Ahad, 18 September 2011

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


ISA dimansuhkan - kita tunggu ratusan isu yang lain diselesaikan

Posted: 18 Sep 2011 03:51 AM PDT

Oleh Aspan Alias


ISA akhirnya di mansuhkan setelah begitu lama diperjuangkan oleh rakyat dan Najib mengambil tindakan unuk menuruti kehendak sebahagian rakyat supaya Akta itu dimansuhkan. Akta ini telah menjadi isu yang begitu lama diperjuangkan oleh sebahagian rakyat melalui berbagai-bagai NGO dan parti-parti pembangkang dan isu ini merupakan isu yang sangat kuat dipertahankan oleh kerajaan BN yang memerintah sejak merdeka.

Oleh kerana keadaan lemah yang sedang menimpa kerajaan BN maka Najib mengambil langkah untuk menurunkan sedikit keresahan sebahagian rakyat terhadap kepimpinan BN dan kepimpinan beliau sendiri dengan mengambil langkah menyerah dan memansuhkan Akta ini.Akhirnya Najib terpaksa mengambil langkah untuk melaksanakan apa yang PR janjikan di dalam Buku Jingga jika PR mengambil alih kerajaan selepas PRU13 nanti, iaitu menghapuskan undang-undang draconian seperti ISA.

Oleh itu syabas di ucapkan kepada parti-parti pembangkang serta NGO yang selama ini memperjuangkan supaya Akta ini dimansuhkan…..dan dalam keadaan BN lemahlah rupanya baru usaha berbagai pihak untuk memansuhkan akta ini berjaya. Elok kita ucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Najib kerana membebaskan rakyat dari keresahan kerana Akta Keselamatan Dalam Negeri yang di tinggalkan oleh penjajah British dahulu (jika kita masih mengakui yg kita pernah dijajah).

Keputusan Najib ini tidak lain dari usaha untuk memberikan kembali tenaga kepada kerajaan yang memerintah untuk mendapatkan kembali sokongan yang telah banyak hilang dari rakyat. Pilihanraya umum pula yang kian hampir tiba ini sedang mendebarkan BN dengan hebatnya. Keputusan memansuhkan ini tentunya merupakan kejayaan perjuangan parti-parti pembangkang untuk memaksa kerajaan pimpinan Najib mengambil keputusan untuk tunduk kepada desakan ini.

Sekarang tentulah rakyat sedang memerhatikan isu-isu yang belum di selesaikan oleh pihak pemerintah yang menjadi teras kepada pejuangan sejagat rakyat Malaysia yang sudah membuka mata dan minda mereka. Isunya banyak.

Isu yang paling besar yang harus di selesaikan oleh pimpinan pada hari ini ialah isu persepsi buruk rakyat terhadap kerajaan pada hari ini, iaitu isu rasuah. Banyak kepimpinan negara-negara lain di dunia ini telah jatuh kerana isu rasuah yang tidak terkawal. Rasuah yang kini menjadi ketagihan kepada pimpinan BN pada masa ini amat sukar untuk di selesaikan kerana persepsi rakyat terhadap isu ini bukannya kecil, malah ianya adalah isu yang lebih besar dari isu ISA ini.

Isu rasuah yang melibatkan pemimpin-pemimpin yang hangat diperkatakan oleh rakyat sejak beberapa lama dahulu masih lagi belum dapat diselesaikan oleh kerajaan Malahan masih lagi berlaku tindakan-tindakan yang membawa syak wasangka rakyat. Kita tidak boleh salahkan rakyat kerana mempunyai prasangka terhadap kejujuran pemimpin kerana pengalaman yang lama dan banyak berlakunya penyelewengan di kalangan pimpinan sejak beberapa lama dahulu. Sekarang ini rasuah dan UMNO itu sudah menjadi sinonim.

Kenaikan harga barang yang tidak terkawal juga menjadi isu besar terhadap kerajaan. Apa yang hendak dilihat oleh rakyat ialah usaha yang organik dalam penyelesaian terhadap isu ini. Kedudukan monopolistik syarikat beras negara misalnya membuatkan harga beras begitu tinggi dan rakyat belum lagi nampak usaha-usaha pihak pemerintah untuk menjadikan beras sebagai item keperluan yang keluar dari keistimewaan monopoly yang telah dimunafaatkan oleh syarikat beras ini untuk membuat keuntungan yang begitu besar di atas keperitan pengguna yang dalam kesusahan.

Kerajaan amat takut untuk membiarkan syarikat beras dan gula dalam negara ini untuk beroperasi dengan persaingan yang sihat dengan menambah bilangan syarikat pengimport atau pengeluar beras dan gula dalam negara ini. Kerajaan masih lagi tidak sensitif terhadap kesusahan rakyat yang dipaksa membayar tol yang begitu mahal kepada syarikat-syarikat konsessi lebuhraya walaupun jumlah trafik yang melalui lebuhraya hari ini berlipat kali ganda dari masa konsessi itu ditanda tangani.

Malahan masih terlalu banyak lagi isu yang melibatkan kesusahan orang ramai yang belum pun nampak usaha yang jelas untuk mencapai penyelesaiannya. Isu-isu yang besar ini tidak mampu ditutupi dengan pemansuhan ISA oleh kerajaan semalam. Pemansuhan ISA itu tidak akan memperbaiki keadaan hidup rakyat serta politik mereka. ISA ini hanya melibatkan kumpulan yang amat kecil rakyat jika ianya dimansukan sekali pun.

Isu tuntutan Bersih 2.0 masih lagi menghantui rakyat ramai. Isu ketelusan SPR masih lagi tidak ada nampakan bayangan perubahan dan rakyat sedang menunggu hasil dari 8 tuntutan Bersih baru-baru ini. Kerajaan patut mengambil berat tentang isu ini kerana ianya melibatkan jutaan rakyat yang layak mengundi.

BN terpaksa menyelesaikan isu-isu seperti ini dengan segera. BN wajar menerima hakikat ini kerana rakyat kini sudah mempunyai pilihan. Dahulunya rakyat merasakan tidak ada pilihan kerana rakyat dimomokan yang tidak ada parti lain yang mampu memerintah.

Tetapi kini rakyat telah nampak yang parti-parti lain pun berkemampuan untuk mentadbir kerajaan malah lebih bersih dari yang kita lihat dalam pentadbiran kerajaan BN. Hanya aktivis parti-parti dalam BN sahaja yang menafikannya dan ini kita sedia faham kerana politik kepartian yang kian menebal sekarang ini.

DAP, PAS dan PKR masing-masing ada pengalaman mentadbir negeri-negeri yang telah jatuh ketangan mereka. Kemampuan itulah yang menyebabkan rakyat ramai merasakan yang mereka ada pilihan untuk memberikan mandat dan tidak semestinya mandat itu hanya diberikan kepada BN seperti pengalaman dulu-dulunya.

Kalau dahulunya UMNO meletakan kekuatannya dengan menggunakan isu rasis dengan menakut-nakutkan rakyat dengan isu 13 Mei misalnya, tetapi isu rasis sudah menjadi isu yang dibenci rakyat ramai kecuali disokong oleh mereka yang berpolitiking dan yang ingin mengambil posisi dengan parti masing-masing lebih-lebih lagi dalam kita menunggu ketibaan PRU yang akan datang ini. Malahan parti-parti yang mempunyai ahli mengikut bangsa masing-masing sudah mula ditinggalkan rakyat.

Rakyat mempunyai selera terhadap parti-parti yang berbentuk multiracial yang didukong oleh rakyat berbilang kaum. Oleh kerana sikap rasis pemimpin dan ahli-ahli dalam UMNO, MCA dan MIC maka BN sekarang sudah hilang umph nya dari sudut pandangan rakyat. Rakyat mulai terasa yang selagi kita memainkan isu rasis selagi itulah mereka (rakyat) tidak merasakan hidup dalam keadaan aman dan makmur di negara ini.

Itulah sebabnya parti-parti dalam komponen Pakatan Rakyat merupakan alternatif yang 'natural' oleh rakyat yang mahukan hidup berbaik sangka di antara satu kaum dengan kaum yang lain.

Rakyat masih menunggu apa tindakan kerajaan terhadap 18 kes rasuah yang berprofil tinggi yang di sebut oleh Rais Yatim semasa beliau mengetuai jabatan undang-undang negara di Jabatan Perdana Menteri dahulu Sehingga sekarang kes itu belum lagi keluar. Adakah rakyat terpaksa menunggu 50 tahun sebelum kes itu ditimbulkan seperti perjuangan untuk memansuhkan ISA ini? Rakyat mahukan kes ini di bawa ketengah kerana ianya melibatkan wang titik peluh rakyat yang membayar cukai kepada kerajaan tadbiran BN ini.

Buat setakat ini kita patut mengucapkan terima kasih di atas pemansuhan ISA itu. Setidak-tidaknya sudah ada satu perjuangan rakyat yang sudah berjaya dari ratusan isu-isu yang berbangkit terhadap kerajaan yang ada pada hari ini.

Kita tunggu ratusan isu yang nasih belum di selesaikan sebelum pilihanraya ini.

Butiran video seks terbaru anwar ibrahim dan kepelikan yang papa gomo kena jawab

Posted: 18 Sep 2011 03:41 AM PDT

Sumber AmenoWorld

Aku jelajah blogs pro umno dan aku dapat tahu beberapa butiran mengenai video seks yang bakal didedahkan tak lama lagi, iaitu ;
1. Tarikh video 13 jan 2011
2. Atas katil dengan dua wanita thailand
3. Rakaman hitam putih.


Ada beberapa perkara mengconfiuskan aku. Lihat bawah neh ;



Eskay memang pakai baju lengan pendek dalam dan luar bilik. Sebelum dan selepas rakaman. Kalau tak silap aku tue jam tangan kot dalam gambar kedua neh. Tapi masalah sekarang bukan pada baju eskay sebaliknya pada baju anwar ibrahim. Lihat bawah neh ;


Maaf agak lucah sket. Gambar neh aku petik dari blog badutrakyat. Posting asal yang ada gambar neh dah hilang. Aku pun tatau napa. Tapi baju yang dsai pakai dalam video seks atas neh ialah lengan panjang. Bukan lengan pendek. Dalam video yang disebarkan papa gomo dia hentikan video sampai dsai pakai baju lengan pendek tshirt je. Aku sebenarnya tak tengok rakaman neh lebih dari sekali. So aku takley memorize apa2 sangat dalam neh. Yang aku ingat masa aku tengok cctv naik lif yang disebarkan oleh papa gomo tue ialah dsai pakai kemeja kosong ketika dalam bilik .

Tapi yang disiarkan dalam youtube neh ada corak. Walaupun dalam versi hitam putih aku tak rasa kemeja yang ada corak akan hilang coraknya terus dan menampakkan ia sebagai kemeja kosong. Apatah lagi jadi singkat selepas panjang. Takan dsai nak auter baju lengan panjang dia jadi pendek plak masa turun? Ataupun auter baju lengan pendek jadi panjang selepas naik? Lalu aku buat sedikit analisis.

Lihat bawah neh ;

Aku edit guna photoscape. Asalnya aku nak edit guna picasa tapi gagal. Dah berkali2 aku nak edit tapi gambar takmo masuk picasa. Aku sampai menangis depan komputer. Nak marah, dia komputer. Sebab dah terlampau marah aku keluar airmata. Itu pun nasib baik aku teringat ada photoscape. Kalau tak aku nak berhenti sejenak je daripada update. Tension siot. Heheheh..

Nampak tak perbezaan disini? Lagi satu semasa aku amati video yang papa gomo neh bagi betul2 memang aku perasan ketika turun di kedua2 belah tangan dsai tiada jam tangan. Itu apa yang aku nampak. Korang boleh teliti sendiri. Mungkin apa yang aku nampak tidak sama apa yang korang nampak.

Dan lihat bawah neh lagi ;


Apa benda yang eskay bawa neh? Video ka? Aku takmo buat apa2 konklusi disini. Tapi kemon larh.. video + cctv yang digabungkan? Jadi satu cerita? Kalau ada cctv eskay dan anwar ibrahim masuk bilik mesti ada cctv wanita itu naik lif juga kan?

Dan lagi satu tak silap kisah video seks part 1 menunjukkan bahawa anwar ibrahim orang yang dah ada dalam bilik awal2, manakala wanita dan eskay ialah mereka yang baru masuk bilik. Aku ingat pasal benda neh aku dah tonton banyak kali pasal aku nak mencari bukti bagi menyakinkan diri aku bahawa dsai difitnah. Bagi aku selagi aku tak yakin dsai difitnah selagi itu aku tidak akan berhujah dalam isu neh. Aku sendiri kena yakin dan percaya dulu bahawa dsai tidak bersalah baru aku boleh yakinkan orang lain. Simple.

Sebab tue aku tonton part 1 berkali2 sampai dah hafal jalan citer dia. Mengenai jam pula aku memang sengaja tulis disini sebab benda tue aku notice. Selalu aku tengok orang lelaki ketika nak bersolat dorang akan tanggal jam dan masukkan ia ke dalam kocek. Sebab nak berwudhu. Aku tak pakai jam tangan tapi boleh jadi ketika itu dsai ada sebab untuk buka jam tersebut. Itupun andai benar dsai orang yang berada dalam cctv terbabit. Tapi pelaku seks dalam video terbabit memang bukan dsai.

Bagi aku tarikh dalam cctv juga boleh diubahsuai. Benda neh sebenarnya mudah je. CCTV neh tidak akan wujud sekarang. Mesti dah lama wujud andai benar dsai berada di sana. Tetapi kenapa dedahkan rakaman neh sekarang? Melainkan rakaman neh baru dibuat ataupun baru diperolehi daripada beberapa destinasi yang pernah dikunjungi bersama..? Nampak tak keraguan disini?

Dan tak silap aku eskay cakap dia yang bawa wanita tue pergi kepada dsai. Aku tak faham maksud dia bawa pergi tue apa. Adakah dia amek wanita tersebut dan bawa naik ke appartment ataupun dia tahu contact no perempuan tue? Kalau dia ada info sepatutnya dah lama polis berjaya dedahkan wanita dalam video seks terbabit. Hairan gak aku.. dengan pelbagai teknologi dan kuasa yang ada amat mustahil sukar mencari seorang wanita? Melainkan.. memang taknak cari ataupun tak boleh cari.

Lue fikirlah sendiri tapi papa gomo berani ka nak jawab pasal neh? Jawapan dia bagi aku sebenarnya tak penting. Pasal dari dulu lagi dia cuma nak menjatuhkan kredibliti dan imej pemimpin pembangkang [cara fitnah] bukan nya nak berhujah pasal fakta ataupun meningkatkan sistem pentadbiran negara. So ada ataupun tiada, jawapan dia tak pernah penting pun pada aku dan korang seme. Heh.

Ameno : rosak larh lue orang dipornokan umno.. adakah khir toyo membayar papa gomo untuk menjatuhkan dsai in order untuk membolehkan khir toyo bebas dari tuduhan mahkamah? <-- tanya.. ye tanya.. ada informer tapi tiada bukti.. so aku tanya je.. jangan cakap aku tuduh or fitnah pula yer.. heh

BOLEH PERCAYA KA!!! 20 ahli PAS masuk UMNO di Kulim , yang 50 di Padang Terap pun tak dapat bagi bukti

Posted: 18 Sep 2011 03:35 AM PDT

PASPB

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjh1zTs3krim8ZhE3qt12JRd_FoyD1frERbex22S_edpSgyq7hp32u87JeCCm7wGW1W1JVfk1LSz1Lr_jd_sQtDMpLKWcmHoC7Tff7e0dc4VOE_EmvEYPmXq0vB1Sd3rKaDI7GCNEYIa1Cv/s400/umno+KAH+KAH+KAH.jpg

Kes 50 orang masuk Umno-APCO kat Padang Terap pun sampai sekarang takde bukti, tiba-tiba kat Kulim bukak auta baru. Lama-lama tinggal Menteri Besar, Exco dengan ADUN je dengan kat dalam PAS
.JP


Seramai 20 anggota PAS ranting Kampung Permatang Pasir di sini, yang kecewa dengan tindak tanduk timbalan presiden parti itu Mohamad Sabu akhir-akhir ini, mengambil tindakan keluar parti untuk menyertai Umno Bahagian Kulim/Bandar Baharu.

Mereka diketuai Saridan Md Noh, 42, menyerahkan borang menyertai Umno kepada Ketua Umno Bahagian Kulim/Bandar Baharu Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir di majlis rumah terbuka Aidilfitri anjuran Pergerakan Pemuda UMNO Bagan Samak dan Pekan Bandar Baharu, di Wakaf Bandar Baharu di Bandar Baharu, semalam.


Lebih ramai lagi rakan-rakannya daripada PAS Permatang Pasir dan beberapa lagi dalam daerah Bandar Baharu akan bertindak mengikut jejak langkahnya dalam tempoh terdekat, katanya kepada pemberita di sini.


Saridan berkata kumpulan yang mengikutnya keluar daripada parti itu sebenarnya telah menjadi anggota aktif parti itu sejak tiga pilihan raya umum lalu iaitu sejak 15 tahun lalu.


Beliau mendakwa anggota PAS di Bandar Baharu bagaikan 'anak ayam kehilangan ibu' berikutan pimpinan PAS Bandar Baharu dan Parlimen Kulim/Bandar Baharu tidak sehaluan dengan mendakwa Anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar Baharu diwakili PAS pula sukar ditemui.


Sementara itu, Abdul Aziz yang juga Penyelaras BN Parlimen Kulim/Bandar Baharu menjelaskan bahawa Umno Bahagian kini semakin banyak menerima penyertaan anggota-anggota baru dan sentiasa mengalu-alukan kalangan masyarakat tempatan khususnya dari kalangan belia sama lelaki atau wanita menyertai parti itu.


"Sehingga ini kami menerima lebih 1,000 anggota baru dan saya menyanjung tinggi usaha dan kerja keras dijalankan semua sayap parti khususnya Ketua Pemuda Bahagian dalam usaha menambahkan anggota baru," katanya.
-Bernama

PKR Ragui Klip Terbaru, Dakwa Umno-BN Teruskan Taktik Lama

Posted: 18 Sep 2011 03:31 AM PDT

TVS NEWS


KUALA LUMPUR : Pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyifatkan tindakan menyiarkan satu lagi sedutan klip, menunjukkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menggunakan lif apartmen lokasi didakwa melanggani pelacur asing, sebagai perbuatan terdesak Umno-BN berterusan dan terancang dengan bantuan pihak berkuasa.

Naib Presiden PKR N Surendran berkata, pihaknya yakin tindakan sedemikian akan dipertingkatkan ketika pilihan raya umum ke-13 disebut-sebut akan diadakan dalam waktu terdekat.

Sambil menegaskan orang ramai sudah bosan dengan perbuatan sedemikian, peguam ini menambah, beliau yakin Umno-BN akan meneruskan serangan sedemikian selepas ini.

"Saya hendak sebutkan dengan ringkas ... ini kerja terdesak musuh politik Datuk Seri Anwar (gambar), mereka merancang dan adakan klip-klip rekaan, dan saya yakin setiap bulan akan ada terbitan macam ini ... ini dilakukan oleh Umno-BN, dengan kerjasama pihak berkuasa, saya berani untuk mengatakan yang ini," kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider malam tadi.

"Sebagaimana kami katakan sejak timbulnya klip rakaman sebelum ini, dalam dunia teknologi yang canggih pada masa sekarang, bukan sukar untuk mengadakan bahan-bahan macam ... saya yakin mereka akan terus dengan perbuatan mereka sehingga pilihan raya," kata beliau yang turut mengakui bahawa warna pakaian dikenakan oleh ahli perniagaan Datuk Shahzryl Eskay Abdullah dalam video yang dipertontonkan pada Mac lalu dan disebarkan menerusi Internet kemudian berbeza dengan dalam sedutan klip terbaru dilihat semalam.

"Ya, kedua-duanya jauh berbeza ... ini sudah cukup untuk mengatakan bahawa ada unsur rekaan dan manipulasi, yang penting untuk dikatakan di sini ialah pihak terbabit mereka cipta bahan macam ini," katanya lagi sambil menambah, biar rakyat menilai perbuatan mereka.

Kata beliau, musuh politik seharusnya berani untuk berhadapan isu-isu dasar daripada menggunakan taktik dan serangan macam ini.

Selepas mendedahkan klip rakaman video seks, didakwa pelakunya Anwar awal tahun ini, semalam blog pro-Umno menyiarkan sedutan klip menunjukkan Ketua Pembangkang itu memasuki lif premis lokasi kejadian.

Sedutan yang dibawa blog papagomo menunjukkan Anwar memasuki lif sebuah apartmen dengan diiringi Shahzryl Eskay, dirakamkan melalui kamera litar tertutup (CCTV).

Ia menunjukkan Anwar memakai baju ungu dan berselipar manakala Shahzryl Eskay sut berwarna hitam.

Dua sedutan klip dimuatkan iaitu masing-masing satu ketika masuk ke dalam lif dengan Anwar di depan dan satu lagi ketika keluar dari lif. Ketika keluar lif, Shahzryl Eskay berada di depan.

Butiran pada sedutan itu menunjukkan mereka masuk ke dalam lif pada pukul 10.09 malam dan keluar pada pukul 10.52 malam, 21 Februari lalu.

Tarikh itu sama dengan tarikh kejadian hubungan seks dengan pelacur dari China didakwa diadakan, yang didedahkan oleh "Datuk T" pada 21 Mac lalu.

Sedutan ini berwarna manakala klip rakaman yang didedahkan pada 21 Mac lalu pula berwarna hitam. Sedutan klip rakaman hitam putih telah pun didedahkan kepada umum melalui blog-blog Umno sebelum ini.

Kata blog papagomo, "rakaman yang mana dirakam oleh CCTV dengan warna jelas dan muka Anwar juga jelas kelihatan. Waktu rakaman juga selari dengan apa yang dilakukan oleh Dato Seri Anwar bersama pelacur China tersebut."

Blog itu juga mendakwa waktu yang dicatatkan pada video seks tersebut seiring dengan rakaman CCTV yang menunjukkan Anwar masuk ke dalam lif dan kemudian keluar.

"Malah sebelum ini juga kita semua telah didedahkan dengan kehilangan Datu Seri Anwar Ibrahim dalam Twitter dan Facebook waktu hubungan seks tersebut berjalan," kata blog tersebut.

Anwar bagaimanapun telah menafikan 'kehilangan' yang dimaksudkan dan beliau juga bukan lelaki yang didakwa dalam video itu.

Beliau membuat laporan polis pada 22 Mac lalu iaitu sehari selepas Shahzryl Eskay mendedahkan klip rakaman itu.

Shahzryl dan bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari agung Perkasa Datuk Shuib Lazim - mengelar diri mereka "Datuk T'mengaku bertanggungjawab atas tindakan mendedahkan klip itu kepada wakil media terpilih pada 21 Mac lalu di Carcosa Seri Negara.

Pada 24 Jun, trio "Datuk T" itu mengaku bersalah menayangkan rakaman video seks Mac lalu dan dikenakan denda total RM5,500.

Isu gereja: Laporan Jais diterima esok, kata MB Selangor

Posted: 18 Sep 2011 03:30 AM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER

SHAH ALAM – Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berkata beliau akan menerima laporan mengenai pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) bulan lalu, esok.

Pada 3 Ogos lepas, Jais melakukan pemeriksaan ke atas DUMC selepas mendapat maklumat terdapat orang Islam menyertai majlis yang dianjurkan gereja itu serta ada maklumat berlaku penyebaran ajaran Kristian kepada mereka yang beragama Islam di gereja berkenaan.

Bagaimanapun, pihak penganjur yang dikenali sebagai Komuniti Harapan mendakwa mereka hanya menganjurkan majlis kesyukuran di gereja itu.

Khalid (gambar) bercakap kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Penutup Kursus Haji Perdana Peringkat Selangor yang disempurnakan oleh Tengku Panglima Selangor Tengku Sulaiman Shah di Masjid Negeri Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini hari ini.

Ekoran aduan itu, Jais telah memanggil seramai 12 individu beragama Islam yang hadir pada majlis anjuran DUMC itu untuk diambil keterangan bagi menyiasat dakwaan berlakunya kegiatan memurtadkan umat Islam pada majlis tersebut.

Khamis lalu, Pengarah Jais Marzuki Hussein berkata siasatan sudah siap dan akan diserahkan kepada Menteri Besar dalam waktu terdekat.

"Laporan kita sudah siap, tunggu dipanggil Menteri Besar apabila beliau balik dari Jerman," katanya.

Marzuki berkata, Jais menunggu masa sesuai untuk menemui Khalid bagi menyerahkan laporan lengkap berkenaan.

Pada 7 September lalu, Khalid berkata beliau menjangkakan laporan lengkap akan diterima sekembalinya beliau dari lawatan kerja ke Jerman.

Menurut beliau, tempoh itu sudah memadai dengan permintaan Jais yang mahu laporan itu disiapkan dalam masa sebulan.

Khalid berkata, laporan tersebut akan dibentangkan pada mesyuarat Exco Kerajaan Negeri terlebih dahulu.

Pada 25 Ogos lalu, Jawatankuasa Pendengaran yang dibentuk oleh Kerajaan Negeri Selangor telah mengadakan pertemuan dengan Jais dan wakil-wakil dari Harapan Komuniti yang menganjurkan majlis makan malam pada awal bulan lalu di gereja berkenaan.

Malah Jais berpandangan bahawa wujud kes prima facie membabitkan 12 individu Muslim yang disiasat ketika majlis makan malam itu.

Dalam pada itu, Khalid dipetik Bernama Online berkata, beliau masih belum mendapat laporan berhubung peletakan jawatan dua daripada tiga pegawai Universiti Selangor (Unisel) yang menjadi kontroversi dalam isu peletakan jawatan naib canselor Datuk Dr Rosti Saruwono baru-baru ini.

Katanya, segala penjelasan atau penerangan berhubung peletakan jawatan dua pegawai berkenaan akan diberikan esok atau lusa selepas beliau mendapat laporan daripada pemangku Naib Canselor Unisel Profesor Dr Anuar Ahmad.

"(Sehingga kini) saya belum dimaklumkan, apapun ada peraturan perjawatan dan seterusnya ...," katanya mengulas laporan akhbar bahawa bekas Dekan Fakulti Perniagaan Prof Dr Khalifah Othman dan bekas Pengarah Pemasaran dan Komunikasi Korporat Halid Hasbullah meletakkan jawatan pada 9 September lalu.

Sebelum ini, kedua-duanya telah ditukar jawatan sebagai pensyarah di Fakulti Perniagaan selepas kontroversi peletakan jawatan secara mengejut oleh Dr Rosti pada 3 Ogos lepas.

Perkasa tolak jika undang-undang baru tiada ‘semangat’ ISA

Posted: 18 Sep 2011 03:27 AM PDT


KUALA LUMPUR – Perkasa akan menolak undang-undang antikeganasan yang disyorkan oleh pentadbiran Najib jika ia tidak mengekalkan semangat pencegahan yang ada dalam Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali (gambar) berkata kerajaan perlu mengekalkan aspek-aspek berkaitan pencegahan dalam ISA bagi memastikan pihak berkuasa ada peruntukan dan instrumen secukupnya bagi menangani aktiviti-aktiviti subversif dan menjaga keselamatan negara.

Ketua pertubuhan bukan kerajaan membela hak orang Melayu ini berkata, tindakan menghina Islam dan kritikan ke atas Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan adalah antara aktiviti yang boleh mencabar kestabilan dan keselamatan rakyat.

"Kami tahu siapa yang melakukannya tetapi sukar untuk membuktikan di mahkamah.

"Tetapi (pasukan) keselamatan tahu siapa yang bertanggungjawab," kata beliau kepada pemberita selepas mengadakan mesyuarat khas membincangkan pendirian yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak Khamis lalu.

MENYUSUL LAGI

Papagomo niat jahat, AMK lapor polis

Posted: 18 Sep 2011 03:25 AM PDT

Penulis blog itu mendakwa rakaman CCTV itu berkait dengan rakaman video adegan seks individu yang didakwa sebagai Anwar dengan seorang pelacur China.



KUALA LUMPUR: Angkatan Muda Keadilan (AMK) hari ini membuat laporan polis terhadap penulis blog Papagomo yang menyiarkan klip video dua lelaki yang didakwa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah.

Laporan dibuat Timbalan Ketua Penerangan AMK Rozan Azen Mat Rasip di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini petang tadi.

Ini berikutan dua klip video yang didedahkan Papagomo pagi semalam yang menunjukkan rakaman litar tertutup (CCTV) dua lelaki menuju masuk ke dalam dan keluar lif bangunan dipercayai sebuah hotel di Ampang.

Penulis blog itu mendakwa rakaman CCTV itu berkait dengan rakaman video adegan seks individu yang didakwa sebagai Anwar dengan seorang pelacur China yang pernah didedahkan Mac lalu.

Klip rakaman CCTV itu kemudiannya mula tersebar kepada orang awam melalui Youtube dan disiarkan media termasuk Buletin Utama TV3 malam semalam.

Sehubungan itu, Rozan dalam laporannya mahu Papagomo disiasat berikutan penyebaran video tersebut yang dianggapnya berniat jahat
sehingga mampu mengelirukan orang awam.

Beliau juga mahu penulis blog itu dikenakan tindakan kerana mengancam untuk mendedahkan lagi klip video yang berkaitan dengan isu ini pada masa akan datang.

"Beliau secara jelas menuduh dan mengaibkan nama baik Anwar.

"Beliau juga harus disiasat dari sumber mana beliau dapat rakaman video berkenaan malah mahu mendedahkan lagi klip video lain pada masa akan datang," katanya dalam laporan polis tersebut.

Enggan mengulas teknikal kesahihan klip video itu, Rozan turut mendesak Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar membuat kenyataan bagaimana rakaman tersebut boleh berada di tangan Papagomo walaupun kes itu masih dalam siasatan polis.

Konspirasi jahat Umno-BN?

Beliau juga mahu pemimpin Umno membuat kenyataan menafikan mereka ada kaitan dengan penulis blog berkenaan yang didakwanya sebagai konspirasi jahat Umno-BN untuk menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU13).

"Kita juga mahu Eskay buat kenyataan media jelaskan bagaimana video ini boleh sampai ke tangan Papagomo," katanya.

Rakaman video berwarna yang disiarkan dalam blog Papagomo pagi semalam menunjukkan individu yang didakwa Anwar, memakai baju ungu dan berselipar berjalan bersama ahli perniagaan Eskay dari arah lobi sebuah bangunan yang didakwa penulis blog itu sebagai Ampang Apartment.

Eskay kemudiannya dilihat menekan butang lif untuk menuju ke atas sebelum masuk ke dalam lif bersama Anwar.

Waktu rakaman CCTV itu juga menunjukkan individu yang didakwa sebagai Anwar masuk ke dalam lif bersama Eskay pada pukul 10.09 malam dan kemudiannya berjalan keluar dari lif pukul 10.52 malam.

Manakala waktu rakaman video hitam putih adegan dalam sebuah bilik yang pernah tersebar sebelum ini menunjukkan bermula kira- kira pukul 10.30 malam.

Rakaman CCTV berdurasi 3 minit 48 saat itu menunjukkan tarikh 21 Februari 2011, tarikh rakaman yang sama dengan video adegan seks dalam sebuah bilik sebelum mula didedahkan kepada wartawan di Hotel Carcosa Seri Negara Mac lalu.

PM: Pemansuhan ISA usaha jadi demokrasi terbaik

Posted: 18 Sep 2011 03:23 AM PDT

MALAYSIA KINI


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) adalah satu usaha untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara demokrasi terbaik di dunia.

Najib berkata, langkah tersebut dilihat dapat dilaksanakan kerana kejayaan pembangunan negara, sikap rakyat yang semakin matang serta peningkatan kesedaran masyarakat terhadap hak asasi manusia.

"Ini bukan desakan mana-mana pihak tetapi jasa dan budi kerajaan BN yang telah diperjuangkan selama ini," katanya ketika berucap pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri beliau di Pekan, hari ini.

Turut hadir isteri Perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor. Kira-kira 50,000 orang hadir bagi memeriahkan majlis berkenaan.

Najib berkata, cadangan berkenaan adalah sebagai satu transformasi politik negara dalam perihal menjaga hak asasi manusia.

"Sudah sampai masa kita melangkah satu lagi ke hadapan membawa negara (ke tahap) begitu tinggi bukan sahaja dari segi ekonomi serta pendidikan tetapi pegangan prinsip demokrasi kita nak letak antara terbaik di dunia," katanya.

Beliau berkata, kerajaan BN akan meneruskan pembelaan dalam semua aspek bagi meningkatkan kesejahteraan rakyat.

"Kita negara moden dan progresif, kita tak lupa mereka yang menyokong kita, di luar bandar dan bandar yang perlu diberi perhatian apa yang dikehendaki rakyat, tekanan dan masalah kehidupan kita akan teruskan (pembelaan)," katanya.

Sementara itu, Perdana menteri berkata keunikan negara Malaysia perlulah dijaga dan dipupuk dengan rasa muhibah selaras dengan pembangunan negara.

Katanya, dengan itu rakyat dapat menyambut pelbagai perayaan dalam suasana harmoni tanpa rasa bimbang dan takut.-- Bernama

Bangladesh dakwa diberi kerakyatan mudah M'sia

Posted: 18 Sep 2011 03:23 AM PDT

MALAYSIA KINI


Laman web Biro Hal Ehwal NGO pejabat Perdana Menteri Bangladesh Sheikh Hasina hari ini menyiarkan laporan dengan memetik sumber yang mendakwa bahawa pekerja Bangladesh di Malaysia diberi kewarganegaraan dengan mudah asalkan mengundi parti yang mewakili kerajaan pemerintah.

Pejabat Perdana Menteri Bangladesh itu dikatakan telah menerima pengesahan daripada sebilangan pekerja Bangladesh dalam beberapa sektor di Malaysia bahawa mereka diberi taraf kewarganegaraan sejak tahun lepas, lapor Bernama.

Menurut laman web itu, Hasina telah bertemu dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan menurut sumber dengan kedudukan yang tinggi mendakwa Najib memberi jaminan menimbang isu itu ketika beliau (Hasina) berada di Malaysia untuk menghadiri Forum Dunia 66 Ekonomi Islam di Kuala Lumpur pada bulan Mei 2010.

Sementara itu, agensi berita nasional itu juga melaporkan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan dakwaan itu.

Sambil menolak dakwaan bahawa golongan itu juga diberi hak mengundi pada pilihan raya di Malaysia, Muhyiddin berkata kerajaan tidak perlu berbuat demikian apatah lagi jika ia dikaitkan dengan proses pilihan raya.

Katanya kerajaan tidak begitu terdesak sehingga perlu memberikan taraf kewarganegaraan semata-mata untuk meraih undi dan memastikan kemenangan pada pilihan raya akan datang.

"Kita boleh minta penjelasan dari pihak Bangladesh apakah benar kenyataan itu dibuat oleh Perdana Menteri kerana dari segi soal kerajaan kita tidak buat begitu. Seseorang yang hendak jadi warganegara perlu melalui pelbagai proses, tempoh masa berapa lama dah berada di sini, sama ada dia betul-betul tahu keadaan di sini dan sebagainya sebagaimana yang biasa kita lakukan.

"Tidak ada kita bagi keistimewaan kepada warga Bangladesh. Apatah lagi dikaitkan dengan pilihan raya. Macam kita ini terdesak sangat nak minta orang seperti itu didaftarkan jadi warganegara dan nak suruh dia pergi undi. Kalaupun undi, dia masuk tong dan kita tak tau dia undi siapa pun," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Nasional Parti Makkal Sakti Malaysia 2011 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur, hari ini.

Justeru, Muhyiddin berkata beliau akan meminta pejabat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Bangladesh menyemak perkara berkenaan sama ada ia benar atau tidak, lapor Bernama lagi.

PKR ragui klip terbaru, dakwa Umno-BN teruskan taktik lama

Posted: 18 Sep 2011 12:49 AM PDT


KUALA LUMPUR — Pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyifatkan tindakan menyiarkan satu lagi sedutan klip, menunjukkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menggunakan lif apartmen lokasi didakwa melanggani pelacur asing, sebagai perbuatan terdesak Umno-BN berterusan dan terancang dengan bantuan pihak berkuasa.

Naib Presiden PKR N Surendran berkata, pihaknya yakin tindakan sedemikian akan dipertingkatkan ketika pilihan raya umum ke-13 disebut-sebut akan diadakan dalam waktu terdekat.

Sambil menegaskan orang ramai sudah bosan dengan perbuatan sedemikian, peguam ini menambah, beliau yakin Umno-BN akan meneruskan serangan sedemikian selepas ini.

"Saya hendak sebutkan dengan ringkas ... ini kerja terdesak musuh politik Datuk Seri Anwar (gambar), mereka merancang dan adakan klip-klip rekaan, dan saya yakin setiap bulan akan ada terbitan macam ini ... ini dilakukan oleh Umno-BN, dengan kerjasama pihak berkuasa, saya berani untuk mengatakan yang ini," kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider malam tadi.

"Sebagaimana kami katakan sejak timbulnya klip rakaman sebelum ini, dalam dunia teknologi yang canggih pada masa sekarang, bukan sukar untuk mengadakan bahan-bahan macam ... saya yakin mereka akan terus dengan perbuatan mereka sehingga pilihan raya," kata beliau yang turut mengakui bahawa warna pakaian dikenakan oleh ahli perniagaan Datuk Shahzryl Eskay Abdullah dalam video yang dipertontonkan pada Mac lalu dan disebarkan menerusi Internet kemudian berbeza dengan dalam sedutan klip terbaru dilihat semalam.

"Ya, kedua-duanya jauh berbeza ... ini sudah cukup untuk mengatakan bahawa ada unsur rekaan dan manipulasi, yang penting untuk dikatakan di sini ialah pihak terbabit mereka cipta bahan macam ini," katanya lagi sambil menambah, biar rakyat menilai perbuatan mereka.

Kata beliau, musuh politik seharusnya berani untuk berhadapan isu-isu dasar daripada menggunakan taktik dan serangan macam ini.

Selepas mendedahkan klip rakaman video seks, didakwa pelakunya Anwar awal tahun ini, semalam blog pro-Umno menyiarkan sedutan klip menunjukkan Ketua Pembangkang itu memasuki lif premis lokasi kejadian.

Sedutan yang dibawa blog papagomo menunjukkan Anwar memasuki lif sebuah apartmen dengan diiringi Shahzryl Eskay, dirakamkan melalui kamera litar tertutup (CCTV).

Ia menunjukkan Anwar memakai baju ungu dan berselipar manakala Shahzryl Eskay sut berwarna hitam.

Dua sedutan klip dimuatkan iaitu masing-masing satu ketika masuk ke dalam lif dengan Anwar di depan dan satu lagi ketika keluar dari lif. Ketika keluar lif, Shahzryl Eskay berada di depan.

Butiran pada sedutan itu menunjukkan mereka masuk ke dalam lif pada pukul 10.09 malam dan keluar pada pukul 10.52 malam, 21 Februari lalu.

Tarikh itu sama dengan tarikh kejadian hubungan seks dengan pelacur dari China didakwa diadakan, yang didedahkan oleh "Datuk T" pada 21 Mac lalu.

Sedutan ini berwarna manakala klip rakaman yang didedahkan pada 21 Mac lalu pula berwarna hitam. Sedutan klip rakaman hitam putih telah pun didedahkan kepada umum melalui blog-blog Umno sebelum ini.

Kata blog papagomo, "rakaman yang mana dirakam oleh CCTV dengan warna jelas dan muka Anwar juga jelas kelihatan. Waktu rakaman juga selari dengan apa yang dilakukan oleh Dato Seri Anwar bersama pelacur China tersebut."

Blog itu juga mendakwa waktu yang dicatatkan pada video seks tersebut seiring

dengan rakaman CCTV yang menunjukkan Anwar masuk ke dalam lif dan kemudian keluar.

"Malah sebelum ini juga kita semua telah didedahkan dengan kehilangan Datu Seri Anwar Ibrahim dalam Twitter dan Facebook waktu hubungan seks tersebut berjalan," kata blog tersebut.

Anwar sebelum ini telah menafikan 'kehilangan' yang dimaksudkan dan beliau juga bukan lelaki yang didakwa dalam video itu.

Beliau membuat laporan polis pada 22 Mac lalu iaitu sehari selepas Shahzryl Eskay mendedahkan klip rakaman itu.

Shahzryl dan bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari agung Perkasa Datuk Shuib Lazim - mengelar diri mereka "Datuk T'mengaku bertanggungjawab atas tindakan mendedahkan klip itu kepada wakil media terpilih pada 21 Mac lalu di Carcosa Seri Negara.

Pada 24 Jun, trio "Datuk T" itu mengaku bersalah menayangkan rakaman video seks Mac lalu dan dikenakan denda total RM5,500.

Utusan: Mansuh ISA boleh rugikan politik orang Melayu, tapi jangan gundah

Posted: 18 Sep 2011 12:44 AM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER

KUALA LUMPUR — Kumpulan Utusan, akhbar milik Umno yang sebelum ini mempertahankan dengan kuat Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), hari ini mendakwa usaha memansuhkan undang-undang itu boleh merugikan politik orang Melayu tetapi mereka tidak harus "gundah."

Awang Selamat dalam ruangan Mingguan Malaysia juga mendakwa kerajaan sering dituduh tunduk kepada desakan politik kaum dan belum tentu usaha diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak Khamis lalu akan menguntungkan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-13.

"Ada juga hujah yang melihat tindakan memansuhkan ISA merugikan politik orang Melayu.

"Selain itu, kerajaan dituduh asyik tunduk kepada aspirasi politik kaum lain sedangkan tiada jaminan mereka akan melonjakkan sokongan kepada BN pada pilihan raya umum akan datang," kata Awang Selamat dalam Mingguan Malaysia, akhbar edisi Ahad hari ini.

Bagaimanapun Awang Selamat menulis, baginya perkembangan terbaru ini mempunyai hikmah tersendiri dan orang Melayu "jangan terlalu gundah dengan pembaharuan."

Katanya, pemansuhan ISA juga seharusnya mendorong orang Melayu lebih agresif dalam politik.

"Sejak kebelakangan ini, kaum bukan Melayu bukan sahaja bijak berpolitik malah lebih bersatu dan lantang.

"Suara minoriti menjadi seperti majoriti sehingga akhirnya mampu mencorakkan persekitaran baru politik tanah air," katanya.

Awang Selamat juga mendakwa pemansuhan ISA dan beberapa perubahan lain termasuk pindaan kepada Akta Mesin Cetak adalah isyarat keterbukaan buat semua, bukannya kelompok atau kaum tertentu sahaja.

Ia menambah, "apa pun Najib terbukti komited melaksanakan transformasi politik menerusi pengumuman menjelang sambutan Hari Malaysia pada 16 September."

"Ketika ketua pembangkang, Anwar Ibrahim dikenang dengan peristiwa 16 September iaitu isu bercakap bohong, Najib tunaikan janji untuk membawa Malaysia ke dimensi yang baru.

"Reaksi Anwar bahawa keputusan itu adalah hasil perjuangan beliau, sudah boleh dijangka," kata Awang Selamat sambil menambah, "beliau akan manipulasi apa sahaja isu."

Semalam Najib mengingatkan jangan mana-mana pihak mengambil kredit dengan pembaharuan yang dibawa ini.

Pakatan Rakyat yang melancarkan Buku Jingga Disember lalu menyenaraikan usaha memansuhkan ISA sebagai salah satu inisiatifnya.

Gerakan Mansuh ISA mengadakan perhimpunan antiakta itu Ogos 2009.

"Najib telah membuktikan keberaniannya untuk melakukan transformasi. Anwar pula asyik beretorik selain menjebak diri dengan isu moral yang serius," katanya sambil menyindir, "malah untuk bersumpah laknat dan memberikan keterangan bersumpah di mahkamah, juga tidak berani."

"Bagaimana mahu menggerakkan transformasi jika diri sendiri menyimpan ketakutan luar biasa?" katanya lagi.

Awang Selamat berkata apa yang dirintis oleh Najib kena pada masanya dan rakyat harus melihat ke hadapan dalam realiti baru dunia hari ini.

Katanya, lambat laun pembaharuan akan tetap berlaku dan negara tidak boleh selamanya berada di takuk lama.

"Era sekarang menuntut lebih keterbukaan dan kerajaan moden perlu cekap mengurus risiko tanpa bergantung kepada undang-undang seperti ISA," katanya.

Dalam perutusan khas sempena Hari Malaysia Khamis lalu, Najib mengumumkan bahawa ISA akan dimansuhkan dan dua undang-undang baru yang sesuai akan digubal bagi memelihara keamanan, kesejahteraan, kesentosaan serta kerukunan hidup rakyat dan negara.

Dua undang-undang baru akan digubal di bawah "semangat serta payung" Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan bagi mencegah perbuatan subversif, keganasan terancang dan perbuatan jenayah.

Perdana Menteri menegaskan bahawa undang-undang baru itu akan memperuntukkan tempoh tahanan polis yang lebih pendek daripada yang dijalankan pada masa ini.

Kerajaan juga menjamin bahawa mana-mana individu tidak akan ditahan semata-mata hanya kerana ideologi politik.

Perdana Menteri turut mengumumkan bahawa kerajaan memansuhkan Akta Buang Negeri 1959 di samping akan mengkaji semula beberapa undang-undang lain bagi memastikan ia memenuhi kehendak semasa.

Kajian semula komprehensif ini akan melibatkan Akta Kediaman Terhad 1933 dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 di mana prinsip pembaharuan tahunan akan dihapuskan dan digantikan dengan pengeluaran lesen sehingga dibatalkan.

Kerajaan juga akan mengkaji semula Seksyen 27 Akta Polis 1967 dengan mengambil kira peruntukan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan tentang kebebasan berhimpun dengan prinsip menentang sekeras-kerasnya demonstrasi jalanan.

Beliau juga berkata kebenaran berhimpun akan diberi selaras dengan kaedah-kaedah yang akan ditetapkan kelak dengan mengambil kira norma-norma di peringkat antarabangsa.

Jaips: Pelajar kolej Perlis peluk Islam secara sukarela

Posted: 18 Sep 2011 12:41 AM PDT


KUALA LUMPUR— Seorang pelajar kolej beragama Hindu, yang didakwa 'dipaksa' memeluk Islam Julai lalu oleh pensyarahnya telah mengambil langkah itu secara sukarela tanpa sebarang unsur paksaan daripada mana-mana pihak, kata Jabatan Agama Islam Perlis (Jaips).

Ketua Penolong Pengarah Dakwah Jaips, Kesumawati Kassim memberitahu The Malaysia Insider, pihaknya tidak berhadapan dengan sebarang masalah untuk mendaftarkan pelajar itu kerana dia telah memenuhi syarat-syarat menganut Islam mengikut kemahuannya.

Pelajar itu memeluk Islam Julai lalu dan berbula ketika Ramadan lalu.

Kesumawati berkata, dia hadir di Jaips bersama tiga saksi iaitu dua pensyarah dan isteri seorang pensyarahnya bagi mendaftarkan pengislaman secara sah.

Dalam satu kenyataan Khamis lalu, Persatuan Agama Hindu (MHS) mendakwa seorang pelajar perempuan sebuah kolej di Perlis telah ditukar agama sebagai Muslim tanpa keizinan ibu bapanya dan tindakan itu bertentangan dengan peraturan.

Ibu pelajar itu juga, menurutnya, telah membuat laporan polis terhadap insiden tersebut.

Gadis itu difahamkan telah membuat laporan polis menyatakan pengislamannya bebas daripada sebarang paksaan.

Mengulas mengenai dakwaan bahawa Jaips turut mengambil kesempatan terhadap golongan bukan Islam yang miskin, Kesumawati berkata, tidak timbul isu pihaknya berbuat demikian, sebaliknya golongan saudara baru terbabit sendiri hadir di pejabatnya menyatakan mahu memeluk Islam.

Sebaliknya kata beliau, pihaknya lebih kepada membantu dan membimbing mereka dalam mendapatkan kefahaman sebenar tentang Islam.

"Pihak Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia turut bekerjasama dengan Jaips bagi membantu saudara baru ini mendalami Islam dengan menyediakan kelas Fardu Ain dan kemudahan penginapan bagi menjamin keselamatan mereka," katanya.

"Namun begitu, terpulang kepada individu terbabit sama ada mahu memanfaatkannya atau tidak. Kami hanya boleh membantu, bukan memaksa," tegasnya lagi.

Dalam satu kenyataan Khamis lalu, Presiden MHS RS Mohan Shan berkata, siasatan pihaknya juga menunjukkan tiga pensyarah kolej di negeri itu terlibat dalam kerja menukar agama pelajar terbabit dan beberapa kakitangan Jaips sendiri tidak mematuhi peraturan dalam soal tersebut.

Jaips berkata hanya dua pensyarah menguruskan kes pelajar berkenaan dengan dibantu isteri salah seorang pensyarah terbabit.

"Pensyarah-pensyarah dan pegawai jabatan agama terbabit juga mendakwa mereka tidak menyedari kewujudan peraturan sedemikian," kata Mohan.

Justeru, Mohan berkata, perkembangan itu menunjukkan sikap tidak bertanggungjawab ahli akademik sedangkan mereka seharusnya menjaga kepentingan agama, budaya dan sosial pelajar masing-masing demi memastikan perpaduan, keamanan dan keharmonian di kalangan golongan pelajar terpelihara.

Sehubungan itu kata beliau, persatuan tersebut memandang serius kejadian itu dan akan membawa perkara berkenaan ke perhatian Menteri Pengajian Tinggi dan juga Perdana Menteri dalam waktu terdekat.

Mengulas lanjut kenyataan Jaips, Mohan yang turut dihubungi The Malaysian Insider berkata, pihaknya terkilan dengan tindakan pensyarah-pensyarah terbabit dan menjadi tanda tanya seolah-olah mereka mempengaruhi pemikiran gadis tersebut untuk memeluk Islam.

Katanya, pihaknya tidak kisah jika pelajar berkenaan memeluk Islam tetapi pendekatan yang digunakan oleh mereka menjadi persoalan.

Kata Mohan, pelajar berkenaan telah dibawa ke rumah pensyarah pada 1 dan 15 Julai lalu dalam usaha mengislamkannya.

Selain itu, tindakan mereka membawa pelajar terbabit dari institut pengajiannya dan kemudian ke Jaips turut dipersoalkan Mohan.

Ini kerana perkembangan itu tidak dimaklumkan kepada pihak pengurusan institut terbabit dan ibu bapa.

"Tindakan pensyarah-pensyarah ini seakan-akan menggalakkan pelajar lain turut dipengaruhi mereka," katanya lagi.

Tambah beliau, kerajaan seharusnya mengambil tindakan tatatertib terhadap ketiga-tiga mereka yang terlibat, dua pensyarah dan seorang isteri kepada pensyarah terbabit.

Menurut Mohan lagi, silibus kokurikulum silat yang diambil pelajar berkenaan di institut tersebut turut mempengaruhinya memandangkan dia merupakan pelajar bukan Islam tunggal mengikutinya.

Muhyiddin nafi Putrajaya beri pekerja Bangladesh kerakyatan, hak mengundi

Posted: 18 Sep 2011 12:34 AM PDT

TERKINI

KUALA LUMPUR — Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan dengan keras dakwaan kononnya kerajaan Barisan Nasional (BN) memberi pekerja-pekerja Bangladesh status kerakyatan penuh bagi membolehkan mereka mengundi memihak perikatan itu pada pilihan raya umum ke-13.

"Ia tidak benar. Saya tidak tahu sama ada sumber (maklumat) itu benar atau tidak, tetapi sangat jelas (ia) sesuatu yang tidak betul," kata Muhyiddin (gambar) kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Makkal Sakti hari ini.

Katanya, kerajaan menguatkuaskaan prosedur yang ketat apabila mempertimbangkan status kewarganegaraan kepada rakyat asing dan oleh itu, tiada pertimbangan istimewa diberikan kepada rakyat Bangladesh.

Muhyiddin juga berkata BN tidak begitu terdesak untuk mendapatkan undi rakyat Bangladesh dalam pilihan raya umum akan datang.

"Meskipun mereka mengundi, apabila ia dimasukkan ke dalam peti undi, tidak siapa yang tahu siapa yang mereka akan mengundi," kata Timbalan Pengerusi BN ini.

Sehubungan itu kata Muhyiddin, kerajaan akan mendapatkan penjelasan daripada Kedutaan Malaysia di Bangladesh berhubung isu terbaru ini.

Dalam laporan dibawa oleh Keadilan Daily kelmarin, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Fuziah Salleh mendesak siasatan dibuat terhadap pengakuan Perdana Menteri Bangladesh Sheikh Hasina Wajed mengenai rakyatnya yang bekerja di Malaysia mudah memperoleh status kewarganegaraan dan layak mengundi.

"Kita desak tubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat kenyataan Perdana Menteri Bangladesh berkenaan perkara ini. Jika perkara ini berlaku, Najib perlu bertanggungjawab dan berani tampil memberikan penjelasan," kata Fuziah yang juha Ahli Parlimen Kuantan memetik pengakuan Sheikh Hasina, yang dipetik dari www.ngoab.gov.bd — laman rasmi hal ehwal badan bukan kerajaan (NGO) Jabatan Perdana Menteri negara itu.

Maklumat laman itu mendakwa Sheikh Hasina berkata pekerja-pekerja Bangladesh di Malaysia diberi kewarganegaraan dengan mudah asalkan mengundi parti yang mewakili kerajaan pemerintah.

Beliau juga mengesahkan sebilangan pekerja Bangladesh dalam beberapa sektor di Malaysia, diberi taraf kewarganegaraan sejak tahun lalu.

Katanya, mereka juga diberi hak sebagai pengundi dalam pilihan raya umum akan datang.

Dalam reaksinya semalam, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan laporan itu sebagai sesuatu yang serius.

"Ini satu dakwaan yang serius. Saya minta rakan-rakan agar membantu menentukan kesahihan kenyataan itu sama ada benar atau tidak," kata beliau.

Laporan itu muncul ketika pembangkang membuat siri dakwaan bahawa rakyat asing yang bekerja di negara ini mudah mendapat taraf kerakyatan dengan syarat mengundi kerajaan Bn dalam pilihan raya umum.

Malah ia juga dikaitkan dengan langkah urusan pemutihan warga asing di negara ini yang berakhir akhir bulan lalu.

'Sebelah tangan suap, sebelah lagi pukul'

Posted: 18 Sep 2011 12:32 AM PDT

Abdul Aziz Mustafa


KUALA LUMPUR: Jangan hanya janji mahu kaji Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, tetapi luluskan segera permit Suara Keadilan, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

"Tak perlulah (Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Tun Razak) menambahkan lagi koleksi janjinya, banyak yang tidak ditunaikan.

"Jangan hanya janji nak kaji Akta Mesin Cetak dan Penerbitan, tapi pada masa yang sama terus menyekat permit Suara Keadilan," katanya.

Mohamad melihat janji Najib itu tidak ubah seperti "sebelah tangan seolah-olah mahu menyuap makanan tetapi sebelah tangan lagi terus memukul kepala kita dengan kayu".

"Najib kata mana-mana individu tidak akan ditahan semata-mata hanya kerana ideologi politik, tetapi kebebasan bersuara terus ditahan hanya kerana ideologi politik.

"Permohonan PAS untuk menerbitkan akhbar harian ditolak, pihak pembangkang tidak diberikan peluang dan liputan yang sama dalam media milik rakyat seperti RTM," katanya ketika diminta memberikan ulasan lanjut kepada pengumuman Perdana Menteri dalam perutusan khas Hari Malaysia.

Antara lain, Najib berjanji akan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960, Akta Buang Negeri 1959 dan mengkaji beberapa undang-undang seperti Akta Kediaman Terhad 1933 dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

Dalam reaksi awalnya kepada janji-janji Najib itu, Mohamad berharap peruntukan dalam akta baru bagi menggantikan ISA tidak menyerupai akta tersebut.

"Kita tidak mahu pengumuman penghapusan ISA ini sebagai gimik pilihan raya tetapi ia benar-benar diusahakan kerana ia adalah tuntutan sebahagian besar rakyat di negara ini," katanya kepada pemberita di Kota Kinabalu Jumaat lalu.

Ketika ditanya adakah rakyat perlu berterima kasih dengan pemansuhan ISA, Mohamad berkata, yang penting untuk dipersoalkan ialah mengapa akta yang telah menzalimi banyak pihak itu disalahgunakan?

"Samalah apabila kita dibebaskan selepas ditahan di bawah ISA, tidak relevan pertanyaan adakah kita hendak berterima kasih atau tidak, yang perlu dipersoalkan ialah kenapa tangkap kita di bawah ISA, kenapa zalimi kita?" kata beliau.

Beliau mengingatkan supaya jangan berlebihan menyambut janji-janji Najib itu.

"Tengok dulu adakah akta yang menggantikan ISA itu. Adakah ia zalim seperti ISA juga? Adakah ia boleh disalahgunakan untuk menzalimi aktivis parti pembangkang?" katanya.

Selamat tinggal ISA, selamat datang GST

Posted: 18 Sep 2011 12:26 AM PDT

Abdul Aziz Mustafa


KUALA LUMPUR: Pemaksaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) hanya boleh dielakkan dengan menolak Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum akan datang, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

"(Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Tun Razak) telah memberi isyarat yang jelas bahawa GST akan dipaksakan ke atas rakyat selepas pilihan raya akan datang, maksudnya selepas BN menang dalam pilihan raya akan datang.

"Dengan sendirinya ia memberi mesej yang jelas kepada rakyat supaya menolak BN habis-habisan dalam pilihan raya akan datang jika mereka tidak mahu GST dipaksakan ke atas mereka," katanya.

Baru-baru ini, Perdana Menteri berkata: "Persoalannya ialah masa. Saya berpendapat apabila tiba masanya, dalam masa terdekat... kemungkinan selepas pilihan raya akan datang, kami akan memperkenalkan GST".

Mahfuz menyifatkan tindakan memaksakan GST ke atas rakyat itu sebagai gambaran jelas sikap tidak bertanggungjawab kerajaan BN.

"Dari dulu lagi, asal menghadapi masalah, simpanan rakyat seperti di dalam KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja) dikerjakan oleh kerajaan BN.

"Sekarang, zaman pemerintahan Najib, lebih teruk lagi. Asal menghadapi masalah kewangan, rakyat hendak disiksa.

"Hendak rentap subsidi dari rakyat dengan alasan subsidi adalah candu kepada rakyat, hendak paksakan GST dan pelbagai tindakan lain menyiksa rakyat dengan memaksa mereka menanggung beban ketidakmampuan kerajaan BN yang sudah kehilangan akal untuk meningkatkan pendapatan negara," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Menurut Mahfuz, sebuah kerajaan yang bertanggungjawab sepatutnya mencari jalan untuk mengurangkan beban rakyat dan bukannya seperti kerajaan BN yang jelas begitu ketagih untuk menyiksa dan membebankan rakyat.

"Bila menghadapi masalah kewangan, langsung tidak terfikir untuk menghentikan sikap boros, menghentikan projek yang bukan-bukan seperti hendak membina bangunan 100 tingkat dengan membelasah hasil simpanan rakyat, menghentikan rasuah, melaksanakan tender terbuka dan pelbagai amalan yang boleh menjimat dan meningkatkan pendapatan negara.

"Yang kerajaan BN tahu hanyalah hendak menyiksa rakyat dengan memaksa rakyat mengeluarkan lebih banyak lagi wang dari poket mereka, tidak kiralah dengan merentap subsidi, memaksakan cukai seperti GST, menguatkuasakan pelbagai saman dan lain-lain tindakan yang tujuannya hanya satu, iaitu memeras wang rakyat dan meragut wang dari poket rakyat," katanya.

Menurut Mahfuz, tidak ada gunanya menggula-gulakan rakyat kononnya dengan mengajak mereka mengucapkan selamat tinggal kepada Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), tetapi pada masa yang sama memaksa mereka mengucapkan selamat datang kepada GST.

Penduduk tangkap ‘orang minyak’

Posted: 18 Sep 2011 12:24 AM PDT


KUALA LUMPUR – Tidur nyenyak penduduk pangsapuri lima tingkat di Taman Pinggiran Batu Caves, Gombak dekat sini awal pagi ini hanya seketika apabila sebuah keluarga yang tinggal di tingkat bawah perumahan itu diganggu seorang lelaki berbogel yang digelar 'orang minyak'.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2 pagi itu, lelaki warga asing yang dipercayai mengamalkan ilmu hitam terbabit 'mengejutkan' keluarga Norlida Hassan, 42, apabila dia dilihat bersilat di hadapan rumah wanita itu.

Katanya, ketika kejadian, dia sekeluarga sudah tidur namun dia tersedar apabila dikejutkan dengan bunyi dengus nafas seseorang yang kuat di hadapan rumahnya.

"Selain bunyi dengusan kuat, saya juga terdengar bunyi orang mengetuk-getuk motosikal di luar rumah, seolah-olah cuba menarik perhatian saya untuk keluar melihat.

"Apabila saya intai menerusi tingkap, saya terkejut apabila melihat seorang lelaki muda bertelanjang bulat sedang melakukan aksi pelik namun saya segera menyergah lelaki itu supaya beredar.

"Saya kemudian memberanikan diri membuka pintu rumah untuk menghalau dia dari situ tetapi dia seolah-olah membuka jurus pencak silat dan kelakuannya itu ternyata menyeramkan hingga memaksa saya mengejutkan suami, Ahmad Hashim," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Norlida berkata, lelaki itu kemudian melarikan diri ke arah sebuah belukar tebal di belakang pangsapuri sambil dikejar oleh suaminya dan seorang jiran.

Ahmad yang juga seorang anggota tentera pula berkata, dia bersama jirannya mengejar sejauh 50 meter sebelum dapat menangkap lelaki itu yang cuba bersembunyi di dalam longkang besar berhampiran pangsapuri tersebut.

"Setelah menangkapnya, lelaki yang berusia lingkungan 20-an itu berkelakuan pelik apabila memintanya untuk mencari minyak tanah dan mahu membakar diri.

"Saya fikir dia mungkin pengamal ilmu hitam kerana berkelakuan pelik dan saya terus menghubungi pihak polis yang menahannya kira-kira pukul 3.30 pagi," jelasnya.

Sementara itu, jurugambar Mingguan Malaysia, Zakaria Idris, 47, yang berada di tempat kejadian turut merasakan lelaki itu berkelakuan pelik dan tidak menyangkal kemungkinan, dia adalah pengamal ilmu sesat seperti 'orang minyak'.

"Badannya tidak disapu minyak seperti 'orang minyak' tetapi darah yang keluar dari luka setelah ditangkap orang ramai itu dilumurkan ke seluruh badan. Malah mulutnya juga terkumat-kamit seolah-olah membaca sesuatu.

"Selain itu dia tidak banyak bercakap meskipun ditanya pelbagai soalan oleh penduduk," jelasnya.

Difahamkan, kewujudan lelaki yang dipercayai tidak menetap di kawasan itu disedari awal pagi ini. Dia dilihat sedang berbogel di belukar terbabit namun tindakannya ketika itu tidak diambil peduli oleh penduduk.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah ketika dihubungi Mingguan Malaysia hari ini mengesahkan penahanan lelaki terbabit dan akan membuat siasatan lanjut.

"Kami masih menyiasat motif suspek dan kami percaya dia adalah pekerja kontrak di kawasan berhampiran," katanya.

Dalam perkembangan sama, Penasihat Media Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Tuan Asmawi Tuan Umar ketika dihubungi Mingguan Malaysia mengakui, wujudnya amalan ilmu hitam dalam masyarakat di negara ini.

"Dalam kes ini, saya tidak menolak lelaki terbabit itu pengamal ilmu hitam kerana jika dia adalah seorang pesakit mental, tentu tidak akan terus melarikan diri jika ternampak suami wanita itu.

"Ketika itu, dia mungkin dipengaruhi 'ilmu' yang dituntut menerusi kerjasama dengan jin atau syaitan, terutama sekali apabila menjadikan wanita sebagai sasaran," ujarnya.- Utusan

Jika Pakatan Rakyat menang, ini pasti berlaku kepada Malaysia...

Posted: 18 Sep 2011 12:16 AM PDT

Iskandar Dzulkarnain, Malaysia Chronicle

Semua pasti tertunggu-tunggu akan pengumuman tarikh pilihan raya umum yang akan datang. Ia mungkin berita paling sensasi buat semua. Ramai yang tahu siapa yang akan menang. Orang BN atau penyokong BN tidak sabar untuk mengetahui keputusannya, begitu juga orang Pakatan, atau penyokong-penyokong Pakatan Rakyat yang diketuai oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Jika Anwar berjaya mengalahkan Perdana Menteri BN, Datuk Seri Najib Tun Razak seperti yang dijangka, keadaan akan parah bagi parti Barisan Nasional yang telah memerintah selama 5 dekad. Ada juga bercakap tentang pengaliran keluar wang yang banyak dan bagaimana ratusan mesin pencarik telah disiap sediakan untuk mencarik semua dokumen yang dikhuatiri boleh menjadi bukti. Sememangnya akan berlaku huru-hara selepas PRU ke -13, tetapi itu sememangnya adalah sebahagian dari politik dan politik sememangnya kotor.

Kini, penyokong Pakatan Rakyat semakin yakin bahawa PRU yang ke-13 adalah pengakhiran untuk BN atas pelbagai sebab. Mudah-mudahan, mereka tidak terlalu mudah merasa selesa hanya dengan keputusan pungutan suara yang diadakan baru-baru ini yang menunjukkan peratusan populariti Najib telah menjunam sebanyak 6 peratus. Perjuangan ini jauh dari berakhir.Ssebenarnya ia belum pun bermula. Jadi, sebelum DAP, PAS dan PKR mula bergembira atas 'kemenangan' itu (ya, ramai Ahli Parlimen dan ADUNs sudah pun mengucapkan tahniah kepada masing-masing!), mereka benar-benar harus mengggunakan lebih banyak masa mengatur strategi dan jentera mereka yang masih jauh dari memuaskan.

Tetapi bagi kita, rakyat Malaysia yang tidak bertanding, kita boleh cuba membayangkan masa depan tanpa BN. Bagaimanakan kehidupan dengan Pakatan?

Rakyat akan meraikan kemenangan

Akan disaksikan adalah sambutan kemenangan besar-besaran di kawasan bandar dan daerah di seluruh Negara. Orang ramai pasti keluar di jalanan dengan senyuman gembira dan bersama-sama menyambut kemenangan dengan sorakan selepas tumbangnya rejim angkuh dan sombongan itu.

Pembaharuan yang sudah lama ditunggu-tunggu akan dilaksanakan dengan seberapa segera sejurus selepas Parlimen bersidang. Apa yang boleh dilaksanakan secepat mungkin akan diumumkan dalam media. Kerajaan Pakatan yang baru akan melancarkan kempen untuk menerangkan dan mendidik semula rakyat tentang hak-hak asasi mereka.

Rakyat Malaysia akan diseru untuk bersatu dan memberi layanan yang sama rata di antara satu kaum dengan kaum yang lain. Kekok pada mulanya, akan tetapi, rakyat Malaysia akan mula menerima kenyataan dan berganding tangan untuk menyatakan bahawa kita semua adalah rakyat Malaysia tanpa mengira warna kulit dan keturunan.

Sedikit demi sedikit, pengenalan diri, sijil lahir dan passpot akan tidak lagi mempunyai ruang untuk pengenalan kaum. Agama juga mungkin tidak dinyatakan di masa hadapan, apabila rakyat Malaysia mula menghargai kebebasan yang baru dikecapi. Akta Perhubungan Kaum juga akan diluluskan untuk memastikan sikap perkauman boleh disabitkan sebagai kesalahan dibawah undang-undang.

Sikap perkauman sememangnya tidak akan hilang dengan begitu cepat. Namun, pada masa ini, ia tidak mungkin akan disabitkan sebagai satu kesalahan. Bila suasana sudah berubah, semakin ramai yang akan berani untuk meruntuhkan tembok penghalang dan mula menerima setiap orang dengan identitinya sendiri. Persahabatan tanpa mengira kaum akan berkembang dan menular disegenap tempat. Ini sememangnya sesuatu yang harus disuburkan dan bukanlah dikekang.

Meritokrasi dan persaingan sihat akan mula diamalkan di Malaysia, untuk hari esok yang lebih cerah. Kerajaan juga akan mencari jalan untuk membantu yang lemah. Rakyat Malaysia akan keluar dari tempurung mereka dan berani untuk melakukan kelainan. Sekarang sudah tiada orang yang akan mengahalang mereka dari melakukan itu dan ini.

Berakhirnya segala jenis penindasan

Satu Suruhanjaya Diraja akhirnya akan dibentuk untuk menyemak dan mentransformasikan Polis Diraja Malaysia agar bertaraf dunia, dan menjadi sebuah organisasi abad ke-21 yang cekap, bersih dan amanah. Berdedikasi untuk memberi khidmat kepada rakyat dan negara dengan integriti dan menghormati hak asasi manusia, dan pada pada masa yang sama mengekalkan sikap berkecuali dengan sepenuhnya.

Satu lagi Suruhanjaya Diraja akan ditubuhkan untuk memastikan bahawa Angkatan Tentera Malaysia tidak sama sekali akan terlibat dalam mainan politik dan bebas dalam menjalankan tugas mereka. Mereka juga akan diingatkan bahawa tugas mereka adalah kepada Raja dan negara dan akan mempertahankannya tanpa melayan permintaan ahli-ahli politik rakus. Ini sudah pasti bukan skop kerja Angkatan Tentera Malaysia.

Badan Kehakiman akan dirombak untuk mencerminkan kebebasannya yang mutlak. Ia juga untuk memastikan 'check dan balance' badan Eksekutif dan Perundangan sistem kerajaan Malaysia.

Sementara itu, perkhidmatan awam juga akan menyaksikan perubahan yang baik di mana gaji akan naik lebih berpadanan dengan pasaran semasa. Ini boleh berlaku apabila pembaziran yang tidak munasabah telah dipotong. Kerajaan Pakatan Rakyat akan melaksanakan latihan semula untuk memastikan pekerja mahir adalah mencukupi bagi pasaran kerja. Kabinet juga akan melihat pengecilan dengan pelupusan Kementerian dan jawatan Menteri yang tidak penting.

Akta Keselamatan Dalam Negeri yang kuno dan usang, Akta Rahsia Rasmi, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan Akta, Akta Hasutan dan Ordinan Darurat juga akan dimansuhkan.

Orang ramai akan digalakkan untuk bersuara tanpa rasa takut, manakala media arus perdana yang selama ini dikawal oleh BN akan diberi kebebasan untuk menyiarkan kebenaran yang tidak diputar-belitkan dan pada masa yang sama menjaga etika kewartawanan tanpa ada berita palsu yang mengelirukan.

Kita semua bersaudara

Status bumiputera tidak akan dihapuskan seperti yang ditakuti tetapi kerajaan akan memastikan bahawa ini akan secara beransur-ansur diperluaskan kepada orang lain.

Kerajaan juga akan menjalankan projek-projek untuk melebarkan akses internet kepada penduduk luar bandar, dalam usaha untuk mewujudkan rakyat yang celik dan berilmu.

Kebarangkalian besar, Bahasa Inggeris sekali lagi akan menjadi medium pengajaran Sains dan Matematik. Sekolah vernakular mungkin akan dimansuhkan untuk menjadi sekolah kebangsaan di mana bahasa Melayu dan Inggeris adalah medium pengajaran. Pilihan akan diberi untuk mempelajari bahasa Cina atau Tamil sebagai bahasa ketiga yang wajib. Kebanyakan pendidik percaya semangat nasionalisme bermula dari usia muda, dan dengan memisahkan kanak-kanak hanya akan membawa kepada perpecahan.

Tadbir Urus akan dilakukan dengan system Kompetensi, Akauntabiliti dan Ketelusan (CAT) dan akan dilaksanakan di peringkat Persekutuan, dan juga di semua negeri-negeri yang ditadbir oleh Pakatan. Ini akan menyekat perbuatan rasuah. Kronisme juga akan pupus setelah amalan wajib tender dilaksanakan.

Anwar dan pasukannya juga akan melaksanakan latihan semula secara besar-besaran untuk memastikan pekerja-pekerja menjadi cukup mahir bagi pasaran kerja. Mereka juga akan mengkaji semula polisi-polisi yang sedia ada dan mengurangkan buruh asing yang tidak perlu yang menyekat kemajuan ekonomi negara dan boleh menimbulkan risiko kepada keselamatan kita. Kilang-kilang dan perladangan akan digalakkan untuk beralih kepada automasi penuh untuk menangani pergantungan yang semakin meningkat terhadap tenaga kerja asing.

Ekonomi akan kekal sebagai suatu cabaran besar buat kerajaan baru. Untuk meningkatkan taraf ekonomi, kerajaan akan mengkaji semula bajet 2011 dengan memotong perbelanjaan yang besar dan sia-sia dan memansuhkan projek-projek yang bermodal besar dan mengalihkan dana itu kepada sektor-sektor yang kritikal.

Gaji akan meningkat dan skala gaji minima akan mula berkuat kuasa. Ini akan memberi manfaat kepada sektor besar Malaysia dan sekaligus meningkatkan ekonomi negara dengan kuasa pembelian rakyat yang lebih besar. Untuk menarik pelaburan asing, kerajaan akan meningkatkan amalan perdagangan bebas yang akan memberi manfaat kepada negara dalam jangka masa panjang.

Akhirnya, pembaikpulihan akan bermula

Proses pembaikpulih negara akan bermula. Rakyat Malaysia tidak sabar-sabar untuk menanti masa depan yang lebih cerah dan lebih gemilang. Kehidupan masyarakat seperti yang kita tahu ini akan berubah ke arah kebaikan dan akan menjadi jauh lebih berbeza dari apa yang kita lalui sekarang – setelah penat ditindas oleh BN selama 50 tahun pemerintahan.

Rakyat Malaysia mesti bersedia untuk perubahan dan belajar untuk melakukan perkara-perkara yang berbeza. Untuk cemerlang, kita akan perlu untuk berusaha lebih gigih dan kerana akan ada lebih banyak peluang terbuka apabila rasuah yang memberi peluang kepada kekayaan segera sudah pupus.

Tetapi, jika BN menang, iklim politik, ekonomi dan sosial akan kekal tidak berubah. Najib dan UMNO sentiasa menjanjikan pembaharuan yang melangit. Sebaliknya, kita tahu mereka tidak pernah menunaikan janji mereka kerana mereka tidak pernah pun melakukannya sebelum ini. Tidak sampai sebulan selepas itu, Ibrahim Ali dan koncu-koncunya akan muncul dan mengugut kaum-kaum minoriti sekaligus mengakibatkan perpecahan orang Melayu untuk kesekian kali.

Kehidupan kekal sama seperti 50 tahun yang lalu. Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menjadi Perdana Menteri untuk tempoh lima tahun seterusnya. Keamanan akan diganggu oleh orang-orang pengacau Perkasa setiap kali ahli politik UMNO perlu mengalihkan perhatian negara daripada kerakusan mereka yang membabitkan wang berbilion-bilion, contohnya dua loji tenaga nuklear bantuan Perancis.

Perubahan yang bakal dibawa oleh pilihan raya umum benar-benar harus dinilai oleh rakyat Malaysia kerana undi merekalah yang akan menentukan segalanya. Jadi, undilah dengan bijak.

Penerbangan pertama haji 29 Sept

Posted: 18 Sep 2011 12:12 AM PDT

MALAYSIA KINI


Penerbangan pertama jemaah haji Malaysia ke Tanah Suci untuk menunaikan Rukun Islam kelima bagi tahun ini ialah pada 29 September ini, kata Pengurus Besar Kanan Lembaga Tabung Haji Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman.

Syed Saleh berkata 450 jemaah haji itu akan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, melalui penerbangan sewa khas haji iaitu pesawat Malaysia Airlines (MAS) dan Saudi Airlines pada hari berkenaan iaitu pada waktu pagi dan tengah hari.

Mereka adalah sebahagian daripada 28,000 jemaah haji Malaysia yang dibenarkan mengikut kuota yang ditetapkan pihak berkuasa Arab Saudi pada musim haji tahun ini.

Bercakap kepada pemberita di Putrajaya malam tadi selepas menghadiri pelancaran Kursus Perdana Haji peringkat Wilayah Persekutuan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mashitah Ibrahim, beliau berkata jemaah haji Malaysia ketika ini sedang mengikuti peringkat akhir kursus haji iaitu kursus
perdana di peringkat negeri selepas menghadiri kursus asas dan kursus intensif.

"Persiapan sudah lengkap. Sekarang cuma tunggu nak berangkat dan surat untuk memaklumkan jadual penerbangan telah dikeluarkan secara berperingkat sejak awal September," kata beliau.

Syed Saleh berkata seramai 800 petugas Tabung Haji akan bertugas kali ini untuk menjaga kebajikan para jemaah dan mereka akan berangkat ke sana secara berperingkat bermula Rabu depan.

Penerbangan jemaah haji balik ke Malaysia dijadual bermula 12 November dan dijangka berakhir 11 Disember, kata Syed Saleh.

Sementara itu, Mashitah dalam ucapannya menasihatkan jemaah haji Malaysia supaya menjaga kesihatan masing-masing, menjaga percakapan, tingkah laku dan disiplin masing-masing demi nama baik negara.

Sehingga hari ini, Mashitah berkata Tabung Haji dikenali sebagai antara agensi yang berjaya melahirkan jemaah haji yang terbaik di peringkat antarabangsa dan berharap pengiktirafan itu dapat dikekalkan melalui kerjasama semua jemaah haji Malaysia. - Bernama

ISA dimansuh, GST bakal dilaksana selepas PRU 13

Posted: 18 Sep 2011 12:10 AM PDT

PASPB


KUALA LUMPUR: Pemaksaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) hanya boleh dielakkan dengan menolak Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum akan datang, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

"(Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Tun Razak) telah memberi isyarat yang jelas bahawa GST akan dipaksakan ke atas rakyat selepas pilihan raya akan datang, maksudnya selepas BN menang dalam pilihan raya akan datang.

"Dengan sendirinya ia memberi mesej yang jelas kepada rakyat supaya menolak BN habis-habisan dalam pilihan raya akan datang jika mereka tidak mahu GST dipaksakan ke atas mereka," katanya.

Baru-baru ini, Perdana Menteri berkata: "Persoalannya ialah masa. Saya berpendapat apabila tiba masanya, dalam masa terdekat... kemungkinan selepas pilihan raya akan datang, kami akan memperkenalkan GST".

Mahfuz menyifatkan tindakan memaksakan GST ke atas rakyat itu sebagai gambaran jelas sikap tidak bertanggungjawab kerajaan BN.

"Dari dulu lagi, asal menghadapi masalah, simpanan rakyat seperti di dalam KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja) dikerjakan oleh kerajaan BN.

"Sekarang, zaman pemerintahan Najib, lebih teruk lagi. Asal menghadapi masalah kewangan, rakyat hendak disiksa.

"Hendak rentap subsidi dari rakyat dengan alasan subsidi adalah candu kepada rakyat, hendak paksakan GST dan pelbagai tindakan lain menyiksa rakyat dengan memaksa mereka menanggung beban ketidakmampuan kerajaan BN yang sudah kehilangan akal untuk meningkatkan pendapatan negara," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Menurut Mahfuz, sebuah kerajaan yang bertanggungjawab sepatutnya mencari jalan untuk mengurangkan beban rakyat dan bukannya seperti kerajaan BN yang jelas begitu ketagih untuk menyiksa dan membebankan rakyat.

"Bila menghadapi masalah kewangan, langsung tidak terfikir untuk menghentikan sikap boros, menghentikan projek yang bukan-bukan seperti hendak membina bangunan 100 tingkat dengan membelasah hasil simpanan rakyat, menghentikan rasuah, melaksanakan tender terbuka dan pelbagai amalan yang boleh menjimat dan meningkatkan pendapatan negara.

"Yang kerajaan BN tahu hanyalah hendak menyiksa rakyat dengan memaksa rakyat mengeluarkan lebih banyak lagi wang dari poket mereka, tidak kiralah dengan merentap subsidi, memaksakan cukai seperti GST, menguatkuasakan pelbagai saman dan lain-lain tindakan yang tujuannya hanya satu, iaitu memeras wang rakyat dan meragut wang dari poket rakyat," katanya.

Menurut Mahfuz, tidak ada gunanya menggula-gulakan rakyat kononnya dengan mengajak mereka mengucapkan selamat tinggal kepada Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), tetapi pada masa yang sama memaksa mereka mengucapkan selamat datang kepada GST.

Adakah Najib sudah buang flip flopnya?.

Posted: 18 Sep 2011 12:08 AM PDT

Oleh Tok Pepijat

Seperti yang dijangkakan, PMNajib membuat satu pengumuman besar dalam sejarah negara yang mana sebelum ini ianya tidak "berani" dibuat oleh PM sebelum ini iaitu Tunku Abdul Rahman,Tun Razak, Husien Onn, Dr.Mahathir dan Pak Lah.

Pengumuman itu disambut baik oleh pengampu Najib walaupun sebelum ini merekalah yang berdegar-degar menyokong ISA. Ulasan merekapun berpusing 360 darjah menyokong PMNajib.

Selain ISA, antara yang turut dimansuhkan ialah Akta Buang Negeri 1956, selain mengkaji semula secara komprehensif Akta Kediaman Terhad 1933, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 serta Seksyen 27 Akta Polis 1967.

Kita menyambut baik pengumuman PMNajib itu yang disifatkan sebagai hadiah Hari Kemerdekaan(ya ke kita merdeka?...sedang British sekadar "penaung" !).

Walaubagaimanapun melihat track record percakapan PMNajib kebelakangan ini, timbul pertanyaan, " Boleh ke percaya 100% cakap Najib? ".

Ini berdasarkan sifat Najib yang turun-naik (flip-flop) semasa isu BERSIH 2.0 tempohari. Awalnya memberi kebenaran menggunakan stadium tetapi akhirnya berdolak dalih apabila BERSIH 2.0 mahu menggunakan Stadium Merdeka.

Apapun buat "sementara waktu", kita boleh lihat dan perhatikan tahap "kejujuran" PMNajib. Kita letakkan beberapa garis pandu buat PMNajib untuk melihat "kejujuran" beliau. Untuk permulaan ini, kita beri DUA sahaja untuk melihat samada liah Najib betul-betul "tidak bercabang" .

Antaranya :

1) Tutup Kem Kamunting. Bebaskan semua tahanan politik.
2) Mansuhkan sepenuhnya PPSM mulai 2012 seperti yang dijanjikan. Tiada lagi kompromi dalam hal ini. Tiada lagi pilihan untuk dwi sistem dalam isu ini. Semua sekolah KPM wajib gunakan Bahasa Melayu sepenuhnya dalam subjek Sains dan Matematik.
http://tokpepijat.blogspot.com

Di antara Degil dan Berdegil

Posted: 18 Sep 2011 12:02 AM PDT

Oleh Khalid Samad


Rahman Pahlil ADUN Sementa telah menuduh saya degil, ingin terus melanggar undang-undang. Ungku Salleh Ketua UMNO Selangor pula mengatakan saya tidak menghormati dan secara semula jadi sentiasa langgar undang-undang.

Baiklah, kita biarkan dahulu tuduhan mereka yang tidak berdasarkan mana-mana keputusan mahkamah ini dan beralih kepada satu lagi perkara yang telah pun diputuskan mahkamah

Kebetulan, pada petang Selasa lepas saya telah menerima panggilan dari Ahli Parlimen Segambut, YB Lim Lip Eng. Beliau menjemput saya hadir pada pagi Rabu di sebuah Tok Kong Cina di Segambut di mana ada beberapa orang telah dan sedang mogok lapar.

YB Lim menjelaskan kepada saya bahawa mereka mogok lapar oleh kerana kebuntuan dalam menghadapi keadaan di mana mereka telah memenangi kes dakwaan mereka terhadap kerajaan UMNO/BN Negeri Pahang, tetapi kerajaan Negeri terus enggan membayar tuntutan mereka. Jumlah yang terlibat agak besar, iaitu lebih kurang RM 37 Juta semenjak tahun 2000. Berdasarkan perintah mahkamah, kerajaan Pahang mesti membayar jumlah ini termasuk 'bunga' sebanyak 8% setahun untuk setiap tahun pembayaran ditunda. (Sila rujuk surat mahkamah bertarikh 7 Mac 2008). Ini bermakna, melalui 'kecekapan' pentadbiran kerajaan UMNO/BN, jumlah yang perlu dibayar sekarang adalah lebih kurang sebanyak RM 70 Juta! Hampir dua kali ganda dari jumlah asal.

Saya telah hadir ke sana dan membaca segala dokumen berhubung kes ini. Amat jelas, keputusan mahkamah tidak menyebelahi kerajaan BN Pahang. Mereka telah membuat rayuan dan telah kalah sekali lagi. Permohonan untuk membuat rayuan lagi ditolak dan kes ini telah pun muktamad. (Sila rujuk surat mahkamah bertarikh 17 Sept 2008). Muktamadnya kes ini jelas tertera di surat berkenaan dengan ayat "MAKA ADALAH DIPERINGATKAN bahawa permohonan Pemohon untuk kebenaran merayu ke Mahkamah Persekutuan adalah ditolak dengan kos". Pemohon di sini adalah kerajaan UMNO/BN. Namun, kerajaan BN Pahang terus enggan membayar, atau dengan meminjam kata Rahman Pahlil, 'DEGIL!'.

Saya ingin memberitahu Rahman Pahlil dan Ungku Salleh bahawa yang 'berdegil' dan 'tidak menghormati undang-undang' jelas sekali ialah UMNO/BN seperti yang dizahirkan oleh sikap kerajaan UMNO/BN Negeri Pahang. Ini kerana, dalam kes saya, saya masih belum dibicarakan. Samada saya bersalah atau sebaliknya masih belum ditentukan oleh mahkamah. Dalam kes kerajaan UMNO/BN Negeri Pahang, ianya telahpun diputuskan oleh mahkamah tetapi mereka tetap engkar terhadap perintah mahkamah! Dan mereka terus engkar walaupun sudah 3 tahun!

NASIHAT BUAT RAHMAN PAHLIL DAN UNGKU SALLEH
Oleh itu, jika berhajat untuk tegur dan kritik, atas sebab degil dan tidak menghormati undang-undang, kerajaan Negeri Pahang adalah jauh lebih layak diselar dari diri saya sendiri. Sepatutnya mereka berdua menegur dan mengkritik kerajaan Negeri Pahang atas sikapnya, lebih–lebih lagi sikap Menteri Besar Adnan Yaakob.

Bagaikan langit dan bumi apabila kita bandingkan sikap MB UMNO/BN ini dengan MB PAS seperti TGNA dan DS Ustaz Azizan Abdul Razak. Adnan Yaakob telah menyatakan kalau mereka yang terlibat dalam mogok lapar itu mati sekalipun, itu bukan urusan dia. Mungkin itulah apa yang dimaksudkan dengan cogan kata BN 'rakyat didahulukan' atau dengan ertikata lainya, Biar Rakyat Mati Dahulu.

Dalam pada itu, MB PAS dan PR berusaha memenuhi tanggung-jawab mereka terhadap rakyat, MB UMNO/BN di Pahang ini tidak kisah sekiranya rakyatnya mati kebuluran di atas sebab sikap mereka yang berdegil ingin menafikan hak rakyat mereka. Yang bermogok lapar menuntut hak mereka seperti yang telah diputuskan oleh mahkamah, bukan mengikut pandangan dan nafsu mereka.

Saya sertakan juga komen beberapa hakim mengenai sikap kerajaan UMNO/BN. Ianya dalam bahasa Inggeris tetapi saya yakin semua boleh memahami maksudnya. Pokoknya sikap kerajaan UMNO/BN tidak wajar dan menjejas imej Negara dan ianya merupakan satu jenayah!

KENAPA TERUS BERDEGIL DAN TIDAK MENGHORMATI UNDANG-UNDANG?
Bagi saya hanya ada dua sebab mengapa sesebuah kerajaan tidak mahu membayar apabila diarahkan oleh mahkamah. Samada kerajaan itu kerajaan lanun dan samseng atau kerajaan tersebut sudah bankrap. Atau pun, kedua-duanya sekali.

Oleh itu, senario terbaik buat kerajaan UMNO/BN sekarang adalah kerajaan lanun dan samseng. Senario terburuk adalah kerajaan tersebut sudah bankrap. Kalau ianya lanun dan samseng, ubatnya mudah, tukar kerajaan. Kalau sudah bankrap, tukar kerajaan juga, tetapi pada ketika itu semua kena faham cabaran yang terpaksa dihadapi kerajaan baru dan menyokong usaha mereka untuk memulihkan keadaan. Tanda-tanda tersebut terpampang untuk semua menilai.

Pada pendapat saya, oleh kerana kerajaan UMNO/BN adalah kerajaan lanun dan samsenglah mereka boleh 'thumb their noses at the judiciary' atau buat tidak kisah terhadap keputusan mahkamah kerana mereka merasakan mereka berkuasa penuh. Sejarah telah membuktikan bagaimana UMNO/BN selama ini telah mencemar institusi kehakiman dengan kisah "correct, correct, correct", perbicaraan DSAI, kes Altantuya dan lain-lain. Kes PKFZ di mana rakyat kerugian RM 12 Billion yang turut membabitkan Rahman Pahlil harap tidak terlupa.

Sekarang ini Adnan kelihatan naik setingkat lagi dengan terus tidak menghiraukan arahan mahkamah. Malu Negeri Pahang dan malu Malaysia. Tambahan pula Pahang ini merupakan Negeri PM. PM Ahli Parlimen Pekan. Tidakkah beliau berasa malu?

Akhirnya, dapatlah disimpulkan bahawa, lagi cepat kita tukar kerajaan UMNO/BN dengan kerajaan PR, lagi baik.

Pakatan Berhak Mendapat Kredit Atas Pemansuhan ISA

Posted: 18 Sep 2011 12:00 AM PDT

MSO


LAKI Rosmah kata pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang masih valid bukan perjuangan Pakatan Rakyat jadi Pakatan Rakyat jangan cuba hendak ambil kredit atasnya. Kita hendak tanya yang melaung dan mendesak supaya ISa dihapuskan selama ini siapa, Umno ke Pakatan Rakyat?

Menurutnya pemansuhan itu adalah keinsafan dan keperihatinan kerajaan. Saya rasa Pakatan Rakyat tidak begitu perlahap untuk mengambil kredit atas pemansuhan itu pun. Tetapi yang pastinya rakyat suka kalau ia benar-benar dihapuskan dan pemansuhan itu bukan bersifat menuang arak ke dalam botal baru.

Saya hendak tanya Najib pemansuhan yang dilihat sebagai transformasi politiknya yang berani. Soal ini mudah sahaja dan boleh dijawab oleh sesiapa saja dalama kepada masing-masing.

Akta ISA wujud sejak tahun 60 lagi. Ia bukan wujud setahun dua ini. Sudah lima orang PM yang melalui akta berkenaan termasuk bapa Najib sendiri, Razak bin Hussein. Dalam tempoh itu sudah ribuan orang yang berdosa dan tidak berdosa ditahan menerusi akta berkenaan.

Selama itu juga pembangkang dan mereka yang ditahan di bawah akta itu merasakan ianya dizalimi. Malahan ada yang trauma sampai ke hari ini. Contohnya seorang ahli akademik yang sebelum ini berperanan untuk menjadi ketua menteri di sebuah negeri, terus lari lintang pukang meninggalkan jelumu politik bila mana beliau ditahan di bawah akta berkenaan.

Bukan itu saja dia menyalahkan sahabatnya yang membawanya ke dalam parti. Bukan saja menyesali sebaliknya menuduh sahabatnya itu sebagai jahat, pengkhinat kepada bangsa dan negara padahal sebelum ini semasa sahabatnya berkuasa dialah orang yang memuja dengan nasib dan nazam setiap hari.

Tidakan polis menelanjangkannya kemudian suruh merangkak dan telornya yang dua biji dijentik menyebabkan dia jadi phobia dengan akta berkenaan. Jangankan melihat gari melihat jerjak besi jendela saja dia sudah menggeletar ketakutan. Itu contoh betapa takutnya manusia kepada ISA.

Akta itu sudah begitu lama dan ia ditentang oleh rakyat. Kalau benarlah UBN prihatin dan insaf kenapa baru sekarang ianya dihapuskan. Najib pula kalau benar prihatin dan tidak terdesak dan bising dengan desakan beliau akan mengumumkan pemansuhan itu sebagai saja beliau angkat sumpah menjadi PM, dan bukan tunggu 16 September 2011. Kenapa Najib menunggu begitu lama, apakah beliau tidak mendapat kelulusan dari isterinya Rosmah?

Bukankah dalam tempoh Najib jadi PM desakan bertakut-talu supaya akta itu dihapuskan? Makanya pemansuhan akta berkenaan adalah disebabkan desakan rakyat. Najib bertindak akur kepada kehendak rakyat maka wajar kalau disifatkan penghapusan akta itu kerana rakyat. Rakyat berhak merayakan atas apa yang berlaku.

Saya yakin kalau Pakatan Rakyat menang dan memerintah Malaysia 2008 lalu antara perkara utama dilakukan menghapuskan akta berkenaan, kerana itulah manifestonya. Jadi bila Najib memansuhkan ia adalah perlaksanaan manfesto Pakatan Rakyat di mana kebaikannya diperolehi rakyat.

Baguslah Najib sudah sedar kepada kuasa rakyat yang tidak boleh dihalang dengan sejuta retorik dan slogan. Najib merasai bahawa akta itu sudah tidak dapat membatas kuasa politiknya. Jadi apabila akta ISA sudah tidak digeruni lagi maka tidak ada guna bagi Najib mempertahankannya.

Dalam konteks hari ini ISA samalah seperti senjata keris yang pernah digunakan untuk mempertahankan diri. Apabila sudah ada senjata moden, pistol, bom dan sebagainya maka senjata kalsik itu tidak diperlukan lagi. Orang sudah tidak gerun dan sedia mematahkan senjata berkenaan.

Justeru bagi Najib tidak ada gunanya memakai senjata berkenaan, setidak-tidaknya ia perlu ditukar dengan hulu dan sarung baru agar menggerunkan. Dua akta baru yang akan digubal bagi menggantikan ISA untuk membenteras keganasan dan jenayah terancam dan subversif mungkin lebih kurang sama dari segi kekejaman dan kezaliman dengan ISA.

Saya yakin dan percaya kalau Najib merasakan ISA dapat membendung penagaruh pembangkang dan menyelamatkan beliau beliau akan menggunakannya. Tetapi kerana sudah insaf ISA bukan lagi senjata, rakyat hari ini sedia berhadapan dengan apa saja, maka Najib sedia mengumumkan pemansuhan akta hutan rimba itu.

Keismpulannya pemansuhan ISA yang dibuat Najib adalah kejayaan rakyat dan Pakatan. Kalau rakyat dan Pakatan tidak memperjuangkannya Najib dan UBN tetap akan menggunakan akta usang dan lapok itu.

Pemansuhan itu tetap membawa keuntungan kepadanya. Di luar UBN mahu melihat kerajaan bersikap adil dan prihatin dari segi lain mereka dapat menggubal undang-undang baru. Kita sedang menunggu apakah rupa dan bentuk undang-undang baru yang bakal digubal nanti, ataupun ia tidak sempat tergubal kerana selepas ini Pakatan Rakyat mengambil alih negara?

Penduduk Gempar, 300 MyKad, Kad Bank, Lesen Memandu Ditemui Berterabur

Posted: 17 Sep 2011 11:55 PM PDT

KELAB GREENBOC

Alor Setar: Penduduk Kampung Seberang Pumpong, di sini, menemui hampir 300 keping MyKad, MyKid, lesen memandu, kad bank, kad kredit dan pelbagai jenis kad yang bertaburan di dalam tali air dan tepi jalan masuk ke kampung berkenaan berhampiran Kompleks Sukan, Jalan Suka Menanti, di sini, semalam.

Beberapa penduduk yang melalui jalan itu membuat laporan polis pada jam 9.30 pagi selepas pelik melihat ratusan dokumen penting milik pelbagai individu itu dibuang begitu saja di sepanjang laluan sepanjang 200 meter itu.

Seorang penduduk berkata, dia menemuinya ketika dalam perjalanan pulang ke rumah di kampung berkenaan petang kelmarin sebelum memberitahu rakannya.

Dia yang enggan dikenali berkata, dia terkejut melihat banyak MyKad dan lesen memandu milik bertaburan di tepi jalan dan tebing tali air berkenaan.

"Petang semalam (kelmarin) air pasang dan tali air itu dalam. Namun apabila air surut pagi ini (semalam), lebih banyak dokumen penting itu dijumpai. Ia seolah-olah dibuang dalam keadaan tergesa-gesa.

"Saya tidak berani mengambilnya lalu pulang ke rumah sebelum memberitahu rakan. Hari ini (semalam) baru kami pergi membuat laporan polis," katanya ketika ditemui di tempat kejadian, semalam.

Tinjauan Metro Ahad semalam mendapati, selain dokumen penting itu, turut dijumpai ialah pelbagai jenis kad termasuk kad kesihatan, kad beli-belah, slip transaksi bank dan buku akaun bank.

Tinjauan juga mendapati pemilik MyKad dan lesen memandu terbabit kebanyakannya beralamat di sekitar bandar raya ini, Jitra dan Yan. Selain itu ada yang beralamat di Pulau Pinang, Perlis dan Langkawi.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Setar, Superintendan Baharom Abu berkata, 298 keping dokumen pelbagai jenis itu ditemui di sepanjang tali air dan jalan di kawasan itu.

Beliau berkata, jumlah itu membabitkan 102 keping MyKad; 126 lesen memandu; 51 kad bank dan 19 keping pelbagai kad, termasuk MyKid.

"Kita percaya ia perbuatan individu atau kumpulan tertentu yang melakukan jenayah seperti ragut, pecah kereta dan pecah rumah sebelum membuang dokumen milik mangsa di kawasan itu," katanya.

Katanya, selain di negeri ini, ada pemilik MyKad dan lesen memandu itu beralamat di Pulang Pinang dan Perlis.

Baharom berkata, pihaknya sudah mengumpul semua dokumen itu dan akan mengesan pemiliknya bagi mengetahui bagaimana mereka kehilangan MyKad atau lesen memandu itu.

"Dari situ kita boleh mengetahui mereka mungkin menjadi perbuatan jenayah atau sebaliknya," katanya. -hm

Pelajar ke Mesir meninggalkan bumi Malaysia dengan rasa kecewa, terkilan

Posted: 17 Sep 2011 11:54 PM PDT



KUALA TERENGGANU - Seramai 22 orang pelajar yang melanjutkan pengajian Isam ke negara Mesir, meninggalkan bumi Malaysia dengan perasaan kecewa dan terkilan kerana permohonan mereka mendapatkan bantuan dari kerajaan Terengganu ditolak.

Mereka yang menghubungi Buletinonline sejurus sebelum berangkat pada dinihari Jumaat 16 September dari KLIA memaklumkan perkara tersebut.

Menurut wakil pelajar terbabit, Naseh Ulwan Zakaria, 20, mereka memohon bantuan dari Yayasan Terengganu (YT) dan berasa amat gembira apabila dipanggil untuk ditemuduga.

[Gambar - Naseh Ulwan, empat dari kanan (berbaju putih, jaket hitam dan kupiah) bersama sebahagian rakan-rakannya yang dinafikan hak mendapat bantuan oleh kerajaan Terengganu, bergambar sejurus sebelum meninggalkan bumi Malaysia, di KLIA]

Malangnya, kata beliau, rupa-rupanya temuduga tersebut adalah hanya untuk memberitahu mereka, bahawa mereka tidak memperolehi apa-apa bantuan kerana 'kerajaan tidak mahu mengambil 'risiko'.

"saya tanya sebab apa tahun ini tak beri (bantuan pinjaman) sedangkan tahun lepas beri, dia (Pegawai Yayasan Terengganu) berkata 'kita tak mahu ambil risiko, sebab Mesir negara (sedang) bergolak',"jelas Naseh.

Beliau dan rakan-rakannya merasakan jawapan yang diberikan pegawai YT itu tidak logik dan tidak munasabah.

Sebaliknya, menurut Naseh, jawapan sebenarnya diketahui apabila seorang kerani dibahagian hadapan pejabat YT memberitahu sebab-sebab mengapa permohonan mereka ditolak..

"dia kata, ada pelajar kita (di) sana tu (Mesir) sembilan orang yang diberi pinjaman itu ttapi sertai himpunan BERSIH di sana,

"dia yang kata itu, kerani yang duduk di (bahagian) luar (hadapan pejabat) kata, sembilan orang pelajar yang ditaja Yayasan (Terengganu) sertai (himpunan) BERSIH,"kata Naseh.

Katanya, beliau dan rakan-rakan merasa di'anaktiri'kan oleh kerajaan Terengganu yang seolah-olahnya tidak mahu rakyat Terengganu cerdik agama dan faham tentang agama.

PAS tidak mahu negara Islam; Ahmad Said tidak sedar diri

Posted: 17 Sep 2011 11:52 PM PDT



KUALA NERUS - Seluruh jentera PAS diminta bersiap sedia menghadapi pilihanraya umum ke-13 yang dijangka diadakan pada bila-bila masa sahaja.

Timbalan Pesuruhjaya III PAS Terengganu Dr Alias Razak berkata pengumuman Perdana Menteri memansuhkan ISA merupakan tanda-tanda pilihanraya sudah terlalu dekat.

"ini merupakan tanda-tanda pilihanraya sudah dekat benar, kita semua harus bersedia untuk menghadapi pilihanraya bila-bila masa, mungkin tak sampai bulan sebelas (November),

"kita kena bersia[p sedia jentera kita khususnya orang muda untuk memastikan kemenangan kita, bukan shaja mengekalkan Bukit Tunggal tetapi juga menang DUN lain dan parlimen Kuala Nerus,"ujarnya pada majlis sambutan hari raya pemuda PAS Batu Enam dekat sini Jumaat 16 September.

[Gambar - Dr Alias melayan para pemuda, mengagihkan roti dalam Majis Hari Raya Pemuda Batu Enam yang menyediakan hidang 'lazat' sup kambing]


Beliau menegaskan, sekiranya pihak Umno mengatakan PAS telah meninggalkan perjuangan Islam, semuanya adalah penipuan belaka.

Menurutnya, PAS Terengganu tidak lagi menekankan persoalan menubuhkan negeri Islam kerana katanya pada pemerintahan PAS tahun 1999 hingga 2004 dahulu, PAS sudah meminda undang-undang Terengganu menjadi undang-undang Islam.

"Kalau orang kata PAS dah tinggalkan perjuangan Islam, itu 'pelawok', kita tak 'highlight' (pekara itu) di Terengganu sebab undang-undang Terengganu telah kita pinda menjadi undang-undang Islam, telah warta pun, Kanun Jenayah Syariah, Hudud dan Qisas,

"bila kita memerintah (nanti) selain buat kebajikan, sudah tentulah kita akan melaksanakan undang-undang Islam yang telah termaktub dalam perlembagaan negeri kita,"tegasnya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tunggal ketika ditemui selepas majlis tersebut berkata, Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Ahmad Said tidak sedar diri apabila sering menuduh PAS tidak lagi mahu negara Islam.

"Saya dapat maklumat, pada setiap majlis beri Dana Raya dan zakat pada bulan Ramadhan baru-baru ini Ahmad Said 'bersyarah' tipu orang kampung, kata PAS tak mahu lagi negara Islam,

"dia tak sedar diri, kita sudah pinda undang-undang negeri kepada undang-undang islam, tapi dia yang tidak mahu laksanakan,"jelasnya.

Oleh itu, katanya, beliau menyeru semua rakyat Terengganu, khususnya orang-orang muda menilai, siapa sebenarnya yang tidak mahu kepada negara Islam, PAS atau Umno.

Tiada ulasan: