Sabtu, 10 September 2011

Komentar Kini

Komentar Kini


Kemana perginya Profesor Datuk Dr Ramlah Adam

Posted: 10 Sep 2011 06:01 AM PDT

Sesiapa pun memang kurang layak bercakap pasal sejarah tanah air, kecuali Profesor Datuk Dr Ramlah Adam yang layak.

Profesor Datuk Dr Zainal Klang juga layak, tetapi cuba menipu rakyat kerana terikat dengan umno yang didokongnya.

Profesor Datuk Dr Ramlah Adam cukup layak membicarakan pasal sejarah tanahair. Lebih lebih lagi beliau mendapat profesor sejarah yang tidak pernah diragui kewibawaanya setakat ini.

Dalam kuliah beliau dikatakan bercakap benar dan tak pernah berbohong kepada pelajarnya mengenai sejarah tanahair dan hakikatnya.

Justeru itu Profesor datuk Dr Ramlah Adamlah yang sepatutnya muncul atau pihak media masa membuat temubual dengan satu slot khusus mengenai sejarah tanahair agar tidak mengelirukan.

Kita yakin dan percaya beliau tak akan berbohong dan menipu sepertimana yang dilakukan oleh Profesor Datuk Dr Zainal Kliang yang setakat hari ini reputasinya sudah tercalar.

Bukan setakat reputasi gelarang profesornya tercalar malahan umno turut terjejas dek suatu penipuan bahawa Malaysia tak pernah di jajah oleh British.

Hujah kebanyakan rakyat, jika tanah Melayu tak pernah dijajah mengapa Tunku Abdul Rahman Putra mengistiharkan kemerdekaan dengan laungan merdeka.merdeka. mederka.Ini menunjukkan kita pernah dijajah oleh British.

Negara kita telah menyambut hari kemerdekaan pada 31 Ogos setiap tahun itu sebagai bukti bahawa tanah Melayu sudah bebas dari penjajah.

Namun demikian kita sangat mengharapkan media massa Negara memainkan peranan melalui temubual slot khusus tentang sejarah tanah Melayu daripada setakat hari tokoh sejarah negara tak lain dan tak bukan ialah Profesor Datuk Dr Ramlah Adam.

Jika sekiran pihak media massa tak berbuat demikian beliau harus muncul dikhalayak ramai membenntang membicarakan pasal sejarah tanahair agar rakyat Negara ini tak jadi keliru sepertimana yang sedang berlaku sekarang.

Tiada ulasan: