ALHUSSEYN |
Undi Mat Bangla rahasia , sama macam kita semua - Muhyiddin Posted: 18 Sep 2011 02:06 AM PDT Muhyiddin nampaknya turut bersetuju bahawa pendatang asing, Bangladesh diberi hak turut membuang undi seperti rakyat tempatan biasa. Demikian reaksi Muhyiddin Yassin berhubung pemberian status kerakyatan penuh kepada pendatang asing, Bangladesh bagi membolehkan mereka mengundi pada pilihan raya umum ke-13. "Meskipun mereka mengundi, apabila ia dimasukkan ke dalam peti undi, tidak siapa yang tahu siapa yang mereka akan mengundi," sumber Inilah kenyataan paling bangang dan memualkan kita dari seorang yang berjawatan Timbalan Perdana Menteri. Sheikh Hasina, yang dipetik dari www.ngoab.gov.bd — laman rasmi hal ehwal badan bukan kerajaan (NGO) Jabatan Perdana Menteri negara itu. Maklumat laman itu mendakwa Sheikh Hasina berkata pekerja-pekerja Bangladesh di Malaysia diberi kewarganegaraan dengan mudah asalkan mengundi parti yang mewakili kerajaan pemerintah. |
Najib menyindir Muhyiddin yang penakut! Posted: 17 Sep 2011 08:03 PM PDT Najib: Saya tak takut hadapi Anwar Ibrahim.Begitulah tajuk berita kat sini Najib seolah-olah macam anak-anak zaman dulu , cuba menunjukan kejantanannya dengan mengambil segumpal surat khabar lama , letak kat kaki Anwar sambil berkata, ini kepala bapak aku; kau pijaklah kalau berani!Ha! ha! ha! Orang tentu terkejut besar kerana tidak menyangka, Najib yang selama ini dikenali sebagai seorang yang begitu sopan menyantuni isterinya , Rosmah boleh bersuara garang sebegitu! Betulkah PM Najib berani berdebat dengan DS Anwar Ibrahim? Tidak semena-mena sahaja , tiba-tiba Najib membuat kenyataan dia tidak takutkan manusia bernama Anwar Ibrahim! Datuk Seri Najib Razak hari ini mengisytiharkan beliau tidak takut untuk menghadapi Datuk Seri Anwar Ibrahim; jika perlu berhadapan dengan Ketua Pembangkang itu dalam mana-mana debat ala pemilihan presiden. Kita patut puji keberanian Najib itu.Najib tidak takut berdebat dengan Anwar sepertimana timbalannya, Muhyiddin Yassin yang menolak pelawaan debat dengan Mat Sabu.Mungkin itu yang Najib nak pertontonkan kepada ramai bahawa dia seorang yang sungguh berani.Lebih berani daripada Muhyiddin Yassin. Najib nak menyindir anak Pak Yassin rupanya! Apa lagi tunggu? Buatlah debat secara langsung di TV dengan serta merta kalau betul-betul berani. Jangan cuma cakap sahaja berdegar-degar.Saya rasa syarat pertama yang akan Najib kenakan nanti ialah, Jangan sebut nama Al-Tantuya! |
You are subscribed to email updates from ALHUSSEYN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan