Rabu, 28 September 2011

A Mum Of Three Mohd

A Mum Of Three Mohd


Sudah. Kasi orang lain chance pulak.

Posted: 28 Sep 2011 12:27 AM PDT


Bersara pada umur 64 tahun??? Hahahahaha....Nampak gayanyer... sampai kuteiler berkerja!!

Umur persaraan 64 tahun belum dipersetujui k'jaan

Sep 28, 11 8:03am

Kenaikan had umur persaraan pekerja sektor swasta sehingga 64 tahun adalah dicadangkan oleh Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) dan bukan pandangan rasmi kerajaan, kata Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramaniam.

Beliau berkata pada masa ini, kerajaan masih dalam peringkat perbincangan dengan wakil pekerja dan majikan bagi menggubal Rang Undang-Undang Umur Persaraan Minimum Swasta.

"Had umur sehingga 64 tahun adalah pandangan MTUC. Ia belum dipersetujui oleh kerajaan. Mereka telah kemukakan pelbagai cadangan tetapi akhirnya keputusan akan dibuat dengan mengambil kira pandangan semua pihak.[Seterusnya di sini]

Udah-udah ler tu weh.... Tak kira ler di sekotor swasta ke... awam ke... Kasi chance-ler orang lain pulak nak cari rezeki. Kesian.... Ramai anak-anak muda, baik yang grad mau pun yang tak grad-nyer, masih menganggur, terkial-kial mencari pekerjaan.

Apa yang lebih utama ialah naikkan gaji, selaras dengan kenaikan kos sara hidup yang melambung tinggi. Ini lebih penting, agar rakyat dapat menikmati kualiti hidup yang lebih baik, tak kira ler bagi mereka yang baru masuk ke alam pekerjaan atau pun mereka yang dekat nak masuk ke alam barzakh.

Bersara pada umur 55-58... rasanya dah cukup. Umur selebihnyer, biarlah digunakan pulak untuk beramal ibadat menyempurnakan mana-mana yang tak sempurna dan melengkapkan mana-mana yang belum lengkap atau memperbanyak lagi amalan buat bekalan masuk ke alam yang kekal abadi.

Pada umur yang dah tua.... relax jer ler. Tak payah susah-suasah lagi. Takkan nak berkerja sampai 'padam' kot??? Betul tak???

Tiada ulasan: