Bila Harimau Sudah Menaip... |
Aku Tidak Hadir Kenduri Arwah Abah Kerana Sunnah (II) Posted: 24 Sep 2011 08:13 PM PDT Aku bersyukur kepada Allah SWT kerana penulisan aku diberi komentar oleh khalayak pembaca yang membuatkan aku merasakan bahawa isu Islam masih diberi prioriti daripada isu video seks, artis, beradu-domba dan yang bukan-bukan yang mendedahkan diri kita kepada neraka Allah. Sesungguhnya neraka Allah itu amat dekat dan akan menjauhi kita asalkan kita sendiri yang berusaha menjauhinya. Posting kali ini bertujuan menjelaskan pendirian aku di penulisan sebelum ini dan menjawab beberapa komentar. Percayalah, dahulu saya tercari-cari keadilan Islam yang sebenar. Tahun 2009, ketika 8 bulan saya tidak mampu membeli walaupun sehelai baju bundle untuk saya dan isteri, Allah mengurniakan kami seorang anak yang cantik yang kuberi nama Qaseh Zunnurain (the keeper of 2 lights). Banyak pertanyaan-pertanyaan yang terlintas di dalam kepala saya apabila saya melihat majlis-majlis yang "jatuh wajib pada orang Melayu" cukup mahal dan membuatkan saya menangis sendiri kerana terasa dizalimi. Tidak. Allah itu tidak zalim. Islam itu Kesejahteraan, keadilan dan kesederhanaan. Kita yang menzalimi diri kita sendiri. Saya mula mencari sedikit demi sedikit keadilan dalam Islam dan mula hadir ke majlis ilmu di kawasan berhampiran, membeli kitab-kitab (dalam Bahasa Melayu) dan mendengar majlis-majlis ilmu di Youtube. Alhamdulillah. Sesungguhnya benar. Islam itu adil dan mudah. Apa yang saya ingin terangkan adalah kefahaman saya. Saya bukan lulusan Arab maka penerangan saya berkenaan kefahaman saya agak "Melayu" berbanding orang lain yang lebih hebat. Semoga penerangan ini tidak memudaratkan kita semua. InsyaAllah. Bab kenduri arwah, video yang saya paparkan disini, menceritakan tentang penentangan Abdullah Ibn Mas'ud r.a terhadap perkara yang diada- adakan (kalau sebut bid'ah, ada yang marah). Siapa Ibn Mas'ud? Beliau adalah sahabat Rasulullah SAW dan tergolong dalam ahli Badar. Keimanan Ibn Mas'ud, kefahaman dan kasih sayang terhadap Allah dan Rasul tentunya bagai langit dan bumi jika dibandingkan dengan kita. Sahabat- sahabat RadiAllahuanhum Ajmain yang menjadi Ahli Badar, bukan calang- calang insan. Mereka berperang dengan saudara mereka sendiri. Ada sahabat ( r.a.) yang membelah dua kepala ayahnya kerana mempertahankan Agama Allah dan Rasul ketika Perang Badar. Jumlah tentera Islam Tiga ratus beberapa belas (ada yang kata 319, ada yang kata 324 dan yang paling tersohor di alam "Melayu" adalah 313. Wallahua'lam.). Jika berkenduri arwah itu dituntut, mengapa tiada dilakukan di zaman Rasulullah SAW dan para Sahabat (r.a)? Kerana ia tidak adil. Mereka yang kaya- raya, tentunya boleh melakukan kenduri "penghapus dosa arwah" berpuluh kali tetapi ia tidak dapat dilakukan sekali oleh orang miskin. Islam untuk orang kaya sahaja kah? Jika kamu jawab ia sunat, mana nas dan dalilnya? Tiada bukan? Video dibawah ada penceritaan ringkas oleh Ustaz Halim Hasan. Aku ringkaskan, dari Kitab tafsir Ibnu Kathir, dalam mentafsir satu ayat dari Surah An-Najmi, Imam Syafie Rahimahullah telah mengeluarkan hukum "Sesungguhnya pahala bacaan-bacaan Al-Quran tidak sampai kepada si mati". Jika kita mendakwa kita berpegang kepada mazhab Imam Syafie, mengapa kita tidak berpegang kepada hukum yang dibinanya? Ada yang memberi komen dengan memberi hadith-hadith sebagai hujahnya. Terima kasih. Namun ya Sahabat, hadith-hadith tersebut sebenarnya memberitahu kita tentang BERDOA. Bukan tentang Yasinan, Tahlilan ataupun Kenduri Arwah. Ada yang menyebut "Bid'ah Hasanah dan Bid'ah Dhalalah". Imam Syafie rahimahullah ada menulis bahawa Bid'ah itu terbahagi kepada "Bid'ah Mahmudah dan Bid'ah Mazmumah (jika saya tidak silap). Dan, Saya pernah mendengar suatu persoalan di suatu majlis ilmu, jika disenaraikan Bid'ah Hasanah itu banyak, tetapi dimana senarai Bid'ah Dhalalah? Bagaimana mengkategorikan Bid'ah Dhalalah di zaman ini? Tiada? Semuanya Hasanah? Adakah disebutkan bid'ah hasanah di zaman Rasulullah SAW atau zaman para Sahabah RadiAllahuanhum Ajmain? Saya tinggalkan persoalan ini untuk kita sama-sama mencari jawapan. Nabi SAW pernah bersabda, maksudnya: "sebaik-baik abad adalah abadku, kemudian yang sesudah mereka, kemudian yang sesudah mereka" (aku merujuk dari Syarah Hadith Arbain (terjemahan Indonesia) m/s ix) Telah datang riwayat dari Nabi SAW, maksudnya: "Hendaklah kalian mengikuti Sunnahku dan Sunnah Khulafar Rosyidin sesudahku. Gigitlah erat-erat dengan gigi geraham kalian. Dan, hendaklah kalian menjauhi perkara-perkara bid'ah, kerana setiap Bid' itu sesat." (dirujuk dari Syarah Hadith Arbain tulisan Imam Nawawi) Aku buka komentar tanpa akan aku halangi / tidak siarkan asalkan ia tidak melampau. Kalian boleh cerca aku, tetapi jangan cerca Allah SWT, Rasulullah SAW, Para Sahabah RadiAllahuanhum Ajmain, Keluarga Rasulullah SAW, Imam-imam rahimahullah dan lain-lain; kerana aku akan padam komentar itu dan memerangi kalian selepas itu. Wallahua'lam. nota kaki: hubungan aku dengan kekanda-kekanda aku bertambah hebat dan rapat. kami sayang arwah abah dan emak kami tetapi kami lebih sayangkan agama dan rasul kami. siapa kami jika tidak menerima syafaat Rasulullah SAW di Akhirat nanti? doakan yang baik-baik buat keluarga kami. sesungguhnya doa itu mampu mengubah takdir. |
Aku Tidak Hadir Kenduri Arwah Abah Kerana Sunnah Posted: 24 Sep 2011 10:48 AM PDT Pada 29hb September yang akan datang, kekandaku yang sulung akan mengadakan kenduri Arwah dan bacaan Yasin buat Arwah Abah dan Emak. Aku memilih tidak hadir dengan menjelaskan secara lembut kepada kekanda- kekandaku bahawa ia tidak dilakukan para Sahabah RadiAllahu Ajmain. Seperti biasa, mereka hairan kerana kata mereka, "ia perkara lazimla, kau mengalahkan ustaz plak". Imam Masjid pun hadir tau". Aku tidak mahu berkonfrontasi. Khuatir ia akan menjadi perkara buruk. Bagi meringankan beban kekandaku, aku hanya menyumbang wang bagi jamuan tetamu yang hadir tetapi tidak meredhakan diriku menyertai majlis yang "ku anggap bid'ah". Tanggungjawab aku sebagai anak adalah bersedekah dan berdoa bagi arwah Abah dan Emak. Aku lakukan ini semua kerana aku sayangkan Rasulullah SAW dan para Sahabah r.a. Alhamdulillah. Teringat aku kisah Abu Khufafah yang ingin memeluk Islam. Ketika Abu Khufafah mengadap Rasulullah SAW, dia diminta untuk mengubah rambutnya. "Lakukan apa sahaja tetapi tidak mewarnakan ia dengan warna hitam" maksud sabda Rasulullah SAW kepada Abu Khufafah. Setelah selesai mengubah rambutnya. Abu Khufafah hadir di hadapan Rasulullah SAW untuk ber baiah. Dihulurkan tangannya. Ketika itu, kedengaran Abu Bakr As- Siddiq r.a. menangis. "Apa yang membuatkan engkau menangis ya Abu Bakr?" soal Rasulullah SAW. "Aku lebih rela jika tangan ayahku itu adalah tangan bapa saudaramu iaitu Abu Talib, Ya Rasulullah. Kerana ia akan menggembirakanmu" lebih kurang terjemahan jawapan Abu Bakr r.a. Lihatlah. Betapa berimannya Abu Bakr r.a.. Betapa sayangnya Abu Bakr r.a. pada Rasulullah SAW. Namun selepas kewafatan Rasulullah SAW, tidak pula beliau mengadakan kenduri arwah buat Rasulullah SAW. Jika dihimpun iman seluruh umat Islam, tidak sama dengan iman Abu Bakr r.a. Siapa aku untuk membuat perkara yang tidak dilakukan oleh Rasulullah SAW dan para Sahabah RadiAllahuanhum Ajmain? Semoga Allah mengurniakan manfaat atas tulisan aku ini. Dan semoga kekandaku membacanya dan mendapat manfaat. Wallahua'lam Bissawab. _______________________________ kemaskini: video kisah yang relevan dengan tindakanku. |
You are subscribed to email updates from Bila Harimau Sudah Menaip... To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan