Khamis, 22 September 2011

Ajijoi

Ajijoi


Apa kata Zambry dan Harussani mengenai 'Full Moon Beach Party', Hamidah 'Miss Bikini Malaysia'?

Posted: 21 Sep 2011 06:32 PM PDT

Gejala sosial yang meruntuhkan akhlak terutamanya muda-mudi kita semakin berleluasa dan tidak dapat dibendung lagi. Kita perlu memainkan peranan yang lebih aktif untuk menjauhkan remaja kita daripada sebarang program yang membawa kearah bentuk maksiat. 

Tanggungjawab mencegah kemungkaran perlu dikongsi bersama. Walaubagaimanapun, pihak yang mempunyai kuasa perlu memainkan peranan yang lebih dan tegas dalam memastikan tiada sebarang program mungkar dapat diadakan.

Penganjuran program 'Full Moon Beach Party' di Pulau Pangkor, tempat yang diwakili oleh Zambry sebagai Adun, amatlah dikesali. Hamidah Osman selaku Exco Pelancungan juga perlu bertanggungjawab dalam penganjuran party pantai ini.

Lebih mendukacitakan apabila party tersebut juga mengadakan pertandingan pakaian bikini bagi menarik minat anak-anak muda untuk turut serta.

Sepertimana yang disuarakan oleh Dewan Pemuda Pas Perak, Menteri Besar juga Mufti Perak perlu bertanggungjawab dengan menjelaskan mengenai penganjuran 'Full Moon Beach Party' dan 'Miss Bikini Malaysia' dinegeri ini.

"Miss Bikini Malaysia": MB, Mufti diminta perjelas

IPOH, 21 Sept: Dewan Pemuda PAS Perak menuntut penjelasan Menteri Besar Perak, dan Mufti  berhubung penganjuran Pertandingan Full Moon Beach Party (FMBP) yang bakal diadakan di Pangkor Island Beach Resort pada 7 dan 8 Oktober nanti.

Program itu juga difahamkan turut akan mempertandingkan Miss Bikini Malaysia.

Setiausahanya, Salman Saleh berkata pihaknya terkejut apabila penganjuran itu turut diiklankan dalam akhbar berbahasa Inggeris dan juga dipromosikan melalui laman sosial Facebook.

"Jesteru itu, kami menuntut penjelasan berikutan sudah tersebarnya hebahan pertandingan tersebut yang jelas amat memalukan.

"Kami juga amat kecewa kerana ianya diadakan di kawasan (Menteri Besar) Datuk Seri DiRaja Dr Haji Zambry Abdul Kadir yang kini sebagai orang nombor satu negeri Perak dan memegang portfolio agama Islam," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Tambahnya lagi, program pelancongan ini yang di bawah kendalian Datuk Hamidah Osman perlu peka dan sensitif terhadap perkara ini. 

"Kami juga memohon Mufti Kerajaan Negeri Perak, Tan Sri (Dr) Haji Harussani Zakaria agar memberikan nasihat kepada Kerajaan Negeri Perak di dalam isu ini," desaknya.

Beliau juga mahu program tidak bermoral tersebut dibatalkan dengan kadar segera.

Tiada ulasan: