ALHUSSEYN |
Palsu bukti: Gani dicabar saman pihak kaitkan beliau Posted: 26 Sep 2011 07:07 AM PDT
| |
Umno serik di Bukit Gantang, mahukan Gerik pula! Posted: 25 Sep 2011 04:45 PM PDT ![]() Walaupun PM Najib cuba mengangkat kredibiliti parti Gerakan dengan melantik pengerusinya, Koh Tsu Koon (KTK) yang kalah menjadi senator dan seterusnya dilantik sebagai menteri kabinet, namun kecaman dan hinaan semakin rancak bertalu-talu terpaksa diterima oleh KTK yang nampaknya semakin tidak bermaya lagi. Kini pergolakan tersebut menular ke Perak.Gerakan diperlakukan umpama bola yang ditendang kesana kemari.Menurut laporan terkini, calon Umno mungkin akan bertanding semula di kerusi Parlimen Gerik, yang kini disandang wakil Gerakan, pada pilihan raya akan datang. Kerusi yang ditandingi Umno itu diserahkan kepada Gerakan pada pilihan raya 2008 selepas kerusi yang ditandingi Gerakan di Parlimen Bukit Gantang diserah kembali kepada Umno. Mungkinkah kerusi Parlimen Bukit Gantang akan diserah kembali kepada Gerakan? ![]() Nampaknya kerusi Bukit Gantang menjadi igauan kepada Umno setelah dua kali kecundang disitu! Umno tentunya serik untuk bertanding disitu memandangkan kedudukan DS Nizar yang semakin diterima oleh rakyat dikawasan tersebut.Umno menyedarinya sebab itu Umno mesti lari dari situ dan memujuk Gerakan jadi Pak Pacak disitu dalam PRU-13 nanti. Bijak sungguh Umno! Kerusi yang dimenangi di Parlimen Gerik diragut dari tangan Gerakan Apakah Gerakan dikira cerdik jika bersetuju ditempatkan di Parlimen Bukit Gantang sebagai ganti?Nampaknya Gerakan tidak ada pilihan melainkan akur kepada kehendak Zambry untuk jadi Pak Sanggup sahaja. |
You are subscribed to email updates from ALHUSSEYN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Comments (0)
Catat Ulasan