Jumaat, 16 September 2011

Bila Harimau Sudah Menaip...

Bila Harimau Sudah Menaip...


PERKASA Salah Pilih Presiden

Posted: 15 Sep 2011 09:58 AM PDT

"Bang, lepas ni lu pakai tak baju ni? Gua nak buak lap taik anak gua"

Gambar di atas hanyalah "point" untuk gua bersinikal dengan geng-geng yang beria-ia menyokong ISA suatu ketika dahulu. Sebentar tadi, Perdana Menteri Malaysia yang tak pernah dijajah ni telah mengumumkan bahawa ISA akan dimansuhkan. Gua pun sokong ISA dulu tapi tak macam geng-geng kat atas. Kita tinggalkan dahulu bab tu. Gua nak "starlite" kepala Ibrahim Ali jap.

Soalan nombor wahid yang terfikir di kepala otak bergeliga gua ni, macamanalah ahli-ahli PERKASA boleh pilih Ibrahim Ali ni jadi Presiden? Tidakkah mereka celik untuk melihat agenda Ibrahim Ali yang hanya menjadikan perjuangan pertubuhan pro-Melayu ini sebagai faktor penolak menjadi popular? Tidak adakah seorang ahli PERKASA yang celik? Butakah mereka semua?

Kesimpulan mudah gua; Ya, Perjuangan warna kulit dan bangsa memang membutakan. Aku pernah buta dahulu dan tidak mahu buta lagi.

Kenyataan emosi tanpa menggunakan otak telah banyak membuatkan PERKASA menjadi pertubuhan yang cukup murah. Aku lebih menghormati Persatuan Pemandu Teksi dari mereka. Untuk menjadi ahli PERKASA, ia hanya pusat menjumudkan akal dan membutakan minda. Mana bisa menjadi pemimpin Ulul Albab jika berada di dalam PERKASA dengan berPresidenkan orang seperti Ibrahim Ali? Nasihat peribadi gua buat PERKASA, ikutlah Al-Quran, As-Sunnah dan Ijmak Ulama Salaf. Jangan ikut kepala hangin kita je. Jangan memalukan Islam dengan tindakan yang menjengkelkan. Apa guna jadi Hero Melayu tetapi dimurkai Allah SWT? Dibawah, 3 kenyataan Agung dari Presiden mutakhir PERKASA. Tukarlah.

Antara kenyataan-kenyataan bertaraf "Kepala Abah Dia la" dari Presiden PERKASA

1. Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) memberi kata dua kepada Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) supaya membatalkan demonstrasi dan perarakan ke Istana Negara bagi membantah akta itu pada 1 Ogos ini.

Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali berkata, jika ia dipersetujui, pihaknya akan merayu Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris) supaya membatalkan demonstrasi menyokong Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang dijadual berlangsung pada tarikh dan kawasan yang sama.

Sekiranya tidak diendahkan GMI, Ibrahim menegaskan pihaknya akan turun padang menyertai demonstrasi Pewaris dan menyeru seluruh rakyat Malaysia supaya menyertainya.{sini}

- KOMEN HARIMAU MENAIP= GUA NAK TUNGGU IBRAHIM ALI BALUN PM PLAK PASAL PM PUN NAK MANSUHKAN ISA KAN?

 2. Anggota parlimen Pasir Mas itu berkata, walaupun kerajaan cuba "menarik rambut dalam tepung", kesabaran orang Melayu mempunyai batasnya.

Cabut bulu

"Nasib baik saja Mat Sabu. Kalau saya jadi menteri dalam negeri, dah hancur Mat Sabu ini. Daripada bulu atas sampai bulu bawah saya cabut. {sini}

-KOMEN HARIMAU MENAIP = DIA INGAT MAT SABU TU PATUNG TEDDY BEAR KE?

3. Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali berkata perhimpunan anti-Bersih 2.0 akan diadakan serentak dengan himpunan aman itu dan beliau tidak akan bertanggungjawab atas sebarang insiden yang tidak diingini.

KOMEN HARIMAU MENAIP = POYO JE STATEMENT DIA. HARAM TAK TURUN PUN.

AKU KELIHATAN PERKASA

nota kaki: gambar bukan nak aibkan Ibrahim Ali sebab blog yang hebat seperti Merah Tinta MSO telah menyiarkannya tetapi cuma nak orang Melayu berfikir....Inikah pemimpin yang diharap- harapkan?  Buat Ibrahim Ali, jangan saman gua, gua takde duit.

Tiada ulasan: