DIALOG RAKYAT |
- Guan Eng: Najib mansuh satu ISA, mahu gubal dua ‘ISA’
- Suhakam: Najib perlu bentuk panel khas Parlimen jamin hak asasi
- Bekas setiausaha pusat Kita bidas Zaid Ibrahim
- Negara perlukan akta halang kerajan zalimi rakyat
- Mat Indera: Cetusan idea Mat Sabu satu inovasi
- Kerajaan akui ISA zalim - GMI
- PM mansuh ISA di saat terdesak – TG Nik Aziz
- Kerangka sama perlu ada dalam akta baru ganti ISA
- Tindakan terdesak seorang anak bangsawan
- Azmin Ali: Terus mara memastikan perubahan terlaksana
- K'jaan diseru tubuh majlis perundingan kebangsaan
- IGP jumpa AG kemuka pandangan kaji Akta Polis
- Felda diarah segera baiki rumah uzur peneroka
- 'Gendang tari pilihan raya telah dipalu...'
- S'gor medan sukar PRU depan
- Pemuda PAS buat laporan pada Zainal Kling
- GMI tuntut 'pampasan setara' untuk tahanan ISA
- Najib sedari tiga realiti baru landskap politik, kata Saifuddin
- Tahniah rakyat, teruskan perjuangan reformasi
- Perkasa: Langkah Najib jangan sampai ‘keris makan tuan’
- Tuduhan liwat dan kaitannya dengan 16 September
- Negara perlukan akta halang kerajan dari menzalimi rakyat
- Pilihan raya olok-olok Umno kurang sambutan
- Bung Mokhtar, Zizie sedia timang anak
- Sejarah diseleweng demi kepentingan pihak tertentu
Guan Eng: Najib mansuh satu ISA, mahu gubal dua ‘ISA’ Posted: 16 Sep 2011 05:23 AM PDT GEORGE TOWN — Lim Guan Eng menegaskan langkah pentadbiran Najib mahu menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dengan dua undang-undang baru satu perkembangan yang mengecewakan dan penjenamaan semula akta yang kontroversial itu. Justeru kata beliau, inisiatif pembaharuan politik yang diumumkan malam tadi adalah sesuatu yang tidak bermakna jika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mahu mengadakan undang-undang baru bagi tujuan yang sama. "Ya, sudah pasti ia berita yang baik tetapi jika anda mahu menggantikan dengan dua undang-undang baru, maka ia akan menjadi dua ISA? "Kami tidak mahu melihat satu situasi di mana anda memasukkan wain yang lama dalam satu botol yang baru," kata beliau pada sidang media hari ini. Lim (gambar), seorang bekas tahanan ISA berkata, rakyat Malaysia mahukan elemen peruntukan boleh menahan seseorang tanpa perbicaraan dibuang daripada mana-mana undang-undang pencegahan yang mahu diadakan. Setiausaha Agung DAP menambah, satu tempoh yang pendek boleh dibenarkan bagi penahanan tetapi tahanan mesti dibicarakan di mahkamah. Dalam perutusan khas sempena Hari Malaysia semalam, Najib mengumumkan bahawa ISA akan dimansuhkan dan dua undang-undang baru yang sesuai akan digubal bagi memelihara keamanan, kesejahteraan, kesentosaan serta kerukunan hidup rakyat dan negara. Kata Najib, dua undang-undang baru itu akan digubal di bawah "semangat serta payung" Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan bagi mencegah perbuatan subversif, keganasan terancang dan perbuatan jenayah. Perdana Menteri menegaskan bahawa undang-undang baru itu akan memperuntukkan tempoh tahanan polis yang lebih pendek daripada yang dijalankan pada masa ini. Kerajaan juga menjamin bahawa mana-mana individu tidak akan ditahan semata-mata hanya kerana ideologi politik. Perdana Menteri turut mengumumkan bahawa kerajaan memansuhkan Akta Buang Negeri 1959 di samping akan mengkaji semula beberapa undang-undang lain bagi memastikan ia memenuhi kehendak semasa. Kajian semula komprehensif ini akan melibatkan Akta Kediaman Terhad 1933 dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (PPPA) 1984 di mana prinsip pembaharuan tahunan akan dihapuskan dan digantikan dengan pengeluaran lesen sehingga dibatalkan, kata Najib semalam. Kerajaan juga akan mengkaji semula Seksyen 27 Akta Polis 1967 dengan mengambil kira peruntukan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan tentang kebebasan berhimpun dengan prinsip menentang sekeras-kerasnya demonstrasi jalanan. Beliau juga berkata kebenaran berhimpun akan diberi selaras dengan kaedah-kaedah yang akan ditetapkan kelak dengan mengambil kira norma-norma di peringkat antarabangsa. Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, Putrajaya seharusnya memansuhkan undang-undang berkaitan media selari dengan usaha memansuhkan ISA. "Saya juga mangsa PPPA . . . saya ditahan selama 18 bulan," kata beliau. Lim juga membidas pemimpin parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) seperti MCA, Gerakan dan MIC kerana menyokong pembaharuan diumumkan oleh Najib kerana mereka juga menyokong ISA sebelum ini. "Sekarang, mereka cuba untuk mengambil kredit dengan pengumuman Najib," kata Lim lagi. Sehubungan itu kata Lim, rakyat Malaysia seharusnya diberikan pujian atas pengumuman Najib semalam, yang dilihat sebagai hasil perubahan landskap politik menerusi pilihan raya umum 2008. Pilihan raya umum 2008 menyaksikan tsunami politik dengan majoriti dua pertiga BN di Parlimen dinafikan dan lima negeri dikuasai komponen Pakatan Rakyat. "Mereka menyokong pembangkang yang berjuang untuk kebebasan yang lebih luas. Ia juga kesan kebangkitan di negara-negara Arab . . . jadi kerajaan-kerajaan, diktator-diktator jatuh pada era moden ini, ia tidak lagi berfungsi lain," katanya lagi. | ||
Suhakam: Najib perlu bentuk panel khas Parlimen jamin hak asasi Posted: 16 Sep 2011 05:22 AM PDT TERKINI KUALA LUMPUR — Suhakam menggesa pentadbiran Najib menubuhkan jawatankuasa pilihan khas Parlimen mengenai hak asasi manusia bagi memperkukuhkan proses demokrasi berparlimen selari dengan beberapa inisiatif pembaharuan politik yang diumumkan semalam. Pengerusinya Tan Sri Hasmy Agam berkata, Suhakam mengharapkan komitmen berterusan Putrajaya dan tanpa henti ke arah perlindungan dan promosi hak asasi rakyat, yang sememangnya menjadi tanggungjawab kerajaan. Sehubungan itu kata Hasmy, suruhanjaya berpuas hati dengan langkah terkini yang diambil oleh kerajaan dan ingin memuji Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak atas keputusan yang penuh sejarah dan berani untuk melupuskan Ordinan Darurat, Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan undang-undang terhad yang lain yang telah lama dituntut dan dinanti-nantikan rakyat, dan telah digesa secara berterusan pihaknya sejak lebih 10 tahun lalu. "Pengumuman yang amat dialu-alukan ini tiba tepat pada masanya untuk semua rakyat Malaysia meraikan Hari Malaysia dan merupakan langkah positif ke arah peningkatan keseluruhan keadaan hak asasi manusia di negara ini. "Ia merupakan semangat pendekatan 1 Malaysia yang diilhamkan Perdana Menteri sendiri dan selaras dengan ikrar untuk mengkaji semula secara komprehensif ISA apabila beliau memegang jawatan pada 2009," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini. Hasmy berkata Suhakam berharap pengumuman semalam akan dapat dilaksanakan secepat mungkin, dan dengan itu mengarak ke satu era baru untuk Malaysia dalam ia melangkah ke arah menjadi sebuah negara maju pada 2020 dan meletakkan ia di kalangan barisan negara-negara yang menghormati, melindungi dan mempromosi segala aspek hak asasi manusia secara bersungguh-sungguh dan konsisten. "Selaras dengan hala tuju baru bagi negara ini, berdasarkan pengiktirafan realiti masa dan keperluan, aspirasi dan kebijaksanaan rakyat, Suhakam amatlah berharap agar Kerajaan akan mengadakan usaha baru yang lebih fokus ke arah penyertaan kepada instrumen-instrumen teras hak asasi manusia, yang mana Malaysia telah hanya ratifikasi tiga, dengan reservasi," kata beliau. Katanya, dalam menggubal mana-mana undang-undang baru dan perlu yang berkaitan dengan keselamatan negara, Suhakam juga mahu kerajaan agar memastikan undang-undang ini bukan sahaja mematuhi Perlembagaan Persekutuan tetapi juga prinsip-prinsip dan norma-norma hak asasi manusia antarabangsa, khususnya sebagaimana yang termaktub dalam Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat, yang Malaysia berkewajipan untuk menegakkannya sebagai anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Majlis Hak Asasi Manusia. Dalam perutusan khas sempena Hari Malaysia semalam, Najib mengumumkan bahawa ISA akan dimansuhkan dan dua undang-undang baru yang sesuai akan digubal bagi memelihara keamanan, kesejahteraan, kesentosaan serta kerukunan hidup rakyat dan negara. Katanya, dua undang-undang baru akan digubal di bawah "semangat serta payung" Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan bagi mencegah perbuatan subversif, keganasan terancang dan perbuatan jenayah. Perdana Menteri menegaskan bahawa undang-undang baru itu akan memperuntukkan tempoh tahanan polis yang lebih pendek daripada yang dijalankan pada masa ini. Kerajaan juga menjamin bahawa mana-mana individu tidak akan ditahan semata-mata hanya kerana ideologi politik. Perdana Menteri turut mengumumkan bahawa kerajaan memansuhkan Akta Buang Negeri 1959 di samping akan mengkaji semula beberapa undang-undang lain bagi memastikan ia memenuhi kehendak semasa. Kajian semula komprehensif ini akan melibatkan Akta Kediaman Terhad 1933 dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 di mana prinsip pembaharuan tahunan akan dihapuskan dan digantikan dengan pengeluaran lesen sehingga dibatalkan. Kerajaan juga akan mengkaji semula Seksyen 27 Akta Polis 1967 dengan mengambil kira peruntukan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan tentang kebebasan berhimpun dengan prinsip menentang sekeras-kerasnya demonstrasi jalanan. Beliau juga berkata kebenaran berhimpun akan diberi selaras dengan kaedah-kaedah yang akan ditetapkan kelak dengan mengambil kira norma-norma di peringkat antarabangsa. | ||
Bekas setiausaha pusat Kita bidas Zaid Ibrahim Posted: 16 Sep 2011 05:20 AM PDT KUALA LUMPURt — Abd Latif A Tambi yang dipecat sebagai setiausaha pusat Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita) kelmarin mencabar tindakan Presidennya Datuk Zaid Ibrahim itu dengan mendakwa parti tersebut tidak dipimpin dengan telus, sebaliknya sudah beralih daripada matlamat penubuhan. Abd Latif dimaklumkan mengenai pemecatan daripada jawatannya kelmarin manakala Muhammad Firdaus Christopher, ahli jawatankuasa eksekutif pula dikenakan tindakan digantung keahlian. Sehubungan itu, kata Abd Latif, beliau tidak diberi peluang untuk mempertahankan dirinya termasuk mendengar tuduhan-tuduhan yang dibangkitkan sedangkan parti mendakwa memperjuangkan kesederhanaan, demokratik dan liberal.Dalam surat terbuka yang dihantar kepada Zaid hari ini, Abd Latif berkata, "sejak kebelakangan ini, tindakan-tindakan parti tidak lagi telus dan telah beralih daripada objektif asas kewujudan, misalnya mempromosi dan menggalakkan isu-isu menyentuh kepentingan dan akan memastikan kepentingan orang ramai." "Malah lebih penting, tindakan-tindakan dalam parti sendiri bertentangan dengan prinsip saya dan apa yang saya sentiasa perjuangkan," kata Abd Latif dalam surat itu yang salinannya dipanjangkan kepada media. Malah dalam surat itu beliau mendakwa, pandangan-pandangan yang dikemukakan untuk membawa perubahan dalam Kita tidak diterima dengan baik dan berhadapan dengan kecaman teruk daripada Zaid. "Sesuatu yang mengejutkan apabila usaha saya mempromosikan anda (Zaid) di Melaka dan kerja saya secara sukarela selama sembilan bulan lalu bagi membangunkan parti Kita di peringkat pusat dan niat ikhlas saya dalam mempromosikan perubahan demi kepentingan parti, saya dilayan dengan e-mel khidmat saya ditamatkan (sebagai setiausaha pusat)," kata beliau yang turut mengedarkan salinan kandungan e-mel diterima daripada Zaid kelmarin. E-mel itu antara lain menyebut, "oleh kerana saudara telah nampak jelas tidak dapat mengikuti arahan saya sebagai ketua parti dalam beberapa hal penting termasuk (tidak) memberitahu saya 'password' laman web parti, maka saya tidak ada jalan lain untuk menggugurkan saudara daripada jawatan setiausaha berkuat kuasa serta-merta. Sila serahkan kunci pejabat dan fail-fail tertentu kepada setiausaha kerja Masrum." Dalam suratnya kepada Zaid, Abd Latif berkata, "pokoknya penamatan saya adalah ekoran kata laluan laman web sebagaimana dinyatakan dalam e-mel; e-mel anda menyebut bahawa tindakan menamatkan saya adalah disebabkan kegagalan mematuhi arahan anda dalam beberapa perkara, termasuk tidak memaklumkan ketua parti kata laluan kepada laman web parti." Abd Latif berkata, isu laman web adalah perkara kecil yang boleh diselesaikan dengan baik dalam parti. "Saya telah menerima e-mel daripada anda sehari sebelum penamatan khidmat saya, meminta agar menyerahkan kata laluan laman web dan butiran lain kepada anak anda. Saya telah memberikan respons sewajarnya pada pagi 14 September dengan memberikan pandangan saya mengapa saya harus dibenarkan terus menyimpan kata laluan laman web," katanya. Dalam komen kepada The Malaysian Insider semalam, Muhammad Firdaus menyifatkan Zaid mengendalikan parti itu sebagai seorang diktator dan tidak mahu mendengar pandangan orang lain. "Wujud banyak kepincangan dalam parti. Kami sudah hilang keyakinan dengan kepimpinan Zaid . . . sudah tidak yakin dengan beliau," kata beliau yang sebelum ini pernah dianggap sebagai antara orang kanan Zaid. Dalam satu kenyataan dikeluarkan malam kelmarin, Setiausaha Kerja Kita Masrum Dayat berkata, "parti kita ingin memaklumkan bahawa laman web, Twitter dan Facebook parti ini telah tidak dapat dilayari seperti biasa kerana mengalami masalah teknikal." Malah menurut Masrum, pada masa yang sama Kita memaklumkan bahawa bahawa Muhammad Firdaus telah digantung keahliannya kerana melalui Facebooknya beliau dengan jelas telah membuat tohmahan liar yang tidak berasas termasuk menghina Zaid. "Tindak-tanduk beliau yang melampau yang memudaratkan nama baik parti itu dilakukan melalui akaun sosial Facebook beliau. "Parti ini percaya beliau bertindak demikian semata-mata kerana beliau marah apabila pembayaran elaun bulanannya dihentikan. Parti Kita adalah sebuah parti kecil yang mempunyai sumber kewangan yang terhad," katanya. Tegas Masrum, "parti ini juga ingin mengucapkan terima kasih kepada setiausaha pusat atas khidmat beliau selama ini. Perkhidmatan Abd Latif tamat berkuat kuasa hari ini (kelmarin) untuk menambah kelicinan pentadbiran parti." Kita dilancarkan Januari lalu dengan moto "moderat, demokratik dan liberal." Ia sebelum ini dikenali sebagai Angkatan Keadilan Malaysia. Parti itu digerakkan selepas Zaid keluar PKR akhir tahun lalu selepas mendakwa wujudnya kepincangan dan kecacatan dalam komponen Pakatan Rakyat itu. | ||
Negara perlukan akta halang kerajan zalimi rakyat Posted: 16 Sep 2011 05:18 AM PDT
| ||
Mat Indera: Cetusan idea Mat Sabu satu inovasi Posted: 16 Sep 2011 05:16 AM PDT
| ||
Posted: 16 Sep 2011 05:13 AM PDT
| ||
PM mansuh ISA di saat terdesak – TG Nik Aziz Posted: 16 Sep 2011 05:12 AM PDT
| ||
Kerangka sama perlu ada dalam akta baru ganti ISA Posted: 16 Sep 2011 05:06 AM PDT MEDAN - Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) mencadangkan supaya undang-undang baru bagi menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA) yang akan dimansuhkan, mempunyai kerangka serupa dalam menangani isu ekstremisme dan kawalan awal dalam isu-isu sensitif yang boleh mengancam keselamatan negara. Presidennya, Datuk Seri Abdul Aziz Abdul Rahman berkata, ini disebabkan banyak isu sensitif yang boleh timbul, sekali gus mencetuskan perkara tidak diingini terutama daripada segi politik, agama dan kaum. "Saya mengharapkan kalaulah ia (ISA) dihapuskan, apa yang digantikan tidak begitu longgar untuk melepaskan kegiatan-kegiatan yang boleh mengancam keselamatan negara. "Kita masih perlu satu rangka undang-undang yang boleh dikuatkuasakan dalam isu seperti ini. "Singapura dan Amerika Syarikat pascatragedi 11 Sept masih ada perkara (undang-undang) yang ketat. Kalau tidak ia akan merosakkan apa yang kita bangunkan selama ini," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Pelaksana Tugas Gabenor Sumatera Utara H. Gatot Pujo Nugroho di sini hari ini. Abdul Aziz berkata, Malaysia masih dalam proses pembentukan negara bangsa dan akta pencegahan masih diperlukan berikutan polarisasi kaum yang masih wujud.- Utusan | ||
Tindakan terdesak seorang anak bangsawan Posted: 16 Sep 2011 05:04 AM PDT Ekonomi dunia semakin tidak menentu. Keadaan ekonomi tahun depan mungkin lebih teruk berbanding akhir tahun ini. Tambahan lagi, khabar angin bahawa wujud desakan dalaman UMNO memaksa Perdana Menteri Najib melepaskan jawatannya mulai bertiup malah semakin hari semakin kencang. Najib tidak mempunyai banyak pilihan dalam situasi sedemikian. Kehilangan sokongan UMNO menjadikan sokongan luar lebih penting sekarang. Baca: Perutusan Khas PM sempena Hari Malaysia 2011 *Ooi Heng ialah Pengarah Eksekutif Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) dan kolumnis MerdekaReview. | ||
Azmin Ali: Terus mara memastikan perubahan terlaksana Posted: 16 Sep 2011 05:00 AM PDT Saya mengucapkan tahniah kepada semua pejuang kebebasan dan hak asasi manusia kerana kerajaan UMNO-BN akhirnya terpaksa akur dengan kebenaran dan keadilan yang mereka perjuangkan selama berdekad-dekad. Ribuan pejuang ini dipenjara, difitnah dan menderita pelbagai kezaliman demi untuk hak dan kebebasan rakyat yang dinodai oleh UMNO-BN sejak merdeka lagi. | ||
K'jaan diseru tubuh majlis perundingan kebangsaan Posted: 16 Sep 2011 04:59 AM PDT MALAYSIA KINI presiden PKR, Azmin Ali berkata, adalah penting penting bagi Pakatan Rakyat, NGO dan pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak untuk duduk semeja bersama-sama mendapatkan maklum balas dari segenap lapisan masyarakat berhubung dua undang-undang baru mencegah keganasan dan aktiviti subversif."Oleh itu, kita menyeru agar diwujudkan Majlis Perundingan Kebangsaan bagi mengkaji serta bersama-sama menggarap dua rang undang-undang mencegah keganasan dan aktiviti subversif yang bakal dibentangkan di Parlimen kelak," katanya dalam satu kenyataan hari ini. "Kita tidak mahu undang-undang yang bakal digubal ini masih menerapkan unsur perundangan, antaranya yang mirip dengan peruntukan Seksyen 73(1) dan Seksyen 8 Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). "Kedua-dua peruntukan tersebut memberi kuasa kepada Menteri untuk menahan sesiapa sahaja dan membolehkan Menteri itu menyalahguna kuasa demi kepentingannya semata-mata. | ||
IGP jumpa AG kemuka pandangan kaji Akta Polis Posted: 16 Sep 2011 04:57 AM PDT MALAYSIA KINI Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar akan bertemu dengan Peguam Negara Tan Sri Abdul Ghani Patail bagi memberi pandangan terhadap kajian semula ke atas Seksyen 27, Akta Polis 1967 berhubung kebebasan berhimpun. Beliau berkata pandangan yang akan disampaikan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) meliputi aspek bagaimana hendak mengimbangkan kesejahteraan, hak bersuara dan hak berkumpul di kalangan rakyat. "Perkara ini adalah untuk kepentingan rakyat supaya keamanan dapat terus dikekalkan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri sambutan serentak Hari Malaysia dan Hari Kebangsaan di Dataran Merdeka di Kuala Lumpur hari ini. Semalam Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan kerajaan akan mengkaji semula Seksyen 27, Akta Polis 1967 dengan mengambil kira peruntukan Perkara 10, Perlembagaan Persekutuan tentang kebebasan berhimpun dengan prinsip menentang sekeras-kerasnya demonstrasi jalanan. Perdana Menteri berkata kebenaran berhimpun akan diberi selaras dengan kaedah-kaedah yang akan ditetapkan kelak dengan mengambil kira norma-norma di peringkat antarabangsa. Ismail berkata pengumuman yang dibuat Perdana Menteri malam tadi menunjukkan kesungguhan kerajaan untuk terus melangkah ke hadapan dan dibuat demi kepentingan rakyat. "Saya lihat (kajian semula) undang-undang lama ini kita perakukan juga...setuju kerana sudah lapuk," katanya. Tegasnya, PDRM akan terus menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka dengan sebaik mungkin dalam memastikan keamanan dan kesejahteraan rakyat tidak tergugat.- Bernama | ||
Felda diarah segera baiki rumah uzur peneroka Posted: 16 Sep 2011 04:55 AM PDT MALAYSIA KINI Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad mengarahkan Unit Perumahan agensi itu menyegerakan kerja membaik pulih rumah peneroka yang sudah uzur. Beliau berkata pada masa kini terdapat kira-kira 2,000 permohonan berkaitan pembaikan rumah daripada peneroka Felda di seluruh negara dan sedang dalam proses. "Dalam mesyuarat baru-baru ini, Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak bersetuju agar Unit Perumahan Felda mempercepatkan proses permohonan tersebut," katanya kepada pemberita selepas majlis perjumpaan pegawai Felda sempena lawatannya ke kompleks Felda Umas di Tawau, Sabah. Mohd Isa berkata setakat ini Felda memperuntukan sebanyak RM650 juta untuk membaik pulih kira-kira 23,000 rumah peneroka Felda di seluruh negara meliputi Felda di kawasan Sabah. Katanya dalam soal kebajikan, termasuk daripada aspek bantuan kemudahan pembaikan rumah, tidak wujud layanan berbeza yang diberi sama ada kepada peneroka Felda di Sabah ataupun di Semenanjung. Terdahulu, Pengurus Besar Felda Palm Industries Sdn Bhd (FPISB), Hamdan Ismail berkata terdapat 14 Syarikat Kumpulan Felda beroperasi di Sabah dan sembilan daripadanya beroperasi di Tawau manakala selebihnya di Felda Sahabat, Lahad Datu. Felda Kalabakan dan Umas meliputi kawasan seluas 10,419.14 hektar dengan 7,400 penduduk. --Bernama | ||
'Gendang tari pilihan raya telah dipalu...' Posted: 16 Sep 2011 04:52 AM PDT Nasrudin Hassan ULASAN Syukur Alhamdulillah, setelah sekian lama PAS berjuang dan kini bersama Pakatan Rakyat, menuntut keadilan dan kesaksamaan dalam sistem pemerintahan negara terutama tuntutan supaya dimansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), kini hampir menjadi kenyataan setelah ramai pimpinan PAS dan aktivisnya terpaksa merengkok dalam tahanan kejam tanpa bicara itu, semata-mata kerana persaingan politik yang tidak matang. Saya tidak lokek untuk mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada Datuk Seri Najib Tun Abd Razak yang telah mengisytiharkan komitmennya untuk memansuhkan ISA sebentar tadi, biarpun Umno dan BN telah mengambil masa yang terlalu lama untuk memahami betapa kejam dan zalimnya undang-undang ISA ini ke atas makhluk yang bergelar insan. Sementara PAS telah menentang ISA sejak hari pertama ia dibentang dan diluluskan di Parlimen justeru ia bertentangan dengan semangat keadilan yang dianjurkan oleh syariat Islam. Sejurus mendengar pengisytiharan Datuk Seri Najib pada malam ini, hampir mengalir air mata saya mengenang penderitaan dan kesengsaraan yang terpaksa dialami oleh bekas tahanan ISA sebelum ini. Alangkah jika ISA dimansuhkan sejak komunis menyerah diri dan membubarkan parti serta perjuangan mereka tempoh silam. Pastinya mereka tidak perlu menderita dan sengsara hanya kerana dendam politik sang pemerintah. Datuk Seri Najib mesti mengotakan komitmennya dengan membentangkan secara rasmi kertas pemansuhan ISA ini di dalam Parlimen yang akan bersidang awal bulan depan dan disokong pula oleh keseluruhan ahli parlimen Umno dan BN sekaligus mengusulkan penutupan Kem Kemunting dengan membawa semua tahanan yang masih ada ke muka pengadilan untuk diadili mengikut proses undang-undang negara. Dewan Pemuda PAS Malaysia mengharapkan kerajaan Umno dan BN pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib juga mestilah mengemukakan permohonan maaf secara terbuka serta membayar pampasan kepada semua mangsa-mangsa tahanan ISA dan keluarga mereka yang terpaksa mengalami penderitaan dan trauma yang teruk akibat akta draconian ini. Alhamdulillah, Sekali lagi saya lafazkan rasa syukur kepada Allah swt. berikutan komitmen yang diberi oleh Perdana Menteri untuk turut mengkaji semula seksyen 27 Akta Polis 1967 serta Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 di mana prinsip pembaharuan tahunan akan dihapuskan dan digantikan dengan pengeluaran lesen sehingga dibatalkan. Subjek yang diumum dan diisytiharkan oleh YAB Perdana Menteri adalah merupakan jurus-jurus kecil dari pelan induk Reformasi yang digerakkan oleh Pakatan Rakyat khasnya melalui Buku Jingganya sebelum ini. Demikian juga apa yang ditawarkan oleh PAS menerusi Dokumen Negara Berkebajikan. Tidak mengapalah siapa pun yang melaksanakannya asal ia membawa kebaikan kepada rakyat. Namun Kerajaan Umno dan BN mesti sedar dan insaf, bahawa masih terlalu banyak perkara yang perlu direformasikan secara menyeluruh. Tidak memadai Perdana Menteri pancing sokongan pengundi dengan hanya membuat beberapa perubahan atau pindaan yang bersifat jurus-jurus kecil sedang masaalah pokok masih tergantung diawangan. Masalah pokok yang saya maksudkan di sini ialah pemulihan sistem demokrasi yang adil dan ketelusan sistem pengurusan pilihan raya. Tiada erti perubahan itu dilakukan sedang hak pengundi untuk mengundi secara adil, telus dan saksama ternafi atau dinafikan dengan pincangnya sistem demokrasi dan selewengnya pengurusan pilihanraya. Hari ini, negara masih berdepan dengan pelbagai bentuk kekeliruan dan keraguan yang timbul dari daftar pemilih, corak pengendalian pilihan raya, identiti pengundi, mykad palsu, pengundi klon dan undi pos sebagaimana yang didedahkan oleh DPP (Dewan Pemuda PAS) Malaysia, malah ianya masih gagal dijawab dengan jawapan yang meyakinkan oleh pengendali pilihanraya iaitu SPR mahupun kerajaan sendiri. Ketelusan sistem pengurusan pilihan raya menjadi perkara terpenting setelah dilihat kepada usaha Perdana Menteri cuba melakukan perkara yang serupa dengan apa yang mahu dilakukan oleh PAS dan Pakatan Rakyat. Apabila dilihat program dan subjeknya serupa, maka rakyat perlu kepada keadilan dan ketelusan untuk memilih siapakah yang lebih layak untuk menjadi kerajaan atau pemimpin bagi melaksanakan program reformasi negara tersebut. Apa yang pasti, kini Pakatan Rakyat telah dilihat mampu memimpin dan memerintah. Tiada siapa boleh menafikannya lagi setelah banyak idea dan program reformasi negara yang dicadang oleh Pakatan Rakyat kini dilaksanakan oleh kerajaan Umno dan BN. Saya sendiri bertambah yakin. Bahawa Pakatan Rakyat mampu mengambil alih teraju kepimpinan negara, kerana rakyat kini beralih perhatian untuk memilih siapa yang paling layak memimpin dan memerintah setelah dilihat idea dan program perubahan hampir serupa dari kedua-dua parti iaitu Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional. Malah rakyat tahu siapa yang menggerakkan program dan idea perubahan tersebut. Ertinya selepas ini nilai integriti, akhlak pemimpin, kecerdasan dan karisma kepimpinan akan menjadi nilai fokus pada pengundi untuk diberi mandat kepimpinan negara, kerana tiada erti diserahkan urusan pemerintahan kepada manusia yang rosak nilai integriti, rasuah dan tidak diyakini kewibawaannya. Justeru itu, berikan ruang secukup dan seadilnya untuk rakyat membuat pilihan tepat tanpa sebarang tekanan dan ugutan jua tanpa sebarang manipulasi. Dewan Pemuda PAS Malaysia percaya, pengumuman Perdana Menteri malam tadi adalah isyarat gendang tari pilihan raya telah dipalu. Pemuda PAS secara asasnya telah bersedia untuk menghadapi kemungkinan pilihan raya di adakan pada bila-bila masa secara spiritual, mental, material dan fizikal. Pembentangan belanjawan pada bulan hadapan juga pastinya akan dijadikan belanjawan pilihan raya seperti lazimnya dan akan banyaklah tawaran - tawaran dikemukakan kepada rakyat terutama rakyat marhaen dan menengah. Kini DPP Malaysia telah memasuki gear lima untuk terus meluncur dengan persiapan dan gerakkerjanya ke arah memenangi pilihan raya umum ke-13, insyaallah. | ||
Posted: 16 Sep 2011 04:27 AM PDT MALAYSIA KINI Selangor, dikatakan negeri terkaya di negara ini, merupakan permata berharga yang bakal menjadi rebutan di antara pembangkang dan BN pada pilihan raya umum akan datang. Namun, untuk memenangi negeri itu bukan tugas mudah, sama ada di pihak BN mahupun Pakatan PAS-PKR-DAP. Berikutan desas desus bahawa pilihan raya umum bakal diadakan bila-bila masa, penganalisis turut memberi tumpuan pada Selangor dan meramalkan agak sukar bagi pembangkang mengekalkan negeri itu manakala BN akan berdepan tugas getir untuk menawannya semula. Penganalisis politik di Universiti Sains Malaysia (USM), Dr Sivamurugan Pandian berkata bukan lagi rahsia bahawa BN menumpukan banyak usaha untuk menawan semula negeri itu. "Dengan landskap politik dinamik di Selangor, kini lebih maju dan moden dengan golongan muda menjadi pengundi, pastinya sukar bagi mana-mana pihak untuk memenangi undi. Saya percaya Konvensyen BN Selangor akan datang pada 17 September akan memberikan panduan mengenai bagaimana Umno bakal menghadapi cabaran itu. "Walaupun terdapat banyak isu menyelubungi pentadbiran kerajaan negeri sekarang, persoalannya ialah adakah Umno berjaya meminimumkan isu yang melandanya di peringkat negeri? Adakah parti telah mengenal pasti panglima untuk mengetuai dan menyatukan pasukan?" katanya. "Panglima" itu boleh jadi sama ada Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar atau ketua pembangkang Selangor Datuk Mohamad Satim Diman, dua pemimpin yang dilihat berupaya mengetuai Umno negeri. Namun, kata Dr Sivamurugan, Umno juga boleh memilih seseorang di luar kelompok mereka iaitu "seseorang yang mampu menyatukan semua kumpulan". Konvensyen akan datang, katanya mesti menumpukan kepada mengenai perlunya untuk bersatu demi untuk menawan semula negeri itu. "Buat masa ini, jika anda minta saya nilai keadaannya, saya akan katanya masih 50-50. Bakal menyaksikan persaingan sengit sehingga ke akhir. Terdapat terlalu banyak kawasan "campuran". Dr Sivamurugan berkata walaupun jentera BN Selangor dilihat bekerja dengan baik, hakikatnya ialah persaingan pasti sengit kerana ia perlu berdepan dengan "pendekatan populis" yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri. Kerajaan negeri pimpinan PKR juga sudah memiliki semua jentera yang mereka tidak mempunyai akses langsung pada pilihan raya umum 2008, katanya. "Ini merupakan perkara paling utama dan mencabar yang perlu dihadapi BN," katanya. Tony Pua, Ketua Publisiti DAP dan Timbalan Pengerusi DAP Selangor, berkata pada ketika ini kedudukannya ialah 53-47 yang memihak kepada pakatan pembangkang. Beliau bagaimanapun menzahirkan rasa bimbang dengan pengundi India dan Melayu yang menurutnya memainkan peranan paling penting di kawasan separa bandar. "Ia bukannya mudah. Kami berasa selesa di kawasan bandar tetapi bukan di kawasan separa bandar, misalnya di tempat-tempat seperti Hulu Selangor dan Kapar (di mana) 10 peratus (sokongan) boleh beralih ke mana-mana pihak," katanya. Menjadikan Ijok sebagai contoh, Pua berkata 29 peratus pengundi adalah kaum India dan tanpa isu-isu mendesak seperti yang dibangkitkan oleh Hindraf, kedudukan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim boleh terancam. Ini amat mencabar bagi pakatan pembangkang di Selangor kerana BN telah melancarkan "serangan" untuk menawan semula negeri itu, katanya. "Sebab itu kenapa kerusi dengan perbezaan undi yang kecil akan memainkan peranan amat penting. Di Ijok, kami menang dengan majoriti kurang 2,000 undi, Sekinchan dengan kurang daripada 200 undi, Teluk Datuk dengan kurang daripada 700 undi. Kerusi-kerusi yang kami menangi dengan kurang daripada 2,000 undi dianggap kerusi "berisiko". Ia akan menjadi ibu kepada semua pertarungan, memang tidak dapat disangkal," katanya. "Pada 2008, lima hingga 10 kerusi kami kalah dengan kurang 2,000 undi. Terdapat kira-kira 10 hingga 12 kerusi yang kami anggap amat penting pada ketika ini," katanya. Seorang lagi penganalisis, Ong Kian Ming melihat senario kedua-dua belah pihak melancarkan strategi tarik tali, menunjukkan wujud kemungkinan pakatan pembangkang enggan membubarkan Dewan Undangan Negeri jika pilihan raya umum ke-13 diadakan sebelum 2013. Di Pulau Pinang dan Kedah, beliau berkata kerajaan persekutuan dilihat lebih bertolak ansur. Sebagai contoh, perjanjian air dan pemerolehan aset air di Pulau Pinang dilihat lebih memihak kepada negeri. "Tetapi di Selangor, ia berbeza." katanya. Negeri itu juga berdepan banyak tekanan politik termasuk senario Abdul Khalid didesak untuk memberi laluan kepada Timbalan Presiden PKR Azmin Ali. Bagaimanapun, BN juga tidak kalis masalah, satu daripadanya ialah mencari pengganti Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo, bekas Ketua Umno Selangor. "Tiada calon yang dapat diterima oleh semua orang," katanya. Penganalisis politik Datuk Dr Denison Jayasooria sementara itu berkata cabaran besar bagi BN untuk menawan semula Selangor ialah bagaimana ia dapat menawarkan alternatif kepada Pakatan, termasuk pemimpin alternatif kepada Abdul Khalid. "Apakah rangka kerja alternatif itu? Di manakan BN Selangor? Anda tidak nampak mereka. Khir sudah terkeluar. "Siapakah akan jadi MB (BN) Selangor ? Mereka tiada pemimpin yang menyerlah. Di Kedah, mereka ada Datuk Muhkriz (Tun Mahathir) dan beberapa yang lain," katanya dan menurutnya BN patut mengetengahkan pemimpin berpotensi mereka untuk berdepan Abdul Khalid. Penganalisis Norizan Sharif pula meramalkan akan berlaku pertandingan sengit di Selangor dengan tiada mana-mana parti mampu menang dengan majoriti dua pertiga. "Setiap pihak, masing-masing boleh menang kira-kira 16 kerusi. Ini pada asasnya bermakna 32 daripada jumlah 56 kerusi negeri. Pertarungan sengit akan berlaku untuk baki 24 kerusi," katanya dan menurutnya jika BN dapat meningkatkan sokongan popularnya sebanyak 5 peratus, ia mempunyai peluang cerah untukmemenangi semula Selangor. Norizan berkata beliau percaya tadbir urus dan kewibawaan pemimpin merupakan faktor penting untuk meraih undi. "Apa yang membimbangkan ialah sekiranya rakyat sudah bosan dengan politik, mereka mungkin tidak akan mengambil bahagian dalam pilihan raya umum akan datang. Jika ini berlaku, ia akan menjejaskan demokrasi kita."--Bernama | ||
Pemuda PAS buat laporan pada Zainal Kling Posted: 16 Sep 2011 04:26 AM PDT MALAYSIA KINI Pemuda PAS hari ini membuat laopran polis terhadap Ketua Kluster Sejarah, Warisan dan Sosiobudaya, Majlis Professor Negara (MPN), Prof Datuk Dr Zainal Kling berhubung kenyataannya bahawa Tanah Melayu tidak pernah terjajah. Ketua dewan itu Nasrudin Hassan berkata, laporan itu dibuat pada jam 2.30 tadi di ibu pejabat polis daerah (IPD) Dang Wangi oleh setiausahanya Khairul Faizi Ahmad Kamil. Menurut salinan repot yang dihantar kepada media, Pemuda PAS mendakwa kenyataan itu mengganggugugat kestabilan dan mengelirukan masyarakat yang sekian lama diajar bahawa British penjajah. "Kenyataan ini juga sekaligus menafikan pengorbanan para pejuang-pejuang kemerdekaan tanahair yang telah mempertaruhkan nyawa seperti Tok Janggut, Mat Kilau, Dato' Bahaman, Dol Said, Rosli Dobi dan lain-lain," laporan itu dipetik. Kenyataan ini juga sekali gus menafikan pengorbanan para pejuang-pejuang kemerdekaan tanahair yang telah mempertaruhkan nyawa seperti Tok Janggut, Mat Kilau, Dato' Bahaman, Dol Said, Rosli Dobi dan lain-lain. Pemuda PAS juga mengesyaki terdapat agenda tersembunyi yang dirancang pihak tertentu di sebalik kenyataan itu, bertujuan menggugat keharmonian dan mewujudkan kegusaran masyarakat bagi mengalih perhatian terhadap isu-isu lain, tambah pengadu. Sayap kanan PAS itu menuntut Dr Zainal disiasat dan didakwa di mahkamah kerana didakwa jelas melakukan kesalahan bawah Seksyen 505 Kanun Keseksaan. Seskyen itu meliputi kesalahan mengeluarkan kenyataan atau berita menimbulkan kegusaran, kekeliruan dan mengganggu ketenteraman awam yang boleh mendorong dan/atau mengapikan mana-mana pihak untuk melakukan sesuatu kesalahan yang bertentangan dengan undang-undang. | ||
GMI tuntut 'pampasan setara' untuk tahanan ISA Posted: 16 Sep 2011 04:24 AM PDT Abdul Rahim Sabri Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) hari ini menuntut kerajaan memohon maaf dan membayar "pampasan setara" kepada tahanan ISA dan keluarga mereka susulan tindakan kerajaan mahu menghapuskan akta tersebut. "Semua mangsa ISA perlu dibayar pampasan setara dengan penyeksaan dan pengalaman pahit yang telah dilalui oleh tahanan dan keluarga," kata Pengerusi GMI Syed Ibrahim Syed Noh dalam sidang media di ibu negara. Pampasan itu, kata Syed Ibrahim (gambar kanan, berbaju putih) perlu dinilai kerajaan berdasarkan beberapa perkara, antaranya tempoh ditahan, kos ulang alik ke kem dan keruntuhan rumah tangga. "Kami berharap kerajaan benar-benar serius untuk membuat penilaian... Ini yang perlu dikaji oleh kerajaan," katanya. Semalam, Najib dalam pengumuman khas yang disiarkan secara langsung di RTM berkata kerajaan akan memansuhkan ISA dan Akta Buang Negeri 1959. Selain itu, kerajaan juga akan mengkaji semula beberapa undang-undang lain bagi memastikan ia memenuhi kehendak semasa dan " tidak akan teragak-agak untuk meminda atau memansuhkan undang-undang yang tidak lagi relevan". Kajian semula komprehensif itu akan melibatkan Akta Kediaman Terhad 1933 dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 di mana prinsip pembaharuan tahunan akan dihapuskan dan digantikan dengan pengeluaran lesen sehingga dibatalkan. Enam tuntutan Bercakap dalam sidang media di ibu negara pagi ini, Syed Ibrahim berkata berdasarkan perkembangan terbaru itu, mereka juga menuntut:
"GMI juga melihat perkembangan ini sebagai langkah paling berani Datuk Seri Mohd Najib sebagai perdana menteri yang tidak dapat dilaksanakan oleh mana-mana perdana menteri terdahulu. "Namun ini juga sebagai pembuktian dan pengesahan berlakunya kongkongan dan cengkaman ke atas rakyat selama ini," katanya. Enam kekhuatiran Selain itu, katanya, secara tersirat, perdana menteri dan kerajaan mengakui pencabulan dan kebebasan asasi yang berlaku di samping kuasa melampau polis dan menteri bawah ISA. Berdasarkan perkembangan terbaru itu juga, pihaknya menzahirkan enam kekhuatiran dan kebimbangan berhubung pengumuman Najib itu, antaranya: Adakah pemansuhan ISA menghapuskan segala peruntukan dalamnya, khususnya berhubung dengan tahan tanpa bicara dan wewenangan polis dan menteri dalam negeri? Adakah peruntukan tersebut dipindahkan kepada dua undang-undang baru yang bakal digubal?
VIDEO | 5.18 mins | ||
Najib sedari tiga realiti baru landskap politik, kata Saifuddin Posted: 15 Sep 2011 09:52 PM PDT TERKINI Ahli Majlis Tertinggi Umno ini berkata perkembangan terbaru juga menunjukkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak jelas mahu mengamalkan demokrasi yang progresif dan matang dengan mengambil kira keseimbangan antara soal-soal keselamatan nasional dan kebebasan individu. "Terbukti Perdana Menteri amat memahami tiga realiti baru yang sedang berlaku dalam masyarakat iaitu media baru sebagai gelanggang perkongsian; kemunculan kesedaran baru sosial dan transformasi, ketiga demokrasi, yang memerlukan transformasi politik dilaksanakam. "Ucapan yang berani dan bersejarah, satu mercu tanda ke arah transformasi politik yang komprehensif," kata Timbalan Menteri Pengajian Tinggi ini kepada The Malaysian Insider. Dalam perutusan khas sempena Hari Malaysia semalam, Najib mengumumkan bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri akan dimansuhkan dan dua undang-undang baru yang sesuai akan digubal bagi memelihara keamanan, kesejahteraan, kesentosaan serta kerukunan hidup rakyat dan negara. Katanya, dua undang-undang baru itu akan digubal di bawah "semangat serta payung" Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan bagi mencegah perbuatan subversif, keganasan terancang dan perbuatan jenayah. Perdana Menteri menegaskan bahawa undang-undang baru itu akan memperuntukkan tempoh tahanan polis yang lebih pendek daripada yang dijalankan pada masa ini.Kerajaan juga menjamin bahawa mana-mana individu tidak akan ditahan semata-mata hanya kerana ideologi politik. Perdana Menteri turut mengumumkan bahawa kerajaan memansuhkan Akta Buang Negeri 1959 di samping akan mengkaji semula beberapa undang-undang lain bagi memastikan ia memenuhi kehendak semasa. Kajian semula komprehensif ini akan melibatkan Akta Kediaman Terhad 1933 dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 di mana prinsip pembaharuan tahunan akan dihapuskan dan digantikan dengan pengeluaran lesen sehingga dibatalkan, kata Najib. Kerajaan juga akan mengkaji semula seksyen 27 Akta Polis 1967 dengan mengambil kira peruntukan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan tentang kebebasan berhimpun dengan prinsip menentang sekeras-kerasnya demonstrasi jalanan. Beliau juga berkata kebenaran berhimpun akan diberi selaras dengan kaedah-kaedah yang akan ditetapkan kelak dengan mengambil kira norma-norma di peringkat antarabangsa. Dalam pada itu, bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, pengumuman semalam membawa makna yang besar kepada negara dan amat bersejarah.Pemimpin bukan politik ini menambah Akta Keselamatan Dalam Negeri adalah satu akta yang tidak Islamik selain menjejaskan hak asasi individu dan boleh disalahgunakan oleh pemerintah dengan mudah, dan oleh itu tindakan memansukhkannya adalah tindakan yang amat islamik. "Dalam masa yang sama menunjukkan semangat penghormatan hak rakyat yang tinggi oleh pihak pimpinan Perdana Menteri sekarang dalam isu ini," katanya lagi. Kata beliau, sekian lama perjuangan agar akta itu dimansukhkan dan "hari ini Perdana Menteri telah merealisasikan harapan dan impian rakyat ini." "Itu satu penunaian hasrat rakyat yang besar untuk melihat sistem pengadilan negara yang lebih baik," kata beliau. Tambah beliau, pengumuman malam tadi juga lebih berharga dari segala pemberian bonus dan kenaikan gaji kerana pemansuhan ini bererti mengembalikan hak asasi insani yang lebih berharga dari wang ringgit. "Ini bererti ia sebuah hadiah daripada Perdana Menteri yang bermakna sempena Hari Malaysia," kata beliau lagi. Malah katanya, pengumuman ini bererti usaha transformasi negara dan kesedaran kerajaan Perdana Menteri sekarang tentang perubahan situasi rakyat tidak boleh dianggap retorik politik semata, sebaliknya ia telah diterjemahkan dalam beberapa langkah yang berani dan bermakna. "Rakyat yang insaf, tanpa mengira parti hendaklah berterima kasih kepada pengumuman ini. Kita hendaklah berpolitik secara matang, memuji apa yang patut dipuji, menyokong apa yang patut disokong, membantah apa yang patut dibantah, mengkritik apa yang patut dikritik," kata beliau. | ||
Tahniah rakyat, teruskan perjuangan reformasi Posted: 15 Sep 2011 09:49 PM PDT Pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) disambut baik oleh semua pihak. Saya tidak pasti bagaimana sikap mereka yang lantang mempertahankan ISA sebelum daripada ini seperti Perkasa Datuk Ibrahim Ali, justeru hampir tiada insan yang boleh bersetuju dengan kezaliman dan kekejaman ISA sebagai sebuah akta 'draconian'. Tentunya pihak yang paling bersyukur dan paling gembira ialah Warga Gerakan Mansuhkan ISA yang selama ini menjadi wadah rakyat prihatin yang merindui keadilan dan menentang kezaliman terutama ahli keluarga mangsa kekejaman ISA. Entah berapa banyak air mata mereka tumpah merintih dan munajat kepada Tuhan Yang Maha Kuasa berdepan kezaliman sang penguasa. Semoga janji pemansuhan ini segera dikotakan. Layaknya ia telah dimansuhkan sejak puluhan tahun yang lalu, setelah komunis tumpas dan menyerah diri lantaran semangat asal ISA diluluskan adalah untuk menangani pengganas komunis. Malangnya ISA digunakan untuk memenjara sosok dan minda pejuang dan ahli politik yang berbeza idealogi dengan pemerintah. Gerakan Mansuhkan ISA sangat konsisten menggerakkan kebangkitan rakyat untuk menolak dan memansuhkan ISA dan saya sangat teruja melihat kegigihan mereka tanpa tara dan mempeduli risiko apalagi penat dan lelah. Mereka menongkah keangkuhan pemerintah bercagarkan masa depan mereka, bukan sahaja untuk membebaskan anggota keluarga mereka yang terpenjara tetapi jua untuk memastikan kem Kemunting ditutup kekal agar tiada lagi yang menjadi mangsa kekejaman "Kem Guantanamo Malaysia" itu. Kemenangan rakyat ini menjadi satu bukti bahawa rakyat mempunyai keupayaan bertindak yang berkesan dan mereka mesti bersatu mengembeling kekuatan agar mereka tidak hanya dijadikan kuda tunggangan atau kerbau yang dicucuk hidung sehingga mereka boleh diperlakukan apa sahaja oleh sang pemerintah. Rakyat tidak perlu cepat tersilau dan terkesima dengan satu atau dua perubahan yang dilakukan oleh kerajaan sementelah ia sememangnya menjadi tanggungjawab kerajaan yang memerintah. Justeru masih banyak perkara dan perubahan yang perlu dilakukan oleh pemerintah demi kepentingan rakyat dan rakyat semestinya meneruskan kebangkitan mereka seperti: — Gerakan Menuntut Royalti Petroleum yang digerakkan oleh rakyat Kelantan dan Terengganu — Gerakan Mansuh AUKU yang digerakkan oleh Mahasiswa — Bersih yang digerakkan oleh lebih 60 NGO yang menunutut keadilan dan ketelusan dalam sistem demokrasi negara dan termasuklah — perubahan pada iklim sosial negara agar tidak disuburkan elemen yang merosakkan moral dan meruntuhkan akidah ummah Rakyat mesti terus mengembeling keupayaan mereka, menyemarak semangat reformasi memulih setiap sendi dan saraf sistem pemerintahan negara agar perubahan yang dilakukan tidaklah hanya bersifat tempelan dan pancing undi tetapi perubahan menyeluruh yang membawa negara dan rakyat makmur, aman, harmoni dan sejahtera. Perubahan juga jangan hanya pada bentuk aktiviti, pendekatan dan agenda bertindak, tetapi juga perubahan mesti melibatkan sikap, akhlak dan cara berfikir. Terima kasih dan tahniah tetap diberikan kepada YAB Perdana Menteri di atas langkah mengejut yang diambil oleh beliau sebagai ketua kerajaan, lantaran itulah tanggungjawabnya sebagai pemimpin dan itulah jua yang menjadi desakan rakyat selama ini. Semoga Allah memberi kekuatan kepada rakyat untuk terus menggerakkan agenda perubahan menyeluruh demi masa depan negara dan seluruh warganya terutama usaha untuk menegakkan keadilan sebagaimana yang dituntut oleh syariat Islam. Jua didoakan petunjuk buat semua, khasnya pemimpin dan pemegang amanah pemerintahan negara agar melakukan banyak lagi perubahan positif khususnya yang telah menjadi tuntutan rakyat. Kini rakyat sedang memerhati dengan tekun dan teliti, apakah YAB Perdana Menteri juga mempunyai keberanian untuk melakukan transformasi dalam sistem demokrasi dan pengendalian pilihan raya negara agar keadilan dan ketelusan dapat dilaksanakan dengan yakin dan hak pengundi dapat diberikan sepenuhnya tanpa sebarang manipulasi. Antara yang menjadi fokus rakyat ialah penghapusan undi pos, dakwat kekal, akses media secara saksama, pemurnian daftar pemilih dan kaedah pengendalian hari mengundi. | ||
Perkasa: Langkah Najib jangan sampai ‘keris makan tuan’ Posted: 15 Sep 2011 09:48 PM PDT KUALA LUMPUR ─ Pertubuhan bukan kerajaan membela orang Melayu, Perkasa mengambil sikap berhati-hati tetapi menasihatkan "jangan keris makan tuan" ekoran pentadbiran Najib memperkenalkan pembaharuan politik ─ antara lain memansuhkan beberapa undang-undang termasuk Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960. Justeru, Presidennya Datuk Ibrahim Ali (gambar) berkata, Perkasa mengambil sikap tunggu dan melihat undang-undang baru yang akan diperkenalkan dan jangan akhirnya kelonggaran yang diberikan membawa mudarat. Bekas tahanan ISA ini berkata, banyak perkara yang wajib diteliti kerana Malaysia negara majmuk dan terdapat golongan yang masih tebal dengan sikap perkauman dan tidak menghormati asas perlembagaan negara dengan pelbagai tuntutan seperti yang disaksikan mutakhir ini. "Apakah keputusan ini dibuat untuk menjadi kerajaan popular atau berpegang kepada keselamatan negara lebih diutamakan. Oleh itu, Perkasa bersikap tunggu dan lihat," kata Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas ini dalam satu kenyataan. Badan pendesak ini, kata Ibrahim, mengalu-alukan dan menyambut baik pemansuhan semua undang-undang darurat yang sudah tidak relevan. "Tahniah Perkasa ucapkan kepada Perdana Menteri sempena sambutan Hari Malaysia dan Kemerdekaan Ke-54. Mengenai pemansuhan ISA dan diganti dengan undang-undang baru serta peralihan kuasa menahan untuk pencegahan, tempoh tahanan," katanya lagi. Dalam perutusan khas sempena Hari Malaysia semalam, Najib mengumumkan bahawa ISA akan dimansuhkan dan dua undang-undang baru yang sesuai akan digubal bagi memelihara keamanan, kesejahteraan, kesentosaan serta kerukunan hidup rakyat dan negara. Katanya, dua undang-undang baru itu akan digubal di bawah "semangat serta payung" Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan bagi mencegah perbuatan subversif, keganasan terancang dan perbuatan jenayah. Perdana Menteri menegaskan bahawa undang-undang baru itu akan memperuntukkan tempoh tahanan polis yang lebih pendek daripada yang dijalankan pada masa ini. Kerajaan juga menjamin bahawa mana-mana individu tidak akan ditahan semata-mata hanya kerana ideologi politik. Perdana Menteri turut mengumumkan bahawa kerajaan memansuhkan Akta Buang Negeri 1959 di samping akan mengkaji semula beberapa undang-undang lain bagi memastikan ia memenuhi kehendak semasa. Kajian semula komprehensif ini akan melibatkan Akta Kediaman Terhad 1933 dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 di mana prinsip pembaharuan tahunan akan dihapuskan dan digantikan dengan pengeluaran lesen sehingga dibatalkan, kata Najib. Kerajaan juga akan mengkaji semula seksyen 27 Akta Polis 1967 dengan mengambil kira peruntukan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan tentang kebebasan berhimpun dengan prinsip menentang sekeras-kerasnya demonstrasi jalanan. Beliau juga berkata kebenaran berhimpun akan diberi selaras dengan kaedah-kaedah yang akan ditetapkan kelak dengan mengambil kira norma-norma di peringkat antarabangsa. | ||
Tuduhan liwat dan kaitannya dengan 16 September Posted: 15 Sep 2011 09:47 PM PDT
| ||
Negara perlukan akta halang kerajan dari menzalimi rakyat Posted: 15 Sep 2011 09:46 PM PDT
| ||
Pilihan raya olok-olok Umno kurang sambutan Posted: 15 Sep 2011 09:42 PM PDT
| ||
Bung Mokhtar, Zizie sedia timang anak Posted: 15 Sep 2011 09:40 PM PDT PERKAHWINAN mereka pada 16 Disember, 2009 lalu sempat menimbulkan kontroversi. Namun masa berlalu, kini tiada lagi kontroversi. Aktres putih gebu, Zizie Ezette,32, sebaliknya nyata sedang diulit kebahagiaan bersama suami tercinta, Ahli Parlimen Kinabatangan, Sabah, Datuk Bung Mokhtar Radin. Sementelah, usia perkahwinan mereka kini hampir mencecah dua tahun, Zizie tidak dapat menyembunyikan keinginannya untuk memiliki cahaya mata sebagai pelengkap kehidupan berumah tangga. Ditemui pada majlis rumah terbuka Aidilfitri di kediamannya di Taman Sering Ukay, Hulu Kelang, Selangor baru-baru ini, akui Zizie yang kelihatan anggun dalam persalinan ungu, dia dan suami tidak pernah merancang untuk mempunyai anak pada waktu tertentu. Malah, ungkap Zizie, dia sendiri sebenarnya sangat teruja menjadi seorang ibu. Bagaimanapun, Zizie dan suami menganggap mereka masih belum ada rezeki untuk menimnang anak buat masa ini. "Saya akui yang kami pernah menjalani pemeriksaan (perubatan) bersama-sama dan keputusan yang diterima adalah masing-masing tidak ada masalah kesihatan yang mampu menghalang kami untuk memperoleh anak. "Walaupun kami memang inginkan sangat menimang cahaya mata, tetapi itu semua adalah kehendak dan ketentuan Allah. Bagi saya, mungkin ada hikmah di sebaliknya atas situasi yang kami alami ini," luah pemilik nama sebenar Zizie Izette Abd. Samad ini. Walaupun mengakui sangat gembira dan selesa dengan kehidupan yang dilalui sekarang, Zizie nyata tidak menolak untuk bergelar ibu. "Sebenarnya saya sudah bersedia untuk bergelar seorang ibu pada bila-bila masa sahaja," ujarnya. Suami bukan penghalang Menyentuh tentang suami, justeru pasti ada yang tertanya-tanya adakah itu faktor di sebalik kenapa Zizie tidak aktif berlakon sekarang ini. Memulakan karier lakonan sejak usia belasan tahun lagi, sehingga kini sudah puluhan drama serta telefilem yang pernah dilakonkannya. Bagaimanapun, setelah berkahwin boleh dikatakan kemunculan anak kepada pelakon Khaty Fauziah ini di kaca televisyen dilihat semakin kurang berbanding sebelum berumah tangga dahulu. Justeru, adakah pelakon yang mula dikenali menerusi filem sulungnya, Kekasih Awal Dan Akhir itu sudah berhenti menjadi anak seni atau tidak lagi mendapat mendapat keizinan suami untuk bergelar pelakon. Zizie bagaimanapun menjelaskan, dia tidak pernah berhasrat untuk berhenti daripada bidang yang telah menaikkan namanya. KELUARGA besar. Zizie bersama sebahagian keluarganya. " Saya masih lagi berpegang teguh kepada prinsip untuk tetap setia dengan dunia lakonan. Lagipun, inilah satu-satunya punca rezeki saya selama ini memandangkan saya telah berlakon sejak remaja lagi. "Suami saya sendiri langsung tidak pernah menghalang dan tetap memberikan sokongan dan keizinan untuk saya terus berlakon. Namun, saya akui sejak berumah tangga ini waktu saya memang agak terbatas," jelas pemenang Aktres Harapan Festival Filem Malaysia Ke-11 (1994) menerusi filem sulungnya itu. Tambah Zizie, jauh di lubuk hati dia sememangnya sangat rindu untuk berlakon kerana minatnya yang tidak pernah pudar dan dia sangat bersyukur kerana masih ada lagi pihak yang sudi menawarkannya berlakon. Menurutnya, walaupun suami tercinta masih lagi memberi keizinan untuk terus berlakon, tetapi ada tawaran yang terpaksa ditolak kerana faktor masa atau watak yang diberikan kurang sesuai. "Walaupun suami seorang berfikiran terbuka dan begitu memahami kerjaya saya sebagai anak seni, namun terlebih dahulu saya akan tetap berbincang dengan suami mengenai tawaran yang diterima. "Mengenai watak pula kalau boleh saya mahu diberikan watak-watak yang sesuai dengan usia dan status saya sebagai seorang isteri. Misalnya watak seperti wanita korporat, berkerjaya ataupun watak seorang ibu," jelasnya. ZIZIE melayan tetamu yang hadir ke majlis rumah terbukanya sempena Aidilfitri pada minggu lalu. Menariknya, kakak kepada pelakon Shaheizy Sam ini memberitahu suaminya juga adalah penggemar setia kepada drama atau telefilem yang dilakonkan dan tidak pernah ketinggalan untuk memberi sebarang komen mengenai lakonannya. "Saya menganggap suami merupakan pengkritik utama saya dan akan menerima dengan hati terbuka sebarang komen yang diterima. Sekurang-kurangnya ia boleh dijadikan satu panduan untuk saya lakukan yang lebih baik lagi selepas ini," ujarnya. Ditanya mengenai aktivitinya sepanjang menjadi isteri kepada seorang wakil rakyat, Zizie menjelaskan dia lebih banyak menemani suaminya turun padang untuk beramah mesra dengan penduduk-penduduk di bawah parlimen suaminya itu. "Saya lebih banyak menghabiskan masa di Sabah memandangkan suami saya perlu menjaga kawasan yang diwakilinya di Kinabatangan. Kalau ada sidang parlimen barulah saya akan pulang ke Kuala Lumpur. "Memang saya mengaku pada mulanya agak kekok untuk bergelar isteri kepada Yang Berhormat, tetapi kini saya sudah semakin dapat membiasakan diri dan tidak kisah kalau terpaksa menemani suami melawat ke kampung yang terletak di pedalaman," ujarnya lagi. Kasihan dengan Sam Bayangkan diri menjadi kakak kepada seorang adik yang sama-sama menceburkan diri dalam dunia lakonan tetapi si adik langsung tidak meraih tawaran lakonan? Itulah yang pernah dialami Zizie dan adiknya, Shaheizy Sam suatu ketika dahulu. MANJA. Pasangan bahagia ini tidak merancang zuriat. Tidak keterlaluan kalau dikatakan Sam ketika ini adalah antara pelakon yang paling diminati ramai dan setiap filem lakonannya sering memberikan keuntungan kepada penerbit. Sebagai seorang kakak, Zizie menyatakan yang dia sememangnya sangat bangga dengan pencapaian yang telah diperolehi oleh adiknya itu dan menyifatkan Sam adalah pelakon yang sangat berbakat. "Dia sama seperti saya yang sudah mula berlakon ketika masih remaja lagi. Namun, dia agak kurang bernasib baik kerana bakat yang dimilikinya itu masih lagi tidak dipandang ketika itu. "Sehinggakan saya pernah berasa kasihan melihatnya kerana tidak memiliki sebarang pekerjaan. Sedangkan dia mempunyai kesungguhan dan jiwa yang cukup mendalam terhadap bidang lakonan," luahnya. Namun, kini selepas masing-masing sudah mencipta nama, Zizie bagaimanapun menegaskan adalah sesuatu perkara yang agak mustahil untuk dirinya bergandingan dengan Sam dalam sebuah produksi yang sama. Ujarnya lagi, sepanjang dirinya dan Sam bergelar pelakon, hanya sekali sahaja mereka bergandingan bersama-sama iaitu menerusi filem yang berjudul Sama Tak Serupa pada tahun 1995. "Saya sendiri sebenarnya tidak yakin untuk berlakon dengannya kerana kami berdua mempunyai sikap yang sama iaitu suka menyakat. Saya risau kalau kami tidak dapat mengawal sikap tersebut ketika di set penggambaran," katanya. Meskipun begitu, menurut Zizie, Sam akan bekerjasama dengan dirinya itu menerusi sebuah filem. "Filem belum berjudul itu bakal diterbitkan sendiri oleh syarikat produksi milik saya iaitu BZ 2121 Production," ujar Zizie.- Kosmo | ||
Sejarah diseleweng demi kepentingan pihak tertentu Posted: 15 Sep 2011 09:39 PM PDT Mana mungkin, kita menafikan perjuangan tokoh-tokoh yang dilatari pelbagai faham perjuangan, baik dari gerakan Islam, aliran kiri mahupun dari aliran kanan, kata Anwar. PETALING JAYA: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan sejarah diselewengkan demi kepentingan sesetengah pihak sahaja sekaligus menafikan perjuangan golongan lain yang bersama bertungkus lumus menentang penjajahan. Menurut beliau, sudah sekian lama rakyat negara ini disogokkan dengan naratif sejarah yang dilakar oleh sesetengah pihak sahaja sedangan tujuan asal sejarah perjuangan menuntut kemerdekaan disampaikan kepada generasi seterusnya ternyata menyimpang dari halatuju yang sebenarnya. Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berkata, mana mungkin, kita menafikan perjuangan tokoh-tokoh yang dilatari pelbagai faham perjuangan, baik dari gerakan Islam, aliran kiri mahupun dari aliran kanan. "Mereka ini walaupun berbeda pandangan, hakikatnya punyai matlamat yang sama, iaitu mahu tanah air kita merdeka dari penjajah," katanya dalam satu kenyataan bersempena sambutan ulang tahun ke 54 kemerdekaan dan Hari Malaysia hari ini. Tegas beliau, "adalah suatu keangkuhan sekiranya kita menafikan sumbangan golongan tertentu menuntut kemerdekaan hanya kerana mereka tidak sehaluan dengan kita. "Jikalau kita jujur berhadapan dengan sejarah, ternyata selain dari Dato' Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman, ramai lagi seumpama Dr Burhanuddin al Helmi, Ishak Haji Muhammad, V.T Sambanthan, Tan Cheng Lock, Rosli Dhobi di Sarawak dan Mat Salleh di Sabah ternyata gigih menentang penjajahan terutamanya penjajahan British. "Tidak wajar dilupakan juga sumbangan tokoh persuratan seumpama Syed Sheh al Hadi dan Pendita Zaaba yang berusaha membina kesadaran membawa pembaharuan kepada masyarakat," tambahnya. Menurutnya, fakta sejarah diabaikan manakala naratif sejarah terbabas dari landasan rasional sehinggakan ada mereka yang mendabik dada sebagai intelektual, kerana mahu mengampu pemerintah, menafikan negara ini pernah dijajah. Anwar menegur para intelektual atau sarjana agar tidak dihinggapi penyakit "bebalisme," suatu penyakit malas berfikir, kelesuan intelektual dan takut menyatakan yang benar. Katanya, tidaklah menjadi suatu kesalahan sekalipun, tatkala kita mengakui sumbangan Dato' Onn dan Tunku Abdul Rahman, adalah fakta sejarah. Hisbul Muslimin Ujar beliau, "sememangnya Umno itu lunak dengan pemerintahan British berbanding golongan lainnya sehinggakan pendiri Umno itu pernah menyelar Hizbul Muslimin yang didirikan antaranya oleh Almarhum Ustaz Abu Bakar Baqir sebagai "bahaya dari gunung." "Karya berjudul 'From Malayan Union to Singapore Separation' tulisan Dr. Nordin Sopiee, mantan Pengerusi ISIS, sebuah badan pemikir bagi pemerintah turut mengakui hakikat ini," terang Anwar. Anwar menegaskan negara kini berada di persimpangan, ketika rakyat negara ini mahu mengetahui sejarah sebenar perjuangan kemerdekaan serta berhasrat menolak dongengan ciptaan pemerintah, para sarjana dan intelektual tidak boleh lagi tinggal diam membisu. "Mereka harus bingkas bangun bersama rakyat keseluruhannya menjadi penyuluh menelusuri jalan memaknai Kemerdekaan dan Membangun Negara Malaysia ini. "Antara tugas intelektual ketika ini menjadi suara menyatakan kebenaran tanpa rasa takut. Kita masyhgul apabila wacana pensejarahan menjadi medan untuk mereka yang berkuasa menunding siapa pengkhianat dan siapa yang bukan. "Sewajarnya wacana pensejarahan sebegini sesuai sebagai pentas menyemak kembali fakta memperkaya pengetahuan rakyat, bukannya sebagai upaya politik murahan hatta mengenepikan hakikat sejarah," tambahnya. Menurutnya, polemik Mat Indera yang tercetus baru-baru ini menggasak pimpinan Umno bertindak balas dengan nada emosi. "Retorika seumpama pengkhianat dan tidak kenang budi dicanang seluruh negara sedangkan rujukan seperti karya berjudul "Pengukir Nama Johor" terbitan Yayasan Warisan Johor serta disunting Profesor Dato' Abu Bakar A. Hamid dan Md Ismail Zam Zam itu menjelaskan Mat Indera antara mereka yang gigih menentang penjajahan British "Janganlah pula kerana kesediaan kita menghargai kegigihan Mat Indera itu, maka dilabelkan kita sebagai mendokong agenda komunisme," tegas beliau. |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan