Khamis, 29 September 2011

ANAK SENGAT

ANAK SENGAT


AGEN DSAI ATAU AGEN MUHYIDIN?

Posted: 28 Sep 2011 07:50 AM PDT

Utusan memang alat umNO. Sesekali ia menjadi perisai umNo... kerapkali menjadi kereta kebal dan jet pejuang umNO. Ia berlabel penyebar fikiran rakyat namun bersikap penyeleweng minda masyarakat. Terbaru Utusan memuatkan rencana bersifat serkap berlubang dengan melontar tuduhan beberapa agensi strategik kerajaan diresapi agen DSAI. Contoh mudah ialah pendedahan dan perincian percutian PM.

Ia baik untuk direnungi, menandakan bahawa diakui DSAI tetap menjadi musuh berbahaya sekalipun seringkali dikatakan taji DSAI sudah patah dan tak berbisa lagi. Rencana terbaru itu mengakui pangaruh dan kebimbangan umNO melalui lidah rasminya Utusan. Samada ianya satu kebenaran atau khayalan sebagaimana digambarkan penulis rencana...ia tetap seperti "budak budak takutkan hantu" sebagaimana istilah TGNA.

Nampaknya umNO melalui lidah biawaknya sangat bimbang rakyat mengetahui pergerakan dan perangai PM nya sendiri. Sebagai contohnya, kata maklumat itu lagi: ''...anda fikirkanlah bagaimanakah kos perbelanjaan lawatan rasmi luar negara YAB PM boleh diperolehi dengan begitu detail, cepat dan pantas oleh pihak pembangkang?   Seolah olah kehidupan PM adalah rahsia peribadi yang tak perlu dikatahui sekalipun percutian PM adalah tajaan rakyatnya sendiri.  Apa yang dibimbangi jika segalanya mengikut prosuder yang betul.... ?

Kehidupan seorang PM mengatasi seorang artis. Jika kehidupan artis wajar diketahui oleh peminatnya sekalipun artis itu hanya menggunakan duit poket hasil titik peluhnya sendiri, atas alasan ia artis, maka wajar kehidupannya termasuk, kahwin, cerai, mengandung malah pergaduhan suami isteri mereka menjadi tatapan berita peminat. Apakah satu kesalahan rakyat yang menaja kehidupan seorang pemimpin malah meletakkan mereka di kedudukan itu tidak boleh mengetahui kehidupan seorang Perdana Menteri yang ditajanya?

Turut menarik rencana itu membuat bandingan Ghaddafi dengan Najib.Menurut maklumat itu lagi: ''Bagi kami yang kerdil ini, tidak sanggup melihat YAB Perdana Menteri menerima nasib seburuk Gaddafi. Sekuat Gaddafi pun akhirnya dijatuhkan dari dalam dengan bantuan musuh-musuh Islam di luar!''   Apakah Najib dianggap sejahat dan sezalim Ghaddafi atau Ghaddafi di anggap sebaik Najib?  Keduanya boleh diandaikan! Apakah penulis cuba membela Najib atau cuba menyindir Najib? Apakah wujud agen DSAI di dalam Agensi Kerajaan atau wujud agen Muhyidin dalam Utusan.

Jika benar seperti diserkap oleh penulis rencana, apakah ia memberitahu Najib hilang kawalan atau gagal menjaga pentadbiran sendiri? Itu mafhum mukhalafah dari penulis rencana Utusan...

Tiada ulasan: