Isnin, 26 September 2011

MiLo SuaM

MiLo SuaM


BN takkan laksana Hudud walau akui ia hukum tuhan

Posted: 25 Sep 2011 06:00 PM PDT

BULETIN Utama di stesen TV propaganda TV3 Al-Musyrikin menyiarkan jaminan Najib bahawa BN tidak akan melaksanakan Hukum Hudud, walaupun beliau mengakui ia adalah hukum tuhan.


Sepatutnya kenyataan seperti ini keluar dari mulut-mulut Chua Soi Lek, atau Karpal Singh, atau Koh Tsu Koon. Tapi nampaknya ia keluar dari mulut Perdana Menteri.

Mengaku Hukum Hudud adalah undang-undang tuhan, tapi beliau memberi jaminan Barisan Nasional tidak akan melaksanakannya. Jadi untuk apa undang-undang tuhan diakui kalau tak mahu dilaksanakan?

Adakah undang-undang tuhan hanya sekadar catatan dalam Al-Quran dan bukan untuk diamalkan? Sama seperti mengaku tuhan suruh arahkan isteri menutup aurat, tetapi tidak mahu laksanakan.



ReJaM© "Takut dengan Hudud kerana tahu, mencuri duit rakyat boleh kena potong tangan...?"

Tiada ulasan: