DUNIACACAMARBA |
- [Gambar] Al-Quran Tetap Utuh dalam Suatu Kebakaran
- Hipokrisi UMCO: Sain MoU dan Jemput Delegasi Parti Komunis ke Perhimpunan UMCO
- [Video-Wajib Tonton] Apa Persepsi Anda Apabila Menonton Filem Bukit Kepong Selepas Ini? Jawapan Mat Sabu terhadap Fitnah UMCO & Geng
- Tembelang UMCO Kian Terburai, Cuba Lihat Gambar Ini
- Penggodam Dakwa Wanita Ini Hajah Sitt LAHANAT
- Polis NM Kantoi Sedang Beraksi Berahi dengan Wanita di atas Bonet Kereta
- Gambar Photoshop? Mahu TONJOLKAN Jalur Gemilang atau Be End?
[Gambar] Al-Quran Tetap Utuh dalam Suatu Kebakaran Posted: 05 Sep 2011 07:15 AM PDT | ||||
Hipokrisi UMCO: Sain MoU dan Jemput Delegasi Parti Komunis ke Perhimpunan UMCO Posted: 05 Sep 2011 06:10 AM PDT Saya petik:
P/s: UMCO meludah ke muka sendiri! | ||||
Posted: 05 Sep 2011 03:30 AM PDT Saban tahun setiap kali menjelang Hari Kebangsaan, filem Bukit Kepong adalah antara filem wajib tayang yang disiarkan di kaca televisyen. Jalan cerita yang digarap oleh TS Jins Shamsuddin berjaya menyentuh hati dan perasaan orang Melayu. Filem itu juga menyemarakkan rasa benci rakyat terhadap komunis. Namun benarkah itu yang berlaku? Walhal pendedahan hari ini jelas menunjukkan bahawa serangan itu disasarkan kepada polis yang berkhidmat dengan British, bukan PDRM dan peristiwa itu berlaku pada tahun 1950. Operasi itu pula diketuai oleh Mat Indera, pejuang kemerdekaan negara. Tidak mengapalah! Waktu itu, kita masih jahil tentang sejarah sebenar Bukit Kepong. Waktu itu rujukan kita hanya teks sejarah yang ditulis oleh sejarawan UMCO. Kita selama ini dibutakan oleh sejarah dan propaganda UMCO. Alhamdulilah, hari ini tembelang dan penipuan sejarah kemerdekaan negara kian terbongkar. Itu pendapat saya, anda?
Sedutan filem Bukit Kepong: Jawapan Mat Sabu: P/s: Bagi orang yang masih mahu mempertahankan sejarah garapan UMCO, silakan! | ||||
Tembelang UMCO Kian Terburai, Cuba Lihat Gambar Ini Posted: 05 Sep 2011 02:00 AM PDT
Saya petik: [HD] KUALA LUMPUR, 5 Sept: Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu menyifatkan Umno menggali kubur mereka sendiri apabila mempertikaikan kenyataan beliau bahawa Mat Indera adalah salah seorang pejuang kemerdekaan negara. Beliau kini memiliki buku terbitan Yayasan Warisan Johor yang berjodol "Pengukir Nama Johor" yang penaungnya adalah Menteri Besar Johor, Datuk Seri Abdul Ghani Othman sendiri yang menamakan Mat Indera sebagai salah seorang hero Johor.
Ghani juga turut memberikan kata-kata aluan dalam buku yang diterbitkan pada tahun 2004 itu. Mohamad dijangka akan membuat satu sidang media segera bagi menunjukkan bukti ke atas kenyataan beliau sebelum ini bahawa Mat Indera adalah salah seorang hero dalam memperjuangkan kemerdekaan negara. Umno melalui medianya Utusan Malaysia dan lain-lain media kawalannya menyerang Mohamad dengan dakwaan menyokong komunis apabila menyifatkan Mat Indera adalah hero kerana melawan British. Selain media, Umno juga menggerakkan ahli-ahlinya agar membuat laporan polis dan demonstrasi membantah ucapan Mohamad Sabu. Buku Pengukir Nama Johor diterbitkan oleh Yayasan Warisan Johor pada tahun 2004. Di dalam buku ini terdapat 22 biografi ringkas tokoh-tokoh ternama Johor dan salah seorang daripadanya ialah Mat Indera sendiri. Yayasan Warisan Johor meletakkan nama Mat Indera sebaris dengan Almarhum Sultan Ismail dan Tun Sulaiman Ninam Shah, bekas pengerusi tetap UMNO. Malah foto Mat Indera juga menjadi sebahagian daripada kulit hadapan buku ini. Buku ini adalah hasil karya pelbagai penulis, tetapi biografi Mat Indera ditulis oleh Ismail Adnan, bekas guru kanan yang pernah menjadi Timbalan Pengarah, Institut Kepimpinan dan Latihan Semangat Dato' Onn. Buku ini juga telah disunting oleh Profesor Datuk Abu Bakar A. Hamid, bekas Profesor di Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya dan Md Ismail Zamzam, Tokoh Guru Berjasa Johor 2002. Prakata buku ini pula ialah daripada Menteri Besar Johor sendiri, Dato' Abdul Ghani Othman. Pendek kata, penerbitan buku ini mendapat restu kerajaan Johor. P/s: MELAYU, rajin membaca, jangan mudah diperbodohkan UMCO!!! Berkaitan:
| ||||
Penggodam Dakwa Wanita Ini Hajah Sitt LAHANAT Posted: 05 Sep 2011 12:26 AM PDT Selepas tersilap orang, kali ini penggodam mendakwa wanita ini sebagai Hajjah Sitt lahanat yang menghina Allah, Islam, dan Nabi Muhammad. Setakat ini, tiada respons yang diberikan wanita tersebut. Maklumat lanjut, gambar, dan penerangan lain boleh didapati di sini. P/s: Oleh sebab UMCO tengah kemaruk dengan isu murtad, maka lebih baik pendedahan ini disiasat dan tindakan dapat diambil terhadap individu yang terlibat. | ||||
Polis NM Kantoi Sedang Beraksi Berahi dengan Wanita di atas Bonet Kereta Posted: 04 Sep 2011 05:40 PM PDT Bagaikan aksi dalam video porno! Seorang anggota polis New Mexico kantoi sedang melakukan seks dengan seorang wanita. Perbuatan polis tersebut berjaya dirakamkan oleh CCTV yang terdapat di kawasan itu. Anggota polis yang lengkap memakai uniform itu kelihatan melakukan seks di atas bonet kereta dengan seorang wanita. Perbuatan mereka itu pula ditonton dengan penuh berahi oleh seekor anjing baka Chihuahu. Agak-agaknya apa yang "difikirkan" oleh anjing itu? Aksi berahi ini dirakam di Santa Fe Canyon Ranch, di New Mexico, AS. Baca berita lanjut di sini. -DCM | ||||
Gambar Photoshop? Mahu TONJOLKAN Jalur Gemilang atau Be End? Posted: 04 Sep 2011 04:00 PM PDT
Cuba perhatikan ketiga-tiga bendera dalam gambar di atas. Ada blog mendakwa gambar ini diedit dengan Photoshop. Bab itu saya tidak pandai untuk menentukannya. Namun, angin kus-kus mana yang meniup bendera Be End itu sehingga kelihatan megah berkibar, sedangkan bendera lain "menguncup" di tiang? Berita Harian mahu bikin kontroversi lagi?- DCM P/s: Alahai! |
You are subscribed to email updates from DUNIACACAMARBA (DCM) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan