DIALOG RAKYAT |
- Patriot; Pemuda Umno 'Menepuk Air Di Dulang'
- Misteri bau busuk terjawab
- Perlu tingkatkan keselamatan media
- Siapa Pejuang Kemerdekaan Sebenar?
- Menghisab Nasib Ibrahim di Pasir Mas
- Bebaskan agensi kerajaan dari cengkaman Umno-BN
- BERKEMUNGKINANKAH TAN SRI PANDIKAR AMIN MENJADI KETUA MENTERI SABAH?
- Umat Islam kehilangan ulama tersohor
- Pemuda Umno minat cerca PAS dari bantu perajurit
- Laungan takbir raya 3 Syawal di rumah Ketua Umno
- PAS ajak Umno debat 'Siapa Pejuang Merdeka'
- Ramai tertipu dengan sindiket jenayah siber
- Pilihan raya: Wakil rakyat BN dapat dana awal
Patriot; Pemuda Umno 'Menepuk Air Di Dulang' Posted: 04 Sep 2011 04:44 PM PDT KUALA TERENGGANU - Banyak pihak yang menjangka, tindakan pemuda Umno merancang untuk mengadakan jelajah menyerang Timbalan Presiden PAS dalam isu Mat Indera ini hanya akan berbalik padahnya kepada mereka. Menurut Pengerusi DAP Kuala Terengganu, Ng Chai Hing sejarah perjuangan Mat Indera menentang penjajah British adalah amat jelas dan dengan pendedahan yang dilakukan oleh Mat Sabu menyebabkan 'rakyat celik mata'. "Sebelum ini orang ramai tak berapa tahu tentang cerita 'Mat Indera' tetapi apabila Mat Sabu dedahkan, rakyat sudah 'celik mata', "masing-masing mencari sumber maklumat yang jela, dan kini Umno sudah mula menerima padah kerana menyembunyikan fakta sejarah,"katanya ketika ditemui Buletinonline. Beliau menganggap pendedahan Mat Sabu adalah sesuatu yang ikhlas dan kena pada masanya kerana telah sekian lama rakyat ditipu dengan satu sejarah negara yang palsu. Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Badan Perhubungan PAS Terengganu, Dr Azman Ibrahim menyifatkan tindakan Pemuda Umno untuk mengadakan jelajah pentas patriot umpama 'menepuk air di dulang'. Dr Azman berkata, ia hanya akan membasahkan muka pemuda Umno sendiri apabila segala 'pekung' Umno yang meminda sejarah negara selama ini terdedah. "Bagi saya, biarkan lah pemuda Umno umpama si Luncai terjun dengan labu-labunya, jelajah tentang isu Mat Indera akan mendedahkan bahawa memang benar Umno telah meminda sejarah negara selama ini,"ujarnya ketika dihubungi. Tindakan pemuda Umno itu, dari sudut politik dalamannya, menurut Dr Azman, ia menunjukkan Khairi Jamaludin sedang melambaikan selamat tinggal kepada Dato' Sri Najib sebagai Perdana Menteri dan menyatakan sokongan kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin Ia adalah kerana menurutnya, Muhyiddin yang memulakan 'polemik' Mat Indera. "Mungkin Muhyiddin sedang melontar batu kepada Mat Sabu, tapi Najib yang akan menrima padahnya,"kiasan beliau. | ||
Posted: 04 Sep 2011 04:40 PM PDT SINAR HARIAN BATU CAVES – Misteri bau busuk dari takungan air berhampiran simpang masuk ke Jalan Batu Caves dari arah Rawang, Jalan Kuching di sini terjawab dengan penemuan mayat seorang lelaki. Dalam kejadian lewat petang kelmarin, seorang saksi yang enggan dikenali berkata, ketika melalui kaki lima jalan berkenaan dia terlihat objek seakan kepala manusia yang tersembul keluar. "Apabila didekati didapati ia mayat seorang lelaki. Tidak berapa lama kemudian pihak polis dihubungi datang, tetapi mayat tidak dapat dikeluarkan dengan mudah kerana petak takungan itu dilindungi penutup konkrit. "Setelah penutup konkrit itu dibuka, pihak forensik berjaya mengeluarkan mayat berkenaan kira-kira 10 minit kemudian," katanya. Dalam pada itu, dia yang bekerja di sebuah bengkel kereta berhampiran berkata, sebelum ini 'kolam' tempat mayat berusia lingkungan 30-an itu ditemui tidak mengalami limpahan air. Katanya, bagaimanapun beberapa hari sebelum mayat itu ditemui, dia yang sering melalui jalan berkenaan untuk ke tempat kerja berasa hairan petak itu dipenuhi air, manakala timbul bau terlalu busuk. "Ketika mayat itu diangkat keluar sekitar jam 6.30 petang, dia tidak berpakaian, tetapi terdapat baju dan seluar pendek ditemui di tempat kejadian. "Kulit mayat terutama di muka dan badan sudah tertanggal, agak mengerikan kerana sudah reput," katanya. Sementara itu, Ketua Polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPPD) Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah ketika dihubungi berkata, polis sedang membuat siasatan lanjut dan mengesahkan pakaian mangsa ditemui di tempat kejadian. Katanya, mangsa dipercayai berbangsa India atau Myanmar itu ditemui tanpa identiti dalam tangki air di tepi jalan susur masuk ke Medan Batu Caves. "Hasil siasatan dipercayai mayat berada lebih kurang lima hari dalam air berdasarkan keadaannya yang telah kembung. Tiada kecederaan berunsur jenayah. "Siasatan ini dibantu oleh forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor. Kes buat masa ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR)," katanya. Terdahulu kejadian turut menyebabkan kesesakan lalu lintas sepanjang lebih satu kilometer, apabila pengguna jalan raya dari arah Rawang ke Kuala Lumpur memperlahankan kenderaan untuk melihat ke tempat kejadian. | ||
Perlu tingkatkan keselamatan media Posted: 04 Sep 2011 04:38 PM PDT SINAR HARIAN SHAH ALAM - Kejadian yang menimpa Noramfaizul dan wartawan TV3, Aji Saregar Mazlan, 26, perlu dijadikan iktibar agar mereka yang terlibat dengan penugasan berisiko meningkatkan tahap keselamatan ketika menjalan tugas. Ketua Pegawai Eksekutif Institut Akhbar Malaysia (MPI), Datuk Chamil Wariya berkata, persiapan keselamatan dalam semua aspek perlu dititik beratkan terutamanya di tempat berisiko tinggi. Beliau berkata, baju kalis peluru antara keperluan yang harus dibekalkan kepada wartawan supaya kejadian sedemikian tidak berlaku. "Walaupun mereka tahu niat kita murni dan kedata-ngan kita disambut baik, tetapi soal keselamatan tidak boleh dipertaruhkan. "Ketika berada di kawasan asing, kita perlu lebih berwaspada kerana tidak tahu siapa kawan dan di mana musuh. Perkara ini penting agar kita selamat pergi dan pulang bersama misi kemanusiaan dibawa," katanya. Chamil percaya, kedua-dua agensi berita tersebut telah menyediakan kemudahan insurans kepada mangsa terlibat sebagai pengorbanan ditanggung. Menceritakan pengalamannya semasa menjawat Pengurus Besar Divisyen Berita dan Hal Ehwal Semasa TV3 bermula 1998 hingga 2007, katanya, wartawan yang hendak ke luar negeri terutama negara bergolak tidak dipaksa sebaliknya melakukan tugas dengan sukarela. "Bagaimanapun, kejadian kelmarin saya percaya tidak mematah semangat wartawan untuk melaporkan peristiwa sebenar di luar negara," katanya. Sementara itu, penerima Anugerah Tokoh Wartawan Cemerlang Negara 2010, Abd Jalil Ali berkata, kejadian menimpa Noramfaizul itu antara harga yang terpaksa dibayar jika menjadi seorang pengamal media. "Arwah (Noramfaizul) telah menjalankan amanahnya dengan baik seperti mana dikehendaki syarikat beliau Sebagai rakan media saya sa-ngat berbangga dengan beliau yang sanggup menghadapi risiko untuk ke sana," katanya. Beliau berkata, mana-mana media yang mahu membuat liputan ke luar negara akan dilindungi insurans, namun kebanyakan pengamal media tidak mengambil kira perkara itu kerana lebih mementingkan tugas. | ||
Siapa Pejuang Kemerdekaan Sebenar? Posted: 04 Sep 2011 04:35 PM PDT
Aliran kanan pula dipelopori oleh persatuan Melayu negeri-negeri dan diteruskan oleh United Malays National Organisation (UMNO) dan berjaya mencapai kemerdekaan. Perjuangan nasionalisme aliran kiri memang tidak berjaya mencapai matlamatnya. Gerakan nasionalis kiri terpinggir dan terkeluar dari arus perdana kerana tekanan penjajah dan hanya mendapat sokongan daripada golongan minoriti Melayu. Namun satu kelompok kecil dari kalangan pemimpin gerakan nasionalis kiri Melayu telah memilih jalan lain untuk meneruskan perjuangan mereka. Mereka menyertai perjuangan bersenjata mulai 1948 bersama Parti Komunis Malaya (PKM) setelah mendapati perjuangan secara damai tidak dapat diteruskan lagi. Perjuangan mereka ini hanya berakhir dengan termeterainya perjanjian damai antara PKM dengan kerajaan Malaysia dan kerajaan Thailand pada 1989 di Haadyai. (Gerakan Kiri Melayu Dalam Perjuangan Kemerdekaan, Prof Madya Dr Mohamed Salleh Lamry ) | ||
Menghisab Nasib Ibrahim di Pasir Mas Posted: 04 Sep 2011 04:23 PM PDT Oleh Mohd Sayuti Omar APABILA berbicara soal politik Kelantan orang tidak akan lepas dari memperkatakan ahli politik bernama Inchek Ibrahim Ali atau di kampungnya orang 'kelo' – panggil Mustapa. Tanpa menyebut nama Ibrahim Ali politik Kelantan tidak akan lengkap. Kehadiran beliau dalam kelir politik Kelantan samalah dengan Pak Dogol, Wak Long atau Wak Yah dalam wayang kulit. Watak-watak ini dilihat remeh dan melucukan dalam budaya klasik itu tetapi mempunyai signifiken tersendiri. Betapa pun sedap dan menarik babak wayang kulit, atau hebatnya Seri Rama bertarung dengan Bota atau Hunuman Kerta Putih, tetapi ia tidak lengkap kalau tidak ada campur tangan Pak Dogol, Wak Long atau Wak Yah. Mereka adalah badut keramat dalam wayang kulit. Demikian juga dengan Ibrahim Ali dalam kelir politik. Ibrahim adalah badut keramat dalam politik. Suka atau tidak suka dia menghidupkan senario politik Kelantan. Menjadi bahan sejarah dan monumen politik yang senantiasa dikaji. Wataknya bervariasi dalam hal ini. Warnanya melebihi warna pelangi. Berbelang-belang macam rimau dan boleh menyalinkan warna badan macam chemeleon – pak ka. Ada kalanya dia menjadi watak penyelamat dan ada kalanya dia menjadi watak pengacau dan samseng. Kedua keadaan itu boleh dipengaruhi olehnya. Di sinilah kegeligaan Ibrahim yang dikaitkan sebagai seorang ahli politik yang tidak mementingkan moral dan maruah dan 'temooh' - melampau mementingkan kemenangan dan glamour. Bila sebut Ibrahim jelumu atau kubunya ialah di Pasir Mas. Di sinilah dia bermula dan di sinilah dia mencipta sejarah dan di sinilah dia merasai kepedihan dalam sepak terajang politik. Pasir Mas menjadi kloni membesar, mematang dan mencatat kejayaan buatnya. Pasir Mas senonim dengan diri Ibrahim Ali. Mungkin juga di bumi limbahan logam emas inilah bakal menjadi liang lahad kepada dunia politiknya. Ibrahim telah meletakkan Pasir Mas sebagai buminya. Dia telah mencangkan begitu dan mempedaya orang Kuala Lumpur. Dia terperasaan dirinya bersinar macam emas. Kerana itu banyak orang menduga Pasir Mas adalah kubu kuatnya. Kawasan survial politiknya. Benarkah begitu? Bagi mereka yang hanya mendengar dakwaan Ibrahim dan melihat kejayaannya akan meraskaan bahawa Pasir Mas sebagai kubunya. Tetapi kalau didekati dan membuat analisa keputusan serta melihat kepada pengaruh sebenarnya, mungkin tanggapan itu boleh dipersoalkan. Pasir Mas bukan negeri mutlak Ibarahim. Dan diri Ibrahim sendiri tidak secerah kilau emas. Hakikat ini akan terjawab apabila dilihat kepada keputusan-keputusan pilihan raya (kerusi Parlimen) di Pasir Mas yang melibatkan Ibrahim Ali. Ibrahim telah bertanding di kerusi Parlimen Pasir Mas sebanyak enam kali dan sekali di kerusi Dun Pengkalan Pasir dalam pilihan raya kecil. Daripada tujuh pertandingan itu Ibrahim menang tiga kali dan kalah empat kali. Secara aggragete kedudukan Ibrahim 3 – 4. Kali pertama beliau menang ialah pada tahun 1986 untuk kerusi Parlimen Pasir Mas mengalahkan calon Pas Zakaria Ismail dengan kelebihan undi sebanyak 3,376. Ibrahim memperolehi 15,279 undi manakala Zakaria mendapat 11,903 undi. Untuk adil mungkin tidak perlu disebut saat itu Pas Kelantan dalam keadaan lemah yang memudahkan Ibrahim menang. Pada tahun 1990 sekali lagi Ibrahim menang atas tikit Semangat 46 dengan majoriti lebih besar sebanyak 9,290 undi. Beliau menewaskan Hanafi Mamat dari BN. Beliau memperolehi 20,066 undi manakala Hanafi mendapat 10,776 undi. Dalam pilihan raya 1995 Ibrahim yang bertanding atas tikit BN tewas kepada Zainuddin M Nor muka baru dengan kekurangan undi sebanyak 3,216. Ibrahim mendapat 19,394 undi manakala Zainuddin mendapat 19,394 undi. Pilihan raya tahun 1999 sekali lagi memperlihatkan Ibrahim yang bertanding atas tikit BN 'tertumuh makan tanah' kepada calon Pas Ismail Nuh. Ismail menang dengan mendapat majoriti besar 8,292 dengan mengutip jumlah undi sebanyak 23,967 manakala Ibrahim mengutik sebanyak 15,575. Kekalahan berterusan dialami Ibrahim dan paling teruk ialah pada tahun 2004 apabila beliau bertanding atas lambang bebas – bersendirian. Dalam pertandingan tiga penjuru itu di antara calon Pas Ismail Nuh, calon BN Abdul Rahim Abdul Rahman, Ibrahim mampu mengutip undi sebanyak 6,198. Ismail yang mengutip 17,526 undi menang dengan majoriti 1,251 undi manakala Abdul Rahim meraih 16,275 undi. Seperti dikatakan tadi Ibrahim seorang yang geliga dan bermuka 'bobon' dalam politik. Kekalahan berturut-turut sebanyak tiga kali itu ditebus dengan kemenangan dalam pilihan raya 2008 lalu atas tikit Pas penuh bergaya. 'Congik cakdong' politiknya berjaya membodek Pas untuk memberi lambang kepadanya. Cerita macam mana Ibrahim membubuh cenduai kepada Pas akan dikisahkan dalam catatan lain. Hasilnya Ibrahim menang dengan majoriti besar menyamai kemenangan semasa bertanding atas lambang Semangat 46 1990 dulu, dengan mendapat majoriti 8,991 undi. Ibrahim mendapat sebanyak 28,673 undi mengalahkan calon BN Ahmad Rosdi yang mendapat 19,682 undi. Melihat kepada keputusan-keputusan itu yang merekodkan jatuh bangun politik Ibrahim itu, kini timbul persoalan bagaimana nasib Ibrahim pada pilihan raya akan datang. Apakah beliau akan mencipta sejarah sebagai seorang politik paling canggih dengan mencatat kemenangan atas berbagai lambang atau pun pilihan raya tahun depan bakal mempusarakan Ibrahim dari politik? Di sini saya tidak mahu meramalkan apakah Ibrahim akan bertanding atas bebas atau pun kembali mencium semula punggung Umno. Ibrahim boleh dan sanggup melalukan apakah saja demi survial politik dirinya. Dipercayai beliau akan menggunakan pengaruh Dr Mahathir Mohamad untuk 'memaksa' Najib memberi laluan kepada Ibrahim. Alasan akan digunakan kalau Nik Aziz sedia bagi laluan kenapa tidak dengan Najib? Dalam percaturan ini Najib dilihat sangat mudah untuk 'disim salbimkan' oleh Ibrahim. Bagaimana pun apa yang dapat dirumuskan berpandukan keputusan enam pilihan raya itu membayangkan bahawa pengaruh peribadi Ibrahim di Pasir Mas bukan sebesar yang digembur-gemburkan. Bagi melihat pengaruh atau kekuatan Ibrahim sebenar perhatian kepada pencapaian (prestasi) kepada dua pilihan raya disertainya. Pertama pilihan raya 1990 semasa bersama Semangat 46 bergabung dengan Pas di mana Ibrahim bertanding atas lambang Semangat 46, dan kedua dalam pilihan raya lepas (2008) apabila Ibrahim diberi laluan tanpa 'bai'ah' atas lambang bulan. Dalam kedua pilihan raya itu Ibrahim berjaya meraih majoriti hampir 10,000. Tahun 1990, majoritinya 9,290. Manakala tahun 2008 majoriti yang diraihnya sebanyak 8,991. Pertandingan Ibrahim atas lambang BN tahun 1986 beliau hanya mendapat kurang separuh dari jumlah itu iaitu sebanyak 3,3376. Ini bererti kombinasi Ibrahim dengan Pas dan Semangat 46 cukup menyakinkan dan memang besar. Sementara kombinasinya dengan Umno sangat lemah. Dalam erti kata lain dapatan itu menunjukkan bahawa kemenangan besar Ibrahim di Pasir Mas adalah atas bantuan dan simpati 'musuhnya' - Pas dan Semangat. Pertandingan atas tikit bulan BN juga menunjukkan pengundi atas pagar di Pasir Mas turut sama menyokongnya. Pengundi bebas sedia menyokong Ibrahim sekiranya beliau bertanding tidak atas lambang dacing. Selain dari itu keputusan tujuh kali pilihan raya itu juga menjelaskan pengaruh atau kekuatan sebenar Ibrahim Ali. Adalah tidak benar kalau ada pihak mendakwa pengaruh peribadi Ibrahim mencecah belasan ribu. Untuk mengetahui berapa ramai pengaruh peribadi Ibrahim boleh dilihat kepada jumlah undi yang dipunggut pada pilihan raya tahun 2004 dimana beliau bertanding atas calon bebas - bersendirian. Keputusan ini adalah realistik. Dalam pilihan raya itu beliau hanya mengumpul sebanyak 6,198 undi saja, iaini tidak sampai separuh daripada jumlah undi dikutip oleh calon Pas Ismail Nuh dan calon BN Abdul Rahim yang mendapat 33,801 undi. Pilihan raya itu menyebabkan Ibrahim hilang wang pertaruhan. Secara specifiknya pengaruh peribadi Ibrahim untuk Dun Permatang Pasir hanya 415 undi saja. Angka ini didapati apabila Ibrahim meraih jumlah itu dalam pilihan raya kecil Dun Pengkaslan Pasir yang mampu dipunggu 415 undi saja. Secara mudahnya pengaruh atau kekuatan Ibrahim untuk ketiga-tiga Dun yang meliputi Parlimen Pasir Mas (Chetok, Pengkalang Pasir dan Tendung) hanya sekitar 1,500 hingga 3,500 sahaja, di mana kalau dijumlahkan kekuataannya sekitar 6,000 undi saja atau kira-kira 10% daripada 59,640 jumlah pengundi berdaftar tahun 2008. Paluan gendang dan gong serta salakan mengatakan Ibrahim mempunyai kekuatan peribadi sehingga belasan ribu itu hanya ilusi saja dan mungkin angaka-angka itu turut dicampur dengan bayang-bayang angka yang dapat dilihat itu sekitar 6,000. Tegasnya sukar untuk Ibrahim Ali mengekalkan kerusi Pasir Mas dalam pilihan raya akan datang. Sama ada beliau diberi laluan bertanding atas tikit BN sekalipun, kemenangan untuknya sangatlah tipis, setipis kulit bawang di belah tujuh. Apa lagi kalau beliau bertanding atas tikit bebas berlambangkan payung sekali lagi tindakan itu adalah satu tindakan 'harakiri' baginya. Ibrahim hanya boleh menang sekiranya kesemua calon yang akan mengemukakan kertas pencalonan nanti ditolak oleh SPR. | ||
Bebaskan agensi kerajaan dari cengkaman Umno-BN Posted: 04 Sep 2011 04:18 PM PDT Oleh SALMIYAH HARUN KERAJAAN Umno-BN selalu mengatakan, jika mereka tidak adil dan bersih dalam pilihan raya masakan Pakatan Rakyat berjaya menawan lima negeri dalam Pilihan Raya Umum 2008. Itulah jawapan klise daripada pimpinan Umno-BN apabila Pakatan Rakyat mengasak mereka bahawa sistem pilihan raya negara ini masih lagi kotor, bukan kerana kelemahan SPR sahaja bahkan terlalu banyak amalan penyalahgunaan kuasa oleh Umno-BN. Amalan tidak adil itu sering diulangi Umno-BN sejak 50 tahun yang lalu, antara yang paling ketara menyalahgunakan agensi kerajaan seperti polis, tentera, jabatan, media terutama RTM, dan apa sahaja milik kerajaan daripada hasil wang rakyat. Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dr Hatta Ramli mengakui penyalahgunaan kerajaan Umno-BN terhadap agensi milik kerajaan teramat ketara termasuklah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang kononnya dinobatkan sebagai badan yang bebas. Bebaskan agensi kerajaan dari cengkaman Umno-BN Sikap berpihak agensi kerajaan terhadap Umno-BN menaikkan kemarahan rakyat mutakhir ini. Bagi Hatta, untuk mengatasi masalah ini perlu diwujudkan satu suruhanjaya yang berkuasa bebas memantau dan mengambil tindakan terhadap sebarang penyalahgunaan kuasa oleh Umno-BN. "Dan suruhanjaya ini mesti diberikan kuasa yang diperlukan untuk bertindak. Kalau macam hari ini, SPR mengatakan dia tidak ada kuasa seperti mengawal media dan menghalang menterimenteri guna jentera kerajaan semasa berkempen. Jadi SPR kata dia tidak ada kuasa! "Yang penting satu suruhanjaya yang diberikan kuasa dan betul-betul bertindak secara bebas," tegas beliau. Apabila Parlimen dan Dewan Undangan Negeri dibubar, tidak ada "kerajaan" yang memerintah sepanjang tempoh kempen pilihan raya sehingga selepas proses pengundian berakhir. Tetapi di Malaysia, kerajaan BN terus memerintah dan menyalahgunakan kuasa "sementara" (caretaker) untuk berkempen. Sehinggakan pemimpin-pemimpin Umno-BN menyalahgunakan kedudukan sebagai perdana menteri, menteri, ketua menteri, menteri besar, timbalan menteri, setiausaha parlimen, exco-exco negeri yang semuanya bertaraf 'caretaker' untuk mengumumkan projek pembangunan serta meluluskan projek sewaktu berkempen. Ketua Pemuda DAP, Loke Siew Fook mengakui perkara itu sedang diamalkan oleh Umno-BN sejak 50 tahun lebih dan mungkin perkara itu terjadi kerana Umno-BN merasakan merekalah yang akan memerintah negara ini selamanya. Katanya, perlu ada reformasi dalam sistem pilihan raya selain perlu ada definisi yang jelas terhadap peranan 'caretaker government'. Reformasi sistem pilihan raya, katanya bukan sahaja mahu menuntut pilihan raya yang lebih bersih dari segi daftar pemilih, dakwat kekal dan sebagainya tetapi juga satu reformasi yang menyeluruh termasuklah penggunaan dan akses kepada media oleh pembangkang. Tidak kurang hebatnya juga agensi-agensi penyiaran milik kerajaan seperti RTM, Bernama dan Jabatan Penerangan secara terang-terangan berkempen untuk BN dan menghentam parti-parti lain yang bertanding, dalam masa yang sama hanya BN diberi ruang untuk media massa. Melihat kekangan ini, Naib Presiden KeADILan, Tian Chua menyalahkan agensi bebas seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang langsung tidak ada apa-apa tindakan terhadap penyalahgunaan agensi kerajaan oleh Umno-BN. Malah katanya, pihak Pakatan Rakyat tidak pernah putus menyuarakan bantahan terhadap penyalahgunaan kerajaan Umno-BN itu malangnya SPRM tidak berani bertindak. "Saya tidak nampak ada apa-apa saluran yang boleh kita gunakan untuk mengatasi masalah ini kerana membabitkan institusi kerajaan," katanya. AJK Pemandu Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah percaya amalan yang sekian lama dilakukan oleh Umno-BN ini akan terus dilakukan tanpa rasa bersalah dalam PRU akan datang. "Sebagai agensi kerajaan mereka seharusnya menjalan tugas sebagai badan milik kerajaan bukannya milik parti, di mana akhirnya parti pemerintah mengambil kesempatan ke | ||
BERKEMUNGKINANKAH TAN SRI PANDIKAR AMIN MENJADI KETUA MENTERI SABAH? Posted: 04 Sep 2011 04:03 PM PDT Oleh KELAPA MAWAR Seorang pemerhati politik Kota Belud yang juga seorang pejuang sejak dari zaman USNO, BERJAYA, PBS dan kini UMNO 'meramalkan' YDP Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin berpotensi untuk menduduki kerusi Ketua Menteri Sabah setelah menimbangkan pergolakan politik Sabah sejak akhir-akhir ini. Sambil menyifatkan bahawa Tan sri Pandikar Amin adalah satu-satunya personaliti politikus Sabah yang bebas dari kontroversi serta skandal melibatkan kepentingan rakyat, besar kemungkinan Najib akan membuat kejutan pada politik sabah selepas PRU 13 akan datang.
Menyedari bahawa perkembangan politik sabah terutama dalam UMNO yang berpecah kepada dua team besar melibatkan Datuk Musa Aman dan datuk Shafie Apdal, kemudiannya pergolakan BN Sabah yang mencetuskan ketegangan melalui beberapa tuntutan dan reaksi LDP terhadap kepimpinan Musa Aman di Sabah, satu jangkaan luar batas kebiasaan politik di sabah akan dilakukan oleh Najib.
Datuk Salleh yang sebelum ini dilihat punya potensi besar dalam merebut kembali kerusi Ketua Menteri sabah diramalkan tidak akan menjadi pilihan Najib setelah Speaker Dewan Undangan Negeri ini menunjukkan kerelaan bekerjasama dengan Musa Aman sekali gus dilabel sebagai rakan kongsi dalam team Musa Aman. Manakala Datuk Shafie Apdal pula bersama Datuk Hajiji dan beberapa orang dari mantan pemimpin USNO yang menyertai UMNO juga tidak akan menjadi pilihan Najib untuk Kerusi Ketua Menteri Sabah untuk mewujudkan keadilan dan membuktikan bahawa Najib tidak 'menaja' kumpulan mana-mana dalam UMNO dan BN sabah.
Oleh kerana itu, menurut pemerhati politik KB ini, TSP dilihat adalah calon terbaik setelah menunjukkan beberapa tanda kesetiaan terhadap pucuk pimpinan UMNO pusat termasuk sanggup membubarkan AKAR meskipun parti multi itu merupakan parti tertua dalam BN Sabah pada waktu tersebut. Kemudiannya, kesanggupan TSP menjadi ahli UMNO juga dianggap sebagai tanda kesetiaan yang tidak berbelah bahagi.
Tidak terpinggir dengan pengalaman sedia ada, TSP juga pernah beberapa kali memegang portfolio penting peringkat negeri seperti menteri Kerja Raya dan menteri pertanian dan perikanan, manakala di peringkat pusat TSP pernah memegang portfolio penting di Jabatan Perdana Menteri ketika era Tun Mahathir dan memainkan peranan penting dalam pembebasan tebusan rakyat Malaysia di selatan Filipina.
Apabila TSP digugurkan pada PRU 12 yang lepas, beliau telah dilantik sebagai YDP Dewan Rakyat dan sebelum ini juga pernah menyandang speaker Dewan Undangan negeri. Dianugerahkan pingat tertinggi kerajaan Negeri Sabah yang membawa gelaran Datuk Seri Panglima dan pernah diramalkan akan dilantik ke jawatan TYT negeri Sabah, namun tidak menjadi kenyataan apabila Datuk Juhar dilantik ke jawatan tersebut.
Memikirkan krebibiliti dan potensi besar itu, TSP dijangka akan bertanding pada PRU 13 akan datang di peringkat DUN untuk membolehkan beliau dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah yang baru. Hujah terakhir yang diutarakan ialah UMNO pernah mendapatkan khidmat Tun Gaffar Baba untuk menjadi Timbalan Presiden UMNO sebagai meredakan ketegangan puak dan team dalam parti itu. Apakah TSP kali ini akan senasib seperti Tun Gaffar Baba? Hanya Najib yang boleh menceritakannya. | ||
Umat Islam kehilangan ulama tersohor Posted: 04 Sep 2011 04:01 PM PDT
| ||
Pemuda Umno minat cerca PAS dari bantu perajurit Posted: 04 Sep 2011 04:00 PM PDT
| ||
Laungan takbir raya 3 Syawal di rumah Ketua Umno Posted: 04 Sep 2011 03:53 PM PDT
| ||
PAS ajak Umno debat 'Siapa Pejuang Merdeka' Posted: 04 Sep 2011 03:36 PM PDT
| ||
Ramai tertipu dengan sindiket jenayah siber Posted: 04 Sep 2011 03:35 PM PDT Jenayah siber yang kerap dilakukan antaranya adalah melibatkan penggunaan perbankan melalui internet, VoIP dan e-Perdagangan. PETALING JAYA: Kurangnya kefahaman serta kesedaran mengenai keselamatan penggunaan komputer dan telefon bimbit telah menyebabkan ramai rakyat di negara ini ditipu oleh sindiket jenayah siber. Pegawai Penyiasat Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Daerah Subang Jaya, Inspektor Ahmad Faizal Aminuddin berkata jenayah siber yang kerap dilakukan antaranya adalah melibatkan penggunaan perbankan melalui internet, VoIP (Voice Over Internet Protocol) dan e-Perdagangan. "Penggunaan komputer dan telefon bimbit yang semakin canggih telah memudahkan operasi sindiket untuk menipu orang ramai," katanya kepada Bernama di sini, baru-baru ini. Ahmad Faizal berkata, ramai yang menjadi mangsa jenayah siber setelah mereka secara tidak sedar telah mendedahkan maklumat perbankan mereka kepada ahli sindiket, yang menyebabkan wang simpanan mereka telah dipindahkan kepada pihak ketiga. "Di Subang Jaya sendiri, jenayah siber didapati meningkat lebih 20 peratus sejak tahun lepas berbanding tahun sebelumnya dan kawasan ini juga mencatat jumlah tangkapan suspek yang paling banyak," katanya. Beliau berkata selain itu, ramai pengguna internet turut ditipu semasa membeli secara talian terus yang "sangat berisiko dan tidak dijamin kerana individu yang berminat perlu membayar terlebih dahulu sebelum mendapat produk mereka dan kebanyakan mereka tidak menerima produk yang ditempah." "Justeru itu, undang-undang sedia ada perlu dikaji semula dan agensi-agensi berkaitan juga perlu bekerjasama bagi menangani jenayah komersial terutamanya melibatkan jenayah siber di negara ini," katanya. Menurut statistik polis, jumlah kes dibuka pada 2010 ialah 1,050 sementara pada 2011 sehingga Julai tahun ini sahaja sebanyak 500 kes dengan jumlah tangkapan pada 2010 ialah 300 sementara tahun ini sehingga Julai sebanyak 80 kes. Jumlah kes yang telah berjaya diselesaikan pada 2010 ialah 800 sementara pada tahun 2011 hingga Julai ialah 200 kes. | ||
Pilihan raya: Wakil rakyat BN dapat dana awal Posted: 04 Sep 2011 04:13 AM PDT FREE MALAYSIA TODAY Bagaimanapun, bergantung pada jumlah pemilih dan sama ada kerusi itu milik BN ataupun sebaliknya. KUALA LUMPUR: Akhbar Sin Chew Daily melaporkan wakil rakyat BN mendapat dana sehingga RM2.5 juta bagi setiap kawasan parlimen. Spekulasi mengenai pilihan raya umum ke 13 semakin kencang kedengaran. Dalam pilihan raya 2008, BN menang 140 daripada 222 kerusi Parlimen pada pilihan raya umum 2008. Bagaimanapun tiada dana bagi kawasan yang dikategorikan sebagai "hitam", di mana BN hilang kedua-dua kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri pada pilihan raya umum ke-12 tiga tahun lalu. Ahli Parlimen yang dihubungi mengesahkan mereka telah disediakan peruntukan khas dan dibayar antara RM500,000 dan RM2.5 juta. Bagaimanapun, bergantung pada jumlah pemilih dan sama ada kerusi itu milik BN ataupun sebaliknya. Seorang wakil rakyat berkata, pembayaran dikeluarkan sejak sebelum Aidilfitri dan akan terus dibayar secara berperingkat sehingga akhir tahun ini. Bung nafi Bagaimanapun, Pengerusi Kelab Penyokong-penyokong Kerajaan BN Datuk Bung Mohtar Radin menafikan adanya peruntukan sedemikian. Dalam laporannya malam tadi, Sin Chew Daily menyebut BN mengklasifikasikan sesuatu bahagian seperti "hitam", "kelabu" dan "putih" – di mana BN dan Pakatan Rakyat menguasai kerusi atau BN menang dengan majoriti kecil – akan menerima antara RM1 juta dan RM2 juta. Peruntukan akan diagihkan mengikut kawasan "putih" di mana BN memegang kedua-dua kerusi persekutuan dan negeri. Akhbar itu juga melaporkan bahawa wakil-wakil BN di Selangor menerima peruntukan bulan lalu. Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor telah memperuntukkan RM1 juta kepada setiap Adun Januari lalu tetapi tidak kepada wakil rakyat BN. |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan