Blog-list Malaysia |
- Hudud - Ternyata MCA Sekutu UMNO Lebih Anti Islam Berbanding DAP..
- Video Yang Diharamkan - Malaysia Negara Kita Tapi Malaysia Memang Banyak Masalah..
- MAHATHIR YANG KAYA RAYA
- Belanjawan Najib Jamin Harga Barang Naik Tahun Depan
- Simpanan tunai Selangor RM1.1b, rekod 28 tahun
- Hudud: Desakan Tun M punya agenda sebaliknya
- Wakil Rakyat Kaya - Mahathir Mengata Orang Dia Dan Anak-Anak Yang Lebih..
- Mahathir patut nasihat Najib batal ‘surat ugutan 1994’
- Pertumbuhan Ekonomi Selangor Memberangsangkan
- Jangan anak Mat Sabu pun cakap sembarangan
Hudud - Ternyata MCA Sekutu UMNO Lebih Anti Islam Berbanding DAP.. Posted: 22 Sep 2011 11:18 PM PDT 'MCA akan berpisah dengan Umno jika laksana hudud' MCA hari ini mengulangi pendiriannya yang anti-hudud sehingga akan sanggup berpisah dengan sekutu lamanya, Umno, jika parti Melayu itu melaksanakan perundangan Islam itu. Presidennya, Datuk Seri Chua Soi Lek berkata, jika Umno mahu melaksanakan hudud, MCA tidak mahu menjadi sebahagian daripadanya. Beliau menegaskan demikian dalam satu sidang akhbar selepas mengiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merasmikan persidangan menjadikan negara berpendapatan tinggi satu realiti, di Subang Jaya hari ini. Bagaimanapun, katanya, beliau memahami bahawa sebagai orang Islam, orang Melayu dalam Umno mesti menerima hudud tetapi beliau menghargai hakikat bahawa tiada pemimpin Umno yang mendesak pelaksanaannya, tidak seperti PAS yang mahu berbuat demikian. "Apa yang jelas ialah MCA menentang hudud," katanya dengan tegas. Chua mengulas kenyataan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam bahawa Umno sebagai parti orang Islam, mesti menerima undang-undang hudud, sambil berkata bukan lagi masanya bagi perundangan Islam itu dilaksanakan di Malaysia yang penduduknya berbilang agama. |
Video Yang Diharamkan - Malaysia Negara Kita Tapi Malaysia Memang Banyak Masalah.. Posted: 22 Sep 2011 09:36 PM PDT Undilah - English (Namewee Afdlin Shauki Kuli Pete Teo) SKMM melalui e-mel kedua-dua Astro dan Media Prima Bhd, mengarahkan mereka tidak menyiarkan klip video yang mempromosikan hak untuk mengundi yang dihasilkan oleh pemuzik Pete Teo kerana Ku Li bercakap mengenai negara yang mempunyai masalah dan juga kerana ia memaparkan beberapa pemimpin pembangkang. Selain dari Tengku Razaleigh, video ini juga mempunyai Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Wee Ka Siong, Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abd Rashid Shirlin dan tokoh-tokoh pembangkang Petaling Jaya Utara MP Tony Pua, Lembah Pantai MP Nurul Izzah Anwar, Shah Alam MP Khalid Samad dan ADUN Seri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad. Teo, yang menghasilkan video sendiri yang bebas dan projek sukarela, berkata arahan yang dikatakan itu "mengganggu" kerana ia bertentangan dengan pengumuman terbaru Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk gemburkan media mengawal dan mengukuhkan kebebasan awam di negara ini. Najib telah mengumumkan on September 15, malam sebelum Hari Malaysia, bahawa pentadbiran beliau akan memansuhkan beberapa undang-undang keselamatan termasuk Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan mengkaji semula undang-undang media untuk membawa demokrasi di negara ini.Baca lagi di sini Sumber disini |
Posted: 22 Sep 2011 04:24 PM PDT Satu kelebihan pemimpin-pemimpin Malaysia, khususnya Mahathir dan Daim, ialah kelicikan mereka dalam menyembunyikan kekayaan mereka. Barangkali inilah sebabnya Mahathir masih bertahan sehingga 2003. Sedangkan Suharto telah pun jatuh. Bagi mereka yang hampir dengan Mahathir dan keluarganya, mereka tidak dapat lari daripada merasa kagum atau hairan dengan kekayaan Mahathir. Bagi mereka yang tidak peka dengan penyelewengan Mahathir mereka akan rasa kagum dengan kekayaannya. Tetapi mereka yang peka dengan keadaan sebenar akan tentu hairan bagaimana dia boleh menjadi begitu kaya. Di antara harta milik Mahathir ialah rumah-rumah mewah yang terdapat di berbagai tempat. Sebagai contoh, sesiapa yang berada di tol plaza Sungai Besi dapat melihat sebuah banglo besar yang terletak di atas banjaran bukit di The Mines. Ini adalah satu dari rumahnya. Dia juga memiliki sebuah rumah di Subang yang dibina oleh Rin Kei Meng. Selain ini, terdapat juga sebuah lagi rumahnya di Langkawi yang dibina oleh Ting Phek Khing, sebuah lagi di Country Heights (kini diduduki Mirzan) dan yang terbaru ialah di Bukit Tinggi, Pahang. Rumah di Bukit Tinggi ini dibangunkan oleh Vincent Tan dengan harga RM21 juta. Selain itu, Mahathir juga memiliki rumah-rumah lain di luar negara. Ini termasuklah sebuah mahligai di London yang dibeli menggunakan nama Daim, sebuah di Vancouver yang dibeli menggunakan nama Mirzan, sebuah lagi di Florida di atas namanya sendiri. Mahathir juga memiliki sebuah ladang kuda (ranch) di Argentina. Satu peristiwa yang mendedahkan kekayaan Mahathir ialah apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim mengetahui mengenai tindakan Daim memindahkan RM1 bilion ke akaun di sebuah bank Switzerland sebelum Malaysia mengenakan kawalan ke atas ringgit. Anwar telah melaporkan mengenai hal ini kepada Mahathir. Tetapi Mahathir hanya mendiamkan hal ini. Hanya selepas itu baru Anwar ketahui bahawa rupanya akaun itu adalah akaun bersama Mahathir dan Daim. Patutlah Mahathir dan Daim mahadiam mengenai pemindahan wang ini. Persoalan yang rakyat berhak ketahui ialah dari manakah Mahathir memperolehi kekayaan yang sebegini banyak? Gajinya sebagai Perdana Menteri tidak sampai RM30,000 sebulan. Sekiranya dia tidak membelanjakan sesen dari wang ini dia akan mengumpul RM360,000 setahun. Dalam masa sepuluh tahun ini menjadi RM3.6 juta. Ini bererti dalam 17 tahun dia menjadi Perdana Menteri gaji terkumpulnya tidak akan melebihi RM6.12 juta. Ini bererti kalau diharapkan pada gajinya sahaja, Mahathir tidak mampu membayar kos pembinaan rumahnya di Bukti Tinggi. Apatah lagi untuk membeli rumah-rumah lain, termasuk di London, Florida, Vancouver dan Argentina. Dari manakah datangnya wang yang sebegini banyak? Di sinilah kita dapat melihat kelicikannya. Dia menggunakan berbagai proksi untuk memegang kekayaannya. Di antara proksinya yang paling penting ialah anak-anaknya dan Daim Zainuddin. Daim pula akan menggunakan proksi untuk memegang kepentingannya. Amalan Daim ialah tidak memegang lebih dari 10% saham mana-mana syarikat di atas namanya sendiri. Sebahagian besar kekayaannya dan Mahathir dipegang oleh proksi seperti Halim Saad, Allahyarham Tan Sri Yahya Ahmad, Kadir Jasin, Ting Phek Khing, Eric Chia, Vincent Tan, anak-anak Taib Mahmud dan lain-lain lagi. Dengan ini mereka memastikan kekayaan sebenar mereka tesembunyi dari pengetahun rakyat. Patutkah seorang Perdana Menteri yang mempunyai kemewahan sebegini banyak meminta rakyat berkorban? Dan kita juga ingin tahu berkorban untuk apa? Berkorban supaya wang Petronas dapat digunakan untuk menyelamatkan syarikat anaknya Mizan? Berkorban supaya tol dapat dinaikkan untuk menyelamatkan syarikat milik UMNO, Renong? Berkorban supaya sebanyak RM776 juta wang rakyat di Khazanah Holding dapat digunakan untuk membantu Rashid Hussain dan RHB Bank? Berkorban supaya Mahathir dapat membina mahligai bernilai RM200 juta di Putrajaya dan membeli jet Global Express juga dengan harga RM200 juta. Sekiranya kita mendapatkan kembali semua wang Mahathir dan Daim di bank Switzerland dan menggunakannya untuk membiayai pembinaan lebuhraya mungkin rakyat tidak perlu membayar lagi tol untuk selama-lamanya. Sekiranya kerajaan tidak membina mahligai Mahathir di Putrajaya wang RM200 juta itu mencukupi untuk memberi pendidikan percuma selama setahun untuk semua pelajar di sebuah universiti tempatan seperti Universiti Malaya. Wang sejumlah itu juga boleh membina 8,000 buah rumah kos rendah untuk rakyat miskin. Bayangkanlah berapa banyak sekolah, komputer dan subsidi untuk petani yang boleh diberikan dengan wang yang dibelanjakan untuk menyelamatkan Mirzan dan RHB? Kenapakah anak-anak Mahathir yang telah pun kaya perlu dibantu lagi. Mirzan memiliki saham bernilai RM726.5 juta di sebelas syarikat yang disenaraikan di KLSE. Mokhzani pula memiliki saham bernilai RM624 juta. Sebaliknya, nasib penanam padi tidak terbela. Harga barangan semakin naik. Pengangguran semakin meningkat. Dan kita semua disuruh terus berkorban. Apakah pula pengorbanan Mahathir dan Daim serta suku-sakat dan kroni mereka? Apakah terlalu besar pengorbanan sekiranya kekayaan Mirzan, Mokhzani, Daim, Rashid Husein dan lain-lain kroni Mahathir yang beratus juta ringgit itu berkurangan menjadi beberapa puluh juta ringgit? Sekiranya keadaan ini berterusan, kita akan menjadi rakyat miskin dalam negara yang kaya. Petani kita tidak akan mampu menyuapkan makanan kepada keluarga mereka. Siswa-siswi tidak dapat belajar dengan sempurna kerana kelengkapan yang serba kurang di universiti-universiti. Graduan kita tidak mendapat pekerjaan kerana hanya segelintir syarikat yang mendapat manfaat dari program pemulihan ekonomi. Para eksekutif kita pula akan menjadi pegawai yang memiliki nama jawatan yang besar tetapi tidak mampu membeli rumah untuk keluarga sendiri. Dan kita disuruh berkorban dan terus berkorban pada ketika Mahathir dan Daim serta suku-sakat dan kroni mereka membongkah kekayaan negara untuk diri mereka. Adakah rakyat harus mahadiam melihat golongan mahakaya ini terus mahamenindas kita? Sumber Jalan Pulang |
Belanjawan Najib Jamin Harga Barang Naik Tahun Depan Posted: 22 Sep 2011 04:13 PM PDT Membaca butir-butir penting dari Belanjawan Najib Tun Razak, saya terfikir satu perkara yang sangat-sangat penting untuk diperkirakan: Di manakah Najib Mahu Mencari Wang Untuk Membayar Perkara2 Di Dalam Belanjawan Beliau? Setahu saya, negara Malaysia "berhutang" (baca: defisit) di dalam tiap-tiap belanjawan semenjak 1997. Sehingga hari ini, hasil dari belanjawan "kurang duit" selama hampir 15 tahun berturut-turut, hutang kerajaan Malaysia telah mencecah hampir 54% dari hasil negara. Ini mengikut laporan rasmi Bank Negara. Pada waktu yang sama, pelaburan asing yang masuk ke Malaysia juga adalah terlampau rendah. Tahun 2007, Filipina dapat menarik lebih banyak pelaburan berbanding Malaysia. Sekali lagi saya tanya: DIMANA NAJIB HENDAK CARI DUIT BAGI PROJEK2 DI DALAM BELANJAWAN BELIAU? Jawabnya mudah: CETAK DUIT LAGI. Hutang Malaysia yang semakin lama semakin meninggi ini adalah disebabkan selama lebih 15 tahun, kerajaan UMNO/BN menjalankan projek pembangunan dengan wang baru yang MEREKA CETAK. Kesan dari mencetak wang yang berlebihan ini, harga barang di Malaysia semakin lama semakin naik. Dan, oleh kerana wang yang dicetak ini majoriti pergi kepada kroni dan UMNOPUTRA, maka gaji dan pendapatan majoriti rakyat Malaysia TIDAK NAIK. Dalam negara yang sehat dan korupsi minima seperti Norway, apabila kerajaan meeka mencetak wang lebih, rakyat mereka rata-rata akan menikmati pendapatan serta gaji yang lebih juga. Kerajaan biasanya mencetak wang yang lebih kerana memenuhi keperluan ekonomi yang sedang berkembang itu. Kerajaan UMNO mencetak wang kerana mahu mengkayakan kroni dan UMNOPUTRA. CUba tanya, projek Menara Kuala Lumpur dalam Belanjawan Najib itu siapa yang menang kontraknya? Kita rakyat Malaysia lah yang akan menanggung beban kos hidup yang semakin tinggi serta gaji yang sentiasa rendah dan tidak menaik. Kroni dan UMNOPUTRA pula semakin lama semakin kaya. Rakyat Malaysia semakin kayap. TUlang Besi Ikutilah kenyataan Anwar Ibrahim berkaitan Belanjawan Najib yang baru ini: Sementara itu, ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan Umno Barisan Nasional hanya prihatin terhadap rakyat apabila menjelangnya pilihan raya. "Nampaknya Umno BN hanya prihatin kepada rakyat hanya menjelang pilihan raya. "Bajet ini nampaknya menjurus kepada pilihan raya. Ada beberapa kemudahan yang ditambah menjelang pilihan raya. "Tapi isu terbesar yang menyebabkan pelaburan tidak meningkat di negara kita ialah masalah defisit yang tidak ditangani dalam belanjawan . "Itu menunjukkan belanjawan itu terpaksa berdepan dengan beberapa masalah seperti ekonomi, menjana pertumbuhan dan menarik pelaburan. "Kemudian satu kelemahan besar kerana masalah rasuah, penyelewengan dan pembaziran tidak disebut. Yang disebut hanya projek mega puluhan bilion ringgit yang akan memberi manfaat lebih besar kepada kroni dan keluarga dan hanya ratusan ringgit kepada rakyat," kata beliau yang juga Ketua Pembangkang di Parlimen. Dipetik dari Malaysiawaves |
Simpanan tunai Selangor RM1.1b, rekod 28 tahun Posted: 22 Sep 2011 09:27 AM PDT SHAH ALAM, 23 Sept: Dalam tempoh enam bulan tahun ini, Kerajaan Negeri Selangor berupaya menambah simpanan tunai sebanyak RM200 juta, menjadikannya RM1,100 juta. "Jumlah ini merupakan rekod kewangan paling baik negeri bertuah ini dalam tempoh 28 tahun," kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Beliau menyatakan demikian pada Majlis Santapan Malam anjuran Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan di Pusat Konvensyen Shah Alam, malam tadi. Selain Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin, turut berangkat ialah Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah dan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah. Menurutnya, pada akhir tahun lepas, simpanan tunai Kerajaan Negeri Selangor berjumlah sebanyak RM918 juta. Secara keseluruhan, katanya, kejayaan Selangor memperkasa pembangunan dan melestarikan kemajuannya adalah dengan restu, nasihat dan sokongan penuh Tuanku Sultan terhadap kerajaan negeri sekarang yang mengamalkan tadbir urus yang telus, bertanggungjawab, berhemah dan berhemat. Katanya, Negeri Selangor juga telah menunjukkan peningkatan yang begitu ketara di dalam jumlah pelaburan dalam negeri. Jelasnya, semenjak 2008 hingga Jun 2011, Selangor telah berjaya menarik pelaburan berjumlah lebih RM35,000 juta. Ini bermakna, ujarnya Kerajaan Negeri Selangor sekarang bukan sahaja berjaya meningkatkan hasil negeri tetapi juga berjaya melaksanakan pengurusan kewangan dengan cekap dan berkesan. "Walhal pada awalnya adalah menjadi kekhuatiran yang teramat sangat dalam diri patik selaku peneraju Kerajaan Negeri yang baharu untuk memikul amanah majoriti rakyat majmuk di negeri Selangor yang inginkan pembaharuan dalam erti kata hasil mahsul negeri dinikmati secara adil dan saksama dalam kalangan rakyat majmuk di negeri ini," ujarnya. Beliau menambah, demi kemaslahatan negeri dan rakyat negeri ini seluruhnya pula, Kerajaan Selangor sekarang melaksanakan dasar "Merakyatkan Ekonomi Selangor" yang mengandungi pelbagai program kebajikan bagi membantu rakyat majmuk pelbagai peringkat agar dapat sama-sama menikmati hasil pembangunan dan kemajuan negeri ini. Menurutnya, melalui dasar itu, beliauk dan barisan kepemimpinan di peringkat negeri, daerah, mukim dan kampung bersependapat bahawa hasil bumi negeri Selangor ini adalah milik rakyat Sultan Selangor. Oleh itu, katanya limpahan daripada hasil pembangunan dan kemajuan negeri ini sewajarnya dikembalikan kepada seluruh rakyat negeri Selangor supaya sama-sama menikmatinya. Katanya, dengan penduduk negeri berjumlah 5.3 juta orang yang terdiri daripada Melayu sekitar 49 peratus; Cina sekitar 29 peratus, India sekitar 16 peratus, dan keturunan lain sekitar 6 peratus, mereka tanpa mengira kelainan bahasa, agama, latar belakang pendidikan dan kecondongan politik, adalah layak menerima bantuan menurut program dan skim yang ditawarkan oleh kerajaan negeri sejak Jun 2008, sejajar dengan misi menjadikan Selangor sebuah negeri idaman, maju dan berkebajikan. Beliau berkata, sejak dasar itu diperkenalkan 100 hari selepas menerajui pentadbiran Negeri Selangor hinggalah Jun 2011; sejumlah RM500 juta telah disalurkan terus kepada rakyat Selangor. Selain itu, katanya Skim Air Percuma 20 meter padu berjumlah melebihi RM387 juta, Skim Tabung Warisan (RM1.8 juta), Hadiah Anak Masuk Universiti (RM19 juta), Skim Usia Emas dan OKU (RM49 juta) dan Skim Mikro Kredit Luar Bandar dan Kemiskinan Bandar yang kini melebihi RM2 juta dan berbagai-bagai bantuan kemasyarakatan yang akan diberikan secara berterusan. Dalam bidang pelaburan pula, beliau bersyukur kerana negeri Selangor terus didatangi oleh para pelabur dari dalam dan dari luar negara. Katanya, sejak Januari hingga 30 Jun tahun 2011 ini sahaja jumlah pelaburan negeri Selangor bernilai sebanyak RM5,200 juta iaitu 18 peratus dari keseluruhan pelaburan di dalam negara. Beliau menambah, pelaburan tersebut terdiri dari pelaburan domestik sejumlah RM2,100 juta dan pelaburan asing berjumlah RM3,100 juta. "Ini bermakna Selangor berada di tempat teratas dalam keseluruhan pelaburan di dalam negara," katanya. Menurutnya, dari jumlah RM5,200 juta pelaburan tersebut terdapat sebanyak 135 projek yang terdiri dari 89 projek baharu dan selebihnya 46 projek sedia ada. "Hal ini menjadikan Selangor jauh meninggalkan negeri-negeri lain yang kebanyakannya mempunyai tidak lebih dari 50 projek," katanya lagi. Jelasnya, melalui pelaburan RM5,200 juta di atas Selangor telah berjaya membuka ruang pekerjaan sebanyak 10,000 pekerjaan yang kebanyakannya di dalam bidang elektronik dan elektrikal produk. "Selangor berbangga menjadi penyumbang terbesar cukai dalam negara iaitu sebanyak 21 peratus pada 2010 dan kita menjangkakan jumlah yang sama dapat kita unjurkan pada tahun ini jika tidak jumlah yang lebih besar," katanya. Rakyat Selangor juga, kata beliau menikmati hasil dari pengurusan hasil pasir yang kini dijalankan secara tersusun kerajaan negeri melalui anak syarikat kerajaan negeri; Kumpulan Semesta Sdn Bhd di mana peningkatan hasil pasir amat ketara sekali. Katanya, pada tahun 2007, kutipan royalti hasil pasir hanya RM4 juta, 2009 sejumlah RM 5 juta dan pada 2010 melonjak kepada RM11 juta. Menurutnya lagi, manakala pada tahun ini setakat bulan Jun telah mencapai kepada RM12 juta. "Sejak ditubuhkan hingga setakat Jun 2011, Kumpulan Semesta telah berjaya mengumpul keuntungan berjumlah hampir RM50 juta," katanya. |
Hudud: Desakan Tun M punya agenda sebaliknya Posted: 22 Sep 2011 08:32 AM PDT Perlaksanaan hukum hudud hanya akan dibuat mengikut keadah dan saluran demokrasi serta melalui proses legislatif-perundangan dan bukan secara paksaan, kata AJK PAS Pusat Dr. Dzulkefly Ahmad. Menurutnya, selain melepasi proses perundangan itu, PAS juga akan memastkan ianya diterima rakyat sebelum dilaksanakan. "Saya nak jawab kepada Tun (Dr Mahathir), kita (PAS) akan mengambil pentas demokrasi melalui saluran legislatif dan bukan secara dipaksa atau melalui pintu belakang-back-door," katanya pada sidang media di Pejabat Agung PAS hari ini. Beliau berkata demikian sebagai menjawab kenyataan Tun M yang mencabar PAS Kelantan melaksanakan Hudud di negeri itu ekoran beliau yang disifatkan penghalang perlaksanaan itu sebelum ini, sudah tidak lagi menjadi perdana menteri. Tun dirakamkan sebagai menghalang perlaksanaan undang-undang Islam itu di Kelantan melalui satu surat amaran yang dihantar beliau selaku Perdana Menteri kepada Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz pada tahun 1993 lalu. Kucar-kacirkan Pakatan Mengulas lanjut berhubung perkara itu, Dzulkefly berkata beliau yakin tindakan Tun membangkitkan perkara itu kerana mahu memporak perandakan parti-parti dalam Pakatan Rakyat menjelang pilihan raya umum ke-13. Lebih khusus lagi membabitkan PAS dan DAP yang selama ini kononnya dilihat beliau bercanggah besar dalam isu ini. Sememangnya Hudud bukan dasar bersama Pakatan. "Tapi kali ini congakan Tun silap. PAS tidak akan silap dalam menyatakan betapa kita komited melaksanakan apa jua cita-cita kami sebagai parti Islam, tetapi akan mengambil pelaksanaannya dalam garis demokrasi dengan laluan legislatif dan disokong oleh rakyat," katanya yang juga ahli parlimen Kuala Selangor. "Serangan PAS terhadap rasuah, salah guna kuasa, kronisme dan pembaziran Umno serta urus-tadbir khianat dan pincang, adalah terbit dari prinsip Islam yang kami dukungi. Tidak dengan Hudud pun kita boleh tentang Umno dan Ketuanan Melayu sempit Umnoputeranya" tambah Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan Pas itu. Biarpun Dewan Undangan Negeri Kelantan meluluskan rang undang-undang jenayah Syariah II yang di dalamnya terkandung undang-undang hudud, Dr Mahathir melalui suratnya itu menyekat pelaksanaannya. Tambahnya, halangan melaksanakan undang-undang syariah Islam oleh BN bermula sejak 1965 lagi. Ianya apabila Perikatan yang menguasai dua pertiga parlimen pada waktu itu meluluskan akta mahkamah syariah yang membataskan kuasa perlaksanaan undang-undang syariah menggunakan formula 356 iaitu 3 tahun penjara, denda tidak lebih RM5,000 dan sebat tidak melebihi 6 sebatan. "Jika benar Tun dan pemimpin Umno tidak ikhlas dan tidak menghalang, kenapa (hudud) tidak diluluskan sewaktu BN menguasai dua pertiga parlimen ketika zaman Tun Mahathir atau Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri," soalnya. "Jelasnya Umno dan Mahathir memang memusuhi Hudud yang merupakan sebahagian dari Qanun Jana'iyah Islamiyah-yang dituntut Islam ke atas penganut-penganutnya. Mungkin yang lebih takut Hudud adalah elit Umno yang didakwa merompak wang rakyat. Orang Kristian, Hindu atau Budhists tidak perlu khuatir kerana Hudud tidak terkuatkasa ketas mereka pun", ujarnya lagi. |
Wakil Rakyat Kaya - Mahathir Mengata Orang Dia Dan Anak-Anak Yang Lebih.. Posted: 22 Sep 2011 05:17 AM PDT Mahathir: Rakyat pandang jijik wakil rakyat mewah Mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menegur wakil rakyat BN supaya mengubah imej mewah yang ditonjolkan sehingga menyebabkan rakyat berasa jijik dengan parti itu. Katanya, faktor tersebut merupakan salah satu sebab BN merekodkan prestasi buruk pada 2008 – yang masih belum dapat dipulihkan hingga kini. Persepsi tersebut antara lainnya berpunca daripada kegiatan membeli undi dari kalangan perwakilan semasa pemilihan parti. "Golongan muda pandang parti komponen sebagai korup dan mereka tidak ingin sokong. Walau tak ramai yang tak sokong, sikit-sikit tak dapat undi, kita akan kalah," katanya dalam satu majlis di Dewan Umno bahagian Kuala Selangor hari ini. Dalam majlis anjuran Kelab ADUN BN itu, Mahathir turut mengulas mengenai program melibatkan 171 orang wakil rakyatnya yang kini menyertai program permukiman selama tiga hari di Selangor. Salah satu program berkenaan menetapkan wakil rakyat berkenaan untuk menginap di sebanyak 320 buah kediaman keluarga di setiap kawasan DUN Selangor. "Bagus tidur dengan rakyat ini, tapi bila datang ke rumah penduduk yang robek dengan kereta Mercedes, ini tidak betul. "Imej kita kena jaga. Kalau jadi wakil rakyat, tiba-tiba jadi kaya, orang akan benci kepada kita," katanya lagi dalam ucapannya kepada wakil rakyat berkenaan. Calon 'payung terjun' Tambahnya, wakil rakyat berkenaan perlu memberi perkhidmatan yang ikhlas kepada masyarakat, seperti menurap jalan. Dengan sinis, Mahathir berkata mereka akan berasa berpuas hati apabila kerja tersebut berjaya dijalankan dan bukannya kerana "dapat kontrak untuk buat jalan tar." Mahathir berkata beliau kini boleh berkereta mewah kerana beliau bukan lagi seorang wakil rakyat dan tidak perlu memikirkan persepsi masyarakat. "Siapa-siapa tak suka kat saya tak apa... Tapi kalau imej wakil rakyat buruk, keburukan itu akan terpalit kepada parti," katanya. |
Mahathir patut nasihat Najib batal ‘surat ugutan 1994’ Posted: 22 Sep 2011 05:09 AM PDT KUALA LUMPUR, 22 Sept — Tun Dr Mahathir Mohamad yang sepatutnya menasihati Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak agar menarik balik surat yang mengugut mahu mengenakan tindakan perundangan jika Kelantan tetap bertegas mahu melaksanakan Kanun Jenayah Syariah (II) berkaitan hukum hudud pada 1994, kata seorang pemimpin kanan PAS hari ini. Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub (gambar), berkata oleh kerana bekas perdana menteri itu sendiri yang mengeluarkan surat sedemikian, sewajarnya beliau yang berbuat demikian, bukan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. "Dr Mahathir jangan hanya pandai menyuruh Tuan Guru (Nik Aziz) ... beliau sendiri yang sepatutnya menasihati Najib supaya menarik balik surat ugutan itu," kata beliau lagi. Salahuddin berkata sekiranya Dr Mahathir boleh menasihati Najib agar melewatkan tarikh pilihan raya umum ke-13, bekas presiden Umno itu sewajarnya boleh menggunakan pendekatan yang sama dalam isu berkaitan dengan hukum hudud. "Kalau Dr Mahathir boleh menasihati Najib supaya menangguhkan pilihan raya, tak mungkin beliau tak boleh nasihatkan Najib supaya menarik balik surat yang mengugut mahu dikenakan tindakan terhadap Kelantan sekiranya Kanun Jenayah Syariah (II) dilaksanakan," kata Salahuddin merujuk kepada kenyataan Dr Mahathir awal minggu lalu. Surat tersebut dihantar kepada kerajaan Kelantan oleh Dr Mahathir sendiri atas sifatnya sebagai Perdana Menteri waktu itu. Ketika menjadi Perdana Menteri, Dr Mahathir juga memberi amaran pada 14 Ogos 1994 bahawa "kita (kerajaan pusat) akan ambil tindakan jika Kelantan meneruskan usaha melaksanakan hudud." "Kerajaan pusat tidak berhajat untuk bersubahat dengan PAS bagi melaksanakan ketidakadilan semata-mata untuk kepentingan politik dan sokongan oleh orang yang telah diabui matanya. "Kerajaan Malaysia yang sentiasa dan terus mempertahankan ajaran dan nilai-nilai Islam tidak dapat membenarkan kerajaan PAS menjalankan sesuatu yang bercangah dengan prinsip keadilan dalam Islam, maka kerajaan pusat akan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap kerajaan PAS demi menjaga maruah dan ketinggian martabat Islam dan penganut-penganutnya," kata Dr Mahathir dalam suratnya kepada Nik Aziz. Salahuddin juga mahu Dr Mahathir menarik balik pelbagai tuduhannya terhadap hukum hudud. "Sempena bulan Syawal ini, saya dengan rendah diri menyeru Dr Mahathir menarik balik pelbagai tuduhannya terhadap hukum hudud. Beliau pernah menuduh hudud boleh menyebabkan umat Islam menjadi mundur," kata Ahli Parlimen Kubang Kerian ini. Salahuddin berkata, Dr Mahathir sepatutnya berjiwa besar dan menarik balik persendaannya terhadap hukum potong tangan itu memandangkan hukum tersebut diperintahkan di dalam al-Quran. "Kalau ada kelapangan, dengan rendah diri juga saya menyeru Dr Mahathir membaca surah al-Maidah ayat 38 dan 39," kata beliau. Ayat tersebut membawa maksud, "laki-laki yang mencuri dan perempuan yang mencuri, potonglah tangan keduanya (sebagai) pembalasan bagi apa yang mereka kerjakan dan sebagai seksaan dari Allah. Dan, Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. Maka barang siapa bertaubat (di antara pencuri-pencuri itu) sesudah melakukan kejahatan itu dan memperbaiki diri, maka sesungguhnya Allah menerima taubatnya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang". Dalam ulasannya pagi tadi, Nik Aziz menyifatkan kenyataan Dr Mahathir semalam sebagai sesuatu yang melucukan apabila meminta Menteri Besar Kelantan itu merujuk hasrat mahu melaksanakan hukum hudud kepada pentadbiran Najib. Nik Aziz berkata mengikut protokol pentadbiran negara mana-mana surat rasmi yang dihantar kepada perdana menteri tidak akan tamat tempoh kuat kuasa apabila penyandang semasa meletakkan jawatan. "Saya tidak pernah mendengar dasar bahawa mana-mana surat yang dihantar oleh perdana menteri akan tamat tempoh kuat kuasa apabila perdana menteri tersebut meletakkan jawatan. "Adakah semua perkara akan tamat tempoh dan perlu diperbaharui apabila berlaku peralihan perdana menteri? Lucu sekali cabaran Tun Mahathir ...," kata Nik Aziz dalam mesej dikeluarkan menerusi laman sosial Facebook beliau pagi ini. Sehubungan itu, kata Nik Aziz, beliau juga memohon Najib agar menarik balik surat, yang dikeluarkan ketika pentadbiran Dr Mahathir menghalang pelaksanaan hukuman hudud, membenarkan Kelantan melaksanakan undang-undang itu jika benar-benar Umno ikhlas berjuang untuk agama. "Saya juga memohon Datuk Seri Najib Tun Razak dapat menarik balik surat tersebut," kata Mursyidul Am PAS ini mengulas kenyaatan Dr Mahathir yang dikeluarkan di Tanjong Malim semalam. Dr Mahathir meminta Nik Aziz memperkenalkan hukum hudud di negeri itu sekarang memandangkan beliau tidak lagi menjadi perdana menteri yang dahulunya dianggap menghalang hasrat kerajaan negeri itu melaksanaannya. "Saya bukan perdana menteri dah, pasal apa tak laksanakan (hudud). Pi la tanya Najib kot dia nak bagi ... ni dia (Nik Aziz) dok salahkan saya kononnya pasai saya, (PAS) tak dapat laksana hukum hudud," katanya. |
Pertumbuhan Ekonomi Selangor Memberangsangkan Posted: 22 Sep 2011 05:02 AM PDT SHAH ALAM 22 SEPT : Kadar pertumbuhan ekonomi bagi Negeri Selangor sehingga tahun 2030 dijangka pada kadar lima peratus setahun. Statistik juga menunjukkan hampir 22 peratus nilai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia disumbangkan oleh negeri Selangor. Perkara ini dinyatakan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohamed Khusrin Munawi dalam taklimat kepada Yang di-Pertuan Agong di Bilik Gerakan Negeri, Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri hari ini. Majlis itu adalah sempena lawatan rasmi ke bawah duli tuanku ke Selangor. Taklimat tersebut turut dihadiri Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, para EXCO kerajaan negeri dan pegawai-pegawai tinggi kerajaan negeri. Tambahnya, dari segi pelaburan, pada tahun 2010, Selangor mencatatkan jumlah pelaburan sebanyak RM10.6 bilion. Sementara bagi enam bulan pertama tahun ini, Selangor telah mengatasi negeri-negeri lain dalam usaha membawa masuk pelaburan ke Malaysia dengan nilai pelaburan mencecah RM5.2 bilion. Katanya, Selangor akan terus menumpukan kepada sektor perkhidmatan dan pembuatan dalam memacu pertumbuhan ekonomi negeri. "Prinsip Merakyatkan Ekonomi Selangor didasarkan pada hakikat bahawa pelbagai sumber negeri adalah kepunyaan rakyat. Oleh itu adalah sewajarnya Kerajaan memulangkan kekayaan negeri kepada rakyat tanpa mengira perbezaan kaum dan pembezaan agama," kata Khusrin. Menurutnya, Agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor ini bakal memanfaatkan seluruh rakyat di negeri ini daripada lahir hinggalah ke usia emas. "Sehingga kini program-program Merakyatkan Ekonomi Selangor fasa pertama hingga fasa keempat sudah dijayakan dengan jayanya," kata Khusrin. Tambah Khusrin, dengan pentadbiran negeri yang telus dan berorientasi pelaburan, Selangor akan terus menjadi negeri pilihan pelabur asing serta komuniti perniagaan dalam dan luar negara. |
Jangan anak Mat Sabu pun cakap sembarangan Posted: 22 Sep 2011 02:25 AM PDT OHOR BARU, 22 Sept — Timbalan Ketua Polis Negara menasihatkan Ahmad Saiful Islam, anak kepada Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu supaya tidak membuat kenyataan sembarangan terhadap polis tanpa mempunyai bukti. Datuk Seri Khalid Abu Bakar (gambar) berkata, kenyataan anak lelaki Timbalan Presiden PAS itu yang menuduh pihak polis sebagai dalang dalam kejadian cubaan membakar rumah mereka baru-baru ini adalah menghairankan dan tidak masuk akal. "Jangan cakap sembarangan. Sudahlah bapak dia (Mohamad Sabu) cakap lepas, janganlah anak pun sama jugak. Kalau tiada asas untuk membuat tuduhan sedemikian, jangan," kata beliau kepada pemberita selepas melawat pangkalan Pasukan Gerakan Marin Wilayah Dua di Tampoi hari ini. Dipetik Bernama Online, jika Ahmad Saiful mempunyai bukti menyokong dakwaannya bahawa polis terlibat, beliau boleh membuat laporan polis atau jika enggan berbuat demikian, boleh berjumpa dengannya atau Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar. Khalid berkata demikian sebagai mengulas kenyataan anak lelaki Mohamad yang menuduh polis sebagai dalang di dalam kejadian cubaan membakar rumah mereka baru-baru ini. Dalam kejadian yang berlaku pada 12.40 tengah malam itu, rumah teres dua tingkat Mohamad dilaporkan dilontar 'molotov cocktail' oleh individu tidak dikenali tetapi hanya menyebabkan kerosakan kecil di bahagian pintu pagar. Mengenai kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Alam Shah, M. Manoharan dalam laman sosialnya untuk menukar Jalur Gemilang, Khalid berkata, polis masih mengkaji tentang kes itu. "Kita akan tengok apa yang perlu kita buat. Kita sudah cakap sebelum ini, jangan cakap sesuka hati yang boleh mengguris orang lain atau menimbulkan keadaan tidak tenteram di kalangan masyarakat," katanya. Beliau yang meminta semua pihak supaya berhati-hati di dalam mengeluarkan kenyataan berkata, tidak pasti tentang bilangan laporan polis yang diterima pihaknya berhubung kenyataan kontroversi Manoharan itu. "Fikirlah dulu sebelum bercakap. Ini yang bercakap semua terpelajar bukan bodoh-bodoh belaka. Fikirlah dulu sebelum keluarkan pandangan, kritikan dan sebagainya," kata Khalid. |
You are subscribed to email updates from BlogList Malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan