Isnin, 26 September 2011

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Panas: Gambar Kontroversi, Anwar Ibrahim Serta Nurul Izzah Pula Di Sebarkan Di Laman Facebook

Posted: 26 Sep 2011 03:16 PM PDT

PAHANG DAILY


Selepas beberapa video panas yang berkaitan skandal seks Datuk Seri Anwar Ibrahim didedahkan kepada umum mutakhir ini. Kini, gambar-gambar "panas" yang membabitkan beliau dan ahli keluarganya pula disebarkan.

Sebelum ini kita ada mendengar gambar yang melibatkan anak Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali disebarkan. Gambar yang dirakamkan ketika Azmin dan keluarga bersantai disebuah pusat peranginan telah didedahkan oleh pihak-pihak berkenaan bagi tujuan memalukan keluarga terbabit.

PDO tidak dapat memastikan sama ada gambar itu benar atau sebaliknya "super impose". Terkini, gambar Anwar dan Nurul Izzah pula disebarkan menerusi lamab sembang sosial oleh individu yang menggunakan nama "Rahim Rahman" (foto) atau "Stingrays VII".

Apa yang mengejutkan individu terbabit berjaya mendapatkan beberapa gambar peribadi milik keluarga Anwar Ibrahim untuk dipaparkan pada lama Facebooknya.

Persoalan tentang gambar-gambar itu benar atau tidak bukan tugas kami untuk memeriksanya. Namun, apa yang berlaku ini seolah-olah satu lagi usaha untuk mengaitkan Anwar dan keluarganya dengan kegiatan tidak bermoral.

Antara gambar panas yang dipaparkan ialah ketika Anwar bersama Azwan Ali dalam gaya yang cukup menarik. Azwan Ali merupakan adik kepada Azmin Ali. Manakala terdapat juga gambar Nurul Izzah yang kelihatan bergandingan dengan seorang lelaki berbangsa Cina.

Semua, gambar yang dipaparkan ini menimbulkan spekulasi dan berbagai persepsi daripada orang ramai. Banyak komen-komen panas yang telah dikeluarkan pada "wall facebook" individu terbabit atas paparan berkenaan.

Siapakah yang terlibat dalam agenda ini?.



Dua gambar panas yang disebarkan menerusi laman facebook terbabit


[PDO tidak mahu mengulas panjang perkembangan terbaru ini. Cuma adalah lebih baik pihak berkenaan berhati-hati dan tidak terus mengaibkan seseorang dengan paparan berkenaan.

Sementara itu, dipihak yang menjadi mangsa diharap mereka bersabar dengan isu terbaru ini. Mungkin banyak lagi gambar-gambar panas yang akan dibongkarkan oleh pihak berkenaan selepas ini.

PDO akan terus memantau perkara ini, untuk memberi kemudahan kepada semua pihak agar lebih berjaga-jaga dengan gambar-gambar panas agar tidak terlepas ke tangan orang lain.

Kita tidak tahu musuh akan menyerang dimana dan bila?. Berhati-hatilah dan jangan sembarangan membenarkan pihak-pihak tertentu melihat album di rumah anda atau sebaliknya.

Kesilapan yang sedikit akan menyebabkan kekecohan yang lebih besar. Semoga semua pihak dapat berhati-hati dengan apa yang berlaku ini. Jadikan ia sebagai ikhtibar dan pengajaran].

Lebih baik perangai anjing daripada perangai POLIS

Posted: 26 Sep 2011 03:13 PM PDT

WARTA KERAJAAN RAKYAT




Seorang pekerja syarikat pembersihan sisa pepejal mendakwa dipukul oleh anggota polis ketika sedang menjalankan tugas di sebuah taman perumahan di Kodiang, dekat Jitra, pada 11.30 pagi, Sabtu lalu.


Mohd Ridzuan Mohd Noor, 23, berkata ketika kejadian dia sedang mengangkut sampah di kawasan itu dan dia menegur seorang lelaki yang tidak membuang sampah ke dalam tong sampah yang disediakan di situ.

"Saya hanya menegur supaya dia buang sampah ke dalam tong sampah. Mungkin dia tidak puas hati dengan teguran saya dan dia terus tinggikan suara dan masa tu berlaku pertengkaran mulut.


BACA: Agaknya polis keturunan setan

"Dia juga mengugut nak tembak saya kalau dia ada pistol sebelum dia beredar dari tempat itu," katanya ketika ditemui pemberita di Jitra hari ini.

Katanya, kira-kira 30 minit selepas kejadian pertengkaran mulut berlaku, dia didatangi lima lelaki lain yang datang dan memukulnya tanpa sebab.

"Depa (mereka) menendang saya hingga jatuh. Kemudian depa heret saya dengan tangan bergari bawa saya ke Balai Polis Kodiang dengan menaiki motosikal. Sampai di balai, saya dibawa masuk ke dalam sebuah bilik dan dipukul.

"Kemudian lelaki yang bertengkar dengan saya datang ke bilik itu dan turut memukul saya sebelum saya dibawa masuk ke dalam lokap tanpa sebab. Masa tu baru saya tau dia (lelaki yang bertengkar dengannya) adalah anggota polis," kata mangsa.

Dia berkata, dia ditahan di dalam lokap kira-kira setengah jam sebelum anggota polis tersebut melepaskannya.

"Selepas kejadian itu, saya pergi ke Hospital Jitra untuk mendapatkan rawatan dan doktor memberitahu pipi kiri, bahu dan tulang rusuk kiri ada kesan lebam. Saya juga membuat laporan polis tentang kejadian itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Kubang Pasu," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Supt Ibrahim Mohamad Yusof ketika dihubungi berkata, beliau menerima laporan tentang kejadian itu.

"Kita sudah membuka kertas siasatan berhubung kejadian itu dan siasatan sedang dijalankan," katanya. - Bernama

Bukan calon sama: DAP

Posted: 26 Sep 2011 03:12 PM PDT

SINAR HARIAN ONLINE


ALOR SETAR - DAP belum menyenarai pendek calon yang sesuai bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), kerana masih menunggu keputusan kepimpinan tertinggi berhubung jumlah kerusi yang akan ditandingi parti itu.

Pengerusi DAP Kedah, Lee Guan Aik berkata, walaupun Dun Derga belum diputuskan sama ada milik DAP atau PKR, pihaknya tetap membuat persediaan awal.

"Setakat ini kita ada senarai nama tidak rasmi.

"Bagaimanapun, masih belum dibawa berbincang dalam jawatankuasa kepimpinan DAP Kedah.

"Kita akan nilai setiap nama untuk pastikan mereka layak bertanding di kawasan terbabit," katanya kepada Sinar Harian.

Mengulas mengenai Dun Derga yang mempertaruhkan bekas Setiausaha Organisasi DAP Kedah, Teoh Teik Guan pada PRU12 lalu, Guan Aik berkata, Teik Guan tidak lagi memegang sebarang jawatan dalam kepimpinan negeri sejak dua tahun lalu.

"Dia kini ahli biasa namun itu bukan petanda sama ada seseorang itu layak atau sebaliknya.

"Setakat ini, namanya tidak ada dalam senarai calon PRU13.

"Tambahan pula kita belum bincang isu calon PRU13," katanya.

Menurutnya, DAP Kedah akan menilai semula calon-calon yang layak bertanding pada PRU13, sebelum mengemukakan cadangan itu kepada DAP Pusat.

Pada PRU12, DAP bertanding di dua kerusi Dun, iaitu Kota Darul Aman dan Derga.

Bagi PRU13, DAP menuntut bertanding di dua kerusi parlimen dan enam kawasan Dun.

Ia membabitkan parlimen Bagan Serai dan Alor Setar.

Manakala Dun pula bagi Kota Darul Aman, Bakar Bata, Derga, Bakar Arang, Gurun dan Lunas.

Daripada enam kawasan Dun, lima kerusi berlaku pertindihan antara DAP dan PKR.

Mat rempit tak serik dicekup

Posted: 26 Sep 2011 03:10 PM PDT

SINAR HARIAN ONLINE


BANDARAYA MELAKA - Tindakan mat rempit yang tidak serik-serik melakukan kegiatan lumba haram mendorong anggota trafik dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) melakukan sekatan jalan besar-besaran sempena hujung minggu, awal pagi Sabtu dan semalam.

Sepanjang operasi bersepadu dua hari berturut-turut itu, beberapa pemilik kenderaan turut kelihatan melarikan diri daripada sekatan, bagaimanapun berjaya dipatahkan dengan peranca-ngan rapi polis dengan menutup laluan-laluan tertentu.

Dalam operasi di tiga lokasi berasingan di negeri ini, sebanyak 368 kenderaan diperiksa di Lebuh AMJ dekat Semabok, awal pagi Sabtu lalu, sementara 229 kenderaan di Jalan Persimpangan Eye On Malaysia dekat Kota Laksamana dan Dataran Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Ayer Keroh.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak 44 kenderaan termasuk dua buah kereta disita kerana pelbagai kesalahan; antaranya tidak mempunyai cukai jalan dalam operasi bermula 2 pagi sehingga 7 malam.

Ketua Operasi, Pegawai Penguat kuasa Trafik Melaka Tengah, Cif Inspektor Mohd Saharudin Mohd Nor berkata, polis dan JPJ mengeluarkan sebanyak 89 saman pada Sabtu, manakala 68 lagi dikeluarkan semalam.

"Pemeriksaan juga dapat mengesan 10 pengguna jalan raya mempunyai waran tangkap atas kesalahan tidak hadir ke mahkamah dan mereka ini ditahan sebelum dituduh di mahkamah pada 28 September depan.

"Kesemua yang ditahan di bawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah, di sini untuk siasatan lanjut.

"Ujian saringan air kencing mendapati dua ditahan kerana masing-masing positif dadah dan memandu di bawah pengaruh alkohol," katanya kepada Sinar Harian di sini semalam.

Operasi bersepadu itu turut disertai tujuh pegawai serta 132 anggota polis trafik dari Melaka, Bukit Aman, Johor, Negeri Sembilan, Pahang, Terengganu dan Kelantan, dibantu 20 anggota JPJ.

Kesemua penunggang motosikal yang ditahan kerana pelbagai kesalahan juga diarah mengusung motosikal mereka sejauh kira-kira lima kilometer ke IPD Melaka Tengah.

Hanya untuk kecemasan

Posted: 26 Sep 2011 03:06 PM PDT

SINAR HARIAN ONLINE


IJOK – Simpanan tetap Kerajaan Negeri yang bernilai RM1.1 bilion bagi enam bulan pertama tahun ini hanya boleh digunakan dalam keadaan terdesak dan bukannya digunakan sesuka hati.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, jumlah sebanyak itu bukanlah dalam bentuk wang tunai tetapi simpanan tetap seperti aset dan pelaburan.

"Ia tidak boleh dibelanjakan dengan tidak menentu sebab ini adalah rizab negeri. Maknanya hanya dalam keadaan terdesak ia boleh digunakan, kalau tidak memang tidak boleh.

"Simpanan ini diuruskan oleh pengurus dana (pihak yang menguruskan simpanan tetap) supaya ia mendapat pulangan yang baik bukan maknanya dalam bentuk tunai sebab tidak ada pulangan, tetapi dalam bentuk simpanan tetap," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Karnival Nanyang Siang Pau Kampung Ijok di sini, semalam.

Sementara itu, beliau menafikan persepsi negatif sesetengah pihak yang mendakwa Kerajaan Negeri gagal membangunkan dan memajukan Selangor walaupun mempunyai kewangan yang kukuh.

Abdul Khalid berkata, pembangunan adalah tanggungjawab dan tugas Kerajaan Pusat kerana cukai yang dibayar oleh rakyat Selangor melebihi RM20 bilion.

"Kerajaan Negeri menggunakan wang pendapatan itu seperti dalam belanjawan kita (Bajet Selangor) ialah lebih 50 peratus untuk operasi seperti membayar gaji kakitangan, baik pulih kediaman, rumah ibadat, peruntukan sekolah dan sebagainya.

"Tetapi lebih pada itu, kita gunakan untuk bina ataupun membaik pulih dan selenggara jalan milikan Kerajaan Negeri, bukan Kerajaan Persekutuan," katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau akan mengadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, Rabu depan bagi membincangkan perkembangan laporan pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) di Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) awal Ogos lalu.

"Update hanya selepas Rabu sebab biasanya setiap pagi Rabu saya akan membincangkan perkara ini dengan Tuanku Sultan," katanya.

Gigit jari

Posted: 26 Sep 2011 03:04 PM PDT

SINAR HARIAN



JAGUH badminton nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei menggigit jari apabila tewas mengejut kepada pemain China, Chen Long pada aksi final Kejohanan Terbuka Jepun 2011 di Tokyo semalam.

Chen Long mara ke final selepas tindakan Lin Dan menarik diri pada saingan separuh akhir kelmarin muncul juara dalam aksi penuh mendebarkan yang menyaksikan perlawanan berlarutan sehingga tiga set, 21-8, 10-21, 21-19.

Ini merupakan kemenangan kedua diraih pemain China itu selepas menjuarai Kejohanan Masters China minggu lalu, manakala Chong Wei melepaskan gelaran dimenangi tahun lalu.

"Ia satu perlawanan menarik. Saya masih muda dan Chong Wei begitu kental. Saya bertuah untuk memenangi permainan tersebut," kata Chen Long yang merangkul gelaran Terbuka Jepun buat pertama kali.

Sementara itu, Chong Wei bangkit pada set kedua dengan kemenangan 21-10 dan meninggalkan Chen Long pada kedudukan 17-15 pada set ketiga.

Namun, kegugupan Chong Wei meranapkan impiannya mempertahankan mahkota kejuaraan apabila Chen Long mengikat kedudukan 19-19 sebelum menamatkan perlawanan 21-19 selama 1 jam 13 minit.

Harga rumah baharu meningkat 20 peratus

Posted: 26 Sep 2011 02:57 PM PDT

UTUSAN ONLINE

KUALA LUMPUR - Harga kediaman yang bakal dilancarkan pada separuh kedua 2011 dijangka meningkat sebanyak 20 peratus, menurut kaji selidik Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (Rehda).

Presidennya, Datuk Seri Michael K.C. Yam berkata, peningkatan tersebut adalah disebabkan peningkatan harga bahan mentah binaan serta kekurangan tenaga kerja.

''Perkara tersebut tidak membantu pemaju hartanah kerana melalui kaji selidik tersebut kami dapati kebanyakan pembeli mencari rumah murah walaupun di kawasan bandar yang tanahnya kurang dan kos adalah tinggi.

''Ia meletakkan pemaju hartanah dalam keadaan sukar untuk mengehadkan kos untuk memenuhi permintaan pasaran dan pada masa yang sama menguruskan kenaikan kos bahan mentah,'' katanya.

Beliau berkata demikian pada taklimat media mengenai prestasi hartanah pada separuh pertama tahun ini dan tinjauan hadapan bagi separuh kedua 2011 serta awal 2012, di sini hari ini.

Hadir sama Pengerusi Rehda Cawangan Kuala Lumpur, NK Tong dan Ketua Ekonomi RAM Holdings Bhd. (RAM), Dr. Yeah Kim Leng.

Tambah Yam, 47 peratus responden merancang untuk menaikkan harga rumah yang bakal dilancarkan syarikat mereka.

''Bagi separuh kedua tahun ini, 61 peratus responden merancang melancarkan projek pembangunan hartanah mereka yang menunjukkan sentimen positif dengan purata 150 buah kediaman akan dibina untuk setiap pemaju.

''Melalui kaji selidik itu juga, ahli-ahli kami lebih memahami pasaran mereka dan telah berjaya mentafsirkan tempahan diterima kepada jualan,'' jelasnya.

Beliau berkata, pasaran hartanah tempatan masih lagi bergantung kepada pasaran domestik berbanding pembeli asing yang hanya sebanyak empat peratus.

Sementara itu, kajian itu mendedahkan, Skim Rumah Pertamaku yang diperkenalkan kerajaan pada Mac lalu, masih belum dilaksanakan sepenuhnya kerana ketiadaan mekanisme dan ramai tidak mempunyai maklumat lanjut, kadar faedah tinggi serta kesukaran mendapatkan pinjaman.

Secara keseluruhannya, bagi 2012, Yam berkata, pasaran hartanah negara adalah optimistik tetapi dijangka berhati-hati kerana mungkin berlaku perubahan polisi yang bakal diumumkan pada pembentangan Bajet 2012 nanti.

Apa Hubungan DAP dan Orang Islam? - Nik Aziz.

Posted: 26 Sep 2011 02:49 PM PDT

KLPOS.COM

KOTA BARU– Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata hukum hudud yang mahu dilaksanakan di Kelantan sama sekali tidak kena-mengena dengan masyarakat bukan Islam terutama DAP yang juga tiada sebab membantah undang-undang Islam itu dilaksanakan.

Ia kenyataan pertama beliau selepas petang tadi kepimpinan Pakatan Rakyat mengarahkan pemimpin-pemimpin parti komponen tidak membuat kenyataan isu berkenaan sehingga ia dibincangkan Rabu ini.

Sehubungan itu beliau menyifatkan DAP seperti "budak-budak kecil takutkan hantu" sedangkan hukum hudud sebenarnya lebih adil dan tidak membabitkan golongan bukan Islam.

"DAP nak keluar (gabungan pembangkang) pasal apa? Hudud untuk orang Islam dan apa hubungan dia (DAP) dengan orang Islam," katanya kepada pemberita di kediaman Menteri Besar di sini hari ini.

Semalam, Nik Aziz berkata hukum hudud itu akan dilaksanakan di Mahkamah Syariah di Kelantan walaupun mendapat tentangan daripada DAP.

Malah semalam, pemimpin-pemimpin kanan DAP dilaporkan akan meletakkan jawatan beramai-ramai sekiranya terdapat usaha meletakkan matlamat menjadikan negara Islam atau melaksanakan hukum hudud di negara ini.

Pada satu ceramah di Kuala Lumpur kelmarin, Nik Aziz menegaskan hukuman gantung sampai mati yang dilaksanakan dalam sistem perundangan negara ini lebih kejam daripada undang-undang Islam atau hukum hudud.

Jelas beliau, bagi jenayah berat seperti membunuh, merompak, menjual dadah dan sebagainya penjenayah boleh dijatuhkan hukuman gantung sampai mati tetapi jika mengikut hukum hudud adalah potong tangan.

"Apa yang nak takut sangat (dengan hukum hudud)? Macam takut hantu... orang takut hudud macam takut hantu, tapi bila tanya apa itu hudud tidak tahu," katanya lagi.

Petang tadi, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali meminta semua pemimpin Pakatan Rakyat tidak membuat sebarang kenyataan mengenai hukum hudud sehingga mesyuarat bulanan mereka lusa.

Ia adalah persetujuan yang dicapai antara beliau dengan Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Saifudin Nasution Ismail dan Ketua Pemuda DAP, Anthony Loke, katanya kepada pemberita.

Mustafa berkata, mesyuarat pada hari tersebut yang sepatutnya membincangkan mengenai Bajet 2012 tetapi akan meletakkan isu sensitif hukum Hudud sebagai keutamaan dan satu pendirian bersama akan dibuat. Malaysian Insider.


Dua pemimpin bawa isu Kita pimpinan Zaid ke RoS

Posted: 26 Sep 2011 05:27 AM PDT


PETALING JAYA – Dua pemimpin Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita) yang dikenakan tindakan disiplin memutuskan untuk mengemukakan aduan rasmi kepada Pendaftar Pertubuhan (RoS) esok.

Kedua-dua pemimpin itu, ahli jawatankuasa eksekutif Muhammad Firdaus Christopher yang digantung keahlian manakala Abd Latif A Tambi yang dibuang daripada jawatannya sebagai setiausaha pusat parti menegaskan tindakan yang dikenakan ke atas mereka tidak mengikut perlembagaan parti.

"Pemecatan saya tidak mengikut prosedur perlembagaan parti, kami telah berbincang dengan RoS minggu lalu dan kami akan membuat aduan bertulis esok di Putrajaya.

"Saya ingin beritahu tiada sesiapa yang boleh bertindak mengatasi undang-undang, malah saya juga tidak pernah mengabaikan tanggungjawab saya sepanjang berkhidmat kepada parti," kata Abdul Latif pada sidang media di sini.

Jelas Abdul Latif, beliau telah dipecat sebagai setiausaha pusat parti pada 14 September lalu setelah menerima e-mel daripada Datuk Zaid Ibrahim sebelum menerima surat penggantungan sebagai ahli daripada jawatankuasa disiplin pada 23 September.

"Pada 14 September saya telah menerima emel daripada Datuk Zaid Ibrahim yang menggugurkan saya sebagai sebagai setiausaha pusat parti dengan serta-merta dan pada 23 September pula saya telah menerima surat daripada jawatankuasa disiplin parti yang menggantung keahlian saya selama enam bukan dengan serta-merta.

"Saya dipecat sebagai setiausaha dan saya digantung sebagai ahli, malah dalam surat daripada jawatankuasa disiplin mengatakan saya tidak amanah dan membocorkan maklumat parti... saya menyangkal segala tuduhan ini, ia adalah satu fitnah dan tuduhan yang tidak berasas," katanya.

Beliau turut menafikan dakwaan bahawa telah merancang untuk menjatuhkan Zaid selaku ketua parti.

"Sebagai setiausaha pusat adalah kerja saya untuk menemui pemimpin pusat dan negeri khususnya bincangkan soal parti, jauh sekali untuk jatuhkan ketua parti.

"Ketua parti boleh melantik untuk beberapa jawatan dalam parti tetapi beliau tidak boleh memecat, dalam perlembagaan parti tidak berkata demikian... dalam pemecatan saya prosedur perlembagaan parti diketepikan, saya tidak diberi peluang membela diri," katanya.

Ditanya sama ada beliau akan kembali kepada Kita, Abdul Latif berkata "saya reformis, saya akan cuba selamatkan parti, parti ini ditubuhkan untuk rakyat."

Beliau juga menyerahkan kepada RoS untuk menyiasat pemecatannya.

Sementara itu Muhammad Firdaus berkata beliau hanya mengetahui tentang penggantungannya melalui media dan menerima surat penggantungan pada 21 September.

"Saya tahu tentang penggantungan ini pada 14 September, itu pun melalui media dan saya tidak diberitahu sehingga menerima surat rasmi pada 21 September.

"Kami sekarang sedang berbincang untuk mengambil tindakan, saya nak beritahu saya telah dilantik oleh Zaid Ibrahim dan bukan oleh parti Kita dan saya minta sesiapa yang tidak tahu perkara sebenar jangan keluarkan sebarang kenyataan," katanya.

Beliau juga menyokong pendirian Abdul Latif untuk terus bersama parti Kita sekiranya khidmat mereka masih diperlukan.

PKR bongkar peranan APCO-FBC naik imej Najib

Posted: 26 Sep 2011 05:22 AM PDT

Harakahdaily


KUALA LUMPUR: PKR akan terus membongkar isu penggunaan wang rakyat bagi meningkatkan imej Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, menjelang pembentangan belanjawan 2012 Oktober depan.

Setiausaha Agungnya, Saifuddin Nasution (gambar) berkata demikian ketika ditanya mengenai bayaran RM57 juta oleh kerajaan Malaysia kepada firma penerbitan TV dan komunikasi strategik Britain, FBC Media, lapor Keadilan Daily.

"Kita menjangka akan ada perkembangan terbaru mengenai perkara ini menjelang Bajet 2012. Kita akan terus memantau isu ini secara dekat dan akan membuat pendedahan-pendedahan baru yang lebih sensasi," kata Saifuddin.

Menurut Saifuddin, pendedahan tersebut berkisar mengenai kontrak antara FBC Media dan APCO Worldwide, syarikat perunding Israel yang turut terlibat dalam mempromosi imej Najib sebelum ini.

"Ini merupakan sumber yang diperolehi dari Parlimen. FBC Media lebih awal menggunakan khidmat Apco, berbanding kerajaan Malaysia dengan jumlah USD70,000.

"Kerajaan Malaysia kemudiannya membayar Apco sebanyak RM77 juta. Perkara ini didedahkan Ketua Pembangkang (Datuk Seri Anwar Ibrahim) di Parlimen," kata beliau yang juga Ahli Parlimen Machang.

FBC Media, yang berpangkalan di United Kingdom dilantik kerajaan Malaysia untuk menerbitkan program TV berkaitan Malaysia, ketika pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Program- program berkenaan kemudian ditayangkan syarikat penyiaran antarabangsa seperti CNBC (Consumer News and Business Channel), CNN (Cable News Network) dan BBC (British Broadcasting Corporation).

Kerajaan Persekutuan pula membayar RM57.68 juta kepada FBC Media antara tahun 2008 dan 2009, manakala kerajaan Sarawak membelanjakan RM15 juta setahun untuk tujuan itu.

"Perkara ini memalukan Malaysia dan menjatuhkan imej kerajaan. Mereka tuduh (ketua pembangkang) Datuk Seri Anwar bayar CNN untuk diwawancara dalam rancangan 'Connect The World' dan CNN nafikan.

"Sebaliknya yang terdedah ialah kerajaan Malaysia bayar kepada FBC Media untuk melobi agar Najib muncul di CNBC, CNN dan BBC. Ini menyalahi etika kewartawanan," kata Saifuddin.

Sebelum ini, isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor dilapor membelanjakan RM1.5 juta membeli dua muka penuh iklan dalam akhbar New York bagi mengalu-alukan lawatannya sendiri ke New York sebagai 'Wanita Pertama Malaysia,".

PAS selesai 80 peratus persiapan pilihan raya

Posted: 26 Sep 2011 05:19 AM PDT

Zulkifli Sulong

GOMBAK: PAS telah mempersiapkan kira-kira 80 peratus keperluan untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang, kata Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS (JPP), Dr Hatta Ramli (gambar).

"Kita juga telah membuat count down (kiraan masa) kalau-kalau parlimen dibubarkan 11 November ini," kata beliau dalam wawancara khas dengan Harakahdaily.

Anggota Parlimen Kuala Krai itu diwawancara semasa majlis aidil fitri penduduk Kuala Krai di perantauan yang diadakan di pusat khidmat Parlimen Gombak Sabtu lepas.

Turut serta di majlis itu sebagai tuan rumah adalah semua Adun dalam kawasan Parlimen Kuala Krai, Kelantan.

Sabah, Sarawak dan Selangor selesai 100%

Menurut Dr Hatta, Pakatan Rakyat juga telah menyelesaikan 80 peratus perundingan pembahagian kerusi di kalangan parti dalam Pakatan iaitu PAS, PKR dan DAP.

"Kuasa untuk runding kerusi ini bukan tangjawab JPP tetapi sehingga kini kita telah selesaikan 80 peratus perundingannya.

"Hatta di Sabah, Sarawak dan Selangor kita telah selesai 100 peratus," kata Dr Hatta yang juga anggota Parlimen Kuala Krai.

PAS, katanya, akan bertanding beberapa kerusi di Sarawak dalam pilihan raya ini berbanding hanya satu kerusi dalam pilihan raya umum lepas.

Pada asasnya, kata beliau, Pakatan telah meletakkan kerusi yang ditandingi dalam pilihan raya ke 12 lalu sebagai asas pembahagian kerusi.

"Namun Pakatan juga membenarkan kita berunding untuk kerusi-kerusi tertentu dan pertukaran kerusi mengikut kesesuaian...ini yang sedang berjalan," kata beliau.

Sasaran 60 kerusi

Dr Hatta juga memaklumkan, JPP telah menyahut cabaran Presiden PAS untuk memenangi 60 kerusi parlimen dalam pilihan raya umum ke 13 ini.

Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sebelum ini memaklumkan, PAS mensasarkan 60 kerusi untuk menang dalam pilihan raya umum akan datang.

Ia telah disasarkan oleh PAS melalui projek Roadmap to Putrajaya yang telah diluluskan oleh PAS Pusat.

Untuk melaksanakan sasaran ini, PAS telah memberikan fokus khas bagi 60 kerusi yang disasarkan untuk menang itu.

"Kita telah memberikan tumpuan secara individu setiap kerusi dan memberikan fokus khas bagi setiap kerusi berkenaan," katanya.

Beliau yakin, setiap kerusi yang disasarkan mempunyai keperluan dan masalah tersendiri dan pihak pusat akan memberikan bantuan mengikut keperluan itu.

"Kita mengenal pasti, antara masalah besar adalah ketidaksampaian maklumat ke peringkat akar umbi pengundi kita. Jadi kita akan memberikan tumpuan dalam aspek ini," katanya.

Dr Hatta juga sangat berharap bantuan dari Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) bagi mendekati pengundi bukan Islam.

"Kita berharap peranan DHPP untuk mendekati bukan Islam kerana menjadi taktik BN untuk menakut-nakutkan golongan ini," kata beliau.

Tuntutan Bersih 2.0


Dalam pertemuan itu, Dr Hatta juga berkata, pihaknya tidak menolak Bersih 3.0 akan diadakan jika kerajaan BN gagal menunaikan lapan tuntutan Bersih2.0

"Kita akan pastikan paling tidak lapan tuntutan Bersih 2.0 akan diterima di samping merunding lain-lain perkara.

(Dr Hatta bergambar dengan para Adun di Kuala Krai yang menjadi tuan rumah bersama beliau di samping para tetamu)

"Jika lapan tuntutan asas ini pun tidak dapat diterima kerajaan, ia (Bersih 3.0) mungkin jadi," katanya.

Dr Hatta juga berkata, antara tuntutan paling asas dalam Bersih 3.0 adalah penggunaan dakwat kekal untuk mengelakkan pengundian berganda dalam pilihan raya.

"Ia paling mudah untuk dilaksanakan dan jauh lebih murah dan mudah berbanding biometrik. Kalau ia tidak dapat dilaksanakan juga, saya tidak tahulah apa kedudukan kerajaan yang ada sekarang ini," kata beliau.

Persytiharan 16 September

JPP juga, katanya, menyambut baik perisytiharan yang dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak 16 September lalu.

"Cuma kira harap, ia dilaksanakan dan ganti kepada ISA misalnya hendaklah lebih baik bukan semakin teruk.

"Di samping itu, kita berharap kerajaan juga mengkaji beberapa undang-undang drakonian lagi iaitu Akta Mesin Cetak, Akta Rahsia Rasmi (OSA) dan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU). Kesemua undang-undang perlu dikaji kerana ia tidak diperlukan lagi," kata Dr Hatta, bekas pensyarah perubatan UKM itu.

Di mana bertanding?

Ketika ditanya, beliau akan bertanding di mana dalam pilihan raya umum ke 13 ini, Dr Hatta berkata, ia terserah kepada parti untuk menetapkannya.

"Sebagai ahli parti, bertanding atau tidak, di mana tempatnya, ia terserah sepenuhnya kepada parti, bukan hak kita," kata beliau.

Dr Hatta tinggal di Gombak, Selangor tetapi bertanding di kawasan parlimen Kuala Krai Kelantan dan menang dalam pilihan raya umum 2008 lalu.

Palsu bukti: Gani dicabar saman pihak kaitkan beliau

Posted: 26 Sep 2011 05:07 AM PDT



KUALA LUMPUR - Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dicabar menyaman pihak yang mengaitkan beliau dengan pemalsuan bukti dalam kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Tindakan ini penting bagi membersihkan nama baik institusi kehakiman dan keluhuran perlembagaan negara ini," kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar dalam sidang medianya di Ibu Pejabat PAS di sini, petang ini.

Gesaan itu dibuat apabila baru-baru ini bekas Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim dalam surat terbukanya kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, mendakwa Gani dan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hasan terbabit pemalsuan bukti tersebut.

Sebelum surat terbuka daripada bekas Ketua Polis Kuala Lumpur itu, telah wujud dakwaan-dakwaan tentang salah laku dan peranan Peguam Negara dalam kes Anwar oleh para blogger, namun isu itu didiamkan sahaja.

Mahfuz juga menggesa supaya satu Suruhanjaya Diraja ditubuhkan untuk menyiasat Gani kerana dakwaan itu menggugat kredibiliti institusi kehakiman dan penyiasatan negara ini.

"Selain itu, turut terdapat dakwaan daripada blogger tentang penglibatan Gani Patail dalam kes rasuah dan peranannya dalam kes pembunuhan Altantuya. Kegagalan Gani Patail menangani isu ini menyebabkan timbul pelbagai tafsiran yang mencemarkan Jabatan Kehakiman," ujar Mahfuz.

Menurut Mahfuz lagi, jika Gani terus mendiamkan diri, beliau yang juga ahli Parlimen Pokok Sena akan menggerakkan usaha menghantar petisyen kepada Yang di-Pertuan Agong agar suatu Suruhanjaya Diraja dibentuk.

- Harakah Daily

Pakatan tolak ugutan keluar parti

Posted: 26 Sep 2011 05:04 AM PDT



KUALA LUMPUR - Dakwaan yang mengatakan sebahagian pemimpin terutama dari DAP akan keluar dari Pakatan Rakyat sekiranya PAS dengan persetujuan PKR melaksanakan hukum hudud di Kelantan dan meneruskan agenda penubuhan negara Islam di negara ini, tidak berbangkit.

Sebaliknya, perkara itu sengaja dicetuskan oleh Umno dan akhbar milik parti itu, Utusan Malaysia untuk mencetuskan perselisihan dalam Pakatan Rakyat bagi kepentingan politik mereka.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, para pemimpin Pakatan Rakyat cukup sedar perkara itu dan sehubungan itu mereka akan mengadakan mesyuarat khas bagi membincangkan perkara itu pada 28 September ini.

Beliau berkata demikian dalam sidang media bersama dengan Setiausaha Agung PKR, Saifudin Nasution Ismail dan Ketua Pemuda DAP, Anthony Loke di Pejabat Agung PAS hari ini.

Menurut beliau, hukum hudud, qisas dan taqzir seharusnya difahami oleh semua pihak, tetapi banyak pihak yang tidak memahaminya dengan mendalam.

Katanya, isu mengenai hukum hudud merupakan sesuatu yang sensitif dan ia amat mudah menimbulkan salah faham kepada phak tertentu.

"Kami dah putuskan untuk bincang perkara ini pada 28 September ini bermula jam 8.30 hingga 12.00 malam. Selepas itu, kami dari PAS, PKR dan DAP dari Pakatan Rakyat akan mengeluarkan kenyataan bersama mengenai perkara itu," katanya pada sidang media itu.

Sehubungan itu, ketiga-tiga mereka meminta semua pimpinan parti dalam Pakatan Rakyat tidak membuat apa-apa ulasan mengenainya sehinggalah pendirian bersama dicapai 28 September ini.

Katanya, Umno BN bercakap mengenai isu itu sebagai suatu jalan bagi mencetuskan perselisihan antara PAS, PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat, tetapi Pakatan Rakyat tidak akan mengikut agenda mereka.

"Pada mesyuarat 28 September ini, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sendiri yang kini berada di luar negara akan turut hadir.

"Mesyuarat tersebut diadakan untuk membincangkan Baget 2012 yang akan dibentangkan oleh Perdana Menteri nanti, tetapi untuk perbincangan awalnya akan membincangkan perkara ini," katanya.

Menyentuh tentang kenyataan Menteri Besar Kelantan mengenai Kanun Jenayah Syariah Kelantan oleh Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat, beliau menegaskan, kenyataan Nik Aziz itu adalah dalam konteks negeri Kelantan.

Kanun Jenayah Syariah Kelantan telah diluluskan dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan pada tahun 1993, manakala ketika PAS memerintah Terengganu turut diluluskan Kanun Jenayah Syariah Terengganu pada persidangan Dun Terengganu pada tahun 1999.

"Kedah sekarang tak buat sebab untuk meluluskan Kanun Jenayah Syariah itu demokratik, iaitu mestilah diluluskan pada persidangan Dun," katanya.

Untuk melaksanakan hukum hudud, jelasnya, memerlukan kerjasama Kerajaan Persekutuan dan disebabkan perkara itulah Kerajaan PAS Kelantan tidak melaksanakan hukum hudud semasa Tun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri dulu kerana dihalang oleh Mahathir.

"Disebabkan Tun Dr Mahathir kata jangan buat, Kerajaan PAS Kelantan tak bolehlah laksanakan hukum hudud takut Tun Dr Mahathir buat magran iaitu mematikan demokrasi di Kelantan. Tindakan Kerajaan PAS Kelantan itu sebenarnya adalah untuk menyelamatkan demokarsi di negeri itu atau di negara ini," tegasnya.- Harakah Daily

Hudud: DAP perlu mencari penawar yang hilang

Posted: 26 Sep 2011 04:20 AM PDT

Wong Choon Mei, Malaysia Chronicle

Menjelang mesyuarat majlis tertinggi Pakatan Rakyat Rabu ini tentang isu hudud – undang-undang Syariah yang dikatakan kontroversial, ramai pemimpinnya mula menunjukkan reaksi bertentangan. Sekian lamanya, senjata ampuh yang digunakan BN keatas DAP dan PAS, penyokong Pakatan Rakyat mengharapkan satu perubahan baru yang mampu menutup babak politik rakus yang memperjudikan agama oleh UMNO dan parti komponen bukan Melayu, terutamanya MCA.

Malang untuk DAP yang termakan umpan UMNO. Samada ia mahu kekal tulen kepada pengundinya, atau telah gagal dalam pertimbangan liberalnya oleh masyarakat bukan Islam tentang hudud yang mensasarkan terhadap enam perkara jenayah seperti berzina dan mencuri dengan hukuman yang keras. Dengan melakukan ini, DAP telah menidakkan hak dan aspirasi masyarakat Melayu, terutamanya di Kelantan yang mahukan hukum hudud.

Dengan ini, DAP telah cuai dalam mengambilkira sentimen dan aspirasi masyarakat Melayu, terutamanya di Kelantan, yang mahukan perlaksanaan hukum hudud ini.

Adunan untuk resepi sejahtera?

Penganalisa politik mengandaikan sekiranya Pakatan berhak bertanya, apakah hak UMNO dan MCA menafikan tuntutan agama hak orang Melayu yang sama sekali tidak melibatkan golongan agama lain, dan ia sepatutnya ditujukan juga kepada DAP.

"Pakatan harus menolak isu ini secara bersama. Undang-undang tidak boleh berbeza yakni, untuk UMNO dan MCA ada satu undang-undang dan untuk DAP ada satu undang-undang lain. DAP juga tidak boleh mempunyai satu undang-undang untuk bukan Melayu dan satu lagi untuk Melayu. Nantinya, orang Melayu akan berfikir bahawa DAP melayani mereka sebagai warga kelas kedua sama seperti orang Cina dilayani UMNO dan pengikut Melayunya," Ujar pemimpin penganut Kristian dan mantan pengerusi NGO Transparency International, Ramon Navaratnam kepada Malaysia Chronicle.

Katanya lagi, "Faktor kaum adalah penting dan DAP mempunyai asas tunjang sebagai sebuah parti yang memperjuangkan hak-hak kaum Cina. Sejak kebelakangan ini, DAP telah mengembangkan sayapnya kepada kaum India dan segelintir orang Melayu. Mungkin inilah yang mewarnai ciri-ciri DAP yang melihat Malaysia dan orang Melayu seperti UMNO yang sering dilihat sebagai pro-Melayu, maka DAP kelihatan seperti parti pro-bukan Melayu.

Mendengar dan didengari masyarakat

Seperti warga Malaysia yang lain, Ramon terkejut dengan respon garis keras dari Setiausaha Agung DAP, YB Lim Guan Eng Ahad lalu. Mungkin, Menteri Besar Pulau Pinang itu merasa tertekan setelah MCA mendapat dokongan dari Perdana Menteri Najib Razak yang menyatakan kerajaan tidak akan melaksanakan hukum hudud. Walau apa pun alasannya, Guan Eng telah mengugut untuk DAP keluar dari Pakatan sekiranya PKR dan PAS setuju hukum hudud di Kelantan dilaksanakan.

Bagi pakar undang-undang UIA Aziz Bari, yang ke Kelantan baru-baru ini untuk mendapatkan reaksi masyarakat setempat, hudud diterima baik oleh penduduknya yang hampir 95 peratus adalah bangsa Melayu dan Muslim, di dalam negeri yang populasinya sekitar 2.4 juta.

Aziz menyatakan bahawa sentimen masyarakat tentang isu ini sangat kuat sehinggakan "pemimpin UMNO peringkat negeri sendiri mengutuk Perdana Menteri Najib Razak yang menolak sekeras-kerasnya hukum hudud. Kerana kenyataan itu, UMNO boleh tutup kedai di negeri Kelantan."

"Tok Guru Nik Aziz bukan bodoh. Mereka memiliki laman Facebook sendiri dan melihat akan maklum balas yang diterima, PAS yakin kedudukan UMNO mulai tergugat di kawasan orang Melayu/Islam. Berdasarkan maklum balas di laman itu, tidak ada jaminan bahawa mereka akan mendapat undi dari bukan Islam," ujar Aziz Bari yang dilaporkan oleh Malaysiakini.

"Tidak ada persoalan menukar dasar Pakatan seperti yang didakwa oleh Lim Guan Eng kerana hukum hudud hanya untuk negeri Kelantan dan orang Islam sahaja. DAP salah sangka. Nik Aziz hanya mendengar dan bertindak mengikut sentimen akar umbi dinegerinya sahaja."

Aziz Bari turut mengesahkan bahawa Nik Aziz mahu melakukan pungutan suara (referendum) sekiranya majoriti penduduk Kelantan mahu hukum hudud menjadi sebahagian daripada system mahkamah Syariah. "PAS tidak akan beralah. Bukan kerana degil, tetapi hukum hudud memang diterimapakai oleh majoriti penduduk Kelantan. Ia adalah satu contoh demokrasi yang jelas dan mudah. PAS di Kedah tidak melakukannya dan ini tidak mendatang apa-apa masalah," ujar Aziz Bari lagi.

Pungutan Suara

Mungkin inilah masanya untuk DAP mencari penawar. Banyak yang mendakwa DAP mula riak akan kejayaan dan pengaruhnya. Ada sumber kementerian yang rapat dengan Najib mengalu-alukan situasi ini, dimana UMNO sudah bersedia menutup pintunya untuk MCA dan Gerakan yang prestasinya langsung tidak memuaskan.

Ketepikan spekulasi dan keriuhan politik sebentar, dimana teras kepada isu ini adalah dua isu penting iaitu aspirasi rakyat dan sifat rendah diri. Adakah kedua-dua ini tidak penting sama sekali? Untuk menjadi ahli politik dan pemimpin masyarakat, seseorang itu perlu menyerah diri kepada keputusan dan keinginan masyarakat keseluruhannya.

Apa yang akan terjadi sekiranya pungutan suara menunjukkan 60, atau 70 ataupun 80 peratus penduduknya menyokong pelaksanaan hukum hudud kerana mereka merasakan itu adalah kewajipan beragama? Apa yang akan Guan Eng dan Karpal Singh akan lakukan? Adakah mereka akan menyatakan bahawa mereka tahu semuanya, seperti Mahathir Mohammad dan juak-juak UMNO lain?

Dengan MCA dan UMNO ditanyakan soalan ini, adillah sekiranya DAP juga menyediakan jawapan kepada penolakan isu ini yang agak keras. DAP harus akur bahawa tingkahlakunya melukakan hati orang Islam di Kelantan dan orang Melayu di dalam Pakatan umumnya.

Sekiranya DAP terus menganggap bahwa PAS dan PKR tidak akan menang tanpanya, masanya telah tiba untuk Guan Eng dan Kit Siang meletakkan jawatan mereka bersama-sama pemimpin kanan parti itu.

'Berjiwa besar'

Dalam pada itu, Pakatan telah mengarahkan organ parti masing-masing untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan sebelum hari Rabu ini. Walaubagaimanapun, sebelum pengumuman itu dibuat, Timbalan Presiden PAS Salahuddin Ayub berkata walaupun isu ini kritikal, Pakatan sentiasa mempunyai jalan untuk menyelesaikannya sekiranya semua orang 'berjiwa besar'.

"Jika kita tidak boleh menyelesaikannya hari ini, kita akan menyelesaikannya esok, atau hari lusa. Saya yakin kita akan berbincang dan menyelesaikannya. Kita mesti berjiwa besar dan akur untuk sepakat mencari penyelesaian," lapor Malaysian Insider kenyataan Ahli Parlimen Kubang Kerian itu hari ini.

Di Pulau Pinang, pemimpin PKR negeri Mansor Othman yang juga Timbalan Ketua Menteri berkata adalah bodoh untuk Pakatan terus dibelenggu dan terperangkap bilamana isu hudud dimainkan oleh pihak media.

"Kita telah menyaksikan percaturan yang sama sebelum ini. Saya minta semua orang untuk tidak emosian dan bersikap rasional dalam membincangkan isu ini. Masanya telah tiba untuk kita bertanggungjawab dan dipercayai oleh masyarakat yang mempunyai harapan besar kepada kita," ujar Mansor.

"Saya berharap pemimpin Pakatan yang akan bermesyuarat pada Rabu 28 September ini, menggunakan dengan wajar peluang ini demi menghasilkan satu keputusan yang membawa Malaysia ke tingkat yang lebih baik."


Pencerobohan lori pasir ganggu penduduk

Posted: 26 Sep 2011 04:16 AM PDT

Penduduk Taman Pusing Baru mengadu bahawa jalan-jalan taman itu menjadi kotor kerana dipenuhi dengan tanah dan pasir di merata tempat.



BATU GAJAH: Pencerobohan lori pasir di Taman Pusing Baru, Batu Gajah baru-baru ini bukan sahaja merunsingkan penduduk malah kebimbangan turut disuarakan berhubung keselamatan pengguna jalan dan kanak-kanak.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tronoh V Sivakumar, penduduk mengadu pencerobohan itu bermula gara-gara projek perumahan berhampiran taman yang bersempadan dengan Kampung Pinang B.

Masalah timbul sejak empat hari lalu yang menyebabkan jalan-jalan taman kotor dan dipenuhi tanah serta pasir di merata tempat.

"Projek perumahan telah dimulakan di kawasan itu yang melibatkan pembinaan lebih kurang 94 unit rumah. Penduduk Taman Pusing

Baru mengadu bahawa jalan-jalan taman itu menjadi kotor kerana dipenuhi dengan tanah dan pasir di merata tempat.

"Tambahan pula debu dan habuk berterbangan dan memasuki rumah yang berhampiran. Rumah dan kereta mereka menjadi kotor dan perlu dibersihkan dan dicuci lebih kerap lagi.

"Orang ramai juga bimbang terhadap keselamatan pengguna jalan dan kanak-kanak yang bermain pada waktu petang," katanya dalam satu kenyataan kepada FMT hari ini.

Ujar Sivakumar, penduduk memberitahu setiap hari berpuluh-puluh lori keluar masuk ke taman itu yang turut mengakibatkan pencemaran bunyi yang keterlaluan.

Turut dipercayai lori terbabit akan beroperasi untuk satu tempoh lama bagi meninggikan paras tanah rendah di kawasan tersebut.

.

Sivakumar dan bekas Ahli Majlis Batu Gajah Chan Chin Fah yang turun padang melihat kawasan terbabit kemudian melaporkan perkara itu kepada pihak Majlis Daerah Batu Gajah supaya tindakan sewajarnya diambil.

"Menurut penduduk, setiap hari berpuluh-puluh lori masuk satu dan keluar satu demi satu ke kawasan taman itu juga mengakibatkan pencemaran bunyi yang keterlaluan.

"Ini menjadi gangguan kepada orang-orang tua dan bayi-bayi di taman itu. Dipercayai lori-lori ini akan beroperasi untuk satu tempoh masa yang lama bagi meninggikan paras tanah rendah di kawasan itu.

"Ini mungkin melibatkan beratus-ratus lori yang membawa tanah akan memasukki kawasan taman ini sebelum kerja-kerja pembinaan rumah dimulakan," kata Sivakumar.

Cadangan turut diketengahkan agar pihak terbabit membuka jalan baru ke tapak projek tanpa melalui jalan taman tersebut.

Kedai 1Malaysia akan dibuka di seluruh negara

Posted: 26 Sep 2011 04:15 AM PDT

MALAYSIA KINI


Lebih banyak Kedai 1Malaysia akan dibuka di seluruh negara termasuk di daerah bagi membolehkan orang ramai mendapat bekalan barang keperluan dengan harga yang murah dan berpatutan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata pihaknya sedang mengenal pasti lokasi yang sesuai bagi mewujudkan kedai tersebut.

NONE"Sebanyak 60 buah kedai seumpama itu akan diwujudkan di seluruh negara tahun depan, tiga daripadanya akan diwujudkan di Pahang iaitu di Bera, Kuantan dan Pekan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis jamuan hari raya peneroka Felda Tembagau, dekat Bera, malam tadi.

Beliau berkata, sebanyak 25 buah kedai seumpama itu akan diwujudkan sebelum akhir tahun.

"Kedai 1Malaysia ini dilihat dapat memberi pilihan kepada orang ramai untuk mendapatkan bekalan barang keperluan mereka dengan harga lebih berpatutan," katanya.- Bernama

BN Pulau Pinang mahu SPRM siasat projek SPICE

Posted: 26 Sep 2011 04:10 AM PDT

MALAYSIA KINI


BN Pulau Pinang meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya menyiasat perjanjian projek Pusat Konvensyen Antarabangsa Pulau Pinang (SPICE) di Relau, yang didakwa merugikan rakyat.

gerakan teng hock nan Penang AGMPengerusi Jawatankuasa Kerja BN Pulau Pinang, Datuk Teng Hock Nan, berkata pembinaan SPICE di tapak Pusat Arena Antarabangsa Pulau Pinang (PISA) itu dilihat hanya memberi kelebihan dan keistimewaan kepada pemaju iaitu, Eco Meridian Sdn Bhd.

Katanya, satu laporan berhubung perkara berkenaan akan dibuat secara rasmi kepada SPRM oleh Pemuda BN Pulau Pinang dalam masa terdekat.

"Terlalu banyak keistimewaan diberikan kepada pihak pemaju projek terbabit dan ia menimbulkan persoalan kerana ada di antara syarat perjanjian yang ditandatangani pada 19 Ogos lalu akan menyebabkan hasil berjumlah RM488 juta yang sepatutnya dinikmati rakyat Pulau Pinang hilang begitu saja.

NONE"Kami juga mempunyai alasan yang kukuh terdapat perjanjian yang boleh dipertikaikan yang membabitkan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), kerajaan negeri dan pemaju, jadi kami mahu SPRM menyiasat perkara ini," katanya kepada pemberita selepas melakukan tinjauan mesra di Pasar Taman Chai Leng, dekat Butterworth, hari ini.

Turut hadir Ketua Penerangan BN Pulau Pinang, Datuk Dr Loga Balan Mohan.

Dr Teng yang juga Pengerusi Gerakan Pulau Pinang berkata, BN turut meragui penjualan tanah di kawasan pembinaan SPICE kerana ia dijual lebih murah daripada harga pasaran semasa kepada pemaju bagi tujuan pembinaan sebuah hotel.

guan eng pc on spice 150111 spice view"Tanah itu dijual dengan harga RM100 kaki persegi sedangkan harga pasarannya adalah RM300 kaki persegi, kenapa ia dijual dengan harga murah? Ini menimbulkan persoalan yang harus dijawab pihak berkenaan," kata beliau.

Katanya, beberapa syarat dalam perjanjian itu juga memberi kelebihan kepada pemaju antaranya ialah pemberian tambahan 1,500 unit rumah kepada pemaju yang bakal menyebabkan rakyat negeri ini kehilangan RM450 juta.

"Rakyat juga bakal mengalami kerugian lebih RM10 juta berikutan tindakan kerajaan menyediakan tanah secara percuma kepada pemaju bagi membina sebanyak 450 unit rumah kos rendah dan sederhana rendah bersaiz tidak lebih 650 kaki persegi berharga minimum RM72,500...syarat itu jelas merugikan rakyat," katanya.

guan eng pc on spice 150111 spice view 03Beliau berkata, BN memperjuangkan isu berkenaan kerana ia merugikan penduduk Pulau Pinang dan hanya menguntungkan pemaju semata-mata.

"BN juga terima pelbagai maklum balas kurang senang daripada rakyat berhubung projek itu dan sebagai rakyat negeri ini, kami sudah tidak boleh bersabar dengan tindak tanduk kerajaan negeri dalam mentadbir negeri ini," katanya.- Bernama

Dr Khir nafi beli rumah di bawah harga pasaran

Posted: 26 Sep 2011 04:08 AM PDT

MALAYSIA KINI


Bekas Menteri Besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo memberitahu Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini bahawa beliau membeli dua lot tanah termasuk sebuah rumah di Jalan Suasa 7/1L, Seksyen 7 di Shah Alam daripada Pengarah Ditamas Sdn Bhd, Shamsuddin Hayroni dengan harga pasaran.

NONEDr Mohamad Khir, yang memilih memberi keterangan dari kandang saksi, berkata harga belian itu (RM3.5 juta) dipersetujui oleh Shamsuddin sendiri sebelum ataupun semasa kedua-dua mereka menandatangani perjanjian jual beli bagi urusan pembelian rumah itu pada Mei 2007.

Ketika ditanya peguam M Athimulan yang mewakili Dr Mohamad Khir bahawa sebelum ataupun semasa tandatangani perjanjian jual beli, adakah Shamsuddin memberitahu Dr Mohamad Khir harga belian tidak cukup, beliau menjawab: "Tidak pernah".

Beliau turut memberitahu pihaknya tidak mendesak ataupun mempengaruhi pemikiran Shamsuddin bagi membolehkan Shamsuddin bersetuju dengan harga belian RM3.5 juta.

khir toyo mansion 060709 05Dr Mohamad Khir didakwa mendapatkan untuk diri dan isterinya, Datin Seri Zahrah Kechik, suatu barangan berharga iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah di No 8 & 10, Jalan Suasa 7/1L di Shah Alam daripada Ditamas melalui pengarahnya, Shamsuddin.

Hartanah yang terletak di Seksyen 7 di Shah Alam itu diperoleh dengan harga RM3.5 juta, sedangkan ia dibeli oleh Ditamas pada 23 Dis 2004 pada harga RM6.5 juta.

Perbuatan itu didakwa dilakukan dalam keadaan Dr Mohamad Khir mengetahui bahawa Shamsuddin mempunyai hubungan dengan tugas rasmi beliau sebagai Menteri Besar Selangor pada ketika itu.

Dr Mohamad Khir, yang juga ADUN Sungai Panjang, didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7 Shah Alam pada 29 Mei 2007.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Wira Mohtaruddin Baki.- Bernama

Kementerian siasat dakwaan perdagangan ginjal

Posted: 26 Sep 2011 04:06 AM PDT

MALAYSIA KINI


Dakwaan hospital di Malaysia terbabit dalam aktiviti perdagangan ginjal secara haram menyebabkan Kementerian Kesihatan akan berhubung dengan pihak polis untuk menjalankan siasatan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Hasan Abdul Rahman dalam satu kenyataan hari ini berkata, kementerian memandang serius perkara itu yang didedahkan oleh akhbar tempatan baru-baru ini.

Beliau menjelaskan pembedahan transplan buah pinggang di negara ini hanya dilakukan di beberapa hospital khusus iaitu di Hospital Kuala Lumpur, Hospital Selayang, Pusat Perubatan Universiti Malaya dan beberapa hospital swasta di Lembah Klang.

Dr Hasan berkata, adalah tidak masuk akal aktiviti haram seperti itu terutama membabitkan orang asing, dijalankan di mana-mana hospital berkenaan.

"Bagaimanapun, jika terdapat bukti dakwaan itu berlaku di mana-mana hospital, kementerian sudah pasti akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka," katanya.

Laporan itu antara lain mendakwa penderma dari kampung terpencil di Bangladesh diterbangkan ke Asia Tenggara untuk menjual ginjal mereka.

Dr Hasan berkata kementerian menggalakkan penderma organ kadaverik dan daripada penderma yang masih hidup yang mempunyai kaitan kekeluargaan dengan pesakit.

Beliau berkata penderma yang tidak mempunyai hubungan kekeluargaan dengan pesakit perlu mendapat penilaian dan kelulusan oleh jawatankuasa khas, 'Unrelated Transplant Approval Committee' yang dilantik oleh Ketua Pengarah Kesihatan.

"Sehubungan itu, dakwaan transplan daripada warga asing yang tidak mempunyai pertalian (dari Bangladesh) perlu mendapat kelulusan daripada kementerian terlebih darhulu. Berdasarkan rekod kami tidak menunjukkan sebarang permintaan atau permohonan seperti itu," katanya.

Dr Hasan berkata sebagai anggota Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan selaras dengan perjanjian 'The Declaration of Istanbul on Organ Trafficking and Transplant Tourism', Malaysia komited untuk memastikan aktiviti perdagangan organ secara haram tidak berlaku di negara ini.

"Untuk mengetatkan lagi prosedur pemindahan, kementerian sedang merangka Rang Undang-Undang Pemindahan yang baru dan lebih komprehensif," katanya dan menambah Polisi Transplantasi Organ, Tisu dan Sel Kebangsaan dilancarkan pada 2007 sebagai panduan kepada pembangunan pemindahan berdasarkan amalan etika terbaik hospital di Malaysia.- Bernama

'Berdosa buang, longgok al-Quran dalam semak'

Posted: 26 Sep 2011 04:00 AM PDT

MALAYSIA KINI


Umat Islam ditegah daripada melonggok atau membuang al-Quran yang tidak digunakan di merata tempat termasuk dalam semak walaupun tersalah cetak kerana ia boleh mencemarkan kesucian dan menghina kitab suci itu.

NONETimbalan Mufti Kelantan Datuk Nik Abdul Kadir Nik Mohamad berkata adalah berdosa seseorang Islam tidak menghormati kitab suci al-Quran walaupun ia dalam bentuk tidak sempurna.

"Islam melarang umatnya menghina al-Quran dengan membiarkan dibuang di merata tempat walaupun ia tidak digunakan lagi seperti kitab usang atau tersalah cetak," katanya di Kota Bharu,
hari ini.

Beliau diminta mengulas tindakan pemandu sebuah trailer dengan muatan penuh naskhah al-Quran yang dipercayai salah cetak dilonggokkan di kawasan semak berdekatan rumah penduduk Kampung Pak Endeng, Pauh Sembilan, dekat Bachok, dua hari lalu.

Seorang penduduk berdekatan memaklumkan perkara itu kepada polis dan Pejabat Agama Islam untuk mengambil tindakan lanjut susulan longgokan naskhah al-Quran yang dipercayai dari syarikat percetakan di Selangor itu.

Nik Abdul Kadir berkata Majlis Fatwa Kebangsaan dalam mesyuaratnya sebelum ini mengambil ketetapan bahawa naskhah al-Quran yang tidak digunakan mesti dilupuskan secara berhemah supaya kehormatannya dipelihara mengikut lunas-lunas Islam.

defaced quran book 200608"Berdasarkan keputusan itu, mana-mana syarikat pencetak yang hendak melupuskan naskhah al-Quran yang tidak digunakan itu hendaklah menggunakan khidmat syarikat pelupusan ditauliah bagi memastikan ia dilupuskan secara terhormat sesuai dengan kesuciannya.

"Bagi orang perseorangan pula hendaklah membakar naskhah berkenaan dan abunya hendaklah ditanam atau dibuang ke sungai," katanya.- Bernama

Tegur polis buang sampah, pekerja dakwa dipukul

Posted: 26 Sep 2011 03:54 AM PDT

MALAYSIA KINI


Seorang pekerja syarikat pembersihan sisa pepejal mendakwa dipukul oleh anggota polis ketika sedang menjalankan tugas di sebuah taman perumahan di Kodiang, dekat Jitra, pada 11.30 pagi, Sabtu lalu.

Mohd Ridzuan Mohd Noor, 23, berkata ketika kejadian dia sedang mengangkut sampah di kawasan itu dan dia menegur seorang lelaki yang tidak membuang sampah ke dalam tong sampah yang disediakan di situ.

"Saya hanya menegur supaya dia buang sampah ke dalam tong sampah. Mungkin dia tidak puas hati dengan teguran saya dan dia terus tinggikan suara dan masa tu berlaku pertengkaran mulut.

"Dia juga mengugut nak tembak saya kalau dia ada pistol sebelum dia beredar dari tempat itu," katanya ketika ditemui pemberita di Jitra hari ini.

Katanya, kira-kira 30 minit selepas kejadian pertengkaran mulut berlaku, dia didatangi lima lelaki lain yang datang dan memukulnya tanpa sebab.

"Depa (mereka) menendang saya hingga jatuh. Kemudian depa heret saya dengan tangan bergari bawa saya ke Balai Polis Kodiang dengan menaiki motosikal. Sampai di balai, saya dibawa masuk ke dalam sebuah bilik dan dipukul.

"Kemudian lelaki yang bertengkar dengan saya datang ke bilik itu dan turut memukul saya sebelum saya dibawa masuk ke dalam lokap tanpa sebab. Masa tu baru saya tau dia (lelaki yang bertengkar dengannya) adalah anggota polis," kata mangsa.

Dia berkata, dia ditahan di dalam lokap kira-kira setengah jam sebelum anggota polis tersebut melepaskannya.

"Selepas kejadian itu, saya pergi ke Hospital Jitra untuk mendapatkan rawatan dan doktor memberitahu pipi kiri, bahu dan tulang rusuk kiri ada kesan lebam. Saya juga membuat laporan polis tentang kejadian itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Kubang Pasu," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Supt Ibrahim Mohamad Yusof ketika dihubungi berkata, beliau menerima laporan tentang kejadian itu.

"Kita sudah membuka kertas siasatan berhubung kejadian itu dan siasatan sedang dijalankan," katanya. - Bernama

Pakatan tak akan 'tumbang' kerana isu hudud

Posted: 26 Sep 2011 03:52 AM PDT

Abdul Rahim Sabri


Ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat sepakat mengarahkan semua pimpinan parti masing-masing agar tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai hudud sehingga pendirian bersama dibuat pada Rabu ini.

Keputusan itu dicapai hasil mesyuarat setiausaha agung PKR Saifuddin Nasution, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali dan Ketua Pemuda DAP Anthony Loke.

NONE"Isu ini akan dibincangkan pada 28 September ini dan kami bertiga (yang) menguruskan pentadbiran (parti) memutuskan bermula daripada sekarang sehingga tarikh itu, seharusnya tidak ada lagi sebarang kenyataan dibuat oleh pimpinan ketiga-tiga parti," kata Mustafa.

Mustafa berkata, hudud antara agenda utama yang akan dibincangkan dalam mesyuarat pimpinan Pakatan lusa ini selain isu bajet yang akan dibentangkan perdana menteri 7 Oktober ini.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng tidak dapat hadir kerana berada di luar negara pada masa ini.

Bercakap dalam sidang media di ibu negara petang ini, Mustafa juga mendakwa isu hudud ditimbulkan Umno dan BN sebagai strategi mencari jalan supaya parti gabungan Pakatan berselisih faham.

"Kita tidak boleh ikut agenda dia (BN). Kita ada agenda kita. Jadi tidak berbangkit bahawa Pakatan Rakyat akan berpecah. Tidak berbangkit sama sekali," katanya.

Surat Mahathir

Sementara itu, Saifuddin bersetuju dengan kenyataan Mustafa bahawa isu tersebut bertujuan memporak peranda dan menimbulkan syak wasangka sesama gabungan Pakatan.

"Kalau itu niat Umno dan BN, hajat mereka tidak kan kesampaian. Kerjasama kita jauh lebih utuh dan mantap... (Ia akan) dibincangkan dengan telus, terbuka dan bertanggungjawab.

NONE"Asas kerjasama kita mendahulukan kepentingan rakyat dan pada masa yang sama ada ruang menghormati perbezaan pendapat," katanya.

Mustafa dan Saifuddin sepakat berpendapat cadangan enakmen untuk menguatkuasakan hudud di Kelantan pada 1993 terhenti akibat surat yang dikeluarkan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Manakala Anthony pula menegaskan Pakatan akan berusaha mencari formula untuk menyelesaikan isu tersebut walaupun ia "bukan satu isu yang baru".

Katanya, Pakatan komited dengan perjuangan rakyat dan mendakwa hasrat Umno dan BN untuk memecah belahkan gabungan itu tidak akan tercapai.

Inkues: Tiada unsur jenayah dalam kematian Sarbaini

Posted: 26 Sep 2011 03:46 AM PDT

Hafiz Yatim


Mahkamah Koroner Kuala Lumpur memutuskan Penolong Pengarah Kastam Selangor Ahmad Sarbaini Mohamed, 56 jatuh dari pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Kuala Lumpur selepas berada pada belebas tingkap bangunan itu.

NONEKoroner Aizatul Akmal Maharani, dalam penghakimannya kepada mahkamah yang penuh sesak, berkata teori bahawa SPRM terlibat dengan kematiannya tidak boleh diterima.

Sehubungan itu, beliau menolak bunuh diri, homisid ataupun penglibatan pihak ketiga bagi alasan kematian.

"Tidak ada tanda-tanda pergelutan pada kejadian itu dan mahkamah juga menolak bahawa dia membunuh diri."

Menurut koroner, beliau percaya Ahmad Sarbaini terjatuh dari bangunan itu dan dalam keadaan sedar semasa jatuh.

"Mahkamah juga mendapati dia mati serta-merta dalam kejatuhan itu dengan kakinya terjatuh dahulu sehingga mencederakan kedua-dua belah kakinya dan juga mengalami kecederaan teruk di kepala."

Peawai Pejabat Peguam Negara Mohd Abazafree Mohd Abbas membantu dalam inkues itu manakala SPRM diwakili oleh peguam Muhammad Shafee Abdullah.

Keluarga Ahmad Sarbaini pula diwakili oleh peguam Awtar Singh mewakili manakala peguam Rosli Dahlan dan Nadia Marni Mat Zin bertindak sebagai pemerhati bagi syarikat multinasional DB Schenker Logistics (M) Bhd.

NONEAntara penemuan penting inkues itu adalah bahawa sistem litar tertutup CCTV SPRM didapati diganggu dengan 22 jam rakaman termasuk tempoh apabila Ahmad Sarbaini datang ke premis agensi itu telah dipadamkan.

Seramai 34 saksi memberi keterangan pada inkues yang mengambil masa 14 hari untuk selesai.

Saksi-saksi yang tampil, termasuk dua ahli patologi Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr Faridah Md Nor dan Dr Shahrum Abd Wahid.

Ahmad Sarbaini, 56, yang bertugas di pejabat Kastam Pelabuhan Klang, ditemui mati di gelanggang badminton di tingkat satu pejabat SPRM di Jalan Cochrane 6 April lalu.

NONEBeliau sebelum itu ditangkap sebagai sebahagian daripada program 3B tetapi kemudiannya dibebaskan sebelum kembali kepada SPRM pada hari kejadian itu.

Beliau dilaporkan ke pejabat itu secara sukarela untuk bertemu pegawai penyiasat SPRM berhubung siasatan kes rasuah membabitkan 62 pegawai Kastam.

Kawan-kawan dan ahli-ahli keluarga mendakwa terdapat unsur jenayah dalam kematiannya. Mereka berkata, Ahmad Sarbaini adalah seorang pegawai yang bersih dan telah merancang untuk menunaikan fardu haji tahun ini bersama isteri dan ibu bapanya.

Balu allahyarham Masiah @ Maziah Manap dan pengerusi Sosial Care Tan Sri Robert Phang turut hadir di mahkamah.

ISA bukan penentu kemenangan PRU-13

Posted: 25 Sep 2011 04:58 PM PDT


ANALISIS — Walaupun banyak pihak melihat langkah pentadbiran Najib memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) akan mempengaruhi aliran sokongan rakyat terutamanya pengundi Melayu, namun perkembangan itu tidak akan memberi impak besar. Malah ia bukan penentu kepada keputusan pilihan raya umum ke-13.

Bagaimanapun mereka tidak menolak langkah Putrajaya itu boleh mempengaruhi pengundi-pengundi atas pagar dalam membuat keputusan.

Pengarah Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi Universiti Teknologi Mara Prof Madya Shaharuddin Baharuddin berpendapat, pemansuhan ISA bukan satu perkara yang penting dan besar kepada rakyat. Sebaliknya ia hanya "berlegar-legar" di kalangan kumpulan tertentu, katanya.

"Selalunya ISA merupakan isu tentang demokrasi dan sudah tentu ia berlegar-legar dalam politik bandar dan kelompok pertengahan.

"Tetapi, bagi majoriti masyarakat Melayu yang lain mereka tidak merasakan ISA itu satu perkara yang besar sebab kalau kita lihat pemansuhan ini, tidak beri apa-apa kesan tetapi imej Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bertambah baik selepas tercalar semasa Himpunan Bersih 2.0, pemansuhan ISA ini turut memberikan sedikit perubahan terutamanya untuk melakukan transformasi politik," katanya.

Dengan pemansuhan ISA, Pakatan Rakyat dilihat terpaksa akur dengan langkah itu selain sudah tidak boleh menyerang Barisan Nasional (BN) dari sudut akta tersebut.

Justeru Shaharuddin menegaskan, BN berada di landasan tepat dan mempunyai kelebihan untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13.

"Kalau nak kata isu ISA ini akan mempengaruhi pengundi Melayu, ia belum tentu. Tetapi bagi orang Melayu di bandar dan kelompok pertengahan, ia mungkin boleh (mempengaruhi), namun bagi mereka yang berlandaskan pembangunan saya rasa tidak," kata pemerhati politik ini.

Mungkin ISA boleh menjadi isu untuk mempengaruhi masyarakat tetapi bagi orang Melayu banyak lagi isu atau pertimbangan lain yang harus diambil kira. Contohnya soal ekonomi yang lebih penting daripada ISA.

"Saya merasakan orang Melayu di luar bandar tidak merasa apa-apa, cuma kelebihan kini di pihak BN," kata beliau.

Dalam perutusan khas sempena Hari Malaysia, Najib mengumumkan bahawa ISA akan dimansuhkan dan dua undang-undang baru yang sesuai akan digubal bagi memelihara keamanan, kesejahteraan, kesentosaan serta kerukunan hidup rakyat dan negara.

Pun begitu, menurut pensyarah kanan Universiti Sains Malaysia, Dr Azeem Fazwan Ahmad Farouk, pengundi atas pagar mungkin akan terpengaruh dengan langkah Putrajaya kali ini.

"Saya rasa sukar untuk kita buat satu jangkaan bagaimana pemansuhan ISA ini boleh beri kesan negatif atau positif terhadap sokongan pengundi Melayu kepada parti pembangkang," kata Azeem.

Sebenarnya ia bergantung pada pegangan politik individu. Sekiranya individu itu merupakan penyokong tegar parti pembangkang, maka pemansuhan ISA tidak beri apa-apa kesan. Namun jika pengundi itu, tidak memihak kepada mana-mana parti atau atas pagar ia akan beri kesan agak positif kepada kerajaan.

"Kesan ini hanya kepada mereka yang di tengah-tengah atau atas pagar kerana penyokong kerajaan akan tetap sokong kerajaan dan penyokong pembangkang akan sokong pembangkang namun pengundi yang belum buat apa-apa keputusan mungkin akan beri kesan sekiranya mereka diberi penekanan tentang isu hak asasi manusia," katanya.

Beliau juga berpendirian bahawa rakyat tidak akan melihat ISA sebagai isu besar, sebaliknya akan membuat keputusan berdasarkan dasar dan tawaran parti politik terutamanya tentang ekonomi.

"ISA, Akta Rahsia Rasmi dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan ini saya rasa hanya segelintir masyarakat yang memperjuangkan," katanya.

Jelas penganalisis ini masyarakat menekankan soal ekonomi. Jadi katanya, isu ISA tidak akan memberi satu impak yang terlalu besar kerana masyarakat tidak dibelenggu dengan akta-akta ini.

"Banyak lagi isu lain yang mereka penting... lagipun sukar untuk mempolitikkan isu ISA ini," katanya.

Pun begitu memang sukar untuk melihat aliran sokongan pengundi setakat ini kerana rakyat masih menantikan dua akta baru yang akan digubal menggantikan ISA.

"Setakat ini yang saya nampak di kalangan parti pembangkang agar reda sedikit sebab isu ISA ini agak besar bagi pembangkang tapi di kalangan orang ramai belum lagi sebab mereka masih menunggu dua akta itu dan kita tidak pasti ia beri kesan lebih baik atau yang bagaimana," kata Prof Dr Ahmad Atory Hussain.

Beliau menegaskan ISA bukan isu pilihan raya dan keadaan sukar untuk Pakatan Rakyat apabila Putrajaya membuat keputusan untuk memansuhkan akta itu.

"Ia (ISA) bukan penentu besar, soalnya sekarang kita bercerita tentang keamanan dan keadilan, tidak perlu kaitkan dengan pilihan raya sebab ISA ini tentang keadilan," katanya.

Pokoknya, memang pemansuhan ISA bukan isu besar atau modal politik dalam pilihan raya. Tetapi, ia tetap akan menjadi modal politik jika dilihat bila pilihan raya umum ke-13 dipanggil. Sebelum atau selepas janji pembaharuan undang-undang ditunaikan.

MTUC piket 3 Okt jika Parlimen bahas undang-undang buruh

Posted: 25 Sep 2011 04:57 PM PDT


KUALA LUMPUR— Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) akan berpiket — dilihat sebagai tindakan kata dua yang pertama di bawah kepimpinan baru - pada hari pertama sidang Parlimen bulan depan jika Putrajaya meneruskan perbahasan rang undang-undang buruh tanpa perbincangan di majlis melibatkan tiga pihak.

Pendirian itu diputuskan pada mesyuarat majlis am MTUC semalam. MTUC lazimnya mengadakan mesyuarat am setiap enam bulan.

Sesi baru Parlimen bermula 3 Oktober ini dan akan berlarutan sehingga pertengahan Disember.

Walaupun sesi kali ini memfokus perbahasan mengenai Bajet 2012 tetapi beberapa rang undang-undang dijadual akan dibahaskan.

"Jika benar kerajaan meneruskan perbahasan mana-mana rang undang-undang buruh, khususnya Rang Undang-undang Kerja (Pindaan) 2010, MTUC akan mengadakan piket di kawasan Parlimen pada hari pertama persidangan," kata Setiausaha Agung MTUC Abdul Halim Mansor kepada The Malaysian Insider.

Bacaan kali kedua Rang Undang-undang Kerja telah ditangguhkan dua kali sebelum ini.

Antara lain Rang Undang-undang Kerja didakwa merugikan kaum pekerja kerana jika diluluskan akan membolehkan sistem kontraktor pekerja, yang pernah digunakan sebelum negara merdeka, diamalkan kembali. MTUC mendakwa ia akan merugikan pekerja dari segi kebajikan mereka dan menjejaskan masa depan pergerakan kesatuan sekerja di negara ini.

Halim berkata dalam pertemuan dengan Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S Subramaniam sebelum ini MTUC telah diberi jaminan bahawa rang undang-undang buruh termasuk Rang Undang-undang Kerja tidak akan dibawa ke Parlimen tanpa perbincangan selanjutnya dalam Majlis Penasihat Buruh Kebangsaan (NLAC), yang hanya diaktifkan minggu lalu.

NLAC merupakan majlis dianggotai kerajaan, majikan dan pekerja.

"Majlis Am MTUC telah meminta sekretariat agar berhubung dengan kementerian dengan segera untuk mengetahui sama ada Rang Undang-undang Kerja ini akan dibawa ke Parlimen, jika ada, maka ia bertentangan dengan jaminan menteri kepada MTUC sebelum ini.

"Jika diteruskan juga, kami akan mengadakan piket di depan bangunan Parlimen pada petang 3 Oktober ini," kata Halim lagi sambil menegaskan pihaknya mahu memberi pendirian tegas MTUC kepada kerajaan.

"Jika Rang Undang-undang Kerja diterima untuk bacaan kali kedua, MTUC tidak akan teragak-agak untuk berpiket... kami mahu kerajaan mengadakan perbincangan selepas beberapa pindaan disyorkan oleh MTUC," katanya lagi.

Halim menambah, MTUC berpendapat bahawa pandangan pekerja khususnya pendirian kongres itu tidak dibelakangkan sama sekali.

"Kami tidak mahu MTUC dibelakangkan," katanya lagi.

Oktober lalu, Kementerian Sumber Manusia menarik balik Rang Undang-undang Kerja daripada bacaan kedua bagi membolehkan beberapa perubahan dilakukan serta menambah beberapa pindaan lain tetapi enggan mengulas lanjut mengenai perkara tersebut.

Ketika itu, Dr Subramaniam menafikan penarikan itu mempunyai kaitan dengan piket yang dijangka dianjurkan Parti Sosialis Malaysia (PSM) di tujuh lokasi, pada hari keputusan menarik balik diputuskan, bagi membantah cadangan pindaan terhadap beberapa rang undang-undang di bawah kementerian itu.

Dr Subramaniam berkata rang undang-undang itu akan dibentang semula pada persidangan Oktober-Disember 2010 selepas perubahan dilakukan tetapi terus ditangguhkan sehingga kini.

Rang undang-undang itu dibentangkan buat kali pertama pada 8 Julai 2010 meliputi peruntukan mengenai gangguan seksual di kalangan pekerja dan majikan dan kebajikan pembantu rumah.

Bagaimanapun MTUC menyedari pindaan itu membawa kerugian ke atas kebajikan pekerja dalam jangka panjang khususnya sistem kontraktor pekerja diperkenalkan.

Selain peruntukan berkenaan sistem kontraktor sosial, MTUC mahu kerajaan memasukkan cuti bersalin 90 hari dan menaikkan had kerja lebih masa sehingga 130 jam sebulan.

Difahamkan kementerianjuga sedang mengkaji pindaan ke atas Akta Perhubungan Perusahaan dan Akta Kesatuan Pekerja.

Tiada ulasan: