Kelab Greenboc |
- Punca Kematian Mohd Helmi Dihempap Pokok Diragui, Rakan Mangsa Kata Dia Dipukul
- Kerana Pendedahan Mat Sabu, Waris Bukit Kepong Terima Anugerah
- Isteri Ahmad Sarbani Kesal SPRM Hebahkan Keburukan Orang & Tutup Keburukan Sendiri
- Diana Amir Pakai Tudung Selepas Mimpi Kiamat
- Kes Gadis Dibakar Di Ampang: Suspek Cuba Perkosa Mangsa Sebelum Membunuhnya
- Terpaksa Curi Susu Demi Anak
- Kerja Laknatullah: Ribuan Warga Israel Berfoto Bogel Berama-ramai Promosi Laut Kata Mereka
- Hudud: Mahathir Papar Sikap Hipokrisinya Yang Sebenar
- Berupayakah Hakim Tolak Permohonan Ketepi Sepina Najib, Rosmah 29 Sept Nanti?
- Dubur Saiful Perlu Disiasat: Sperma Masih Baik Selepas 100 Jam Di dalamnya!
Punca Kematian Mohd Helmi Dihempap Pokok Diragui, Rakan Mangsa Kata Dia Dipukul Posted: 23 Sep 2011 12:20 AM PDT ![]() KOTA BHARU - Seorang lelaki yang ditemui cedera teruk pada kepala selepas didakwa kemalangan akibat dihempap pokok ketika ribut berhampiran hentian rawat dan rehat (R&R) Gua Musang Selasa lalu, meninggal dunia pada pukul 5 pagi semalam di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian di sini. MARIAM menunjukkan laporan polis berhubung kematian Wan Mohd. Helmi di HUSM, Kubang Kerian, Kota Bharu semalam. Bagaimanapun, kematian lelaki itu, Wan Mohd. Helmi Wan Daud, 24, yang berasal dari Bandar Permaisuri, Setiu, menimbulkan tanda tanya di kalangan ahli keluarganya kerana dakwaan awal bahawa kecederaan itu disebabkan dihempap pokok dinafikan oleh rakan mangsa yang mendakwa mangsa telah dipukul. Menurut bapa angkatnya yang tinggal bersama arwah di Gua Musang, Tuan Ismail Tuan Mat, 66, bertindak atas maklumat terbaharu itu, keluarga mangsa telah membuat laporan polis di Kubang Kerian di sini semalam. "Pada malam Selasa lalu, seorang jiran memberitahu, Wan Mohd. Helmi cedera dan pengsan kerana dihempap pokok dalam kejadian ribut dan dia dibawa ke Hospital Gua Musang sebelum dikejarkan ke HUSM. "Bagaimanapun, dia meninggal dunia pukul 5 pagi tadi (semalam) namun, dua rakannya yang ada bersama-sama di tempat kejadian pada masa itu ketika datang melawatnya di HUSM semalam (kelmarin) memberitahu, arwah cedera bukan disebabkan dihempap pokok tetapi dipukul orang," katanya. -kosmo Minta siasat punca kematian |
Kerana Pendedahan Mat Sabu, Waris Bukit Kepong Terima Anugerah Posted: 22 Sep 2011 11:00 PM PDT ![]() Menurutnya, ketika peristiwa meragut nyawa insan tersayang itu, dia baru berumur enam tahun 10 bulan dan tidak mengingati kejadian terbabit dan dia hanya dimaklumkan tidak mempunyai bapa sejak lahir. Katanya, biarpun pelbagai tafsiran diberikan masyarakat berhubung kejadian 61 tahun lalu, dia tetap berbangga kerana menjadi seorang bapa yang sanggup berkorban demi mempertahankan tanah air daripada ancaman komunis. "Anugerah ini begitu istimewa kepada saya. Apa yang saya tahu, kami empat beradik kehilangan ayah dalam peristiwa berkenaan dan paling pilu, ketika itu ibu saya baru 10 hari melahirkan adik bongsu," katanya selepas menerima Anugerah Wira Bukit Kepong mewakili keluarganya yang disampaikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, semalam. Najib yang juga Presiden Umno menyampaikan anugerah berkenaan kepada semua 16 waris anggota keselamatan negara yang terkorban ketika mempertahankan Bukit Kepong daripada ancaman komunis. Seorang lagi waris, Mohd Mokhtar Mohd Yassin berkata, dia terkilan dengan tindakan pihak pembangkang mempersoalkan usaha pejuang mempertahankan negara dan pada masa sama mengguris perasaan ahli keluarga yang bersedih akibat kehilangan orang tersayang. "Biarpun ia sudah berpuluh tahun berlalu, namun saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kerajaan di atas penganugerahan ini. Tetapi saya tidak puas hati dengan cara pembangkang cuba membangkitkan isu ini," katanya.-hm Ulasan GB Sebelum Mat Sabu membongkar hal ini, yang dikatakan "wira-wira" Bukit Kepong itu lansung tidak mendapat perhatian. Tetapi sejak isu itu ditimbulkan oleh Mat Sabu, tiba-tiba bermacam-macam anugerah diberikan kepada waris-waris polis Bukit Kepong. Syabas kepada Mat Sabu sekalipun Mat Sabu terpaksa berdepan dengan tindakan mahkamah hasil dari fitnah Utusan. |
Isteri Ahmad Sarbani Kesal SPRM Hebahkan Keburukan Orang & Tutup Keburukan Sendiri Posted: 22 Sep 2011 09:13 PM PDT ![]() Demikianlah kata-kata Maziah Manap (gambar), balu Allahyarham Ahmad Sarbani Mohamed kepada MerdekaReview, apabila mengeluarkan satu kenyataan media pada hari ini, sebelum keputusan inkues diumumkan pada 26 September akan datang. Maziah Manap terpanggil untuk menyanggah spekulasi peguam Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Muhamad Shafee Abdullah, bahawa suaminya cuba melarikan diri. "Saya sangat dukacita dan sedih dengan kenyataan akhbar SPRM tersebut yang merupakan satu lagi tohmahan yang sangat zalim terhadap Allahyarham dan keluarga saya. Saya terpanggil untuk menjawab kenyataan tersebut supaya masyarakat awam dapat menilai perkara yang sebenarnya kerana saya tidak terlarat lagi mendengar dan melihat cemuhan demi cemuhan yang dibuat semata-mata untuk melepaskan SPRM daripada dipertanggunjawabkan ke atas kematian suami saya," beliau berkata sedemikian dalam kenyataan medianya. Beliau menambah, "Yang menambahkan lagi dukacita saya ialah propaganda yang digunakan oleh SPRM untuk menghebahkan keburukan orang-orang yang belum lagi terbukit bersalah. Sebaliknya, apabila sesuatu perkara membabitkan kecacatan, kecuaian dan keburukan SPRM, maklumat tersebut seolah-olah cuba disembunyikan atau dipadamkan daripada pengetahuan awam." Selain itu, Maziah Manap yang beberapa kali menghadiri inkues kematian suaminya berkata, dirinya "confused" (terkeliru) dengan kenyataan yang berbeza daripada sesetengah pihak. Misalnya, Pengarah Wilayah Persekutuan SPRM pernah memberitahunya bahawa suaminya "rebah", namun berkata suaminya "jatuh" ketika di mahkamah. Maziah tidak mempunyai bukti, kerana beliau diberitahu melalui panggilan telefon, dan bukannya pesanan ringkas (sms). Yang berikut adalah teks penuh kenyataan Maziah Manap Saya adalah balu kepada Allahyarham Ahmad Sarbaini Bin Mohamed. Keluarga kami masih menanggung duka nestapa akibat kematian suami saya semasa dalam tahanan SPRM pada 6 April 2011. Beban sengsara dan kesedihan yang saya dan anak-anak alami menjadi lebih berat apabila kami diaibkan dengan tohmahan dan andaian bahawa Allahyarham adalah seorang pegawai Kastam yang korup. ![]() Saya sangat dukacita dan sedih dengan kenyataan akhbar SPRM tersebut yang merupakan satu lagi tohmahan yang sangat zalim terhadap Allahyarham dan keluarga saya. Saya terpanggil untuk menjawab kenyataan tersebut supaya masyarakat awam dapat menilai perkara yang sebenarnya kerana saya tidak terlarat lagi mendengar dan melihat cemuhan demi cemuhan yang dibuat semata-mata untuk melepaskan SPRM daripada dipertanggunjawabkan ke atas kematian suami saya. Yang menambahkan lagi dukacita saya ialah propaganda yang digunakan oleh SPRM untuk menghebahkan keburukan orang-orang yang belum lagi terbukit bersalah. Sebaliknya, apabila sesuatu perkara membabitkan kecacatan, kecuaian dan keburukan SPRM, maklumat tersebut seolah-olah cuba disembunyikan atau dipadamkan daripada pengetahuan awam. ![]() Berhubung kenyataan peguam SPRM tentang teori kematian suami saya, saya perlu membuat penjelasan dan menyatakan secara tegas bahawa kenyataan SPRM tersebut tidak disokong oleh sebarang keterangan semasa Inkues dan merupakan satu tohmahan dan spekulasi oleh SPRM sehingga membabitkan nama-nama pihak ketiga. Malahan hujahan bertulis dari peguam Zainal jelas menunjukkan bahawa: a) tidak terdapat sebarang bukti bahawa Allahyarham terbabit dengan salah laku rasuah; b) tidak terdapat sebarang sebab untuk Allahyarham takut dan cuba melarikan diri; c) tiada asas kepada teori SPRM bahawa Allahyarham cuba melarikan diri untuk memberikan amaran kepada En. Zainal demi memastikan pernyataan mereka menjadi konsisten; d) pengakuan Allahyarham yang kononnya telah diperolehi, adalah secara muslihat, perdayaan dan paksaaan dan amat bercanggah dengan pernyataan awalnya dimana Allahyarham secara tegas menafikan sebarang perlakuan rasuah; dan e) pemadaman rakaman CCTV pada waktu kejadian selama tempoh lebih 22 jam seperti disahkan oleh pegawai forensik, ASP Fauziah Bte Che Mat, menunjukkan usaha SPRM untuk menyembunyikan kejadian sebenar. Dalam kesedihan ini, saya hanya mampu mengharapkan supaya sebab sebenar kematian suami saya dapat diketahui dan pihak-pihak yang menyebabkan kematiannya dipertanggungjawabkan. Barulah maksud sebenar keadilan membawa erti kepada keluarga kami. -MR Ulasan GB Sama seperti kes Teoh Beng Hock, dimana Polis dan SPRM telah melakukan pelbagai tohmahan sehinggalah keluarga mangsa lansung tidak dapat pembelaan yang wajar sekalipun di peringkat inkues. Keterangan-keterangan yang diberikan peringkat awal menutup segala ruang untuk kebenaran dan keadilan dibuka, sehinggakan tindakan SPRM dilihat paling betul dan wangi - ada menteri barua yang membuat pendirian serupa dengan pendirian pegawai tertinggi SPRM - bahawa Teoh Beng Hock membunuh diri. Tetapi apabila siasatan Suruhanjaya Diraja diadakan, TERBUKTI bahawa pegawai-pegawai SPRM yang bertindak menyiasat Teoh adalah kejam, angkuh dan menyalahkan kuasa mereka. Hal yang serupa kini berlaku ke atas kes Ahmad Sarbani. klik untuk baca ![]() |
Diana Amir Pakai Tudung Selepas Mimpi Kiamat Posted: 22 Sep 2011 06:30 PM PDT ![]() Kata Diana, dia bertekad dengan keputusan tersebut biarpun mengakui dirinya masih terlalu cetek dengan ilmu agama. "Saya ambil keputusan ini kerana saya sudah beberapa kali sejak tiga bulan yang lalu diberi petanda dan mimpi buruk tentang hari kiamat. "Dan mimpi-mimpi tersebut juga mengingatkan saya tentang kematian yang semakin hampir dan perkara itu sering membelenggu hidup saya beberapa bulan kebelakangan ini," katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Khamis. Tambahnya, dia menceritakan perkara tersebut kepada seorang rakan baik sehingga menyebabkan temannya itu turut mengambil keputusan yang sama untuk berhijrah dan mendalami ilmu agama. ![]() "Saya tak tahu kenapa perkara itu berlaku kepada saya, mungkin Allah ingin memberi petunjuk dan saya menceritakan semuanya kepada seorang rakan. "Namun selepas itu rakan saya yang berhijrah lebih awal daripada saya," katanya yang mula mengenakan tudung pada Isnin lalu. Jelas Diana lagi, selepas berniat untuk berhijrah, dia beberapa kali bertemu dengan pelakon Irma Hasmie untuk mendapatkan pandangan dan sokongan. "Saya tahu saya masih lemah terutamanya mengenai hal-hal agama, disebabkan itu saya ambil peluang untuk bertemu dengan Irma Hasmie untuk mendapatkan nasihat dia. "Irma juga membawa saya berjumpa dengan Wardina Saffiyah untuk mendapatkan tunjuk ajar dan sokongan mereka," tuturnya. Katanya, biarpun masih terlalu cetek mengenai pegangan agama, dia berharap selepas menutup aurat dia dapat belajar lebih mendalam tentang agama Islam. Ditanya tentang lakonan, Diana berkata dia masih akan terus berlakon jika mendapat watak yang sesuai dengan imejnya sekarang. "Ketika buat keputusan tersebut saya terus berjumpa David Teo untuk meminta pendapat dia tentang lakonan dan kerjaya saya selepas ini, "Biarpun dia tidak menjanjikan apa-apa, namun saya yakin rezeki adalah ketentuan Allah," katanya lagi. -mstar klik untuk baca ![]() |
Kes Gadis Dibakar Di Ampang: Suspek Cuba Perkosa Mangsa Sebelum Membunuhnya Posted: 22 Sep 2011 04:26 PM PDT ![]() Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata siasatan mendapati suspek berang selepas mangsa Nurul Awatif Syakir, 19, seorang pelajar Maahad Tahfiz Al-Tijarah di Selayang enggan meneruskan hubungan mereka. Beliau berkata suspek dipercayai mengambil tindakan nekad membunuh mangsa sebaik permintaanya itu ditolak. "Laporan bedah siasat telah diperoleh. Polis juga sudah mendapatkan perintah sambung reman sehingga 27 Sept ini sebelum mengambil tindakan seterusnya," katanya ketika ditemui pada Majlis Sambutan Aidilfitri Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini hari ini. Akhbar pada 5 Sept lepas melaporkan mangsa dilapor hilang oleh anggota keluarganya setelah tidak pulang selepas keluar rumah pukul 8.30 malam sehari sebelum itu. Pengecaman mayat mangsa dilakukan anggota keluarganya melalui cebisan baju kurung berwarna hijau serta sepasang anting-anting yang dipakai gadis itu sebelum menuntut mayat itu di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) kira-kira pukul 11 pagi hari yang sama. Pada 12 Sept polis menahan seorang lelaki berusia 19 tahun yang merupakan pelajar tahun dua Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan di pusat pengajiannya yang terletak di Seri Iskandar, Perak bagi membantu siasatan kes itu. -Bernama Klik imej untuk baca ![]() |
Posted: 22 Sep 2011 02:30 PM PDT ![]() Nur Izzati Syamimi Isa, 21, dari Jalan Thean Tek, Air Itam, dituduh mengambil barangan di pasar raya Tesco Tanjung Pinang, Tanjung Tokong, pada kira-kira jam 9 malam 17 September lalu. Antara barangan yang dicuri ialah dua tin susu Gain Plus dan empat paket susu jenama Anlene Gold semuanya bernilai RM281.60. Jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara 10 tahun dan denda. Mengikut fakta pertuduhan, seorang pengadu yang juga pelanggan di pasar raya yang sama ternampak dua wanita dalam keadaan mencurigakan, cuba memasukkan barangan dalam beg masing-masing. Setibanya di kaunter bayaran, beg yang mengandungi susu berkenaan tidak diletakkan untuk membuat bayaran, tetapi Nur Izzati membawanya keluar sehingga ke tempat letak kereta. Dia ditahan pengawal keselamatan dan dibawa ke bilik keselamatan untuk diperiksa dan semasa diperiksa dia gagal mengemukakan sebarang bukti pembayaran untuk dua tin susu serta empat paket susu. Di mahkamah, Nur Izzati, yang tidak bekerja, mengaku bersalah dan merayu supaya hukuman diringankan kerana mempunyai anak berusia dua bulan. Dia mengaku mencuri susu berkenaan kerana tidak mempunyai duit untuk membeli susu tin untuk anaknya itu. Majistret, Siti Salwa Ja'far, melepaskan tertuduh atas faktor status ibu yang masih mempunyai anak kecil dan kesalahan pertama. "Tertuduh didapati bersalah namun atas faktor itu kamu dilepaskan, tetapi kamu dilepaskan dengan pengawasan selama dua tahun selepas tarikh dilepaskan dengan wang jaminan RM2,000 tanpa cagaran dengan seorang penjamin," katanya. Nur Izzati, yang ditemani suami dan bapanya, kelihatan tenang selepas mendengar hukumannya. -SH |
Kerja Laknatullah: Ribuan Warga Israel Berfoto Bogel Berama-ramai Promosi Laut Kata Mereka Posted: 22 Sep 2011 10:35 AM PDT ![]() Projek foto tersebut dikerjakan oleh jurugambar Amerika berdarah Yahudi, Spencer Tunick, yang telah mengerjakan berbagai projek foto manusia telanjang dengan berbagai latar belakang, mulai dari glasiar di Swiss sampai Sydney Opera House di Australia. Menurut Tunick, kesediaan seseorang dari negara tertentu berfoto bogel menandakan tingkat keterbukaan negara tersebut. "Di beberapa tempat, pekerjaan ini menjadi lebih kontroversial, sementara di beberapa tempat lain projek ini dianggap sebagai ujian tentang kebebasan, keterbukaan, dan penghargaan terhadap hak di negara tersebut," ujar Tunick dalam sidang akhbar sebelum pemotretan. Di Israel, projek foto 1,000 orang bogel di Laut Mati ini diprotes oleh para puak Yahudi Ortodoks dan para rabbi, kerana dianggap sebagai perilaku "Sodom dan Gomorrah". Mereka mengancam akan mengambil tindakan undang-undang untuk menghentikan hasrat Tunick. Tokoh masyarakat setempat bahkan mengancam akan menelefon polis untuk membubarkan para peserta acara ini kerana dianggap menghina masyarakat setempat. Itu sebabnya, Tunick dan penyelenggara acara ini sengaja merahsiakan lokasi pemotretan itu sampai saat-saat terakhir. Tunick juga sengaja memilih hari Sabtu sebagai pemotretan, kerana hari Sabtu adalah hari libur umat Yahudi. "Itu alasan saya memutuskan mengerjakan projek ini hari Sabtu (hari Sabbath Yahudi), sehingga tak seorang pun akan berada di dekat lokasi dan melihat orang bogel dari jarak setengah batu dan merasa dihinakan," ujar Tunick. Acara pemotretan selama dua jam itu akhirnya berlangsung tanpa gangguan apa pun. Para peserta pun bebas mengapung di Laut Mati untuk dipotret Tunick. Entah disengaja atau tidak, acara ini digelar di kompleks Mineral Beach, yang terletak tak jauh dari lokasi kota Sodom dan Gomorrah menurut tradisi dan kepercayaan orang Yahudi. Menurut para pakar lingkungan, Laut Mati terancam kering pada tahun 2050, kecuali ada gerakan besar-besaran untuk menyelamatkan lingkungan di sekitarnya. Permukaan laut tersebut turun sedalam satu meter setiap tahun dan di beberapa titik, garis pantainya telah menyusut hingga satu kilometer ke tengah laut. Ari Frucht, aktivis yang memprakarsai kempen Laut Mati sebagai salah satu dari tujuh keajaiban alam dunia, mengatakan projek pemotretan Tunick ini diharapkan dapat memunculkan kesedaran masyarakat tentang keadaan lingkungan di Laut Mati dan mendorong pemerintah Israel berbuat sesuatu. |
Hudud: Mahathir Papar Sikap Hipokrisinya Yang Sebenar Posted: 22 Sep 2011 08:20 AM PDT ![]() Dr Mahathir jangan hanya pandai menyuruh (Menteri Besar Kelantan) Tuan Guru (Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) "pi la tanya (Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Tun Razak) kot dia nak bagi (laksanakan hukum hudud)". "Beliau sendirilah yang sepatutnya menasihati Najib supaya menarik balik surat ugutan itu. "Kalau Dr Mahathir boleh menasihati Najib supaya menangguhkan pilihan raya, tak mungkin beliau tak boleh nasihatkan Najib supaya menarik balik surat yang mengugut mahu dikenakan tindakan terhadap Kelantan sekiranya Kanun Jenayah Syariah (II) dilaksanakan," kata Salahuddin. Surat yang masih dalam simpanan pejabat Menteri Besar Kelantan itu dihantar kepada kerajaan Kelantan oleh Dr Mahathir sendiri atas sifatnya sebagai Perdana Menteri waktu itu. Ketika menjadi Perdana Menteri, Dr Mahathir juga memberi amaran pada 14 Ogos 1994 bahawa "kita (kerajaan pusat) akan ambil tindakan jika Kelantan meneruskan usaha melaksanakan hudud". Salahuddin juga menyeru Dr Mahathir menarik balaik pelbagai tuduhannya terhadap hukum hudud. "Sempena bulan Syawal ini, saya dengan rendah diri menyeru Dr Mahathir menarik balik pelbagai tuduhannya terhadap hukum hudud. "Beliau pernah menuduh perlaksanaaan hukum hudud boleh menyebabkan umat Islam menjadi mundur," kata Ahli Parlimen Kubang Kerian itu. Dalam temubualnya dengan wartawan pada 18 Ogos 1991, Dr Mahathir dilaporkan mendakwa perlaksanaaan hukum hudud boleh menyebabkan umat Islam menjadi mundur kerana tidak boleh bersaing dengan orang bukan Islam apabila orang Islam dipotong tangannya dan dilakukan hukum hudud yang lain, sedangkan orang bukan Islam tidak dikenakan. Dalam ucapannya pada di Papar Sabah 2 Mei 1992 pula, Dr Mahathir dipetik sebagai berkata: "Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam sudah tidak ada tangan dan kaki. Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa2 lain kalau sifatnya sudah tidak cukup. Hukum Hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama". Salahuddin berkata, Dr Mahathir sepatut berjiwa besar dan menarik balik persendaannya terhadap hukum potong tangan itu memandangkan hukum tersebut diperintahkan di dalam al-Quran. "Kalau ada kelapangan, dengan rendah diri juga saya menyeru Dr Mahathir membaca surah al-Maidah ayat 38 dan 39," kata beliau. Ayat tersebut membawa maksud, "Laki-laki yang mencuri dan perempuan yang mencuri, potonglah tangan keduanya (sebagai) pembalasan bagi apa yang mereka kerjakan dan sebagai siksaan dari Allah. Dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. Maka barangsiapa bertaubat (diantara pencuri-pencuri itu) sesudah melakukan kejahatan itu dan memperbaiki diri, maka sesungguhnya Allah menerima taubatnya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang". Semalam, Dr Mahathir meminta Tuan Guru melaksanakan hukum hudud di Kelantan sekarang memandangkan beliau tidak lagi menjadi Perdana Menteri yang dahulunya dianggap menghalang hasrat kerajaan negeri itu melaksanakannya. "Saya bukan perdana menteri dah, pasal apa tak laksanakan (hudud). Pi la tanya Najib kot dia nak bagi... ni dia (Nik Aziz) dok salahkan saya kononnya pasai saya, (PAS) tak dapat laksana hukum hudud," katanya. Dalam perkembangan berkaitan, The Malaysian Insider melaporkan, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan sokongannya kepada Kelantan yang sudah lebih sedekad berhasrat mahu melaksanakan undang-undang hudud sambil berkata perundangan yang diusahakan oleh kerajaan PAS itu melindungi hak bukan Islam.
|
Berupayakah Hakim Tolak Permohonan Ketepi Sepina Najib, Rosmah 29 Sept Nanti? Posted: 22 Sep 2011 06:45 AM PDT ![]() Najib dan Rosmah mengemukakan permohonan itu melalui empat peguam mereka semalam. Anwar semalam menyelar Najib yang disifatkannya sebagai tidak 'cool" apabila berundur sebelum bertempur. Najib dan Rosmah dikehendaki sebagai saksi dalam kes fitnah berkenaan. Ini kerana pengadu dalam kes itu, Mohd Saiful Bukhari Azlan sebelum ini bertemu Najib empat hari sebelum membuat laporan polis kononnya diliwat ketua pembangkang itu. Najib juga mengaku bahawa Saiful bertemu dengannya pada 12 Febuari 2008 untuk mendapatkan permohonan biasiswa. Dalam keterangannya di mahkamah pada 10 Mei 2010, Saiful juga mengaku berjumpa dengan Datuk Mumtaz Jaafar, pembantu khas Rosmah. Najib dan Rosmah sebelum ini berkata, mereka berdua hanya akan hadir jika pasukan pembelaan mengemukakan sepina ke atas mereka. Anwar, menghadapi pertuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, di Kondominium Desa Damansara di sini antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008. -tvsnews Ulasan GB Rakyat seluruhnya akan melihat dengan dekat perkembangan permohonan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor untuk mengenepikan sepina yang mengkehendaki mereka hadir dalam perbicaraan kes fitnah liwat kedua Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Apakah para hakim akan bertindak menyebelahi Najib dan Rosmah setelah Najib menemui para hakim di Istana Keadilan beberapa minggu lalu. Sebelum ini GB sudah ulas di SINI. Petikan: Istana Keadilan masih mengikut telunjuk eksekutif. Itulah persepsi rakyat. |
Dubur Saiful Perlu Disiasat: Sperma Masih Baik Selepas 100 Jam Di dalamnya! Posted: 22 Sep 2011 04:50 AM PDT ![]() Pakar DNA Australia Dr Brian McDonald menyifatkan kes liwat II membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim di mana ahli kimia mampu menjumpai DNA dari rektum selepas 56 jam dan ditinggalkan 48 jam lagi secara terbuka, sebagai antara penemuan paling menakjubkan jika keputusan itu boleh dipercayai. Dr McDonald berkata ia amat jarang sekali berlaku untuk menjumpai sperma selepas 113 jam berada dalam rektum, katanya merujuk kepada satu artikel 1997 yang ditunjukkan kepadanya dua hari lalu oleh pihak pendakwaan. "Kes itu, bersama-sama dengan kes 1982 (yang sebelum ini menyatakan sperma boleh didapati selepas 65 jam), adalah hanya dua yang pernah didokumenkan. Dalam 99.9 peratus (kes), anda tidak akan dapat mencari sperma selepas waktu sebegitu lama. "Walau bagaimanapun, kes (Anwar) ini merupakan satu-satunya (yang saya tahu) dalam dunia di mana sperma boleh dikesan selepas 56 jam dan diserahkan kepada ahli kimia dua hari kemudian, di mana anda masih boleh menemui sampel DNA yang baik," katanya. Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan dari Ramkarpal Singh semasa pemeriksaan-balas hari ini. Dr McDonald, dua hari lalu bersetuju dengan cadangan yang diajukan oleh Peguam Cara Negara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden, berhubung penemuan berkenaan berdasarkan artikel yang bertajuk 'Sexual Assault and Semen Persistence' yang ditulis oleh GM Willot dan JE Ellard. McDonald berkata sepanjang pengetahuannya dan mengikut beberapa jurnal, DNA yang masih dalam keadaan baik boleh didapati pada sampel yang diperolehi dari rektum selepas lapan jam. -mk Dr McDonald: Kes Anwar, kes tunggal di dunia Ulasan GB GB sudah mengulas hal ini di SINI. Petikan: Di dalam usaha untuk membuktikan pertuduhan liwat ke atas Anwar, pihak pendakwa berhempas pulas mereka dan mencipta "bahan-bukti" yang akhirnya terdedah mempunyai banyak kekurangan. "Fakta dan kebenaran" tidak dapat dicipta atau dihapuskan bersesuaian dengan teori ilmu Fizik "Matter can neither be created nor destroyed". Kebenaran tetap kebenaran dan kebatilan tetap kebatilan. Sebutir mutiara tetap sebutir mutiara walau disaluti dengan kaca, dan kaca tetap kaca tak berharga walau disaluti emas paling bercahaya. Dan kaedah pengesahan sesuatu fakta kebenaran di dalam satu-satu kajian saintifik hendaklah berdasarkan kepada sesuatu penemuan yang berulang. Kejadian-kejadian atau penemuan-penemuan yang di luar kebiasaan hendaklah diketepikan dan tidak boleh disandarkan untuk dianggap sebagai "fakta" atau di dalam penciptaan sesuatu teori, malah sesuatu "hipotesis" pun adalah dianggap tertolak jika penemuan-penuemuan tidak menujurus secara majoriti untuk membukti ia sebagai benar. Hanya pendakwa dah ahli kimia Malaysia sahaja yang bersandarkan kepada kes yang "luarbiasa" yang sebenarnya mereka menciptanya sendiri! Itulah hakikatnya. |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan