DIALOG RAKYAT |
- Anwar nafi Nuha tanding Nibong Tebal
- Pergolakan BN Sabah: Musa Aman bakal dicantas?
- Laporan Wikileaks Tidak Betul?
- Pulau Pinang dilanda jerebu susulan gempa bumi Sumatera
- MB: Laporan JAIS masih belum sedia
- UMNO Takut Benar Mat Sabu Temui Mangsa Tragedi Bukit Kepong
- Laporan Polis Menjadi Modal Politik
- Sejarah bagai gadis disolek sesuka hati
- Media alternatif perlu diperkasa
- Bill Perubatan Mat Sabu : Jawapan Buat Pencacai UMNO
- AIDILFITRI, ANGPAU DAN KAKI ‘PAU’
- Muhyiddin bakal ambil alih jawatan Presiden UMNO tapi bukan Perdana Menteri
- Ramai pemimpin akar umbi Melayu bakal sertai DAP
- Bantuan kebajikan: Indah khabar dari rupa
- Perjuangan kemerdekaan Mat Indera, menurut Berita Harian
- Sejarah ciptaan UMNO
- Pengundi pos suami isteri ‘sama jantina’
- Tulis semula sejarah kemerdekaan secara ilmiah- Pemuda Pas
- Fitnah II: Karpal mahu Shafee Abdullah didakwa hina mahkamah
- Anwar: Pengundi hantu di Permatang Pauh
- Fitnah II cabaran kepada Ketua Hakim baru- Shamsul
- Rasuah Scorpene akan dibongkar di London
- Isu Mat Indera: Umno gali lubang sendiri- Mat Sabu
- Umno semakin terdesak burukkan Pakatan- Syed Husin
- Pendaftaran 2.3 juta PATI untuk tambah keahlian Umno?
Anwar nafi Nuha tanding Nibong Tebal Posted: 06 Sep 2011 07:34 AM PDT Para pemimpin tertinggi PKR mengesahkan spekulasi yag dinanti-nanti bahawa Nurul Nuha Anwar (gambar kiri sekali), anak kedua pemimpin pembangkang Anwar Ibrahim,akan mengambil alih kerusi PKR Nibong Tebal,Pulau Pinang dari Tan Tee Beng yang melompat parti pada pilihanraya umum ke13 akan datang yang dijangka berlangsung tidak lama lagi. "Nuha telah menolak cadangan pencalonan sebelum ini dengan alasan peribadi. Saya yakin Wan azizah dan Anwar juga akan menolak. Malahan ,saya rasa Anwar telah memberikan penolakan dengan tegas pagi tadi" Naib presidenPKR Tian Chua memberitahu media. Anwar sendiri, melalui twitter pagi tadi memaklumkan bahawa Nuha,seorang pereka grafik, tidak berminat untuk kerja berprofil tinggi.tetapi ada khabar angin yang mengatakan yang ianya kerana wanita muda berusia dua puluhan itu telah berkahwin. Nuha,tidak tinggi kakaknya Izzah, lebih mirip Anwar, kulit nya lebih cerah seperti kulit ibunya,President PKR Wan Azizah. Penolakan terkini dari Anwar agak menghampakan para penyokong keluarganya. Anwar dilihat sebagai agak keberatan untuk mendedahkan ahli keluarga nya supaya aktif dalam politik kecuali jika keadaan mendesak,seperti mana anak sulungnya Nurul Izzah, MP Lembah Pantai,yang mengikut jejak langkah bapanya,seorang yang sangat natural dalam bidang politik berprofil tinggi. Izzah dijangkakan tewas kepada Ketua wanita Umno Sharizat Jalil, tetapi ibu muda yang tinggi lampai dan gemar bermain gitar itu telah mengejutkan semua termasuklah ibubapa nya atas kemenangan nya. "Keadaan yang sama akan berlaku pada Nuha. Jika dia boleh menyelesaikan hal-hal peribadinya, dan setuju untuk bertanding di Nibong Tebal, Tan Tee Beng dan konco-konco BN patut bersedia awal untuk pulang." Kata seorang tokoh PKR, Eddie Wong kepada media. "Sudah pasti Nuha akan menang besar. Kerusi tersebut ialah kerusi PKR dan kemudian Tee beng melompat parti.terdapat rasa tidak puas hati terhadapnya. Saya difahamkan Gerakan dan UMNO telah mula menghidu peluang." Semasa penamaan calon awal PKR sebulan yang lalu,nama Nuha telah dicadangkan oleh beberapa pihak dalam parti. Timbalan Ketua Menteri P.Pinang dan Ketua PKR negeri mansor Othman mengesahkan bahagian Nibong Tebal menamakan Nuha sebagai calon yang layak untuk kerusi kawasan campuran separa urban tersebut. "Nama beliau di kemukakan sebulan lepas.masih belum di sahkan samada beliau ialah calon akhir. Semuanya akan diketahui sebelum pilihanraya umum nanti." Mansor Othman dipetik memberitahu China Press. Mansor juga berkata ramai pemimpin tertinggi peringkat nasional yang mencadangkan Nuha sebagai calon. "Kerusi ini ialah kerusi kebanggaan yang mesti dimenangi oleh PKR dan calon terbaik mesti diletakkan dan calon tersebut berharapan untuk menang.kami harap beliau mempertimbangkan nya. Jika tidak, t bakat baru yang lain akan mengambil alih walaupun mereka tidak sepopular Nuha," kata Eddie lagi. Nibong Tebal mempunyai 43.60 % pengundi melayu, 40.50 % Cina dan 15.80 % India. |
Pergolakan BN Sabah: Musa Aman bakal dicantas? Posted: 06 Sep 2011 07:22 AM PDT WarkahDaily Dalam diam-diam, rupa-rupanya Barisan Nasional (BN) Sabah sedang berhadapan satu 'tsunami' cantas mencantas sesama sendiri apabila dilaporkan para pemimpin Parti Liberal Demokratik (LDP) telah memboikot Rumah Terbuka Aidilfitri Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman dan kabinet negeri di Kompleks Sukan Likas, Kota Kinabalu baru-baru ini. |
Laporan Wikileaks Tidak Betul? Posted: 06 Sep 2011 06:49 AM PDT
|
Pulau Pinang dilanda jerebu susulan gempa bumi Sumatera Posted: 06 Sep 2011 06:42 AM PDT BERITA HARIAN ONLINE GEORGETOWN: Kualiti udara di kebanyakan kawasan di Pulau Pinang hari ini merosot dengan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Universiti Sains Malaysia (USM) direkodkan meningkat kepada 89 pada jam 5 petang tadi berbanding 41 pada jam 7 pagi ini. Pengerusi Jawatankuasa kebajikan, Kesihatan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar Pulau Pinang, Phee Boon Poh, berkata cuaca berjerebu yang melanda negeri ini hari ini dipercayai berpunca daripada gempa bumi melanda Sumatera Utara, Indonesia pada 1.55 pagi ini. "Pulau Pinang mengalami jerebu sejak dua hari lepas ekoran tiada hujan dan cuaca kering. Bagaimanapun keadaan masih terkawal tetapi berdasarkan laporan yang diterima hari ini, jerebu menjadi lebih buruk akibat gempa bumi di Sumatera Utara awal pagi ini," katanya di sini, hari ini. Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 pada skala Richter melanda Sumatera Utara, Indonesia pada 1.55 pagi ini yang gegarannya turut dirasai di beberapa negeri di Semenanjung. Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan berkata, gempa bumi itu berpusat di 2.9 darjah Utara dan 97.6 darjah Timur, 363 kilometer dari barat daya Pulau Pangkor, Perak. "Keadaan jerebu ini dijangka berlarutan hingga beberapa hari lagi ekoran ramalan kaji cuaca menjangkakan Pulau Pinang tidak akan hujan dalam tempoh berkenaan," katanya. Tahap IPU antara 0-50 menggambarkan kualiti udara yang baik, 51-100 (sederhana), 101-200 (tidak sihat), 201-300 (sangat tidak bersih) dan 300 ke atas (berbahaya). - BERNAMA |
MB: Laporan JAIS masih belum sedia Posted: 06 Sep 2011 06:36 AM PDT MALAYSIA KINI Laporan Jabatan Agama Islam Malaysia (JAIS) berhubung pemeriksaan sebuah gereja di Petaling Jaya masih belum disiapkan, terlambat dua minggu daripada tempoh sebulan yang ditetapkan.Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim (kiri) berkata, JAIS masih mempunyai banyak masa menghasilkan laporan kerana isu sensitif seperti ini mesti diuruskan sebaiknya. Bercakap dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat exco di Shah Alam, Khalid berkata, isu itu perlu dikendalikan dengan bijaksana. Menteri besar berkata laporan itu akan dibentangkan kepada exco kerajaan negeri apabila selesai. |
UMNO Takut Benar Mat Sabu Temui Mangsa Tragedi Bukit Kepong Posted: 06 Sep 2011 06:33 AM PDT KELAB GREENBOC Kira-kira sepuluh lelaki menghalang rombongan PAS daripada bertemu seorang mangsa dalam peristiwa Bukit Kepong, kata Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kaiat. Katanya, beliau dan enam anggota parti mengiringi Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu yang datang dengan konvoi tiga kenderaan ke Skudai Kanan, Johor semalam untuk menemui Jamilah Abu Bakar. Suhaizan mendakwa anggota Umno termasuk dalam kumpulan itu. "Mereka halang kami dan tuduh Mat Sabu cuba pertahan Mat Indera. Mereka minta dia tarik balik kenyataan itu atau tidak dibenarkan bertemu. "Mereka tidak rasional," katanya ketika dihubungi semalam. Dalam ucapannya pada 21 Ogos, Mohammad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu mendakwa Muhammad Indera yang mengetuai serangan terhadap balai polis Bukit Kepong merupakan wira sebenar dan pejuang kemerdekaan. Kenyataan itu mengundang serangan hebat, terutamanya daripada pemimpin Umno dan akhbarnya Utusan Malaysia yang mendakwa Mohamad mengagungkan komunis.
|
Laporan Polis Menjadi Modal Politik Posted: 06 Sep 2011 06:31 AM PDT MSO KERENCAMAN dunia politik jadi tambah buruk apabila pemain politik tidak tahu menggunakan akal untuk menimbangkan apakah sesuatu tindak dan tektik berterusan yang dilakukan itu baik atau tidak. Sejak ke belakangan ini kerencaman tektik dan tindakan itu menjadi-jadi. Ia semacam satu penyakit bermusim atau berjangkit pula macam penyakit campak atau pun batuk kering. Seakan orang politik sudah bankrup idea ataupun strategi untuk mempengaruhi orang ramai agar membenci di antara satu pihak. Ada kalanya kerana kenaifan ini menjadikan kita meluat dengan gelagat orang politik yang bertindak dengan berselindung di sebalik Ngo. Salah satu perkara yang remeh dan tidak banyak memberi kesan tetapi digunakan terus menerus ialah laporan polis. Pantang timbul sedikit isu yang berpotensi untuk dipolitikkan bagi memburukan pihak oposisi maka dibuatlah laporan polis. Laporan polis sudah dijadikan modal murahan untuk memburuk-burukkan atau memberi gambaran pemimpi oposisi jahat dan dalam sama mengugut rakyat dengan perbuatan itu. Entah sudah berapa lori laporan polis dibuat membabitkan isu-isu politik di negara ini khasnya dalam tempoh setahun dua ini. Kalau diadakan pengumupulan data mungkin Malaysia mencatat rekod negara yang paling banyak menerima laporan polis membabitkan isu dan kes politik di dunia ini. Elok juga kalau ada badan khas membuat kajian dan penyelidikan ini untuk meletakkan nama Malaysia di peta dunia serta mengkhabarkan kepada mereka yang suka membuat laporan polis untuk mendapat laba politik. Bayangkan sesuatu kes atau isu yang dilaporkan kepada polis mencecah ribuan laporan polis yang dibuat diseluruh negara. Walhal kalau hendak dikira sesuatu kes penting untuk disiasat oleh polis itu hanya cukup dengan satu atau dua laporan saja, tidak perlu sampai berguni-guni dan bergantang. Tetapi bila laporan secara perdana dibuat maka jelas laporan itu ada tektik dan strategi untuk menakut-nakut orang ramai serta mahukan orang ramai membenci terhadap orang yang terbabit dengan laporan itu. Misalnya laporan politik berhubung himpunan Bersih 2.0 mencecah angka lebih 2,000. Laporan mengenai hal itu menjadi pesta pula. Laporan polis mengenai masuk tanpa pamit Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke gereja di Damansara mencecah ratusan. Terbaru laporan polis mengenai ceramah Mat Sabu yang mempertikaikan hero kemerdekaan dalam peristiwa Bukit Kepong kini mencecah 500. Demikian juga laporan polis berhubung komen Karpal Singh terhadap Yang di-Pertua Agong tidak lama dulu mencecah ribuan angka. Tidak cukup dengan laporan polis, serentak diadakan pula tunjuk dan laungan perasaan sambil mengangkat manila kad dan kain rentang dengan kata-kata kesat yang menggambarkan kebusukan hati orang yang membuat laporan polis. Kalau dilambakkan kain sepanduk dan manila kad yang digunakan untuk tunjuk-tunjuk perasaan yang mengiringi laporan polis mungkin ia sudah menjadi sebesar Smoke Mountain - gunung sampah seperti di Filifina. Saya katakan semua tindakan itu tidak membawa hasil yang banyak. Tujuannya ialah untuk mempengaruhi rakyat supaya membenci individu yang dilapor itu yang biasanya ada kaitan dengan oposisi, dan dalam masa sama mengharapkan rakyat menyokong dan bersama mereka. Melihat kepada laporan polis yang berlambak-lambak itu saya rasa pegawai polis yang menerima report juga sudah naik berbulu dan menyampah kerana muka yang membuat laporan polis itu adalah orang yang sama. Tidak tahulah kalau polis juga bersekongkol dengan golongan pembuat report. Apakah mereka tidak membuat kajian terhadap tindakan dan cara itu memberi kesan atau tidak? Rasanya tidak. Kalau ada kajian dan penilaian mungkin kegiatan berpesta dengan laporan polis dihentikan. Tetapi ada kalanya orang kalau sudah bodoh tidak peduli apakah kerja mereka buat itu berbaloi atau tidak. Laporan polis bukan boleh digunakan sebagai satu kaedah untuk menarik sokongan dan mengharap orang ramai menolak sokongan kepada si yang kena lapor. Bukan semudah itu. Dalam apa juga isu laporan tidak memberi kesan dan menyelesaikan masalah. Boleh dilihat kepada puluhan malahan ribuan laporan polis terhadap satu-satu kes. Apakah hasil laporan polis itu dibuat penyiasatan? Ada kalanya polis juga cerdik tidak mempeduli pun untuk bertindak ke atas laporan itu. Kalaupun dijalankan apakah ianya memberi kesan. Ternyata juga tidak. Makanya laporan polis dibuat itu untuk menakut-nakutkan rakyat dan pihak yang dilapor tidak juga berbekas. Mereka sedikitpun tidak merasai hairan dan gentar malahan menambahkan semangat mereka dengan laporan-laporan yang dibuat itu. Laporan yang dibuat itu akan menjadikan orang yang kena lapor bangga dan menjadi lebih popular. Dalam politik populariti dan kontroversi adalah penting dan menjadi modal kepada seseorang politician untuk berjaya. Pihak yang membuat laporan polis sepatutnya buat kajian dan sedar hakikat ini, bahawa siasatan polis bukan sesuatu yang menakut. Orang zaman ini bukan seperti zaman dulu lagi, mereka mesra polis dan tidak gentar dengan polis. Polis bukan pasukan yang perlu ditakuti tetapi dikawani. Kalau zaman pasca merdeka dulu memang ya, usahkan nampak pistol polis, nampak landrover polis pun kita akan lari bercelidar. Hari ini manusia sudah berani dan celik undang-undang. Fenomena ini sepatutnya disedari semua pihak. Jadi tektik membuat laporan polis tidak akan memberi impak dan bekas lagi. Rakyat juga sedikit lagi akan mentertawakan sesiapa yang membuat laproan polis mengenai isu-isu dan kes politik. Tidak mustahil juga mereka akan menuduh kumpulan yang suka membuat laporan polis, atau menggunakan polis, sebagai kumpulan yang tolol dan bangang. Kumpulan yang tidak ada kekuatan idea dan mental untuk mengatasi isu-isu yang berlaku tanpa meminta bantuan pasukan seperti polis. Hentikan kerja membuat laporan secara melampau kerana ia tidak memberi faedah sebaliknya memburukkan reputasi pihak yang membuat laporan itu sebagai orang yang desprate dan menggunakan kuasa pihak lain agar membantu. Orang seperti ini adalah orang yang tidak ada kekuatan sendiri. Orang yang tidak ada kekuatan sendiri lebih baik tidur di rumah saja |
Sejarah bagai gadis disolek sesuka hati Posted: 06 Sep 2011 06:20 AM PDT DETIK DAILY 54 Soalan untuk renungan anak-anak muda pasca merdeka sempena 54 tahun "merdeka…" 1. Benarkah UMNO tidak pernah berperang dengan British dan pemimpinnya hanya berunding untuk mendapat kemerdekaan. Jadi Tunku adalah perunding atau pejuang? 2. Sebelum Merdeka British begitu terancam dengan PKM selepas merdeka UMNO pula, walaupun sudah berdamai (1989) tetapi tetap gelabah. Apakah mereka bimbang mengenai hakikat sejarah yang akan terbongkar? Benarkah ramai tentera British telah menjadi korban gerila Tentera Pembebasan Rakyat Malaya (TPRM) yang terdiri dari seluruh bangsa rakyat Malaya yang bergabung tenaga bersama PKM? 47. Adakah salah kalau kita menerima orang lain juga berjuang dan mereka juga perlu diberi sanjungan kerana jasanya sama ada besar atau kecil. *Tulisan ini dipetik dari blog Tongkat Bahaman.com. |
Media alternatif perlu diperkasa Posted: 06 Sep 2011 06:17 AM PDT Oleh Abd Shukur Harun PERINGATAN yang sangat wajar telah diberi oleh Sasterawan Negara, A Samad Said (Pak Samad) bahawa tanpa media alternatif, akhbar 'arus perdana' akan menjadi gangster. Ini satu peringatan yang sangat penting kepada para pengamal media alternatif bahkan rakyat yang merasakan perlunya kebebasan media. Pak Samad merasakan pentingnya memberikan pandangan ini setelah melihatkan demikian merosotnya kebebasan media di negara ini dan lebih mengerikan melihat media 'arus perdana' sejak akhirakhir ini muncul dengan watak yang sangat menakutkan, 'menyerang' apa saja sasaran yang difikirnya boleh diserang untuk kepentingan tuannya tanpa apa-apa perkiraan. Pada pendapat saya media yang digelar 'arus perdana' selama ini sebenarnya bukanlah lagi boleh digelar demikian. Justeru dengan berkembangnya 'media online' dan sejenisnya yang diperoleh melalui langit terbuka IT, maka media 'arus perdana' itu bukan lagi pilihan utama pembaca dan penonton. Oleh itu ia hanya wajar digelar 'media tradisional'. Namun, ada hujah pula mengatakan bahawa gelaran 'media tradisional' itu tidak tepat, kerana konotasi 'tradisional' dalam pengertian budaya Melayu ialah hal-hal yang asli, jujur, bersih, beradab, memiliki moral yang tinggi, disayangi dan dikenang lama. Sedangkan apa yang terserlah sekarang tidak memiliki semuanya itu. Tetapi istilah 'tradisional' sendiri sering dikaitkan dengan 'ketinggalan zaman'. Kita sedang berbicara mengenai kebebasan akhbar atau media keseluruhannya. Ia adalah unsur penting dalam sesebuah negara yang mengamalkan sistem pemerintahan bercorak demokrasi. Namun, pendapat popular mengiringinya bahawa kebebasan media mestilah diiringi pula dengan rasa tanggungjawab. Kebebasan dalam erti kata lain adalah keupayaaan sesebuah akhbar menyampaikan maklumat atau suara hati masyarakat tanpa sebarang kawalan atau pengaruh pihak tertentu secara langsung atau tidak langsung, terutama kerajaan . Bagaimanapun, terdapat beberapa pandangan berbeza mengenai sejauh mana sesebuah akhbar perlu bebas menyampaikan sesuatu maklumat atau isu. Namun, apapun pandangan yang berbeza, maklumat yang benar mestilah disampaikan kepada rakyat dan ini adalah keadilan untuk semua, di mana keadilan itu adalah paksi utama di dalam Islam seperti yang diungkapkan melalui pelbagai surah di dalam al-Quran. Dalam hal ini apabila media dimiliki oleh sesuatu parti yang memerintah maka ia menjadi masalah yang sangat besar. Dalam sejarah Malaysia sejak merdeka 54 tahun lalu, masalah ini tambah meruncing. Saya memahami kekecewaan Pak Samad yang menyeru masyarakat, khususnya golongan muda, supaya menyokong sumbangan media alternatif yang dilihat memberikan gambaran sebenar mengenai situasi di negara ini. Sasterawan Negara itu berkata, kewujudan media alternatif dapat menjadi pengekang kepada 'media arus perdana' yang semakin 'samseng'. "Saya fikir sumbangan akhbar alternatif ini mesti disokong kerana hanya melalui akhbar alternatif kita mendapat gambaran yang lebih berimbang, memungkinkan kita untuk menentukan apa sikap kita," katanya. Katanya lagi: "Saya dapati bahawasanya tanpa media alternatif, akhbar arus perdana akan menjadi gengster." Beliau berucap merasmikan pelancaran kempen 'Jom Baca Media Alternatif' di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor (KLSCAH) di Kuala Lumpur, baru-baru ini. Kempen ini dianjurkan oleh Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) yang terdiri daripada gabungan beberapa pertubuhan mahasiswa bertemakan 'Baca Dan Banding'. Pak Samad berkata, media alternatif sangat sesuai untuk generasi muda yang mempunyai semangat juang yang tinggi untuk menyampaikan maklumat yang tepat kepada masyarakat. "Saya fikir media alternatif ini lebih untuk anak-anak muda, rakan-rakan kita yang lebih berilmu," katanya. Memang benar media ini belum sampai ke desa-desa secara meluas, tapi beliau berpendapat yang diperlukan ialah kelompok anak muda yang berilmu pengetahuan dan anak-anak muda inilah nanti yang akan berlegar dan akan sampai ke merata ceruk untuk memperjelas apa yang berlaku di negara ini. Katanyanya, tidak menjadi suatu kerugian jika tidak membaca media 'arus perdana' kerana laporannya hanya menyokong kerajaan dan beliau mengakui sudah hampir satu tahun beliau tidak membaca akhbar 'arus perdana'. Sementara itu, tidak syak lagi bahawa menjelang pilihan raya umum ke-13 nanti, 'perang siber' antara media alternatif dengan 'media tradisional' dalam melaporkan kempen pilihan raya dan isu-isu berbangkit akan menjadi sengit dalam mendapatkan pengaruh pembaca. Sementara 'media tradisional' lebih banyak berlegar di kalangan penduduk luar bandar - kerana di situlah pembacanya yang setia - media alternatif akan menarik perhatian rakyat bandar atau semi bandar. Dalam hal ini, dengan banyaknya kawasan desa dibangunkan menjadi semi bandar maka ini mengundang sama kedatangan media alternatif. Dengan itu secara alaminya, sumber baru maklumat melalui internet ini sudah semakin meluas. Dengan sendirinya 'media tradisional' kelihatan bukan lagi memiliki 'kuasa' monopoli menyampaikan maklumat yang boleh membentuk pemikiran rakyat umumnya. Generasi muda tentunya tidak lagi berminat dengan maklumat daripada sumber tradisional ini. Mereka mempunyai banyak sumber maklumat dan menyebabkan riuhnya susana PRU ke-13 nanti. Dalam hal ini mulai sekarang pengamal media alternatif mestilah menyediakan infrastruktur yang lebih canggih supaya media ini kelihatan berdaya saing, malah boleh menewaskan 'media tradisional'. Infrastrukturnya mestilh diperkasa, perancangan jangka pendek dan jangka panjang perlu disusun dan ini perlu diutamakan. Wartawannya mestilah dilatih secukupnya supaya memiliki tahap prorfesional dan kemahiran yang secukupnya agar tidak memiliki rasa rendah diri di tengahtengah media moden sekarang. Persembahan beritanya metilah terkini, lengkap dengan fakta, bukan rekaan, pantas dan sempurna. Sementara penulis rencananya juga mestilah memiliki ciri-ciri profesional yang tinggi. Semuanya itu memerlukan pembacaan yang banyak dan pendedahan yang luas oleh wartawannya. Dalam hal ini kursus kewartawanan perlulah diutamakan dan dilakukan secara berterusan. Kesimpulannya, media alternatif perlulah memperkasa dirinya supaya ia menjadi pilihan utama rakyat, seperti apa yang diharapkan oleh Pak Samad. |
Bill Perubatan Mat Sabu : Jawapan Buat Pencacai UMNO Posted: 06 Sep 2011 06:10 AM PDT Oleh secjdm3p044 Sebelum itu Blogger UMNO begitu galak menyebarkan fitnah tentang isu ini.. Bila tak dijawab isu Bill Perubatan Mat Sabu ini.. ada pencacai UMNO mengatakan Guan Eng cuba mengelak dari menjawab kononnya Mat Sabu menyelewang dana Perbadanan Bekalan Air (PBA) ini.. Bila dijawab pula.. ada pula pencaci UMNO mengatakan jawapan Guan Eng dalam isu ini mencurigakan.. Kelmarin Ketua Penerangan Pemuda Umno, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dalam satu sidang media mendesak Guan Eng supaya memberi penjelasan kepada rakyat mengenai isu bill bayaran perubatan hospital Mat Sabu yang dijadikan kontroversi oleh UMNO itu. Beliau membangkitkan dua persoalan iaitu sama ada Mat Sabu yang juga Ahli Lembaga Pengarah PBAPP layak untuk membuat tuntutan pembayaran kos perubatan kerana mengikut perjanjian bersama syarikat berkenaan, pekerja yang tercedera ketika terbabit dalam kegiatan haram tidak layak membuat tuntutan. Berikut pula adalah penjelasan dari Guan Eng.. Hentikan fitnah, pembangkang digesa tunjuk kesemua resit perubatan Mat Sabu http://darisungaiderhaka.blogspot.com/2011/09/bill-perubatan-mat-sabu-jawapan-buat.html |
AIDILFITRI, ANGPAU DAN KAKI ‘PAU’ Posted: 06 Sep 2011 05:58 AM PDT RONTOG DAILY.COM Mungkin ada yang tak bersetuju kalau dikatakan Aidilfitri sekarang ini telah menjadi medan yang cukup baik untuk melahirkan Melayu/Islam yang gila berpolitik dan gila minta projek. Tetapi itulah kenyataannya. Tengoklah macam mana anak-anak dan adik-adik kita beraya. Kegembiraan mereka menyambut raya bukanlah sekadar dapat berpakaian baru dan makan serba aneka kuih muih macam budak-budak lima enam dekad yang lalu. Sebaliknya mereka didorong oleh satu kegembiraan lain; tak sabar-sabar nak kutip duit raya – istilah yang semakin mesra kita sebut angpau. Di kampung mahu pun bandar, pengukur arasnya sama. Rumah yang menjadi tumpuan kebanyakan budak-budak ialah yang diketahui tebal angpaunya. Kalau yang bagi duit syiling, jawabnya mungkin sekali singgah sahaja. Tahun depan tak didekati lagi. Bapa dan emak saudara, atau handai taulan lain pun begitu. Yang nipis angpaunya lambatlah sikit dicium tangan, malah mungkin juga tak dicium langsung. Lain halnya dengan yang berangpau tebal. Silap-silap dicium berpuluh kali. Begitulah. Cara mereka melayan orang yang bagi banyak dengan yang bagi sikit berbeza. Sama macam orang politik juga. Yang lebih menarik, ada kumpulan kanak-kanak ini bergerak dari rumah ke rumah bukan untuk beraya pun dalam erti kata sebenar. Sekadar singgah sebentar, kadang-kadang hanya di muka pintu atau di depan pagar. Dapat angpau saja mereka beredar tanpa menjamah makanan dan minuman. Yang lebih daring, main sua tangan minta angpau tak kira daripada sesiapa saja yang ditemuinya di mana-mana. Asal pakai baju Melayu, siap ler… Sama macam gurkha-gurkha politik. Dari setahun ke setahun itulah nilai yang ditanam, disemai dan digunapakai oleh anak-anak itu. Dari setahun ke setahun mereka bertambah membesar, manakala tempat mereka diambil alih silih berganti oleh adik-adik generasi kemudian yang meneruskan amalan yang sama. Suatu masa anak-anak itu akan menjadi remaja dan dewasa. Waktu itu nilai-nilai yang ditanam telah cukup subur di dalam dirinya. Sebahagian mereka kemudian akan menjadi pemimpin atau orang-orang di sekeliling pemimpin, manakala selebihnya menjadi orang yang dipimpin. Di antara mereka, sebahagian besarnya akan terus mencari 'angpau', manakala sebahagian yang lain mungkin 'pau' sana dan 'pau' sini. Mereka itulah yang memeriahkan dunia politik kita; sama sebagaimana budak-budak memeriahkan hari raya…-HM |
Muhyiddin bakal ambil alih jawatan Presiden UMNO tapi bukan Perdana Menteri Posted: 06 Sep 2011 05:55 AM PDT PASPB |
Ramai pemimpin akar umbi Melayu bakal sertai DAP Posted: 06 Sep 2011 05:54 AM PDT Roketkini.com KUALA LUMPUR – DAP yakin akan dapat menarik ramai tokoh dan pemimpin akar umbi dari kalangan orang Melayu termasuk para blogger untuk menyertai parti. Ketua Pemuda DAP Anthony Loke berkata pengumuman mengenai penyertaan beberapa pakar akademik dan blogger akan dibuat tidak lama lagi. "Sudah ada perbincangan awal dan mereka juga sudah menunjukkan perkembangan positif untuk menyertai DAP. Kami berharap kemasukan mereka akan memberi semangat untuk lebih ramai menyertai DAP," katanya dalam satu wawancara dengan The Malaysian Insider. Beliau menjelaskan bahawa bukan DAP sahaja yang aktif menarik penyertaan kaum Melayu, malah orang Melayu dan Bumiputera sendiri melahirkan hasrat untuk menyertai DAP yang telah berusia 45 tahun itu. "Kami mengundang mereka yang boleh memberi tenaga kepada perkembanagn DAP daripada kalangan orang Melayu, dan di Sarawak Dayak… ini merupakan dua etnik khusus, yang DAP beri perhatian buat masa sekarang," katanya lagi dalam wawancara itu. Loke gembira kerana walau pun musuh politik terutamanya UMNO dan kumpulan-kumpulan perkauman telah menuduh DAP sebagai parti kaum Cina, parti cauvinis dan komunis, ia tidak menghalang orang Melayu dan Bumiputera yang mengetahui keadaan sebenar untuk menyertai DAP. "Kami sentiasa berjuang sebagai sebuah parti rakyat Malaysia… perkara ini sudah mula disedari oleh orang Melayu sendiri. "Saya fikir bahawa sudah sampai masanya, DAP, kita berharap yang ini akan menjadi satu usaha berterusan terutama dengan kemasukan golongan cendekiawan Melayu… masuk ke dalam DAP, kami berharap proses ini akan menguatkan, dan memberi satu suntikan baru ke dalam DAP," katanya. Bulan lalu, tokoh akademik dan pakar sejarah budaya orang Melayu, Prof Dr Ariffin Omar telah menyertai DAP. |
Bantuan kebajikan: Indah khabar dari rupa Posted: 06 Sep 2011 05:52 AM PDT Oleh V. Sivakumar Kebajikan adalah sesuatu yang perlu diberi perhatian yang serius oleh kerajaan yang prihatin kepada rakyat. Tidak guna ada kementerian dan jabatan diwujudkan untuk menjaga kebajikan rakyat tetapi tidak mencapai matlamatnya yang sebenar. Didapati banyak permohonan telah dibuat untuk mendapatkan bantuan kebajikan tetapi tidak mendapat perhatian yang sewajarnya daripada pihak berkuasa. Permohonan yang dibuat tidak diberi pertimbangan sehingga ramai yang sudah putus asa dengan pihak yang bertanggunggjawab. Pelbagai rungutan dan rintihan yang kita dengar daripada orang ramai bahawa permohonan mereka ditolak secara sewenang-wenangnya. Tambahan pula, yang lebih menyedihkan lagi ialah tempoh masa yang diambil untuk meluluskan sesuatu permohonan bantuan kebajikan. Ada kalanya tempoh berbulan-bulan diambil untuk memproses sesuatu permohonan bantuan kebajikan. Bantuan tidak sampai pada masa Apa guna memberi bantuan jika ia tidak sampai pada masa yang tepat dan amat memerlukan. Orang-orang yang memohon bantuan kebajikan adalah dari kalangan miskin atau miskin tegar. Perhatian yang serius harus diberi dengan serta-merta tanpa mengambil masa yang panjang untuk mempertimbangkan permohonan mereka. Apabila suami yang merupakan pembawa rezeki keluarga meninggal dunia, isteri dan anak-anak yang tidak mempunyai tempat pergantungan memerlukan bantuan serta-merta. Tetapi, apabila kes seperti ini dirujuk kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat, ia mengambil masa lebih daripada sebulan untuk meluluskan bantuan. Apa salahnya jika pihak jabatan meluluskan bantuan segera untuk membantu isteri dan anak-anak supaya satu jaminan hidup dapat diberikan kepada mereka dalam keadaan yang amat terdesak dan memerlukan. Begitu juga, banyak lagi permohonan yang dibuat tidak mendapat apa-apa jawapan daripada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat. Ada juga kes-kes di mana fail hilang atau tidak dapat dikesan setelah beberapa bulan permohonan dibuat. Semua ini menyusahkan lagi pemohon yang sudah pun menderita kerana tekanan hidup dan inflasi yang semakin ketara. Ramai di antara warga emas dan ibu tunggal yang memohon bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat tidak mendapat bantuan yang diharapkan. Setiap kali ditanya, jawapannya adalah yang sama iaitu 'masih dalam proses'. Kenapa ini berlaku? Adakah kerajaan tidak serius untuk membantu warga miskin atau wujud ketidakcekapan yang serius dalam pentadbiran memproses bantuan kebajikan? Perhatian wajar Kerajaan harus memberi perhatian yang sewajarnaya terhadap masalah kebajikan rakyat. Perbelanjaan ini harus didahulukan untuk menjamin kesejahteraan seluruh rakyat negara ini. Ini juga penting untuk membendung masalah sosio-ekonomi seperti jenayah, pelacuran dan sebagainya. Jika kerajaan mengambil sikap sambil lewa terhadap permohonan bantuan kebajikan maka sudah tentu ini akan menambahkan pahit maung pemohon tersebut. Selain daripada itu, keyakinan rakyat terutamanya golongan miskin akan hilang terhadap pentadbiran ini. Oleh yang demikian pihak kementerian harus memberi satu 'cut-off date' untuk setiap jenis permohonan supaya ia dapat dijadikan sebagai kayu pengukur oleh semua pihak yang terlibat dalam permohonan bantuan kebajikan. Tambahan pula ini adalah penting untuk memastikan pencapaian KRA oleh semua pihak yang terlibat dalam proses pemberian bantuan kebajikan ini. Sering kali kita dengar bahawa berjuta-juta ringgit telah diperuntukkan oleh kerajaan untuk memberi bantuan kebajikan kepada warga miskin, warga tua dan ibu tunggal. Tetapi, adakah wang itu sampai kepada sasaran? Janji kerajaan seolah-olah 'dilahir serupa tidak, di batin menggunting angin'. Baru-baru ini, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata tidak wajar pihak-pihak tertentu mempersalahkan kerajaan semata-mata sekiranya bantuan yang disalurkan tidak diterima golongan terbabit. Beliau berkata kementerian menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat memperuntukkan RM1.26 bilion bagi membantu kira-kira setengah juta golongan sasar sepanjang tahun ini. Nilai RM1.26 billion adalah terlalu besar, tetapi masalah miskin tegar masih wujud di merata pelusuk negara. Dimanakah kesilapan telah berlaku? Persoalan ini perlu dijawab melalui tindakan kerajaan memastikan proses permohonan bantuan kebajikan adalah lancer dan cepat tanpa birokrasi yang terlampau. Ini adalah penting untuk memastikan golongan miskin benar-benar dibantu tanpa sebarang diskriminasi terhadap mereka. Penulis adalah Adun DAP Tronoh |
Perjuangan kemerdekaan Mat Indera, menurut Berita Harian Posted: 06 Sep 2011 05:50 AM PDT ROKET KINI.COM Akhbar kawalan UMNO-Barisan Nasional, iaitu Berita Harian, dalam satu rencana yang turut dimuatnaikkan di laman webnya dengan tajuk Kopi kecubung tewaskan kekebalan Mat Indera pada 13 Disember 2010 telah mengiktiraf peranan Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan. Rencana ini disiarkan sepenuhnya sebagimana yang terpapar di laman web Berita Harian. (http://www.bharian.com.my/articles/KopikecubungtewaskankekebalanMatIndera/Article/) NAMA Jawa Ponorogo pernah terkenal dengan berita penangkapan anggota komunis, Ahmad Indera atau dikenali sebagai Mat Indera, berdarah pahlawan daripada keturunan Datuk Bentara Husin Lela Pahlawan Siak Seri Inderapura yang menjadi panglima kanan Sultan Sharif di Siak. Meskipun Mat Indera dikaitkan sebagai pengganas oleh sesetengah orang kerana pembabitannya dalam komunis dan dilabelkan sebagai petualang oleh kerajaan Inggeris, ramai masyarakat Jawa Ponorogo menganggapnya pejuang dalam menuntut kemerdekaan, cuma memilih jalan yang salah. Pemuda kelahiran Kampung Gombak, Peserai, Batu Pahat itu mempunyai peribadi tinggi dan dikatakan kuat beribadat serta tinggi pengetahuan agamanya. Justeru, dia disenangi penduduk di Sri Medan yang kerap membantunya membekalkan makanan ketika dia dalam parti komunis. Namun, tekanan yang diberikan Inggeris terutama kepada rakan karibnya, Mat Tukyo supaya menangkap Mat Indera atau tindakan tegas dikenakan terhadap penduduk Sri Medan menyebabkan mereka tiada pilihan selain memastikannya ditangkap. Namun, bukan kerja mudah menangkapnya kerana kehebatan dan ketinggian ilmu Mat Indera. Ugutan Inggeris terus menjadi tekanan kepada penduduk Sri Medan termasuk untuk memindahkan mereka dan mengambil tindakan tegas kepada mereka yang membantu membekalkan makanan kepada Mat Indera. Penangkapan Mat Tukyo oleh Inggeris sebelum ditawarkan beberapa ganjaran selain hidup bebas di Sri Medan menjadi kemuncak tindakan nekad penduduk Jawa Ponorogo, namun perlu melalui kaedah terancang kerana semua mengetahui kesaktian Mat Indera. Pada 14 Oktober 1952, lima lelaki Jawa Ponorogo yang diketuai Md Sham dan dibantu Ismail Mustakim (Misban), Beladang, Mat Tukyo dan Bajuri menggunakan tipu helah untuk memberkas Mat Indera. Ia bermula dengan jemputan Mat Tukyo dan Misban untuk mengadakan perbincangan mengenai pelan bantuan orang kampung kepada Mat Indera. Dalam perbincangan itu, dia dijamu dengan tempe dan kopi yang dicampur kecubung. Akibat itu Mat Indera mabuk dan mengantuk. Kesempatan itu digunakan untuk menanggalkan semua tangkal serta mengikat tangannya dengan lalang. Dikatakan, kerana itulah ilmu ghaib dan kehebatan Mat Indera tidak lagi dapat digunakan. Bekas ketua kampung Parit Warijo, Malik Samuri menjadi saksi bagaimana Mat Indera dibawa dengan basikal sedang tangannya diikat daun lalang. Peristiwa itu sebenarnya menimbulkan pelbagai reaksi masyarakat Jawa Ponorogo. Ada yang gembira dan ada yang sebak. Mohd Abidin Ismail iaitu anak salah seorang yang menangkap Mat Indera, Misban, berkata meskipun terbabit secara langsung dalam tipu helah itu, sepanjang hidup ayahnya tidak pernah menyatakan kebanggaan atas kejayaan itu, malah tidak sesekali melabelkan Mat Indera sebagai petualang. "Cuma apa yang kerap diceritakannya ialah tindakan mereka ketika itu adalah disebabkan tekanan yang dihadapi akibat ugutan Inggeris. Mungkin ada melabelkannya sebagai petualang tetapi saya merasakan dia seorang pejuang tetapi memilih jalan yang salah. "Tidak adil terus melabel Mat Indera sebagai pengkhianat kerana dia juga berjuang untuk menuntut kemerdekaan. Cuma kumpulan yang disertainya itu tidak sesuai, itupun disebabkan tiada kumpulan lain ketika itu. Kumpulan Melayu lain terlalu lambat bertindak" katanya. |
Posted: 06 Sep 2011 05:47 AM PDT Oleh Adil Mat Selamat Dalam mencari-cari makna pengkhianatan, pembelotan dan penzalim, kita terlupa bagaimana fakta diputar-belit dan diseludup ke dalam minda masyarakat. Hantu-hantu seperti perkauman, ajaran sesat, cauvinis hinggalah kepada isu yang sedang hangat pada hari ini iaitu komunis sedang dilemparkan secara membabi-buta oleh kerajaan UMNO-BN kepada sesiapa sahaja yang tidak senada dengan mereka dalam isu kemerdekaan, sejarah dan pejuangnya. Dalam isu ini, kita sebagai insan waras yang secara jelas menolak sebarang tohmahan dan putar-belit fakta tidak pernah mempertikaikan semangat dan sumbangan tokoh-tokoh UMNO seperti Dato' Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman yang sememangnya ada membuat jasa dalam proses negara mencapai kemerdekaan. Tidak kita nafikan itu semua. Tetapi, adakah dengan bersetuju dengan fakta itu maka kita menafikan fakta lain bahawa bukan tokoh-tokoh ini sahaja yang telah berjuang untuk watan Malaysia, sebaliknya pejuang-pejuang yang sama menentang penjajahan ke atas tanahair kita juga perlu diberi perhatian dan diiktiraf sumbangan dan jasa mereka. Lain padang lain belalang Hanya perbezaan cara atau jalan atau pendekatan menentang penjajahan British itu sahaja yang berbeza, bukan bererti tokoh-tokoh ini juga penjarah. Mana mungkin anak nusa seperti Mat Indera, Rashid Maidin, Shamsiah Fakih, Ahmad Boestamam, Dr Burhanuddin Al-Helmy (sebahagian nama) yang tidak senada jalan perjuangan dengan UMNO pada masa itu, maka mereka boleh dianggap sebagai penjarah. Perjuangan mereka adalah menentang penjajah. Mahu mengusir penjajah keluar dari ibu pertiwi. Adakah kerana mereka tidak bersekongkol dengan penjajah British sebagaimana yang dilakukan oleh UMNO, maka hari ini mereka digelar komunis, pengkhianat bangsa? UMNO melabel anak-anak watan ini lebih buruk dari penjajah British. Betulkah persepsi ini? Cuba kita fikirkan secara waras dan mendalam. Berfikir waras dan mendalam ini bukan suatu dosa, jadi jangan takut atau was-was untuk berfikir waras. Cuba kita renungkan kembali, barangkali jika kita boleh kedepankan sejarah pada masa itu kepada apa yang sedang berlaku pada hari ini. Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, Hadi Awang dan Nik Aziz berjuang untuk membebaskan masyarakat kita dari belenggu kejahilan dan penyalahgunaan kuasa yang ditimba UMNO kepada rakyat Malaysia. Pemimpin Pakatan Rakyat ini sedang berjuang untuk membantu, mengubah dan menyelamatkan ekonomi dan nasib rakyat Malaysia. Tetapi jalan perjuangan yang mereka ambi tidak sama dengan cara yang sedang UMNO lakukan, justeru adakah mereka-mereka ini layaknya digelar pengkhianat atau penjarah atau komunis? Hanya berbeza pendekatan dengan UMNO, maka Pakatan Rakyat atau pemimpin atau penyokongnya dengan mudah dilabel sebagai pengkhianat bangsa? Jika inilah tanggapan UMNO, pesan kita kepada ahli-ahli UMNO yang ikhlas berjuang, sudah tiba masanya menggunakan akal fikiran kurniaan Allah SWT – bersihkan UMNO dari pimpinan yang korup dan menyeleweng, atau tinggalkan sahaja UMNO. Siakap senohong gelama ikan duri Jangan pula kita lupa, jika perasaan tidak selamat itu wujud, hakikatnya ia hanya dirasai oleh elit UMNO yang semakin terhimpit dan kuasa mereka sedang terhakis. Begitulah apa yang penjajah British rasainya suatu waktu dahulu. Maka semua yang tidak senada dengan cara mereka maka kita akan dilabel sebagai pengkhianat, pembelot dan komunis. Malah asal-usul perkataan 'pengganas' komunis adalah ciptaan British yang ditelan bulat-bulat oleh UMNO. Sehinggakan Akta Keselamatan Dalam Negeri yang kekal hingga hari ini adalah warisan penjajah British (sedangkan undang-undang kejam itu tidak pernah wujud di bumi Inggeris sendiri). Mereka yang melabel orang lain yang berbeza pandangan dan pendirian sebagai pengkhianat sebenarnya orang yang menjarah tanah dan hak kita sebagai rakyat Malaysia. Sikap dan perangai mereka sama seperti komunis Stalin yang kononnya mereka benci itu. Untuk menutup kezaliman mereka, sering pula bohong demi penipuan dibuat di muka media kawalan mereka. Mula-mula cakap bohong kemudian mencuri hak-hak rakyat. Rakyat perlu hentikan segera pembohongan dan penindasan ini. Harimau mati meninggalkan belang Permintaan kita amat mudah dan sangat jelas. Berikan keadilan kepada tokoh-tokoh pejuang kemerdekaan kita secara adil dan tidak berat sebelah. Hapuskan label 'pengkhianat bangsa' atau 'pembelot' dari nama tokoh-tokoh ini. Berikan pengiktirafan kepada mereka sesuai dengan sumbang dan jasa mereka. Jika tidak ada keadilan kepada mereka, apa ertinya perjuangan Datuk Bahaman, Mat Kilau, Tok Janggut, Dol Said, Abdul Rahman Limbong, Mat Salleh, Rentap dan banyak lagi yang menentang penjajah dan penjarah Inggeris. Roh mereka tidak meminta apa-apa pun dari kita atau UMNO. Tetapi kita sebagai pewaris yang mendapat hasil dari darah dan air mata perjuangan merekalah maka kita boleh mengenal Malaysia seperti hari ini. Kita yang melakar sejarah, mengapa takut mengubah sejarah untuk kebaikan dan masa depan bangsa Malaysia? Mendahulukan hak rakyat lebih utama dari survival politik sempit UMNO. Jika ini pun pemimpin UMNO gagal lakukan, jelas sudah UMNO sama teruk dari penjajah British. Malah, seteruk-teruk British pun, mereka tidak pernah merosakkan dokumen penting negara kita. Dokumen sejarah inilah yang telah dan sedang diputar-belit oleh UMNO. |
Pengundi pos suami isteri ‘sama jantina’ Posted: 06 Sep 2011 05:45 AM PDT Roketkini.com KUALA LUMPUR, – DAP hari ini telah menemui lagi 21 bukti tambahan pengundi pos, dengan satu kes suami isteri 'sama jantina', pesara tentera yang masih menjadi pengundi pos dan 19 pasangan suami isteri yang mendaftar sebagai pasangan tenteranya. Ketua Pemuda DAP Kebangsaan Anthony Loke berkata, DAP telah menemui sepasang suami isteri tentera berjantina sama di Briged Kem Rasah dengan nama pasangan yang hampir sama. 'Pasangan sama jenis' itu bernama Yuniza Bte Nodin dengan kad pengenalan 750504-05-5498 dan Yuzina Bte Nodin dengan kad pengenalan tentera T6096236. Kedua mereka ini berkongsi lokaliti yang sama iaitu 130/22/07/401 – 1 Briged Kem Rasah. "Adakah tentera Malaysia membenarkan perkahwinan sama jenis? Bagaimana ini boleh terjadi? Mampukah SPR menjelaskan kesilapan sebegini? Adakah akan seperti dahulu bahawa kesilapan SPR cuma 0.0001 peratus sahaja?" kata Loke yang juga Ahli Parlimen Rasah dalam siding akhbar di sini hari ini. Beliau yang juga Pengerusi DAP Negeri Sembilan berkata, 19 pasangan tentera di Kem Rejimen Askar Melayu Diraja di Rasah pula, setiap rumah pasangan itu diwakili oleh seorang sahaja. Ini kerana, menurutnya, salah seorang dari pasangan yang berkhidmat sebagai tentera, dan pasangannya yang tidak bekerja sebagai tentera, menggunakan MyKad pasangan yang bekerja sebagai tentera. "Nombor MyKad ini bukan milik suami atau isteri anggota tentera. Jadi salah seorang suami atau isteri itu masih boleh didaftarkan di kawasan lain dan boleh pula mengundi dua kali. Ia tidak kira siapa. Isunya sekarang ialah undi tambahan sudah boleh dibuat. "Ada wanita dengan nombor kad pengenalan lelaki, dan sebaliknya. Dan perlu diingat, kesemua ini adalah pendaftar baru. Ini cuma dalam satu kem sahaja, bukan di seluruh Malaysia lagi," katanya menambah bahawa kes yang sama turut berlaku di kawasan Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin. Justeru, Loke memberi contoh, N M Ezwanee bin Mat Isa bernombor kad pengenalan 830902-55-290 yang nombor belakangnya iaitu '0′ mewakili perempuan. "Sementara itu Norlianiza Binti Abu, dengan kad pengenalan tentera T5005217 lahir pada hari yang sama iaitu 2 September 1983, sama dengan kad pengenalan Ezwanee pula," katanya. Beliau turut mendedahkan lagi tentang seorang bekas tentera, Kalidass a/l Maniam yang pernah bekhidmat di Rejimen ke-2 Artileri Kem Mahkota, Johor yang masih aktif dalam senarai pengundi di situ sedangkan beliau sudah bersara dan berdaftar sebagai pengundi biasa di Parlimen Sungai Siput. Menurut Loke, Kalidass sekarang menggunakan MyKad 571226-08-5211 dan menetap di Sungai Siput Utara, Perak dan sudah tidak menggunakan kad pengenalan tentera beliau yang bernombor T3006437 itu lagi. "Ini tidak adil, SPR seharusnya menukar perubahan dan persaraan Kalidass secara automatik," kata Loke. Ketika dihubungi Roketkini, Kalidass yang telah menyertai DAP menjelaskan bahawa beliau bersara pada 2 Disember 2010. "Selepas bertukar kad tentera dengan kad pengenalan baru melalui Mindef, saya pun mendaftar sebagai pengundi. Tidak berapa lama kemudian, tergerak hati untuk menyemak nombor tentera saya yang dahulu," katanya. Justeru Kalidass terus memaklumkan perkara ini di ibu pejabat ADUN Jalong supaya penyelewengan pengundi pos ini dapat diketengahkan lagi. |
Tulis semula sejarah kemerdekaan secara ilmiah- Pemuda Pas Posted: 06 Sep 2011 05:42 AM PDT KEADILAN DAILY KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor amat bersetuju sekiranya sejarah kemerdekaan Malaysia dikaji dan ditulis semula secara berilmiah dan beradab, kata ketuanya Hasbullah Mohd Ridzwan. Justeru itu kerajaan perlu menyediakan pentas untuk perbincangan ilmiah membabitkan sejarahwan bersama dengan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan wakil Umno supaya mereka dapat membentangkan hujah dan fakta mereka berkaitan sejarah kemerdekaan Malaysia. "Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor meminta supaya pihak sejarahwan yang ada di dalam negara ini mendesak pihak kerajaan supaya membuka ruang yang seluas-luasnya untuk membicarakan isu kemerdekaan ini secara telus dan terperinci berdasarkan kajian dan ilmu mereka," kata beliau dalam satu kenyataan media. "Dewan Pemuda Pas Selangor amat bersetuju sekiranya sejarah kemerdekaan Malaysia dapat dikaji dan ditulis semula secara berilmiah dan beradab," ujarnya. Isu mengenai sejarah kemerdekaan ditimbulkan Mohamad Sabu yang menganggap Muhammad Indera sebagai hero sebenar dalam sejarah serangan Balai Polis Bukit Kepong pada 1950. Menurut Hasbullah, Umno-BN sentiasa memomokkan kepada rakyat bahawa mereka sahaja yang berjuang untuk kemerdekaan negara sedangkan sejarah sebenarnya menukilkan Umno sebagai alat kepada penjajah. "Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor penuh yakin dan percaya bahawa Timbalan Presiden PAS mempunyai hujah dan fakta yang kukuh serta bertanggungjawab terhadap segala kenyataan yang beliau keluarkan," ujarnya. Menurutnya lagi, sejarah Malaysia masih banyak kelompongan fakta yang perlu diperbaiki terutama membabitkan perjuangan tokoh-tokoh agamawan yang telah mempelopori gerakan kebangkitan rakyat melawan penjajah. "Masyarakat kini melihat seolah-olah sejarah kemerdekaan ini seperti sejarah Umno semata-mata tanpa membabitkan tokoh yang lain. "Tokoh-tokoh ulama seperti Tok Janggut di Kelantan, Haji Abdul Rahman Limbong di Terengganu, Mat Kilau dan Dato' Bahaman di Pahang selain Ustaz Abu Baqar Basyir, Dr. Burhanuddin Al Helmi juga merupakan pahlawan yang melawan penjajah di zaman masing-masing yang telah dinafikan hak mereka sebagai tokoh kemerdekaan Negara," katanya. |
Fitnah II: Karpal mahu Shafee Abdullah didakwa hina mahkamah Posted: 06 Sep 2011 05:40 AM PDT KEADILAN DAILY KUALA LUMPUR: Peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim, Karpal Singh mahu peguam selebriti, Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah didakwa menghina mahkamah kerana campur tangan dalam perbicaraan Fitnah II. Karpal menggesa Hakim Datuk Muhammad Zabidin Mohd Diah memberikan surat tunjuk sebab kepada Shafee untuk menjelaskan "serangan" terhadap Ketua Umum KEADILAN itu yang memilih untuk memberikan keterangan pembelaannya dari kandang saksi. Karpal kini bertindak selaku ketua pasukan peguam yang membela Anwar yang difitnah meliwat bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan, tiga tahun lalu. "Jika apa yang diucapkan Anwar bersifat menghina mahkamah, ia sepatutnya diputuskan demikian di dalam mahkamah. Biar Hakim Zabidin yang memutuskannya. Tetapi, beliau tidak berbuat demikian. "Siapa Muhammad Shafee ini untuk mempersoalkan kebijaksanaan hakim?" kata Karpal dalam kenyataan medianya. Shafee yang merupakan seorang peguam yang penuh kontroversi dilaporkan mengarahkan Peguam Negara campur tangan dengan segera ke dalam proses perbicaraan dan mengheret Anwar atas tuduhan menghina mahkamah. Karpal menyifatkan hujah Muhammad Shafee agar Peguam Negara masuk campur sebagai sesuatu yang tidak pernah berlaku dan tidak logik. "Ia sendiri (gesaan) itu bersifat menghina menghina mahkamah kerana ia menghina hakim," kata Karpal yang juga merupakan Ahli Parlimen Bukit Gelugor. Muhammad Shafee juga dikecam pengguna internet kerana dakwaan terhadap beliau yang dilaporkan mengganggu liputan berita kes itu dengan mengeluarkan arahan tertentu kepada editor akhbar media perdana dan juga wartawan. Beliau dipetik akhbar milik Umno – Mingguan Malaysia semalam menyifatkan kenyataan pembelaan Anwar bersifat menghina mahkamah. |
Anwar: Pengundi hantu di Permatang Pauh Posted: 06 Sep 2011 05:37 AM PDT Masdar Wahid
SABAH: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata terdapat pengundi hantu di kawasan parlimen Permatang Pauh yang disawakili beliau. Beliau memberi contoh 83 pengundi berdaftar di bawah satu alamat kediaman yang sebenarnya hanya menempatkan empat penduduk di situ. "Apabila KEADILAN mahu membantah penemuan (pengundi hantu), kami terpaksa membayar RM10 untuk mengesahkan setiap penama dan ini tidak masuk akal. "Itulah sebabnya kita menekankan perkara pertama yang perlu diselesaikan segera oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ialah membersihkan daftar pemilih," katanya pada sambutan Aidilfitri anjuran KEADILAN Sabah semalam. Anwar berkata isu pertambahan kerusi di Sabah bukan isu pokok yang patut dibincangkan kerana isu paling mendesak kini ialah daftar pemilih yang diguna pakai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), kekal diragui. Anwar mengulas cadangan beberapa pimpinan BN Sabah yang mengusulkan pertambahan kerusi di negeri itu. Namun, pada masa sama kurang memberikan perhatian terhadap isu pembersihan daftar pemilih yang kekal dimanipulasi SPR untuk memenangkan calon Umno BN setiap kali pilihan raya. Pilihan Raya Umum (PRU) bakal berlangsung bila-bila masa dari sekarang dengan paling awal dijangkakan pada November ini atau sebelum Jun tahun depan. Isu mengenai pengundi hantu dan pembersihan daftar pemilih menjadi isu utama yang diperjuangkan Pakatan Rakyat dan NGO seperti Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0). Pada 9 Julai lalu, Bersih melancarkan perhimpunan aman menuntut SPR dan kerajaan melaksanakan pilihan raya yang adil dan bebas dengan mengemukakan lapan tuntutan, termasuk pembersihan daftar pemilih. Selepas itu, semakin banyak kelemahan sistem daftar pemilih SPR dibongkar, termasuk keraguan yang ditimbulkan dalam sistem pengesahan laman web Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Antaranya isu kewujudan pengundi yang berusia lebih 100 tahun, pengundi yang memegang status penduduk tetap (PR) tetapi layak mengundi dan isu pertindihan nama pengundi dalam laman SPR yang meragukan. Beberapa bekas pegawai tentera turut tampil mengakui mereka memangkah undi pos bagi pihak ribuan anggota tentera dan isteri mereka untuk memenangkan Umno-BN. |
Fitnah II cabaran kepada Ketua Hakim baru- Shamsul Posted: 06 Sep 2011 05:36 AM PDT Oleh: Ahmad Fadli KUALA LUMPUR: Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin menyifatkan perjalanan kes Fitnah II yang sarat dengan cubaan campur tangan politik dari Umno adalah satu cabaran kepada Ketua Hakim Negara yang baru dilantik, Tan Sri Arifin Zakaria. Tan Sri Arifin Zakaria akan memegang jawatan tertinggi dalam badan kehakiman negara itu berkuatkuasa 12 September ini menggantikan Tan Sri Zaki Azmi yang mencapai umur persaraan wajib pada tarikh berkenaan. "Kes Fitnah II ini adalah satu cabaran kepada Ketua Hakim Negara yang baru samada beliau mempunyai keberanian untuk membersihkan sistem kehakiman negara. "Saya yakin institusi kehakiman akan dilihat bersih dan saksama jika mereka mendapati Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak bersalah dalam kes Fitnah II ini," kata Shamsul. Shamsul membuat kenyataan itu dengan merujuk kepada kabel diplomatik terbaru yang dilapor dibocorkan laman Wikileaks. Laporan kabel itu dilaporkan mengandungi kenyataan dari duta Amerika Syarikat di Kuala Lumpur pada tahun 2009, James R Keith kepada Jabatan Negara di Amerika Syarikat. Keith melaporkan bahawa beliau percaya kerajaan Perdana Menteri Najib akan melakukan apa-apa sahaja bagi memastikan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan dan tidak lagi berada dalam senario politik Malaysia. Menurut Shamsul, perkara yang terkandung dalam kabel itu mencerminkan satu bentuk campur tangan dalam sistem kehakiman yang sememangnya berlaku di negara ini. Beliau mengambil contoh kes pita rakaman peguam VK Linggam yang didapati terlibat melobi dalam menentukan Ketua Hakim Negara pada masa itu. "Dalam video itu ditunjukkan bagaimana perlantikan Ketua Hakim Negara mampu diatur seorang peguam kanan. Walau bagaimanapun, cadangan Suruhanjaya Diraja yang menyiasat kes itu tetap juga tidak juga dilaksanakan," kata Shamsul. Justeru, sehingga kini rakyat kebanyakannya masih lagi sangsi dengan integriti sistem kehakiman negara, kata Shamsul. Di atas sebab itu jugalah Anwar memilih untuk memberi keterangan dari kandang tertuduh sewaktu memberikan hujah pembelaannya. "Beliau hilang kepercayaan kepada kepada integriti mahkamah. Beliau sebagai tertuduh merasakan hakim tidak adil dalam mendengar kes itu. "Justeru, beliau menggunakan pendekatan untuk menjelaskan duduk perkara sebenar walaupun beliau tidak yakin perbicaraan berjalan mengikut undang-undang sebenar. Namun, beliau tetap berani menyatakan pandangannya di hadapan hakim secara berterus terang," kata Shamsul. |
Rasuah Scorpene akan dibongkar di London Posted: 06 Sep 2011 05:35 AM PDT KEADILAN DAILY KUALA LUMPUR: Peguam kedua Suara Rakyat Malaysia (Suaram) yang mengendalikan kes rasuah pembelian kapal selam Scorpene, Joseph Breham akan memaklumkan perkembangan siasatan kes itu pada satu majlis mengumpul dana guaman di London, hujung Oktober ini. Pengarah Suaram Cynthia Gabriel berkata, Breham tidak bercadang ke Malaysia bagi mengelakkan dihalau Jabatan Imigresen negara ini seperti yang menimpa seorang lagi peguam Suaram, William Bourdon Julai lalu. "Kita bimbang kehadirannya tak dialu-alukan di sini. Tetapi, kita perlukan liputan kes penting seperti ini untuk dilapor. Maka program di London hujung Oktober ini dibuat dengan harapan para pengamal media termasuk media antarabangsa akan memberi perhatian. "Kita adakan di sana supaya rakyat Malaysia yang prihatin akan datang mendengar penerangan dan memberikan sokongan," kata Cynthia kepada Keadilandaily.com 'Ops Scorpene' dilancarkan Suaram bagi meraih dana siasatan kes yang difailkan di Mahkamah Perancis pada Disember 2010. Siasatan dibuat bagi mengenalpasti sama ada wujud imbuhan dalam bentuk komisen oleh firma pertahanan Perancis DCNS kepada pegawai atasan Malaysia dalam pembelian dua kapal selam kelas Scorpene pada 2002. Beliau menambah, kes tersebut dijalankan oleh hakim penyiasat (investigative judge) yang akan dilantik dalam masa terdekat. Manakala dokumen urusniaga yang diklasifikasi sebagai sulit akan didedahkan sebaik perbicaraan bermula. Suaram turut berharap, nama hakim yang mengadili kes itu akan diumumkan kerajaan Perancis sebelum majlis mengumpul dana di London bermula. "Ia akan menjadi sebahagian daripada perkembangan penting kes ini. Berbeza dengan Malaysia, hakim di Perancis lebih bebas dan bersifat menyiasat (investigative)," kata Cynthia. Dalam pada itu, ketika ditanya sama ada seseorang boleh disapina untuk hadir ke mahkamah Perancis, Chynthia berkata ia bergantung kepada keperluan mahkamah. "Kita lihat dahulu (perkembangan). Tetapi sebelum ini pun, Menteri Pertahanan (Datuk Seri Zahid Hamidi) pernah tawarkan diri untuk beri keterangan," ujarnya. Mengulas lanjut, Cynthia tidak dapat memastikan sama ada mereka yang telah disabitkan bersalah dalam kes rasuah tidak dibenarkan memasuki Eropah. "Tak mustahil, tetapi mesti dibuktikan bersalah terlebih dahulu dan ada laporan terhadap individu tersebut dibuat . "Memang wujud konvensyen dalam Kesatuan Eropah yang akan mendakwa sesiapa sahaja yang melakukan rasuah untuk didakwa ke mahkamah negara Eropah. Apa pun kita kena lihat dulu perkembangan kes ini," jelas Cynthia. |
Isu Mat Indera: Umno gali lubang sendiri- Mat Sabu Posted: 06 Sep 2011 05:34 AM PDT KEADILAN DAILY KUALA LUMPUR: Pemimpin Umno cuba memutarbelitkan sejarah khususnya perjuangan Mat Indera, berdasarkan bukti termasuk buku bertajuk Pengukir Nama Johor yang diterbitkan Yayasan Warisan Johor pada 2004. Buku yang ditulis oleh dua orang ahli sejarah itu, Abu Bakar A Hamid dan Mad Ismail Zamzam mencatatkan Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan dan tokoh agama yang disegani. Malah terdapat versi yang menyatakan Mat Indera tidak terlibat dengan perjuangan Parti Komunis Malaya, lapor Harakahdaily. Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, tindakan pemimpin Umno mencetuskan isu itu tidak akan mendatangkan sebarang keuntungan kepada parti itu, malah ia ternyata akan menimbus Umno ke dalam lubang yang digalinya sendiri. Beliau berkata demikian pada sidang media di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, di sini, hari ini. Menurut Mat Sabu, buku Pengukir Nama Johor setebal 170 muka surat itu turut memaparkan kata-kata aluan yang ditulis oleh Menteri Besar Johor sendiri, Datuk Abdul Ghani Othman. Katanya, buku tersebut boleh dibaca oleh sesiapa sahaja dan ia diterbitkan sejak tahun 2004 yang sepatutnya turut dijadikan rujukan oleh para pemimpin Umno sebelum memperkatakan tentang sejarah perjuangan Mat Indera. "Tetapi sesetengah pemimpin Umno sendiri mungkin tak tahu mengenai penerbitan buku itu dan tidak pernah membacanya sehingga menyebabkan mereka buta sejarah. "Kini, mereka telah menyelewengkan fakta sejarah dan menggelapkan sejarah, walaupun sejarah mengenai Mat Indera tercatat dengan jelas dalam buku itu yang turut membabitkan pemimpin Umno sendiri dalam penerbitannya," katanya. Pemimpin Umno cuba memutarbelitkan sejarah khusunya perjuangan Muhammad Indera, berdasarkan beberapa bukti termasuk buku bertajuk Pengukir Nama Johor yang Buku yang ditulis oleh dua orang ahli sejarah itu, Abu Bakar A Hamid dan Mad Ismail Zamzam mencatatkan Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan dan tokoh Malah terdapat versi yang menyatakan Mat Indera tidak terlibat dengan perjuangan Parti Komunis Malaya, lapor Harakahdaily. Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata tindakan pemimpin Umno mencetuskan isu itu tidak akan mendatangkan sebarang keuntungan kepada parti itu, malah Beliau berkata demikian pada sidang media di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, di sini, hari ini. Menurut beliau, buku Pengukir Nama Johor itu setebal 170 muka surat, manakala kata-kata aluannya ditulis oleh Menteri Besar Johor sendiri, Datuk Abdul Katanya, buku tersebut boleh dibaca oleh sesiapa sahaja dan ia diterbitkan sejak tahun 2004 yang sepatutnya turut dijadikan rujukan oleh para pemimpin Umno "Tetapi sesetengah pemimpin Umno sendiri mungkin tak tahu mengenai penerbitan buku itu dan tidak pernah membacanya sehingga menyebabkan mereka buta "Kini, mereka telah menyelewengkan fakta sejarah dan menggelapkan sejarah, walaupun sejarah mengenai Mat Indera tercatat dengan jelas dalam buku itu yang Sementara itu, dalam buku Pengukir Nama Johor, antara lain dicatatkan tokoh pejuang menentang penjajahan untuk mencapai kemerdekaan tanah Melayu seperti Datuk Bahaman dan Mat Kilau (Pahang), Datuk Dol Said (Melaka), Tok Janggut (Kelantan), Mat Salleh (Sabah), Datuk Maharajalela (Perak) dan Rosli Doby (Sarawak). Mereka berjuang untuk kebebasan hak dan kemerdekaan negara. Namun dianggap oleh penjajah sebagai penderhaka dan petualang yang mengancam keselamatan negara. |
Umno semakin terdesak burukkan Pakatan- Syed Husin Posted: 06 Sep 2011 05:33 AM PDT Oleh: Nabihah Hamid
KUALA LUMPUR: Ahli Biro Politik KEADILAN, Dr Syed Husin Ali menyifatkan Umno semakin terdesak sehingga sanggup memainkan pelbagai isu untuk memburukkan imej Pakatan Rakyat. Menurutnya, ia termasuk serangan terbaru yang dilakukan parti itu terhadap Timbalan Presiden PAS, Mohammad Sabu yang menyokong perjuangan Muhammad Indera menentang British. "Memang Umno hipokrit selama ini. Sebelum ini dia guna isu agama tak berkesan, kemudian isu kaum. Sekejap berpendirian 1 Malaysia dan kadang-kadang menyokong pendirian Utusan Malaysia (Yang berbaur perkauman)," kata beliau yang juga bekas Timbalan Presiden KEADILAN. Menurut Syed Husin, ia taktik biasa digunakan Umno untuk menyerang pemimpin Pakatan, terutama Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan pelbagai gelaran negatif, bertujuan menakut-nakutkan rakyat khususnya orang Melayu. "Bukan saja Mat Sabu dikecam malah sebelum ini Anwar juga pernah dituduh agen Yahudi, diperkudakan DAP. Begitu juga dengan Menteri Besar Kelantan Datuk Seri Nik Aziz yang dituduh melakukan korupsi," "Umno dalam keadaan terdesak. Bukan saja parti lawan tapi pemimpin utama parti (mereka) juga mereka mahu jatuhkan. Sebenarnya tiada gunanya menggunakan isu kaum, agama dan pelbagai ideologi ini (untuk kepentingan politik)," katanya lagi. Sementara itu, Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua pula berkata, cubaan Umno memutarbelitkan sejarah perjuangan Mat Indera menentang British, menyerlahkan sikap hipokrit mereka. Menurut Tian Chua, Umno menonjolkan bahawa hanya parti itu sahaja yang memperjuangkan kemerdekaan dengan meminggirkan gerakan kiri yang turut sama memainkan peranan penting menentang penjajah. "Semua pihak termasuk parti-parti kiri telah memberi sumbangan kepada kemerdekaan, bukan umno saja. Ramai lagi yang berperanan dalam membebaskan diri dari penjajah. Umno sudah memutar belitkan sejarah sebab mengikut rentak penjajah," kata Tian Chua. Disebalik tuduhan bahawa Pakatan Rakyat menyokong perjuangan komunis, Umno pula menjalinkan hubungan dan kerjasama dengan parti komunis China di Beijing pada 2010. Kementerian Dalam Negeri juga pernah mengeluarkan permit akhbar harian yang menjadi suara rasmi Parti Komunis China (CPC) pada tahun 2005. Akhbar tersebut telah diberikan permit untuk diterbit, dicetak dan diedarkan di Malaysia. |
Pendaftaran 2.3 juta PATI untuk tambah keahlian Umno? Posted: 06 Sep 2011 05:30 AM PDT Oleh: Ahmad Fadli
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin menyatakan kebimbangannya kemungkinan Umno cuba menambahkan keahlian melalui pendaftaran lebih 2.3 juta pekerja asing dan pendatang asing tanpa izin (PATI) menerusi program pemutihan 6P. Beliau mengulas pengumuman Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bahawa 2,320,034 PATI telah mendaftar dalam program tersebut yang berakhir semalam. Pendaftaran itu dilakukan melalui sistem biometrik sejak 31 Ogos lepas meliputi seramai 1,016,908 pekerja asing sah dan seramai 1,303,126 PATI. "Nampak keadannya seperti kritikal, BN Umno kelihatan seperti cuba untuk menambah bilangan pengundi (yang menyokong mereka)," kata Zuraida yang juga merupakan Ketua Wanita KEADILAN. Zuraida sebelum ini membuat pendedahan tentang kewujudan 'sumpah taat setia' kepada Umno dan Barisan Nasional yang perlu diangkat oleh pendatang asing dan PATI jika mereka mahu nama mereka diputihkan daripada senarai PATI. Sumpah itu perlu dibuat mereka yang mendaftar untuk program 6P di agensi-agensi pekerjaan di Selangor. Mengulas lebih lanjut, Zuraida berkata jika pendaftaran lebih 2.3 juta orang PATI itu dibuat untuk menambah keahlian Umno, ia sebenarnya merupakan bukti jelas parti itu tidak mendapat sambutan walau dari ahlinya sendiri. "Walau pun ahlinya adalah seramai 2.7 juta orang, Umno tidak mungkin kalah di empat negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat jika semua ahlinya benar-benar mengundi Umno sewaktu pilihan raya umum ke-12 dahulu. "Ini bermakna, ada di antara ahli-ahli Umno sendiri yang tidak yakin dengan Umno dan mengundi Pakatan Rakyat dalam pilihan raya lalu," kata Zuraida. Justeru, kata Zuraida, perkara paling mustahak buat Pakatan Rakyat untuk terus disokong rakyat adalah terus merangka dan melaksanakan polisi-polisi yang memberikan manfaat kepada semua lapisan masyarakat. Melalui cara itu, mana-mana warganegara yang baru sahaja mendapat kewarganegaraannya akan lebih cenderung untuk memberikan kepercayaan kepada Pakatan Rakyat bagi membela nasib mereka. "Kita berharap Pakatan Rakyat diberikan undi oleh mana-mana warganegara baru," kata Zuraida. |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan