Jumaat, 16 September 2011

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


PM Bangladesh gesa rakyatnya jangan lepaskan peluang menjadi pengundi di Malaysia.

Posted: 16 Sep 2011 01:48 AM PDT



Sebuah laman web rasmi Hal Ehwal Badan Bukan Kerajaan (NGO) Jabatan Perdana Menteri, Bangladesh mengesahkan bahawa ada rakyatnya yang telah diberi taraf warganegara oleh kerajaan Malaysia.


Laman sesawang itu yang menggunakan domain ngoab.gov.bd, dipercayai sebuah laman sesawang rasmi Kerajaan Bangladesh.

Laman itu antara lain menyatakan bahawa sumber yang diperolehi dari Jabatan Perdana Menteri Bangladesh mengesahkan bahawa, sebilangan Pekerja Bangladesh yang terlibat dengan bidang pekerjaan di beberapa sektor di Malaysia telah diberi taraf kewarganegaraan.

Malah mereka juga diberikan hak untuk mengundi pada pilihanraya umum Malaysia yang akan datang.

Laman itu juga mendakwa pekerja Bangladesh di Malaysia kemungkinan diberikan kewarganegaraan dengan mudah, dengan syarat akan mengundi parti yang mewakili kerajaan yang memerintah

Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina, juga dilaporkan oleh laman sesawang itu, menyeru rakyatnya agar mengambil kesempatan di atas peluang ini bagi mengurangkan kadar kemiskinan negara.

Tak nampak apa yang tertulis dalam Print Screen itu? sila baca di bawah..

BANGLADESHI Prime Minister Sheikh Hasina told that she has been in Malaysia during her 6-day visit to South Korea and Malaysia last year.

At the last leg of her six-day tour, Hasina arrived in Malaysia on May 18 to attend the 66th World Islamic Economic Forum [WIFE] in Kuala Lumpur, the next day where she delivered a special speech.

During her stay in Kuala Lumpur, she held bilateral talks with her Malaysian counterpart Mohammed Najib bin Tun Abdul Razak when some long standing issues, including legalizing Bangladeshi workers in Malaysia, were prominently discussed.

Highly placed sources claimed that during the meeting, the Malaysian prime minister assured Hasina of considering the issue of legalizing Bangladeshi workers to his country with utmost sincerity.

Today, Prime Minister's office has allegedly received a confirmation from some of our citizens those working in several sectors in Malaysia since last year that they were given more than citizenships from Malaysian Government. In fact they now have been given a right to be a voter in upcoming Malaysian's general election.

Another highly placed source from prime minister's office has confirmed that Bangladeshi workers may easily conferred Malaysian citizenship with the condition to vote for party that represents the government in power.

Honorable Prime Minister, Sheikh Hasina urges people to take this opportunity in order to lower the national poverty in line with government's initiative and numerous measures to solve all major problems, including power and gas crises.

Prime Minister Sheikh Hasina also urged Malaysian entrepreneurs to invest more in Bangladesh, particularly in labor-intensive industries including readymade garment, textile, light engineering, electronics, agro-based products, ICT, power and infrastructure.

ngoab.gov.bd

Jangan seronok sangat.... - Aziz Bari

Posted: 16 Sep 2011 01:05 AM PDT

KUALA LUMPUR, 16 Sept — Pakar Perlembagaan Prof Abdul Aziz Bari menegaskan terlalu awal untuk meraikan inisiatif yang diumumkan oleh Datuk Seri Najib Razak malam tadi memandangkan langkah-langkah disenaraikan Putrajaya sebenarnya tidak menyeluruh.

Kata beliau, banyak lagi undang-undang yang diharapkan pemansuhan ataupun sekurang-kurangnya dipinda tidak disebutkan langsung dalam perutusan yang disampaikan secara langsung kepada rakyat.


"Najib tidak kata apa-apa tentang pembaharuan pilihan raya, membisu mengenai kontroversi membabitkan (daftar pemilih SPR dan) Jabatan Pendaftaran Negara.

"Beliau juga tidak berkata apa-apa tentang akses kepada RTM, saluran (TV dan radio) pembayar cukai. Mengambil kira kesemua ini, apa yang disaksikan (semalam) hanya satu bentuk pengumuman... oleh itu pilihan yang ada hanyalah (kita kena) tunggu dan lihat... terlalu awal untuk kita meraikan," kata beliau.

Kata Aziz , sementara langkah mahu memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan membatalkan tiga deklarasi darurat satu perkara yang baik tetapi tuntutan berkenaan perkara itu telah lama diketengahkan oleh Pakatan Rakyat dan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan.

"Jadi, Najib dan Umno-BN, sebagaimana ketika (menuntut) kemerdekaan pada 1957, mereka tidak boleh mengambil kredit (atas perkembangan ini)," kata ahli akademik ini.

Justeru jelas Aziz, perkembangan semasa ini juga menunjukkan pentadbiran Najib kelihatan bertindak kepada tuntutan dan permintaan pihak lain berbanding mengusahakan sendiri pendekatan-pendekatan yang diumumkan semalam, demi kepentingan rakyat.

"Oleh itu sedangkan beliau memegang jawatan (perdana menteri) tetapi tidak kelihatan berada dalam kuasa (sebenar)," kata Aziz lagi.

Sehubungan itu Aziz juga memberitahu, Umno-BN secara tiba-tiba telah mengetepikan falsafah politik mereka sendiri.

"Hanya semalam (kelmarin) (Menteri Dalam Negeri Datuk Seri) Hishammuddin Hussein datang dengan kenyataan menafikan (laporan media bahawa) ISA akan dimansuhkan," kata Aziz lagi.

Dalam perutusan khas sempena Hari Malaysia semalam, Najib mengumumkan bahawa ISA akan dimansuhkan dan dua undang-undang baru yang sesuai akan digubal bagi memelihara keamanan, kesejahteraan, kesentosaan serta kerukunan hidup rakyat dan negara.

Katanya, dua undang-undang baru itu akan digubal di bawah "semangat serta payung" Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan bagi mencegah perbuatan subversif, keganasan terancang dan perbuatan jenayah.

Perdana Menteri menegaskan bahawa undang-undang baru itu akan memperuntukkan tempoh tahanan polis yang lebih pendek daripada yang dijalankan pada masa ini.

Kerajaan juga menjamin bahawa mana-mana individu tidak akan ditahan semata-mata hanya kerana ideologi politik.

Perdana Menteri turut mengumumkan bahawa kerajaan memansuhkan Akta Buang Negeri 1959 di samping akan mengkaji semula beberapa undang-undang lain bagi memastikan ia memenuhi kehendak semasa.

Kajian semula komprehensif ini akan melibatkan Akta Kediaman Terhad 1933 dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 di mana prinsip pembaharuan tahunan akan dihapuskan dan digantikan dengan pengeluaran lesen sehingga dibatalkan, kata Najib.

Kerajaan juga akan mengkaji semula Seksyen 27 Akta Polis 1967 dengan mengambil kira peruntukan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan tentang kebebasan berhimpun dengan prinsip menentang sekeras-kerasnya demonstrasi jalanan.

Beliau juga berkata kebenaran berhimpun akan diberi selaras dengan kaedah-kaedah yang akan ditetapkan kelak dengan mengambil kira norma-norma di peringkat antarabangsa.

Mengambil kira perkembangan terbaru ini, Aziz berkata, kerajaan perlu mengadakan satu suruhanjaya diraja untuk menyiasat salah guna kuasa di bawah ISA dan deklarasi-deklarasi darurat sejak lima dekad lalu.

"Dalam sistem demokrasi, kerajaan sewajarnya bertanggungjawab atas tindakan dan keputusan-keputusan yang diambilnya," kata beliau.

Aziz juga berkata, sementara pengumuman Najib malam tadi kelihatan baik bagi masyarakat, kerajaan juga perlu mengkaji undang-undang lain seperti Akta Pertubuhan dan Akta Universiti dan Kolej Universiti serta Seksyen 27 Akta Polis.

"Cadangan mengenai Seksyen 27 telah diketengahkan oleh suruhanjaya diraja yang diketuai oleh bekas ketua hakim negara Tun Mohamed Dzaiddin Abdullah pada 2005," kata beliau sambil menambah, laporan suruhanjaya itu mendapati pihak pois telah salah guna kuasa untuk menafikan hak untuk berhimpun secara aman.

"Suruhanjaya juga mengetengahkan pembentukan dan operasi Cawangan Khas yang tidak telus dan tidak ada elemen akauntailiti," kata beliau.

"Dan, bagaimana pula dengan Akta Rahsia Rasmi 1971 yang digunakan selama ini? Undang-undang ini menjadi halangan kepada ketelusan dan akauntabliti dalam masyarakat," kata Aziz.

Selain itu Aziz bertanya, adakah Perdana Menteri ada mengatakan apa-apa tentang Akta Hasutan 1948 yang menyebabkan rakyat berhadapan dengan ancaman perundangan.

"Sebenarnya, ahli-ahli Parlimen yang merupakan anggota dewan perundangan boleh dikenakan tindakan di bawah akta ini. Keistimewaan Parlimen juga tidak boleh membantu mereka," kata beliau.


The Malaysian Insider

Najib Mansuh ISA : Ibrahim Ali tak puas hati..

Posted: 15 Sep 2011 08:35 PM PDT

KUALA LUMPUR, 16 Sept ─ Pertubuhan bukan kerajaan membela orang Melayu, Perkasa mengambil sikap berhati-hati tetapi menasihatkan "jangan keris makan tuan" ekoran pentadbiran Najib memperkenalkan pembaharuan politik ─ antara lain memansuhkan beberapa undang-undang termasuk Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960.

Justeru, Presidennya Datuk Ibrahim Ali (gambar) berkata, Perkasa mengambil sikap tunggu dan melihat undang-undang baru yang akan diperkenalkan dan jangan akhirnya kelonggaran yang diberikan membawa mudarat.


Bekas tahanan ISA ini berkata, banyak perkara yang wajib diteliti kerana Malaysia negara majmuk dan terdapat golongan yang masih tebal dengan sikap perkauman dan tidak menghormati asas perlembagaan negara dengan pelbagai tuntutan seperti yang disaksikan mutakhir ini.

"Apakah keputusan ini dibuat untuk menjadi kerajaan popular atau berpegang kepada keselamatan negara lebih diutamakan. Oleh itu, Perkasa bersikap tunggu dan lihat," kata Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas ini dalam satu kenyataan.

Badan pendesak ini, kata Ibrahim, mengalu-alukan dan menyambut baik pemansuhan semua undang-undang darurat yang sudah tidak relevan.

"Tahniah Perkasa ucapkan kepada Perdana Menteri sempena sambutan Hari Malaysia dan Kemerdekaan Ke-54. Mengenai pemansuhan ISA dan diganti dengan undang-undang baru serta peralihan kuasa menahan untuk pencegahan, tempoh tahanan," katanya lagi.

Dalam perutusan khas sempena Hari Malaysia semalam, Najib mengumumkan bahawa ISA akan dimansuhkan dan dua undang-undang baru yang sesuai akan digubal bagi memelihara keamanan, kesejahteraan, kesentosaan serta kerukunan hidup rakyat dan negara.

Katanya, dua undang-undang baru itu akan digubal di bawah "semangat serta payung" Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan bagi mencegah perbuatan subversif, keganasan terancang dan perbuatan jenayah.

Perdana Menteri menegaskan bahawa undang-undang baru itu akan memperuntukkan tempoh tahanan polis yang lebih pendek daripada yang dijalankan pada masa ini.

Kerajaan juga menjamin bahawa mana-mana individu tidak akan ditahan semata-mata hanya kerana ideologi politik.

Perdana Menteri turut mengumumkan bahawa kerajaan memansuhkan Akta Buang Negeri 1959 di samping akan mengkaji semula beberapa undang-undang lain bagi memastikan ia memenuhi kehendak semasa.
Link
Kajian semula komprehensif ini akan melibatkan Akta Kediaman Terhad 1933 dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 di mana prinsip pembaharuan tahunan akan dihapuskan dan digantikan dengan pengeluaran lesen sehingga dibatalkan, kata Najib.

Kerajaan juga akan mengkaji semula seksyen 27 Akta Polis 1967 dengan mengambil kira peruntukan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan tentang kebebasan berhimpun dengan prinsip menentang sekeras-kerasnya demonstrasi jalanan.

Beliau juga berkata kebenaran berhimpun akan diberi selaras dengan kaedah-kaedah yang akan ditetapkan kelak dengan mengambil kira norma-norma di peringkat antarabangsa.


The Malaysian Insider

PM umum pemansuhan ISA

Posted: 15 Sep 2011 08:04 PM PDT

Semalam ada orang suruh beli surat khabar milik UMNO hari ini.. dia kata simpan buat kenangan tapi aku tak belipun, aku baca online punya.. saja aku publish dalam Blog ni buat kenangan..



KUALA LUMPUR 15 Sept. – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960.


Berucap dalam perutusan khas Hari Malaysia yang disiarkan secara langsung di RTM malam ini, beliau turut mengumumkan pemansuhan Akta Buang Negeri 1959 di samping mengkaji semula beberapa undang-undang lain bagi memastikan ia memenuhi kehendak semasa.

Menurutnya, dua undang-undang baru yang sesuai akan digubal di bawah semangat serta payung Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan bagi mencegah perbuatan subversif, keganasan terancang dan perbuatan jenayah supaya ketenteraman dan keselamatan awam sentiasa terpelihara.

"Pokoknya, akta-akta itu nanti bermatlamatkan untuk memelihara keamanan, kesejahteraan, kesentosaan serta kerukunan hidup rakyat dan negara.

"Seperti mana yang saya janjikan dalam ucapan sulung saya semasa saya mula-mula mengambil alih jawatan Perdana Menteri pada 3 April 2009, bahawa ISA akan dikaji secara komprehensif. Sehubungan itu, suka saya mengumumkan pada malam yang bersejarah ini, bahawa ISA akan dimansuhkan terus,'' kata Perdana Menteri.

Najib berkata, melalui undang-undang baru itu kerajaan akan tetap memastikan hak asasi mereka yang terbabit terpelihara.

"Apa-apa undang-undang yang diperbuat akan mengambil kira hak dan kebebasan asasi berlandaskan Perlembagaan Persekutuan.

"Undang-undang baru ini juga akan memperuntukkan tempoh tahanan oleh polis yang secara substansialnya lebih pendek daripada apa yang ada sekarang dan apa-apa tahanan lanjut hanya boleh dibuat dengan perintah mahkamah,'' ujarnya

Bagaimanapun, Perdana Menteri berkata, undang-undang berkaitan keganasan masih dikekalkan bawah kuasa Menteri.

Di dalam ucapannya itu beliau berkata, kerajaan turut memberi komitmen bahawa mana-mana individu tidak akan ditahan semata-mata hanya kerana ideologi politik.

"Kuasa untuk melanjutkan penahanan juga akan beralih daripada badan eksekutif kepada badan kehakiman kecuali undang-undang berkaitan keganasan,'' katanya lagi.

Beliau menambah, kerajaan juga tidak akan teragak-agak untuk meminda atau memansuhkan undang-undang yang tidak relevan.

Dalam perkembangan berkaitan, Najib berkata, kajian semula terhadap beberapa undang-undang negara secara lebih komprehensif turut melibatkan Akta Kediaman Terhad 1933 dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

"Bagi Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, prinsip pembaharuan tahunan akan dihapuskan sebaliknya akan digantikan dengan pengeluaran lesen sehingga ia dibatalkan,'' katanya.

Beliau berkata, kerajaan juga akan mengkaji semula Seksyen 27 Akta Polis 1967 dengan mengambil kira peruntukan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan mengenai kebebasan berhimpun dengan prinsip menentang sekeras-kerasnya demonstrasi jalanan,

Namun katanya, kebenaran berhimpun diberikan selaras dengan kaedah-kaedah yang akan ditetapkan kelak di samping mengambil kira norma-norma di peringkat antarabangsa.


Nak tahu siapa suruh aku beli? Korang tengok kat SINI

Malaysian Boy The Video

Posted: 15 Sep 2011 09:50 AM PDT

Petang tadi ketika memandu pulang ke rumah dari office aku terdengar DJ Radio Sinar mengatakan ada imej misteri yang telah secara tidak sengaja dirakam dalam Video clip Malaysian Boy ini... aku tengok tapi tak nampak pun.. cuba korang tengok, mana tahu korang boleh nampak..



Kalau tak nampak kita anggaplah sebagai promosi...

Tiada ulasan: