Bila Harimau Sudah Menaip... |
Pertolongan Buat Seorang Muslim. Posted: 27 Sep 2011 10:31 PM PDT Sebelum aku berbicara mengenai pertolongan buat seorang lelaki Muslim yang menghantar sepucuk surat kepada aku, suka aku berkongsi kisah pertolongan seorang Khalifah yang bernama Mu'tasim kepada seorang perempuan Islam yang tidak dikenalinya. Seorang Perempuan Islam ditawan oleh sebuah negeri. seorang lelaki yang nampak hal itu, perlahan-lahan ke Baghdad untuk melaporkan kepada Khalifah Mu'tasim. "Ya Mu'tasim, aku nampak seorang perempuan ditawan dan memohon pertolongan mu" kata lelaki tersebut. "Perempuan itu berkata Ya Mu'tasim, bantulah aku" sambung lelaki itu. Khalifah Mu'tasim berdiri seraya berkata "Ya Wahai Ibu! Sayalah Mu'tasim yang Ibu panggil". Khalifah Mu'tasim menggerakkan seluruh bala tenteranya dan menulis surat kepada Rom yang berbunyi "Daripada Hamba Allah yang bernama Al-Mu'tasim kepada Anjing Rom. Apabila surat ini telah engkau terima, hendaklah engkau membebaskan perepmpuan Islam yang telah engkau tawan. Jika engkau tidak membebaskannya, aku akan mengirimkan bala tenteraku; kepala tenteraku berada pada engkau dan ekornya ditanganku (mengembeling seluruh bala tentera dan Umat Islam)". Apa tindakan kerajaan kita apabila orang Islam dibunuh di Thailand? Berdiam? Wallahua'lam. Surat Memohon Bantuan Aku menerima sepucuk surat lengkap dengan bukti passport, kad pengenalan, kad matrix dan kad kedutaan pelajar seorang pelajar yang memerlukan bantuan kewangan pembiayaan pembelajaran di Mesir (Universiti Al-Azhar). Bersangka baik. Aku memilih untuk berkongsi dimana kemungkinan khalayak pembaca mahu menyumbang buat beliau. Aku siarkan 2 dari 4 helai surat beliau. |
You are subscribed to email updates from Bila Harimau Sudah Menaip... To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan