Kelab Greenboc |
- Kemaafan, Dendam Yang Terindah - Ayah Ayu Maafkan Pembunuh Anaknya
- Siapa Mat Indera Yang Namanya Jadi Sebutan Sekarang Ini?
- Bersihkan Dahulu Daftar Pemilih, Kemudian Baru Laksanakan Dakwat Kekal
- WASPADA: Ada Ular Sawa Dalam Kolam Renang
- Kerja Binatang Apa Kurung Wanita Ini 5 Tahun Dalam Keadaan Bogel Di Kulim?
- 20,000 Banjiri Majlis Sambutan Aidilfitri K'jaan Negeri Selangor
- Tragedi Bukit Kepong: Siapa Pejuang Siapa Pengkhianat?
- Raya Semakin Mahal, Rakyat Perlu Pembelaan - Wan Azizah
- Sekali Lagi Wang Rakyat Digunakan Untuk Kempen Tipu Rakyat
Kemaafan, Dendam Yang Terindah - Ayah Ayu Maafkan Pembunuh Anaknya Posted: 01 Sep 2011 12:50 AM PDT Skudai – Keluarga mangsa kerat dan bakar, Nurrahayu Qomarodin atau Ayu telah memaafkan pembunuh kejam anak mereka sempena Syawal yang mulia ini. Kemaafan itu diluahkan bapa Allahyarham Ayu, Qomarodin Bajuri, 47, yang sedikit pun tidak menyimpan dendam terhadap pembunuh anak gadis kesayangannya dan menganggap insiden 4 Julai lalu, mempunyai hikmah di sebaliknya. "Saya orang yang pemaaf, saya tidak pernah menyimpan dendam. Walaupun anak saya dibunuh dengan kejam dan tragik, saya maafkan beliau. "Jauh dari sudut saya, saya tahu dia (pembunuh) tidak berniat mencederakan dan membunuh Ayu, kerana saya kenal beliau. Hampir setiap hari saya memberi beliau makan dan minum tidak kira pagi dan malam, apa yang dilakukannya (pembunuh) hanya sebab terdesak," katanya kepada Sinar Harian di rumahnya di sini, baru-baru ini. Qomarodin mengakui mengenal pengawal keselamatan yang didakwa membunuh Ayu di dua lokasi berasingan di sebuah Ladang Kelapa Sawit dan Tanah Perkuburan Hindu, Masai, sejak lima bulan sebelum kejadian ngeri itu. Katanya, biarpun dalam dirinya tidak terpalit dendam, namun dia menganggap hukuman undang-undang yang akan dikenakan ke atas pembunuh Ayu sebagai pembalasan atas perbuatannya. -SH Tiada Ayu, tiada persiapan Sila klik untuk baca sepenuhnya Ulasan GB Memang pahit untuk terima kenyataannya, namun buat seorang ayah yang pemaaf yang anaknya telah dibunuh kejam, GB doakan semuga Allah melimpahkan pahala yang berpanjangan lantaran sikap sabar, tabah dan pemaafnya. Dari Imam Abu Daud dari Jabir bin Abdullah, diriwayatkan bahawa seorang perempuan yahudi telah menghadiahkan Rasulullah S.a.w daging kambing yang sudah dimasak. Hadiah tersebut diterima oleh Rasulullah tanpa menyedari daging kambing tersebut telah diracuni. Namun sebaik sahaja baginda mengunyahnya untuk memakan daging tersebut, baginda terus memuntahkannya kerana baginda mengetahui bahawa daging tersebut mengandungi racun. Walaupun perbuatan perempuan yahudi itu membahayakan baginda, tetapi baginda tidaklah menjatuhkan hukuman kepadanya, sebaliknya memberi kemaafan kepadanya. Begitu juga kisah seorang yang amat memusuhi Islam dan banyak menyakiti hati kaum muslimin dan pernah menyakiti puteri Rasulullah S.a.w, Zainab r.a. Kisah ini terjadi apabila unta yang dinaiki oleh Zainab r.a dalam perjalanan ke Madinah dipanah oleh Hubar sehingga menyebabkan unta itu jatuh lalu mati. Diriwayatkan pada ketika itu, Zainab r.a pada sedang sarat mengandung. Dia terhumban dari atas unta menyebabkan kandungannya gugur. Namun setelah peristiwa pembukaan Mekah, Hubar menemui Rasulullah S.a.w untuk memohon maaf daripada baginda dan baginda memaafkannya. Hubar kemudiannya melafazkan syahadah dan menjadi penganut Islam. |
Siapa Mat Indera Yang Namanya Jadi Sebutan Sekarang Ini? Posted: 31 Aug 2011 10:57 PM PDT Nama penuh: Ahmad bin Indera, berdarah pahlawan daripada keturunan Datuk Bentara Husin Lela Pahlawan Siak Seri Inderapura yang menjadi Panglima Kanan Sultan Sharif di Siak. Memiliki sifat terpuji seperti lemah lembut, peramah, mudah tersenyum, suka melawak, tidak mudah marah dan tidak gemar menyakiti hati orang lain. Seorang hafiz al-Quran, gemar bernasyid, berkasidah dan berzanji. Berguru kepada Kiyai Haji Fadzil Bentan yang menjadi salah seorang guru dan penasihat DYMM Sultan Ibrahim. Dilahirkan pada 1920 di Kampung Gombak, Peserai, Batu Pahat. menamatkan persekolahan peringkat darjah enam sekolah agama pada tahun 1937, dan bertugas sebagai seorang guru agama di Parit Setongkat, Muar. Melibatkan diri dalam politik dengan tujuan memerdekakan tahahair daripada penjajahan Inggeris. Beliau menjadi ahli sayap pemuda Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang dipimpin Dr Burhanuddin al-Helmy dan Ishak Haji Mohammad;Mat Indera juga aktif didalam pergerakkan yang dikenali sebagai Angkatan Pemuda Insaf (API). Mat Indera telah memilih untuk masuk ke hutan dan meneruskan perjuangan secara gerila pada bulan Jun 1948, mungkin terpengaruh dengan perjuangan Revolusi Indonesia menentang Belanda. Beliau bergerak di daerah Muar, sekitar kawasan Lenga, Pagoh, Jorak, Bukit Kepong dan Poris. Memandangkan gerakan gerila yang sudah sedia aktif bergerak di dalam hutan ialah kumpulan orang-orang Cina dikenali sebagai Bintang Tiga, maka Mat Indera tidak punya pilihan melainkan perlu membina hubungan dengan mereka sebagai pelindung walaupun hakikatnya matlamat perjuangan berbeza;atas dasar inilah Mat Indera dilabel sebagai komunis yang ganas, berbahaya dan tidak beragama. Mat Indera menjadi ketua gerila PKM Melayu bagi Daerah Muar, Batu Pahat dan Melaka. Mat Indera menempa nama sebagai pejuang gerila yang paling dikehendaki apabila dikaitkan dengan peristiwa serangan Balai Polis Bukit Kepong. Sebaliknya menurut saksi, seorang anggota polis marin bernama Abu Bakar yang terselamat dalam serangan, Mat Indera tidak tidak terlibat menembak atau menyerang anggota Polis,malah sebaliknya melindungi dan menyelamatkan keluarga anggota polis di Rumah Pasong Bukit Kepong. Mat Indera memang bertanggungjawab mengarahkan serangan tetapi arahan yang diberikan ialah untuk menangkap beberapa orang anggot polis yang berjudi dan mabuk pada malam Tahun Baru Cina, sebaliknya gerila-gerila Cina di bawah arahan beliau telah membuat pakatan rahsia dan mengingkari perintah lalu membakar dan membunuh polis. Tragedi Bukit Kepong dijadikan alasan oleh Inggeris untuk mengukuhkan dakwaan keganasan dan kekejaman Mat Indera. Inggeris menetapkan reward $75,000 sebagai hadiah tawaran penangkapan. Mat Indera dikatakan mempunyai ilmu ghaib dan telah beberapa kali terlepas daripada tangkapan. Namun salah seorang pengikutnya bergelar Mat Tukyo telah ditangkap Inggeris dan dipujuk untuk membelot bagi menangkap Mat Indera.Mat Tukyo berunding dengan 2 orang kawannya yang lain yang dikenali sebagai Beladang dan Misban.Mereka bersetuju untuk bekerjasama dengan Inggeris setelah permintaan mereka untuk diberi ganjaran sekeping tanah untuk tapak rumah dan kebun diterima oleh Inggeris. Pada malam 14 oktober 1952, Mat Indera dijemput ke sebuah perjumpaan di kampung Seri Medan, dan dihidangkan tempe goreng dan air kopi yang bercampur dgn kecubung, yang boleh menyebabkan rasa mengantuk dan mabuk jia meminumnya. Mat Indera setelah diberi minum air kopi bercampur kecubung itu telah tidak sedarkan diri; maka pada ketika itulah Mat Tukyo mencabut segala tangkal. Di katakan tangan Mat Indera diikat dengan lalang dan kemudiannya dibawa ke Balai Polis Seri Medan. Adalah dipercayai kehilangan tangkal dan ikatan lalang menggugurkan semua kekuatan ilmu kebatinan beliau. Mat Indera semasa didalam tahanan Inggeris telah dipamerkan ke khalayak ramai sebagai sebahagian propaganda Inggeris. Mat Indera dipenjarakan di beberapa tempat, dari Batu Pahat ke Johor Bahru, Pulau Pinang, Pudu dan Taiping. Di dalam penjara mat Indera didera. Akhirnya Mat Indera menjalani hukuman gantung sampai mati pada jam 11 malam 30 Januari 1953 di Penjara Taiping. Jenazahnya dikebumikan di Kampung Jambu Air, Taiping. Antara cerita lain tentang Mat Indera ialah menahan komunis dari membunuh anggota polis yang cedera di depan balai polis sewaktu serangan di Rumah Pasong Bukit Kepong. Chin Peng pernah mengatakan sekiranya Mat Indera menyerah diri ketika itu, ramai orang Melayu yang menyertai PKM akan mengikut jejaklangkahnya juga. Manakala adik Mat Indera mengatakan bukan Mat Indera yang mengetuai serangan Balai Polis bukit Kepong. Manakala menurut cerita orang, kali pertama kena tangkap, Mat Indera memberitahu yang dia hendak sembahyang dan minta izin untuk mengambil wudhuk, semase ambil air sembahyang Mat Indera dikatakan ghaib menghilangkan diri. Peristiwa kali kedua pula, Mat Indera minta hendak sentuh rumput semasa di tangkap, apabila beliau menyentu rumput, dikatakan Mat Indera sekali lagi dapat meloloskan diri secara ghaib. Akhirnya Mat Indera kecundang juga setelah terminum air kopi yang dibubuh buah kecubung. -lanailestari Kopi kecubung tewaskan kekebalan Mat Indera |
Bersihkan Dahulu Daftar Pemilih, Kemudian Baru Laksanakan Dakwat Kekal Posted: 31 Aug 2011 09:20 PM PDT Dakwat kekal tidak jamin pilihan raya bersih KUALA LUMPUR, 31 Ogos: Penggunaan dakwat kekal untuk mengelakkan pengundian berganda tidak menjamin pilihan raya yang bersih dan adil selagi daftar pemilih tidak dibersihkan, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar. "Bersihkan daftar pemilih dahulu selepas itu baru laksanakan penggunaan dakwat kekal dan apa sistem sekalipun untuk memperbaiki sistem pilihan raya negara ini. "Jika daftar pemilih tidak bersih, penggunaan dakwat kekal untuk mengelakkan pengundian berganda tidak banyak membantu," katanya. Menurut Mahfuz, walaupun Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Yusof mengakui bahawa penggunaan dakwat kekal untuk mengelak pengundian berganda tidak sebanyak masalah yang ditimbulkan penggunaan sistem biometrik, tetapi perkara itu boleh diberikan perhatian selepas daftar pemilih dibersihkan dahulu. "Selagi daftar pemilih tidak dibersihkan, tidak banyak faedahnya jika sistem yang tidak bermasalah sekalipun digunakan untuk mengelakkan pengundian berganda," katanya. Beliau bersetuju dengan cadangan seorang lagi Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub supaya daftar pemilih diaudit oleh badan audir bebas yang diiktiraf diperingkat antarabangsa. "Daftar pemilih perlu disemak habis-habisan, berapa nama bertindan, berapa nama mereka yang status kewarganegaraannya dipertikaikan, berapa pengundi yang sebenarnya tidak wujud dan banyak lagi keraguan lain yang perlu dibersihkan dalam daftar pemilih," katanya. Mahfuz melihat kemasukan mereka yang mempunyai status kewarganegaraan yang meragukan dalam daftar pemilih sengaja dibuat untuk memenangkan parti yang mempunyai kuasa untuk mengarahkan daftar pemilih diselewengkan bagi kepentingannya. Dengan penggunaan warga asing, katanya, mungkin tidak perlu lagi diupah "hantu" yang boleh mengundi berkali-kali untuk memenangkan parti yang mempunyai kuasa ke atas pihak yang mengendalikan pilihan raya. Daftar Pemilih yang bersih adalah salah satu dari lapan tuntutan utama Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) ke arah memperbaiki perjalanan dan pengendalian pilihan raya negara ini. Tuntutan lain ialah supaya SPR mereformasikan undi pos, gunakan dakwat kekal, masa kempen minima 21 hari, akses media yang bebas dan adil, kukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor. HD |
WASPADA: Ada Ular Sawa Dalam Kolam Renang Posted: 31 Aug 2011 06:15 PM PDT Seremban: Pengunjung sebuah kolam renang yang sedang seronok bermandi manda tergempar apabila mendapati seekor ular sawa batik sepanjang empat meter turut berendam bersama mereka dalam satu kejadian di Kelab Rekreasi Sungai Ujong di sini, Selasa. Gambar: Beberapa pengunjung Kelab Sungai Ujong yang sedang mandi di kolam itu melihat ular sawa sepanjang kira-kira 4 meter yang turut berendam bersama mereka di dalam kolam itu. Menurut seorang ahli kelab, Chong Kok Kiong, 50-an, dalam kejadian pukul 2.30 petang itu, terdapat lapan orang termasuk kanak-kanak sedang bermandi manda dalam kolam sedalam antara 1.2 hingga 3.04 meter. "Seorang perenang wanita kemudian melihat ada satu benda hitam di bawah tangga besi di dalam kolam. Dia kemudian menyelam untuk melihat lebih dekat... selepas melihat ular. Anggota bomba dan penyelamat Balai Bomba Seremban sedang mengeluarkan ular sawa sepanjang kira-kira 4 meter itu. "Perempuan itu kemudian naik ke permukaan dan menjerit memberi amaran kepada pengunjung lain," katanya kepada Bernama. Ketika kejadian itu, Chong sedang duduk bersantai di tepi kolam itu. Pihak pengurusan kelab kemudian menghubungi Balai Bomba dan Penyelamat Seremban dan sebuah van beserta empat anggota dihantar untuk menangkap ular itu. Jurucakap Bomba ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan memberitahu, kemungkinan ular sawa terbabit datang dari kawasan belukar berhampiran dengan kelab itu. Cuaca yang agak panas menyebabkan ular itu memasuki kolam untuk menyejukkan dirinya, katanya. - BERNAMA |
Kerja Binatang Apa Kurung Wanita Ini 5 Tahun Dalam Keadaan Bogel Di Kulim? Posted: 31 Aug 2011 05:10 PM PDT Dalam kemeriahan umat Islam menyambut Syawal, masih ada dalam kalangan mereka yang menderita. Seorang wanita berusia 52 tahun yang mengalami masalah mental ditemui dalam keadaan bogel di bilik belakang sebuah rumah teres satu tingkat di Taman Salad kira-kira jam 2.30 petang kelmarin. Pengerusi Pertubuhan Perihatin Kebaktian Masyarakat Kulim (PPKM), Khor Eng Khim berkata, beliau menerima maklumat mengenai wanita itu daripada orang awam melalui telefon. Menurutnya, selepas pergi ke alamat seperti dilaporkan, beliau ternampak mangsa dalam keadaan bogel sebelum menghubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan polis untuk mendapatkan bantuan. "Empat pegawai dari JKM datang ke tempat kejadian bersama sebuah kenderaan unit MPV dari Balai Polis Lunas. Daripada maklumat saya peroleh, mangsa sudah lima tahun dikurung dalam keadaan begitu. Lebih menyedihkan, mangsa bukan sahaja ditinggalkan dalam keadaan bogel malah tidak ada tikar, tilam atau bantal di tempat mangsa dikurung. "Mangsa hanya akan berbaring dan duduk di atas lantai simen. Selain itu saya dapati banyak beg plastik berisi nasi di luar tempat mangsa dikurung. Saya kemudiannya menghubungi ambulan untuk menghantar mangsa untuk mendapatkan rawatan di hospital" katanya. Pegawai Kebajikan Daerah Kulim, Rohana Yussuf berkata, sebelum ini mangsa yang dikenali sebagai Salmah berada dalam keadaan normal sehinggalah ibunya meninggal dunia pada 2001. Sejak itu tidak ada sesiapa yang menguruskan kehidupannya hingga melarat. Menurutnya, mangsa sudah menerima bantuan am daripada JKM sebanyak RM150 sebulan. Ketika pemeriksaan dibuat, pegawai JKM mendapati keadaan mangsa lemah, kelaparan dan badannya terlalu kurus sehingga menampakkan rangka. Selain itu mangsa menjerit beberapa kali menyatakan 'sakit' sebelum dia di keluarkan dari tempat kurungannya. Pegawai JKM turut memakaikan pakaian yang diberikan oleh jiran kepada mereka kerana mangsa dalam keadaan berbogel. "Saya telah mengarahkan pegawai JKM membawa mangsa ke hospital Kulim untuk menerima rawatan segera. Selepas pemeriksaan dibuat, barulah JKM mengambil keputusan bagaimana untuk mengatasi masalah dialaminya. JKM akan berbincang dengan waris mangsa untuk mendapatkan maklumat tentang mangsa sebelum mengambil keputusan untuk menghantarnya ke pusat penjagaan khas yang disediakan" kata Rohana. Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh ketika dihubungi berkata, beliau telah mengarahkan seorang pegawai polis berpangkat Inspektor untuk pergi ke tempat kejadian bagi menyelamatkan mangsa. -SH Ulasan GB Yang nyata, ia bukan binatang sebenar, tetapi dilakukan oleh manusia yang berperangai binatang sehingga melayani manusia lain seperti binatang juga. Sunggu memilukan dan sungguh dasyat. |
20,000 Banjiri Majlis Sambutan Aidilfitri K'jaan Negeri Selangor Posted: 31 Aug 2011 10:30 AM PDT Lebih 20 ribu hadirin membanjiri Majlis Sambutan Aidilfitri Kerajaan Negeri Selangor di Dataran Bangunan Sultan Abdul Aziz Shah di sini semalam. Rata-rata rakyat yang terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat hadir dengan gembira serta tidak melepaskan peluang untuk beramah mesra bersama dengan Pemimpin Negeri Selangor termasuk Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. turut dihadiri dengan kehadiran pelbagai pimpinan kanan Pakatan Rakyat. Ketua Umum PKR yang juga penasihat ekonomi Negeri Selangor Datuk Seri Anwar Ibrahim turut hadir memeriahkan majlis dan bertemu rakyat. Antara pemimpin lain yang hadir ialah Naib Presiden PKR, Tian Chua, Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa, Exco-exco negeri Selangor serta tidak ketinggalan Wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat. Keluarga yang hadir turut mendapat sumbangan duit raya dan bantuan dari Kerajaan Negeri. Dalam sidang media majlis tersebut Khalid menyatakan program itu ditaja oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) sebagai sumbangan sosial selepas mencatatkan keuntungan yang menggalakkan tahun ini. "Mereka diberi tanggungjawab kerana mereka dapat keuntungan tahun lepas dan digunakan sedikit untuk program ini...kita buat program ini hanya jika ada untungan. hasil keuntungan inilah yang boleh kita agihkan," kata Khalid Khalid turut menyatakan Bangungan SAAS dipilih kerana kawasan luas memudahkan hadirin dan tidak perlu bersesak seperti sebelumnya. Saya juga ucapkan terima kasih kepada rakyat Selangor yang begitu ramai datang atas jemputan kita..Perayaan ini lebih meriah kerana tempat kita ini boleh muat 25 hingga 30 ribu orang, jadi ia lebih mudah dikelolakan," ulas beliau Khalid turut berkesempatan melahirkan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Selamat meraikan kemerdekaan hari ini kepada rakyat negeri Selangor. "Bagi pihak kerajaan Negeri sekali lagi saya ucapkan Selamat hari raya maaf zahir batin dan sekali lagi ingatkan kepada rakyat Malaysia kita turut menyambut kemerdekaan ke 54 dan kemerdekaan ini sangat penting kerana ia bagi kita harapan masa depan bahawa rakyat selangor dan Malaysia mempunyai jati diri untuk bangunkan negeri dan negara kita," kata beliau. |
Tragedi Bukit Kepong: Siapa Pejuang Siapa Pengkhianat? Posted: 31 Aug 2011 08:25 AM PDT Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini berkata Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu perlu balik ke landasan yang betul dan berpegang kepada prinsip taqwa. Sebagai seorang pemimpin Islam, beliau berkata Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu patut selalu berfikir terlebih dahulu sebelum membuat kenyataan dan sentiasa bercakap benar. Timbalan Perdana Menteri berkata tindakan Mat Sabu memutarbelitkan kenyataan adalah satu dosa. "Kalau dah tersasul dia kena mohon ampun pada Tuhan dan bertaubat supaya tak melakukan sesuatu seperti itu lagi," katanya kepada pemberita semasa rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri beliau di Kompleks Seri Pekembar di sini hari ini. Dipetik Bernama Online, Muhyiddin berkata demikian semasa diminta mengulas tindakan Mat Sabu menafikan mengeluarkan kenyataan berhubung tragedi Bukit Kepong yang mendakwa penyerang anggota keselamatan dan keluarga tragedi itu adalah hero sebenar dalam perjuangan kemerdekaan negara. Muhyiddin kesal dengan kenyataan Mat Sabu dan menyifatkan pemimpin PAS itu lebih berpolitik dan tindakan Mat Sabu menafikan membuat kenyataan itu dan berhasrat menyaman akhbar Utusan Malaysia hanyalah psikologi politik bagi memperbetulkan keterlanjurannya. "Bagi saya, saya tak tahu ini gambaran PAS yang sebenarnya atau perlakuan peribadi Mat Sabu tetapi yang pastinya apabila seseorang seperti beliau berucap, beliau bercakap dalam kapasiti sebagai Timbalan Presiden (PAS)," katanya. Timbalan Perdana Menteri berkata kalau itu menjadi trend PAS pada masa akan datang, ia telah lari daripada asas perjuangan parti berkenaan. -TMI
|
Raya Semakin Mahal, Rakyat Perlu Pembelaan - Wan Azizah Posted: 31 Aug 2011 05:52 AM PDT TPresiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mahu keadilan terbela bagi rakyat yang terpaksa menghadapi kesan kenaikan harga barang dalam kegembiraan menyambut perayaan Hari Raya Aidilfitri. Oleh itu, beliau turut mencadangkan agar Kerajaan Persekutuan memperketat dan memantau mekanisma kawalselia harga agar keperluan rakyat dan peniaga dapat dijaga. "Kekangan dan bebanan sara hidup yang semakin meninggi akibat tatakelola dan perancangan yang tidak dilandasi semangat kerakyatan dan kesederhanaan. Rakyat terus dibebani dengan kenaikkan harga barang yang tidak terkawal terutamanya barang keperluan raya," katanya dalam satu Perutusan Khas sempena Hari Raya hari ini. Dalam menyambut bulan Syawal, Wan Azizah turut mengajak rakyat Malaysia khususnya yang beragama Islam meneladani pengajaran pembersihan jiwa sepanjang ramadan dengan terus berjuang demi keadilan , kebenaran dan perpaduan sejati. Dalam perutusan Hari Raya beliau, Wan Azizah mahu kemenangan yang disambut dalam bulan Syawal hasil daripada pentarbiyahan dalam menjalani latihan dan disiplin sepanjang Ramadhan memberi semangat kepada setiap umat Islam. "Ramadhan adalah bulan dan masa yang amat sesuai untuk kita semua meningkatkan ilmu, keimanan dan ketaqwaan kepada Allah S.W.T. Kita sedar bahawa bulan ramadhan ini juga adalah tempat para pejuang yang mahu menegakkan keadilan dalam menghadapi pelbagai ujian, cabaran dan fitnah dunia yang mencengkam kebebasan dan kemerdekaan rakyat," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini. Selain itu, Wan Azizah mahu ahli PKR terus komited dalam perjuangan parti itu dalam memastikan negara ini bebas dari cengkaman dan fitnah yang membelenggu kehidupan rakyat dan seterusnya memartabatkan keadilan sejati. "KEADILAN menyeru agar kita tidak terus berpeluk tubuh dan membiarkan kemarakan fitnah ini membinasakan kebenaran,keadilan dan perpaduan ummah. Marilah kita terus bersama menghindarkan diri daripada bersubahat dengan fitnah," kata beliau. "Oleh itu kita perlu begandingan dalam membina keyakinan untuk terus meneladani kebabasan dan keadilan sejati," tambahnya lagi. |
Sekali Lagi Wang Rakyat Digunakan Untuk Kempen Tipu Rakyat Posted: 31 Aug 2011 03:15 AM PDT Tiga firma ditapis bantu kempen tenaga nuklear Malaysia KUALA LUMPUR, 31 Ogos — Kerajaan Malaysia sedang mencari sebuah agensi perhubungan awam untuk membantu membina sokongan orang awam terhadap usaha Putrajaya mengadakan tenaga nuklear — sumber tenaga alternatif menjelang tahun 2013. The Holmes Report, yang diterbitkan di New York, melaporkan awal minggu ini bahawa Perbadanan Tenaga Nuklear Malaysia (MNPC), sebuah agensi kerajaan yang ditubuhkan Januari lalu, telah menyenarai pendek tiga firma untuk membantu menjalankan kerja-kerja perhubungan awam projek yang sensitif itu. "Difahamkan pemilihan formal belum dilakukan. Satu sumber terlibat dalam proses berkata fi (juga) belum disahkan, tetapi dijangka mencecah tujuh digit," katanya lagi. Pelawaan untuk mendapatkan khidmat firma perhubungan awam antarabangsa dijangka mencetuskan kontroversi baru selepas laporan baru-baru ini menyebut Putrajaya telah membayar RM58 juta kepada FBC Media untuk membina imejnya di peringkat antarabangsa menerusi pelbagai saluran penyiaran antarabangsa. Badan kawal selia Britain, Office of Communications (Ofcom) sedang menyiasat program-program dikendalikan oleh FBC Media bagi British Broadcasting Corporation (BBC). Difahamkan Putrajaya telah menamatkan kontrak dengan FBC Media selepas didedahkan bahawa pemimpin-pemimpin Malaysia seringkali muncul dalam temu bual berbayar program televisyen global CNBC. Usaha terbaru ini muncul di sebalik kontroversi krisis loji nuklear di Fukushima, Jepun Mac lalu ekoran malapetaka berganda gempa bumi dan tsunami. Berdasarkan nota taklimat yang diperoleh oleh Holmes Report, khidmat runding perhubungan awam dikehendaki untuk memastikan pihak-pihak berkepentingan boleh membuat satu keputusan berdasarkan pada fakta dan boleh diyakini mengenai loji disyorkan menjelang tempoh yang telah pun ditetapkan. "Pokoknya: Malaysia perlu ada tenaga nuklear dan memperoleh mandat rakyat menjelang 2013, apabila kerajaan membuat keputusan akhir dan mengumumkan lokasinya," demikian nota ringkas itu. Menurut Holmes Report, mendapatkan sokongan awam lebih 50 peratus adalah keutamaan, selain menangani aspek kebimbangan dan isu-isu yang timbul. Beberapa pihak telah pun membantah usaha mengadakan loji tenaga nuklear di negara ini. Pada Mac lalu, Sahabat Alam Malaysia (SAM) meminta kerajaan supaya menghentikan segera cadangan untuk membina loji nuklear dan empangan besar bagi menangani isu krisis tenaga kerana bimbang berlaku kebocoran reaktor seperti yang berlaku di Jepun. Presidennya S.M Mohamed Idris berkata trajedi yang berlaku di Jepun menunjukkan kemalangan boleh berlaku pada bila-bila masa dan tidak mustahil Malaysia juga akan mengalami perkara yang sama. Malah, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengulangi pendiriannya bahawa Malaysia tidak perlu memiliki sebuah loji tenaga nuklear. Malaysia bercadang membina dua loji seumpama itu yang masing-masing akan menjana kuasa 1,000 megawatt dengan loji pertama sedia untuk beroperasi pada 2021 dan yang kedua setahun kemudian. Ia adalah sebahagian daripada rancangan jangka panjang untuk mengimbangi bekalan tenaga. Akhir Disember lalu, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Peter Chin Fah Kui berkata, kerajaan serius untuk melaksanakan cadangan membina loji nuklear bagi menjana kuasa elektrik kerana ia termaktub dalam Program Transformasi Ekonomi. Langkah itu katanya, juga merupakan satu daripada cara mentransformasi industri elektrik sebagai satu sumber tenaga yang stabil bagi memastikan negara tidak menghadapi masalah pada masa akan datang. Beliau berkata loji nuklear bagi menjana kuasa elektrik sudah lama menjadi pilihan beberapa negara luar berikutan kenaikan harga petrol dan diesel serta arang batu, yang boleh mempengaruhi harga bekalan tenaga elektrik hingga membebankan pengguna. -TMI |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan