Blog-list Malaysia |
- Luahan Hati Adik Dan Keluarga Mat Indera
- Sejarah Malaysia versi Umno nafi pejuang Melayu lain
- Sarjan Bajuri (bekas Ketua Pemuda Umno Bah.) dibayar oleh British sebanyak $75,000.00 kerna memberkas Mat Indera
- Azeez: Kami diberi jaminan misi Malaysia akan selamat di Somalia
- BENDERA MALAYSIA PUNCA JURUKAMERA DITEMBAK..
- Peluru tentera AU bunuh jurukamera BernamaTV
- PAS ajak Umno debat 'Siapa Pejuang Merdeka'
- Misi Somalia Umno: Gara-gara cari publisiti murah
- Azeez Masih Trauma?? Lakonan Terbaru Dari Ketua Kelab Putera 1 Malaysia..
- Soalan untuk renungan anak pasca merdeka
| Luahan Hati Adik Dan Keluarga Mat Indera Posted: 04 Sep 2011 09:53 PM PDT - Assalamualikum... kami bagi pehak keluarga allahyarham Mat Indra mengucapkan berbanyak T Kaseh kpd semua ajk pusat Pas kerana bersusah payah utk membersehkan nama abang saya yang selama ini amat saya tuggu2kan. semoga Allah memberikan segakla kemudahan amin.. Hidup Pas PEJUANG BANGSA pesanan ringkas diatas tanpa suntingan ini diterima oleh Abang Mat Sabu pesanan ini dihantar oleh adik Mat Indra yang bernama Baharum yang tinggal di cheras Dipetik dari TT |
| Sejarah Malaysia versi Umno nafi pejuang Melayu lain Posted: 04 Sep 2011 09:47 PM PDT KUALA LUMPUR, 5 Sept — Selain perlu dikaji semula, Dewan Pemuda PAS Selangor menyifatkan sejarah kemerdekaan negara telah mengetepikan ramai tokoh pejuang Melayu dan hanya mengangkat Umno sebagai wira sebenar yang menuntut kemerdekaan. Jelas Ketua Dewan Pemuda PAS Selangor Hasbullah Mohd Ridzwan, pihaknya amat bersetuju sekiranya sejarah kemerdekaan negara ini dikaji semula dan ditulis semula "secara berilmiah dan beradab." Ini kerana jelas beliau, masyarakat seolah-olah melihat sejarah kemerdekaan seperti sejarah Umno semata-mata, tanpa membabitkan tokoh lain. "Dewan Pemuda PAS negeri Selangor menganggap sejarah kemerdekaan Malaysia masih ada banyak kelompongan fakta yang perlu ditambah dan diperbaiki, terutamanya yang membabitkan perjuangan tokoh-tokoh agamawan yang mempelopori gerakan kebangkitan rakyat melawan penjajah. Masyarakat kini melihat seolah-olah sejarah kemerdekaan ini seperti sejarah Umno semata-mata tanpa membabitkan tokoh yang lain," katanya dalam satu kenyataan. Menurut Hasbullah, ramai tokoh pejuang kemerdekaan termasuk Tok Janggut di Kelantan, Abdul Rahman Limbong (Terengganu), Mat Kilau dan Dato' Bahaman (Pahang), Abu Baqar Basyir dan Dr Burhanuddin Al Helmi telah dinafikan hak sebagai pejuang kemerdekaan. "Mereka merupakan pahlawan yang melawan penjajah di zaman masing-masing yang telah dinafikan hak mereka sebagai tokoh kemerdekaan negara," katanya. Tambah beliau, Umno akan menggunakan isu hari kemerdekaan untuk mempengaruhi, menakutkan dan mengancam rakyat agar tidak menolak parti Melayu itu. "Umno-BN sentiasa memomokkan kepada rakyat bahawa hanya mereka sahajalah yang berjuang untuk kemerdekaan negara sedangkan sejarah yang sebenarnya menukilkan bahawa Umno adalah sebenarnya alat kepada penjajah," katanya. Justeru Hasbullah menyifatkan Umno cuba meraih simpati politik berhubung isu yang ditimbulkan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu mengenai tragedi Bukit Kepong. "Umno-BN cuba menunjukkan bahawa merekalah hero sebenarnya untuk mempertahankan ketuanan Malaysia dan menuduh Pakatan Rakyat sebagai pengkhianat negara tanpa memberi ruang untuk Pakatan Rakyat menjawab. "Kami percaya timbalan presiden PAS mempunyai hujah dan fakta yang kukuh serta bertanggungjawab terhadap segala kenyataan yang dikeluarkan," katanya. Mohamad yang lebih dikenali "Mat Sabu" mencetuskan kontroversi apabila memberitahu dalam satu ceramah bahawa pejuang kemerdekaan telah melancarkan serangan itu di balai polis Bukit Kepong — membunuh 25 orang — semasa pemberontakan komunis dalam 1950. Ahli politik itu telah dituduh membela komunis oleh pemimpin Umno dan ia disiarkan dalam Utusan Malaysia walaupun Mohamad menafikan ada menggunakan perkataan komunis dalam ceramahnya. Mohamad, dalam ceramahnya mengatakan Muhammad Indera — salah seorang individu yang dipujinya ketika ceramah pada 21 Ogos lalu telah dikatakan sebagai seorang pejuang kemerdekaan, sebagaimana disebutkan dalam Berita Harian pada 13 Ogos 2010. Muhammad, lebih dikenali sebagai Mat Indera, adalah pemimpin komunis Melayu yang melancarkan serangan gerila terhadap berek polis ketika pentadbiran British. Tegas Hasbullah, pakar sejarah perlu mendesak kerajaan supaya membuka ruang untuk membicarakan isu kemerdekaan secara telus dan terperinci. Beliau menambah, kerajaan juga perlu menyediakan satu platform untuk membincangkan perkara itu. - TMI |
| Posted: 04 Sep 2011 08:25 PM PDT Dalam bulatan - Muhammad Indera (Mat Indra) Orang yang terlibat secara langsung menangkap Mat Indera ialah Bajuri Haji Siraj atau Sarjan Bajuri. Beliau merupakan pegawai yang terlibat untuk memberkas Mat Indera dan menerima habuan $75,000.00 seperti yang ditawarkan oleh pihak British. Beliau pernah memegang jawatan sebagai Ketua Pemuda UMNO Pontian dan pernah bertanding sebagai calon bebas setelah tidak terpilih sebagai calon Perikatan di dalam pilihanraya kecil Dun Pontian Kecil pada tahun 1961. Sekarang siapa pengkhianat? Dipetik dari KerajaanRakyat |
| Azeez: Kami diberi jaminan misi Malaysia akan selamat di Somalia Posted: 04 Sep 2011 07:36 PM PDT KUALA LUMPUR, 5 Sept — Misi kemanusiaan Malaysia ke Somalia diberi jaminan oleh polis dan tentera tempatan bahawa pasukan itu akan selamat di negara berkonflik itu, kata ketua Kelab Putera 1 Malaysia pagi ini di sebalik kritikan pelbagai pihak berhubung tragedi yang meragut nyawa jurukamera Bernama TV. Datuk Azeez Abdul Rahim, yang juga ahli Majlis Tertinggi Umno berkata, kematian Noramfaizul Mohd Nor Jumaat lalu adalah satu takdir kerana beliau mahu menyertai misi itu meskipun awalnya tidak disenaraikan oleh Bernama sebagai anggota pasukan. Ketua Putera Umno itu, yang muncul pada program Selamat Pagi Malaysia RTM pagi ini, mempertahankan tindakan kelab tersebut daripada kritikan dan gesaan agar bertanggungjawab atas kematian Noramfaizul. Azeez berkata Noramfaizul dimasukkan sebagai anggota misi dua hari sebelum pasukan Malaysia berlepas ke Somalia. "Dia memberitahu kami bahawa dia wajar (diterima) pergi kerana ada pengalaman membuat liputan misi kami di Gaza dan Pakistan. "Saya memberitahu mereka di Bernama, saya selesa dengan dia dan mereka bersetuju untuk menghantarnya," kata Azeez. Semalam, Kementerian Luar berkata pihaknya telah menghantar Duta Besar Malaysia ke Libya Datuk Zulkifli Yaacob ke Somalia untuk meninjau langkah-langkah keselamatan di negara itu sebelum misi bantuan kemanusiaan Kelab Putera 1 Malaysia ke sana. Menterinya Datuk Seri Anifah Aman berkata Zukifli ke Somalia bagi membuat kerja-kerja lapangan dan penilaian yang diperlukan untuk misi berkenaan. Azeez juga berkata, pertubuhan bukan kerajaan itu juga ada menghantar sebuah pasukan tinjauan, yang terdiri daripada seorang bekas duta dan bekas kolonel tentera darat, ke Somalia sebagai sebahagian daripada langkah persiapan. "Apabila mereka tiba di sana, kami diberitahu oleh polis dan tentera di sana.... mereka memberi jaminan kepada kami bahawa adalah selamat... semuanya berjalan dengan baik. Kami berhati-hati," katanya lagi. Azeez juga berkata pasukan Malaysia dilindungi oleh askar tempatan dan itu sebabnya askar Malaysia tidak mengiringi mereka. Bagaimanapun kata beliau, kesemua mereka yang menyertai dalam misi itu melakukannya secara sukarela dan mereka telah dimaklumkan mengenai risiko bakal dilalui. Azeez berkata kesemua peserta termasuk mereka dari media telah menandatangani borang perlindungan tanggungjawab dan telah diberitahu hak mereka bahawa boleh menarik diri daripada misi jika mahu sebelum pasukan meninggalkan tanah air. Justeru katanya, meskipun para peserta telah menandatangani borang perlindungan tanggungjawab itu, kelabnya masih mengambil insurans khas bagi anggota misi. Azeez berkata, beliau dimaklumkan oleh syarikat insurans bahawa RM200,000 akan dibayar kepada keluarga Noramfaizul. Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Norazrina Jaafar, 37, dan dua anak lelaki Mohd Irfan, 8, dan Mohd Naufal, 3. Semalam, beberapa saudara terdekat mahu penganjur memikul tanggungjawab atas nasib yang menimpa jurukamera itu. |
| BENDERA MALAYSIA PUNCA JURUKAMERA DITEMBAK.. Posted: 04 Sep 2011 06:21 PM PDT Mogadishu - Kerajaan Somalia hari ini mengeluarkan laporan lengkap mengenai kematian jurugambar warga Malaysia yang diserang hendap. Antara yang berada dalam laporan tersebut ialah kekeliruan kumpulan2 pejuang membezakan bendera Malaysia dengan Amerika Syarikat "Kumpulan2 pejuang di Somalia tidak pernah dengar nama Malaysia. Dan sentimen anti Amerika (Syarikat), sangat tinggi di sini. Kami (kerajaan Somalia) sudah mengeluarkan garis panduan dan amaran mengenai sentimen anti Amerika Syarikat. Tetapi pihak Malaysia berkeras mahu mempamerkan bendera Malaysia kerana misi ini adalah misi publisiti politik negara mereka." Jelas jurucakap kerajaan Somalia. Al-Fatihah buat arwah.. Dipetik dari UmmiAnni |
| Peluru tentera AU bunuh jurukamera BernamaTV Posted: 04 Sep 2011 06:14 PM PDT Tembakan yang membunuh jurukamera Bernama TV Noramfaizul Mohd Nor dan mencederakan seorang lagi jurukamera TV3 telah dilepaskan oleh tentera pengaman Kesatuan Afrika, lapor beberapa media Barat dan Afrika. "Fakta sekarang agak kabur, saya telah bercakap secara peribadi dengan presiden Somalia mengenai kejadian itu dan saya secara ikhlas memberi jaminan bahawa siasatan penuh akan dijalankan. Tindakan sewajarnya akan diambil terhadap mana-mana askar yang didapati telah bertindak secara melulu, " lapor akhbar New York Times yang komander tentera pengaman Australia Mejar Jeneral Fred Mugisha. Maklumat ini, bagaimanapun belum disampaikan dalam kenyataan kepada kerajaan Malaysia yang masih berusaha menentukan punca serangan dan dalang yang harus dipertanggungjawabkan di sebalik kejadian yang berlaku Jumaat lalu. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata beliau telah menghubungi kerajaan Somalia mengenai isu itu dan telah dijanjikan laporan penuh insiden berkenaan oleh Presiden Somalia Sheikh Sharif Sheikh Ahmed, sebaik sahaja sisatan selesai. Pihak pembangkang, ahli keluarga dan badan-badan bukan kerajaan, sebelum ini mengecam penganjur misi bantuan kemanusiaan kelab Putera 1Malaysia ke Somalia, yang mana Najib adalah penaungnya. Ini kerana mereka didakwa gagal memberi perlindungan dan latihan yang mencukupi kepada kumpulan waratwan yang dibawa ke Somalia bagi membuat liputan berkenaan. Wartawan yang membuat liputan itu telah memaklumkan bahawa mereka tidak dibekalkan dengan jaket kalis peluru, mahupun diberi latihan khusus tentang apa yang perlu dilakukan bagi menghadapi bahaya zon pertempuran. Najib pula pada sidang akhbarnya, semalam berkata bukan masanya untuk menuding jari dan menyalahkan mana-mana pihak berhubung kematian jurukamera BernamaTV yang terkena tembakan peluru sesat Jumaat lalu. "Ini merupakan sebahagian (daripada bidang kewartawanan). Kamu boleh mengambil langkah keselamatan tapi tiada jaminan sepenuhnya (mengenai keselamatan) sebaik anda berada di kawasan konflik," katanya. |
| PAS ajak Umno debat 'Siapa Pejuang Merdeka' Posted: 04 Sep 2011 07:24 AM PDT KUALA LUMPUR, 4 Sept: Memandangkan Umno begitu berminat menggunakan isu sejarah pra-kemerdekaan negara dalam serangannya, PAS hari ini mengajak Umno untuk berdebat terbuka secara ilmiah untuk menangani isu 'Siapakah layak digelar pejuang kemerdekaan sebenarnya?' dalam sejarah tanah air sebelum Merdeka. Menurut Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataannya hari ini, PAS melalui Lujnah Penerangan akan menghantar surat jemputan kepada Ketua Penerangan Umno dalam masa terdekat bagi menganjurkan satu perbahasan umum ilmiah tersebut atas dasar menghormati hak rakyat untuk membuat pernimbangan dan penilaian sendiri melalui hujah-hujah dari kedua-dua pihak kepada isu kedudukan tokoh-tokoh pejuang kemerdekaan yang dilupakan dalam sejarah negara. Disebabkan serangan bertubi-tubi Umno yang kini berlangsung selama 9 hari ini, kata Tuan Ibrahim rakyat kini, terutamanya golongan muda yang celik internet terdedah dengan pelbagai maklumat mula membuka mata dan mulai bangkit mencari kebenaran dan membuat penilaian semula fakta sejarah yang dihilangkan selama ini oleh pihak pemerintah. Fenomena terbaru untuk mencari kebenaran ini, katanya turut secara langsung menyedarkan rakyat bahawa mereka mesti bangun menuntut perubahan kepada kepimpinan negara sekarang demi satu masa depan baru yang lebih bertanggungjawab untuk kebaikan generasi akan datang. "Selain itu, sebahagian besar waris pejuang kemerdekaan yang terkorban dalam menentang Inggeris kini sangat dukacita apabila mereka dicapkan sebagai golongan komunis, sedangkan mereka langsung tiada kena mengena dengan komunis. Waris Mat Indera yang ditemui juga sangat berdukacita dengan laporan tidak beradab media perdana yang mengaitkannya dengan komunis. Mereka yakin, hanya dengan tumbangnya kerajaan BN barulah fakta sejarah yang sebenar dapat ditegakkan. Sehubungan itu, PAS sedia berdebat secara ilmiah terbuka dengan Umno pada bila-bila masa bagi menghurai kekusutan ini," kata beliau, sambil menambah ia adalah satu penyelesaian konkrit kepada isu yang hangat dimainkan di media perdana kini. PAS, katanya turut berasa simpati kepada kesan mendalam kepada waris Mat Indera dan tokoh-tokoh pejuang kemerdekaan yang lain yang bangun menentang penjajah tetapi jasa mereka digugurkan dan tidak diiktiraf dalam sejarah akibat terpaksa menanggung pelbagai tuduhan liar 'pejuang-pejuang pertahanan sejarah versi Umno' tanpa ruang untuk menjawab. "Di sebalik tuduhan golongan ini, adakah mereka sengaja tak mengendahkan fakta-fakta pelbagai aspek, contohnya masa kejadian berlaku, kenapa kerajaan Johor mengiktiraf perjuangan mereka dan kenapa Mat Indera diberi tauliah mengajar agama di Johor – sehinggakan menggelar sesiapa yang memberikan pandangan berlainan terhadap versi sejarah mereka sebagai pengkhianat dan penyokong komunis?" soal beliau. Menjawab tuduhan para pemimpin Umno bahawa PAS kini menyokong komunis, Tuan Ibrahim secara sindir berkata PAS hanya mampu ketawa besar mendengar tuduhan yang dilemparkan hanya kerana PAS ingin membela tempat tokoh-tokoh pejuang kemerdekaan yang dilupakan dalam sejarah tanah air. "Tuduhan Umno ini bukan sekadar lawak terbesar, malah jenaka terbodoh abad ini kerana antara PAS dan perjuangan komunis langsung tidak ada titik persamaan. Seperti kata Tuan Guru Presiden PAS, umum mengetahui 'PAS adalah sebuah Parti Islam, dan kita menentang semua samada British, Jepun serta komunis. Umno pula akan menyokong mana-mana kumpulan yang berkuasa dan boleh memberi keuntungan kepada mereka'," sindir beliau, yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang. Tuduhan Umno terhadap PAS, katanya seolah-olah hendak menyamakan parti Islam ini dengan parti mereka yang terkenal kerana bertulang-belakangkan 'kuasa dan hanya kuasa' saja, di mana segala dasar boleh dijual-beli untuk tujuan mendapatkan kuasa. Selain itu, tegas beliau tindakan Umno ini juga benar-benar menggambarkan parti tersebut ketandusan modal bagi menyerang PAS, yang saban hari dilihatnya sebagai parti yang semakin mampu memberikan tentangan terhebat kepadanya, malah menundukkannya dalam head-to-head pada PRU-13. Harakahdaily |
| Misi Somalia Umno: Gara-gara cari publisiti murah Posted: 04 Sep 2011 05:28 AM PDT Pada masa artikel ini disiarkan, badan berusia 39 tahun Noramfaizul Mohd Nor, jurukamera Bernama lewat, yang nampaknya mengikuti misi kemanusiaan Umno Putra kelab kepada rakyat Somalia telah tiba di Malaysia. Ia adalah tragis, disamping beratus-ratus nyawa yang hilang semasa Raya di jalan raya Malaysia kerana 'amukan' balik kampung , Faizul pula menemui ajalnya dalam wilayah perang yang melanda Mogadishu, Somalia. Adakah ini hanya satu kemalangan? Bolehkah ia dielakkan? Adakah UMNO yang terburu-buru ke Somalia benar-benar mahu membantu Somalia? Atau adakah parti ini telah hilang kewarasan dan tergesa-gesa tanpa berhati-hati ke Somalia pada malam Raya untuk satu aksi publisiti yang ngeri. Jika ia adalah untuk satu aksi ngeri publisiti, maka kematian Faizul adalah sia-sia dan ini bukan kali pertama kakitangan kita, kedua-dua perubatan dan bukan perubatan menghadapi risiko bukan sahaja nyawa mereka, tetapi yang lebih penting orang di sekeliling mereka yang mungkin tidak sedar kepada bahaya seperti misi ini. Apa kena mengenanya orang Somalia dengan 1Malaysia? Kalau dikatakan bodoh, marah pula! Tetapi inilah antara contoh kebodohan penganjur misi ini Pada tahun 2003, Mercy Malaysia, bertindak sama dengan meletakkan kakitangan perubatan yang berada di dalam bahaya.Dua Doktor , Dr Jamilah dan Baba bernasib baik untuk hidup walaupun kedua-duanya ditembak di Baghdad. Tidak bernasib baik pemandu mereka orang Syria dan kakitangan perubatan Iraq yang mengiringi mereka. Kedua-duanya kehilangan nyawa dalam tembak menembak. Rakyat Malaysia mungkin bertujuan baik, tetapi menyampaikan bantuan di kawasan yang bergolak dengan perang dan bencana membawa risiko yang besar dan memerlukan latihan khusus. Ia bukanya seperti satu aktiviti luar budak pengakap. Selain daripada aspek keselamatan, soalan-soalan telah timbul tentang bagaimana perjalanan ini adalah dibiayai dan yang siapa sebenarnya yang mengaudit usaha yang sukar ini? Apabila tsunami 2004 melanda Acheh, rakyat Malaysia adalah salah satu daripada yang pertama tiba di Acheh. Tetapi mereka begitu buruk dilengkapi untuk menjalankan tugasan . Berbeza langsung, Singapura dan Australia telah menghantar tentera dan pakaian tentera laut mereka untuk menghadiri pengagihan bantuan. Bantuan kemanusiaan yang dijalankan oleh pasukan terlatih cenderung untuk menjadi lebih teratur, terancang, rawatan segera dan memberi tumpuan kepada membantu. Rakyat Malaysia keluar untuk membantu Sendai, Jepun berikutan tsunami tahun ini , telah tidak dibenarkan walaupun untuk meninggalkan Subang untuk ke Jepun oleh pihak berkuasa Jepun, mereka secara sopan enggan menerima bantuan tersebut kerana mengetahui benar dan mereka tidak dapat menjamin keselamatan orang-orang mereka sendiri apatah lagi sukarelawan asing yang tidak terlatih dalam mengendalikan kebocoran nuklear . Dari imej yang dipertontonkan di TV tempatan, pasukan Umno Putra nampak sebagai kakitangan yang tidak terlatih melakukan rondaan mereka di kawasan yang tidak mesra dan kadang-kadang agresif. Bagaimana akan memberi suntikan taun / vaksin secara adhoc dan mengendalikan klinik pesakit luar tanpa persediaan di kem-kem pelarian membantu orang awam di sana dalam jangka panjang? Dan mengapa anda mahu melakukan suatu tugas yang anda tidak dilatih untuk mengendalikan terutamanya di persekitaran anda tidak begitu ketahui dan tidak begitu mesra. Kita dalam keadaan aman pula dan ini akan mempunyai misi yang baik untuk mereka sentiasa dalam keadaan bersiap sedia. Tiada bahaya yang pasti kapal selam kita tenggelam kerana mereka tidak boleh menyelam, atau jet tentera udara kita tanpa enjin terhempas dan sudah tentu tidak ada komunis untuk diawasi atau yang sedang menunggu untuk mewujudkan satu lagi keadaan Bukit Kepong. Jika kita mengkaji secara ringkas di laman web hospital tentera menunjukkan bahawa hampir kesemua hospital-hospital mereka tidak ada pesakit. Apa yang doktor tentera dan medik kita buat dengan begitu banyak masa lapang? Bukankah sepatutnya mereka yang pergi dan bukannya kelab Umno. Kecuali, tentunya, bantuan yang Umno pergi untuk sampaikan adalah 'satu pertunjukan', menu utama ialah publisiti untuk parti atau pemimpin berdasarkan laporan harian dalam imej MSM dan TV pada masa perdana. Adakah ini kempen pilihan raya GE13 menggunakan kesengsaraan Somalia dan wartawan kita diperalatkan untuk mencuci otak orang-orang kampung di Jengka dan Baling? Umno kini perlu bersedia untuk menjawab beberapa soalan yang sukar. Misi tiba di Somalia pada 30 Ogos di salah satu daripada destinasi paling berbahaya di dunia dan negara yang merupakan rumah kepada lanun yang boleh memberi malu ke atas angkatan laut paling besar di Lautan Hindi, termasuk Tentera Laut Amerika Syarikat. Rupa-rupanya ia telah ditetapkan masa untuk menyediakan bantuan Hari Raya dan mengikut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh ketuanya, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim dan juga untuk bersolat Hari Raya di sana! Jika Kementerian Kesihatan yang terlibat dan telah menghantar beberapa anggota mereka, Liow Tiong Lai lebih baik bersiap sedia dengan beberapa jawapan!. Dengan keadaan rakyat Malaysia sendiri seolah perlu berperang untuk mendapatkan rawatan literal di kebanyakan hospital kerajaan, amat menarik untuk mendengar alasan Liow, seperti di Tung Shin. Bantuan sepatutnya untuk diagihkan kepada lima kawasan, dengan Mogadishu menjadi persinggahan pertama. Lain-lain termasuk Badbadur, kira-kira 25km dari Mogadishu, di mana kira-kira 250,000 orang mengambil perlindungan, Al Shabeb di Merka di mana 300,000 orang terjejas oleh kebuluran dan di kem Balet Veni yang menempatkan 100,000 orang.Kedua-dua kawasan ini terletak 100km dari Mogadishu.Malah ketua Operasi Lt-Kol Zahani Zainal Abdin telah memberi amaran bahawa adalah sangat berisiko untuk terbang ke Mogadishu pada waktu malam. Secara keseluruhan, terdapat sejumlah 55 sukarelawan dan ahli-ahli media yang membentuk sebahagian daripada misi meliputi kawasan dalam lingkungan hampir 200 km di negara di mana tanpa undang-undang kecuali untuk satu kuasa 9000 yang disokong oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) --satunya undang-undang dalam negara 10 juta. Jangan buat kesilapan, di negara ini walaupun berumur baru berumur 12 tahun , mereka membawa AK-47. Ahli-ahli kelab Umno tidak ada sebab berada di negara ini dan dalam mengejar publisiti murahan yang membahayakan nyawa orang awam lain , dan nyawa kedua-dua rakyat, Malaysia dan Somalian Mana-mana misi yang membawa orang awam dan wartawan adalah kecacatan kepada mana-mana anggota tentera kerana ianya mendedahkan bahaya walaupun komando tentera paling terlatih menjadi umpama seekor itik duduk. Al-Fatihah kepada keluarga Noramfaizul Mohd Nor. Mari kita berharap Bernama dan Utusan tidak memutar belitkan kematiannya yang tidak sepatutnya dan tidak perlu sebagai "mati syahid". sumber Alhusseyn |
| Azeez Masih Trauma?? Lakonan Terbaru Dari Ketua Kelab Putera 1 Malaysia.. Posted: 04 Sep 2011 04:14 AM PDT SERDANG, 4 Sept — Ketua Kelab Putera 1 Malaysia, penganjur misi kemanusiaan ke Somalia, hari ini enggan memberi sebarang komen berhubung tragedi yang meragut nyawa jurukamera Bernama TV Noramfaizul Mohd Nor malam kelmarin. Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim, yang juga Ketua Putera Umno berkata, beliau mahu sedikit masa kerana masih trauma dengan tragedi itu. "Nanti, nantilah... saya tengah trauma lagi," katanya. "Mungkin nanti saya akan buat sidang media," katanya kepada The Malaysian Insider ketika ditemui selepas majlis pengebumian jenazah Noramfaizul di Tanah Perkuburan Islam Universiti Putra Malaysia di sini. Jenazah Noramfaizul selamat dikebumikan kira-kira pukul 2.10 petang. Dalam kejadian kelmarin, kenderaan yang dinaiki Noramfaizul, 39, dan petugas media Malaysia lain yang diiringi tentera kerajaan Somalia, ditembak ketika mereka dalam perjalanan pulang ke tempat penginapan. Insiden itu turut menyebabkan jurukamera TV3 cedera di lengan. Noramfaizul meninggalkan seorang isteri, Norazrina Jaafar 37, dan dua orang anak lelaki Mohd Irfan, 8 dan Mohd Naufal 3. The Malaysia Insider |
| Soalan untuk renungan anak pasca merdeka Posted: 04 Sep 2011 03:25 AM PDT 1. Benarkah Umno tidak pernah berperang dengan British dan pemimpinnya hanya berunding untuk mendapat kemerdekaan. Jadi Tunku adalah perunding atau pejuang? 2. Sebelum merdeka British begitu terancam dengan PKM selepas merdeka Umno pula, walaupun sudah berdamai (1989) tetapi tetap gelabah. Apakah mereka bimbang mengenai hakikat sejarah yang akan terbongkar? 3. Benarkah ramai tentera British telah menjadi korban gerila Tentera Pembebasan Rakyat Malaya (TPRM) yang terdiri dari seluruh bangsa rakyat Malaya yang bergabung tenaga bersama PKM? 4. Bilakah semboyan merdeka bermula dan siapakah pemulanya? 5. Benarkah ramai perajurit TPRM juga telah terkorban menentang tentera penjajah Inggeris sejak darurat 1948 hinggalah merdeka. Apakah maksud pernyataan ini? 6. Kalau merdeka tanpa pertumpahan darah kenapa begitu ramai nama-nama askar Inggeris yang yang mati direkodkan di tugu negara kita. Kenapa mereka mati Mempertahankan siapa - tanah jajahan atau rakyat Malaya? 7. Benarkah Darurat 1948 adalah perang terhadap rakyat yang berjuang bersemboyankan merdeka. Mereka ditangkap, dipenjara dan dibunuh yang terlepas menyusup ke hutan bergerila membentuk TPRM. 8. Akta Darurat 1948 adalah demi keselamatan negara atau keselamatan imperialis Inggeris di Malaya? 9. Benarkah darurat 1948 ini diisytiharkan sesudah kuasa penjajah Inggeris melihat PKMM, AWAS, API, PKM, BATAS, Kesatuan Buruh dan lain-lain telah berjaya mengumpulkan berjuta rakyat Malaya di bawah PUTERA-AMCJA untuk mengusulkan negara merdeka berpelembagaan. 10. Benarkah darurat 1948 diistiharkan bagi mengekang tekanan dan suara merdeka di bawah PUTERA-AMCJA pelbagai kaum rakyat Malaya ketika itu. 11. Benarkah HARTAL yang dilancarkan pada 1948 adalah antara penyebab kuasa imperialis Inggeris melancarkan akta darurat 1948… dan kenapa? 12. Siapakah yang sebenarnya dalam keadaan darurat – imperialis Inggeris atau rakyat kerana kebangkitan seluruh rakyat ketika itu? 13. Benarkah akta ini adalah muslihat untuk British tidak mengisytiharkan perang sedangkan ia suatu perang terhadap rakyat yang berjuang menuntut Merdeka dengan membawa masuk 400,000 tentera dari tanah-tanah jajahannya ke Malaya ? 14. Kerana akta ini ramai pemimpin PKMM, AWAS, API serta lain-lain parti yang berjuang untuk menuntut merdeka telah bersama PKM dan berjuang dengan senjata menentang Inggeris dan kenapa ? 15. Jika mereka tidak memilih hutan dan gerila apakah pilihan yang ada untuk mereka kerana seluruh parti-parti progresif telah diharamkan. Apakah mereka perlu memilih rumah pasung Inggeris (balai polis), penjara atau tali gantung (Umno sahaja yang tidak diharamkan ketika itu kerana ia ditaja oleh British). 16. Kenapa perang dalam negeri terus berlangsung selepas merdeka. Bukankah ini antara syarat yang dikenakan Inggeris untuk merundingkan kemerdekaan? Apakah signifikan syarat ini? Tidakkah untuk memberi masa kepada British bagi mengelak "premature withdrawal" dan apakah signifikannya terhadap soal perniagaan senjata jangka panjangke Malaya oleh British serta kepentingan mempertahankan harta mereka (kolonial) yang masih ada? 17. Benarkah Inggeris memberi kemerdekaan kepada Malaya kerana mereka hormat orang Melayu yang mereka pernah tulis sebagai bangsa yang tinggal di atas pokok (1786) atau kerana mereka sudah tidak dapat tahan terhadap ribuan serangan bertubi-tubi dari gerila PKM yang menyebabkan beribu-ribu askarnya cedera dan terkorban. 18. Setujukah kalau kita katakan bahawa kita hanya ada sebelah buku sejarah iaitu versi Umno sedangkan Inggeris mempunyai buku sejarah tentang negara kita yang lebih lengkap yang tersimpan di London. 19. Bolehkah wira-wira Melayu silam seperti Tok Janggut, Datuk Bahaman, Mat Kilau, Datuk Sagor, Datuk Maharajalela dan yang lainnya yang dituduh oleh British sebagai pengganas itu adalah sebahagian dari pejuang kemerdekaan. 20. Benarkah pada tahun 1948 Umno hanya sebuah parti (gerombolan) kecil minoriti seperti PERKASA hari ini ? 21. Kenapa semboyan Umno adalah hidup Melayu dan bukan Merdeka, adakah ini kerana mereka pada awalnya memperlekehkan gerakan untuk merdeka atau takut atau ingin mengambil hati Inggeris? 22. Kenapa rundingan Baling 1955 gagal. Tidakkah Tunku di bawah tekanan David Marshallyang merancang untuk menggagalkan rundingan ini? [Said Zahari (17 tahun pernah merengkok dalam penjara) Ketua Pengarang Utusan Melayu ketika itu - adalah penulis cerita ini masih hidup serta boleh diwawancara]. 23. Kenapa Rundingan Baling II yang dijanjikan oleh Tunku tidak menyusul bagi menamatkan perang dalam negeri. Apakah kesannya, jika berdamai bukankah tiada tentera kita yang terpijak periuk api dan menjadi korban perang yang sia-sia? 24. Ramai pemimpin-pemimpin Melayu termasuk ulama telah ditangkap dan dipenjara kerana mereka tidak sealiran dengan Umno. Mereka telah dicap sebagai pengganas kemudian ditangkap - kenapa? 25. Di manakah pemimpin Melayu yang progresif seperti Dr Burhanudin al-Helmi, Mustapha Hussein serta Pak Sako, Ahmad Boestamam, Ustaz Abu Bakar al-Bakir dan lain-lainnya telah menghabiskan usia mereka kalau bukan dalam penjara sedangkan mereka adalah nasionalis? 26. Jika PKM adalah anti agama dan tuhan, bagaimana ulama seperti Ustaz Abu Bakar al-Baqir dan ramai pemimpin progresif Melayu boleh berjuang dalam satu pasukan yang sama menentang Inggeris. 27. Kenapa di setiap daerah (province) di China terdapat masjid malah jumlah orang Islam di China lebih dua kali ganda dari penduduk Islam di Malaysia? Begitu juga penganut agama lain bebas mengamal agama mereka. 28. Kenapa orang Melayu selalu ditakut-takutkan dengan fikiran lapuk terhadap komunis yang dituduh tidak percaya kepada Tuhan serta anti agama sedangkan Umno menjunjung sistem ekonomi riba sedang Allah menganjurkan perang terhadap riba dan memberi ancaman dengan api neraka (al-Baqarah: 279 dan 275). 29. Kenapa ulama-ulama upahan Umno lebih gemar menyerang socialism yang anti riba daripada menyerang capitalism yang mendukung sistem ekonomi riba? 30. Kenapa dalam setiap ulang tahun perayaan kemerdekaan Umno tidak menonjolkan pejuang-pejuang lain yang sepanjang abad bergerila menentang kuasa penjajah Inggeris seperti Tok Janggut, Datuk Bahaman, Mat Kilau, Datuk Maharajalela, Datuk Sagor serta yang sebelumnya. Adakah hanya Tunku sahaja yang berjasa kerana dia dipilih oleh Inggeris menjadi wakil untuk berunding? 31. Kenapa Umno sangat benci dan memusuhi pemimpin progresif Melayu hingga sanggup melebelkan mereka sebagai komunis agar mereka dijauhi oleh masyarakat dan tidak mengganggu tahta kuasa yang sedang berada di tangan Umno. 32. Siapakah yang menggerakan gerakan menentang Malayan Union 1948 sedangkan pada waktu itu Umno hanya gerombolan dan sangat kecil jumlahnya. 33. Benarkah PUTERA-AMCJA telah menggerakan seluruh rakyat Malaya keluar menentang Malayan Union pada 1948? Kenapa tidak nampak satu pun bendera Umno ketika itu sedangkan terdapat ribuan kibaran bendera yang lain? 34. Pernahkah Umno menjelaskan tentang makna merah dan putih benderanya dan dari mana mereka telah menciplaknya ? 35. Betulkah MCA itu berasal daripada Parti Kuomintang (bukan PKM) yang pernah mengganas selama 14 hari ketika Jepun tewas pada tahun 1945 ? 36. Kenapa rakyat Malaysia disuruh mendewakan Tunku Abdul Rahman sahaja dan tidak boleh menghargai pejuang-pejuang kemerdekaan yang lain yang telah menyumbangkan bakti menghalau Inggeris keluar dari negara ini? 37. Kenapakah Umno terus memusuhi PKM walaupun mereka sudah berdamai pada tahun 1989? Adakah ini suatu cara untuk mereka terus menipu rakyat? 38. Adakah mana-mana rekod jenayah yang pernah dilakukan oleh ratusan bekas-bekas perajurit PKM yang dapat kita jadikan bukti bahawa mereka adalah spesis pengganas selepas 22 tahun mereka bersama rakyat? 39. Kenapa Umno perlu gelabah apabila kisah sebenar Bukit Kepong didedahkan. Jika versi Umno benar kenapa perlu gelabah kerana kebenaran tetap kebal? 40. Kenapa tidak diadakan perdebatan, forum secara terbuka mengenai perkara ini? 41. Kenapa orang yang berbeza pandangan tentang sesuatu kisah boleh dituduh pengganas hanya kerana dia tidak bersetuju dengan kerajaan. 42. Jika kisah ini tidak betul kenapa ianya tidak dibetulkan sahaja melalui pembentangan fakta-fakta dan bukti yang sahih? 43. Adakah rakyat semakin kelihatan cenderung untuk tidak mempercayai sejarah yang ditulis oleh Umno – apakah dosa Umno hingga ia semakin dibenci? 44. Adakah ini tanda awal bahawa kuasa dan sejarah sedang mengalami perubahan? 45. Kenapa Umno masih memaksa rakyat melihat sejarah dari perspektif penjajah – tidakkah ini suatu kecurangan yang besar terhadap rakyat? 46. Adakah rakyat akan menolak kenyataan bahawa Tunku itu adalah salah seorangperunding untuk kemerdekaan di samping itu terdapat juga ramai lagi tokoh dan pejuang yang lain yang juga berjasa? 47. Adakah salah kalau kita menerima orang lain juga berjuang dan mereka juga perlu diberi sanjungan kerana jasanya sama ada besar atau kecil. 48. Peristiwa Bukit Kepong berlaku pada tahun 1950 (sebelum Merdeka) yang menggariskan pertentangan di antara anak tempatan dengan penjajah – kenapakah Umno terus-terusan mahu membela penjajah ? Adakah kita masih belum merdeka? 49. Kepada anak muda Malaysia sesekali pergilah melawat tugu negara dan fikirkan fakta-fakta yang terpahat di situ kemudian cuba fikirkan dari siapa kita merdeka. Dari Inggeris atau PKM? 50. Tidakkah sejarah negara bangsa kita begitu comot, kotor dan curang, hingga amat sedikitdaripada rakyat Malaysia (termasuk professor, guru sejarah dan pelajar serta pemimpin dan ahli-ahli Umno) yang benar-benar faham dan dapat menceritakan rentetan sebenarperjuangan menentang penjajah dan mencapai kemerdekaan? 51. Tidakkah ia bagai seorang gadis yang telah disolek sesuka hati hingga tiada yang dapat mengenalinya dari kalangan anak muda Malaysia hari ini? 52. Abdullah CD pernah bertemu Jins Samsudin mengenai fakta filem Bukit Kepong yang jauh terpesong namun beliau telah mengelak diri untuk janji temu kedua yang telah dipersetujui untuk membetulkan fakta ini. Kenapa Jins mengelak kalau bukan kerana Jins sebenarnya berniat memesongkan sejarah kerana ini adalah projek untuk menipu rakyat oleh Umno? 53. Benarkah kita sudah merdeka sedang kita boleh saja masuk penjara hanya kerana kita memakai baju kuning sesudah dituduh komunis atau subversif oleh pemerintah. 54. Jika sejarah kita umpama seorang gadis, apakah harus dia disolek sesuka hati hanya untuk mempertahankan kuasa yang diperolehi hasil dari perjuangan orang lain? Malaysiakini |
| You are subscribed to email updates from BlogList Malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |








Tiada ulasan:
Catat Ulasan