Jumaat, 16 September 2011

Biaqpila

Biaqpila


Najib perlu lepaskan jawatan Menteri Kewangan untuk pulih ekonomi

Posted: 16 Sep 2011 12:40 AM PDT


PETALING JAYA, 15 Sept – Pakatan Rakyat menyarankan agar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ,elepaskan jawatan Menteri Kewangan untuk diambil alih oleh orang lain yang lebih layak, sebelum ekonomi negara merudum jatuh.

Jawatankuasa Bajet Alternatif Pakatan Rakyat dalam kenyataannya hari ini memengemukan syor itu kerana menyedari Najib, sejak memegang jawatan tersebut, telah gagal melaksanakan agenda "reformasi" beliau untuk menarik keluar Malaysia dari perangkap berpendapatan terbantut melalui Model Ekonomi Baru.

Kenyataan Jawatankuasa Bajet Alternatif Pakatan itu dibuat secara bersama oleh Setiausaha Antarabangsa DAP Liew Chin Tong, Ahli Jawatankuasa Pusat PAS Dr Dzulkefly Ahmad dan Ahli Jawatankuasa Majlis Pimpinan Pusat PKR R Sivarasa.

Jawatankuasa Bajet Alternatif memberi gambaran analogi korporat, iaitu seseorang Ketua Pegawai Eksekutif tidak akan memegang jawatan Ketua Pegawai Kewangan.

"Oleh yang demikian, untuk seseorang Perdana Menteri yang turut memegang jawatan Menteri Kewangan adalah sesuatu yang janggal, dan tidak diamalkan di mana-mana negara pun di dunia ini.

"Malah, menyimpang jauh dari prinsip tadbir urus yang cekap dan baik," kata kenyataan itu.

Justeru, Pakatan Rakyat menyarankan supaya Najib menerima nasihat yang beliau sendiri berikan kepada Tun Abdullah Badawi pada 17 September 2008 supaya Perdana Menteri menyerahkan portfolio Kementerian Kewangan kepadanya (Najib).

"Sekarang, Najib kerap kali berdolak-dalik dalam membuat keputusan yang akhirnya mengakibatkan kerugian berpuluh-puluh juta ringgit," kata kenyataan bersama itu yang memberi contoh kegagalan dasar penggunaan teknologi nano untuk melabel minyak serta cukai perhidmatan 6 peratus untuk telefon prabayar.

Tambah kenyataan itu, ketidakseimbangan ekonomi juga semakin meruncing disebabkan tahap gaji pekerja yang tidak meningkat dan juga kerana kadar inflasi yang semakin tinggi.

Dalam masa sama, Jawatankuasa Bajet Alternatif Pakatan akan setia memberi jaminan menghormati dan mengangkat martabat kesemua negeri di dalam Persekutuan Malaysia jika memegang tampuk kuasa persekutuan pada pilihan raya akan datang.

"Sebagai salah satu contoh, Pakatan akan menjamin royalti petroleum sebanyak 20 peratus kepada kerajaan negeri dengan matlamat membasmi kemiskinan di kalangan rakyat," kata kenyataan itu.

Selain itu, Jawatankuasa Bajet Alternatif Pakatan juga menempelak langkah kerajaan Barisan Nasional yang terlalu lambat untuk mengiktiraf 16 Septembr sebagai Hari Malaysia, iaitu selepas 46 tahun persekutuan Malaysia ditubuhkan.

Itu pun setelah desakan dibuat oleh majoriti rakyat Malaysia, dan bukan inisiatif kerajaan BN.

"Jelas sekali ini adalah kerana tekanan bertalu-talu dari berbagai kalangan rakyat Malaysia sendiri sesudah PRU 2008," kata kenyataan itu, mencerminkan kuasa rakyat yang mahu kerajaan bertindak adil mengikut keperluan rakyat. – Roketkini.com

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Azab Meninggalkan Solat

Posted: 15 Sep 2011 09:00 PM PDT

Untuk renungan bersama Azab Meninggalkan Solat
Berwaspada 15 azab bagi orang yang meninggalkan sembahyang.



6 Azab di dunia

1- Dihilangkan keberkatan umurnya.
2- Tehapus tanda-tanda orang solleh di mukanya.
3- Segala amalannya tidak dikurniakan pahala
4- Doanya tidak dimakbulkan oleh ALLAH SWT
5- Tiada doa daripada para solihin untuknya
6- Keluar roh dari jasadnya tanpa IMAN

3 azab ketika hampir mati

1- Kematianya penuh kehinaan
2- Kematiannya di dalam kelaparan yang hebat
3- Kematiannya di dalam kehausan yang dahsyat.

3 Azab di dalam kubur

1- Kubur menghimpitnya sehingga berselisih tulang rusuknya.
2- Dinyalakan api di dalam kuburnya lalu ia dibalik-balikkan di-
atas bara api itu.
Datang seekor ular bernama Syujja' Aqra, suaranya laksana
petir, ia berkata, " Hai manusia! sesungguhnya aku diperintahkan
menyeksa kamu dari zohor hingga asar kerana kamu meninggalkan
fardhu zohor, dari asar hingga magrib kerana meninggalkan fardhu
asar"….Begitulah seterusnya dan azab ini berkekalan sehingga hari
qiamat.

3 Azab ketika bertemu ALLAH SWT

1- Datang malaikat dengan rantai panjang 70 hasta lalu membelenggu
lehernya dan disumbat ke dalam mulutnya kemudian disentap keluar
rantai itu melalui duburnya, lalu diseret ke Neraka Saqar.
2- Tiada rahmat ALLAH dan tiada keampunan untuknya.
3- Baginya azab yang amat pedih.

Akibat kepada sesiapa yang meringan-ringankan ibadah solat.

1- Hati cenderung kepada maksiat
2- Memandang ringan kepada perkara-perkara yang berdosa.
3- Suka berfoya-foya dan boros.
4- Terhindar dari berkat doa-doa orang yang soleh.
5- Hilang keberkatan usia.

sillaturahim




KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Akhirnya Najib akui demokrasi negara pincang

Posted: 15 Sep 2011 06:11 PM PDT

Adakah ini hanya janji dan slogan kosong disaat-saat akhir bagi meraih sokongan rakyat menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 ?
               Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akhirnya "mengakui demokrasi negara selama ini tidak berfugsi", kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr. Dzulkefly Ahmad.
               Beliau berkata demikian sebagai memberi respon awal terhadap pengumuman yang dibuat Najib dalam Perutusan khas Hari Malaysia yang disiar secara langsung oleh RTM malam ini.



"Selepas 5 desawarsa, Najib akhirnya mengiktiraf demokrasi di negara ini tidak berfugsi

," katanya kepada Harakahdaily.



Dalam prutusan khas perdana menteri, Najib turut mengumumkan keputusan kerajaan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).



Selain memansuhkan ISA, katanya, kerajaan juga akan memansuhkan Akta Buang Negeri 1959 di samping mengkaji semula beberapa undang-undang lain bagi memastikan ia memenuhi kehendak semasa.



Menurut Najib, kerajaan, di bawah Fasal 3 Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan, akan membentangkan kepada kedua-dua Majlis Parlimen usul agar ketiga-tiga proklamasi darurat yang telah diisytihar dulu, supaya ditamatkan kuatkuasanya.



Jangan terlalu selesa



Mengulas lanjut, Dzulkefly yang juga ahli parlimen Kuala Selangor menganggap pengumuman tersebut juga sebagai kejayaan rakyat, NGO, aktivis demokrasi serta parti pembangkang yang selama ini telah lama mendesak perkara itu dimansuhkan.



Malah ujarnya, pengumuman itu hanya sebahagian kecil daripada perubahan yang dituntut rakyat untun menjadikan demokrasi negara benar-benar berfungsi.



Bagaimanapun beliau menasihatkan rakyat agar jangan terlalu selesa dengan pengumuman itu kerana apa yang diumumkan perdana menteri malam ini hanya dalam bentuk "janji lisan".



"Kita yakin ini hanya janji dan slogan saat-saat akhir bagi meraih sokongan rakyat menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.



"Apa yang lebih penting, rakyat mahu melihat dalam praktik dan amalannya," katanya yang juga pengarah eksekutif Pusat Penyelidikan PAS Pusat.



Tambahnya lagi, apa yang diumumkan Najib itu juga adalah apa yang telah diumumkan Pakatan Rakyat dalam Buku Jingga iaitu prubahan yang akan dilakukan oleh Pakatan Rakyat dalam masa 100 hari menguasai Putrajaya.



"Ini yang kita maksudkan reformasi politik sebelum datang transformasi ekonomi yang Pakatan Rakyat komited untuk lakukannya.



"Kita tak kisak mereka tiru pendekatan kita dalam Buku Jingga. Janji ianya untuk kebaikan rakyat keseluruhan," katanya.-Hrkh


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Tiada ulasan: