Anak Sungai Derhaka |
- Terima kasih banyak, Utusan - Anwar
- Kuota Bumiputera dihapuskan kerana Najib ikut kata Soi Lek?
- Tuduhan Liwat : Jelaskan pertemuan dengan Saiful kata Anwar kepada Najib
- PANAS!! Orang-orang Anwar mula menguasai Badan Strategik Kerajaan?
- FUCK UTUSAN!! - Namawee (Video Inside)
- Najib akan hapuskan kuota Bumiputera..
- Letupan di pusat beli-belah di Subang Jaya, empat cedera
- Bukan sahaja Akhbar Cina, The Star juga mula membelit fakta?
Terima kasih banyak, Utusan - Anwar Posted: 28 Sep 2011 07:07 AM PDT Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sekadar ketawa hari ini apabila ditanya berhubung dakwaan bahawa ejen beliau telah diserap ke dalam badan strategik kerajaan untuk menjatuhkan pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak. Dengan berseloroh, Anwar berkata dakwaan yang disiarkan Utusan Malaysia itu merupakan satu pujian kepadanya. "Terima kasih banyak-banyak, Utusan! Setiap hari mereka serang Anwar, (tapi) Anwar tidak nafi atau jelaskan. Tidakkah itu menarik?" Katanya lagi, beliau tidak membaca akhbar berkenaan dan tidak mengambil serius dakwaan yang ditimbulkan itu. Ejen berkenaan didakwa menyalurkan maklumat sulit mengenai Najib kepada pihak pembangkang, termasuk butiran tentang lawatan rasminya ke luar negara dan cuti peribadinya, dakwa akhbar berbahasa Melayu itu. Bagaimanapun, akhbar itu tidak menyatakan nama sebarang badan kerajaan terbabit. Dakwaan berkenaan ditimbulkan dalam tulisan bertajuk 'Musang berbulu ayam dalam badan-badan strategik kerajaan?' yang disiarkan hari ini, editor kanan Utusan, Datuk Zaini Hassan. sila baca di (SINI) Zaini mendakwa mendakwa beliau telah menerima maklumat mengenai dakwaan tersebut. Malaysiakini |
Kuota Bumiputera dihapuskan kerana Najib ikut kata Soi Lek? Posted: 28 Sep 2011 04:12 AM PDT Adakah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengikut kata Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek berhubung penghapusan kuota ekonomi? Berucap pada Khazanah Megatrends Forum 2011 di sini semalam, Najib memberi peringatan bahawa kuota Bumiputera akan digugurkan satu hari nanti, tetapi menegaskan kerajaan harus terus membantu bakat-bakat terbaik kaum itu bagi memastikan wujudnya persekitaran bisnes yang berdaya saing. Beliau berkata Model Baru Ekonomi (MBE) menggalakkan tindakan afirmatif berdasarkan meritokrasi dan 'kita harus menggalakan hak Bumiputera'. Sementara itu, Soi Lek meminta kerajaan mementingkan keupayaan merit dan bukannya kuota dalam memastikan perkongsian tulen antara bumiputera dan bukan bumiputera mencapai matlamatnya. Ini kerana, jelasnya dalam perniagaan di kebanyakan sektor seperti pembinaan, peniaga bumiputera lebih banyak mendapat kelebihan berbanding bukan bumiputera. Katanya, perkembangan itu tidak sihat dan memerlukan perhatian serius daripada kerajaan kerana jika ia berterusan, peniaga bumiputera tidak akan mampu disaingi oleh pihak lain yang lebih layak. Beliau berkata demikian selepas perasmian Kongres Ekonomi Cina bertajuk Peranan Masyarakat Cina Mencapai Sasaran Model Baru Ekonomi (MBE) dan Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) di sebuah hotel di ibu negara pada 14 Ogos tahun lalu. Harakahdaily |
Tuduhan Liwat : Jelaskan pertemuan dengan Saiful kata Anwar kepada Najib Posted: 28 Sep 2011 02:25 AM PDT KUALA LUMPUR, 28 Sept — Pasukan peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Datuk Seri Najib Razak dan isterinya merupakan saksi yang relevan dalam kes liwat dihadapi Ketua Pembangkang itu. Dalam afidavit balas ke atas permohonan Najib yang difailkan hari ini, Anwar berkata beliau memerlukan Presiden Umno itu datang ke mahkamah bukan untuk menunjukkan beliau terlibat dalam "konspirasi tetapi bagi mendapatkan penjelasan" tentang pertemuannya dengan pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 24 Jun 2008 iaitu dua hari sebelum dia mendakwa diliwat. Anwar juga membangkitkan poin yang sama dalam afidavit balas ke atas permohonan Datin Seri Rosmah Mansor. Ketua Umum Pakatan Rakyat itu berkata Rosmah ada memberi kenyataan saksi kepada pegawai polis yang bertanggungjawab dalam siasatan kes liwat iaitu DSP Jude Pereira. Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan mendengar permohonan Najib dan Rosmah esok agar dikecualikan daripada menghadiri sebagai saksi perbicaraan peringkat pembelaan sekarang. Perbicaraan disambung pada 3 Oktober ini. "Datuk Seri Najib ada mengatakan bahawa 'keluarkan sepina, saya akan datang," kata Anwar kepada pemberita di luar mahkamah petang ini. Anwar mengulangi bahawa beliau kecewa dengan sikap Najib tidak menunaikan kata-katanya. "Mereka mengatakan bahawa mereka bukan saksi yang relevan dan keterangan mereka bukan penting dalam kes," kata peguam Anwar, Sankara Nair dengan merujuk kepada kandungan afidavit Najib dan Rosmah. "Kami kata ia penting," kata Sankara. Kedua-dua Najib dan Rosmah telah disepina bulan lalu selepas enggan ditemu bual secara tertutup oleh peguam Anwar. The Malaysian Insider |
PANAS!! Orang-orang Anwar mula menguasai Badan Strategik Kerajaan? Posted: 28 Sep 2011 12:24 AM PDT Kalau benar apa yang ditulis oleh Zaini Hassan dari Lidah Rasmi UMNO ini iaitu beliau menerima satu maklumat mengenai badan atau mungkin lebih daripada satu badan yang cukup strategik dalam kerajaan yang telah dan sedang diresapi oleh orang-orang Anwar Ibrahim... Baguslah.. Semoga ianya adalah benar untuk membolehkan Kerajaan yang dikuasai oleh UMNO/BN dapat digantikan kerajaan yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat selepas PRU13 nanti dengan lancar.. Dan adanya musang-musang berbulu ayam ini akan melancarkan segalanya.. Musang berbulu ayam dalam badan-badan strategik kerajaan? APABILA saya diberitahu mengenai maklumat ini saya tidak tahu di mana hendak bermula. Apakah benar maklumat yang saya terima ini? Jika benar apakah wajar saya dedahkan? Jika saya dedahkan apakah implikasinya? Namun saya tetap berdoa agar maklumat ini salah. Jika salah, mungkin saya boleh tidur lena dan bersyukur keadaan itu tidak berlaku, walaupun saya mungkin dipersalahkan kerana menulis sesuatu yang tidak berlaku. Tapi sebagai penulis, itulah risiko yang harus dihadapi. Apa yang saya tulis ini mungkin sedikit memeranjatkan, tapi biarlah pihak-pihak tertentu yang menyiasat mengenai kebenarannya. Saya menerima satu maklumat mengenai badan (atau mungkin lebih daripada satu badan) yang cukup strategik dalam kerajaan yang telah dan sedang diresapi oleh orang (atau dalam bahasa mulut orang-orang) Anwar Ibrahim. Maklumat yang saya terima menggambarkan bahawa ia adalah suatu situasi yang real dan nyata. Jika benar, ia adalah sesuatu yang cukup bahaya. Ia adalah satu perancangan yang halus, licik dan terancang yang boleh menjejaskan kerajaan semasa. Sama ada ia berlaku secara kebetulan atau satu plot terancang tidak pula saya tahu. Jika benar, ternyatalah sistem imunisasi kerajaan ini lemah sehingga gagal untuk menentang elemen-elemen itu. Seperti yang saya kata tadi, jika saya salah, maka saya bersyukur kerana ia tidak berlaku. Tetapi jika ia berlaku, maka sesuatu yang drastik harus dilakukan supaya pengkhianat-pengkhianat ini dibersihkan secepat mungkin daripada sistem kerajaan. Dalam konteks kerajaan Malaysia kini, adalah sesuatu yang lazim dan biasa jika ada penjawatnya yang bersimpati dengan pihak-pihak musuh atau yang bertentangan dengan dasar yang dijunjung oleh organisasi itu. Malah ada juga kakitangan kerajaan yang secara terang-terangan menentang kerajaan atau bersikap anti kerajaan. Bagi saya, itu masih lagi boleh diterima, tapi macam mana pula jika orang-orang yang berada di dalam sesebuah organisasi itu menjadi operator dan penggerak kepada musuh itu? Jika benar berlaku, maka ia adalah sesuatu yang luar biasa dan amat mendukacitakan. Dalam peperangan saraf di Malaysia sekarang, tidak mustahil operator itu wujud, lagipun Anwar Ibrahim bukan calang-calang orang untuk menempatkan mereka di situ. Orang-orangnya masih ada dalam sistem, terutamanya di peringkat atasan. Mungkin juga masih berlaku infiltrasi atau penyusupan masuk orang-orang ini untuk menjadi musuh dalam selimut, musang berbulu ayam, bagai menggunting dalam lipatan? Ternyata bahasa Melayu cukup agung untuk menggambarkan apa yang cuba disampaikan di sini. Sekali lagi saya mahu nyatakan benarkah wujud elemen-elemen itu? Saya berharap ia tidak berlaku. Apa akan terjadi sekiranya benar? Apakah langkah yang akan dilakukan oleh pihak berkuasa jika ia benar-benar berlaku? Apakah kita sedar bahawa ada antara badan strategik itu kini tiba-tiba menjadi tidak bermaya setelah 'kehadiran' elemen-elemen itu? Maklumat itu memberitahu: ''Saya tidak hendak memberikan contoh yang lebih banyak, tetapi saudara perhatikanlah sendiri bagaimanakah ada agensi Kerajaan Persekutuan (dirahsiakan namanya) yang tugas pentingnya mempertahankan dasar-dasar kerajaan, memberi kefahaman kepada rakyat supaya akhirnya mereka memberikan sokongan kepada kepimpinan Perdana Menteri, boleh pula menerapkan, menyerapkan malah menggunakan instrumen pembangkang yang berusaha mematikan Perdana Menteri." Kata maklumat itu lagi: ''Inilah kemenangan Anwar Ibrahim yang dibawa oleh orang kuatnya di dalam organisasi itu, dan masih membawa masuk orang-orang Anwar secara perlahan. Permohonan membawa masuk pegawai baru masih di peringkat JPA dan SPA." Saya tidak mahu menulis panjang lebar mengenai hal ini. Biarlah pihak berkenaan akhirnya sedar mengenai fenomena ini. Biarlah mereka yang mengambil tindakan, itupun jika mereka mampu melakukannya. Elemen-elemen yang ada itu, jika benar, harus dihapuskan. Mereka harus dibersihkan daripada sistem kerajaan semasa, dalam sistem strategik negara dan politik. Menurut maklumat itu lagi: ''Bagi kami yang kerdil ini, tidak sanggup melihat YAB Perdana Menteri menerima nasib seburuk Gaddafi. Sekuat Gaddafi pun akhirnya dijatuhkan dari dalam dengan bantuan musuh-musuh Islam di luar!'' Sebagai contohnya, kata maklumat itu lagi: ''...anda fikirkanlah bagaimanakah kos perbelanjaan lawatan rasmi luar negara YAB PM boleh diperolehi dengan begitu detail, cepat dan pantas oleh pihak pembangkang? Bagaimanakah juga penerbangan percutian peribadi YAB PM juga boleh diperolehi dengan begitu detail dan cepat oleh pihak pembangkang? Dan banyak lagi contoh-contoh lain. Apakah ia diperolehi dengan mudah jika tidak kerana ada orang dalam yang membocorkan segala maklumat sulit itu?'' Buat sementara ini, biar saya berhenti di sini dulu. Oleh Zaini Hassan/Utusan |
FUCK UTUSAN!! - Namawee (Video Inside) Posted: 27 Sep 2011 10:09 PM PDT Marah sungguh si Namawee kepada Utusan Malaysia nampaknya, hinggakan beliau melabelkan Utusan sebagai Surat Khabar sampah yang ditulis oleh Penulis bertaraf sampah.. Katanya.. lu ada pen , lu ada keyboard sudah boleh jadi reporter.. apa lagi yang dia kat sila saksikan videoclip dibawah.. Bukan Nasi Lemak 2.0, soalnya Namewee... Oleh Fauziah Arof MELIHAT reaksi orang ramai mengenai filem sulung arahan Namewee, Nasi Lemak 2.0 yang dikatakan mereka sebagai sebuah filem 'komedi sosial' yang baik lagi menghiburkan, ia tidak sedikit pun menarik minat saya untuk menonton filem tersebut. Jika diberi tiket percuma pun, saya tidak mahu menonton filem ini, walaupun dibarisi oleh nama-nama selebriti handal yang saya kagumi seperti Afdlin Shauki, Datuk David Arumugam dan Adibah Noor, apatah lagi melanggannya di Astro First apabila filem itu habis ditayangkan kelak. Sebabnya, bukan kerana filem Nasi Lemak 2.0. Tetapi kerana si pengarah dan penulis skripnya yang banyak mengguris hati rakyat Malaysia sebelum ini. Tentu kita belum dapat melupakan lagi, pemuda yang berasal dari Johor ini pernah dengan lagu Negarakuku, memperlekeh negara dan menghina wanita Islam bertudung dan azan subuh. Selepas itu, dia atau nama sebenarnya Wee Meng Chee buat hal lagi dengan menghina TNB dan dalam lagu bertajuk Kawanku menghina Melayu dengan lirik 'Melayu Balik Hutan Jadi Sakai'. Dan ada lagi, dia membuat satu lagi klip video yang menghina Guru Besar dan Kementerian Pelajaran dengan perkataan-perkataan lucah. Sekarang, Namewee melalui Nasi Lemak 2.0 pula menyifatkan, filem lakonannya itu adalah aspirasi 1Malaysia, yang melambangkan penyatuan dan perpaduan kaum di negara ini. Alahai, dia pula bercakap pasal 1Malaysia. Adakah anak muda ini sedar, bukankah perpaduan di negara ini dipupuk dengan cara kita menghormati setiap kaum yang ada. Bukan dengan menghina dan memperlekehkan sesuatu kaum dan negaranya seperti yang disiarkan di YouTube. Namun 'perjalanan seni' anak muda ini boleh disifatkan luar biasa, kerana setelah apa yang dilakukannya, peliknya dia masih diberi peluang berjumpa seorang menteri, dan tiada tindakan yang diambil terhadapnya. Dan dia yang banyak 'diberi muka' ini juga dengan yakinnya mahu berjumpa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pula untuk menyokongnya berkarya atas nama 1Malaysia. Siapa dia Namewee ini, apa keistimewaan dan kekebalannya? Jawapannya, lelaki ini telah menyakiti hati ramai orang terutamanya orang Melayu dan umat Islam di negara ini. Seperti yang ditegaskan, saya tiada masalah dengan filem Nasi Lemak 2.0. Saya menyokong filem tempatan dan tidak kisah mengeluarkan wang menonton filem Melayu di pawagam. Apabila memperkatakan tentang filem berunsurkan 1Malaysia, bukan filem Nasi Lemak 2.0 sahaja mempunyai aspirasi ini. Saya juga telah menonton filem Estet di pawagam. Estet arahan Mamat Khalid ini menggabungkan kehidupan semua kaum di negara ini yang saling hormat-menghormati dan membantu antara satu sama lain dalam sebuah kampung. Dan saudara Mamat kita ini, tidak heboh pun dengan mengangkat filem tersebut sebagai filem 1Malaysia! Lidah Rasmi UMNO |
Najib akan hapuskan kuota Bumiputera.. Posted: 27 Sep 2011 08:25 PM PDT Jika perkara ini diucapkan oleh Anwar Ibrahim atau TG Nik Aziz atau TG Hj. Hadi mahupun Guan Eng maka akan riuh rendahlah media-media yang ditunggang UMNO memainkan isu ini.. Tapi bila Najib sendiri yang mengumumkan untuk menghapuskan 30% Kuota untuk bumiputera ini.. semuanya menyepi.. Satu kementerian yang menjaga kepentingan Melayu/Bumiputera dihapuskan diawal pemerintahannya, kini kuota 30% untuk bumiputera pula bakal dihapuskan Najib.. Kuota yang diperkenalkan oleh Aruah Bapanya demi menjaga kepentingan bangsa dihapuskan oleh anaknya yang mula kelihatan sanggup meletakkan kepentingan bangsa ketepi demi meraih undi bukan Melayu.. Mana PERKASA?? Mana Pemuda UMNO?? Tak nak buat demo ka? atau kerana yang berkata itu Najib, korang takut? Terdapat keperluan hindari sistem kuota, kata Najib Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini berkata terdapat keperluan untuk menghindari sistem kuota kepada bumiputera dalam membina kapasiti mereka kerana pendekan itu tidak mencapai tujuan ia diperkenalkan. Sebaliknya, Najib berkata, kuota ekuiti 30 peratus itu hanya menghalang usahawan bumiputera daripada mempertingkatkan kemampuan mereka. "Kami mahu menghindari kuota tetapi kami akan menyokong supaya mereka (usahawan bumiputera) terus berkembang. "Sekiranya kamu memberi mereka kuota, mereka akan bersenang-lenang dan akhirnya tidak memperolehi kepakaran untuk mengurus perniagaan mereka," katanya. Menjawab soalan daripada hadirin semasa sesi soal-jawab Forum Megatrends Khazanah 2011 di Kuala Lumpur, Najib berkata penetapan kuota "tidak membawa apa-apa makna". "Kamu perlu meninggalkan kuota. Tetapi kamu mesti menyokong mereka (Bumiputera) dalam cara yang akan membolehkan mereka berkembang dari usahawan kecil dan sederhana untuk menjadi lebih besar dan menjadi jaguh serantau. "(Usahawan bumiputera) akan menjual saham-saham mereka apabila harga tinggi dan hanya akan tinggal peratusan kecil daripada jumlah yang diperuntukkan untuk bumiputera (dalam pegangan mereka)," katanya. Oleh itu, perdana menteri berkata kerajaan akan menggunakan pendekatan berlainan dalam tindakan afirmatif bagi mengesan bumiputera yang cekap, teruji dan boleh berjaya serta menyokong mereka supaya akan lebih berdaya saing. "Kami telah mengenal pasti lebih daripada 1,000 syarikat melalui Teraju, dan kita akan melihat bagaimana untuk membantu syarikat-syarikat ini menjadi lebih besar dan lebih maju," katanya, merujuk kepada agensi kerajaan yang ditubuhkan bagi menyelia hal-ehwal ekonomi bumiputera. Katanya, dengan menyokong "bumiputera bijak", bukan sahaja akan memperkembangkan bakat dalam masyarakat itu tetapi juga mengelakkan bantahan daripada rakan-rakan bukan bumiputera mereka. "Jadi, anda perlu menggalakkan calon bumiputera yang sesuai. Sekiranaya anda berbuat demikian, bukan sahaja mereka akan berjaya, tetapi bukan bumiputera juga tidak akan merasa iri hati terhadap mereka," katanya. Najib, yang juga Presiden Umno, berkata sudah tiba masanya kerajaan beralih daripada budaya "mengenali seseorang" (know who) kepada budaya "tahu melakukannya" (know how) dalam masyarakat. "Tindakan afirmatif akan berasaskan lebih dan lebih lagi pada meritokrasi. "Pendekatan baru ini diharapkan dapat membina satu kelas baru usahawan bumiputera yang lebih berdaya tahan dan boleh berjaya dalam jangka masa panjang," katanya. Najib sebelum ini telah mengumumkan hasrat kerajaan untuk meliberalisasikan ekonomi dari kuota berasaskan kaum melalui Model Ekonomi Baru (MEB), tetapi menerima tindak balas negatif daripada kumpulan-kumpulan berkepentingan kaum. Malaysiakini |
Letupan di pusat beli-belah di Subang Jaya, empat cedera Posted: 27 Sep 2011 06:43 PM PDT KUALA LUMPUR: Satu letupan kuat di pusat beli-belah Empire Shopping Gallery, dekat Subang Jaya, awal pagi tadi menyebabkan empat cedera setakat ini. Kejadian jam 3.40 pagi itu turut menyebabkan kerosakan teruk beberapa premis termasuk rangkaian cafe terkenal dengan bumbung dan kaca beberapa premis lain runtuh dan pecah. Four injured in shopping mall blast in Subang SUBANG JAYA: Four people were injured while more than 300 people rescued and evacuated when an explosion occurred inside the Starbucks outlet at the Empire Subang here early Wednesday. Four people, who were also trapped in the lower ground floor of the shopping complex that also houses a boutique hotel, were rescued by firemen from the Subang Jaya Fire and Rescue Department. The 3.45am gas tank explosion that happened at the outlet located on the lower ground floor also damaged two other floors of the complex. The injured, including a Nepali security guard and a local, who sustained cuts caused by falling shattered glass, were sent to the hospital for treatment. Subang Jaya Fire and Rescue Department station chief Mohd Khairi Daud said firemen from Subang Jaya were assisted by their colleagues from PJ and surrounding areas in evacuating the hotel guests numbering more than 300 people. The Star Online |
Bukan sahaja Akhbar Cina, The Star juga mula membelit fakta? Posted: 27 Sep 2011 10:05 AM PDT Perhatikan tajuk laporan The Star Onlineyang disiarkan pada 26 September 2011 diatas dan perhatikan pula tajuk laporan yang disiarkan oleh The Star Online juga pada 25 September 2011 dibawah, kandungan beritanya adalah hampir sama tetapi tajuknya adalah berbeza. Menurut pejabat KM, laporan yang disiarkan The Star Online bertarikh 25 September 2011 ditulis oleh oleh Martin Carvalho adalah benar dan tepat . Dalam laporan 25 September, Guan Eng telah dilaporkan berkata seluruh pimpinan DAP yang berada di dalam Central Executive Committee (CEC) akan meletakkan jawatan jika ada sesiapa yang boleh membuktikan bahawa undang-undang Hudud akan dimasukkan dalam Common Policy Framework (CPF) atau Buku Jingga. Atau dalam lain ayat, jika Hudud ditulis dan dimasukkan dalam Common Policy Framework (CPF) atau Buku Jingga para pemimpin DAP akan meletakkan jawatan secara beramai-ramai dari jawatan parti mereka di dalam DAP. Bagaimanapun tajuk laporan 25 September diatas telah digantikan dengantajuk laporan lain yang disiarkan pada 26 September 2011 dimana ianya adalah satu laporan dengan tajuk yang mengelirukan. 26 September The Star melaporkan Guan Eng telah mengugut untuk keluar dari Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat jika Hudud dijadikan sebagai antara agenda dalam Buku Jingga. Ini adalah tidak benar dan satu fitnah kerana Guan Eng tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan berbentuk ugutan untuk keluar dari Majlis Pempinan Pakatan Rakyat dan Pakatan Rakyat secara amnya.. Apa yang Guan Eng katakan ialah seluruh Pemimpin DAP yang berada dalam Jawatankuasa Eksekutif Pusat akan meletakkan jawatan yang disandang mereka dalam parti bukannya keluar dari Majlis Pempinan Pakatan Rakyat dan Pakatan Rakyat secara amnya.. Kenapa agaknya The Star mengeluarkan satu berita dengan dua tajuk yang berbeza? Ada orang kata ini adalah antara petanda pilihanraya semakin hampir.. dimana media-media yang dikawal kerajaan mula memutar belit cerita.. Baca juga Media Cetak berbahasa Cina yang turut memutar belit fakta di (SINI) |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan