakan gagal mengawal tindak-tanduk isterinya.

(Rosmah mendapat slot khas untuk memberikan ucapan hari raya di tv menimbulkan banyak tanda tanya)

"Najib bukan sahaja nampak lemah dalam beberapa aspek kepimpinannya, imejnya, tapi lebih teruk lagi tindak-tanduk isterinya semakin memberatkan agenda Umno dan Barisan Nasional untuk meraih keputusan yang baik dalam pilihan raya akan datang.

"Walaupun Najib dan pemimpin Umno yang lain memang berusaha memberikan persepsi positif di mata rakyat terhadap penglibatan Rosmah dalam urusan kerajaan, orang ramai tetap menganggap sebaliknya.

"Dalam isu isteri PM ini, apa yang dilihat oleh ahli-ahli Umno khususnya golongan akar umbi tidak menunjukan apa yang dikatakan oleh Najib mahupun pemimpin-pemimpin Umno sendiri.

"Lebih menghairankan, saya dan kebanyakan rakan-rakan lain dalam Umno percaya Najib sendiri sedar kesan negatif dari tindak-tanduk isterinya itu, tetapi malangnya Najib seolah-olah tidak dapat berbuat apa-apa tentangnya," ujarnya.

FAKTA Kemerdekaan yang Cuba Disembunyikan

Posted: 09 Sep 2011 03:42 PM PDT


Saya petik:

[TukarTiub] British telah berjaya dihambat keluar dari Tanah Melayu kerana anak semua bangsa telah bangun mengangkat senjata melawan mereka. Perjuangan angkat senjata ini adalah fakta sejarah. Fakta yang selama ini telah cuba ditenggelamkan oleh United Malay National Organisation. Niat busuk menenggelamkan fakta ini bertujuan untuk menipu orang ramai agar percaya bahawa gerombolan United Malay National Organisation ini sahaja yang berhak menjadi 'raja' memerintah Tanah Melayu/Malaysia sampai hari kiamat.

Semenjak tahun 1958 United Malay National Organisation telah ke hulu ke hilir menjajakan ikan busuk – Merdeka dicapai tanpa tumpah darah. Setiap bulan Ogos United Malay National Organsation jadi mamai dengan kesah-kesah dongeng tentang bagaimana mereka menentang gerila Pembebasan Rakyat Malaya yang dipimpin oleh Parti Komunis Malaya (PKM). United Malay National Organisation ini agak bebal kerana kesah kesah dongeng ini membuktikan bahawa mereka - dalam Bahasa Inggerisnya menjadi British's running dog atau anjing suruhan British. Rakyat Tanah Melayu bangun menentang British tetapi United Malaya National Organisation menentang orang yang menentang British. Jelas ini perbuatan dan kerja barua British.

Perjuangan mengangkat senjata melawan Brtish bermula pada 20 Jun 1948. Sebelum angkat senjata melawan British ini dilancarkan, Parti Komunis Malaya telah juga melancarkan gerakan gerila bersenjata menentang kuasa fascist Jepun. Ini adalah jawapan anak semua bangsa terhadap fascist Jepun yang telah menawan Tanah Melayu pada tahun 1941-1945. Ini fakta sejarah.

Babak-babak sejarah sejarah gilang gemilang bermandi darah ini cuba dilupuskan kerana dalam sejarah ini nama United Malay National Organisation tidak pernah muncul. Bau bau kentut mereka pun tidak terdengar dalam babak-babak sejarah ini. Gerombolan United Malay National Organisation tidak pernah wujud dalam perjuangan anti-imperialis.

Kuasa imperialis Kulit Puteh ( White Colonial Power) – Portugis, Belanda dan British – datang ke Tanah Melayu ini kerana mencari harta kekayan. Kuasa imperial ini datang untuk mengambil hasil bumi – bijeh, emas, getah dan rempah rampai. Buktinya: gerombolan yang datang awal untuk menjarah harta kekayaan di Kepulauan Nusantara adalah lanun seperti Raffles dari East India Company.

Semenjak kuasa imperialis ini - Portugis, Belanda, Inggeris dan Jepun - menjejakkan kaki ke Tanah Melayu – mereka terus diserang. Nama seperti Mat Kilau, Datuk Bahaman, Tok Jaggut, Maharaja Lela, Haji Abdul Rahman Limbong – adalah pemula gerakan anti-imperialis di Tanah Melayu. Ini fakta yang tidak mungkin luput hingga hari kiamat.

Mari saya cerahkan para pembaca dengan beberapa fakta-fakta sejarah yang juga tidak mungkin akan berubah hingga hari kiamat. Para pembaca yang budiman : Sila buka minda dan pakukan ke dalam otak kita semua bahawa parti dan pertubuhan politik Melayu yang tertua di Tanah Melayu ialah Kesatuan Melayu Muda (KMM) yang ditubuhkan pada tahun 1938 dibawah pimpinan Ibrahim Yacoob. Ini diikuti pula dengan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang ditubuhkan pada tahun 1945 dengan sayap mudanya Angkatan Pemuda Insaf (API) dan Angkatan Wanita Sedar (AWAS).

United Malay National Organisation hanya ditubuhkan pada tahun 1946. Sila baca betul betul. Buka mata dan buka kepala: KMM 1938, PKMM, API dan AWAS pada tahun 1945. United Malay National Organisation ditubuh pada tahun 1946. Baca sekali lagi : sembilan belas empat puluh enam United Malay National Organisation ditubuhkan dan bukan sembilan belas tiga puluh lapan. Tarikh 1946 ini pun untuk United Malay National Organisation telah ditalkinkan. United Malaya National Organisation yang baru ini ditubuhkan pada tahun 1988. Ini fakta sejarah yang tidak akan berubah hingga hari kiamat.

Kemudian mari kita lihat garis-garis perjuangan parti-parti ini. Kesatuan Melayu Muda dan Parti Kebangsaan Melayu Malaya telah memekikkan slogan – MERDEKA! Laungan ini telah menghantui kuasa imperial British. Tuntutan kemerdekaan ini telah mengampoh dan ini menakutkan kuasa kolonial British.

United Malay National Organisation bukan sahaja TIDAK berani melaungkan – merdeka – malah gerombolan ini telah mengeluarkan slogan lawak seram yang berbunyi: Hidup Melayu! Slogan lawak seram ini seolah-olah orang Melayu 'kurang oxygen'. Masih tidak jelas - apakah pada tahun 1946 dahulu orang Melayu sedang nyawa-nyawa ikan atau kurang oxygen untuk bernafas sehinggakan perlu dilaungkan 'hidup Melayu'. Atau kerana hakikatnya United Malay National Organisation ini satu gerombolan yang bebal dan tidak dapat memikirkan slogan yang masuk akal.

Lawak seram – Hidup Melayu – masih ditakbirkan ke hulu ke hilir hingga ke hari ini. Adalah satu fakta bahawa yang masih lantang melaungkan Hidup Melayu hari ini adalah kaum Mamak Kimma dan kumpulan Awang Hitam yang semakin di sangsikan teromba dan salasilah kerurunan mereka. Kenapa Awang Hitam ini suka melaungkan Hidup Melayu ini memerlukan satu kajian yang lebih rapi.

Adalah juga fakta sejarah bahawa United Malay National Organisation tidak - diulangi sekali lagi dengan huruf besar – T-I-D-A-K - berjuang untuk mendapat kemerdekaan. Apabila kuasa imperial British merasa tekanan senjata dan gerakan massa politik di Tanah Melayu semakin melonjak dan mengampoh maka kuasa imperial memerlukan budak suruhan yang setia. Justeru, diwujudkan satu gerombolan yang dipanggil United Malay National Organisation. Nama Inggeris kumpulaan ini masih dipakai hingga ke hari ini. Nama Inggeris ini sahaja sudah memadai sebagai bukti bahawa gerombolan ini ditelor, dieram dan dinetaskan oleh British.

Pada 20 Jun 1948 kuasa kolonial Britsih telah mengistiharkan apa yang dipanggil 'darurat'. Perkataan 'darurat' ini adalah kelentong besar dari pihak British. British dengan licik telah menggunakan perkataan 'darurat' agar orang Melayu tidak sedar bahawa apa yang sedang berlaku pada tahun 1948 sebenarnya ialah perjuangan bersenjata untuk menghalau British. Tidak ada warga Tanah Melayu dalam darurat. Yang darurat ialah kuasa kolonial dan soldadu British yang telah diserang oleh gerila Pembebasan Rakyat Malaya.

Apabila darurat diistiharkan – kuasa kolonial British telah mengharamkan KMM, PKMM, PKM, API, AWAS, Hisbul Musliman dari bergerak bebas di Tanah Melayu. Ramai pemimpin parti , kader politik dan aktivis dalam gerakan nasionalis ini telah di tangkap oleh soldadu British. Nama-nama seperti Burhanuddin al- Helmy , Ishak Haji Muhamad, Chen Peng, Rashid Maidin, Shamsiah Fakeh, S.A. Ganapathy, Ustaz Abu Kabar al- Bakir, Ahmad Boestaman, Kamaruzaman Teh, Abdullah Sidi adalah nama-nama nasionalis yang dikhendaki oleh British.

Apabila pemimpin dan kader dari gerakan nasionalis ini ditangkap, diburu atau dibunuh maka barulah United Malay National Organisation dapat berkembang. Gerombolan United Malay National Organisation dapat bernafas dengan slogan Hidup Melayunya kerana ramai pemimpin-pemimpin rakyat telah memulakan kerja dibawah tanah atau masuk ke hutan mengangkat senjata untuk menjadi gerila Pembebasan Rakyat Malaya.

British dengan licik telah lebih awal merancang satu strateji untuk memastikan United Malaya National Organisation dapat mara ke hadapan. Strateji ini cukup senang: Dua tahun sebelum darurat diistiharkan kuasa kolonial British telah menimbulkan konsep politik yang dinamakan Malayan Union. Ini adalah taktik Britsih untuk mematahkan gerakan nasionalis Melayu yang anti- British. Dengan mencadangkan konsep Malayan Union ini British telah memberi nafas kepada United Malay National Organisation untuk mengumpulkan orang-orang Melayu.

Justeru apabila darurat diistiharkan dua tahun kemudian - pada tahun 1948 – pucuk pimpinan nasionalis Melayu dari KMM, PKMM, PKM telah dipatahkan. Gerakan yang tidak diganggu gugat malah mendapat sokongan British hanyalah United Malaya National Organisation, Malayan Indian Congress dan Malayan Chinese Association – semuanya menggunakan nama Inggeris. Ketika pemimpin gerakan nasionalis dalam penjara atau kini di hutan bergerila maka ketika inilah United Malay National Organisation mencelah masuk menawarkan diri untuk menjadi barua British yang setia. Ini fakta sejarah yang sampai kiamat pun tidak akan berubah.

Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman – dua bengolan ini bukan – B-U-K-A-N - dieja dengan huruf besar - bukan perjuang menentang Britsih. Mereka berebut-rebut menawarkan diri untuk menjadi barua Brtisih yang setia. Pada ketika itu penjajah British memasang dua kuda. Justeru, kuasa kolonial British memiliki dua pilihan. British akan memilih kuda yang lebih setia dan yang boleh menipu orang Melayu dengan bijak bistari. Akhirnya Tunku menjadi kuda pilihan British.

Dengan kemunculan budaya internet segala pembohongan United Malay National Organisation telah diketahui umum. Satu demi satu tipu helah dan fakta songsang tentang perjuangan kemerdekaan Tanah Melayu telah mula dibongkar. Anak-anak muda semakin sedar kenapa pada ketika ini United Malay National Organisation sedang bermati-matian cuba memesongkankan fakta perjuangan bersenjata melawan British.

Hari ini – pada 5 haribulan September 2011 – United Malay National Organisation sedang bernafas dalam lumpur untuk mempertahankan babak serangan gerila Pembebasan Rakyat Malaya keatas Rumah Pasong Bukit Kepong. United Malay National Organisation melihat serangan ini sebagai detik sejarah perjuangan mereka.

Serangan gerila ini telah dipimpin oleh Mat Indra – seorang guru agama, seorang kader dari Parti Komunis Malaya dan aktivis API. Kemunculan Mat Indera pada tahun 2011 telah meledakkan mitos bahawa Parti Komunis hanya dianggotai oleh orang China. Roh Mat Indra juga telah meledakkan mitos bahawa kaum komunis tidak ada agama. Roh Mat Indra yang muncul tahun ini telah juga mensahehkan bahawa United Malay National Organistaion adalah barua setia British. Ini kerana Sarjan Ketua Rumah Pasong Bukit Kepong pada malam serangan itu ialah Ray Dancey. Sila baca namanya sekali lagi. Namanya bukan Mat Rais bin Lebai Dasi tetapi Ray Dancey – seorang Mat Salleh yang sebelum ini kerjanya ialah mengharu birukan rakyat Palestin.

United Malay National Organsation ini bukan sahaja barua yang setia malah telah menjadi barua yang amat bebal. Tidakkah mereka sedar bahawa serangan keatas Rumah Pasong Bukit Kepong ini berlaku pada 23 Februari 1950. Tahun seribu sembilan ratus lima puluh Tanah Melayu masih dibawah British. Bendera yang berkibar di rumah pasong Bukit Kepong ialah bendera Union Jack. Lagu yang dinyanyikan ialah lagu God Save the Quen dan bukan lagu Memula Moon atau Terang Bulan.

Tiada ulasan: