Isnin, 5 September 2011

Biaqpila

Biaqpila








KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Parti Komunis China Tetamu Kehormat Persidangan Umno

Posted: 05 Sep 2011 03:00 PM PDT


IPOH 5 SEPT : Parti DAP Perak menganggap Umno sebagai 'meludah ke langit' apabila mendedahkan perjanjian kerjasama antara parti Melayu itu dengan Parti Komunis China pada Ogos 2010.

Perjanjian itu ditandatangani di Beijing, China oleh Setiausaha Agungnya ketika itu, Datuk Seri Tengku Andan Mansor yang mendapat liputan meluas media tempatan.

Pemimpin Umno sebelum ini termasuk Presidennya yang juga Perdana Menteri, Najib Tun Razak mengecam pemimpin Pakatan Rakyat kononnya mendewakan fahaman Komunis dengan menyifatkan tentera Komunis yang terlibat dalam tragedi Bukit Kepong sebagai pejuang kemerdekaan sebenarnya.

Timbalan Presiden PAS, Mohammad Sabu semasa berceramah di Tasek Gelugor di Georgetown, 21 Ogos lalu berkata tentera Parti Komunis Malaya sepatutnya diiktiraf sebagai pejuang merdeka berikutan mereka menentang penjajah yang sebenar di tanah Melayu, iaitu British.

Namun jasa mereka dipadamkan dari sejarah kemerdekaan negara dan dituduh sebagai pengganas.

Umum mengetahui Parti Komunis Malaya (PKM) adalah jaringan kepada Parti Komunis China.

Justeru, Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming menganggap Umno tidak layak untuk mengecam pemimpin Pakatan Rakyat berikutan parti perkauman itu secara jelas menjalinkan kerjasama dengan parti Komunis China.

"Adalah jelas ini terbukti bahawa apabila UMNO mengutuk komunis dan melemparkan segala fitnah terhadap parti Komunis Malaya serta cuba menodai nama baik Mat Sabu, UMNO secara terbuka telah menjalin hubungan intim dengan bapa Komunis Parti Comunist Malaya (PCM), Parti Komunis Cina.

"Bah kata pepatah Melayu, apabila meludah ke langit, akhirnya kena pada muka sendiri. Inilah akibat melakukan dosa fitnah," katanya menerusi kenyataan medianya.

Kor Ming yang juga Ahli Parlimen Taiping, menambah hubungan Parti Komunis China dengan Umno sangat erat ekoran parti itu sering dijemput menjadi tetamu kehormat khas setiap kali Perhimpunan Agung Umno diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

"Adalah jelas Parti Komunis Cina sering diundang menjadi tetamu kehormat khas perhimpunan Agong UMNO yang diadakan di PWTC, KL. Apa nak dikata sekarang?," soalnya.

tvs


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

LAMAN WEB FAM KENA SUSPENDED

Posted: 05 Sep 2011 08:42 AM PDT

Yang Menang Tulis Sejarah, Yang Kalah Membuat Puisi...

Posted: 05 Sep 2011 05:00 AM PDT



Kata-kata sinis itu menggambarkan betapa sukarnya mencari penulisan sejarah oleh manusia yang jujur, kerana majoriti penulis sejarah menulis dari perspektif di pihak mana mereka berada dan ada yang menulis di bawah kawalan ketakutan dan telunjuk golongan berkuasa.
Umum dan rata-rata sebenarnya menyedari bahawa penulisan sejarah akan menyebelahi golongan yang akhirnya mendapat kuasa atau golongan yang menang.

Manakala bagi golongan yang kalah pula, sejarah yang ditulis, terutamanya apabila bercanggah fakta dengan sejarah golongan yang menang, mereka tidak berani untuk berterus-terang untuk menyerang penulisan sejarah golongan yang berkuasa pada ketika peristiwa tersebut berlaku kerana kebesaran risiko dan tekanan yang mereka terpaksa hadapi.

Bahkan, ada mereka yang berani, namun lazimnya sejarah yang ditinggalkan mereka akan dihapuskan oleh golongan yang menang supaya generasi seterusnya hanya terus mengagungkan dan mengenangkan jasa golongan yang menang demi kepentingan masing-masing.

Akibatnya golongan yang tertewas ini lebih selesa menulis puisi, cerpen dan novel bagi meluahkan bantahan dan penentangan mereka terhadap satu-satu isu atau tohmahan yang dilemparkan kepada mereka. Maka lahirlah kata-kata sinis "yang menang tulis sejarah, yang kalah membuat puisi".

Sejarah, sifatnya ialah peninggalan untuk dinilai, difahami, dipelajari dan diambil iktibar terhadap sesuatu yang pernah berlaku, jarang sekali ia adalah untuk mencari kesalahan mana-mana pihak ketika peristiwa sejarah tersebut berlaku.

Tidak boleh dibahas

Namun, segalanya menjadi terbantut apabila fakta sejarah yang ditinggalkan tidak boleh dibahaskan, tidak boleh dicabar dan tidak boleh dibincangkan secara akademik, terutamanya apabila muncul dua-tiga versi fakta sejarah yang bercanggah mengenai sesuatu peristiwa.

Akibat penulisan sejarah yang tidak tepat itulah, timbulnya usaha untuk menilai semula, membahas, perbincangan ilmiah dan diskusi mengenai satu-satu fakta sejarah dari pelbagai sudut.

Namun, harus diingat, perkara yang paling malang dalam proses penulisan sejarah berkisar kepada mereka yang telah tiada untuk membela diri mereka terhadap penulisan yang tidak tepat terhadap mereka dalam penulisan sejarah, yang lumrahnya ditulis oleh golongan yang menang.

Kemunculan waris-waris untuk membela bagi pihak bapa, ibu atau waris mereka juga menambahkan warna-warni kepada perdebatan bahan sejarah – namun, apakah ia tepat? Sudah tentu, ia masih boleh dipertikai lagi.

Secara tidak sedar, rakyat dan negara kini sedang mencipta dan mencatitkan sejarah tersendiri.

Apakah sejarah yang sedang kita lakar kini, sebagai contoh apa yang berlaku 20 tahun yang lalu untuk generasi masa depan, akan atau telah dibuat secara jujur?

Jawapannya masih sama, ia tidak jujur kerana adanya kepentingan golongan pemerintah dalam menjaga minda generasi seterusnya pada waktu ini, dengan anggapan bahawa mereka akan kekal berkuasa.

Sebagai contoh, sejarah kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim, sekiranya dibahas pada masa hadapan, apakah versi yang bakal dicatat dalam sejarah?

Kita tidak perlu melihat jauh, untuk seseorang yang pernah menjadi timbalan presiden Umno dan timbalan perdana menteri suatu waktu dahulu, sekarang sudahpun ditulis dan digerombol oleh pihak pemerintah dalam wajah baru sebagai pengkhianat, penentang kerajaan dan selainnya sekiranya akhbar-akhbar pro-kerajaan pemerintah kini dijadikan rujukan sejarah pada masa hadapan.

Dilenyapkan dari sejarah

Mana catatan terhadap jasa beliau dalam membangunkan negara, malah memajukan Umno suatu masa dahulu? Adakah ia akan dicatat dalam sejarah kerajaan BN, atau akan dipadamkan begitu sahaja? Adakah dalam carta sejarah kepimpinan Umno, gambar timbalan Tun Dr Mahathir Mohamad ini pada 1990-an akan dihilangkan begitu sahaja dalam sejarah?

Sejarah apa pula mengenai beliau yang akan dituliskan dalam buku sejarah yang bakal diajar kepada pelajar pada masa depan?

Demikian juga dengan sejarah presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai menteri besar Terengganu yang cuba dibuang dari sejarah, sehinggakan gambar beliau sebagai menteri besar cuba dihilangkan.

Inilah realiti dalam permainan penulisan sejarah manusia oleh golongan yang menang, yang menjadi punca utama pahlawan-pahlawan negara yang bangun berjuang bermati-matian seperti Mat Kilau, Tok Gajah, Datok Bahaman di Pahang, Abdul Rahman Limbong di Terengganu, Tok Janggut di Kelantan, Datuk Maharajalela dan Si Puntong di Perak, Dol Said di Negeri Sembilan/Melaka dan puluhan pimpinan yang lain yang kini lenyap dari sejarah.

Yang muncul, dicatat, dihargai malah tidak boleh dipertikaikan hari ini hanyalah pejuang yang diterima oleh Inggeris dalam sejarah penjajahan mereka terhadap Tanah Melayu.

Sesiapa yang ingin mengungkit semula jasa golongan yang tertewas, walaupun jasa mereka berharga akan terus dicop sebagai pengkhianat atau penyokong golongan tertentu dan cuba mengubah sejarah negara oleh pihak pemerintah.

Benarlah juga, mereka yang diterima sebagai pejuang oleh penjajah Inggeris ada jasa dalam usaha memerdekakan negara; namun namun pada masa yang sama benarlah juga ungkapan di atas "Yang menang tulis sejarah, yang kalah membuat puisi".

Janganlah kita lupa pula dengan pejuang rakyat yang tidak diiktiraf, malah digelar sebagai pengganas oleh pihak penjajah atau golongan pemenang, mereka juga ada jasanya yang patut dimartabatkan dalam sejarah negara.

Biarlah para pembaca sejarah menilai kedudukan tokoh-tokoh negara pra-kemerdekaan yang tercatit dalam sejarah ini secara peribadi dengan fakta sejarah yang cukup – walaupun kesudahan tafsiran mereka mungkin bercanggah dengan versi sejarah yang dihasratkan, pihak pemerintah dinasihatkan jangan pula cepat mencela mereka ini.

Kerana ini adalah fenomena yang bagus untuk negara yang menunjukkan rakyat semakin matang dalam mengkaji maklumat yang diterima mereka sebelum menerimanya bulat-bulat tanpa soal selidik seperti dulu.

Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man
Ketua Penerangan PAS Pusat

sanusisetpol


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Siapa Mat Indera & Tok Janggut Dalam Menuntut Kemerdekaan Negara? Wajib baca

Posted: 05 Sep 2011 03:00 AM PDT

Sejarah tercatat bakal menyaksikan dua manusia, pengkhianat atau pejuang. Apabila memandang skop penjajah, hampir semua pejuang tanah air dianggapnya pengkhianat...antaranya Tok Janggut, Tok Ku Paloh, Hj Abdul Rahman Limbong, Mat Salleh, Dato Bahaman...sejak aku belajar sejarah, UMNO lebih ditonjolkan sebagai hero kemerdekaan negara. Aku percaya, sebab waktu aku ambil exam SPM...ikut saja fakta dalam buku teks....

Kebangkitan masyarakat Melayu ketika itu dibawa oleh revolusi Islam melalui ulama-ulama seperti Syed Al Hadi, Burhanuddin Hilmi, Abu Bakar Baqir..mereka yang belajar di timur tengah lebih terdedah dengan revolusi menentang penjajah. Yang aku pelik kenapa UMNO lebih ditonjolkan sebagai hero kemerdekaan sebenar? Sedangkan sekolah-sekolah pondok ketika itu telah lama menerapkan tentang penentangan penjajah sebelum wujudnya UMNO...tetapi mereka yang berhaluan "agama" pasti mendapat label buruk seperti "haluan kiri" dan sebagainya.

Waktu aku sekolah agama dulu aku selalu fikir benda ni...Mengapa orang belajar agama seperti para ulama yang menuntut kemerdekaan ketika itu dilabel "berhaluan kiri" dan "gerakan bawah tanah"...? Kenapa orang yang menentang Komunis dilabel hero sedangkan yang menentang British dianggap pengkhianat...? Tok Janggut dulu menentang British, Tok Janggut dilabel sebagai pengkhinat...Mat Indera juga menentang British (melalui PKM) juga dilabel pengkhinat...siapa pejuang pula? Memang aku serabut fikir benda tu dulu...tapi dah nak exam SPM, aku hafal dan hadam saja sejarah buku teks tu...

Dah besar sikit, aku mula baca banyak buku-buku sejarah...yang paling terkesan apabila aku baca buku-buku karangan Ust Ridhuan Mad Noor yang menceritakan peranan Ulama Ketika Zaman Kemerdekaan, dan beberapa lagi buku sejarah terutama kebangkitan Islam di Malaysia. Baru aku faham...buku teks sejarah yang baca dulu masih samar-samar tentang erti sejarah yang sebenar, golongan agama tidak akan ditonjolkan sebagai pejuang sebenar tetapi yang mampu "berbaik" dengan penjajah itu adalah hero sebenar kemerdekaan.

Tak semudah itu British memberikan kemerdekaan melainkan ditinggalkan pasak yang kukuh kepada tanah jajahan. Justeru, jadilah diri untuk perjuangan yang asli demi agama bangsa dan negara. Aku mengucapkan Selamat Hari Merdeka kepada semua pejuang  dan "pengkhianat" negara kerana perjuangan mereka kita menghirup keamanaan sekarang. AL Fatihah.

TOK JANGGUT

Setelah gugur syahid di Pasir Puteh, jasad Tok Janggut telah dibawa ke Kota Bharu dan digantung songsang di khalayak ramai, di Padang Bank. Sebagai tontonan dan pengajaran kepada rakyat Kelantan yang terfikir untuk menentang Inggeris.
Klik sini untuk mengetahui sejarah pejuang... [LINK]
MAT INDERA

Foto Mat Indera(3 dari kiri) bersama kawan-kawan sekolah Melayu

Nama penuh: Ahmad bin Indera, berdarah pahlawan daripada keturunan Datuk Bentara Husin Lela Pahlawan Siak Seri Inderapura yang menjadi Panglima Kanan Sultan Sharif di Siak.Memiliki sifat terpuji seperti lemah lembut, peramah, mudah tersenyum, suka melawak, tidak mudah marah dan tidak gemar menyakiti hati orang lain. 

Jepun Telah Memberi Kemerdekaan Kepada Malaya Dan Indonesia Sebelum Mereka Tewas.

Posted: 05 Sep 2011 12:00 AM PDT



Bolehkah mereka dianggap sebagai wira atau pun sebagai barua British.
 
Ini gambar semasa Malaya masih dijajah dan melayu sebagai penjaga 'Kerbau Balau'


Nampaknya kali ini gua akan menulis tentang sejarah sejak isu Mat Sabu mengangkat Mat Indera sebagai wira. Kerana isu ini, semua penyelewengan Umno akan terbongkar sikit demi sedikit tentang perkara yang berlaku di zaman penjajahan British. Para sejarahwan-sejarahwan yang menjadi pencacai Umno terpaksa membuka kembali buku-buku sejarah mereka untuk mempertahankan segala penyelewengan Umno terhadap sejarah. Gua masih ingat kata-kata guru sejarah gua pada era 70 an dulu yang menyatakan bahawa mata pelajaran sejarah telah diolah mengikut selera penjajah British. Lu baca sini...


Ramai yang tidak mengetahui bahawa Umno dibawah pimpinan Dato Onn tidak ingin Malaya diberi kemerdekaan dan kerana itulah slogan mereka ialah 'Hidup Melayu'. Para anak didik penjajah British (UMNO) dengan angkuh mengatakan bagaimana Malaya nak merdeka jika jarum sebatang pun tak pandai nak buat. Mereka lebih selesa duduk dibawah ketiak penjajah British kerana pangkat dan kesenangan yang diberikan oleh penjajah British terhadap mereka. Lu boleh lihat dan dengar bagaimana kehidupan ala barat para pemimpin Umno di mana boleh dikatakan setiap rumah para pemimpin mereka mempunyai bar (ruangan untuk minuman keras).
 
Semasa penjajahan Jepun, Melayu yang bersekongkol dengan Jepun dianggap pengkhianat tetapi tidak bagi yang bersekongkol dengan penjajah British. Lu sendiri fikir, baik penjajah Jepun mahu pun penjajah British, mereka tetap musuh kepada rakyat Tanah Melayu. Lu tanya pemimpin Umno siapa yang bagi senjata kat komunis untuk melawan Jepun, China atau pun British. Kemana perginya para pegawai British semasa Malaya ditakluki Jepun dan apa pula jadi kat Melayu yang jadi barua British. Adakah mereka bersama-sama mengangkat senjata melawan Jepun atau pun menjadi talam dua muka kerana para pemimpin Umno memang terkenal dengan sikap bermuka-muka seperti lalang. Bila penjajah British memerintah, mereka jadi barua British dan bila Jepun memerintah, mereka menjadi barua Jepun.



Sampai sekarang sikap mereka itu sudah menjadi darah daging mereka dan lu boleh tengok perangai mereka walau pun sudah 54 tahun merdeka. Sekarang mereka menjadi barua kepada Rosmah (Perdana Menteri Malaysia) dengan mengibas secukup-cukupnya sampai nak tercabut pergelangan tangan. Merekalah benteng dalam mempertahankan segala tindak tanduk yang dilakukan oleh Rosmah tanpa merasa malu. Kalau dah jenis barua, sampai bila-bila akan jadi barua.




Semalam, Astro ada wawancara Datuk Azimu, bekas Senator dan veteran Umno Ulu Kinta. Bukan main berlagak lagi beliau mengutuk Mat Sabu dan PAS. Gua pun nak tanya beliau apa erti sebenar merdeka kerana salah seorang anak jagaannya adalah penagih tegar. Apakah bagi beliau erti kemerdekaan ialah negara sudah bebas dari penjajahan British...!!! Jika itu jawapannya, makin beliau tidak layak bercakap tentang kemerdekaan walau pun beliau seorang veteran Umno. Biar gua story sikit buat veteran-veteran Umno haprak yang masih jahil tentang sejarah dan isu Mat Sabu.




Dalam isu ini, Mat Sabu dan PAS tidak perlu meminta maaf tetapi Umno dan sekutunya yang perlu meminta maaf terhadap rakyat Malaysia di atas segala tipu helah dan perkhianatan mereka terhadap rakyat. Rakyat telah dibohongi sampai ke akar umbi dengan memaparkan pemimpin mereka sebagai pejuang kemerdekaan dengar angkuh menggelar penentang penjajah British sebagai pengkhianat,
lu baca disini.



Lu (pemimpin Umno/BN) faham ker apa yang Mat Sabu katakan...!!!! Beliau bercakap semasa Malaya masih dijajah oleh bapak kesayangan lu (British) dan ini bermakna sesiapa sahaja yang menentang penjajah dianggap wira dan sesiapa sahaja yang bersekongkol dengan penjajah pula dianggap pengkhianat. Lu baca sejarah mana-mana negara pun, itulah realitinya dan jika lu (Umno/BN) tak boleh terima maka pergi mampus ler lu semua. Mat Indera berjuang di Bukit Kepong 7 tahun sebelum Malaya merdeka dan Umno ketika itu adalah barua kepada penjajah British. Jika pertempuran itu berlaku selepas merdeka, jangan kata lu (Umno/BN dan pencacainya), gua pun akan kata Mat Indera sebagai pengkhianat.


 Bolehkah Majlis Fatwa mengeluarkan fatwa akan perjuangan Let. Adnan semasa era Jepun. Jika beliau berjuang atas dasar agamanya maka selamatlah beliau, bagaimana jika beliau berperang atas nama British...!!!


Walau siapa pun tanpa mengira lu Melayu ker, Cina ker, Sikh ker atau India ker, lu tetap dianggap sebagai barua penjajah atau lebih tepat ialah pengkhianat terhadap bangsa dan negara lu sendiri. Oleh itu gua sarankan agar lu all (Umno/BN) minta Majlis Fatwa mengeluarkan fatwa adakah kematian polis Melayu yang mempertahankan balai polis Bukit Kepong mati syahid atau pun tidak agar perkara ini jelas di mata rakyat Malaysia sebagaimana Mufti Perak, SS Harussani memfatwakan kematian jurugambar Bernama yang bertugas di Somalia, Noramfaizul Mohd Nor sebagai mati syahid fisabilillah. Syahid yang tidak menyamai kematian ibu mengandung atau nelayan yang mati lemas semasa mencari rezeki kerana itu adalah syahid dunia.


Sebelum Jepun kalah dalam perang Dunia ke 2, pihak Jepun telah menjemput pejuang sebenar di era penjajahan British ke negara tersebut untuk membincangkan kemerdekaan Malaya dan Indonesia. Dr Buhanuddin, Ahmad Boestaman, Ibrahim Yaakub dan pemimpin Indonesia yang diketuai oleh Sukarno telah berlepas ke Jepun untuk merundingkan kemerdekaan dua Gugusan Tanah Melayu Raya. Sukarno sempat mengistyihar kemerdekaan Indonesia tetapi Tanah Melayu tidak sempat diisytihar merdeka kerana kekalahan Jepun kepada tentera berikat. Selepas Jepun kalah, komunis mengambil alih pemerintahan Malaya sebelum kedatangan semula penjajah British kembali menjajah Malaya dengan sokongan para pemimpin Umno.


 Haji Abdul Rahman Limbong yang terpaksa menghabiskan usianya di Mekah. Beliau telah dibuang negeri oleh penjajah British kerana perjuangannya untuk Islam. Di mana perginya pemimpin sekular Umno ketika itu?. Ooooppppp lupa, Umno celaka belum diperanakkan lagi oleh British.


Biar sebanyak mana pun penipuan yang dilakukan oleh pemimpin Umno yang menjadi anak emas penjajah British, ia akan tetap terbongkar. Bagi gua, sudah lama gua menganggap Dr Buhanuddin, Ahmad Boestaman, Ibrahim Yaacob, Rashid Maidin, Shamsiah Fakeh, Abdullah C.D, Ustaz Abu Bakar Baqir, Tok Janggut, Abdul Rahman Limbong dan semua yang menentang penjajahan British adalah wira sebenar. Bagi gua, para barua British yang terdiri daripada pemimpin Umno adalah pengkhianat bangsa dan agama.
 
 
   (Ikhsan)
.


laksamanabukitbintang


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Padah Berasmara Dalam Kereta

Posted: 04 Sep 2011 09:00 PM PDT


Changsa – Satu pasangan yang berasmara dalam sebuah kereta nyaris maut kerana mereka tidak mematikan enjin kereta, lapor sebuah akhbar semalam.

Pasangan itu pada mulanya berasmara dalam kereta yang diletakkan di tempat letak kereta di atas bumbung sebuah bangunan di sini, selatan China baru-baru ini.

Mereka tidak mematikan enjin kerana mahu menikmati hawa dingin ketika berasmara.

Namun, si lelaki, Qiao Hou tertolak gear menyebabkan kereta berkenaan mengundur dan merempuh penghadang tempat letak kereta.

Kereta itu tidak terjatuh sebaliknya bahagian belakang kenderaan tersebut tergantung pada ketinggian 18.28 meter.

Kekasih Hou menjerit menyebabkan beberapa orang bergegas membantu mereka keluar dari kenderaan itu. -Agensi

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Siapa Hero Bukit Kepong Bukan Persoalan, Sejarah Sebenar Jadi Sandaran !

Posted: 04 Sep 2011 06:00 PM PDT

Berikut adalah kenyataan media SAMM Wilayah Persekutuan mengenai isu Komunis dan Bukit Kepong yang berkait rapat dengan gerakan kemerdekaan menentang penjajah;

SOLIDARITI ANAK MUDA MALAYSIA
WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

KENYATAAN MEDIA
2 SEPTEMBER 2011

RAKYAT PERLU BERJIWA BESAR MENGHADAM SEJARAH SEBENAR

Isu serangan ke atas Balai Polis Bukit Kepong pada tahun 1950an telah dikenang sebagai serangan kumpulan pengganas ke atas sekumpulan anggota polis yang bertahan di rumah pasong. Persepsi ini telah ditulis oleh pengkaji sejarah mengikut acuan pihak tertentu bagi menyembunyikan hakikat sebenar – pihak yang menentukan apakah kriteria pejuang kemerdekaan.

Ia menjadi satu kepercayaan ramai apabila Jins Samsudin membuat filem Bukit Kepong berdasarkan persepsi betapa pihak yang menyerang rumah pasong Bukit Kepong itu adalah pengganas sedangkan gerakan yang diketuai oleh Mat Indera juga sebenarnya harus dikenang sebagai salah satu serangan ke atas kubu British yang menjajah Tanah Melayu untuk beberapa abad lamanya.

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Wilayah Persekutuan ingin menegaskan bahawa sejarah kemerdekaan negara harus segera dikaji semula oleh pengkaji sejarah yang tidak berkepentingan selain daripada merekodkan sejarah sebenar, bukan oleh pengkaji sejarah upahan yang menulis berdasarkan telunjuk pihak yang menang bagi menutup sejarah di sebalik sejarah.

Tindakan Timbalan Presiden PAS Mohd Sabu mengulas mengenai peristiwa Bukit Kepong dan watak sebenar Mat Indera dalam ceramahnya harus dipuji kerana ia membangkitkan ghairah rakyat terutamanya dari golongan anak muda untuk mengetahui sejauh manakah British itu dianggap sebagai penjajah dan apakah dengan menyerang British itu akan dianggap sebagai pengkhianat di Tanah Melayu.

Pihak polis di rumah pasong Bukit Kepong itu juga bertugas bagi mempertahankan kepentingan British seperti estet getah dan ladang. Adakah Pasukan polis ketika zaman jajahan British menunjukkan taat setia mereka terhadap Queen of England apabila lagu "God Save the Queen" didendangkan setiap kali lawatan pegawai tertinggi British ? Ini juga persoalan yang harus digali semula untuk rakyat mengetahui sejarah penentangan penjajah yang sebenar.

Ia berkait rapat dengan proses menuntut kemerdekaan apabila semua kumpulan, kesatuan dan pertubuhan yang bergerak menuntut kemerdekaan telah diharamkan kecuali Umno. Kumpulan penuntut kemerdekaan ini akhirnya dituduh sebagai pengkhianat dan pengganas hanya kerana menentang British yang statusnya masih lagi penjajah di Tanah Melayu ketika itu. Turut menjadi persoalan ialah, mengapa Umno sahaja yang dibenarkan berkempen untuk merdeka sedangkan banyak lagi pergerakan menuntut kemerdekaan. Adakah Umno membenarkan pertubuhan mereka menjadi talibarut British demi untuk merdeka di atas acuan penjajah ?

Oleh yang demikian, SAMM Wilayah Persekutuan di atas rasa tanggungjawab ke atas sejarah negara yang dikhuatiri terperosok, harus digemburkan semula untuk tatapan rakyat. Sejarah peradaban negara juga seharusnya disifatkan dengan lebih keterbukaan kerana ia membentuk asal usul kita rakyat Malaysia. Rakyat juga harus lebih terbuka dan berjiwa besar untuk menerima hakikat sebenar sejarah negara, lebih-lebih lagi apabila ianya melibatkan proses menuntut kemerdekaan.

Inilah satu peluang sangat baik sempena pasca hari kemerdekaan ke-54, untuk rakyat mengasak pihak berwajib bagi menampilkan sejarah sebenar kemerdekaan negara. SAMM akan ke hadapan bagi merealisasikan apa itu sejarah.


"Perjuangan adalah Perlaksanaan kata-kata"



Shariful Azmir Bin Haji Mustafa
Penyelaras Negeri
Solidariti Anak Muda Malaysia Wilayah Persekutuan
www.anakmudamalaysia.com

Kredit untuk sdyesdotcom

Tiada ulasan: