Khamis, 29 September 2011

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Waris Hero Yang Tangkap Mat Indera Hidup Derita

Posted: 29 Sep 2011 12:15 AM PDT

Bongkar: 'Waris' Individu Yang Telah Menangkap Mat Indera 'Di Batu Pahat Pada Tahun 1952' Dulu, Merayu Perhatian Dan Pembelaan Dari Kerajaan!

KUANTAN, 29 Sept - Salah seorang anak kepada individu yang telah berjaya menangkap "Mat Indera" hari ini tampil mendedahkan kisah sebenar kisah tersebut. Biar pun kini isu Hudud telah menenggelamkan isu kontoversi ini namun ada rahsia besar yang tidak pernah didedahkan kepada media sebelum ini telah berjaya dibongkarkan. Ramai yang tahu mengenai sejarah perjuangan Mat Indera, terutamanya dalam kes "Tragedi Bukit Kepong" itu.

Umum mengetahui bahawa Mat Indera mati digantung oleh British di di penjara Ayer Molek Johor Bahru. Persoalannya, ramai yang tidak pernah tahu siapakah individu yang telah berjaya menangkap Mat Indera itu. Saparun Sibon, 46, (foto) mendakwa arwah bapanya iaitu Che'Sibon @ Tukyo bin Ahmad adalah individu yang bertanggungjawab menangkap Mat Indera selepas berlakunya "Tragedi Bukit Kepong" dulu.

Menurut Saparun, bapanya ketika itu merupakan "Home Guard" yang telah diupah oleh pihak British untuk menangkap Mat Indera. Tangkapan telah berjaya dilakukan pada 14 Oktober 1952 di Kampung Parit Warijo, Sri Medan Baru Pahat Johor.


Atas kejayaan tersebut, ayahnya juga telah dianugerah sijil serta pingat oleh Pesuruhjaya British di Tanah Melayu ketika itu iaitu Janeral Sir Gerald Templer. Malah katanya, selain dari sijil dan pingat terbabit ayahnya juga telah dihadiahkan wang tunai oleh kerajaan British atas kejayaan tersebut.

Segala dokumen dan bukti berkaitan telah ditunjukkan bagi mengukuhkan lagi dakwaan beliau ini. Menurutnya, kisah ayahnya itu selema ini tersimpan dalam lipatan sejarah dan langsung tidak diambil perhatian oleh sesiapa pun sehinggalah isu "Mat Indera" itu timbul bila media yang mengaitkan kononnya Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu itu menyokong "komunis" dalan peristiwa Bukit Kepong yang hangat diperkatakan baru-baru ini.

Beliau juga mendedahkan arwah ayah dan ibunya telah mengikut arahan pihak atasan untuk menyamar sebagai "tukang masak dan orang suruhan" sehinggalah betul-betul dipercayai oleh Mat Indera.

"Arwah ayah saya telah membuat kopi bercampur daun kecubung untuk diberi minum kepada kumpulan komunis dibawah pimpinan Mat Indera pada ketika itu. Sehinggalah semuanya pengsan dan pada masa itu jugalah arwah orang tua saya mengambil tangkal yang ada pada Mat Indera sehinggalah dia tersedar dan tidak boleh menghilangkan diri lagi.

Tangkal yang ada pada dirinya telah diambil oleh arwah orang tua saya dan pada masa itu arwah orang tua saya membawa beberapa orang kawan-kawannya untuk menangkap dan mengikat Mat Indera serta kuncu-kuncunya dan diserahkan kepada pihak Kerajaan British di Johor Bahru", kata beliau lagi.

Menurut beliau lagi, dengan tertangkapnya Mat Indera ketika itu,pihak Kerajaan British telah memberikan hadiah wang tunai sebanyak RM75,000 atas jasa arwah bapanya.

"Duit tersebut telah dibahagikan sama rata kepada kesemua anak buah dia dan selepas itu dianugerahkan sijil penghargaan berupa Pingat Jasa Kebaktian (PJK) pada zaman British tapi pingat tu entah hilang ke mana .... sijil yang diserahkan oleh The High Commissioner British iaitu Jeneral Sir Gerald Tampler", katanya.

Saparun mendakwa selepas merdeka bapanya telah berhijrah keluar dari Johor. "Arwah orang tua saya ni ambil keputusan untuk berhijrah keluar daripada Johor memandangkan pada ketika itu maklumlah terlampau bermacam-macam dia dengar cerita", tambah beliau lagi.

Bapanya kemudian telah meninggal dunia dalam usia 73 tahun di negeri orang. Beliau juga mengakui bapanya tidak pernah mendapat apa-apa imbuhan atau kenang jasa daripada pemerintah Kerajaan Malaysia.

"Sehingga beliau meninggal dunia pun tidak pernah ada yang mengenang jasa beliau, sehinggalah sekarang ni saya sebagai pewaris utama beliau merayu pihak kerajaan negeri dan Kerajaan Malaysia atau mana-mana pihak yang berkenaan untuk menghulurkan sumbangan memandangkan isu ini timbul dan sedang hangat diperkatakan", tambahnya lagi.

Baca seterusnya disini



Jangan Tiru ISA Kata Majlis Kangkung Negara

Posted: 28 Sep 2011 09:00 PM PDT

Ahli akademik kanan negara hari ini berkata, undang-undang baru bagi menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tidak harus meniru amalan undang-undang yang zalim itu.

Profesor Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood, yang mengetuai Kluster Governans, Perundangan dan Pengurusan Awam di bawah Majlis Profesor Negara, menekankan bahawa kerajaan perlu mengimbangi hak memelihara keselamatan negara dengan hak individu.

Katanya, undang-undang yang dicadangkan untuk menggantikan ISA perlu lebih fleksibel daripada Akta Patriot Amerika Syarikat dan Akta Anti-Keganasan di United Kingdom.


"Kami ingin lihat undang-undang berkaitan dengan keselamatan dalam negara dan ketenteraman awam yang tidak mengikuti undang-undang Amerika Syarikat atau United Kingdom yang sangat tegas berhubung penahanan seseorang individu.

"Undang-undang (baru itu) juga tidak sepatutnya mencontohi ISA," kata Nik Ahmad pada sidang akhbar hari ini.



Hudud - Pas Syok Sendiri Atau Dikhianati Pakatan?

Posted: 28 Sep 2011 07:00 PM PDT

Keputusan telah pun dijangka. Memang dah tahu pun sebelum mesyuarat pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat lagi. Malah kalau tak buat mesyuarat pun, keputusannya telah dapat diduga oleh semua orang. Keputusannya telah lama dibuat dan keputusan tersebut tidak pernah berubah walaupun dipujuk, dirayu, diampu dan dibodek dengan ekor serban.

Selagi kata untuk umat Islam, bermakna ia adalah keputusan yang menerima tentangan kuat. Lainlah kalau mesyuarat untuk menentukan apakah tindakan yang boleh dibuat untuk menghancurkan UMNO atau membubarkan PAS, maka sudah pastilah keputusan yang akan diterima adalah PERSETUJUAN SEBULAT SUARA serta SOKONGAN TIDAK BERBELAH BAHAGI.

Kalau Nik Abdul Aziz dan para pengikutnya masih berasakan DAP adalah sekutu terbaik yang akan menyanjung PAS kerana cuba menarik undi Melayu, mereka tersilap besar. DAP boleh berkompromi malah sanggup memberikan bantuan berbentuk dana dan kepakaran, bahkan terlibat secara langsung jikalau PAS ingin menjatuhkan UMNO, tetapi kalau untuk PAS berdiri kuat dan mendapat sokongan ramai kerana dasar Islam, jangan haraplah DAP akan bersetuju.


Keputusan mesyuarat kepimpinan utama Pakatan Rakyat berkenaan hudud telah pun diketahui. Hudud tidak akan dilaksanakan, tidak akan disebut, bahkan tidak akan dijadikan sebagai umpan undi untuk pilihanraya TANPA PERSETUJUAN DAP!

Walaupun PAS dibenarkan menggunakan hudud semasa berkempen, tetapi ia hanyalah bersifat retorik dan kempen semata-mata. PAS boleh berbohong dan menyampaikan angan-angan mereka tentang perlaksanaan hudud di Kelantan kalau mereka berkuasa, tetapi setakat itu sahajalah. Perlaksanaan secara fizikal TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI. (BACA DI SINI)

Berkuasa atau tidak DAP dalam Pakatan Rakyat boleh dilihat daripada konsensus yang dipersetujui. PAS menyalurkan keinginan mereka agar hudud diperkenalkan dan dilaksanakan. DAP menentang. PKR memilih untuk menyertai DAP dalam tentangan berkenaan. Maka akhirnya PAS hanya terkulat-kulat dan Nik Abdul Aziz tidak ubah seperti kain buruk pengelap lantai.... tidak ada nilai dan iltizamnya kosong semata-mata.

Pun begitu, sesuatu yang benar turut disampaikan oleh mesyuarat tersebut. Sebarang undang-undang 'baru' yang ingin dilaksanakan, memerlukan pindaan perlembagaan. Dan untuk meminda perlembagaan, memerlukan dua pertiga majoriti.

Pihak mana yang ada dua pertiga sekarang dan sebelum-sebelum ini? Barisan Nasional memang mempunyai dua pertiga tetapi kerusi Melayu-Islam, tidak pernah mencapai dua pertiga kerusi yang dimonopoli oleh Barisan Nasional. Manakala PAS pula kekal sebagai parti serpihan yang tercorot tetapi berlagak sebagai parti besar yang dominan.

Anwar boleh cakap apa-apa sahaja tentang 'kehebatan' Pakatan Rakyat berbanding Barisan Nasional. Dia boleh mencipta cerita kononnya, ketiga-tiga parti komponen pakatan yang tidak berdaftar itu mempunyai pendirian dan bebas menyuarakan pendapat masing-masing berbanding di dalam Barisan Nasional... hakikatnya, baik PKR apatah lagi DAP, tuan besar mereka adalah DAP!

Itu adalah jelas dan tidak boleh dinafikan lagi!!!

The Flying Kick



Mahkamah akan dengar permohonan Najib, Rosmah

Posted: 28 Sep 2011 05:56 PM PDT

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini akan mendengar permohonan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, untuk mengketepikan sepina yang mahu mereka tampil memberi keterangan dalam perbicaraan kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai saksi pembelaan.

Najib dan Rosmah membuat permohonan itu pada Rabu lalu melalui peguam cara mereka Hisyam Teh Poh Teik, - yang mana antara lain, mereka menafikan berkonspirasi untuk mengenakan Anwar.

Najib telah bertemu dengan pengadu kes itu, Mohd Saiful Bukhari Azlan dua hari sebelum kejadian liwat yang didakwa itu berlaku dan dikatakan telah meminta pengadu membawa aduannya kepada pihak polis.


Semalam, Anwar menjawab afidavit Najib dan Rosmah di mana beliau berhujah bahawa terdapat beberapa isu-isu dan soalan yang mana pasangan yang berkuasa itu perlu jawab di mahkamah.

Bagi Rosmah, beliau juga didakwa pernah berjumpa dengan rakan Saiful, Mohd Rahimi Osman, sebelum kejadian itu.

Setakat ini, masih tidak jelas sama ada perbicaraan akan diteruskan hari ini kerana peguam yang mewakili Najib dan Rosmah mungkin memerlukan lebih banyak masa untuk menjawap afidavit Anwar.



Jeff Ooi Akan Dedah Bukti 'Penipuan' Projek 2007 Di Pulau Pinang

Posted: 28 Sep 2011 06:20 AM PDT

Ahli parlimen Jelutong, Jeff Ooi akan mendedahkan bukti dakwaan berlaku penipuan dalam sebuah projek pembangunan di Pulau Pinang yang bermula sejak tahun 2007 - sebelum Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan negeri itu.

Dalam satu sidang media hari ini, Ooi berkata, beliau akan menyerahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) nama seorang yang terlibat dan dokumen yang berkaitan dengannya.

Ooi (kiri) berkata, beliau telah bertanya kepada pegawai tersebut, yang bertugas di Majlis Perbandaran Pulau Pinang pada tahun 2009, tetapi tidak mendapat jawapan.


Empat anggota SPRM mengunjungi pejabat Ooi di Jelutong tengah hari ini untuk menyoal beliau berhubung perkara tersebut, berikutan satu laporan dibuat oleh ketua pemuda Parti Cinta Malaysia (PCM) Liew Yeow Hooi, kepada suruhanjaya tersebut bulan lepas. - Malaysiakini



Anwar Ketawa Dengan Fitnah Bodoh Biawak Utusan

Posted: 28 Sep 2011 05:06 AM PDT

Anwar: Terima kasih banyak, Utusan

Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sekadar ketawa hari ini apabila ditanya berhubung dakwaan bahawa ejen beliau telah diserap ke dalam badan strategik kerajaan untuk menjatuhkan pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Dengan berseloroh, Anwar berkata dakwaan yang disiarkan Utusan Malaysia itu merupakan satu pujian kepadanya.

"Terima kasih banyak-banyak, Utusan! Setiap hari mereka serang Anwar, (tapi) Anwar tidak nafi atau jelaskan. Tidakkah itu menarik?"

Katanya lagi, beliau tidak membaca akhbar berkenaan dan tidak mengambil serius dakwaan yang ditimbulkan itu.


Ejen berkenaan didakwa menyalurkan maklumat sulit mengenai Najib kepada pihak pembangkang, termasuk butiran tentang lawatan rasminya ke luar negara dan cuti peribadinya, dakwa akhbar berbahasa Melayu itu.

Bagaimanapun, akhbar itu tidak menyatakan nama sebarang badan kerajaan terbabit.

Dakwaan berkenaan ditimbulkan dalam tulisan bertajuk 'Musang berbulu ayam dalam badan-badan strategik kerajaan?' yang disiarkan hari ini, editor kanan Utusan, Datuk Zaini Hassan.

Zaini mendakwa mendakwa beliau telah menerima maklumat mengenai dakwaan tersebut.



Melayu, Arak dan UMNO

Posted: 28 Sep 2011 02:54 AM PDT

Gambar ini dijumpai di Library Ohio University. Pada muka surat 2 buku program KGMMB's (Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat) AGM 1968. Sebelah pada iklan ini kenyataan daripada Tun Abdul Razak Hussein, Pendana Menteri ketika itu.

Dipetik dari sini



Biawak Dari Utusan Tabur Fitnah Semata-mata Nak Jadi Calun Pilihanraya

Posted: 28 Sep 2011 01:57 AM PDT

Akhbar milik Umno - Utusan Malaysia - hari ini mendakwa menerima maklumat kononnya ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menghantar orangnya meresapi badan kerajaan yang strategik untuk menjatuhkan pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak.

"Musuh" ini didakwa menyalurkan maklumat sulit mengenai Najib kepada pihak pembangkang, termasuk butiran tentang lawatan rasminya ke luar negara dan cuti peribadinya, dakwa akhbar berbahasa Melayu itu.

Bagaimanapun, akhbar itu tidak menyatakan nama sebarang badan kerajaan terbabit.

Dalam artikel bertajuk 'Musang berbulu ayam dalam
badan-badan strategik kerajaan?' yang disiarkan hari ini, editor kanan Utusan, Datuk Zaini Hassan (kanan) mendakwa beliau telah menerima maklumat mengenai dakwaan tersebut.


"Saya menerima satu maklumat mengenai badan (atau mungkin lebih daripada satu badan) yang cukup strategik dalam kerajaan yang telah dan sedang diresapi oleh orang (atau dalam bahasa mulut orang-orang) Anwar Ibrahim.

"Maklumat yang saya terima menggambarkan bahawa ia adalah suatu situasi yang real dan nyata," tulisnya.

Beliau memetik maklumat itu memberitahu: ''Saya tidak hendak memberikan contoh yang lebih banyak, tetapi saudara perhatikanlah sendiri bagaimanakah ada agensi Kerajaan Persekutuan (dirahsiakan namanya) yang tugas pentingnya mempertahankan dasar-dasar kerajaan, memberi kefahaman kepada rakyat supaya akhirnya mereka memberikan sokongan kepada kepimpinan Perdana Menteri, boleh pula menerapkan, menyerapkan malah menggunakan instrumen pembangkang yang berusaha mematikan Perdana Menteri."

Kata maklumat itu lagi, tulisnya, inilah kemenangan Anwar yang dibawa oleh orang kuatnya di dalam organisasi itu, dan masih membawa masuk orang Anwar secara perlahan.

"Bagi kami yang kerdil ini, tidak sanggup melihat YAB Perdana Menteri menerima nasib seburuk (Muammar) Gaddafi (pemimpin Libya yang digulingkan).

"Sekuat Gaddafi pun akhirnya dijatuhkan dari dalam dengan bantuan musuh-musuh Islam di luar!'' tulis Zaini memetik maklumat tersebut.

Sebagai contoh Zaini memetik maklumat itu lagi: " ...anda fikirkanlah bagaimanakah kos perbelanjaan lawatan rasmi luar negara YAB PM boleh diperolehi dengan begitu detail, cepat dan pantas oleh pihak pembangkang?

"Bagaimanakah juga penerbangan percutian peribadi YAB PM juga boleh diperolehi dengan begitu detail dan cepat oleh pihak pembangkang? Dan banyak lagi contoh-contoh lain. Apakah ia diperolehi dengan mudah jika tidak kerana ada orang dalam yang membocorkan segala maklumat sulit itu?''

Bagaimanapun, Zaini menegaskan dia tidak dapat mengesahkan apa yang dikatakan oleh sumbernya itu.

"Jika salah, mungkin saya boleh tidur lena dan bersyukur keadaan itu tidak berlaku, walaupun saya mungkin dipersalahkan kerana menulis sesuatu yang tidak berlaku.

"Apa yang saya tulis ini mungkin sedikit memeranjatkan, tapi biarlah pihak-pihak tertentu yang menyiasat mengenai kebenarannya."

Jika dakwaan itu benar, tulis Zaini, ia adalah sesuatu yang cukup bahaya dan sesuatu yang drastik harus dilakukan supaya pengkhianat-pengkhianat ini dibersihkan secepat mungkin daripada sistem kerajaan.

"Ia adalah satu perancangan yang halus, licik dan terancang yang boleh menjejaskan kerajaan semasa," tambahnya.

MalaysiaKini



Tiada ulasan: