Isnin, 5 September 2011

MiLo SuaM

MiLo SuaM


Mat Indera antara 150 tokoh terbilang kata MB Johor!

Posted: 04 Sep 2011 03:56 PM PDT


LIHAT wajah lelaki ini, inilah wajah Mat Indera, seorang pejuang yang lahir dari tanah Johor. Baru-baru ini Mat Sabu dikecam teruk oleh media propaganda Umno kerana menyebut Mat Indera sebagai hero sebenar.

Mat Sabu dituduh sebagai penyokong dan pendukung komunis, kerana mengangkat Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan. Tapi tanpa mereka sedari Menteri Besar Johor pernah mengiktiraf Mat Indera sebagai antara 150 tokoh terbilang dari Negeri Johor.

Di bawah ini petikan teks ucapan Menteri Besar Johor, Dato' Haji Abdul Ghani Othman pada majlis pelancaran buku "Fatimah gadis desa srikandi bangsa", di Permata Ballroom, Hotel Puteri Pacific, Johor Bahru pada hari Khamis, 13 Ogos 2009 jam 10.45 pagi [http://www.johordt.gov.my]. Berita ini turut disiarkan di portal [Bernama]


Jelas sekali di dalam ucapannya menyebut hampir 150 orang tokoh terbilang yang lahir dari Johor telah ditulis biografinya dan diterbitkan oleh Yayasan Warisan Johor dalam lima jilid. Salah satu jilid yang disebut oleh beliau ialah Pengukir Nama Johor.

Pengukir Nama Johor adalah judul sebuah buku yang turut mencatatkan biografi Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan. Malah di kulit luar buku ini terpampang wajah Mat Indera.



Jika gerombolan songkok tinggi tiga jengkal (United Malays No Otak) masih tak percaya dengan kewujudan buku ini. Sila buat tempahan secara online sekarang, harganya pun tak mahal baru RM20.00. Klik sini [Yayasan Warisan Johor]

ReJaM© "MB Johor kata Mat Indera Tokoh terbilang, Polis takmau tangkap?"

Lagi gambar tipu Berita Harian!

Posted: 04 Sep 2011 12:30 PM PDT

TERIMA kasih kepada pengirim gambar yang mengirimkan gambar ni. Seblum ni ni Berita Hairan penipu ni dah buat hal keluarkan caption gambar palsu untuk memburukkan salah seorang peserta perhimpunan aman BERSIH 2.0 [Penipuan jijik].

Kali ni gua dapat satu lagi bukti gambar tipu dikeluarkan oleh Berita Harian. Mula-mula dapat gambar ni, gua tak perasan apa yang tipunya? Mamat yang hantar gambar ni pun dia kata tipu je, tak tak bagi tau apa yang tipunya?

Tapi bila gua tengok dengan lebih teliti, memang sah kantoi Photo kedai (Photoshop). Memang kambeng Berita Harian nih boleh pulak dia letak gambar magic macam ni, kah kah kah


Gua boleh percaya gambar ni gambar real kalau Bendera BN tu diperbuat daripada kain dan Bendera Malaysia diperbuat daripada kayu kah kah kah...

Gua dah bagi "hint" kalau tak nampak jugak lu cubalah cari sampai lu faham kah kah kah...

RentaP© "Berita Hairan, surat khabar kambheng..."

Para pegawai kemas fail, Najib letak jawatan esok?

Posted: 04 Sep 2011 10:49 AM PDT



KHABAR angin ni tersebar sejak siang tadi. Gua pun tak tahu sama ada berita ni betul atau tidak. Tapi kalau betul pun gua rasa tak mustahil jugak sebab sebelum ni PENAWAR memang dah desak Najib supaya letak jawatan kerana dilihat sebagai pemimpin lemah.

Gua dapat email bertalu-talu tentang hal ni, rakan blogger Tukang Lawan pulak kata dapat mesej dari kawan dia. Gambar kat atas ni gua cilok dari blog [Tukang Lawan]

Kalau difikirkan dari sudut gua yang tak suka dengan Najib dan Rosmah, memang baguslah dia letak jawatan sebab dia memang lemah mentadbir negara pada pandangan gua.

Tapi perkara yang lebih penting bagi gua, bukanlah Najib letak jawatan. Tapi gua nak United Malays No Otak, UMNO berkubur! Apa maksud berkubur? Ya! Gua mahu Umno BN kalah dalam pilihanraya.

Najib dan Rosmah selama ni memang jelas jadi liabiliti atau beban kepada United Malays No Otak. Jadi tak mustahil dia akan letak jawatan untuk memenangkan Umno dalam pilihanraya yang dah tak lama lagi ni.


RentaP© "Pada gua kalau Najib letak jawatan, Pakatan Rakyat dalam bahaya..."

Video bukti upacara mengagungkan askar-askar penjajah!

Posted: 04 Sep 2011 07:56 AM PDT


SEBELUM ini ada disiarkan di MiLo SuaM, bagaimana rakyat selama ini ditipu hidup-hidup agar mengagungkan askar-askar British melalui pembinaan Tugu Negara dan Tugu Peringatan [Sejarah Malaysia].

Askar-askar British diberi penghormatan setiap tahun, dengan kalungan bunga oleh pemimpin-pemimpin Melayu di Tugu Negara.

Kali ini ReJaM© kongsikan kepada anda sebuah video yang dirakamkan pada 10 Nov 2010. Lihat dengan mata kepala anda sendiri bagaimana askar-askar British ini diagung-agungkan setiap tahun di negara ini dengan upacara khas Hari Pahlawan. Apa maknanya semua ini?



Tugu peringatan ini terletak berhampiran dan sangat sinonim dengan Tugu Negara. Nama-nama askar British yang dicatatkan di Tugu Peringatan ini adalah nama mereka-mereka yang terkorban dalam Perang Dunia Pertama.


Persoalannya, apa kena mengena perang dunia pertama dengan Tanah Melayu? Perang dunia pertama berlaku di Eropah, kenapa pemimpin-pemimpin Melayu pulak terhegeh-hegeh memperingati askar-askar British yang terkorban?

Begitu taksubnya pemimpin Melayu dengan British, sampaikan askar-askar British yang terkorban perang dunia pertama pun nak diagung-agungkan. Inilah dakyah yang cuba diserap di dalam fikiran rakyat. Siapa tak terima dakyah ini, maka dia komunis!


ReJaM© "Tanya kambeng, kambeng pun tahu British itu penjajah!"

Tiada ulasan: