Blog-list Malaysia |
- KEPALA HOTAK PAS FOR ALL - USTAZ KAZIN
- Selain Sekolah Mengandung Melaka Wajib Buat Sekolah Untuk Haiwan Bodoh
- Memalukan Bila Polis Sanggup Jadi Alat Kukuhkan Kuasa BN
- Jangan aib Kastam, Sarbaini dengan video seks tanpa asas
- Hudud: Komponen BN kini berbalah
- Isu Hudud: Penjelasan Anwar Ibrahim
- PM Jelajah Perak - Ini Dalam Bas Ke Dalam Kapal Terbang?
- Karpal mahu mesyuarat tergempar bincang hudud
- BN kena selaraskan serangan, sindir Pakatan
- Mukhriz.. Hang Jangan Menyibuk Laa..
- TPM Dari Malaysia Timur - Petanda BN Hampir Habis Nyawa
KEPALA HOTAK PAS FOR ALL - USTAZ KAZIN Posted: 25 Sep 2011 02:00 AM PDT |
Selain Sekolah Mengandung Melaka Wajib Buat Sekolah Untuk Haiwan Bodoh Posted: 25 Sep 2011 01:44 AM PDT Haiwan Bodoh Yang Tak Boleh Diajar Di Sekolah Biasa Ali Rustam patut memberikan keistimewaan untuk menempatkan haiwan-haiwan ini di sekolah tersebut Yang ni boleh jadi ketua kelas ni... http://www.malaysiakini.com/news/176805 |
Memalukan Bila Polis Sanggup Jadi Alat Kukuhkan Kuasa BN Posted: 24 Sep 2011 10:25 PM PDT " Berhubung laporan themalaysiainsider pada 23 September lalu yang memetik ucapan KPN , Ismail Omar yang merasa amat bimbang takut UMNO (Babi Negara-BN) kalah dalam PRU ke-13 akan datang dan memberi amaran kepada UMNO isu berkaitan pemansuhan ISA. Katanya : "jika kerajaan tidak dapat mengurus isu ini dengan baik, ia akan membawa kepada kekalahan dalam pilihan raya umum akan datang." (KPN bimbang takut BN kalah, jadi BN (pada pandangannya Negara ini akan hancur) perlu diselamatkan dengan apa cara sekali pun) Dalam pada itu, Ismail turut ,menyinggung Pakatan Rakyat dengan kenyataan : "Kerajaan dikatakan akan tetap menggunakan ISA sebagai serampang dua mata. Pada pihak kerajaan ISA penting untuk mengekalkan keamanan dan mengawal keselamatan negara tetapi pihak pembangkang terus menangih simpati dan sokongan pengundi," (KPN bimbang Pakatan terus mendapat sokongan rakyat, dari itu UMNO patut arahkan pasukan polis mengambail apa saja langkah yang difikirkan perlu bagi menghalang kebangkitan Pakatan) Kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Ismail banyak menimbulkan bnayak persoalan dari banyak pihak. Ada pihak yang sangsi dengan peranan pasukan polis. Apakah peranan dan tanggungjawab pihak pasukan polis sudah berubah dari menjaga keselamatan rakyat dan kententeraman awam kepada kewajiban menjaga kelansungan politik UMNO dalam Negara ini. Walau bagaimana huduh sekali pun UMNO melakarkan politik Negara ini dengan penuh kezaliman, dasar diskriminasinya yang meluas dalam masyarakat, berbagai bentuk penyelewengan dan menyalahgunaan kuasa untuk menzalimi rakyat dalam sector social-budaya, politik (contoh pendakwaan terpilih kes Mat Sabu dan MPN dan tindakan pasukan polis sebelum dan selepas BERSIH 2.0 terhadap 2 kumpulan yang berbeza pandangan) , pendidikan, ekonomi dan sebagainya. Rakyat diwajibkan dan dipaksa (tidak ada pilihan) menerima UMNO sebagai pemerintah dalam Negara ini untuk selama-lamanya. Rakyat sedar, sudah lama pasukan polis mulai melaksanakan kaedah paksaan ini ke atas rakyat Malaysia, iaitu semenjak 1 Julai 2001 yang mana semua bentuk ceramah politik (agama?) tidak dibenarkan diadakan di tempat awam. Permit khas diperlukan, jika ia hendak diadakan juga, tetapi selalunya ia ditolak kerana hasutan para pemimpin UMNO. Tujuan peraturan ini dibuat untuk menghalang maklumat 'kotor' UMNO sampai ke pengetahuan rakyat. Di samping itu. Seluruh aktiviti Pakatan dipantau, dihalang dan dikekang supaya visi, misi dan dasar Pakatan gagal untuk mendekati dan sampai kepada rakyat. Berbanding dengan UMNO yang mempunyai rangkaian informasi dan utiliti di udara, di lautan dan di darat yang berfungsi 24 jam (isu Mat Sabu (Mat Indera) contohnya (kes Anwar Ibrahim juga-kes liwat II dan pengedaran video seks), sesaat pun tidak diberi peluang menjelaskan kepada rakyat melalui saluran informasi konvensional yang dikawal UMNO). Pendokong Pakatan tidak memperdulikan peraturan tersebut (yang dianggap tidak adil) terus melaksanakan aktiviti penerangan menerusi majlis-majlis ceramah, kadangkalanya diberi permit dan kebanyakkannya tidak diberi permit. Aktiviti-aktiviti wajib dijalankan juga (sama ada diberi permit atau tidak) untuk menangkis serangan bertali arus dari UMNO, maka timbullah hasutan dari golongan Babi Negara (BN) dan dilebelkan sebagai aktiviti, perhimpunan dan ceramah itu adalah 'haram' kerana permit tidak dikeluarkan. Keadaan ini sebenarnya bagi memudahkan pihak pasukan polis melaksanakan menguatkuasakan undang-undang. Itu sahaja mesej. Kita juga patut bersykur di atas kenyataan KPN itu, sebelum ini kita samar-samar dengan peranan dan tanggungjawab pasukan polis. Kini, kita sudah disahkan bahawa peranan dan tanggungjawab pasukan polis adalah untuk menjaga survival seperti jangkaan rakyat selama ini, bukan untuk rakyat (hanya rakyat dan golongan penyokong Babi Negara (BN) yang sebahagian besarnya masih terpinggir dari arus pembangunan Negara yang kononnya dikatakan maju. Dr Mahathir mempunyai banyak kenangan paling manis ketika berada di bawah pemerintahan Pak Lah terutama beliau tidak dibenarkan bertemu dan berucap di hadapan public, apatah lagi untuk muncul di kaca tv dan media arus perdana yang dikawal oleh Pak Lah. Pak Lah juga turut mengunakan pasukan polis menyekat pergerakkan Mahathir dan banyak program beliau dibatalkan yang melibatkan pasukan polis. Itu Tun Dr Mahathir, kita kini apalah sangat bagi regim Najib BN. Jadi, Pakatan perlu menyusun strategi baru bagi menentang pasukan polis (bersama-sama UMNO dan golongan BN lainnya) sebelum, semasa dan selepas PRU ke-13, yang pastinya pasukan polis (bersama-sama dengan anjing-anjing UMNO yang telah dikenalpasti) sudah tentu akan menimbulkan berbagai halangan dan kekangan bagi melemahkan Pakatan dan menghalang Pakatan memenangi PRU ke-13. Semua kita sudah alami kerenah pasukan polis dalam setiap pilihan raya kecil yang lalu dan kita juga laluinya di PRN Serawak ke-10. Di mana pasukan polis ketika itu? Kita harap, keghairahan pasukan polis untuk menjaga survival UMNO, janganlah ulangi kesilapan yang dilakukan oleh bekas dictator Indonesia Suharto yang menjadikan pasukan polis dan tentera sebagai tunjang pemerintahannya selama 32 tahun. Akhirnya, Suharto digulingkan oleh rakyatnya sendiri. Kita (pasukan polis dan UMNO) merancang, tetapi perancangan dari Allah swt lebih hebat daripada kita yang merancang. Perancangan Allah swt apabila sampai waktunya UMNO akan hancur lebur, tiada sesiapa yang boleh menghalangnya. Tun Telanai |
Jangan aib Kastam, Sarbaini dengan video seks tanpa asas Posted: 24 Sep 2011 09:18 PM PDT vKUALA LUMPUR, 25 Sept — Blog-blog pro-Umno, yang mengeluarkan klip video seks dengan entri mengaitkan inkues kematian Allahyarham Ahmad Sarbaini Mohamed, tidak wajar menyiarkan bahan-bahan tanpa bukti, yang secara langsung mengaibkan Kastam Diraja Malaysia dan individu yang sudah pun meninggal dunia. Presiden Kesatuan Pegawai-pegawai Kastam Semenanjung Malaysia Ibrahm Ahmad berkata, blog The Unspinners tidak wajar mengeluarkan klip video berjudul "Pegawai Kastam Yang Terlampau" — yang merujuk kepada agensi itu dan kakitangannya kerana inkues hanya menyiasat kematian Sarbaini, yang mati ketika berada di premis Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Kata beliau, fokus inkues sangat jelas iaitu melihat pada punca kematian Sarbaini di SPRM dan bukannya soal lain. Sarbaini merupakan salah seorang daripada 62 orang pegawai Kastam disoal siasat oleh SPRM awal April lalu. "Permintaan kami, tolong hentikan kerja-kerja menyiarkan klip video yang mengaibkan orang lain, tolong hentikanlah," kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider. "Pihak kesatuan kecewa dengan pemblog yang menyiarkan klip ini. Tolong jangan kaitkan dengan inkues Sarbaini kerana inkues tersebut sedang berjalan untuk mencari punca kematian Sarbaini," kata beliau lagi. Keputusan inkues akan diketahui esok. "Tindakan blog ini sebenarnya akan menyebabkan reputasi atau maruah keluarga Sarbaini tercemar, juga menyebabkan maruah keseluruhan Jabatan Kastam turut tercemar," tambah Ibrahim. Ibrahim yang agak terkejut dengan tindakan blog itu menambah, "kami tidak mengesyaki siapa di belakang perbuatan ini." "Kami tidak syak sesiapa, walaupun ada orang kata pihak ini pihak itu. Saya tak berani tuduh... tak tahu, cuma kita minta (pemblog dan laman blog) hentikan perbuatan macam ini," katanya lagi. Kelmarin, The Malaysian Insider membawa laporan penyiaran klip berkenaan, usaha yang dilihat sebagai percubaan mahu mencemarkan reputasi pegawai-pegawai Kastam Diraja Malaysia menjelang keputusan inkues yang akan diumumkan berhubung kematian Sarbaini. Video itu, yang kelihatan dirakamkan secara rahsia, menunjukkan seorang lelaki Melayu mengadakan hubungan seks dengan wanita Caucasus, dipercayai di sebuah bilik hotel. Blog The Unspinners merupakan laman pertama mengeluarkan video itu, mendakwa lelaki dalam rakaman itu adalah seorang pegawai kastam manakala wanita itu pula pelacur rakyat Rusia. Lelaki dalam video itu tidak dinamakan tetapi pemblog itu memaut rakaman tersebut yang berjudul "Pegawai Kastam Yang Terlampau," dengan kematian seorang pegawat kastam di bangunan pejabat SPRM Wilayah Persekutuan 6 April lalu. Pemblog itu berpendirian selari dengan kedudukan SPRM dan peguamnya Datuk Seri Muhamad Shafee Abdullah ketika prosiding berkenaan kematian Sarbaini. Video itu dikaitkan dengan Kastam Diraja Malaysia selepas balu Sarbaini memberikan satu kenyataan kepada Raja Petra Kamarudin yang mengendalikan blog Malaysia Today, mendakwa kenyataan Shafee dan SPRM telah mencemarkan nama suaminya. Maziah Manap berkata dia tidak gembira dengan kenyataan Shafee kerana mendakwa suaminya cuba mahu melepaskan diri daripada SPRM untuk bertemu dengan seorang rakannya dan bagi memastikan kenyataan mereka adalah konsisten. Kata blog itu, Sarbaini adalah pegawai kastam yang ada kes rasuah yang sedang disiasat dan "hairannya Raja Petra cuba nak pertahankan kematiannya seolah-olah SPRM ada lakukan 'foul play'." Pemblog itu menambah, apa yang ditulis Raja Petra adalah motif pembangkang yang mahu kes Sarbaini seperti mendiang bekas setiausaha politik Teoh Beng Hock bagi mendapatkan sokongan pegawai kerajaan. Pada 12 September lalu, Shafee berkata keputusan inkues berhubung kematian Sarbaini, Penolong Pengarah Kastam Selangor, perlu diklasifikasikan sebagai mati mengejut. Shafee mewakili SPRM dalam inkues itu berkata tiada sedikitpun keterangan untuk mencadangkan bahawa kematian beliau disebabkan dibunuh atau terdapat pembabitan pihak ketiga seperti didakwa seorang peguam bagi keluarga itu, Awtar Singh. Shafee berkata, mangsa telah mati selepas jatuh dari belebas tingkap di tingkat tiga tingkat bilik pantri dan ditemui mati di tingkat satu pejabat SPRM Wilayah Persekutuan di Jalan Cochrane di sini. Shafee juga menjelaskan bahawa SPRM tidak mempunyai sebab untuk marah atau kecewa memandangkan bahawa mangsa telah bercadang untuk menukar kenyataannya pada 6 April 2011. Dalam penghujahan bertulis 19 halaman, Awtar berkata wujud elemen 'main kotor' oleh SPRM yang menyebabkan kematian Sarbaini. "Mungkin SPRM tidak berniat menyebabkan kecederaan kepada mangsa atau membunuhnya, tetapi terdapat elemen kecuaian dalam kes ini yang menyebabkan kematian Sarbaini," katanya. Awtar berkata siasatan ke atas kematian Sarbaini tidak begitu lengkap kerana banyak persoalan masih belum berjawab termasuk kenapa mangsa berada di luar tingkap. Inkues itu bermula 4 Julai lalu dan berakhir 4 Ogos. |
Hudud: Komponen BN kini berbalah Posted: 24 Sep 2011 08:13 PM PDT Tindakan BN/Umno yang cuba mempolitikkan hukum hudud bagi menyerang PAS ibarat "keris makan tuan" dakwa Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu. Katanya, sejak berdekad-dekad lamanya, Umno menjaja isu itu untuk menakut-nakutkan orang bukan Islam kepada PAS tetapi hari ini, parti-parti komponen BN pula yang berbalah mengenai undang-undang Islam itu. "Sejak berpuluh-puluh tahun terutama selepas PAS kembali memerintah Kelantan pada tahun 1990, Umno mempermain-mainkan isu hudud untuk menakut-nakutkan orang bukan Islam kepada PAS. "Tiba-tiba hari ini, Umno yang ditolak oleh majoriti pengundi bukan Islam. "Lebih buruk lagi, parti-parti di dalam BN pula berbalah sesama sendiri kerana hudud," katanya dipetik Harakahdaily. Menurut Mohamad, pemimpin tertinggi Umno tersilap langkah dengan mempolitikan isu itu kerana berpendapat isu hudud boleh menguatkan kembali perpaduan BN. azlan"Tiba-tiba keris makan tuan apabila MCA dan Gerakan mengugut mahu keluar BN kerana isu hudud," katanya. Jumaat lalu, MCA mengulangi pendiriannya yang anti-hudud sehingga sanggup berpisah dengan sekutu lamanya, Umno, jika parti Melayu itu melaksanakan perundangan Islam itu. Presidennya, Datuk Seri Chua Soi Lek berkata, jika Umno mahu melaksanakan hudud, MCA tidak mahu menjadi sebahagian daripadanya. Keluar BN Katanya, beliau memahami bahawa sebagai orang Islam, orang Melayu dalam Umno mesti menerima hudud tetapi beliau menghargai hakikat bahawa tiada pemimpin Umno yang mendesak pelaksanaannya, tidak seperti PAS yang mahu berbuat demikian. "Apa yang jelas ialah MCA menentang hudud," kata Chua (kanan) dengan tegas. Sementara itu, Timbalan Presiden Gerakan Datuk Chang Ko Youn berkata, parti itu menolak usaha melaksanakan hudud atau mana-mana undang-undang teokratik kerana ia bertentangan dengan struktur asas persekutuan dan perlembagaan. "Kita bukan negara Islam tetapi negara dengan majoriti umat Islam dan minoriti bukan Islam yang ketara. "Struktur asas perlembagaan kita mengekalkan kepelbagaian ini dan ia menunjukkan kenapa undang-undang sekular digunapakai terhadap semua orang. "Kita tidak boleh ada set undang-undang berbeza untuk setiap seksyen masyarakat," katanya. Chang (kiri) juga berkata, kerjasama politik Gerakan dengan Umno tidak dapat dipertahankan dan mungkin berakhir jika hasrat melaksanakan hudud diteruskan. Bagi Mohamad atau lebih dikenali dengan panggilan Mat Sabu, isu hudud membuktikan Umno tidak pernah belajar dari sejarah. Katanya, PAS tidaklah terdesak untuk menggunakan isu hudud dengan harapan isu interpretasinya terhadap sejarah akan tenggelam ketika Umno dan BN semakin berbalah sesama sendiri. Berbalah sendiri "Umno dan BN semakin berbalah sesama sendiri kerana tindakan mendakwa saya. "Bukan setakat kenyataan kenyataan naib presiden MCA sahaja yang memberikan gambaran kerajaan (Datuk Seri) Najib (Tun Razak) tidak cerdik kerana pendakwaan tersebut, malah beberapa tokoh Umno sendiri menemui dan menghubungi saya secara peribadi menyatakan rasa tidak setuju terhadap serangan-serangan seperti histeria semata-mata kerana interpretasi sejarah," katanya lagi. Semalam, naib presiden MCA Gan Ping Sieu berkata, tindakan mendakwa Mohamad boleh memberi negatif tanggapan terhadap kerajaan. Gan juga berkata, langkah itu juga membolehkan pembangkang mempersendakan ikrar pembaharuan Hari Malaysia oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada malam sebelumnya, terutamanya pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Timbalan menteri belia dan sukan itu juga berkata beliau hairan bahawa keputusan dibuat untuk mendakwa Sabu Mat dan bukannya berdialog. "Walaupun saya tidak bersetuju dengan perspektif sejarah Mohamad Sabu, tetapi saya turut hairan dengan keputusan untuk mendakwa timbalan presiden PAS itu atas fitnah jenayah di bawah Kanun Keseksaan. "Dengan berbuat demikian ia hanya menarik simpati terhadap beliau dan Pakatan Rakyat," kata Gan. |
Isu Hudud: Penjelasan Anwar Ibrahim Posted: 24 Sep 2011 05:05 PM PDT Saya tegaskan bahawa Pakatan Rakyat merupakan suatu muafakat utuh dan berlandaskan kejujuran mahukan Perubahan buat rakyat negara Malaysia. Oleh kerana itu, isu yang menyentuh kepentingan rakyat pastinya dibincangkan bersama kesemua wakil dari parti komponen serta keputusan yang dibuat merupakan pendirian bersama. Pun demikian Pakatan Rakyat berpendirian, setiap dari parti komponen sewajarnya mempunyai ruang untuk mengungkapkan keyakinan, faham serta ideologi terutamanya kepada pendokong mereka. Saya sendiri telah merujuk ke mahkamah syariah berkaitan tuntutan qazaf, dan pimpinan Pakatan Rakyat tidak pernah pula menghalang. Hakikatnya hanya Menteri Hal Ehwal Agama Umno yang bertindak menghalang saya dari meneruskan tuntutan qazaf tersebut. Selain itu Dato' Jamil Khir terpalit dengan tuduhan bahawa beliau menggunakan dana zakat bagi membiayai kos guaman kerana tidak memulakan pendakwaan terhadap Saiful Bukhari dalam tuntutan Qazaf saya. Permuafakatan Pakatan Rakyat bukanlah suatu bentuk usahama seperti Umno-BN yang sekadar mahu mendapat laba politik sehingga menafikan hak serta suara mereka yang tidak sehaluan. Berkaitan hasrat Negeri Kelantan mahu melaksanakan hudud, saya berpandangan kita sewajarnya menghormati keputusan tersebut, namun pastinya ia tertakluk kepada beberapa perkara. Pertamanya persoalan Maqasid al Syariah, Matlamat Utama Syariah, iaitu menjamin keadilan untuk semua. Malah dalam karya saya yang berjudul Gelombang Kebangkitan Asia, tuntas saya ungkapkan keutamaan Maqasid al Shariah demi menjamin keadilan untuk semua. Justeru adalah baik untuk kita merenung beberapa aspek perundangan syariah yang berjaya dilaksanakan di Kelantan, maka tidak wajar buat saya menempelak atau meremehkan langkah tersebut. Sebagai seorang Muslim, pastinya saya menjunjung tinggi perintah Allah SWT serta pesan-pesan Nya yang terkandung di dalam Al Quran. Apabila ditanya, apakah pandangan saya mengenai hudud di Malaysia dan isu berkaitan undang-undang syariah serta perlaksanaannya oleh mahkamah syariah di negara ini, jawab saya, dalam konteks masyarakat Malaysia, kita semua tertakluk kepada peruntukan Perlembagaan Persekutuan. Oleh kerana itu perlaksanaan hukum Islam sewajarnya mengambil kira keberkesanan pentadbiran mahkamah syariah negara ini memastikan keadilan untuk semua. Menyentuh persoalan keadilan untuk semua, perlaksanaan undang-undang syariah semestinya menjamin hak bukan Islam tidak dicerobohi serta dizalimi. Saya menasihati rakan-rakan untuk meneliti kenyataan saya ini berasaskan muafakat yang tertera dalam Buku Jingga: "Mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana di negara ini serta melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain sejajar dengan Perkara 153." Namun apa yang saya kesalkan adalah hipokrisi Umno-BN memperalatkan isu hudud ini sebagai permainan politik. Pimpinan Umno-BN tidak pernah berhasrat membincangkan isu ini secara tuntas dan serius. Mantan perdana menteri, Dr Mahathir menolak bulat-bulat malah mempersendakan peranan undang-undang syariah serta beberapa pesan yang dianggap sebahagian dari sunnah Rasulullah SAW. Media yang dikuasai pemerintah pula mencanangkan kononnya undang-undang syariah sebagai suatu warisan zaman primitif. Harus diingat, pandangan beberapa kerat pimpinan Umno yang mempersenda hukum Islam ini sesungguhnya tidaklah mewakili umat. Waima mutakhir ini beberapa pimpinan Umno memperlihatkan diri sebagai jagoan memperjuangkan Islam, manakala seringkali pula mereka menuduh pimpinan Pakatan Rakyat sebagai pengkhianat agama dan bangsa, sedangkan yang sering dilaung-laungkan oleh pimpinan Umno-BN sekadar retorika membakar sentimen serta sering tersasar dari kehendak syariah yang mahukan kemaslahatan untuk rakyat. - Anwar Ibrahim ialah Ketua Pembangkang dan Ahli Parlimen Permatang Pauh Malaysia Chronicle |
PM Jelajah Perak - Ini Dalam Bas Ke Dalam Kapal Terbang? Posted: 24 Sep 2011 04:50 PM PDT Pukul canang segala ceruk dunia dari Tiewnama (Bernama) yang mengatakan perdana menteri yang bakal disingkirkan, Najib Altantuya menaiki bas menjelajah negeri Perak dari Ipoh ke Sungai Siput hingga ke Tanjung Tualang dan Mambang Diawan, Kampar. Rupa-rupanya inilah bas baru berhawa dingin umpama istana bergerak lengkap dengan kemudahan internet yang digunakan hanya untuk beberapa jam Najib Altantuya di Perak bagi mengaburi mata rakyat dan seluruh dunia. Baca seterusnya disini |
Karpal mahu mesyuarat tergempar bincang hudud Posted: 24 Sep 2011 07:35 AM PDT Pengerusi DAP Karpal Singh meminta Pakatan Rakyat mengadakan mesyuarat tergempar bagi membincangkan dan menyelesaikan pendirian parti PAS untuk melaksanakan hukum hudud dan penubuhan negara Islam. Katanya, parti itu sentiasa membantah agenda penubuhan negara Islam dan sekretariat Pakatan harus mengatur mesyuarat tergempar mengenai rancangan parti PAS itu. Katanya sebarang kelewatan menangani isu kontroversi itu akan menghakis teruk keyakinan awam khususnya di kalangan bukan Islam dalam Pakatan. "Sebuah mesyuarat tergempar perlu diadakan serta merta bagi memperjelaskan secara terbuka pendirian Pakatan dalam isu ini dan kontroversi itu perlu ditamatkan secara muktamad," katanya kepada pemberita di George Town hari ini. Khamis lalu, Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata PAS tetap akan menubuhkan sebuah negara Islam serta melaksanakan hukum Hudud biarpun tidak mendapat sokongan daripada sekutunya dalam pembangkang iaitu DAP. Bagaimanapun, Karpal, yang juga ahli parlimen Bukit Gelugor berkata, sebuah negara Islam tidak boleh ditubuhkan dalam mana-mana negeri dalam Persekutuan Malaysia kerana tidak dibenarkan dalam Perlembagaan Persekutuan. |
BN kena selaraskan serangan, sindir Pakatan Posted: 24 Sep 2011 05:56 AM PDT KUALA LUMPUR, 23 Sept: Barisan Nasional (BN) disarankan agar menyelaraskan serangan mereka terhadap PAS khasnya timbalan presidennya, Mohamad Sabu. Ini kerana, cara serangan yang dibuat parti dalam BN sekarang terlalu jauh bezanya dan tidak ada penyelarasan langsung. "Umno tuduh Mat Sabu komunis, MCA pula tuduh Mat Sabu Khomeini ..beza banyak tu!" kata Setiausaha Agung PKR, Saifudin Nasution Ismail. (gambar) "BN kenalah selaraskan serangan!" sindir Saifudin dalam Twitternya. Sejak akhir-akhir ini, tembakan BN terhadap PAS umpama peluru penabur sahaja tanpa sebarang strategi dan penyelarasan antara satu sama lain. Penyataan Mohamad Sabu adalah Khomeini di masa depan disiarkan dalam rungan editorial akhbar rasmi MCA, The Guardian. Sedangkan sebelum itu, Umno telah menuduh Mohamad Sabu sebagai Komunis dan membuat lebih 1,000 laporan polis ke atasnya. Laporan akhbar milik MCA, The Star, yang biasanya menjadi 'meriam' utama BN juga sangat kontras dengan apa berlalu sebenarnya. Hari ini, The Star di muka depan melaporkan perbezaan pendapat dalam Pakatan Rakyat tentang hudud tetapi akhbar itu tidak menyatakan di muka depannya pendapat MCA yang sangat berbeza dengan Umno. Bahkan, Presiden MCA, Datuk Dr Chua Soi Lek berkata, MCA akan meninggal BN jika Umno memutuskan untuk melaksanakan hudud. Beliau menegaskan demikian dalam satu sidang akhbar selepas mengiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merasmikan persidangan menjadikan negara berpendapatan tinggi satu realiti, di Subang Jaya hari ini. "Apa yang jelas ialah MCA menentang hudud," katanya dengan tegas. Sementara itu, Timbalan Presiden Gerakan Datuk Chang Ko Youn berkata, parti itu menolak usaha melaksanakan hudud atau mana-mana undang-undang teokratik kerana ia bertentangan dengan struktur asas persekutuan dan perlembagaan. Chang juga berkata, kerjasama politik Gerakan dengan Umno tidak dapat dipertahankan dan mungkin berakhir jika hasrat melaksanakan Hudud diteruskan. |
Mukhriz.. Hang Jangan Menyibuk Laa.. Posted: 24 Sep 2011 04:54 AM PDT Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak mengingatkan pemimpin Barisan Nasional (BN) supaya tidak mencampuri urusan parti lain, dan menjaga hal parti mereka sahaja. "Saya masih mampu tadbir Kedah dan rasanya tidak perlu digantikan buat masa ini," katanya, mengulas cadangan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir, supaya Azizan digantikan dengan anggota Exco, Datuk Amiruddin Hamzah ekoran kesihatannya terjejas kebelakangan ini. Mengulas kenyataan Mukhriz yang mencadangkan golongan profesional menggantikan Menteri Besar sedia ada, Azizan berkata, apa yang dimaksudkan oleh Mukhriz kurang jelas terutama aspek profesional yang dibangkitkan beliau. "Saya tak profesional ka? Apa Tok Det (Datuk Seri Mahdzir Khalid, bekas Menteri Besar) sahaja profesional? Apakah yang dimaksudkannya? Saya mampu urus Kedah lebih baik berbanding kerajaan BN sebelum ini, dan ini membuktikan saya profesional dalam menjalankan tugas," katanya. Azizan turut membuat perbandingan antara pengurusan Kerajaan Negeri sekarang dengan terdahulu dan menyifatkan kerajaan sekarang lebih bijak mentadbir. "Dulu Kerajaan Pusat bagi dana, Kerajaan Negeri sebelum ini tak buat apa pun. Saya pula gunakan dana Kerajaan Negeri untuk bangunkan negeri. Contohnya, BN bagi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) guna duit Pusat. Saya bagi Majlis Keselamatan Kampung (MKK) guna duit negeri," katanya. |
TPM Dari Malaysia Timur - Petanda BN Hampir Habis Nyawa Posted: 24 Sep 2011 01:42 AM PDT Usul pewujudan jawatan timbalan pengerusi BN kedua dari kalangan parti komponen BN Sabah dan Sarawak perlu dibawa ke dewan tertinggi BN untuk dibincangkan, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Beliau diminta mengulas usul Pertubuhan Pasok Momogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko) supaya jawatan tersebut diwujudkan dan penjawatnya dilantik timbalan perdana menteri kedua bagi mengimbangi pelaksanaan dasar pembangunan antara semenanjung, Sabah dan Sarawak, sesuai dengan konsep perkongsian sama rata semasa penubuhan Malaysia. Muhyiddin berkata perkara itu adalah lebih baik dibincangkan dalam forum dewan tertinggi BN daripada diperdebatkan secara terbuka. "Saya fikir kalau ada apa-apa pun, cadangan itu boleh dibawa ke pimpinan tertinggi kita. Kita ada saluran iaitu jawatankuasa tertinggi BN di mana semua pemimpin-pemimpin duduk di situ dan kemukakan apa saja perkara yang hendak dikemukakan. "Dari situ nanti dipertimbangkanlah dan biasa sebelum suatu keputusan dibuat, mesti ada konsesus daripada ahli-ahli yang lain. Daripada kita cakap secara terbuka, lepas itu ada debat pro and kontra akhirnya kita tidak dapat apa-apa keuntungan yang mungkin tak beri kebaikan pada parti," katanya. Muhyiddin berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan tritahunan ke-13 Pertubuhan Pasok Momogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko) di Pusat Kebudayaan Penampang hari ini. Mengenai pembahagian kerusi di kalangan komponen BN menjelang pilihan raya umum akan datang, Muhyiddin berkata besar kemungkinan parti-parti komponen BN akan mengekalkan kerusi yang diperuntukkan sebelum ini kecuali "ada persetujuan parti-parti komponen BN bertukar kerusi". "Tapi kalau nak ambil ini (tambah kerusi) lepas itu parti lain dapat kerusi yang kurang, masalah baru akan timbul," katanya. Ditanya mengenai kerusi yang dahulunya dipegang oleh Parti Maju Sabah (SAPP) sebelum keluar daripada BN, beliau berkata soal parti mana yang diperuntukkan kerusi itu akan diputuskan kemudian. "Mungkin Datuk Musa (Datuk Seri Musa Aman, Ketua Menteri Sabah) ada pandangan, bincang dan bawa kepada pengerusi BN pusat dan kita akan bincangkan di sana. Kami akan bincangkan berdasarkan konsensus dan apa yang difikirkan sesuai," katanya. Mengenai hasrat beberapa parti komponen BN untuk mendapatkan tambahan kerusi, Muhyiddin berkata BN mempunyai formula yang sudah lama digunapakai untuk menyelesaikannya. "Biasanya setiap parti hasratnya dia mendapat perwakilan yang lebih dan perwakilan lebih itu menerusi kerusi-kerusi yang diberi kepada setiap komponen parti. "Sebenarnya sejak dulupun sudah ada formula yang digunapakai baik di peringkat nasional, negeri-negeri atau bahagian dan itu dibuat berdasarkan muafakat," katanya. Muhyiddin berkata: "Kita tahu kadang-kadang setiap lapan atau 10 tahun sekali ada persempadanan baru dan ada juga tambahan kerusi-kerusi yang baru disebabkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berpendapat mungkin kawasan itu perlu ditambah". "Jadi kalau hal sebegitu berlaku biasanya parti-parti akan memohon supaya mereka mendapat kerusi yang lebih, jadi kalau sampai ke peringkat itu mungkin mudah sedikit, tapi kalau situasi sekarang semua nak tambah kerusi, kerusi mana kita mahu bagi," katanya. - Bernama |
You are subscribed to email updates from BlogList Malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan