Selasa, 6 September 2011

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


[Gambar- Jangan Tiru] Permainan MAUT Remaja Rusia

Posted: 06 Sep 2011 05:20 AM PDT


Kita pernah mendengar permainan russian roulette. Bagi yang tidak mengetahui russian roulette, sila klik di sini. Hari ini remaja Rusia mencipta permainan baru yang tidak kurang "ngeri"nya dengan permainan yang begitu sinonim dengan datuk moyang mereka. 

Permainan tersebut menguji keberanian seseorang yang perlu meniarap di landasan tatkala kereta api sedang bergerak laju. Permainan gila ini harus dilakukan dengan cepat dan sudah tentunya dengan semangat keberanian yang tinggi. Jika tersilap langkah, nyawa pasti melayang dalam keadaan yang amat mengerikan.


Remaja berani mati akan bersembunyi terlebih dahulu di kawasan landasan kereta api. Mereka kemudiannya berlari ke landasan beberapa detik sebelum kereta api melintasi kawasan tersebut. Di landasan, remaja itu akan mengambil posisi meniarap. Bayangkan, jarak antara badan remaja tersebut dengan kereta api yang bergerak laju hanya beberapa inci sahaja. 

Paling mengejutkan, aksi berani mati ini turut dilakukan oleh remaja perempuan. GILA - DCM




Sumber gambar: Forum Viva

P/s: JANGAN TIRU!!!!

KDN Pernah Luluskan Suara Rasmi Parti Komunis China di Malaysia???

Posted: 06 Sep 2011 01:03 AM PDT


Saya petik:
[HD] KUALA LUMPUR, 6 Sept: "Ingin saya bertanya, apabila Umno meluluskan suara rasmi Parti Komunis China, adakah Umno juga telah menjadi penyokong ajaran komunis?" tanya Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Beliau menyatakan demikian dengan merujuk kepada laporan portal berita Malaysiakini bertarikh 10 Januari 2005, Kementerian Dalam Negeri pernah mengeluarkan permit akhbar harian yang menjadi suara rasmi Parti Komunis China (CPC).
 
Merujuk kepada laporan WIKIPEDIA:

The People's Daily (Chinese: 人民日报; pinyin: Rénmín Rìbào) is a daily newspaper in the People's Republic of China. The paper is an organ of the Central Committee of the Communist Party of China (CPC), published worldwide with a circulation of 3 to 4 million.

(TERJEMAHAN: People's Daily adalah akhbar harian di China. Akhbar ini adalah suara rasmi Parti Komunis China.)

Mahfuz yang juga ahli Parlimen Pokok Sena berkata, sepanjang aktifnya Parti Komunis Malaya di Malaya, tidak pernah sekali pun mereka mendapat permit untuk menerbitkan bahan cetakan mereka.

Malangnya, kata beliau pada tahun 2005, harian rasmi Parti Komunis China telah diberikan permit untuk diterbit, dicetak dan diedarkan di pasaran Malaysia.

"Yang lebih dikesali adalah serangan berat sebelah media-media kepada Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu di atas isu membela tokoh kemerdekaan, Mohammad Indera," ujarnya dalam satu kenyataan.

Tegasnya, tiada siapa di Malaysia yang meragui status Mohammad Indera sebagai pejuang kemerdekaan yang telah berjasa kepada Malaysia.

Namun, katanya Mohamad difitnah oleh media-media milik Umno kononnya beliau adalah seorang penyokong ajaran komunis.

P/s: Siapa yang sokong komunis? DAP atau UMCO? Terburai lagi!!!!

[Video] Buaya RAKSASA Berjaya Ditangkap di Filipina

Posted: 05 Sep 2011 09:00 PM PDT



The Inquisitr melaporkan buaya raksasa sepanjang 21 kaki yang dipercayai menyerang beberapa orang berjaya ditangkap.

Buaya seberat 600 kg itu ditangkap di daerah Agusan del Sur. Buaya ini berjaya ditangkap selepas pegawai hidupan liar dan perikanan memasang perangkap selama beberapa minggu.

Penduduk di kawasan berdekatan percaya buaya raksasa itu bertanggungjawab terhadap kehilangan seorang remaja pada tahun 2010 serta beberapa serangan lain.

Menurut Ronald Nuer, pengarah projek  Majlis Daerah Bunawan, usaha menangkap buaya jantan itu mengambil masa selama 21 hari. Buaya raksasa ini akan ditempatkan di sebuah taman ekopelancongan yang jauh daripada aktiviti manusia. - DCM


P/s: Saya sokong langkah yang diambil oleh pegawai hidupan liar Filipina yang bertindak memasang perangkap untuk menangkap buaya raksasa itu daripada menembak mati haiwan tersebut. Sekurang-kurangnya haiwan itu dapat dipertontonkan kepada orang ramai dan kajian saintifik dapat dijalankan untuk mengetahui lebih lanjut tentang haiwan tersebut. 



Aduhai, Suami BERAHI Ugut Bunuh Diri Kerana Isteri Enggan Layan Berahinya!!!

Posted: 05 Sep 2011 07:18 PM PDT

Sekadar hiasan.

Saya petik:
[HM] AMPANG: Hanya kerana isteri menolak permintaannya untuk melakukan hubungan seks, seorang suami bertindak nekad cuba membunuh diri dengan menikam diri sendiri, namun berjaya dihalang isterinya, tengah malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah malam di rumah pasangan itu di daerah ini, suami berusia 27 tahun itu mengajak isterinya berusia 29 tahun untuk melakukan hubungan seks, namun permintaan itu ditolak dengan cara baik.

Menurut sumber, tindakan isterinya menyebabkan suami naik berang lalu memaki- hamun wanita itu menyebabkan berlaku pertengkaran sesama mereka.

"Lelaki itu kemudian pergi ke dapur dan mengambil sebilah pisau sebelum masuk semula ke bilik lalu meletakkan pisau di perutnya sambil memberitahu mahu membunuh diri," katanya.

Sumber berkata, isterinya yang terkejut dengan tindakan itu menepis pisau dipegang suaminya itu.

Namun, lelaki itu mengambil semula pisau yang jatuh ke lantai dan melakukan perkara sama sekali lagi selain menyuruh isterinya menikamnya pula.

Berikutan tindakan itu, isterinya sempat merampas pisau dipegang suaminya itu sebelum keluar membuat laporan di balai polis berhampiran.

 P/s: Memalukan!!!Gersang yang tidak terkawal!!!



Tiada ulasan: