Isnin, 19 September 2011

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Rakyat Semakin Cerdik Untuk Menerima Undang-Undang Baru Mengantikan ISA

Posted: 19 Sep 2011 12:09 AM PDT

'Lebih undang-undang menekan ganti ISA'

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, rakyat cukup matang untuk tidak meletakkan harapan tinggi dalam isu pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan undang-undang lain yang mengehadkan kebebasan sivil dan politik.

anwar ibrahim and wan azizah sodomy trialKetua pembangkang berkata, beliau menjangkakan dua undang-undang menggantikan ISA sama terhad, walaupun mungkin tidak lebih ketat, daripada versi sedia ada.

Anwar menambah, rakyat perlu berwaspada bilakah akta itu hendak dibatalkan dan di kalangan pimpinan Umno sendiri, ia dijangka cukup ketat dan keras "asalkan bunyinya bukan ISA".

"Saya tidak percaya rakyat mudah diperbodohkan dan menilai kedudukan dalam pengumuman kerangka kenyataan oleh Apco.

"Biar rakyat menilai dengan sendiri. Kempen Pakatan batalkan ISA berkesan," katanya yang juga anggota parlimen Permatang Pauh.

Anwar berkata, harus diingati bahawa ISA digunakan untuk mempertahankan ketuanan Melayu dan melindungi kedudukan Umno dalam kerajaan.



Bicara Kes Liwat: Pakar Australia Mempersoalkan Kenapakah Dr.Seah Sembunyikan Maklumat DNA Ketiga Yang Di Jumpai Pada Dubur Saiful Bukhari

Posted: 19 Sep 2011 12:03 AM PDT

KUALA LUMPUR 19 Sept - Perbicaraan kes fitnah kedua Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersambung hari ini apabila saksi ke lima konsultan Molekular Genetisis, Dr Brian Mcdonald (foto) mengambil tempat semula di kandang saksi.

Peguambela Ram Karpal yang menyoal sejak awal pagi menimbulkan keraguan tentang prosedur standard makmal Jabatan Kimia Malaysia (JKM) bersabit sampel DNA yang diperolehi daripada pengadu Saiful Bukhari Azlan.

Brian menjelaskan berdasarkan laporan pakar kimia Dr Seah Lay Hong dan pembantu Nor Aidora Saedon telah menemui tiga sampel DNA dari dubur Saiful. Namun Brian mendakwa Seah tidak menyatakan dalam laporannya akan kehadiran DNA individu ketiga yang menyumbangkan bacaan tinggi melalui ujiannya selain daripada Saiful dan lelaki Y'.


"Dia (Seah) menemui DNA lain tapi dia tidak melakukan apa-apa," kata Brian di hadapan hakim Datuk Zabidin Mohd Diah.

Justeru katanya lagi, pakar kimia itu mengabaikan beberapa garis panduan asas makmal untuk memastikan sampel DNA diasingkan sepenuhnya daripada bendasing.

"Dia tidak boleh mengatakan ianya milik sesiapa... hanya jika dia melihat melalui mikroskop dan memastikan sampel hanya mempunyai ekstrak sperma asli," tambah beliau lagi.

Sementara itu peguam Sankara Nair yang ditemui ketika mahkamah berehat sebentar menyatakan Seah sedar akan kewujudan individu ketiga pada sampel DNA melalui ujian Electropherogram (EPG) namun beliau gagal melaporkannya.

"Mungkin ada individu ketiga dalam laporan Seah dan Aidora. Beliau nampak tapi beliau tidak melaporkannya," jelas Sankara Nair kepada pihak media hari ini.

[Anwar dituduh meliwat bekas pembantunya di Kondominium Desa Damansara pada 26 Jun 2008 di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang Sementara itu Anwar dalam satu kenyataan mengatakan beliau tidak gentar berhadapan dengan satu lagi video fitnah yang dimuatnaik oleh blog pro UMNO. Menurut beliau, tayangan video berkenaan langsung tidak memberi kesan kepada dirinya. Video terbaru itu yang disebar blogger pro-Umno tanpa sebarang tindakan tegas daripada polis, memaparkan Anwar keluar masuk lif bersama Datuk Shazryl Eskay. Eskay dan Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik adalah sebahagian trio Datuk T yang memfintah Anwar'. Kata Anwar, beliau sudah biasa dizalimi tetapi tidak mahu hak rakyat terus dicabuli kerajaan UMNO BN, sesuka hati. Tunggu laporan seterusnya kes fitnah terbaru Anwar ini].

Pahangdaily



Dolah Badawi Sudah Bangun Tidur Laa...

Posted: 18 Sep 2011 09:31 PM PDT

KUALA LUMPUR, 19 Sept — Bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi berharap tidak akan ada pihak dalaman yang akan menentang secara "senyap seperti gunting dalam lipatan" usaha penggantinya Datuk Seri Najib Razak yang mahu memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan beberapa undang-undang lain.

"Saya harap barisan pimpinan di belakang Datuk Seri Najib, parti-parti politik baik dalam Barisan Nasional atau pun di luar akan memberi sokongan penuh kepada beliau untuk merealisasikan perjuangan untuk membawa perubahan.

"Saya harap tidak akan ada mereka yang menentang dalam senyap seperti gunting dalam lipatan kerana dasar yang beliau ingin wujudkan dengan pemansuhan ISA akan membawa manfaat kepada rakyat dan negara dalam jangka masa panjang," kata beliau hari ini.


Najib menggantikan Abdullah (gambar) sebagai Perdana Menteri pada April 2009.

Abdullah juga berkata beliau berharap mereka yang dipertanggungjawabkan untuk menggubal akta dan undang-undang baru keselamatan akan berfikiran progresif dan tidak cuba menggubal undang-undang yang dapat disalahgunakan untuk menyekat perkembangan minda rakyat yang waras, intelek dan berintegriti.

"Saya yakin dan percaya bahawa Perdana Menteri dan barisan pimpinan di bawah beliau telah berfikir dengan dalam dan rasional sebelum mengumumkan pemansuhan ISA dan enakmen darurat, dan saya juga yakin bahawa beliau akan melakukan apa yang telah dijanjikan," kata Abdullah ketika berucap menerima ijazah kehormat doktor keusahawanan dalam pembangunan modal insan sempena Majlis Konvokesyen Pertama Universiti Malaysia Kelantan.

Najib mengumumkan pemansuhan ISA dan tiga deklarasi darurat serta langkah mengkaji semula beberapa undang-undang yang lain ketika menyampaikan perutusan khas sempena Hari Malaysia Khamis lalu.

Dalam ucapannya, Abdullah menyifatkan pengumuman oleh Najib Khamis lalu sebagai satu perkara yang diharap akan mencatat sejarah kerana ISA dan beberapa enakmen keselamatan yang lain sudah lama menimbulkan keresahan dalam masyarakat.

Kata Abdullah, semasa mengambil alih menjadi Perdana Menteri pada 2003 beliau telah bertekad untuk memberi lebih kebebasan supaya rakyat negara ini dapat memperkembangkan fikiran dan intelek tanpa sekatan dan tanpa ketakutan bahawa undang-undang seperti ISA akan digunakan terhadap mereka.

"Saya juga telah menjayakan tiga perundangan yang memberi perubahan kepada undang-undang berkaitan dengan pencegahan rasuah, pelantikan hakim dan integriti agensi penguat kuasa," kata beliau sambil menambah, beliau juga berhadapan dengan tentangan dari dalam dan luar parti pimpinannya.

"Saya mengaku bahawa saya mendapat tentangan bukan sahaja dari luar tetapi juga dari dalam kerana ada golongan 'hardliners' yang ingin mengekalkan sistem yang lama, yang masih ingin menguasai aliran maklumat serta menggunakan akta-akta dan enakmen untuk membisukan rakyat," katanya lagi.

Namun tegas Abdullah, majoriti bersetuju bahawa dalam perkampungan dunia sekarang, menentang peralihan zaman akan membawa rebah.

"Dan, kita berjaya dalam usaha kita untuk memberikan hak kepada rakyat untuk bersuara dengan lebih kebebasan. Kebebasan ini amat perlu untuk membina modal insan kita yang lebih bertanggungjawab dan berintegriti," katanya lagi.

Jelas Abdullah, ada juga yang menyalahkan beliau kerana memberi terlalu banyak kebebasan kerana mengikut mereka ia menjadi faktor ke arah keputusan pilihan raya umum 2008.

"Tetapi pada diri saya, saya tidak pernah menyesal memberi lebih kebebasan sebab itu adalah hak asasi manusia.

"Pada saya, masyarakat yang waras dan bertamadun akan satu hari kelak akan dapat membezakan antara kaca dan permata, dan mereka akan dapat tapis pembohongan dan fitnah dengan kebenaran dan keikhlasan," kata bekas presiden Umno dan bekas pengerusi BN.

Justeru kata Abdullah lagi, beliau cukup bangga dengan tindakan Najib untuk memansuhkan ISA kerana "saya percaya itu adalah satu lanjutan dari tindakan kerajaan dahulu untuk menegakkan lagi hak asasi manusia."

"Tetapi perjalanan ke arah mencapai matlamat penuh Perdana Menteri Najib mungkin juga berhadapan dengan cabaran-cabaran seperti saya dalu... 'the job of a reformist is not easy'."



Pakatan Tiada Niat Tukar Bendera Malaysia

Posted: 18 Sep 2011 08:02 PM PDT

Pakatan Rakyat memberi jaminan bendera Malaysia yang diguna-pakai sejak negara mencapai kemerdekaan tidak akan ditukar sekalipun pembangkang mengambil alih Putrajaya.

Menurut Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, tiada keperluan untuk menukar bendera kerana ia adalah lambang kedaulatan negara.

"Isu ini tidak perlu jadi polemik kerana ia tidak akan menjadi dasar Pakatan Rakyat, dan PAS secara tegas tidak akan sesekali menyokong cadangan sedemikian daripada sesiapa pun...


"Disebabkan itu, sebagai rakyat Malaysia, bendera negara perlu dipertahankan, tidak boleh diperlekehkan dan dipersendakan, katanya dalam satu kenyataan media.

police tortured victim 110107 lawyer M ManoharanTuan Ibrahim mengulas bidasan Umno terhadap kenyataan seorang pemimpin DAP, M Manoharan (kanan) yang juga ADUN Kota Alam Shah dalam Twitter beliau baru-baru ini menyatakan akan bertindak menukar corak bendera Malaysia sekiranya Pakatan menang.

Bagaimanapun, beliau telah memadamkan komen berkenaan dan memohon maaf secara terbuka atas keterlanjurannya.

Menurut Tuan Ibrahim, isu utama kini bukanlah mengenai bendera tetapi BN yang memerintah negara.

"Slogan BN, 1Malaysia yang menggunakan lambang bendera Malaysia itu juga bukan isu utama kerana slogan akan sentiasa bertukar.

"Pada zaman Tun Dr Mahathir, berapa banyak slogan yang telah digunakan BN hanya sebagai penyedap kata? Demikian juga zaman Tun Abdullah Badawi dengan Islam Hadharinya dan kini Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan dengan promosi 1Malaysia yang hebat, namun tetap gagal memahamkan orang sebijak Tun Dr Mahathir mengenai maksud slogan tersebut sehingga kini, apatah lagi rakyat Malaysia," kata beliau.

Justeru, Tuan Ibrahim yang juga pesuruhjaya PAS Pahang menyeru agar semua pimpinan Pakatan Rakyat bekerja keras bagi menumbangkan kerajaan BN pada pilihan raya akan datang.

"Itulah isu yang harus difokuskan oleh semua pemimpin, anggota, penyokong Pakatan Rakyat dan rakyat yang inginkan pembaharuan dan jaminan masa depan yang lebih baik," akhiri beliau.



Liwat 2 - Beranikah Najib Dan Rosmah Tampil Ke Mahkamah Minggu Ini?

Posted: 18 Sep 2011 06:12 PM PDT

Peguambela Ram Karpal akan menyambung menyoal-periksa pakar DNA Australia, Dr Brian McDonald dalam perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bersambung hari ini.

Perbicaraan masih berterusan sehingga ke hari ini selepas cuti Hari Raya dengan Anwar kemungkinan dikaitkan pula dengan skandal terbaru apabila seorang blogger yang mesra dengan Umno mengancam akan mendedahkan sebuah lagi klip video seks yang bertarikh 12 Januari tahun ini.

Blogger Papa Gomo juga mendedahkan bahawa video CCTV itu dirakamkan sebelum 22 Februari, ketika video seks yang diambil oleh trio Datuk T dirakamkan. Ketiga-tiga mereka kemudiannya telah didakwa dan dikenakan denda.


McDonald, yang merupakan saksi keempat pembelaan dijangka mengambil masa dua hari lagi untuk melengkapkan keterangan dengan pemeriksaan balas oleh pendakwaan.

Setakat ini, belum dapat dipastikan sama ada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri akan tampil memberi keterangan mereka minggu ini.

Sumber Malaysiakini



Keraguan Di Sebalik Fitnah Bodoh Papa Gomo Dan TV3

Posted: 18 Sep 2011 07:13 AM PDT

Nampaknya, isu "video seks" yang dikatakan melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim kini nampak semakin panas apabila ada blogger pro kerajaan mendedahkan satu rakaman Kamera Litar Tertutup (CCTV) yang kononnya kelibat Anwar bersama sahabat karibnya Datuk Eskay, ketika memasuki apartmen di Ampang lokasi kejadian seks yang dihebohkan sebelum ini.

Malah adengan Anwar dan Eskay masuk dan keluar dari lif apartmen berkenaan telah diulang-ulang oleh TV3 berdasarkan kepada sumber dari blog Papa Gomo. Ulangan itu bagi mengesahkan bahawa pelaku seks berkenaan adalah Anwar Ibrahim.

Maka terkejutlah seluruh rakyat Malaysia yang menyaksikan Buletin Utama TV3 malam tadi. Ada yang percaya dan ada juga yang sangsi dengan pendedahan terbaru itu. Sekali imbas memang nampak jelas wajah dan susuk tubuh Anwar bersama Eskay.


Malah, gambar CCTV berkenaan juga dalam keadaan berwarna yang memudahkan lagi untuk kita melihat raut wajah kedua-dua individu berkenaan. Namun persoalannya, benarkah apa yang dilihat itu adalah Anwar dan benarkan adengan itu telah dirakamkan ketika hari kejadian seks yang dilaporkan oleh Datuk T sebelum ini.

Semua ini mengundang seribu kemusykilan kerana banyak perkara sebenarnya. Masalahnya, kenapa dalam keadaan sekarang masih ada lagi cerita video seks Datuk T ini dimainkan. Bukankah ia sudah menjadi siasatan pihak polis?.

Jika benar pun ada bukti kelibat kedua-dua individu terbabit seperti yang didedahkan oleh Papa Gomo, kenapa video CCTV itu tidak dijadikan bahan bukti di mahkamah?. Kenapa perlu didedahkan lagi kepada umum. Bukankah ini menunjukkan dengan jelas kepada kita bahawa Papa Gomo, berpakat dengan pihak tertentu dan dibayar untuk menghasil serta mendedahkan apa jua maklumat baru sama ada yang diperolehi secara sah atau direka bagi didedahkan kepada pihak media terutamanya TV3. Maknanya TV3 dengan mudah menyiarkan "berita sampah" itu, tanpa ada tapisan semata-mata mengikut arahan orang kuatnya yang khabarnya telah dipinjamkan ke Jabatan Perdana Menteri sejak awal tahun ini.

Cuba lihat rakaman video terbaru kononnya melibatkan perbuatan seks Anwar Ibrahim dengan pelacur Cina terbabit.



Inilah dia wajah si Papa Gomo yang diberi hak terbitkan video seks Anwar

Dan sekarang, mari kita lihat betapa Papa Gomo telah gagal menyiapkan skrip dan jalan cerita adengan ini dengan baik sebenarnya. Banyak kekeliruan dan penipuan yang telah dilakukan bagi membuktikan kononnya pelaku seks itu 100% adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kami bukan mahu berpihak kepada sesiapan dalam hal ini. Namun, kebenaran perlulah ditegakkan demi Islam dan keadilan. Tambahan pula sekarang umat Islam masih berada di bulan Syawal yang mulia ini.

Makanya, amatlah tidak wajar Papa Gomo mendedahkan video ini dengan kerjasama TV3, sedangkan dia sendiri terkeliru dengan beberapa adengan yang jelas mengelirukan serta tidak kena pada tempatnya. Sama ada beliau sedar atau tidak, hanya mereka yang celik mata dan hati sahaja dapat menilai kebenarannnya. Banyak kekeliruan daripada kebenaran yang dicari oleh Papa Gomo berlaku terhadap adengan yang dipaparkan.

Antaranya ialah:-


Cuba lihat masa Anwar dan Eskay tiba pada lif iaitu 22:09:30 (kiri atas) dan 22:09:31 (kanan atas) ketika mereka berdua memasuki lif berkenaan. Kemudian cuba tengok ketika pintu lif itu ditutup tiba-tiba tertera masa 22:52:19 (anak panah kuning pintu lif tertutup). Kemudian cuba lihat masa seterusnya gambar yang terakhir (kanan bawah) ketika Anwar dan Eskay keluar dari lif masa yang tertera ialah 22:52.25.

Ini bermakna , Anwar dan Eskay dipercayai masuk lif dan naik ke atas sekitar 6 saat sahaja lamanya.

Bagaimana ini boleh berlaku?. Ini kerana kaunter masa yang disediakan itu adalah diedit sedemikian rupa pada video berkenaan untuk menunjukkan seolah-olah kejadian itu berlaku mengikut masa yang telah ditetapkan.

Sekarang cuba kita lihat pula masa ketika Anwar berada dalam bilik dengan bertuala (bawah kanan), masa yang ditunjukkan ialah 22:26:10 iaitu jarak masa yang terkurang daripada ketika mereka menaiki lif. Maknanya masa sudah berundur ke belakang pula. Kesilapan ini walau pun kecil kata Papa Gomo, namun ia sungguh melucukan.

Persoalannya juga, jika ada CCTV menunjukkan Anwar dan Eskay masuk lif dan keluar lif maka sepatutnya mestilah ada juga CCTV "pelacur Cina" yang dikatakan itu masuk serta keluar lif?. Kenapa Papa Gomo tidak menayangkan CCTV wanita tersebut jika benar beliau berada bersama Anwar semasa kejadian.


Satu persoalan penting yang perlu dijawab juga ialah berkenaan dengan pakaian Eskay itu sendiri. Cuba lihat ketika dia mula-mula masuk ke dalam lif dimana beliau berbaju gelap, tidak bertalipinggang dan baju tanpa kolar (T-Shirt ala baju yang sering dipakai oleh lelaki India).

Namun, anehnya keetika tiba di dalam bilik berkenaan baju Eskay telah bertukar menjadi putih berkolar dan kelihatan dia bertalipinggang dengan baju masuk ke dalam. Begitu juga dengan rambut Anwar ketika mula-mula masuk ke lif yang jauh berbeza dengan rambut bergunting ala askar ketika berada di dalam bilik tersebut.

Semua ini menimbulkan keraguan dan kemusykilan apakah benar video yang dipaparkan itu adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim.


[Dengan beberapa penjelasan ini, diharap ianya dapat meredakan sedikit kekeliruan akibat pendedahan yang dibuat oleh Buletin Utama TV3 malam tadi.

Laporan yang hanya dibuat berdasarkan kepada rujukan blog Papa Gomo itu adalah satu tindakan biadap terhadap media arus perdana seperti TV3 sebenarnya. Mereka langsung tiada etika dalam penyiaran dan sewenangnya melakukan tindakan atas arahan pihak tertentu dalam usahan menjatuhkan musuh politik pemimpin negara.

Lantaran itulah kita tidak hairan blog Papa Gomo dijadikan bahan rujukan ilmiah oleh TV3 dalam keadaan ia jelas menimbulkan keraguan. Tindakan TV3 juag mencerminkan bahawa media itu kini 100% dikuasai oleh kerajaan UMNO BN, selain RTM.

Sepatutnya mereka perlu ada panel penilai untuk melihat kualiti dan kesahihan berita yang mahu dipaparkan. Jika itulah caranya, maka tidak hairan selepas ini lebih banyak ceramah pembangkang akan dipantau oleh TV3. Malah, banyak lagi kes-kes kecil akan diperbesarkan bagi menjatuhkan imej para pemimpin tertentu di dalam Pakatan Rakyat].

Sumber - PahangDaily



'Sebelah tangan suap, sebelah lagi pukul'

Posted: 18 Sep 2011 06:37 AM PDT

KUALA LUMPUR, 18 Sept: Jangan hanya janji mahu kaji Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, tetapi luluskan segera permit Suara Keadilan, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

"Tak perlulah (Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Tun Razak) menambahkan lagi koleksi janjinya, banyak yang tidak ditunaikan.

"Jangan hanya janji nak kaji Akta Mesin Cetak dan Penerbitan, tapi pada masa yang sama terus menyekat permit Suara Keadilan," katanya.

Mohamad melihat janji Najib itu tidak ubah seperti "sebelah tangan seolah-olah mahu menyuap makanan tetapi sebelah tangan lagi terus memukul kepala kita dengan kayu".


"Najib kata mana-mana individu tidak akan ditahan semata-mata hanya kerana ideologi politik, tetapi kebebasan bersuara terus ditahan hanya kerana ideologi politik.

"Permohonan PAS untuk menerbitkan akhbar harian ditolak, pihak pembangkang tidak diberikan peluang dan liputan yang sama dalam media milik rakyat seperti RTM," katanya ketika diminta memberikan ulasan lanjut kepada pengumuman Perdana Menteri dalam perutusan khas Hari Malaysia.

Antara lain, Najib berjanji akan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960, Akta Buang Negeri 1959 dan mengkaji beberapa undang-undang seperti Akta Kediaman Terhad 1933 dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

Dalam reaksi awalnya kepada janji-janji Najib itu, Mohamad berharap peruntukan dalam akta baru bagi menggantikan ISA tidak menyerupai akta tersebut.

"Kita tidak mahu pengumuman penghapusan ISA ini sebagai gimik pilihan raya tetapi ia benar-benar diusahakan kerana ia adalah tuntutan sebahagian besar rakyat di negara ini," katanya kepada pemberita di Kota Kinabalu Jumaat lalu.

Ketika ditanya adakah rakyat perlu berterima kasih dengan pemansuhan ISA, Mohamad berkata, yang penting untuk dipersoalkan ialah mengapa akta yang telah menzalimi banyak pihak itu disalahgunakan?

"Samalah apabila kita dibebaskan selepas ditahan di bawah ISA, tidak relevan pertanyaan adakah kita hendak berterima kasih atau tidak, yang perlu dipersoalkan ialah kenapa tangkap kita di bawah ISA, kenapa zalimi kita?" kata beliau.

Beliau mengingatkan supaya jangan berlebihan menyambut janji-janji Najib itu.

"Tengok dulu adakah akta yang menggantikan ISA itu. Adakah ia zalim seperti ISA juga? Adakah ia boleh disalahgunakan untuk menzalimi aktivis parti pembangkang?" katanya.



Pakatan Berhak Mendapat Kredit Atas Pemansuhan ISA

Posted: 18 Sep 2011 05:15 AM PDT

LAKI Rosmah kata pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang masih valid bukan perjuangan Pakatan Rakyat jadi Pakatan Rakyat jangan cuba hendak ambil kredit atasnya. Kita hendak tanya yang melaung dan mendesak supaya ISa dihapuskan selama ini siapa, Umno ke Pakatan Rakyat?

Menurutnya pemansuhan itu adalah keinsafan dan keperihatinan kerajaan. Saya rasa Pakatan Rakyat tidak begitu perlahap untuk mengambil kredit atas pemansuhan itu pun. Tetapi yang pastinya rakyat suka kalau ia benar-benar dihapuskan dan pemansuhan itu bukan bersifat menuang arak ke dalam botal baru.

Saya hendak tanya Najib pemansuhan yang dilihat sebagai transformasi politiknya yang berani. Soal ini mudah sahaja dan boleh dijawab oleh sesiapa saja dalama kepada masing-masing.


Akta ISA wujud sejak tahun 60 lagi. Ia bukan wujud setahun dua ini. Sudah lima orang PM yang melalui akta berkenaan termasuk bapa Najib sendiri, Razak bin Hussein. Dalam tempoh itu sudah ribuan orang yang berdosa dan tidak berdosa ditahan menerusi akta berkenaan.

Selama itu juga pembangkang dan mereka yang ditahan di bawah akta itu merasakan ianya dizalimi. Malahan ada yang trauma sampai ke hari ini. Contohnya seorang ahli akademik yang sebelum ini berperanan untuk menjadi ketua menteri di sebuah negeri, terus lari lintang pukang meninggalkan jelumu politik bila mana beliau ditahan di bawah akta berkenaan.

Bukan itu saja dia menyalahkan sahabatnya yang membawanya ke dalam parti. Bukan saja menyesali sebaliknya menuduh sahabatnya itu sebagai jahat, pengkhinat kepada bangsa dan negara padahal sebelum ini semasa sahabatnya berkuasa dialah orang yang memuja dengan nasib dan nazam setiap hari.

Tidakan polis menelanjangkannya kemudian suruh merangkak dan telornya yang dua biji dijentik menyebabkan dia jadi phobia dengan akta berkenaan. Jangankan melihat gari melihat jerjak besi jendela saja dia sudah menggeletar ketakutan. Itu contoh betapa takutnya manusia kepada ISA.

Akta itu sudah begitu lama dan ia ditentang oleh rakyat. Kalau benarlah UBN prihatin dan insaf kenapa baru sekarang ianya dihapuskan. Najib pula kalau benar prihatin dan tidak terdesak dan bising dengan desakan beliau akan mengumumkan pemansuhan itu sebagai saja beliau angkat sumpah menjadi PM, dan bukan tunggu 16 September 2011. Kenapa Najib menunggu begitu lama, apakah beliau tidak mendapat kelulusan dari isterinya Rosmah?

Bukankah dalam tempoh Najib jadi PM desakan bertakut-talu supaya akta itu dihapuskan? Makanya pemansuhan akta berkenaan adalah disebabkan desakan rakyat. Najib bertindak akur kepada kehendak rakyat maka wajar kalau disifatkan penghapusan akta itu kerana rakyat. Rakyat berhak merayakan atas apa yang berlaku.

Saya yakin kalau Pakatan Rakyat menang dan memerintah Malaysia 2008 lalu antara perkara utama dilakukan menghapuskan akta berkenaan, kerana itulah manifestonya. Jadi bila Najib memansuhkan ia adalah perlaksanaan manfesto Pakatan Rakyat di mana kebaikannya diperolehi rakyat.

Baguslah Najib sudah sedar kepada kuasa rakyat yang tidak boleh dihalang dengan sejuta retorik dan slogan. Najib merasai bahawa akta itu sudah tidak dapat membatas kuasa politiknya. Jadi apabila akta ISA sudah tidak digeruni lagi maka tidak ada guna bagi Najib mempertahankannya.

Dalam konteks hari ini ISA samalah seperti senjata keris yang pernah digunakan untuk mempertahankan diri. Apabila sudah ada senjata moden, pistol, bom dan sebagainya maka senjata kalsik itu tidak diperlukan lagi. Orang sudah tidak gerun dan sedia mematahkan senjata berkenaan.

Justeru bagi Najib tidak ada gunanya memakai senjata berkenaan, setidak-tidaknya ia perlu ditukar dengan hulu dan sarung baru agar menggerunkan. Dua akta baru yang akan digubal bagi menggantikan ISA untuk membenteras keganasan dan jenayah terancam dan subversif mungkin lebih kurang sama dari segi kekejaman dan kezaliman dengan ISA.

Saya yakin dan percaya kalau Najib merasakan ISA dapat membendung penagaruh pembangkang dan menyelamatkan beliau beliau akan menggunakannya. Tetapi kerana sudah insaf ISA bukan lagi senjata, rakyat hari ini sedia berhadapan dengan apa saja, maka Najib sedia mengumumkan pemansuhan akta hutan rimba itu.

Keismpulannya pemansuhan ISA yang dibuat Najib adalah kejayaan rakyat dan Pakatan. Kalau rakyat dan Pakatan tidak memperjuangkannya Najib dan UBN tetap akan menggunakan akta usang dan lapok itu.

Pemansuhan itu tetap membawa keuntungan kepadanya. Di luar UBN mahu melihat kerajaan bersikap adil dan prihatin dari segi lain mereka dapat menggubal undang-undang baru. Kita sedang menunggu apakah rupa dan bentuk undang-undang baru yang bakal digubal nanti, ataupun ia tidak sempat tergubal kerana selepas ini Pakatan Rakyat mengambil alih negara? [wm.kl.11:19 am 19/09/11]

Dipetik dari mso.



PERKASA: Kekalkan elemen pencegahan ISA

Posted: 18 Sep 2011 05:02 AM PDT

PERKASA berharap dua undang-undang baru yang menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960 mempunyai penambahbaikan dan lebih adil kepada tahanan.

Presidennya Datuk Ibrahim Ali berkata pada masa yang sama, PERKASA juga mahu elemen pencegahan dalam ISA yang selama ini menjadi instrumen kepada polis bagi mengekang kegiatan subversif di negara ini dikekalkan.

Turut harus dikekalkan ialah elemen pemulihan yang juga sangat berkesan dalam menangani isu keselamatan di negara ini, katanya kepada pemberita, di Kuala Lumpur hari ini.


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam perutusan Hari Malaysia pada Khamis lepas mengumumkan pemansuhan ISA dan sebagai ganti dua undang-undang baru yang sesuai akan digubal bagi memelihara keamanan negara.

Mengulas lanjut, Ibrahim berkata keberkesanan aspek pencegahan dan pemulihan dalam ISA sebelum ini dibuktikan dalam banyak kes termasuk mengekang ajaran sesat seperti Al-Arqam dan kumpulan ekstremis Al-Maunah.

"Justeru, jika ia tidak dipertahankan, bagaimana kerajaan mahu mengatasi kegiatan yang serupa, contohnya jika ada pihak yang cuba menggugat perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

"Ini kerana dalam keadaan dunia yang serba canggih, sesuatu tuduhan itu sukar untuk dibuktikan di mahkamah, ia termasuk ceramah-ceramah yang mempersoalkan hak-hak orang Melayu. Malah, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) pun sukar untuk buktikan perkara ini," katanya.

Sehubungan dengan itu katanya, PERKASA akan mengadakan perbincangan dengan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dalam masa terdekat bagi menyarankan elemen yang wajar dimasukkan dalam dua akta baru tersebut.

"PERKASA juga berharap sentimen politik mana-mana pihak tidak akan membayangi penggubalan akta baru tersebut, sama ada daripada pembangkang atau kerajaan sebab nak meraih undi.

"Kita tidak akan teragak-agak untuk menolak dua akta baru ini jika ia dilihat tidak mempunyai elemen preventif kerana kita mahu keselamatan rakyat terus dipertahankan," katanya yang turut berharap kerajaan mengkaji semula Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) dan Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972.

- Bernama



Tiada ulasan: