:: @ AL-BAKISTANI @ :: |
UTUSAN MALAYSIA SPIN KENYATAAN AKU Posted: 10 Sep 2011 01:19 PM PDT 2 september bersamaan dengan 4 syawal baru-baru ini, aku hadir dalam majlis pertemuan blogger dan facebooker anjuran kerajaan Negeri Kelantan bertempat di Lundang, Kota Bharu Kelantan. Dalam program tersebut, aku mencadangkan agar Tuan Guru Nik Abdul Aziz ROUND MALAYSIA untuk menjatuhkan UMNO/BN, sepertimana perubahan yang berjaya dilakukan oleh Mahatma Ghandi di India, dan Rashid Ghanoushi di Tunisia. Ekoran itu, Tuan Guru tidak seharusnya bertanding lagi dalam PRU akan datang untuk focus ROUND MALAYSIA itu. Pendapat aku itu dijawab oleh Datuk Husam Musa. Beliau tidak bersetuju dengan cadangan tersebut dan mencadangkan agar Tuan Guru Nik Abdul Aziz terus Round Malaysia, tetapi kekal juga bertanding dalam PRU. Padaku, program malam itu sudah selesai. Tidak disangka-sangka, dua hari kemudiannya, iaitu pada 4 september, ia menjadi satu berita hangat di Kelantan. Iaitu, apabila ia dijadikan berita di muka surat utama dalam sinar harian versi Kelantan. Makanya, aku dihujani dengan pelbagai komentar dari rakan-rakan, sama ada melalui email, facebook dan juga melalui telefon. "anta mencadangkan tuan guru letak jawatan?" antara soalan yang banyak kedengaran. "Ana tidak cadangkan tuan Guru letak jawatan.. yang ana cadangkan adalah, Tuan Guru perlu round Malaysia untuk jatuhkan UMNO/BN di Malaysia, sepertimana yang dilakukan oleh Mahatma Ghandi di India, dan Rashid Ghanoushi di Tunisia.. Cuma, bimbang kesihatan Tuan Guru yang sudah tua, dicadangkan Tuan Guru tidak bertanding dalam PRU pada kali ini, tetapi focus untuk round Malaysia untuk jatuhkan UMNO/BN" jawabku panjang lebar bimbang orang keliru. Rakan-rakan yang berhubung terus denganku berpuas hati dengan peneranganku. Tetapi, mengenangkan akhbar mementingkan duit, wang dan kemasukan berbanding melaporkan yang sepatutnya, menyebabkan tajuk berita mereka diolah sedemikian rupa bagi memburukkan lagi keadaan. Pada hari ini, keluar pula berita dalam utusan Malaysia melaporkan berita tersebut, waima program yang telah berlalu itu berlanjutan sehingga seminggu yang lepas. Seperti yang kita tahu, Utusan melaporkan perkara yang mereka mahu sahaja, tanpa mereka melaporkan banyak lagi perkara yang aku nyatakan dalam program tersebut. MEREKA BUANG POINT PENTING, dan membesarkan perkara yang tidak penting dalam ucapan cadanganku itu. Antara perkara yang tidak aku sebutkan dalam ucapanku, tetapi ditambah-tambah oleh Utusan tersebut adalah pada ayat berikut; "Pada 3 September lalu, Wan Ji dilaporkan berkata: "Tuan Guru tidak perlu bertanding pilihan raya, tidak perlu jadi Menteri Besar lagi, tumpu sahaja kepada ceramah. Tugas itu boleh diserah kepada ramai lagi ulama muda lain" Ungkapan "tumpu pada sahaja kepada ceramah. Tugas itu boleh diserahkan ramai lagi ulama muda lain" adalah penambahan dari Utusan yang disandarkan kepadaku, walhal aku tidak pernah menyebut seperti yang dilaporkan. Dan lagi, forum itu berlaku pada 2 september, bukan 3 september seperti yang dilaporkan. Apakah harus aku lakukan terhadap utusan? Mungkin aku tidak perlu pening lagi nak cari duit untuk membayar yuran untuk aku sambung pengajianku…. Sekian baca sama : tok guru nik Abdul Aziz perlu round Malaysia untuk hapuskan BN. Wallahu 'Alam |
You are subscribed to email updates from :: @ AL-BAKISTANI @ :: To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan