Isnin, 19 September 2011

MiLo SuaM

MiLo SuaM


TG Nik Aziz minta Najib benar Kelantan laksana hudud

Posted: 18 Sep 2011 11:28 AM PDT

PENYOKONG dan pemimpin termasuk blogger United Malays No Otak sering kali memesongkan fakta tentang hudud Kelantan.

Mereka cuba memperdayakan generasi muda yang tak faham dengan isu ini kerana ia berlaku hampir 10 tahun yang lalu.

Mereka mendakwa kerajaan negeri Kelantan tidak mahu melaksanakan Hudud, dan pelbagai lagi tohmahan kononnya hudud hanyalah retorik Kerajaan PAS Kelantan.

Fakta sebenarnya, Bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir melarang keras perlaksanaan Hudud Kelantan malah mengugut akan menggantung perlembagaan Negeri Kelantan jika Hudud dilaksanakan [Hudud Kelantan].

Kali ini, sekali lagi Tuan Guru Nik Aziz meminta Perdana Menteri Malaysia membenarkan perlaksanaan Hukum Hudud di Kelantan [Sinar].

Kita tunggu apakah jawapan Najib berhubung hal ini. Sebagai seorang Islam, tidak ada sebab untuk beliau menolak perlaksanaan Hukum Hudud. Undang-undang Hudud Kelantan telah dipersetujui oleh 100% Ahli Dewan Undangan Negeri.

Mari kita saksikan keindahan hukum Islam, bagaimana ia mampu mendidik rakyat dan menyelesaikan pelbagai masaalah sosial, jenayah dan lain-lain bila hukum ini berjalan kelak. Itupun kalau Najib benarkan.

ReJaM© "Tunggu dan lihat, Najib akan menolak atau menerima Hukum Islam..."

Panas! 57 ribu India mohon sertai Pakatan Rakyat!

Posted: 18 Sep 2011 07:50 AM PDT

BILA nak dekat pilihanraya, maka akan timbulah berita sekumpulan orang yang ramai menyertai Barisan Nasional, dengan alasan yang sama, iaitu hilang kepercayaan kepada pimpinan Pakatan Rakyat.

Dah faham sangat berita yang akan keluar dan akan dimainkan di Utusan, TV3 Al-Musyrikin berulang kali bila nak dekat pilihanraya.

Semalam Utusan menyiarkan berita 7000 bekas penyokong Pakatan Rakyat menyertai Barisan Nasional [Utusan].
Hari ini, Parti komponen Barisan Nasional yang terdiri dari kaum India sepenuhnya, Makkal Sakti pula mohon untuk sertai Pakatan Rakyat, surat permohonan telah diserahkan oleh pemangku presiden parti itu kepada Tuan Guru Nik Aziz, rujuk sini [Harakahdaily].

The Star melaporkan Makkal Sakti memiliki lebih 57,000 ahli setakat ini. Ini bermakna 57,000 ahli Makkal Sakti ini, kini turut sama menyertai Pakatan Rakyat [The Star].



ReJaM© "7,000 pergi 57,000 mari, meniaga orang lagi untung dari meniaga unta..."

Babak Zizan hina Rasul dalam Filem Hantu Bonceng

Posted: 18 Sep 2011 03:17 AM PDT


SEPERTI sudah menjadi trend untuk mempromosikan filem terbaru di pawagam oleh penerbit-penerbit filem tanah air.

Bila keluar filem baru, pasti ada saja perkara sensasi yang muncul atau cuba ditimbulkan agar filem tersebut mendapat perhatian atau melariskannya.

Sifirnya mudah, bila ada isu yang menjadi kontroversi, maka orang ramai akan berpusu-pusu ke pawagam menyaksikan filem tersebut kerana ingin tahu apa yang kontroversi sangat tu?

Tapi dalam filem Hantu Bonceng lakonan pelawak terkenal, Zizan atau lebih dikenali dengan nama Zizan Raja Lawak, salah satu babak yang menjadi kontroversi di dalam filem terbaru lakonannya ini bukanlah taktik promosi, tapi ReJaM© rasa memang betul-betul menghina Islam.


Salah satu babak yang dilakonkan secara jelas menghina Rasulullah SAW apabila Zizan menyebut "Ashaduanna Muhammadar Syaitan" yang membawa maksud "Aku naik saksi bahawa Muhammad itu Syaitan"

Sama ada terlepas pandang, tidak faham, atau sengaja cetuskan kontroversi untuk melariskan filem tidak dapat dipastikan. Apa yang jelas, kita bimbang jika ia menjadi ikutan anak-anak muda.

Berhati-hati, perbuatan, niat, dan lafaz boleh menyebabkan gugur shahadah dan terkeluar daripada Islam.

ReJaM© "Apa pun terpulang kepada anda untuk menilai..."

Tiada ulasan: