Kelab Greenboc |
- Sikap Hipokrit Umno-BN Dalam Isu Mat Sabu, Uighur Dikecam
- Kes Noramfaizul: Penganjur Terlalu Pentingkan Publisiti - Timb KP Utusan Malaysia
- Bayi Dari Perut Pelajar Tkn 2 Ditanam Senyap-senyap Oleh Keluarganya
- Tiada Pertemuan Azizan-Hadi, Sahih THESTAR Perdusta
- Pelbagai Alasan Kelab Putera 1Malaysia, BERNAMA Pula Tak Hiraukan Kematian Jurukameranya
- Wartawan Tak Dibekal Jaket Kalis Peluru & Tiada Latihan, Mahathir Turut Selar Tiada Persediaan
- Isu Kematian Noramfaizul: Kelab Putera 1Malaysia Perlu Dipertanggunggjawabkan
- "Jelajah Patriot" Hanya Bertujuan Rendahkan Martabat Bekas Perajurit
- Hadi Pertahan Mohd Sabu: British Kita lawan, Komunis Pun Kita Lawan
- Padah Berasmara Dalam Kereta, Tertolak Gear Reverse Lalu Rempuh Penghadang
| Sikap Hipokrit Umno-BN Dalam Isu Mat Sabu, Uighur Dikecam Posted: 05 Sep 2011 01:06 AM PDT Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengecam tindakan Umno-Barisan Nasional (BN) terus-menerus menyerang Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berhubung tragedi Bukit Kepong selain disifatkan sebagai simpatisan komunis sedangkan Putrajaya telah menghantar 11 pelarian Islam Uighur yang mencari perlindungan pulang ke negara komunis China. Malah Pengarah Komunikasinya, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, PKR secara keras mengutuk sifat hipokrit Umno-BN dan pelanggaran hak asasi manusia. "Ketika umat Islam sedang meraikan Hari Raya Aidilfitri dan Utusan Malaysia-milik Umno menyerang Mohamad Sabu sebagai simpatisan-komunis berikutan kenyataannya tentang insiden Bukit Kepong, kerajaan Malaysia telah menghantar 11 pelarian Islam Uighur yang mencari perlindungan pulang ke China," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Menurut Nik Nazmi, Etnik Uighur adalah orang Islam dari wilayah Xinjiang di China, katanya sambil menambah, kerajaan Malaysia memberi alasan tindakan diambil memandangkan 11 orang itu terlibat dalam sindiket pemerdagangan manusia. "Agensi Pelarian PBB (UNHCR) telah menyatakan lima lagi yang masih ditahan telah memohon status pelarian dengan UNHCR dan agensi tersebut telah meminta untuk bertemu dengan kesemua 16 pelarian Uighur tersebut. "Tetapi permohonan UNHCR tersebut telah ditolak dan UNHCR telah melahirkan kekesalan mereka terhadap keputusan kerajaan Malaysia tersebut," katanya. Ujar Nik Nazmi, Human Right Watch (HRW)juga telah mengutuk tindakan kerajaan memulangkan 11 pelarian Uighur tersebut dan mendesak agar kerajaan tidak memulangkan lima orang yang masih lagi ditahan di Malaysia. "Memulangkan mereka kepada kerajaan komunis China mendedahkan mereka kepada risiko serius diseksa. "Kerajaan China secara berterusan telah menganggap permintaan penggunaan bahasa Uighur serta mengamalkan agama Islam sebagai keganasan, pemberontakan dan penderhakaan. OIC yang turut dianggotai Malaysia telah menyeru agar China mengatasi masalah asas penindasan masyarakat Uighur," katanya. HRW telah mendedahkan bahawa China telah menekan negara-negara seperti Malaysia, Thailand dan Pakistan untuk memulangkan pelarian Uighur. "Trend ini bermula di Kemboja pada 2008 ketika negara tersebut dipaksa memulangkan 20 orang Uighur yang dilindungi oleh UNHCR termasuk seorang wanita hamil dan dua anak kecil ke China. "Di Amerika Syarikat, Perwakilan Republikan Chris Smith dan Senator Demokrat Sherrod Brown, yang mempengerusikan bersama Suruhanjaya Ekskekutif Kongres mengenai China juga telah mengutuk tindakan Malaysia terhadap pelarian Uighur tersebut," katanya. Katanya, Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar. mendakwa bahawa pelarian Uighur itu terlibat dalam aktiviti pemerdagangan manusia. "Namun mengapakah mereka tidak didakwa di bawah Akta Anti Pemerdagangan Manusia tetapi dipulangkan ke China? "Mengapakah Malaysia membenarkan campur. tangan kerajaan komunis China di dalam isu yang bukan sahaja melibatkan hak asasi manusia tetapi nasib umat Islam yang kononnya diperjuangkan Umno selama ini?" Kata Nik Nazmi sambil berkata, "malang sekali bukti terbaru kelemahan pentadbiran pimpinan Datuk Seri Najib Razak berlaku bukan sahaja ketika umat Islam sedunia sedang meraikan Hari Raya tetapi ketika rakyat Malaysia meraikan Kemerdekaan negara." Justeru Nik Nazmi berkata, pihaknya mendesak Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Hussein untuk menjelaskan dengan serta-merta serta menjamin bahawa lima orang pelarian Uighur yang masih ditahan di Malaysia dilayan sebagai pelarian sah mengikut undang-undang dan amalan antarabangsa. -tvsnew.net |
| Kes Noramfaizul: Penganjur Terlalu Pentingkan Publisiti - Timb KP Utusan Malaysia Posted: 04 Sep 2011 11:34 PM PDT Timbalan Ketua Pengarang Utusan Malaysia, Datuk Zaini Hassan (gambar) menyalahkan pihak penganjur Missi Kemanusiaan Kelab Putera 1 Malaysia ekoran kematian jurukamera BernamaTv, Noramfaizul Mohd. Nor. Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan beliau melalui facebooknya, Zaini membandingkan kerja amal luar negara yang dibuat oleh Mercy Malaysia yang tidak pernah kecoh dengan media pun. "Mercy Malaysia buat kerja amal di luar negara tak kecoh-kecoh pun, tak bawa krew media yang ramai pun, Aalahai...," katanya secara sinis pada laman sesawang FB miliknya semalam. Kenyataan orang nombor dua media Umno ini dsiarkan oleh Berita Harian. Berita Harian melaporkan: Timbalan ketua pengarang Utusan Malaysia, Datuk Zaini hassan bagaimanapun melahirkan rasa kesal dengan pihak penganjur misi bantuan kemanusiaan yang gagal menyediakan persediaan keselamatan akibat TERLALU MEMENTINGKAN PUBLISITI DARIPADA MEDIA. "Mercy Malaysia buat kerja amal di luar negara tak kecoh-kecoh pun, tak bawa krew media yang ramai pun, Aalahai...," katanya secara sinis pada laman sesawang FB miliknya semalam. (Laporan Berita Harian) Penganjur missi ini adalah Kelab Putera 1 Malaysia yang dipimpin oleh Abdul Azeez Rahim yang juga Ketua Putera Umno. Missi Kemanusiaan Kelab Putera 1 Malaysia adalah badan yang direstui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Melalui kenyataan Zaini jelas, missi kelab ini bukan sekadar mahu membantu tetapi juga sarat dengan missi politik iaitu untuk publisiti dan kini salah seorang wartawan Malaysia menjadi mangsanya. Selain Zaini, wartawan kanan Utusan Zulkiflee Bakar, juga mempersalah pihak penganjur kerana gagal membuat kajian terlebih dahulu mengenai sesuatu negara sebelum menghantar bantuan bagi memberikan ruang kepada semua yang terbabit untuk membuat persediaan. Harakahdaily difahamkan, rombongan ini disertai oleh 54 anggota yang terdiri dari sukarelawan Kelab 1 Malaysia di samping wartawan dari semua media tradisional di samping para blogger Umno. -HD |
| Bayi Dari Perut Pelajar Tkn 2 Ditanam Senyap-senyap Oleh Keluarganya Posted: 04 Sep 2011 09:18 PM PDT Betong: Disebabkan tidak sanggup menanggung malu, keluarga seorang gadis mangsa rogol mengebumikan mayat bayi yang baru dilahirkan remaja berkenaan di tanah perkuburan di sini tanpa memaklumkan polis, awal pagi kelmarin. Gambar fail. Bayi lelaki malang itu dikatakan meninggal dunia akibat lemas dalam kandungan, dilahirkan jam 4 pagi di sebuah hospital di sini, selepas gadis berusia 14 tahun itu dibawa ibu bapanya mendapatkan rawatan kerana mengadu sakit pinggang. Difahamkan, doktor yang merawat gadis itu mendapati dia sebenarnya mahu bersalin sekali gus menyebabkan ibu bapanya terkejut. Malangnya bayi berkenaan tidak dapat diselamatkan kerana lemas di dalam kandungan sebelum dilahirkan. Menurut sumber, perkara itu hanya disedari polis selepas bapa mangsa berusia 55 tahun datang ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Betong untuk membuat laporan mengenai anaknya dirogol sehingga melahirkan bayi. "Bayi itu dipercayai meninggal dunia akibat lemas dalam kandungan, namun keluarga mangsa memutuskan mengebumikannya tanpa memaklumkan pihak berkuasa. "Polis hanya mengetahui kejadian itu selepas bapa mangsa membuat laporan bahawa anaknya dirogol beberapa jam selepas bersalin," katanya. Difahamkan, keluarga mangsa tidak mengetahui pelajar tingkatan dua itu mengandung berikutan keadaan fizikalnya yang bertubuh agak besar. Katanya, berdasarkan pengakuan mangsa kepada bapanya, dia dirogol seorang lelaki berusia 34 tahun yang sudah beristeri awal tahun ini. Harian Metro difahamkan polis sedang menjejaki lelaki terbabit dan sudah mendapatkan uri untuk menjalani ujian asid deoksiribonukleik (DNA) bagi menentukan bapa bayi malang itu. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Betong, Deputi Superintendan Mohd Bukhori Saffai ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan itu. |
| Tiada Pertemuan Azizan-Hadi, Sahih THESTAR Perdusta Posted: 04 Sep 2011 06:00 PM PDT MMenteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, semalam menafikan ada pertemuan antara beliau dengan pucuk pimpinan tertinggi PAS bagi membincangkan kedudukan jawatannya, sebagaimana yang didakwa sebuah akhbar berbahasa Inggeris, Jumaat lalu. Sehubungan itu, Pesuruhjaya PAS Kedah itu menolak desas-desus yang mengatakan pucuk pimpinan parti berkenaan mengarahkannya melepaskan jawatan dan berharap isu itu tidak dibangkitkan lagi kerana keadaan kesihatannya mengizinkan beliau untuk terus mentadbir negeri ini. "Saya tidak tahu apa-apa pun mengenai pertemuan dengan Presiden (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) yang dikatakan berlangsung semalam (kelmarin) atau hari ini (semalam)...saya tidak dengar apa-apa pun. "Cakap memang selalu kerana kawan, tambahan beliau presiden parti," katanya ketika ditemui pada majlis rumah terbuka Aidilfitri di Seri Mentaloon, di sini, semalam. Azizan berkata demikian ketika diminta mengulas laporan akhbar itu yang mengatakan pucuk pimpinan tertinggi PAS akan bertemu dengan Azizan sempena rumah terbuka berkenaan, semalam berhubung jawatannya sebagai Menteri Besar berikutan masalah kesihatan dialaminya. Menteri Besar itu juga berkata, beliau akan menghadiri mesyuarat biasa kepemimpinan tertinggi PAS di ibu negara yang dijadualkan pada Ahad depan. Beliau yang pernah menjalani pembedahan pintasan koronari akibat masalah jantung pada 2005 turut menafikan laporan sebuah akhbar berbahasa Melayu baru-baru ini yang mengatakan beliau dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) kerana diserang penyakit jantung. "Sebenarnya saya menjalani pemeriksaan rutin setiap empat bulan dan doktor yang melakukan pemeriksaan ketika itu menasihatkan saya agar berehat untuk menurunkan tekanan darah akibat kesibukan bekerja, selain menurunkan paras gula dalam darah. "Sehari sebelum itu saya menghadiri majlis menyambut ketibaan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) di lapangan terbang kerana beliau melakukan lawatan ke negeri ini. "Doktor menasihatkan saya menjaga kesihatan, termasuk tidur awal, banyak berehat dan jaga pemakanan... Setakat ini tiada cadangan menjalani pembedahan pintasan," katanya. -BH
Ulasan GB Sebelum ini GB sudah ulas isu ini. Petikan: Petanda "niat busuk" THESTAR sudah terdedah semenjak siaran menu masakan babi untuk berbuka puasa beberapa minggu lalu. |
| Pelbagai Alasan Kelab Putera 1Malaysia, BERNAMA Pula Tak Hiraukan Kematian Jurukameranya Posted: 04 Sep 2011 05:25 PM PDT Jaket kalis peluru tak mampu selamatkannya' Pemakaian jaket kalis peluru tidak dapat menjamin keselamatan jurukamera BernamaTV Noramfaizul Mohd Nor kerana saiz peluru yang digunakan adalah besar dan mampu menembusi jaket tersebut, kata ketua pasukan perubatan misi bantuan kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia ke Somalia Datuk Dr Alwi Abdul Rahman. Beliau berkata peluru yang mengenai Allahyarham adalah besar, dan menjejaskan dua organ penting mangsa iaitu jantung dan paru-paru. "Walaupun pakai vest tapi masih boleh tembus. Peluru itu memasuki grey area... masuk dari armpit dan tembus ke bahu. Selepas terkena tembakan itu dia langsung tidak sedarkan diri," katanya kepada pemberita selepas tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), di Subang, hari ini. Dr Alwi merupakan salah seorang daripada 55 anggota misi kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia ke Somalia termasuk Allahyarham Noramfaizul yang maut Jumaat lalu akibat terkena tembakan curi semasa membuat liputan di Mogadishu. Beliau berkata pelbagai usaha dilakukan untuk menyelamatkan jurukamera tersebut termasuk bantuan awal oleh pasukan paramedik Australia yang berada di hotel penginapan Allahyarham. Dr Alwi berkata beliau tiba dari tempat penginapannya kira-kira tiga minit sebaik dimaklumkan, dan mengambil alih tugas merawat mangsa yang kritikal dari pasukan paramedik tersebut. "Kita beri bantuan pernafasan dan lakukan apa saja untuk menyelamatkan Allahyarham sedaya-upaya, tetapi peluru itu telah menembusi paru-paru dan jantung. Kita juga menerima kerjasama yang baik daripada paramedik Australia," katanya. Semasa rawatan, Allahyarham langsung tidak memberi sebarang respons dan tidak bergerak, katanya. "Dia tidak sedarkan diri dan hilang banyak darah. Kita dah sedia nak derma darah jika perlu sebab kita dah kenal pasti jenis darah anggota misi. Peralatan kecemasan yang kita ada di situ pun mencukupi tapi kita memang tidak dapat buat apa-apa," katanya dalam nada sebak. Katanya usaha menyelamatkan Allahyarham berlangsung dalam suasana pilu memandangkan arwah adalah sahabatnya dan mereka pernah mengikuti beberapa misi kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia sebelum ini. - Bernama
Ulasan GB Alasan. Apakah kerana saiz peluru yang terkena allahyarham Noramfaizul adalah besar dan mampu menembusi jaket kalis peluru maka tidak perlu untuk memakai jaket berkenaan? Apakah tidak perlu lansung sebarang langkah keselamatan dan latihan perlu diberikan kepada peserta sebelum misi bertolak pergi? Analoginya, jika demikian penunggang motorsikal tak perlu pakai topi keledar kerana kemungkinan kemalangan adalah dasyat dan kepala boleh pecah juga sekalipun pakai topi keledar? Penumpang bot tak perlu guna jaket keselamatan kerana mereka boleh tenggelam juga kerana ombak besar? Bangkai punya alasan! Semata-mata kerana hendak menutup kesalahan dan kelemahan, pelbagai alasan yang tidak logik diberikan oleh Kelab Putera 1Malaysia. Asyik nak memperbodohkan rakyat sepanjang masa. Bernama pula menyiarkan kenyataan-kenyataan yang nampaknya "membela" Kelab Putera 1Malaysia bukan kenyataan yang membela jurukameranya yang telah terkorban. Jika demikian halnya dipersilakan BERNAMA hantar wakil-wakilnya yang terdiri dari wartawan dan jurukamera untuk mengikuti misi-misi anjuran UMNO tanpa perlu persediaan kepada langkah keselamatan dan latihan di masa muka! Entri penting sebelum ini: Kenyataan Tidak Bertanggungjawab Najib - Ambil Mudah Aspek Keselamatan Misi Somalia Wartawan Tak Dibekal Jaket Kalis Peluru & Tiada Latihan, Mahathir Turut Selar Tiada Persediaan Isu Kematian Noramfaizul: Kelab Putera 1Malaysia Perlu Dipertanggunggjawabkan |
| Wartawan Tak Dibekal Jaket Kalis Peluru & Tiada Latihan, Mahathir Turut Selar Tiada Persediaan Posted: 04 Sep 2011 01:30 PM PDT Wartawan Bernama TV Khairulanuar Yahaya yang turut menyertai misi kemanusiaan ke Somalia hari ini mendedahkan wakil media yang menganggotai misi terbabit tidak dibekalkan dengan jaket kalis peluru sepanjang berada di negara berkonflik itu. Misi anjuran Kelab Putera 1 Malaysia, yang sepatutnya kembali ke tanah air pada 8 September nanti terpaksa pulang pagi ini ekoran kematian jurukamera Bernama TV Noramfaizul Mohd Nor, akibat terkena tembakan curi semasa membuat liputan di Mogadishu kelmarin. Jenazah Noramfaizul dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Universiti Putra Malaysia pada pukul 2.10 petang tadi. Kira-kira 500 orang hadir untuk memberi penghormatan terakhir. "Kami memang tidak diberikan dengan baju kalis peluru, kalau media negara asing, ada antara mereka yang pakai baju kali peluru (semasa buat liputan). "Saya tidak tahu mengapa kita tidak dibekalkan, dalam misi-misi sebelum ini juga kami tidak dibekalkan dengan baju kalis peluru," kata Khairulanuar, yang sudah empat kali menyertai misi kemanusiaan, kepada The Malaysian Insider. Jelas beliau, sepanjang berada di Somalia sejak 28 Ogos lalu keadaan di negara itu selamat dan tidak diserang oleh sesiapa. Bagaimanapun, Khairulanuar yang masih trauma dalam kejadian yang meragutnya nyawa rakannya mengakui terkejut apabila diserang sekumpulan pengganas. Katanya, kejadian berlaku yang berlaku dalam sekelip mata dan hanya mengetahui Noramfaizul ditembak selepas seorang wartawan lain menjerit. "Saya dengar dua das tembakan tapi tidak tahu ditembak ke mana, saya hanya tahu Noramzul ditembak selepas seorang wartawan lain yang turut berada dalam kenderaan menjerit. "Bunyi tembakan itu sangat dekat... berdesing telinga," katanya menambah kematian Noramfaizul tidak sia-sia kerana bapa dua anak itu berkhidmat untuk negara. Sementara itu wartawan Astro Awani Tan Su Lin berkata, mereka tidak diberikan latihan awal untuk berada di zon tidak selamat. "Kami diberitahu ia sangat bahaya, mengancam nyawa," katanya kepada pemberita di pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia, Subang. "(Tetapi kami tidak dapat) baju kalis peluru... kenderaan kami tidak ditampal dengan tanda media," katanya. Wartawan berusia 27 tahun ini berkata misi ke Somalia adalah tugasan pertamanya di zon perang. "Banyak askar... anda boleh lihat orang membawa AK47 dan anda tidak akan rasa apa-apa. Malam pula anda akan dengar bunyi tembakan," kata Tan. Melissa Ong, 27, wartawan NTV7 berkata pasukan misi akan sentiasa diiringi kenderaan bersenjata. "Sebuah kenderaan akan mengikuti kami dengan M16, AK47. Ada antara kami yang berada dalam kenderaan kalis peluru, kami tukar-tukar," katanya. Turut tercedera dalam serangan itu adalah jurukamera TV3 Agi Saregar Mazlan yang cedera di lengan. Kejadian itu berlaku ketika kru Bernama TV, TV3, Astro Awani dan RTM bergerak dari pusat operasi ke asrama tempat mereka tinggal kira-kira satu kilometer, selepas membuat liputan memberi bantuan kepada mangsa kebuluran di sekitar Mogadishu. Noramfaizul yang cedera parah di bahu kanan dan paru-paru meninggal dunia pada pukul 11 malam waktu Malaysia selepas menerima rawatan. Dalam pada itu, laporan Bernama Online menyebut, Bernama akan meneliti semula beberapa prosedur operasi standard (SOP) dalam menghantar wartawan untuk tugasan di luar negara, terutamanya di zon kritikal atau dilanda konflik. Pengurus Besarnya Datuk Hasnul Hassan berkata selain menyediakan wartawan dengan latihan secukupnya, pertubuhan itu akan turut meneliti aspek keselamatan. "Kami berkemungkinan perlu melihat bagaimana petugas kami dapat dilindungi dengan sebaik-baiknya. Sekiranya SOP perlu diubah, kami akan mengubahnya selepas berbincang dengan jawatankuasa pengurusan," katanya. Hasnul berkata Bernama tidak akan berhenti daripada menghantar wartawan untuk tugasan di luar negara, sambil menambah pertubuhan berkenaan sering menghantar wartawan berpengalaman ke luar negara. "Ini adalah dasar kami. Bagaimanapun, jika membabitkan keadaan yang sukar, keputusan dibuat atas dasar sukarela," katanya. -TMI
|
| Isu Kematian Noramfaizul: Kelab Putera 1Malaysia Perlu Dipertanggunggjawabkan Posted: 04 Sep 2011 08:37 AM PDT Kelab Putera perlu tanggungjawab kematian jurukamera, kata saudara SUBANG, 4 Sept — Keluarga terdekat Noramfaizul Mohd Nor mahu penganjur misi kemanusiaan ke Somalia, Kelab Putera 1 Malaysia memikul tanggungjawab atas kematian jurukamera Bernama TV itu kelmarin. Kelab itu diketuai oleh ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Abdul Azeez yang juga Ketua Putera parti itu. "Mereka (Kelab Putera 1 Malaysia) adalah pihak yang menganjurkan (misi)kemanusiaan). Mereka tidak boleh lepas tangan," kata pak cik Noramfaizul, Abu Bakar Md Yasin (gambar atas) kepada The Malaysian Insider di Pangkalan TUDM di sini hari ini. "Mereka seharusnya telah melakukan risikan awal. Ia negara asing," kata bekas kakitangan awam Kementerian Pertahanan ini. Seorang lagi bapa saudara pak cik Noramfaizul, Md Tahir Md Yasin berkata kematian itu sepatutnya boleh dielakkan. "Mereka seharusnya memakai baju kalis peluru. Ia bukan negara stabil," kata beliau kepada The Malaysian Insider. Bekas guru berusia 69 tahun ini berkata, Bernama juga seharusnya bertanggungjawab atas kematian Noramfaizul, selain Kelab Putera 1 Malaysia. Mary Francis, pakar psikologi yang merupakan salah seorang peserta misi kemanusiaan memberi pandangan yang seiring dengan kenyataan Tahir dengan berkata: "Mereka tiada jaket kalis peluru. Ini penting di negara yang berkonflik." Katanya, peserta pasukan ada memakai jaket kalis peluru ketika jenazah Noramfaizul dibawa pulang. "Bagaimanapun ia sudah terlewat... dia mungkin selamat jika ada mengenakan jaket," katanya. Suri rumah berusia 54 tahun ini yang menitiskan air mata berkata, pasukan misi kemanusiaan seharusnya telah diberikan latihan secukupnya. Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Senator Datuk Maglin Dennis D'Cruz berkata, wakil media misi sewajarnya telah diberikan latihan dan disediakan aspek keselamatan yang baik. "Menyediakan jaket, kereta kalis peluru... seharusnya mereka disediakan tahap keselamatan tentera yang lebih baik," katanya. "Mereka seharusnya telah diberikan latihan zon perang. Peserta kali pertama (pula) tidak seharusnya dihantar," kata beliau. -TMI Ulasan GB GB sudah ulas hal di atas di dalam entri: Kenyataan Tidak Bertanggungjawab Najib - Ambil Mudah Aspek Keselamatan Misi Somalia. Petikan: Kenyataan paling tidak bertanggugjawab dari seorang Perdana Menteri yang baru pulang "bercuti" dari Australia sewaktu rakyat sedang merayakan hari Lebaran dan Hari Merdeka di dalam negara. |
| "Jelajah Patriot" Hanya Bertujuan Rendahkan Martabat Bekas Perajurit Posted: 04 Sep 2011 07:55 AM PDT Jika Umno begitu serius dalam memperjuangkan nasib bekas perajurit yang berjuang demi tanah air tercinta, parti itu seharusnya membantu semua bekas tentera, anggota polis dan ahli keluarga warga Bukit Kepong kerana difahamkan ada di antara mereka masih belum menerima pampasan atau bantuan dari kerajaan pusat. Justeru Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar menegaskan tindakan Pemuda Umno mahu mengumpulkan semua bekas tentera, anggota polis dan ahli keluarga warga Bukit Kepong menerusi siri jelajah seluruh negara dalam program Pentas Patriot bagi menjawab kontroversi kenyataan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu amat mendukacitakan selain bersifat hanya membazir. "Kita juga terfikir mengapa para "patriot" ini menganggap siri jelajah sebegini lebih membawa manfaat dan kebaikan daripada menyokong, mengawas, dan memberi maklum balas kepada badan kebajikan para perajurit seperti Lembaga Tabung Amanah Tentera (LTAT) dan badan-badan seperti itu? "Jika mereka bekerjasama dengan badan-badan ini – untuk perjuangkan pembelian aset-aset Exxonmobil, sebagai contoh – pasti pejuang dan perajurit negara akan menikmati kebaikan dan keuntungan, dan kepentingan negara akan terjaga lagi terselamat," tegas Izzah dalam kenyataan medianya. Tegas Izzah lagi, Umno-BN sepatutnya mengutamakan kepentingan rakyat dan bukanya memberi tumpuan kepada matlamat parti semata-mata terutama sayap-sayap pemuda. Tambah Izzah, apa yang menyedihkanya lagi adalah UMNO sekali lagi mengguna peluang sedia ada untuk menimbulkan syak wasangka dan rasa benci di kalangan rakyat demi masa kepentingan politiknya sendiri. "Bukanlah lebih baik jika UMNO menyalurkan masa, wang ringgit dan tenaga mereka untuk membantu bekas perajurit Malaysia yang memerlukan bantuan, dan bukannya untuk menjalankan program-program jelajah sebegini? Bukankah Utusan Malaysia, akhbar alat sebaran mereka, sudah cukup untuk mencerca PAS, Mohamad Sabu dan Pakatan Rakyat amnya?" katanya. Katanya lagi, Umno wajib sedar bahawa tindakan itu hanyalah bertujuan mempersendakan prinsip-prinsip asas negara kerana kerajaan pimpinannya masih memperguna empat perisytiharan darurat yang masih wujud, walaupun sudah 54 tahun kita merdeka. "Malah bukankah ini menunjukkan Umno secara tidak langsung merendahkan martabat para perajurit yang kita kasihi dan memperlekehkan perjuangan mereka selama ini, kerana kononnya negara masih belum selamat dan masih memerlukan empat perisytiharan darurat ini? "Atau adakah UMNO yang sebenarnya memerlukan empat perisytiharan darurat ini demi masa depan politik sempit mereka?," jelas Izzah. |
| Hadi Pertahan Mohd Sabu: British Kita lawan, Komunis Pun Kita Lawan Posted: 04 Sep 2011 05:51 AM PDT Marang – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mempertahankan timbalan presidennya, Mohamad Sabu dan membidas media kerana terus menyerang pemimpin itu termasuk melabelkan Umno sebagai sebuah parti yang 'hanyut'. "Jangan keluarkan berita sehingga jadi fitnah, Pas ialah sebuah parti Islam yang lawan semua (penjajah), British kita lawan, komunis kita lawan," katanya ketika ditemui di sini, mengulas serangan Umno dan medianya terhadap, Mohamad Sabu. Mohamad Sabu dalam kenyataannya sebelum ini mencadangkan agar sejarah negara dikaji semula sehingga menimbulkan kontroversi. Ini berikutan dakwaan Umno melakarkan sejarah negara berdasarkan kepentingannya, tetapi bukan cerita sebenar. Mohamad Sabu yang dipetik berkata, isu serangan ke atas Balai Polis Bukit Kepong pada 1950 diceritakan Umno sebagai penjahat menyerang hero iaitu polis yang mempertahankan balai itu. "Ia menjadi satu kepercayaan ramai apabila Jins Samsudin membuat filem Bukit Kepong berdasarkan persepsi itu. Antara yang menyerangnya adalah kumpulan dipimpin Mat Indera, di samping komunis yang juga melawan penjajah British ketika itu. "Polis ketika itu bertugas dengan penjajah Inggeris yang menjajah Tanah Melayu pada waktu itu. Antara pihak menentang Inggeris adalah pejuang Islam dipelopori Abu Bakar Al Bakir, kumpulan Nasionalis Melayu pimpin Ahmad Boestaman dan komunis," katanya. Namun, katanya, kesemua mereka tidak menjadi hero yang memperjuangkan kemerdekaan dan melawan bagi pengkisah sejarah negara yang dipimpin Umno, tetapi menjadi hero adalah Datuk Onn Jaffar dan Tunku Abdul Rahman. "Pada hal Datuk Onn adalah menteri besar yang dilantik Inggeris untuk mentadbir Johor. Tunku Abdul Rahman pula adalah pegawai British," katanya. Mengulas lanjut, kata Abdul Hadi yang juga merupakan Ahli Parlimen Marang berkata, perkara itu bukan sesuatu yang baru kerana Umno hanya menyokong pihak berkuasa yang dapat memberi keuntungan kepada mereka sahaja. "Umno hanya sokong siapa yang berkuasa. Masa British berkuasa sokong British kalau Jepun berkuasa sokong Jepun, kalau komunis berkuasa mereka akan sokong komunis kerana mereka (Umno) hanyut, tetapi Pas akan melawan semua," katanya. -SH |
| Padah Berasmara Dalam Kereta, Tertolak Gear Reverse Lalu Rempuh Penghadang Posted: 04 Sep 2011 04:14 AM PDT Changsa – Satu pasangan yang berasmara dalam sebuah kereta nyaris maut kerana mereka tidak mematikan enjin kereta, lapor sebuah akhbar semalam. Pasangan itu pada mulanya berasmara dalam kereta yang diletakkan di tempat letak kereta di atas bumbung sebuah bangunan di sini, selatan China baru-baru ini. Mereka tidak mematikan enjin kerana mahu menikmati hawa dingin ketika berasmara. Namun, si lelaki, Qiao Hou tertolak gear menyebabkan kereta berkenaan mengundur dan merempuh penghadang tempat letak kereta. Kereta itu tidak terjatuh sebaliknya bahagian belakang kenderaan tersebut tergantung pada ketinggian 18.28 meter. Kekasih Hou menjerit menyebabkan beberapa orang bergegas membantu mereka keluar dari kenderaan itu. – Agensi |
| You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |













Tiada ulasan:
Catat Ulasan