MiLo SuaM |
Isu judi Melaka, wayang Ali Rustam nak jadi hero! Posted: 22 Sep 2011 04:22 PM PDT SEMALAM gua terbaca satu berita pelik di media propaganda United Malays No Otak, Utusan tentang isu judi di Negeri Melaka. Gua tertanya sendiri apa sudah jadi? Sejak bila Utusan sudah pandai hentam negeri United Malays No Otak? Ini sudah sampai tahap berita ajaib! Keratan berita ini patut jadi benda ke lapan ajaib di dunia [Utusan]. Rupa-rupanya baru gua faham, ini kisah ada ketua menteri nak main wayang sebab nak jadi hero. Maka tak jadi gua nak panggil orang World Guiness Book of Record datang Malaysia untuk rakamkan petikan berita ajaib dari Utusan. Dia punya sifir mudah, bila pengarah filem nak buat cerita Superhero kisah Suami Lady Gajah yang hebat, maka watak jahat perlu diwujudkan, barulah Superhero boleh dianggap hero, maka watak Mat Sembab yang jahat akan dicipta. Suami Lady Gajah yang hebat akan berlawan dengan Mat Sembab yang jahat selama 7 hari 7 malam. Ending cerita semua penonton di pawagam dah tahu. Suami Lady Gajah yang Hebat akan menang dan dianggap hero. Lu orang tengok sendiri, semalam keluar berita di Utusan konon Melaka banyak pusat perjudian, tak sampai 24 jam keluar pulak berita Kerajaan Negeri Melaka lancar perang habis-habisan kah kah kah [Utusan] Seperti biasa macam cerita kat pawagam tu, hero mesti menang beb. Cuba tengok petikan berita kat atas ni, punyalah dahsyat gerakan Ali Rustam membanteras judi sampai syarikat bekalan air Melaka pun kena masuk campur kah kah kah... RentaP© "Kalau Utusan hentam BN, itu maknanya Rosmah Mansor tak suka shopping..." |
TG Nik Aziz mahu Hudud, Negara Islam tak peduli DAP! Posted: 22 Sep 2011 12:26 PM PDT MENTERI Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat lebih rela jika DAP mahu keluar daripada Pakatan Rakyat jika tidak bersetuju dengan pendiriannya mahu menegakkan hukum hudud dan menubuhkan negara Islam. Tuan Guru Nik Aziz berkata beliau akan tetap dengan pendiriannya untuk menegakkan hukum hudud dan penubuhan negara Islam walaupun mendapat tentangan hebat daripada rakan sekutunya itu. "Saya tetap dengan Islam kerana benda (perkara) ini wujud pada tahun 1950-an lagi dan bukannya benda baru. Berdialog beberapa kali berdialog dah," kata beliau. "Nak jumpa beberapa kali jumpa dah. DAP dah (pernah) keluar sekali dah, pada masa (gabungan pembangkang dalam) Angkatan Perpaduan Ummah (APU), saya kata 'bye-bye' tak apa. "Sekarang dia (DAP) masuk balik ... itu dia (DAP) punya pasallah (jika DAP mahu keluar)," kata beliau selepas Majlis Himpunan Kursus Kenegaraan 2011 di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan (Putik) di sini hari ini. Dipetik Bernama Online, Nik Aziz berkata demikian mengulas kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh bahawa parti itu tetap menolak penubuhan negara Islam dan pelaksanaan hukum hudud kerana ia bertentangan sama sekali dengan Perlembagaan Persekutuan. Awal hari ini Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim secara peribadi menyokong pelaksanaan hukum hudud, tetapi katanya ia belum dibincangkan oleh Pakatan Rakyat. Semalam, Nik Aziz menolak pandangan bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin bahawa keadaan negara ketika ini tidak kondusif untuk melaksanakan hukum hudud itu. Mengulas lanjut, beliau berkata tiada sesiapa pun termasuk DAP berhak menolak hukum hudud dan penubuhan negara Islam itu selagi semua manusia menumpang di bumi Allah ini dan hukum Islam yang mahu ditegakkan itu adalah kerana ia hukum Allah, bukannya manusia. "Kalau tidak mahu (laksana hukum Islam) buat bumi sendiri. Selagi tumpang bumi Allah, agama rasmi adalah Islam. Kalau tidak buat udara sendiri, jangan tumpang udara Allah. Di Kelantan kita jemput semua pemimpin bukan Islam datang dan kita berdialog. "Kalau DAP berkeras tidak usah, sebelum keras kita berdialog dulu. Kenapa keras tidak mahu berlembut. Tak kena di mana," katanya. Justeru Nik Abdul Aziz mempersoalkan rasionalnya untuk bertemu DAP lagi semata-mata mahu menjelaskan perkara itu sedangkan parti itu mengetahui PAS adalah sebuah parti yang memperjuangkan Islam [TMI]. |
You are subscribed to email updates from MiLo SuaM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan