Kerabu Bersuara ® |
- Transkrip Ucapan Mat Sabu Tentang Komunis
- Tiba-tiba – Najib akan letak jawatan?
- Forum ‘Mat Indera – Pejuang atau Pengkhianat Kemerdekaan’
- Kematian Noramfaizul: Mana penjelasan Kelab Putera 1Malaysia?
- Karpal mahu peguam Shafee dikena tindakan hina mahkamah
- Siri 1: Kakak Muhyiddin TPM Kekasih Mat Indera?
- Menunggu Lakonan Mamak Umno
Transkrip Ucapan Mat Sabu Tentang Komunis Posted: 05 Sep 2011 05:09 AM PDT Ucapan Mohamad Sabu tentang komunis Mohamad Sabu Transkrip ucapan Mohamad Sabu di Padang Menora , 21 Ogos 2011 yang dijadikan isu oleh media dan pemimpin Umno... Editor Assalamualaikum. Alhamdulillahirobbil Alamin, Wassalatuwassalamu Ala Ambiya'i Walmursalin, Wa'ala Alihi Wasohbihi Ajma'in. Yang Mulia Saudara Pengacara Majlis, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Pulau Pinang, Setiausaha Agung DAP yang baru meninggalkan majlis kita, Alfadhil Dato' Dr Mahfoz Muhammad, Naib Ketua Dewan Ulama PAS, juga Pesuruhjaya PAS Negeri Johor, Ustaz Khalid Man Timbalan Pesurujaya, Seluruh Ahli-ahli Jawatankuasa Peringkat Perhubungan Negeri, Seluruh Jawatankuasa PAS Kawasan Tasik Gelugor, Seluruh Jawatankuasa Pemuda , Muslimat dan Seluruh Alim Ulama , Rakan-rakan daripada Parti Keadilan, Para hadirin hadirat, Muslimin Muslimat yang dihormati sekalian. Alhamdulillah, sekali lagi kita dapat bertemu pada malam ini, Insya ALLAH lepas raya ni boleh berdiri eloklah kot, aaaa….dah seminggu saya buang kerusi roda, sekarang dah boleh pakai tongkat… aa..jadi lepas raya ni jadi Pak Maunlah , boleh buang tongkat… Itu adalah dalam perjuangan ini, nasib saya macam tu nak buat macam mana, aaa….kalau kita nak ikut pasai apa tak kena semua orang….kita, redha dengan apa yang ALLAH uji kita dalam perjuangan ini… saya sendiri "ISA" kena 2 kali….bicara kes mahkamah ni…setakat la 5 kes…..dah menang dah … 4 , tinggal satu lagi, hak nak mai kedepan hak kita nak saman tu berlambak lagi , jadi saya hadapi nasib macam tu …dalam perjuangan ini….nak buat camna…kalau ditahan di balai polis, lokap tu ….selalu lah, Cuma kita rasa apa yang dilalui itu adalah perkara yang kadangkalanya terpaksa, untuk kita membuat pembaharuan …politik tentulah melalui perjuangan , bukan melalui hamparan permaidani merah… Hadirin yang dihormati sekalian, sebelum saya pergi kepada perkara-perkara yang saya nak sampaikan saya lancarkan dulu kutipan derma pada malam ini, untuk tuan-tuan membantu perjuangan kita, para petugas diminta untuk bertemu dengan mereka yang hadir pada malam ini. Alhamdulillah bulan Ramadhan, ramai begini hadir dalam majlis penerangan kita, petugas bertemu dengan setiap mereka yang hadir….ini malam sepuluh terakhir, sebarang sedekah jariah kita untuk perjuangan mendaulatkan Islam , menegakkan keadilan, menentang kemungkaran akan mendapat ganjaran di sisi ALLAH Subhanallahu Taala. Para petugas bertemu dengan setiap mereka yang hadir, saya akan cuba terus memberi ucapan. Isu kemalangan Bersih Hadirin hadirat yang dihormati sekalian, saya ditempat lain saya tak terangkan hal kemalangan yang saya lalui , tapi ini kampung saya….Jarak, jadi yang ada ni kawan-kawan, adik-beradik, saya terangkanlah sikit …hadirin sekalian. Dalam televisyen itu….Pengarah Keselamatan Dalam negeri berbohong, dia tunjuk dengan tourch light yang tu….tengok….kereta pajero tak langgar pun Mohamad Sabu, …..saya buat repot polis 14 julai, Pengarah Keselamatan Dalam Negeri buat kenyataan 22 , dia tak baca repot polis saya….saya dilanggar oleh kereta polis jenis waja….bukan pajero, kemudian dia kata saya jatuh langgar divider….lagi bohong….kereta polis yang belah kepala lutut saya….kemudian dia kata saya berlakon duk atas kerusi roda, dia bukan doktor….lagi dia cakap lagi dia bohong…..lagi dia cakap lagi dia bohong….sepatah tak mai minta maaf sampai hari ini…..dan dia berbohong dalam televisyen…seluruh rakyat Malaysia dengar. Saya jawab dalam majlis ceramah, dalam surat khabar Harakah, surat khabar Keadilan, tapi hadirin sekalian oleh kerana mereka berbohong terlalu banyak, sekarang ni….cakap polis pun orang tak percaya…betui ke dak? ….tambah cakap Najib lagi bohong…aaa tu lah….apa….siakap senohong gelama ikan duri, selalu cakap bohong, lama-lama jadi menteri…. Hadirin sekalian, saya sebut bahawa semasa saya dibawa ke hospital….General Hospital , berada dalam lokap di Jinjang, nak ambik wudhu' , nak pegi bilik air…nak buat statement polis….nak cop jari….semua dipapah oleh polis…..2 orang kiri-kanan, sebab tak boleh jalan…..dan polis yang papah saya tu….saya ucap terima kasihlah….mereka khidmat sungguh, saya nak bergerak ja dia tau saya tak boleh jalan, dia mai angkat…aaa sampai dah dibebaskan 10 malam….saya diletakkan dihadapan lokap…..orang lain semua berjalan kaki keluar, saya tak keluar …..kereta masuk ambik….itu pada hari sabtu, hari isnin saya pergi ke doktor pakar….doktor pakar …aaa..KPJ Hospital dekat rumah di Shah Alam….dia check , didapati ligament hak orang panggil … urat belakang lutut tu terkoyak…..kena buat pembedahan. Dia nak buat pembedahan hari tu, dia tak boleh buat sebab darah saya cayak….duk makan desprin (sebenarnya Aspirin)….pasal ada hal jantung…..dia kata kena berhenti makan desprin (sebenarnya Aspirin)….4 hari , mai sini , kita nak buat pembedahan….hari Jumaat 15 hari bulan…masuk bilik pembedahan…..pukul 2 petang….pukul 4 keluar dari bilik pembedahan….iaitu dia bubuh satu skru….2 inci setengah….ke dalam lutut ni…jadi saya suruh doktor bubuh skru sebab saya nak berlakon….hadirin sekelian…pelak….sampai rupa ni….pemain sampai macam tu….jadi hadirin sekelian lepas bubuh skru tu….3 hari lepas tu baru boleh lah menapak…dan Alhamdulillah sekarang dah boleh berjalan dah…..Cuma nak naik …..naik tangga turun tangga tu kenalah bantuan tongkat sikit… Alhamdulillah, lepas raya ni kembali pulih lah kot….boleh berjalan dan boleh bekerja lagi dalam ….dalam parti , dalam perjuangan ini…. Hadirin hadirat yang dihormati sekelian….Oleh kerana dia tak minta maaf sampai hari ni, lepas ni akan diikuti lah dengan tindakan mahkamah….Saya sepanjang dalam perjuangan ni tak meniaga , jadi nak kaya lepas ni …dengan saman jer lah….haaa ….Insya ALLAH….peguam-peguam duk kata …kami banyak dah orang yang nak ambik kes saya ni….hak kes pecah cermin kereta tu…menang di peringkat Juru, kemudian pihak pendakwa buat rayuan di Mahkamah Tinggi….5 hari bulan ogos, bulan puasa ni jugak….hakim Mahkamah Tinggi mengatakan…keputusan Mahkamah Majistret Nibung Tebal…betul…..iaitu Saudara Mohamad Sabu ni perlu dibebaskan….dan tak perlu membela diri….kita tengoklah , kalau keadaan sesuai peguam kita akan dakwa pulak….kita akan tuntut…pecah cermin dan juga sebagainya….itu serah lah pada peguam hadirin sekelian….jadi saya….terima kasihlah kepada doa tuan-tuan semua….sebab saya banyak melalui kes-kes mahkamah….haaa …..Dato' Seri Anwar teruk lagi…jadi saya ni peringkat yang agak …kawan-kawan kata banyaklah juga hadapi kes-kes …mahkamah. Tapi, janganlah bimbanglah …kita takut pun mati, berani pun mati….. Menjelang Merdeka Hadirin yang dihormati sekelian….sekarang ini pemikiran rakyat….sudah mula berubah….mereka tidak lagi di awal merdeka dulu…aaa…sekarang kita ni….suasana nak sambut merdeka, kita tengok takda orang pun bawa bendera di kereta,…. Ada… setengah tu kereta dia bubuh dekat 200 bendera, tu hak jenis masuk ayak dalam kepala tu….haa…hak jenis tu ada….tapi orang biasa , saya tak nampak pun….sebab rakyat tak berasa sambut merdeka….sambut merdeka seolah-olah perayaan umno….betul ke dak? Sepatutnya tokoh pejuang kemerdekaan kena masuk dalam televisyen….kalau nak buh Tengku Abdul Rahman, Dato' Onn pun takpalah…..kena letak juga Dr Burhanudin, kena letak juga Ustaz Abu Bakar Al Bakir, kena letak juga Dato' Ahmad Bustamam, kena letak juga Dato' Ibrahim Yaakob, kena letak juga perjuangan-perjuangan seperti Mat Kilau dan sebagainya…..ini penentang-penentang British….tapi bila merdeka , Tengku Abdul Rahman , Dato' Onn , Tengku Abdul Rahman , Dato' Onn…..kalau gitu umno lah yang layak…..betul ke dak? Di negeri orang lain , sambut merdeka rakyat ambik bendera letak di pintu rumah masing-masing ….kalau kita pegi Indonesia, di Thailand….tak kira parti politik, pembangkang ke …..kerajaan ke , bila merdeka ni rakyat yang menyambutnya….di Malaysia ni kita tak rasa sambut merdeka, rakyat sambut …..macam umno sambut , bahkan berlaku beberapa tahun lepas di mana Majlis Daerah Raub mintak supaya semua parti politik buat perarakan hari merdeka, maka ….aaa….PAS di Raub itu kebetulan ahlinya banyak bekas-bekas tentera berlatih lah berkawat….elok tak kiralah berkawat puak-puak tentera ni…..banyak duk dalam PAS….nak sambut merdeka di majlis bandaran, sehari sebelum merdeka….mai surat….PAS tak boleh terlibat dalam sambut merdeka….haaa…..ni hadirin sekelian yang berlaku….. Ertinya sambut merdeka ni seolah-olah kepunyaan umno….sebab tu kita lihat tulisan-tulisan, blog-blog kebelakangan ni….anak-anak muda kata …umph sambut buat apa…bendera pun dia kata serupa bendera Amerika….lagu negaraku pulak….lagu Hawai….kemudian diterjemahkan lagu jadi Terang Bulan di Indonesia….kemudian jadi lagu Negaraku…mula-mula saya ingat budak-budak ni melawak….hari tu anak saya tunjuk…dia bukak YouTube…dia kata ayah dengak….ini lagu Terang Bulan di Indonesia….ini lagu Negaraku….hundred percent serupa……ertinya lagu ni lagu di ambik daripada lagu Terang Bulan , bukan lagu patriotik apa-apa pun….sebab tu kita harap….takpalah dah guna pakai nak buat macamana …tapi kita lihat cara yang dibuat itu memang banyak yang tak kena….bila hari merdeka nanti tunjuklah filem Bukit Kepong….Bukit Kepong polis itu….polis British…hak serang Bukit Kepong tu lah pejuang kemerdekaan….ketuanya Mat Indera….Melayu…..tetapi semua sejarah itu ditutup…..Jins Samsudin buat filem….Jins Samsudin tu umno….cerita Bukit Kepong hak serang Balai Polis tu penjahat…..polis tu polis British, sebelum merdeka, negara kita diperintah oleh British…..tapi dibuat filem yang hero hak pertahan balai polis, hak serang tu pengganas, padahal Mat Indera….ketua penyerang balai polis itu….dan akhirnya dia dihukum gantung di Jail Taiping …. Begitulah jugak…Tok Janggut , Tok Janggut ni lawan British….tapi sebelum British nak….nak bunuh dia, dia menghasut Sultan Kelantan …untuk mengisytiharkan Tok Janggut sebagai penderhaka….bila isytihar Tok Janggut sebagai penderhaka , barulah Tok Janggut di hukum gantung di Pasir Puteh, Kelantan. Semua sejarah negara kita mohong….bohong ada, dulu kita duk menyanyi di Jarak tu….rupanya cikgu tu mohong (bohong) kita….cikgu tu pulak Kemeterian Pelajaran mohong dia….jadi , depa duk lawan mohong lah para hadirin sekalian….jadi sejarah kemerdekaan tak kena hadirin sekelian….sebab tu kita tengok pegawai British jadi pejuang kemerdekaan, lawan British jadi jahat….siapa pegawai British? Dato' Onn , Tengku Abdul Rahman. Itu pegawai British…hak lawan British…hak tu pula jadi pengganas… Abu Bakar Bakir pengganas… Dr Burhanudin pengkhianat, kemudian Rashid Maidin komunis….semua hak lawan British jahat…hak sokong British hero….ini pelik bin ajaib….hak lawan British tulah pejuang kemerdekaan… Takpalah kita ambik alih Malaysia esok…kita ubah balik sejarah nie….boleh ke dak? Bukan kita nak memihak pada siapa….bagi hak betul…kalau kemerdekaan di tangan Tengku Abdul Rahman….ya!....tapi perjuangan kemerdekaan bukan mereka….pejuang-pejuang kemerdekaan kebanyakannya merengkok dalam penjara, di antara mereka lari menyelamatkan diri ke Indonesia, termasuklah Ibrahim Yaakob…kerana nak ditangkap oleh pihak British…. Pembangunan Hadirin yang dihormati sekalian, begitulah juga hal pembangunan….pembangunan kalau dulu memanglah…umno berkempen, saya sebut selalu mudah…dulu mana ada jalan….La Jarak nak pegi Lunas 15 minit boleh sampai , siapa buat jalan ni? ….umno….haaa….dia senang….macam tu….ceramah zaman Sulaiman Palestin….zaman Dato' Mat Said….dulu nie…..dia mai ceramah gitu……kita nganga dengak….tali ayak Jarak tu siapa buat? …perikatan….ha ini zaman-zaman begitu….sekarang hadirin sekelian….ceramah dan penerangan macam tu dah tak boleh….rakyat nak pembangunan, rakyat nak pembaharuan….yang rakyat tak mahu penyelewengan dan rasuah….haaa ini yang rakyat tak mahu…..rasuah tak mahu, penyelewengan tak mahu….kalau harga sekolah 20 juta , buat dengan belanja 20 juta….kenapa jadi 30 juta? Kenapa perlu "mark-up" price? Naikkan harga 10 juta….beri kat sapa wang ini? …ha ini yang rakyat tak mahu ….sekolah rakyat mahu dak? …mahu….makmal komputer , rakyat mahu…..tapi kenapa buat…rakyat, anak murid belum masuk….dah runtuh, stadium…..rakyat mahu….nak tengok bola, nak bersukan….tapi kenapa stadium bina , tak sampai setahun runtuh…pasai apa jadi macam tu….? Sedangkan kita tengok bangunan, kita tengok tu Padang Kota….bangunan tu 80 tahun, 100 tahun, sampai la duk kukuh…..Bank-bank duk pakai …British buat dulu….bangunan buat lepas merdeka ni….haaa….retak , pecah ….kerana apa? Rasuah dan penyelewengan Rasuah dan penyelewengan berlaku….ini perubahan pemikiran rakyat , sebab itulah dalam satu forum….anjuran KrangKraf , Sinar ….Surat khabar Sinar…di Shah Alam baru-baru ini….yang hadir ialah Dato' Ambiga , seorang lagi aaaa… Saifudin Abdullah, Timbalan Menteri….Timbalan Menteri daripada umno….kemudian seorang lagi Dato' Wan Ahmad daripada SPR…..dan seorang lagi Professor Shamsul Amri….yang rambut panjang tu….Professor Shamsul Amri mengatakan BN sekarang …bukan menghadapi rakyat seperti tahun 60an…..rakyat telah berubah dan rakyat telah faham apa dia pembangunan dan sebagainya…maka BN menghadapi penghakisan sokongan rakyat….kalau penyelewengan terus berlaku…..ini di antara petikan kata-kata Professor Shamsul Amri….beliau mengatakan masalah yang umno hadapi sekarang ini ialah….umno berkempen di tahap lama….pemikiran rakyat telah berubah ke tahap baru…mereka masih lagi di takuk lama , iaitu soal siapa buat pembangunan, siapa itu semua….sedangkan pemikiran rakyat telah maju kehadapan….Ini kata Professor Shamsul Amri…. Pilihan raya Hadirin yang dihormati sekelian, macam dulu kita masuk pilihanraya….bila kalah kita kata takdir , nak buat macamana….kita dapat undi macam tu….sekarang kita akui undi kita tak cukup, tapi kenapa tak cukup? Di antaranya kita tak boleh beri penerangan kepada orang ramai….media tidak adil….ini tuntutan yang dituntut kebelakangan ini ….soal keadilan media ….contohnya , Pengarah Keselamatan Dalam Negeri mengatakan , saya tak dilanggar oleh Pajero….takdak kemalangan….dia berbohong….saya takdak peluang untuk jawab dalam televisyen….kalau saya boleh jawab saya kata…..saya dilanggar pada hari itu oleh Waja….maka rakyat dapat dua penerangan….satu penerangan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri….satu penerangan saya , maka rakyat bebas untuk buat pertimbangan…..sekarang rakyat yang boleh buat pertimbangan….rakyat yang mari dengar ceramah malam ni……sebab dia dah tengok televisyen , dia dengar penerangan saya…..macamana rakyat Ijok? Macamana rakyat Selama? Macamana rakyat Parit? Pahat? Padang Tongson? ….aaaa……hak tak mai ooo…. Ceruk Kudong….Kupang, Merbau Kudong ka apa semua dalam nu…..ayak melintas…yang tak mai dengar penerangan kita, dia percaya lah kepada apa yang tv bagi tau… Di sinilah berlaku ketidak ….ketidak adilan media…bukan kita nak apa yang kita cerita mesti rakyat percaya….kita juga nak apa yang pemerintah cerita mesti rakyat percaya….yang pentingnya, kedua-dua dapat peluang memberi penerangan….inilah keadilan media yang kita tuntut….misalnya mereka menyerang , sekarang ini…. PAS alat DAP , naik sepanduk di Terengganu….sepanduk merata kampong , kalau Umno kalah , DAP lah yang menang…..sedangkan di Terengganu , DAP satu kerusi pun tak bertanding….yang bertanding PAS lawan Umno….adalah Keadilan satu dua…. Tu pun Melayu , tapi dia naik sepanduk, kalau Umno kalah ….DAP menang , setengah-setengah orang kampong yang dia tak faham, dia kata habislah…kalau Umno kalah , apa nak jadi Melayu ni…..inilah kata Professor Shamsul Amri….iaitu BN masih bertahan di takuk dengan memperbodohkan rakyat, sedangkan rakyat bandar,rakyat Internet, rakyat blog…..dah mula mendapat maklumat yang lain…. Oleh itu Barisan Nasional bertahan….undi di kampong-kampong , di pendalaman, tidak lagi di bandar-bandar , saya sebutlah kalau di sebelah bandar sekarang ni…..Shah Alam ka? Petaling Jaya ka? Sebut umno pun orang geli, anak-anak muda…..kamu ni umno ka? ….eeeee….dia geli dengar…..tapi kot Jarak ni, sebut umno dia tak geli lagi….tapi anak-anak muda bandar , dia tau sejarah , dia baca internet, dia tengok laporan semua …..rupanya banyak berlaku pembohongan sejarah…. BERSIH Hadirin yang dihormati sekelian…..sebab itu tuntutan kita di antara keadilan media ni…kita tak dapat lagi, terlalu pincang , terlalu pincang….. kita tengoklah menjelang BERSIH , Allah…..saya dipanggil ke Bukit Aman , oleh pemimpin polis yang tingggi-tinggi tu…ketua polis negara , timbalan , dalam cakap dan mereka ….sambut saya dengan mesra saya akui…dan mereka sebutlah, di antaranya dia sebut, nanti ramai orang datang , nanti meniaga tak laku….saya kata pelik….peniaga tak suka orang ramai…..peniaga yang tak suka orang ramai datang….hantar mereka meniaga di Hulu Tembeling….Hulu Tembeling tau….daripada Jerantut tu, kena naik bot….6 jam nu…..pi meniaga dalam tu….ni tuan-tuan di sini orang meniaga ni , betui ke meniaga tak suka orang ramai mai….pelik ke dak? Duk interview dalam televisyen nu….saya tak suka orang datang , nanti perniagaan saya merosot…..ehhhh….pelik , dia kata nanti orang masuk dalam kedai…saya kata orang masuk dalam kedai , kerana hangpa sembur gas pemedih mata….kalau sembur gas pemedih mata , bukan setakat kedai , kandang babi pun kami masuk…..kena gas pemedih mata, kalau babi lari… belum tentu babi dengan kami siapa laju lari….aaa…polis tu diam…. Nak tergelak pun ada depa tu , depa tak berani gelak , boss ada….jadi beri jawapan yang tak logik hadirin sekelian….aaaa….jadi kita hadirin sekelian, kemudian kita , saya kata kenapa ….kumpulan yang nak mandi darah, sorang pun tak diambil tindakan….puak silat, kami sanggup bermandikan darah….eeiiiii….kita bukan nak pi perang , hang nak mandi darah dengan sapa? Tapi hari 9 hb haribulan hari BERSIH tu …Omar Din hadir tau….tuan-tuan tak nampak sebab dia meresap….jangan anggap dia tak hadir….dia hadir….tapi dia meresap….ni banyak hadirin sekelian , perkara-perkara yang tak logik…. Kemudian ini pertubuhan haram….pertubuhan haram…. BERSIH….tiba-tiba Yang Dipertuan Agong jumpa…..takkan Yang Dipertuan Agong jumpa pertubuhan haram…..boleh ka masa…askar dan polis kita duk berlawan dengan parti komunis malaya dulu….sebelum tandatangan perjanjian damai tahun 89…boleh dak Yang Dipertuan Agong bertemu dengan parti komunis malaya….boleh dak? Tak boleh….tetapi BERSIH…Yang Dipertuan Agong bertemu….dan orang yang bertemu tu pulak Dato' Ambiga …bekas pengerusi majlis peguam , Dato' A Samad Said…Sasterawan Negara… A Samad Said ialah penggerak utama Himpunan Bersih ….kalau tuan-tuan nak tau….masa dua tiga hari amaran macam-macam….kalau FRU mai tembak lah apalah semua… amaran, masa itu , beberapa orang dah goyang….nak jadi…tak jadi , nak jadi tak jadi….Dato' A Samad Said…saya Tanya dia…macamana ni Dato' jadi ka dak himpunan ni?….jangan lihat cakap , lihat tindakan saya….ni Dato' A Samad Said dia bercakap bila pun sajak ….saya duk depan dia pun saya sebut …Dato' ni rasa nak ajak bini dia pi tidur pun dia sajak dulu…. "Hari sudah larut malam….begitu dingin rasanya kulitku ini….buat apa kita berbual kosong di sini…kan lebih baik pergi beradu…." , kita tak dak lah kot Jarak ni…..jom tidur….anak semua tidur…. Jomler…..ha jenis-jenis Ustaz Khalid….jenis kita ni lah…. Hadirin sekelian…..A Samad Said dan hari himpunan tu….saya diberitahulah, sebab himpunan baru ni…saya tak terlibat….kenapa tak terlibat? Kena tangkap awal….depa langgar awal ….12.50 cekop dah….aaaa….jadi tak taulah….tapi A Samad Said , dia berjalan……sampai stadium….berjalan sampai pintu istana….dia tak takut, bila orang tembak gas, dia ambik janggut dia ….tutup hidung….janggut dia sampai pusat tu….saya maksud itu berguraulah ….yang pentingnya….beliau mempunyai semangat yang cukup cekal….terutama dia amat tidak setuju dengan kerajaan BN dalam segi menjaga bahasa…..PPSMI , dia menjadi hero….hantar memorandum supaya mansuhkan pengajian pendidikan dalam bahasa Inggeris , sebab pada fikiran dia dan cendikiawan Melayu yang lain….kalau berterusan program itu…..Bahasa Melayu akan lupus….. 15 tahun 20 tahun lagi di Malaysia ini…..ni bukan kita kata , orang Kuk Petai (sebenarnya Guaq Petai), orang Jarak ni….ini kajian dibuat oleh para professor….tiba-tiba umno kata , kami pembela bangsa….tak cukup dengan umno, di swastakan pulak kepada perkasa …..aaaa…..padahal….cendikiawan melayu berarak kena gas dan sebagainya….mintak Bahasa Melayu dipertahankan….ketua di antaranya Dato' A Samad Said….sekarang dia boikot semua program kerajaan…..satu program kerajaan, dia di undang, dia dibayar tambang, dia di bayar elaun….adalah duit, sekarang dia boikot semua….orang tanya dia banyak mana duit dia ada? ….dia ada akaun bank 96 ringgit….saya jamin dia kata , cukup untuk hidup…ini Dato' A Samad Said….dia kurus….kalau dia makan teh tarik tu…setengah gelas jer….tapi bukan soal itu…ini semangat pejuang tua… hadirn sekelian…..yang sayangkan bangsa dia, sayangkan agama dia…..saya kagum dengan Dato' A Samad Said ni….. Tuntutan Hadirin yang dihormati sekelian…..kita lihat kenapa rakyat nak…ndak….kalah ka, menang pilihanraya ka nombor dua…..yang penting kita nak, pilihanraya adil dan bersih….ini tuntutan anak-anak muda sekarang….media lagi kita lihat, BN bertapak di mana? Dia menang 45 kerusi parlimen kerana undi felda….25 kerusi parlimen kerana undi pos….kenapa undi felda jadi begitu? ….kita tak boleh masuk…..tanya Doktor Mahfuz….kita pergi ceramah di kawasan felda…..polis jadi pekerja umno…..dia mengawal, kepong kita ….tak boleh bersyarah…yang datang ….masuk dalam markaz, ahli PAS….hardcore, ahli Keadilan hardcore ….yang tu tak perlu ceramah…..betul ke dak? Takkan macam Rahman Ayam ni perlu dengak ceramah…..untuk nak menentukan dia nak undi siapa? ……tak perlu…..yang kita perlu orang ramai….orang ramai….tak boleh dengar ceramah kita….di felda-felda , polis jadi jentera umno…..bukan lagi keselamatan rakyat….tapi jaga keselamatan umno….saya sebut di Bukit Aman , depan Ketua Polis, Timbalan Ketua Polis Negara , dan….dan pemimpin-pemimpin tinggi polis ….saya kata….polis sekarang dilihat menjaga umno….bukan menjaga rakyat….hangpa ingat aku kata depan hangpa ni ka?....naik-naik atas tu….dalam parlimen …menteri aku jerkah macam tu jer….zainudin maiden tu…jerkah macam tu ha….pasai dia kata apa? ….mementingkan sukan negara lebih penting dari sembahyang….haaa….aku kalau hangpa maki PAS takpa…..maki ISLAM , lompat selalu lah….kalau dia tak tarik saya merudum….sampai ke peringkat speaker parlimen akhirnya….dah dia tangguh 20 minit… masuk gitu ….dia mintak lah Zainudin Maiden tarik balik….iaitu mementingkan nama negara….sampai tak perlu sembahyang….dia tarik balik , barulah saya duduk….aaa ni…..hak jenis pusak dua ni…ketegak….jadi sekelian…jadi saya sebut….tapi belum terlewat , pasukan polis belum terlewat untuk buat perubahan….supaya mereka menjaga rakyat, menjaga undang-undang, menjaga perlembagaan…. bukan menjaga umno….sebab umno kalah nanti polis akan terus bertugas di bawah pemerintah baru….ini yang kita ingatkan , polis pun banyak datang malam ni….sebab kita , kita tak mahu mereka….mereka menjadi pengawal kepada umno , pengawal keselamatan negara, pengawal rakyat….pengawal perlembagaan…itu sewajarnya….peranan dimainkan oleh pihak keselamatan…. Rusuhan Dan hadirin sekelian , kita tengok….himpunan BERSIH , apa yang berlaku….polis yang buat rusuhan , bukan rakyat….betul kan? ….tembak sana…tembak sini….mati orang….ooooo…..semua pura-pura , saya pura-pura duk atas kerusi…. Bahrudin tu pura-pura mati…. Eh , dia tak mati tau….hangpa pegi tengok di rumah dia… La duk ada tu pura-pura mati….pengawal Anwar Ibrahin tu…pura-pura pecah tulang pipi….pemuda kita daripada Balik Pulau…pura-pura hilang gigi 11 batang….hilang gigi, kelongsong peluru tu masuk mulut….dia tembak…pruuuum , patah semua depan ni…. Hadirin sekelian, dan …walaupun kita begitu, saya tetap rasional…iaitu pasukan keselamatan boleh lagi buat perubahan….kembali kepada tugas secara professional….ini kehendak rakyat sekarang….bukan kehendak rakyat tahun 60 an….rakyat sekarang rakyat twiter….rakyat facebook…tak boleh tipu….oooo kami tak dak berlaku kezaliman….rakyat dilayan dengan baik…. Zaman i-pad Hadirin sekalian….zaman sekarang , orang pi tunjuk perasaan , bawak i-pad , bawak black berry….pruup…prooom dia hantar pada kawan dia….hantar kepada seluruh dunia dah….ambik gambar…pruuup, semua orang dah tengok…penyepak…kena tendang… kena cekik….hak polis punya …. 2 minggu baru tunjuk….he he…2 minggu mestilah hangpa pinda….betul ke dak? Sebab tu , dia boleh tipu lah orang-orang dalam …apa…siaran-siaran tu…. orang Pahit , orang Pahat …orang dalam tu…. orang Selama …orang belah Ijok ….tu pun Ijok pun ada internet dah la ni….jadi orang dah tengok keadaan…jadi tak boleh, sekarang rakyat nak pembaharuan….haa ini yang …yang professor Shamsul Amri mengatakan SPR dan kerajaan kena sedia buat perubahan…kerana perubahan….berlaku pada rakyat…. Daftar pemilih Hadirin sekelian, kalah menang dalam pilihanraya perkara kedua , tapi kita nak pilihanraya yang adil , kita kata bersihkan daftar pemilih, Pengerusi SPR dan Timbalan kata ….mana ada pembangkang bohong….mana ada daftar pemilih yang tidak betul? Sekarang saya kata tadi zaman komputer , zaman internet , zaman IT….pemuda kita cari-cari ….tammm…jumpa 17,000 lebih , nama yang 2 kali berulang….ada pulak di Selangor hadirin sekalian perumahan….rumah 35, 37 , 39 …rumah takat tu….pengundi dia ada lagi rumah 41 , 43….. rumah takda…pengundi penuh….dibuktikan oleh kita PAS dan juga Pakatan Rakyat di Selangor….bagaimana tak dak rumah, didaftarkan rumah-rumah hantu….berdebat dan berjumpa dengan SPR …. akhirnya….sekarang mereka mengaku….banyak daftar pemilih tak betul….haaa….bukan soal kalah menang , soalnya…kalau kita …kalau kita menang pun takpa….BN kalah pun takpa….tapi yang penting kita nak pilihanraya yang adil dan saksama….ini yang …dan kita lihat Mismah , bagaimana dia jadi warganegara lebih kurang 10 pagi…. 4 petang ….dah jadi pengundi….sedangkan kita kena ambik borang , kena hantar, kena pergi ke pejabat pos nak daftar jadi pemilih….warganegara asing begitu mudah…kerana apa? SPR …agen SPR dan agen Jabatan Pendaftaran Negara buat kerja ….daftar mereka ni sebagai pemilih , untuk memenangkan umno dan Barisan Nasional seperti yang dibuat di Sabah…. Jumpa German Sekarang terdedah pada dunia….tuntutan BERSIH tu betul….tak dapat lari dah….dan baru ni…saya dipanggil , saya ….Nurul Izzah , Tan Seng Giaw….saya pun dipanggil kerana….Timbalan Menteri Luar German datang melawat…dan dia nak jumpa kami….saya pergi lah…..jumpa di pejabat duta German….kita terangkanlah hal pilihanraya di Malaysia….kepada mereka , bukan soal siapa menang , siapa kalah ….tapi cara pilihanraya yang tidak betul….daftar pemilih yang tidak betul….media yang tidak betul….kami tidak boleh ke tv dan radio memberi penerangan….seperti di negara tuan….dia kata …takpa…dia kata negara-negara barat….yang menjalankan demokrasi, kita nak minta Malaysia….keluar daripada alam kolot…. kuno…. konservatif…. lepas tu hadirin sekelian …..saya dengar Najib umum….nak tubuh Jawatankuasa Select Komiti….barangkali tekanan dari negara-negara orang putih ni lah….dan pemimpin mereka datang nanti…. Raja German…di antaranya dia kata , dia nak jumpa kerajaan, dia nak jumpa NGO , nak jumpa jugak Pakatan Rakyat….dan salah seorang tentulah aku….. Hadirin sekelian….bukan kita nak qiblat pada barat…tidak….kita nak pilihanraya yang adil….kalau pilihanraya yang adil…BN nak menang…menanglah….takpa….kalau kita menang pun takpa lah…pentingnya pilihanraya yang adil , media yang adil….ini tuntutan kita mula di dengar….sekarang ini walaupun mereka buat ke dak….tapi dah akui… 2 hari lepas ….Pengerusi SPR mengatakan secara resmi …keluar dalam televisyen semua….dia sanggup untuk bertemu sekali lagi , dengan jawatankuasa BERSIH….yang sebulan dulu mereka kata haram….sekarang nak bertemu dengan BERSIH….. BN=Barang Naik Inilah hadirin sekelian….sebab tu sampul raya….Jabatan Lujnah Mahfuz Omar….Dato' Mahfuz Omar kempen …mari kita menentang BN….BN tu barang naik….saya lancarkan semalam di Kampung Baru, Kuala Lumpur , tempat Allahyarhamah Doktor Lo'lo' …sampul raya tu kita tak tulis BERSIH….kita tulis tidak kotor….haaa….sebab BERSIH ni…tidak boleh….haaa tulis tidak kotor…..haaa jadi hadirin sekelian….. bila dilihat keadaan begitu sekarang ini…. Select Komiti pun nak buat…tiba-tiba dia kata….pilihanraya boleh buat bila-bila masa sahaja, tak perlu tunggu keputusan Select Komiti atau pun Jawatankuasa Pemilih Khas untuk mengkaji …hal sistem pilihanraya di Malaysia….bila buat begitu …saya tak tahu lah , kami akan mesyuarat 24 haribulan….nak ambil pendirian Pakatan Rakyat….ahli parlimen kita…perlu atau tidak…duduk dalam jawatankuasa itu…..Najib …main-main kita nampak…..walaupun pihak SPR kita nampak….dia dah kona dah…dia rasa nampak… sedikit ada kesungguhan….untuk mendengar pandangan BERSIH terutama…..hal daftar pemilih… Bila pemuda kita, Suhaizan Kayat….seorang pemuda kita yang bijak dalam hal komputer….dia bekas pensyarah….dia dapati hadirin sekelian…..di Johor , banyak ahli umno….yang daftar mengundi….boleh mengundi 2 kali…..kemudian didapati dalam tentera….dia bawak, beberapa orang bekas pegawai tentera….buat dalam press conference….pegawai tentera tu kata….merekalah yang menipu undi dalam pilihanraya dulu…pangkah bagi pihak kawan-kawan yang lain …menderu….mereka buat pengakuan dalam surat khabar Harakah….yang mereka dulu pangkah bagi pihak rakan yang lain….tiba-tiba Ketua Turus Tentera Malaysia keluar kenyataan …tak berlaku…pilihanraya kami berlaku dengan adil….saya tidak mahu kata adil atau tak berlaku….Ketua Turus tentera tidak boleh terlibat dengan politik kepartian….setuju atau tidak? Kalau ada tuduhan…Menteri Pertahanan , Timbalan ….atau Kementerian Pertahanan kena jawab….atau SPR …bukan tentera yang beruniform…..sekali lagi Najib telah buat silap….mengajak tentera terlibat dalam politik kepartian….ini cukup silap….saya yakin kesilapan mereka itu….mereka sedar, sebab tu 2 hari berita tu , dah tak dak…..saya dengar sahaja keadaan itu…saya pergi hari tu, kebetulan …mesyuarat PBA…saya mintak Yang Amat Berhormat Lim Guan Eng ….pejabatnya tolong panggil wartawan….saya nak buat press conference….saya nak tegur kesilapan yang dilakukan oleh Ketua Turus Angkatan Tentera….kalau ada tak puas hati…mesti Kementerian Pertahanan jawab….SPR jawab….bukan pasukan beruniform…kerana tentera dia wajib berkecuali…kerana tentera , berkhidmat di bawah Yang Dipertuan Agong….betul atau tidak? Ni Najib buat silap banyak ni….ni tak kena….sebab hadirin sekelian kalau tentera terlibat dalam politik kepartian…..rosak habis Malaysia ini…..dan kita harap , perbuatan yang berlaku tiga …empat hari lepas …cukup takat itu….jangan ulang lagi ….ada benda tak puas hati….mengadu kat Menteri Pertahanan…Menteri Pertahanan akan jawab , atau SPR …..bukan pihak tentera sendiri…kalau mereka yang menjawabnya….dia akan jadi politik kepartian, dia tidak sihat di Malaysia…sejak merdeka hingga sekarang….tentera di sanjung tinggi….penghormatan kepada mereka tinggi….dan mereka berkhidmat di bawah panji-panji Yang Dipertuan Agong , bukan bawah umno….bukan bawah PAS…..bukan bawah sesiapa….mereka di bawah panji Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong…. Bersih di luar negara Hadirin yang dihormati sekelian…..ini kita lihat , kepincangan hal pilihanraya…yang sekarang menjadi bahan perbincangan umum….BERSIH tahun ni…..himpunan di Kuala Lumpur…..saya ucap tahniah lah kepada tuan-tuan…..disekat macamana ….diugut macamana….berpuluh ribu, ratus ribu hadir….bahkan di seluruh dunia kali ini paling banyak…35 tempat berlaku….himpunan serentak , di Melbourne, di Sydney, di Brisbane, di London, di New York, di Kampuchea….ada…..di Dubai, di Kaherah, berlaku di 35 tempat….Cuma di England , tunjuk perasaan takda masalah….rusuhan tak boleh lah….sekarang ni Timbalan Ketua Polis cuba samakan tunjuk perasaan dengan rusuhan….tak betul…..rusuhan…bakar kereta , rompak bank , rompak kedai….itu pun kita tak setuju….kalau ada orang yang buat macam tu….kita dengan polis bergabung tenaga….ligan puak-puak ni…..setuju ke dak? Kita tak mau….kita mau aman…..di England tunjuk perasaan , aman…..rakyat Malaysia menyanyi lagu "Yellow Submarine"…..yellow submarine…yellow submarine…..dengan polis-polis semua menyanyi….jadi ni masalah submarine ni masalah….kapal selam yang dibeli….yang perbicaraannya akan berlangsung bermula bulan sembilan ni…..di Paris , tentang rasuah dan penyelewengan yang saya dah terang dah….dan kawan-kawan terang dah banyak tempat….saya nak sebut di sini….hadirin sekelian….kesedaran untuk mintak pilihanraya yang adil….sekarang inilah tuntutan rakyat….dan dalam umno pulak, semakin hari semakin berpecah….sekarang lahir kumpulan Amanah Merdeka , yang diketuai oleh Yang Berhormat Mulia Tengku Razaleigh Hamzah , Amanah Merdeka ni salah seorang bekas menteri yang duduk dalam jawatankuasa itu…..dia jumpa orang kita , dia kata ….wajib jatuhkan kerajaan BN pilihanraya ke 13 , dia kata wajib….bekas….dia bekas menteri , masih umno….saya kata nak tolong kami ke pilihanraya akan datang? ….tentu….Kemudian dua tiga minggu lepas , lahir lagi satu kumpulan….Penawar , juga veteran umno…yang tak puas hati dengan pemerintahan Najib…. Melayu tak sensitif Cuma akhirnya saya nak sentuh di sini….orang Melayu…tadi saya sebut sikit , dalam tazkirah ringkas….tazkirah saya bulan ini di Selangor…ini ajalah tajuknya…orang Melayu tidak sensitif dalam hal penyelewengan….sedangkan ISLAM tidak mengajar begitu….Omar Al Khatab…pakai baju baru pun ditanya oleh penduduk waktu itu…mana kamu ambik duit beli baju baru….sifat hisbah , accountability yang dididik oleh ISLAM pada waktu itu…gabenor yang tambah kekayaan tak ikut peraturan….Omar hukum….sebat….ini hadirin sekelian, accountability hisbah di zaman kehebatan ISLAM….sekarang orang ISLAM dia tak peduli….bila kita cerita Rosmah, disebut oleh pegawai kastam, dapat gambak semuanya….cincin 24 juta , cuba tuan-tuan cakap pada orang Cina….sebut ajer cincin 24 juta , …..aiiiyaaa……mana dia angkat itu wang ..aaaa…..gua sendili tak dapat oooo….kalau dia culi wang kita….ini talak boleh….Melayu…kita cerita Rosmah ada cincin 24 juta….dia diam, serupa lembu kenyang ….balik petang nak pegi masuk relau….buat dek ajer….kita cerita rumah Najib , bil ayak 30 ribu sebulan….dia tak rasa, Melayu tak rasa apa….Cina marah….30 ribu , ni hang mandi apa ni ….mandi orang ka mandi badak ni? Pembaziran ….dia suruh rakyat berjimat….kita , harga ayam naik…harga tepung naik, harga gula naik…..wang 28 ribu juta hilang…..hospital tak cukup pakar….yang nu tak cukup, yang ni tak cukup….duit kita hilang…tapi kita cerita pada orang Melayu tak sensitif….betul ke dak ni? Duk tu keadaan sekarang ni…..mereka main isu perkauman nak pertahan undi orang Melayu kepada umno dan BN ….cina tak dak dah, india pun serupa dah…india pun dak balik kat kita habih dah….cina ni sebut….sebut dacing tu….umph….dah tak mahu langsung dah…..tapi Melayu dia tak sensitif , bila cerita hal penyelewengan…..hadirin sekelian , kita harap kita balik kepada perjuangan asal , perjuangan ISLAM , terutama di bawah Nabi Muhammad S.A.W, para sahabat Baginda yang terkemudian…iaitu amar ma'aruf , nahi mungkar , disebut oleh Dato' Dr Mahfuz tadi…..mesti kita hidupkan….walaupun yang memerintah nanti kerajaan Pakatan Rakyat , kalau berlaku penyelewengan ….rakyat akan bangun di atas sifat amar ma'aruf , nahi mungkar….untuk kita menuntut keadilan…. Setakat ini lah ucapan , para hadirin sekelian kita harap pilihanraya akan datang…rakyat akan berubah, Sekian…dahulu Wassalamualaikum Warahmatullahi wabarakatuh….. |
Tiba-tiba – Najib akan letak jawatan? Posted: 05 Sep 2011 04:54 AM PDT Tiba-tiba suara yang mengatakan PM Najib akan meletakkan jawatan muncul. Adakah ini sebagai satu gimik atau satu bentuk desakan yang bakal muncul dalam keadaan semakin panas ura-ura mendesak PM Najib meletak jawatan. Politik UMNO tidak akan membentuk kestabilan dengan kehadiran suara-suara yang mahu mendesak perubahan atas tujuan yang tidak ditentukan. Tujuan masih kabur sungguhpun di kalangan ahli – suara mahu mendesak PM Najib telah mula timbul. Siapa yang memulakannya. Suara yang menamakan mereka yang terbabit sudah ada sungguhpun www.umno-reform2.com belum berhajat untuk memaklumkannya. Kenapa PM Najib hari ini didesak untuk meletak jawatan – agenda siapa dan kenapa. Adakah agenda ini MEMBENARKAN tuduhan pembangkang mengenai Najib Tun Abdul Razak. Adakah analisa yang mengatakan populariti Najib merudum turut memberi impak kuat dan kesan untuk program BERSIHKAN NAJIB? Setakat ini – realiti program untuk menjatuhkan – mendesak PM Najib untuk melepaskan jawatan adalah benar dan wujud – mungkin penafian akan timbul tetapi PM Najib harus tahu realiti yang ada ini. http://umno-reform2.com/ |
Forum ‘Mat Indera – Pejuang atau Pengkhianat Kemerdekaan’ Posted: 05 Sep 2011 04:09 AM PDT (Oleh: Nabihah Hamid) KUALA LUMPUR: Satu forum bertajuk 'Mat Indera – Pejuang atau Pengkhianat Kemerdekaan' akan diadakan di Dewan Perhimpunan Cina Selangor KLSCAH yang bertempat di Jalan Maharaja Lela, Kuala Lumpur pada 7 September ini. Tiga ahli panel yang diundang untuk mengupas isu ini ialah Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan ahli akademik Prof Dr Abdul Aziz Bari dan aktivis sosial Hishamudin Rais. Forum yang terhad kepada 150 peserta terawal bakal berlangsung jam 8.15 malam hingga 10.30 malam bagi membincangkan mengenai tokoh seperti Mat Indera yang terlibat dalam serangan di rumah Pasung Bukit Kepong pada 1950. Mohammad Sabu pada 21 Ogos lalu memetik nama Mat Indera atau nama sebenarnya Muhammad Indera di dalam ceramahnya dengan menggambarkan beliau sebagai pejuang sebenar yang menentang penjajah British. Ekoran itu sejarah mengenai Mat Indera yang tidak banyak diketahui mula diperkatakan banyak pihak apabila media arus perdana melabelkan Mat Indera pengganas dan bersubahat dengan komunis. Mat Sabu menjadi sasaran serangan bermula dengan laporan Utusan Malaysia pada 27 Ogos lalu yang mendakwa pemimpin kanan PAS tersebut mengiktiraf perjuangan komunis. Susulan itu, Mat Sabu menafikan tuduhan itu dan menganggap serangan bertali arus menyatakan beliau penyokong dan mendewakan fahaman komunis sebagai keterlaluan dan menjijikkkan. Dalam perkembangan berkaitan, Pas tetap mempertahankan pendiriannya bahawa Mat Indera adalah tokoh yang menentang penjajah. Harakahdaily melaporkan Pusat Penyelidikan PAS (PPP) akan membukukan biografi Mat Indera termasuk mewawancara mereka yang mengenali allahyarham terutama keluarga terdekat. Penyelidikan itu akan turut memasukkan fakta yang ditulis dalam memoir tokoh pejuang kemerdekaan seperti Shamsiah Fakeh yang mengakui bahawa Mat Indera tidak pernah menyertai Parti Komunis Malaya (PKM). Ia termasuk keterangan saksi, seorang anggota polis marin bernama Abu Bakar yang terselamat dalam serangan di Bukit Kepong yang menyatakan Mat Indera tidak menyerang, sebaliknya melindungi dan menyelamatkan keluarga anggota polis yang terlibat. Mat Indera turut dikatakan hanya bertanggungjawab memberikan arahan untuk menangkap beberapa orang anggota polis yang berjudi dan mabuk pada malam Tahun Baru Cina, ketika serangan itu dilakukan. Biografi itu merupakan sebahagian usaha mengkoreksi semula sejarah perjuangan Mat Indera seperti dilakukan Yayasan Warisan Johor dalam buku "Pengukir Nama Johor" yang diterbitkan pada 2004. Buku itu diiktiraf oleh Kerajaan Negeri Johor apabila Menteri Besar Johor sendiri telah memberikan prakata di muka hadapan buku ini. |
Kematian Noramfaizul: Mana penjelasan Kelab Putera 1Malaysia? Posted: 05 Sep 2011 03:39 AM PDT KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat meminta Kelab Putera 1Malaysia memberi penjelasan terhadap persoalan yang dibangkitkan banyak pihak berhubung kematian Noramfaizul Mohd Nor. "Kami berharap pihak bertanggungjawab akan memastikan soalan-soalan yang ditimbulkan orang ramai akan dijawab dengan tulus demi menampilkan kebenaran," kata kenyataan media bersama Pakatan Rakyat , hari ini. Antara persoalan yang dibangkitkan orang ramai ialah kegagalan penganjur menyediakan jaket kalis peluru, kenderaan yang tidak dilabel dengan perkataan media dan ketiadaan latihan untuk berada di zon tidak selamat. Malah, kematian jurukamera Bernama TV itu disebabkan serangan juga dilakukan African Union Peacekeepers (AUP) – pemantau misi keamanan juga menimbulkan tanda tanya. Kenyataan bersama Nurul Izzah Anwar, Dr Hatta Ramli dan Liew Chin Tong itu juga meminta pihak tertentu mempertimbang beberapa langkah keselamatan bagi mengelakkan tragedi seumpama itu berulang. "Kami menggesa langkah keselamatan yang cukup dan tertib dipertimbang pihak bertanggungjawab untuk mengelak tragedi sedemikian rupa," kata mereka yang turut mengucapkan takziah dan simpati kepada keluarga Allahyarham Noramfaizul. "Kami berdoa supaya keluarga arwah diberi kekuatan dan kesabaran tatkala menempuhi masa mencabar dan penuh hiba ini. Semoga Tuhan mencucuri rahmat ke atas rohnya dan ditempatkan bersama orang yang soleh. "Pemergian arwah di usia muda selaku anak lelaki sulung keluarga, meninggalkan seorang balu dan dua cahaya mata, memang menyayat hati "Warga wartawan dan pengamal media juga kehilangan rakan sekerja yang berani dan berdedikasi kepada kerjaya," kata kenyataan itu. |
Karpal mahu peguam Shafee dikena tindakan hina mahkamah Posted: 05 Sep 2011 03:31 AM PDT Oleh Debra Chong KUALA LUMPUR, 5 Sept – Pengerusi DAP Karpal Singh mahu Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah dikenakan tindakan menghina mahkamah atas alasan peguam pro-Umno itu telah bercampur tangan dalam prosiding kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim. Karpal menggesa Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah mengeluarkan notis tunjuk sebab ke atas Shafee agar menjelaskan "serangan terbuka yang tidak wajar" ke atas Anwar, yang membela diri dari kandang saksi akhir bulan lalu. Anwar, bekas timbalan perdana menteri, kini mengetuai Pakatan Rakyat yang dianggotai tiga komponen termasuk DAP. Karpal juga merupakan peguam utama membela Anwar, yang dituduh meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan pada Jun 2008. "Jika apa yang dikatakan oleh Anwar tidak menghiraukan (mahkamah), maka ia adalah tindakan menghina dari sudut mahkamah. Oleh itu, Hakim Mohamad Zabidin yang perlu memutuskan Anwar sebagai telah mengina mahkamah. Beliau tidak berbuat demikian. "Siapa Muhammad Shafee Abdullah untuk mempersoalkan kebijaksanaan hakim perbicaraan?" kata Karpal dalam satu kenyataan hari ini. Dalam temu bual dengan Minggua Mingguan, akhbar terbitan Kumpulan Utusan semalam, Shafee menyifatkan pembelaan Anwar telah menghina mahkamah. Oleh itu, beliau Shafee mahu Peguam Negara bertindak memfailkan tindakan menghina mahkamah ke atas Anwar. Karpal membantah hujah Shafee yang meminta Peguam Negara bercampur tangan dalam isu itu. "Perkara ini dengan sendiri merupakan tindakan menghina mahkamah di pihak hakim yang mahu berbuat demikian," katanya lagi. "Shafee seharusnya mengetahui bahawa seorang hakim tidak boleh campur tangan dalam prosiding kehakiman di mahkamah lain. Ia tidak dapat disangkal," kata Karpal yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor. Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat juga mahu Mahkamah Tinggi yang mendengar kes liwat Anwar memanggil Shafee berhubung dakwaan bahawa beliau berkonspirasi dengan pentadbiran Najib untuk memusnahkan imej Ketua Pembangkang itu. Beberapa wakil rakyat memberitahu The Malaysian Insider, mahkamah perlu menentukan sama ada peguam terkenal itu telah mengadakan pertemuan dengan ketua-ketua media bersama kakitangan Pejabat Perdana Menteri berhubung liputan media kes berprofil tinggi itu. Terdahulu, The Malaysian Insider membawa laporan memetik peguam itu yang menafikan dakwaan berkonspirasi dengan kakitangan Jabatan Perdana Menteri untuk menggunakan media dan menamatkan kerjaya politik Anwar, yang dilihat sebagai ancaman kepada BN. Shafee berhadapan dengan kecaman dunia siber kononnya beliau mencampuri urusan liputan berita kes kontroversi Anwar, yang akhir bulan lalu membela dirinya di mahkamah dengan membacakan kenyataan tidak bersumpah dari kandang tertuduh. Peguam itu didakwa memberi beberapa arahan kepada editor-editor dan pemberita media arus perdana. Kecaman itu dibuat oleh blogger yang memperkenalkan dirinya sebagai Ahmat Gaza (http://ahmatgaza.blogspot.com/2011/08/konspirasi-shafee-jpm-dalam-kes-anwar.html). Dia mendakwa pertemuan rahsia itu diadakan di Le Meridien Hotel di sini dan turut dihadiri oleh penasihat media kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Abdul Jalil Hamid. Shafee berkata dakwaan itu satu usaha untuk menghuru-harakan institusi kerajaan untuk mengambil alih Putrajaya. "Agenda dia ialah untuk menyemai rasa tidak percaya sedaya yang boleh terhadap institusi-institusi kerajaan termasuk kehakiman, untuk mewujudkan keadaan huru-hara terhadap keluhuran undang-undang," kata Muhammad Shafee menjawab dakwaan Ahmat Gaza. "Gaza ini dungu, yang tidak tahu keadaan sebenar pertemuan ini," katanya lagi sambil mencemuh dakwaan kononnya ia konspirasi mahu menyebabkan mudarat ke atas Anwar. Peguam itu memberi amaran akan memfailkan saman fitnah sebaik identiti blogger itu terdedah. Dakwaan itu tersebar luas dan diulang terbit oleh laman-laman web lain. Ditanya sama ada Abdul Jalil juga hadir pada pertemuan itu, Muhammad Shafee berkata: "Jika Jalil ada di sana, saya samar-samar dia ada di sana. Saya tidak terkejut jika dia ada di sana kerana dia ada di sana sebagai orang media." Kata Muhammad Shafee, beliau mengenali Jalil tetapi bukan sebagai pembantu Najib dan mendakwa hanya menyedari jawatan semasanya selepas dimaklumkan oleh The Malaysian Insider. Bagaimanapun, Abdul Jalil, bekas wartawan kanan Reuters enggan mengulas ketika dihubungi oleh The Malaysian Insider. |
Siri 1: Kakak Muhyiddin TPM Kekasih Mat Indera? Posted: 04 Sep 2011 08:04 PM PDT Jika tidak kerana isu MAT INDERA yang digembar-gemburkan oleh media mutakhir ini,mungkin ekspedisi seperti ini tidak pernah ada di dalam perancangan SAMM dan Author Faethal sebelum ini. Oleh itu setinggi-tinggi pengucapan terima kasih kepada Media Utama yang tela mempopularkan ucapan Mat Sabu tentang Mat Indera ini. Tanpa kalobrasi ucapan Mat Sabu dan 'dihangatkan' lagi oleh Utusan, tidak mungkin menyebabkan kami mengambil inisiatif untuk menjejaki MAT INDERA ini dan mencari jawapan persoalan utama yang bermain di benak masyarakat Malaysia umunya dan Melayu khususnya iaitu 'Benarkah MAT INDERA Pengkhianat?'. Bagi menjawab persoalan ini satu ekspedisi yang bermula dari jam 10.00 pagi hingga 7.30 malam membawa kami merentasi bumi Johor dari Bukit Kepong sehinggalah ke Yong Peng. Bermula dari bertemu seorang penduduk di Bukit Kepong, dimana ibunya bersahabat kepada ibu MAT INDERA sehinggalah kepada kejayaan kami menjejaki adik MAT INDERA - Johan bin Indera di Yong Peng. Rumah Johan bin Indera - adik bongsu Mat Indera Selepas menempuh 7 jam perjalanan akhirnya kami berjaya menjejaki adik Mat Indera iaitu Pakcik Johan atau nama penuhnya Johan bin Indera. Pakcik Johan kini menetap di Yong Peng, Johor. Sebaik kami tiba di hadapan rumahnya, sebatang bendera Malaysia yang diikat pada tiang rumahnya berkibar megah. Begitu tinggi sekali semangat cintakan negara di dalam diri adik Mat Indera ini, walaupun abangnya ketika ini sedang dihamun sebagai pengkhianat negara dan komunis namun ia tidak memudarkan semangat kecintaan beliau terhadap perayaan Hari Kemerdekaan. Belum tentu rumah anak-anak kepada Bapa Kemerdekaan sendiri ada memasang Bendera Malaysia ketika ini. Belum lagi rumah pak menteri!. Mat Indera BUKAN KOMUNIS Persoalan awal kami sebaik memulakan bicara ialah 'Betulkah Mat Indera adalah pengkhianat kepada negara seperti dakwaan sesetangah piak?'. 'TIDAK. Dan saya tidak percaya Mat Indera komunis. Mustahil Mat Indera komunis kerana bapa saudara kami, Yahya sendiri dibunuh oleh komunis.' penafian yang tegas dari Pak Johan. Johan bin Indera - adik bongsu Mat Indera Dek kerana terlalu ghairah untuk mendapatkan jawapan kepada 'persoalan utama' itu, sehingga kami terlupa untuk mengenali Mat Indera lebih dekat. Menurut Pak Johan, mereka mempunyai 8 orang adik-beradik. Mat Indera, atau nama penuhnya Ahmad bin Indera merupakan anak kedua dan Pak Johan adalah anak yang bongsu. Salasilah keluarganya ialah Ahmad bin Indera bin Salleh bin Husin. Husin inilah yang dikatakan dari keturunan Datuk Bentara Husin Lela, Pahlawan Siak Seri Inderapura yang pernah menjadi panglima kanan Sultan Sharif di Siak. Beliau dilahirkan pada tahun 1920 di Kampung Gombak, Peserai, Batu Pahat, Johor. Bagaimanapun kerana anak yang pertama sudah meninggal dunia ketika masih kecil, Mat Indera seolah-olah sudah menjadi anak sulung dan memegang tanggung jawab menjaga 6 adik-beradiknya yang masih kecil. Ibu mereka meninggal dunia ketika Mat Indera berusia 18 tahun, Pak Johan pula baru berusia 2 tahun. Mat Indera pernah berguru kepada Kiyai Haji Fadzil Bentan yang menjadi salah seorang guru dan penasihat Sultan Johor, DYMM Sultan Ibrahim. Menurut Pak Johan, disebabkan Mat Indera pernah menjadi anak murid kepada Kiyai Haji Fadzil Bentan inilah yang menjadikan faktor mengapa Sultan Ibrahim enggan menandatangani surat hukuman gantungnya selepas Mat Indera dituduh bersalah. Kekasih MAT INDERA Masjid Parit Setongkat, Muar Permulaan kehidupan beliau sebagai guru agama, adalah dengan mula mengajar di Sekolah Agama Bandar Pontian sebelum berkhidmat sebagai seorang guru agama di Sekolah Agama Parit Setongkat, Muar. Ketika berpindah di Muar, keluarga Mat Indera tinggal di Bakri,Muar beralamat di No. 56-1. Mat Indera juga pernah berguru dengan Haji Yassin, ayah kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin. Haji Yassin. Haji Yassin juga dikenali sebagai Tok Guru Haji Yassin amat terkenal di Bakri dan Pancor, Muar. Pak Johan telah berkongsi satu rahsia bersama kami, walaupun Mat Indera tidak berkahwin dan mempunyai waris. Namun Mat Indera pernah berkawan dengan anak Tok Guru Haji Yassin, Noraini Yassin yang juga kakak kepada TPM Muhyiddin Yassin. Perhubungan mereka membawa kepada usaha Mat Indera untuk masuk meminang, bagaimanapun ditolak oleh ayahnya kerana merasakan perbezaan taraf mereka. Masakan seorang guru agama biasa mahu dipadankan dengan anak seorang Tok Guru yang tersohor. Selepas perhubungan mereka tidak direstui oleh bapanya, Mat Indera berkawan pula dengan seorang gadis bernama Azizah Daud. Namun perhubungan mereka juga tidak berpanjangan. Bersambung..nantikan SIRI 2 1. Permulaan masuk hutan 2. Misteri WASIAT Mat Indera XPDC Menjejak MAT INDERA - Siri 1 : Kakak MUHYIDDIN Kekasih MAT INDERA |
Posted: 04 Sep 2011 08:02 PM PDT kita tunggu apa lakonan mereka |
You are subscribed to email updates from Kerabu Bersuara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan