Ahad, 25 September 2011

BRIGED MP SEGAMBUT

BRIGED MP SEGAMBUT


Hudud: Pemimpin Pakatan bincang Rabu ini

Posted: 25 Sep 2011 08:49 AM PDT

Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat akan membincangkan ketidak-sefahaman mereka mengenai isu sensitif hudud pada mesyuarat bulanan mereka, Rabu ini.

Anwar at PKR hari raya open house 2011Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu demikian kepada pemberita hari ini semasa majlis rumah terbuka Hari Raya PKR di Tropicana Petaling Jaya.

Katanya, mesyuarat itu pada mulanya dirancang untuk membincangkan Bajet 2012 yang akan dibentangkan perdana menteri pada 7 Oktober dan pra-belanjawan Pakatan juga, tetapi kini akan turut membincangkan isu hudud.
Menurut beliau berbeza dengan BN, Pakatan bergerak menerusi persetujuan bersama semua komponennya dalam isu yang melibatkan kepentingan awam.

"Kontroversi diperbesarkan di media daripada (keadaan) sebenarnya kerana (ia) bukan isu baru. Sebagai Muslim saya menyarankan sesiapa tolak hukum Islam kalau pemimpin Umno nak buat, itu hak mereka. Tetapi mesti ada muafakat dalam Pakatan Rakyat, mesti ada perbincangan dalam perjanjian ikut perlembagaan. Itu akan dibincangkan Rabu ini.

"Kita dengar kebimbangan dia (Karpal), tapi bagi saya ini bukan perkara baru. Kita sedia bincang. Ini prinsip Pakatan Rakyat. Kita bukan Umno. Mengarahkan. Kita mesti ada konsensus," katanya.

azlanIsu hudud mula disensasikan media aliran utama sejak minggu lalu yang mendakwa hubungan Pakatan Rakyat semakin retak.

Hari ini muka depan surat khabar Mingguan Malaysia dengan jelas melaporkan kenyataan Pengerusi DAP Karpal Singh membidas Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkenaaan isu ini.

Khamis lalu, Nik Aziz yang juga mursyidul am PAS berkata beliau lebih rela jika DAP mahu keluar daripada Pakatan Rakyat jika tidak bersetuju dengan pendiriannya mahu menegakkan hukum hudud dan menubuhkan negara Islam.
Semalam, Karpal Singh meminta Pakatan mengadakan mesyuarat tergempar bagi membincangkan dan menyelesaikan pendirian parti PAS untuk melaksanakan hukum hudud dan penubuhan negara Islam.

NONEKatanya, parti itu sentiasa membantah agenda penubuhan negara Islam dan sekretariat Pakatan harus mengatur mesyuarat tergempar mengenai rancangan parti PAS itu.

Katanya sebarang kelewatan menangani isu kontroversi itu akan menghakis teruk keyakinan awam khususnya di kalangan bukan Islam dalam Pakatan.
Bagaimanapun, menurut Anwar, persoalan mengenai hudud ini adalah cubaan untuk mengalihkan rakyat dari isu yang membelenggu kerajaan BN.

Beliau menyatakan isu ini adalah isu yang berlarutan dan boleh dibincangkan dalam kerangka berbeza di peringkat Persekutuan dan Kelantan.

Malah, Umno turut dikecam MCA dan Gerakan berkenaan isu ini.

"Dalam konteks Persekutuan, kita akan dikekang rangka perlembagaan. Dan (perbincangan) dapat lihat bagaimana PAS artikulasikan visi mereka dan untuk DAP untuk suarakan pendapat mereka. Itu semangat yang kita perlukan.

"Saya tak fikir apa-apa akan berlaku dengan cepat tapi media digunakan untuk sorok isu korupsi, pembunuhan, salah guna kuasa. Isu ini digunakan dan MCA, ambil kesempatan masuk, apa yang baru dalam hal ini?" soal Anwar.

Umno peralat hudud demi politik

Posted: 24 Sep 2011 09:30 PM PDT

Pakatan Rakyat kesal Umno-BN memperalatkan isu hudud sebagai permainan politik, sedangkan pemimpin mereka tidak pernah berhasrat membincangkan isu ini secara tuntas dan serius, kata Ketua Pembangkang Daruk Seri Anwar Ibrahim.

NONEMenurutnya, lebih malang lagi, apabila media yang dikuasai pemerintah pula mencanangkan kononnya undang-undang syariah sebagai suatu warisan zaman primitif.

"Harus diingat, pandangan beberapa kerat pimpinan Umno yang mempersenda hukum Islam ini sesungguhnya tidaklah mewakili umat.

"Waima mutakhir ini beberapa pimpinan Umno memperlihatkan diri sebagai jagoan memperjuangkan Islam, manakala seringkali pula mereka menuduh pimpinan Pakatan Rakyat sebagai pengkhianat agama dan bangsa, sedangkan yang sering dilaung-laungkan oleh pimpinan Umno-BN sekadar retorika membakar sentimen serta sering tersasar dari kehendak syariah yang mahukan kemaslahatan untuk rakyat," katanya dalam satu kenyataan akhbar.

Menurut Anwar, yang juga adalah ketua umum PKR, perlaksanaan hukum Islam sewajarnya mengambil kira keberkesanan pentadbiran mahkamah syariah negara ini memastikan keadilan untuk semua.

NONEMenyentuh persoalan keadilan untuk semua, katanya. perlaksanaan undang-undang syariah semestinya menjamin hak bukan Islam tidak dicerobohi serta dizalimi.

Justeru, Pakatan akan berpegang pada pemuafakatan yang tertera dalam Buku Jingga.
Maqasid al Syariah

"Mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana di negara ini serta melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain sejajar dengan Perkara 153," katanya lagi.

Menurut Anwar lagi, meskipun beliau menghormati keputusan kerajaan negeri Kelantan yang mahu melaksanakan hudud, namun ia mesti tertakluk kepada beberapa perkara.

NONE"Pertamanya persoalan Maqasid al Syariah, Matlamat Utama Syariah, iaitu menjamin keadilan untuk semua.

"Malah dalam karya saya yang berjudul Gelombang Kebangkitan Asia, tuntas saya ungkapkan keutamaan Maqasid al Shariah demi menjamin keadilan untuk semua.

"Justeru adalah baik untuk kita merenung beberapa aspek perundangan syariah yang berjaya dilaksanakan di Kelantan, maka tidak wajar buat saya menempelak atau meremehkan langkah tersebut," katnya.

Anwar berkata Pakatan Rakyat merupakan suatu muafakat utuh dan berlandaskan kejujuran mahukan perubahan buat rakyat negara Malaysia dan oleh itu, isu yang menyentuh kepentingan rakyat pastinya dibincangkan bersama semua wakil dari parti komponen.
azlanManakala keputusan yang dibuat merupakan pendirian bersama.

"Pun demikian Pakatan Rakyat berpendirian, setiap dari parti komponen sewajarnya mempunyai ruang untuk mengungkapkan keyakinan, faham serta ideologi terutamanya kepada pendokong mereka," katanya.

Tiada ulasan: