Ahad, 11 September 2011

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Amah Potong Kemaluan Majikannya

Posted: 11 Sep 2011 01:05 AM PDT

Seorang pembantu rumah warga Bangladesh yang dituduh memotong alat sulit majikannya dan membuangnya ke dalam tong sampah, menangis di mahkamah, semalam dan tuduhan itu.

Wanita berusia 26 tahun itu yang menangis sambil menutup mukanya ketika pertuduhan dibacakan kepadanya di sebuah mahkamah Dubai.

Pendakwa raya menuduh suspek menyebabkan 40 peratus kecacatan kekal terhadap majikannya yang berusia 77 tahun selepas dia memotong alat sulit lelaki itu dengan pisau pencukur ketika majikannya mengarahkan suspek mengurut kemaluannya itu.

Ketika jurubahasa mahkamah menterjemahkan pertuduhan terhadapnya, suspek menangis. Dia menafikan melakukan perbuatan itu dan meminta supaya dihantar pulang ke negara asalnya.

Bagaimanapun, ketika disoal, suspek mengaku dia mengambil pisau cukur dari almari berhampiran dan memotong alat sulit majikannya selepas lelaki itu menyuruh dia mengurutnya.

"Dua hari sebelum saya ditahan, majikan merogol saya. Saya tidak dapat membela diri kerana dia mengancam untuk mengusir saya dari kediamannya. Keesokan harinya dia memperkosa saya sekali lagi.

"Pada hari kejadian, dia meminta saya mengurut alat sulitnya. Saya nampak pisau cukur di atas almari. Saya terus mengambil pisau cukur itu tanpa pengetahuannya. Saya kemudian mengurut alat sulitnya sebentar.

"Kemudian apabila mendapat peluang, saya mengerat alat sulitnya lalu ia jatuh ke lantai. Saya memungut dan membuangnya ke dalam tong sampah. Saya kemudian keluar dari biliknya dan bersembunyi di bilik lain
," katanya.

Sementara itu, anak lelaki mangsa, dalam keterangannya berkata, dia terkejut mendengar bapanya menjerit kesakitan.

"Saya berlari keluar dari bilik dan melihat bapa duduk di kerusi dan bahagian bawah tubuhnya berlumuran darah. "Ketika saya tanya apa yang berlaku, dia berkata, pembantu rumah mengerat alat sulitnya. Saya kemudian menghalang suspek melarikan diri.

"Saya menghubungi polis dan bapa dibawa ke hospital dengan ambulans." Laporan forensik polis Dubai menolak kemungkinan wanita itu menjadi mangsa serangan seksual sebelum kejadian berlaku. -Agensi

Ulasan GB

Mujur Robengah, si amah Indon tak kerat penis majikan yang merogolnya dahulu. Kalau kerat, baru majikannya itu tahu langit tinggi rendah tanpa penis lagi. Sekalipun kes tersebut semacam sudah tamat, namun GB percaya ia tetap akan terdedah juga satu hari nanti.

Berbalik kes di atas, majikan itu memang bersalah kerana merogol dan menyuruh amahnya mengurut kemaluannya. Tetapi kesilapan amah itu ialah, beliau tidak membuat laporan polis sewaktu pertama kali beliau dirogol. Dan kedua dia mengambil keputusan sendiri untuk memotong kemaluan majikannnya. Justeru itu ambil iktibar dari berita tersebut.

Berbinkan Bapa: Langkah Kerajaan Terengganu Diselar

Posted: 10 Sep 2011 11:34 PM PDT

Bakal rosak salasilah

KUALA LUMPUR: Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) membantah mekanisme yang dicadangkan kerajaan negeri Terengganu bagi membolehkan anak tak sah taraf didaftarkan dalam sijil kelahiran dengan bin atau binti kepada nama bapa berikutan tidak bertepatan dengan hukum syarak.

Presidennya, Mohamad Isa Abd Ralip berkata, anak tidak sah taraf tidak boleh dinasabkan kepada nama bapa berikutan ia menyentuh soal menetapkan keturunan atau pertalian kekeluargaan berdasarkan hubungan darah yang sah iaitu menerusi ikatan perkahwinan yang ditetapkan syarak.

Katanya, jika dilakukan, ia akan merosakkan salasilah keturunan yang pasti akan bercampur dan akhirnya mengganggu proses membabitkan pewarisan harta, wali dan mahram.

"Mungkin tujuan cadangan ini baik iaitu memastikan anak yang tidak berbin atau berbintikan bapa itu nanti tidak mengalami gangguan emosi kerana masyarakat akan mengetahui mereka adalah anak hasil hubungan luar nikah.

"Namun, itu sebenarnya merujuk kepada kepentingan segelintir individu saja. Apa yang kita perlu ambil perhatian sebenarnya adalah mengenai kemaslahatan atau kepentingan dalam masyarakat," katanya.

Menurut Mohamad Isa, hukum syarak sedia ada menetapkan bahawa anak tidak boleh dibin atau dibintikan dengan bapa itu termaktub dalam al-Quran dan bukan boleh diolah sewenang-wenangnya oleh manusia.

Katanya, hukum syarak mesti diberi perhatian terlebih dulu dan bukan pandangan masyarakat atau individu tertentu
.

"Kita melihat ini sebagai satu isu yang akan memberi masalah pada masa depan. Pada masa sekarang, sebilangan masyarakat masih ada rasa takut untuk melakukan maksiat walaupun kes mengenai perkara ini semakin meningkat.

"Namun, jika perkara ini dilaksanakan juga, kita khuatir masyarakat pada masa depan akan lebih berani untuk melakukan maksiat hingga melahirkan anak tidak sah taraf tanpa sedikit pun rasa takut," katanya yang mahu cadangan itu diberi perhatian lebih teliti.

Beliau berkata, jika mahu menutup malu segelintir pihak, tidak mustahil pelaksanaannya nanti akan membuka ruang menjadikan jumlah anak tidak sah taraf semakin bertambah besar.

Kelmarin, kerajaan negeri Terengganu merumus mekanisme dengan kerjasama pelbagai agensi, termasuk Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi membolehkan anak tidak sah taraf didaftarkan dalam sijil kelahiran dengan bin atau binti bapa bagi mengelak kanak-kanak berkenaan menanggung tekanan emosi, terutama ketika mula bersekolah.

Nama bapa juga dicadangkan turut dicatatkan dalam kad pengenalan tetapi akan diikuti dengan satu kod rujukan 'Seksyen 13' bagi memudahkan jabatan dan agensi kerajaan berkaitan mengetahui status individu apabila kanak-kanak itu dewasa, terutama untuk proses akad nikah bagi pengantin perempuan.

Mekanisme cadangan itu diumumkan kerajaan negeri dalam mesyuarat khas ketua-ketua jabatan, Isnin lalu membabitkan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu (JHEAT), JPN negeri, Jabatan Mufti dan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia bagi mengelak tekanan emosi yang terpaksa dilalui anak tidak sah taraf.

Berdasarkan prosedur JPN kini, anak dilahirkan ibu yang bernikah kurang enam bulan perlu dibinkan Abdullah dan bukan nama bapa.

Berikutan mesyuarat itu, JPN bersetuju dengan cadangan itu dan akan membuat beberapa perubahan dalam akta sedia ada di Parlimen untuk dikuatkuasakan. -hm

WASPADA: Jangan Ambil Pil Selsema Melebihi Had

Posted: 10 Sep 2011 09:24 PM PDT

Tersilap makan pil

KOTA BHARU: Akibat tersilap makan pil selesema, seorang calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dari Sekolah Menengah Teknik, Pengkalan Chepa, di sini, terpaksa mendapatkan rawatan kira-kira empat jam di wad kecemasan Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), kelmarin.

Nur Izzati Abdul Rahman, 17, dikejarkan pengurusan sekolah jam 3 petang kelmarin selepas anak sulung daripada enam beradik itu ditemui dalam keadaan tidak bermaya sebelum pengsan.

Mengulas kejadian yang menimpa anaknya, Abdul Rahman Abu Bakar berkata, dia dimaklumkan oleh isteri bahawa anaknya memakan ubat selesema pada petang kejadian.

Berikutan itu, dia terkena alahan terhadap ubat terbabit sebelum dikejarkan ke hospital dan dirawat di wad kecemasan.

"Saya difahamkan oleh gurunya, anak saya demam sejak Rabu lalu dan mungkin penyakit dialami tidak sembuh sebelum dijangkiti selesema, menyebabkan dia memakan dua biji pil sebelum menerima kesan alahan dan dikejarkan ke hospital," katanya ketika ditemui di HRPZ, di sini, semalam.

Dia difahamkan, akibat kejadian itu, anaknya tidak sedarkan diri sejam sebelum stabil semula selepas menerima rawatan di wad kecemasan. -hm

Mohd Sabu Buat Laporan Polis Terima SMS Ugut Ahli Keluarganya Hendak Disimbah Asid

Posted: 10 Sep 2011 07:05 PM PDT

Kepala Batas: Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu telah membuat laporan polis, mendakwa beliau dan ahli kerluarganya telah menerima pelbagai ugutan, ekoran laporan muka depan akhbar Utusan Malaysia pada Ogos 27 berkenaan dengan insiden Bukit Kepong.Beliau membuat laporan tersebut di balai polis Kepala Batas jam 10.36 pagi semalam, lapor NST.

Di dalam laporannya, Mohamad mendakwa ketika beliau berada di rumahnya di Guar Petai, Tasek Gelugor jam 2 petang pada Ogos 27, selepas berita berkenaan diterbitkan, beliau telah menerima pelbagai ugutan dan ancaman dan telah dilabelkan sebagai seorang pro-komunis.

Salah satu ugutan dilaporkan datang melalui SMS dimana pengirimnya dikatakan mengugut untuk meyimbah asid kepada isteri dan anaknya.

Ayat dalam SMS yang didakwa mengancam keselamatan keluarganya itu berbunyi:

"Awak memang patut bertaubat. Cakap tanpa fakta... Awak pembohong, mulut celupar. Mungkin awak tak serik, jangan sampai ada masa akan (di)simbah asid ke atas isteri dan anak perempuan awak.

"Batalkan segala debat. Sejarah adalah fakta bukan untuk didebat. Yang pasti awak putar alam."


Ketua Polis Daerah Seberang Prai Utara, ACP Zulkifli Alias megesahkan menerima laporan polis tersebut dan menyatakan siasatan sedang dilakukan.

Beliau berkata kes itu dikelaskan di bawah Seksyen 507 Kanun Kesiksaan kerana ancaman jenayah dari individu yang tidak dikenali.

Sebelum ini, di dalam satu sidang media di Ibu Pejabat PAS Kuala Lumpur, Mohamad berkata beliau akan berbincang dengan peguam terlebih dahulu dengan peguamnya Mohamed Hanipa Maidin sebelum membuat laporan polis, malaysiakini dipetik.

"Polis kalau orang lain buat laporan, cepat sangat ambil tindakan. Kalau Mat Sabu buat report. silap-silap dia kena tangkap.

"Itu yang kita tengah bincang nak buat report atau tidak," kata Mohamed Hanipa yang menyifatkan kandungan SMS itu mengandungi unsur jenayah tersebut.

Sementara itu, harakahdaily pula melaporkan Mohd Sabu akan memenyaman akhbar Utusan Malaysia Isnin ini.

"Masanya dah tiba saya saman Utusan Malaysia sampai bankrap sesuai dengan fitnah yang sengaja diatur untuk menjatuhkan maruah saya sekaligus bertujuan melumpuhkan pengaruh PAS bagi memastikan Barisan Nasional (BN) terus kekal," jelas Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Beliau ketika berucap di majlis mengutip dana Pondok Turith di Kampung Sekolah, Juru, Bukit Mertajam malam kelmarin menegaskan, masa yang diberikan kepada Utusan Malaysia selama 24 jam untuk menarik balik siaran muka depan 'Mat Sabu hina pejuang' sudah berakhir dan saman akan bermula Isnin ini.

Katanya, semua maklumat telah pun diserahkan kepada peguam dan terserah kepada peguam beberapa tuntutan yang harus dikenakan selari dengan fitnah yang tidak henti-henti selama 15 hari berturut-turut.

Tambahnya, tindakan itu bukan untuk mencari kekayaan sebaliknya mahu pengamal media di negara ini bersikap adil dan telus dalam setiap penyiaran berita dan tidak mencipta cerita yang bukan-bukan semata-mata untuk mewujudkan prasangka yang tidak baik terhadapnya, PAS dan Pakatan Rakyat.

"Saya diluku sampai hari ini padahal ceramah saya dah lama dan banyak fakta yang direka merapu dan tak wujud.

"Saya tidak langsung diberikan peluang untuk menjelaskan keadaan sebenar yang ada dalam TV, saya bercakap tak dak suara, macam itik," jelasnya disambut laungan Allahuakbar dan reformasi para hadirin.

Berceramah sama pada malam tadi ialah Pengarah Pilihan raya PAS Pulau Pinang, Rosidi Husain, Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar dan bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan negeri, Amirudin Ahmat.

Tahanan Dakwa Polis Belasah & Sapu Darah Di Lantai Ke Mukanya Guna Mop Lantai

Posted: 10 Sep 2011 05:25 PM PDT

Kuala Terengganu: "Saya terkilan dengan layanan diberikan anggota polis terhadap anak saya hingga menyebabkan dia cedera di muka dan mata kiri.

"Malah, anak saya turut lebam di kakinya selain patah satu batang gigi akibat ditendang anggota berkenaan ketika soal siasat, Rabu lalu," kata Manap@Awang Ismail, 63, bapa kepada Mohd Azam Manap (gambar - NST pix), 31, yang mendakwa cedera dibelasah seorang anggota polis ketika dalam tahanan.

Sebelum ini, Mohd Azam yang bekerja sebagai pemandu lori ditahan di rumahnya di Pekan Tepoh, di sini, jam 2.30 pagi Selasa lalu oleh sepasukan polis selepas dipercayai terbabit dalam satu kes curi.

Ketika menceritakan kejadian itu, Mohd Azam mendakwa insiden itu berlaku dalam tempoh 15 minit apabila dia ditendang beberapa kali.

"Saya bukan saja dibelasah tanpa belas, malah anggota terbabit turut menyapukan darah di lantai ke muka saya menggunakan mop lantai.

"Ketika itu ada beberapa orang dalam bilik berkenaan. Namun, hanya seorang membelasah saya. Dia hanya berhenti memukul selepas melihat keadaan saya tidak bermaya," katanya ketika ditemui di pejabat Metro Ahad di sini, semalam.

Selain dipercayai terbabit dalam kes curi, Mohd Azam ditahan kerana terbabit dalam penyalahgunaan dadah. Bagaimanapun, Mohd Azam dibebaskan selepas diikat jamin Khamis lalu.

Akibat kecederaan itu, Mohd Azam mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah dan dirawat sebagai pesakit luar.

Menurut Manap, anggota berkenaan tidak sewajarnya menggunakan kekerasan ketika menjalankan soal siasat walaupun anaknya ditahan kerana dipercayai terbabit dalam kes curi.

"Sebagai bapa, saya sedih apabila anak saya diperlakukan sedemikian. Jika dia bersalah sekali pun, anggota berkenaan perlu mengikut undang-undang dan bukan bertindak sesuka hati.


"Mujur doktor memaklumkan keadaan anak saya tidak serius walaupun ketika ini penglihatannya ada kalanya kabur. Berikutan kejadian ini, saya membuat satu laporan di Balai Polis Kuala Terengganu bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.

"Saya tidak berniat mengeruhkan keadaan tetapi hanya mahukan keadilan, selain tidak mahu orang lain menerima nasib sama seperti anak saya," katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Superintendan Abdul Halim Ishak mengesahkan menerima laporan dan kes disiasat mengikut seksyen 323 Kanun Keseksaan. -hm

[Bergambar Dan Video] Ditinggal Orangtua, Kanak-Kanak Ini Menyusu Terus Dari Lembu

Posted: 10 Sep 2011 03:35 PM PDT

Kaok Roka: Seorang lelaki tua di Kemboja menyatakan, cucunya menyusu dengan seekor lembu sejak orangtuanya pergi ke Thailand untuk mencari nafkah.

Foto : Tha Sophat menyusu susu lembu (AP)

Um Oeung berkata, cucunya yang berusia 20 bulan, Tha Sophat mulai menyusu dengan lembu pada Julai lalu, setelah Sophat melihat anak lembu menyusui ibunya.

Pada awalnya, Oeung menghalang cucunya, namun lama kelamaan datuknya itu menyerah kalah ketika cucunya itu memberontak. Sophat pun menyusu kepada lembu selama satu atau dua kali sehari. Demikian seperti dipetik dari Associated Press, pada 10 September.

Sophat hidup bersama datuknya di Provinsi Siem Reap yang terletak di bahagian utara Kamboja semenjak orangtuanya pergi ke Thailand untuk mencari pekerjaan.

Oeung menyatakan, lembu tersebut tampak tidak keberatan ketika Sophat menyusu dengannya. Meski demikian Oeung sangat bimbang akan kesihatan cucunya yang menyusu dari lembu secara langsung.

Kerana di setiap susu lembu yang belum dimasak tentunya mengandungi bakteria.




SPR Jangan Tahu Nak Makan Gaji Saja Kemudian Jadi Alat BN - Hadi

Posted: 10 Sep 2011 08:25 AM PDT

Presiden PAS: BN guna isu Mat Sabu tutup taktik tipu pilihan raya

GOMBAK, 10 Sept — Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan Barisan Nasional (BN) sengaja membesar-besarkan isu kenyataan kontroversi membabitkan timbalannya Mohamad Sabu berhubung tragedi Bukit Kepong untuk menutup segala penipuan pilihan raya yang telah dirancang.

Menurut Presiden PAS (gambar), pihaknya mendapat maklumat wujud rancangan "penipuan cukup besar" yang hendak dilakukan BN bagi memastikan kemenangan dalam pilihan raya umum ke-13.

"Sengaja BN yang tutup isu penipuan pilihan raya, BN buat satu isu apatah lagi kita dapat penemuan dan pendedahan yang nyata, yang jelas kerjasama antara SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) dengan kementerian dan jabatan-jabatan (kerajaan) lain.

"Walaupun kita dibayangi dengan maklumat-maklumat yang cukup mendukacitakan di mana rancangan untuk penipuan cukup besar hendak dilakukan, zaman ini zaman Internet . . . kita dapat kesan dan kita juga dapat kesan mereka cepat-cepat tutup maklumat ini," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Sejak 15 hari lalu, pemimpin-pemimpin Umno terus menyerang PAS dan Mohamad kononnya mengagung-agungkan komunis dalam ceramahnya di Pulau Pinang 21 Ogos lalu.

Mohamad atau dikenali sebagai Mat Sabu menafikan ada mengagungkan komunis dan memberi tempoh 24 jam yang berakhir semalam kepada Utusan Malaysia, media Umno untuk memohon maaf atau menghadapi tindakan mahkamah.

Dalam ceramahnya Mohamad berkata bahawa pejuang kemerdekaan telah melancancarkan serangan di balai polis Bukit Kepong - membunuh 25 orang -semasa pemberontakan komunis pada 1950.

Beliau juga mengatakan Ahmad Indera atau Mat Indera — salah seorang individu yang dipujinya ketika ceramah itu telah dikatakan sebagai seorang pejuang kemerdekaan.

Tambah Hadi, bagi memastikan pilihan raya bersih dan adil SPR perlu bertindak sebagai sebuah badan yang telus dan bertanggungjawab selain tidak mengikut mana-mana arahan yang dikeluarkan pemerintah.

"Kita harap SPR betul-betul jadi badan yang telus dan bertanggungjawab, jadi macam SPR di Palestin yang mana pengarah dan jenteranya akan meletakkan jawatan sekiranya mereka tiada kuasa.

"Jangan nak makan gaji sahaja, kemudian jadi alat kepada BN," katanya. -TMI

Isu Mat Indera: PAS Yakin Sokongan Orang Melayu Tidak Terjejas - Hadi

KUALA LUMPUR: PAS menegaskan isu pejuang kemerdekaan, Mohamad Indera (Mat Indera) yang menjadi isu kontroversi sejak dua minggu yang lalu tidak akan menjejaskan sokongan orang Melayu terhadap parti itu.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendakwa Barisan Nasional (BN) sengaja menimbulkan isu tersebut bagi menutup kelemahan mereka sendiri.

"Saya rasa mereka sengaja buat isu ini untuk tutup isu penipuan pilihan raya. Mereka buat isu untuk tutup isu sebenar bagi memulihkan demokrasi.

"Namun kita yakin orang Melayu hari ini bijak dan tidak mudah ditipu dengan permainan seperti ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Negara Berkebajikan di Markaz Tarbiyah PAS di Taman Melewar, Gombak pada Sabtu.

Isu pejuang kemerdekaan Bukit Kepong mula panas apabila Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dalam satu ceramah di Tasek Gelugor Pulau Pinang pada 21 Ogos lalu dilaporkan berkata seorang lelaki Melayu, yang dikenali sebagai Mat Indera telah bersekongkol dengan 200 anggota komunis lain menyerang Balai Polis Bukit Kepong pada 23 Februari 1950.

Mohamad mendakwa, Mat Indera yang telah membunuh 25 anggota polis dan keluarga mereka dalam tragedi itu ialah hero sebenar yang memperjuangkan kemerdekaan negara.

Ekoran kenyataan kontroversi itu, lebih 500 laporan polis telah dibuat terhadap Timbalan Presiden PAS itu sebagai mengecam tindakannya.

Mengulas lanjut, Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang menyifatkan isu pejuang kemerdekaan yang cuba di bawa oleh BN itu sebagai ketinggalan zaman.

"Mereka gunakan isu yang ketinggalan zaman, kita bawa isu sekarang. Orang Melayu jangan ditipu dengan isu yang sudah 60 tahun," katanya.

Ketika ditanya sama ada Umno bukan pejuang kemerdekaan yang sebenar, Abdul Hadi berkata: "Ya."

Sementara itu, Tuan Ibrahim pula menyifatkan Umno sebagai 'hero Hindustan' yang datang selepas orang lain habis berjuang ketika era kemerdekaan.

"Bila semua dah habis baru dia sampai..sebab nak ambil gambar dan isytihar dialah yang lawan penjajah," katanya. -mstar


Kenapa Payah Sangat Untuk SPR Berlaku Adil?

Posted: 10 Sep 2011 06:32 AM PDT

Mengapa SPR enggan bersikap adil – Oleh Daing Yahya

Sudah berulang kali pendedahan demi pendedahan telah dibuat, aduan dan pelbagai laporan, baik dari NGO mahu pun parti politik terutamanya Pakatan Rakyat, mengenai kesilapan dan kecatatan daftar pemilih pilihan raya Malaysia.

Pertindihan alamat, pengundi yang telah mati, kesilapan jantina dan pelbagai lagi kesilapan terus berlaku. Seolah-olah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerima semua ini sebagai lumrah dan tradisi.

Ia menjadi satu kitaran kejam. Berulang kali aduan dibuat, berulang kali pula SPR meminta pihak yang mendakwa mengemukakan bukti.

Tetapi apabila bukti dikemukakan, SPR pula bersilat lidah menyalahkan orang lain termasuk penolong pendaftar yang kononnya silap mengisi borang. Jarang didengar SPR menyiasat; malah tidak pernah didengar SPR mengakui kesalahan.

Kerana itulah tidak ada salahnya untuk rakyat menggelar SPR sebagai tokoh 'pemberi alasan rasmi' bagi pihak kerajaan UMNO-BN.

UMNO-BN selesa dengan masalah daftar pemilih

Dalam sibuk-sibuk SPR menepis semua dakwaan, terdapat satu keadaan yang amat menarik perhatian umum. UMNO-BN seperti selesa dengan masalah yang timbul, seolah-olah kecatatan daftar pemilih adalah satu rahmat.

Parti komponen BN, sama ada UMNO, MCA, MIC, Gerakan, PBB, dan pelbagai lagi, tidak pernah pula mengeluh, mendakwa atau mengemukakan sebarang pendedahan mengenai kepincangan daftar pemilih SPR.

Adalah menjadi suatu hal yang amat pelik bila mana hanya satu pihak sahaja yang menemui kesilapan daftar pemilih tersebut sedangkan satu pihak lagi seolah-olah menyemak daftar pemilih yang berlainan versi dan sumbernya.

Memang boleh dituduh SPR adalah alat UMNO-BN. Tapi katakanlah segala kepincangan itu adalah kelemahan dalaman SPR sendiri. Mengapa UMNO-BN tidak peduli dengan kacatatan yang mencemar imej kerajaan semasa?

Adakah di sebelah pihak iaitu Pakatan Rakyat begitu cuai, jahat dan sengaja mencari salah SPR dengan mengemukakan kesilapan ( bukti ) palsu bagi memburukkan imej SPR?.

Jika begitu niat dan tindakan pihak PR yang seburuk dan sejahat ini, mengapa SPR tidak menyaman PR atas semua dakwaan palsu itu?

Jika dakwaan ini berasas, bermakna satu penyiasatan menyeluruh perlu digerakkan. Semua pihak termasuk semua parti politik harus mengambil bahagian.

Soalan mudahnya ialah, mengapa dalam situasi yang amat penting ini pihak BN tidak pro-aktif dalam bekerjasama untuk mendesak SPR bagi melaksanakan reformasi? Bukankah BN mendakwa, kerajaan mereka memang mahukan pilihanraya bersih dan adil?

Katakanlah, pihak BN tidak berminat untuk mendedahkan kecatatan daftar pemilih ini, maka sudah nyata bahawa kecatatan ini memberi kelebihan kepada pihak BN.

Jika 'kelebihan' ini wujud kepada pihak BN, SPR seharusnya bertindak sebagai pengadil yang adil. Bukankah SPR mahu dilihat adil? Jadi mengapa berkuntau mempertahankan kecacatan ini?

Semua ini sudah teramat jelas menunjukkan bahawa SPR tidak punya kredibiliti lagi. BN telah menang dengan segala kecatatan ini sebelumnya. Jika BN menang lagi pada pilihan raya akan datang, kerajaan itu tidak layak diiktiraf kerana ia melalui proses yang salah dan tidak sah.

Mampukah PR atasi masalah?

Jika PR pula berjaya mengambil alih pemerintahan negara, bukan bermakna SPR sudah bersih dan adil, sebaliknya itu menunjukkan hampir 100 peratus rakyat telah mengundi PR. Maksudnya, kecatatan dan sikap berat sebelah SPR sudah tidak mampu lagi untuk menjadi pembelit dan pemanipulasi sistem pilihan raya bagi pihak UMNO-BN.

Dalam bahasa bolasepak, jika pengadil berat sebelah, dia mungkin boleh membatalkan dua tiga gol jaringan pasukan yang tidak disukainya. Tetapi jika 10 gol disumbatkan, pengadil hanya mampu gigit jari.

Namun, adakah mungkin rakyat akan meyokong PR 100 peratus? Jika kita berfikir secara realistik, itu adalah suatu hal yang amat mustahil sekali. PR amat sedar dan mengakuinya. Atas sebab itulah PR terus mendedahkan kepincangan dan kelemahan SPR supaya semua pengundi sedar apa yang sedang berlaku.

Atas sebab yang sama, Bersih dan Bersih 2.0 diadakan, untuk memastikan setiap pengundi sedar dan tahu tentang hak mereka.

Jika pengundi tidak peduli, maka pengundi sendiri akan terus dilanda masalah kerajaan yang menang secara tidak sah dan merasakan diri tidak perlu bertanggungjawab kepada pengundi yang sentiasa boleh diperkotakkatikkannya. – Roketkini.com

Laporan Polis Terhadap Najib Salah Guna Dana Awam Bercuti Ke Australia

Posted: 10 Sep 2011 05:00 AM PDT

Najib cuti di Australia, salah guna dana awam?

PM bercuti ke Perth pada 31 Ogos dengan menaiki pesawat rasmi Kerajaan Malaysia nombor pendaftaran 9M-NAA.

PETALING JAYA: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) hari ini membuat laporan polis terhadap salah guna dana awam oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa bercuti di Perth, Australia serentak ketika negara merayakan Hari Kebangsaan dan Aidilfitri 31 Ogos lalu.

"Laporan polis telah dibuat serentak oleh Penyelaras SAMM negeri masing-masing di Perlis, Pahang dan Negeri Sembilan," kata Presidennya Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai CheguBard.

Beliau berkata pihaknya membuat laporan polis berdasarkan maklumat yang dimuat oleh portal berita Malaysiakini.com pada 2 September lalu yang melaporkan Najib bercuti ke Perth pada 31 Ogos dengan menaiki pesawat rasmi Kerajaan Malaysia nombor pendaftaran 9M-NAA.

Menurutnya, pesawat tersebut yang berlogokan 1Malaysia dimiliki oleh Jet Premier One (M) Sdn Bhd, anak Syarikat Penerbangan Malaysia Bhd (MAS) iaitu sebuah entiti milik Kerajaan Malaysia melalui pegangan saham oleh Khazanah Nasional Bhd.

Ujar beliau, "saya merasakan bahawa amat tidak wajar dan tidak melambangkan semangat patriotik apabila Najib pergi bercuti ke luar negara pada Hari Kebangsaan.

"Namun apa yang lebih penting dari itu ialah adakah di sana terdapat unsur penyalahgunaan harta negara dan dana awam apabila Najib bercuti dengan menggunakan kemudahan awam untuk tujuan peribadi," katanya.

Tegas beliau, "pesawat tersebut bukan merupakan pesawat peribadi Najib di mana segala perbelanjaan dan kos pesawat tersebut ditanggung oleh kerajaan vis-à-vis rakyat.

"Ini menimbulkan tanda tanya kepada saya adakah ianya merupakan suatu unsur penyalahgunaan kuasa oleh Najib untuk kepentingan peribadi," kata beliau yang juga Ketua Cabang PKR Rembau. -FMT



Lawatan Australia PM - peribadi atau rasmi?

Datuk Seri Najib Razak pulang selepas memendekkan lawatan ke Australia, tetapi persoalan berhubung status dan pembiayaan terhadap lawatan itu masih kekal.

ADUN Komtar Ng Wei Aik berkata, memang perdana menteri menemui mahasiswa Malaysia di Perth tetapi beliau juga berjalan untuk urusan peribadi yang mesti ditanggungnya sendiri.

"(Lawatan Najib) lebih daripada bertemu mahasiswa di sana. Beliau patut pergi dengan jet peribadi dan gunakan wang sendiri.

"Apabila kamu menggunakan pesawat kerajaan, kerajaan harus membayar perbelanjaan kamu...," katanya.

Ng membandingkan tindakan itu dengan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang menggunakan penerbangan ekonomi walaupun untuk urusan rasmi.-mk



Caj 6% Parabayar: Bantahan Rakyat Meningkat.

Posted: 10 Sep 2011 03:55 AM PDT

Reaksi rakyat kebanyakan sudah dijangkakan. Rata-ratanya melahirkan kekecewaan apabila kerajaan dan syarikat telekomunikasi (Telco) memutuskan untuk mengenakan cukai perkhidmatan enam peratus kepada pengguna prabayar dan pek permulaan kad SIM mulai 15 September ini.

Malah pendapat itu turut dikongsi oleh agen tambah nilai prabayar dan pek permulaan kad SIM, Roslinda Samad yang menyifatkannya sebagai beban kepada pengguna.

"Kenaikan caj perkhidmatan enam peratus ini bagi tambah nilai bagi saya satu kadar yang tinggi, sebelum ini pun caj untuk seminit mencecah 30 sen, ditambah dengan caj enam peratus itu jelas sangat membebankan kepada pengguna, saya sebagai agen telekomunikasi sejujurnya rasa ini tidak wajar, bagi syarikat telekomunikasi itu sendiri caj yang dikenakan untuk masa berbual pun sudah menguntungkan,"katanya kepada Tv Selangor.

Syarikat telekomunikasi melalui satu kenyataan semalam memberitahu, kadar cukai perkhidmatan enam peratus itu bukan sesuatu yang baru.

Namun yang pasti, seramai 26.2 juta pelanggan talian telefon mudah alih prabayar di negara ini bakal menerima kesan akibat pertambahan kadar enam peratus setiap kali membeli kad tambah nilai.

Cukai perkhidmatan ini meliputi tiga syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi utama negara iaitu Celcom (Xpax) seramai 9 juta pelanggan, DiGi seramai 7.7 juta orang dan Maxis (Hotlink) 9.5 juta orang.

Dengan penguatkuasaan caj itu, seorang pelanggan yang membeli kad tambah nilai berjumlah RM10 perlu membayar RM10.60, dengan 60 sen adalah cukai perkhidmatan.

Sementara itu menurut Rosmaharza Zainuddin, seorang pelajar di salah sebuah sekolah menengah di bandar ini, turut melahirkan rasa kesalnya di atas caj tambahan ini.

"Bagi saya perkara ini tidak seharusnya berlaku, saya yang masih belajar sedia maklum memerlukan banyak perbelanjaan untuk pelbagai keperluan,"katanya lagi.

Manakala bagi seorang lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Khairul Anwar Musa yang masih belum berpeluang menyambung pengajian berkata, walaupun pertambahan caj hanya enam peratus namun bagi pelajar dan mereka yang berpendapatan rendah, ia cukup membebankan.

Apatah lagi katanya, penggunaan telefon bimbit merupakan satu keperluan asas pada hari ini.

"Saya sejujurnya tidak setuju sekirannya kadar ini dinaikkan, keadaan ini agak membebankan,"katanya. -tvsnews

Cukai prabayar 6% untuk dana PRU-13 BN?

PETALING JAYA, 9 Sept: AJK PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad menyifatkan kenaikan caj prabayar sebanyak enam peratus bukan sahaja membebankan rakyat malah ia adalah satu sumber kerajaan Barisan Nasional mengumpul dana bagi menghadapi Pilihanraya Umum (PRU) ke-13 yang akan datang.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor ketika ditemui pada satu sidang media di Pejabat Sekretariat Pakatan Rakyat hari ini juga menjelaskan tindakan itu dilihat sebagai sikap tidak bertanggungjawab kerajaan terhadap rakyat dibawah yang dihimpit dengan masalah ekonomi yang semakin teruk.

"Tindakkan menaikkan caj prabayar sebanyak enam peratus ini bukan sahaja membebankan rakyat malah ia secara jelas adalah satu usaha kerajaan untuk mengumpul dana PRU13 nanti.

"Kita melihat kerajaan dibawah pimpinan Dato' Seri Najib Razak tidak pernah menyelami apa yang telah dialami oleh rakyat terutamanya tentang permasalahan ekonomi, rakyat terus dibebani setiap masa iaitu dari isu kenaikan harga minya dan juga barang keperluan dan sekarang caj enam peratus ini pula," katanya yang juga Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS (PPP).

Gologan berpendapatan rendah terbeban

Dr Dzulkefly juga memberitahu bahawa kalau kita melihat angka enam peratus itu amat kecil tetapi fokus utama bukan kepada angka tersebut malah ia perlu dilihat pada satu sudut yang berbeza.

"Kerajaan mahupun telco akan mengatakan enam peratus adalah satu angka yang amat kecil tetapi jika kita meihat dari sudut penggunaan dan juga kekerapan ia akan menjadi satu angka yang amat besar.

"Kita tahu rata-rata pengguna prabayar adalah dari mereka yang berpandapatan rendah dan jika mereka terus dibebani oleh kenaikkan caj tersebut apa yang mereka dapat lakukan selain terpaksa mengeluar perbelanjaan yang lebih setiap bulan dan ia secara tidak langsung akan menimbulkan masalah kepada pendapatannya setiap bulan," sambungnya lagi.

Tambahnya lagi, kenaikkan caj tersebut juga merupakan sumber pendapatan baru kerajaan dalam mengatasi masalah kewangan negara.

"Ini adalah sumber pendapatan baru kerajaan dalam bentuk tunai, persoalannya teruk sangatkan masalah kewangan negara ini sehingga kerajaan terpaksa melaksanakan kenaikan caj tersebut dengan cara tergesa-gesa.

"Kita tahu caj yang dikenakan itu adalah dalam bentuk tunai dan dibayar dahulu oleh pengguna, jadi berapakah jumlah sebenar yang diperolehi oleh kerajaan setiap hari mahupun setiap bulan dan kita nak kerajaan jelaskan berapa jumlah serta kemana wang tersebut dibelanjakan.

"Sekali lagi apa yang saya ingin nyatakan disini Najib sekali lagi gagal melaksanakan prinsip yang beliau bawa dalam konsep 1Malaysia yang mana Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Kalau Najib betul-betul perihatin terhadap rakyat bukan cara sedemikian ia dilakukan, dalam keadaan sekarang rakyat tidak lagi boleh dibebani oleh kenaikan harga barang," tambahnya lagi.

Semalam syarikat telekomunikasi telah mengumumkan kenaikan caj sebanyak enam peratus berkuatkuasa 15 September nanti dengan alasan mengatakan cukai perkhidmatan merupakan cukai penggunaaan dan boleh dikenakan kepada pelanggan sebagaimana yang disediakan dalam perundangan cukai perkhidmatan dan ia termaktub di dalam Akta Cukai Perkhidmatan 1975. -HD




Keretapi Terbakar. Penumpang Terjun Dari Koc Selamatkan Diri

Posted: 10 Sep 2011 02:32 AM PDT

Gua Musang: Perjalanan kira-kira 800 penumpang kereta api Ekspres Senandung Wau terlewat sejam apabila sebuah daripada 14 gerabak kereta api terbabit terbakar berhampiran Stesen Keretapi Merapoh, dekat Kuala Lipis, malam tadi.

Tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan dalam kejadian kira-kira 11 malam itu walaupun kebanyakan penumpang terjun dari koc untuk menyelamatkan diri sebaik tren berkenaan berhenti mengejut.

Kereta api ekspres itu yang dalam perjalanan dari Tumpat ke Kuala Lumpur meneruskan semula perjalanan sebaik sahaja kebakaran berjaya dipadamkan, koc dipisahkan dan ditinggalkan di Stesen Keretapi Merapoh.

Gerabak yang membawa generator dan alat pendingin hawa itu disedari terbakar oleh pemandu lokomotif lalu segera memberhentikan tren sebelum menghubungi pihak bomba dan pasukan penyelamat berhampiran.

Sejurus kemudian sepasukan enam anggota bomba sukarela Kampung Merapoh berkejar ke lokasi untuk mengawal api daripada merebak ke gerabak penumpang lain sebelum pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang tiba 16 minit kemudian untuk membantu.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang, Ahmad Zailan Maarof, berkata pihaknya menerima penggilan ada jam 12.11 pagi dan terus menghantar pasukan tujuh anggota penyelamat dengan sebuah jentera bomba.

"Kami mengambil masa 15 minit memadam api pada gerabak terbabit yang sebahagian besarnya hangus," katanya.

Beliau berkata, pihak Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Lipis menyiasat punca kebakaran dan gerabak yang terbakar masih diletakkan di Stesen Keretapi Merapoh. - BERNAMA

Tiada ulasan: