Jumaat, 16 September 2011

Addin

Addin


Panas!! Bekas MB UMNO Mengaku Mat Indera Pejuang Kemerdekaan

Posted: 16 Sep 2011 09:01 AM PDT

Ceramah Mat Sabu cukup menghangatkan suasana malam tadi (14/9/2011) di DUN Telok Emas, Melaka. Ceramah yang di hadiri ribuan pengunjung seperti biasa di ganggu dengan sekatan jalan raya oleh Polis Raja Di Malaysia. Yang paling menarik perhatian Addin dalam ceramah Mat Sabu ialah, bekas Menteri Besar UMNO pernah berjumpa dengan Mat Sabu serta mengakui yang Mat Indera adalah pejuang kemerdekaan. Para audien ada bertanya, siapakah bekas menteri besar yang dimaksudkan. Namun Mat Sabu berkata itu rahsia. Isu Mat Indera tidak banyak di kupas oleh Mat Sabu ekoran saman ke atas akhbar pencacai Umno, Utusan Meloya telah pun di failkan semalam. Mat Sabu juga berkata Umno terus berpolitik dengan cara politik tahun 60-an serta kolot.


 "Siapa buat jalan raya....Umno siapa buat bangunan ...Umnooooo" itulah cara kempen Umno sampai sekarang". "Sedangkan sekarang pemikiran rakyat sudah berubah, Umno masih tidak berubah dan bodoh , rakyat sekarang akan bertaya berapa kos buat jalan, berapa kos buat bangunan, jika harganya melambung tinggi dari harga sebenarnya mereka akan bertanya adakah berlaku rasuah atau penyelewengan, itu rakyat sekarang bukan macam Umno yang masih berfikiran macam tahun 60-an" kata Mat Sabu.

Mat Sabu juga berkata rakyat sekarang terdedah kepada media baru iaitu Blog, Facebook, Twitter dan sebagainya, namun Umno BN masih menggunakan media cetak dan TV untuk mempengaruhi rakyat. "Rakyat dah meluat baca Utusan, tengok TV1,2 dan 3 semuanya menipu dan membelit" ujar Mat Sabu. Umno, katanya tidak mengambil pengajaran kejatuhan kerajaan Hosni Mubarak di Mesir, walaupun media ditutup dan disekat tetapi generasi anak-anak mendapat maklumat alternatif dari media baru ini. 

Beliau menyatakan demikian ketika menyampaikan ceramah anjuran Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka di perkarangan Surau Ustaz Ali, Permatang Pasir, Melaka malam tadi. Turut berceramah ialah Pesuruhjaya PAS Negeri, Adly Zahari.

Sekitar ceramah Mat Sabu semalam..




Addin@ceramah Abang Mat..


Muslim Amerika Di Sindir Serangan 9/11

Posted: 16 Sep 2011 04:30 AM PDT

HOUSTON - Seorang penduduk Islam AS, Tarek Ghalayani kecewa kerana disindir berhubung peristiwa serangan pengganas ke atas AS pada 11 September 2001 semasa dia mengunjungi sebuah restoran burger yang popular di sini, lapor sebuah akhbar semalam. Kejadian berlaku semasa Tarek memesan burger di restoran makanan segera itu ketika dia dalam perjalanan pulang ke rumahnya selepas menonton separuh masa pertama satu perlawanan bola sepak Amerika.



Namun, dia terkejut melihat lakaran gambar bangunan berkembar World Trade Centre (WTC) di new York dan lukisan sebuah pesawat sedang menuju ke bangunan tersebut pada bungkusan polistirena makanan burger yang dipesannya. 
Turut tertera pada bungkusan itu ialah ungkapan Selamat 11 September yang merujuk kepada kemusnahan WTC selepas ia dirempuh oleh dua pesawat penumpang pada 2001. Tarek yang bekerja berhampiran WTC pada pagi 11 September 2001 berkata, dia kecewa dan marah dengan perbuatan pekerja restoran berkenaan yang dianggapnya sebagai biadap.

Serangan itu juga dikenali sebagai peristiwa 9/11. "Hari tersebut adalah hari yang sedih di AS yang mengorbankan hampir 3,000 penduduk negara ini dan ia bukan satu jenaka," katanya dalam satu wawancara bersama saluran televisyen tempatan, ABC 13.

Selepas kejadian itu tersebar di Internet, pemilik premis berkenaan, Ben Fullelove memecat pekerja yang bertanggungjawab melakukan perbuatan itu sebelum dia datang sendiri ke rumah Tarek di sini untuk memohon maaf./agensi

Bola Api Misteri Kejutkan Penduduk AS

Posted: 16 Sep 2011 02:30 AM PDT

LOS ANGELES - Sebuah bola api misterius melesat di langit malam Amerika Serikat, Rabu (14/9/2011) waktu setempat, dan mengejutkan warga yang melihatnya. Bola api tersebut bisa dilihat oleh sebagian warga di tujuh negara bagian di bagian barat AS, mulai dari Phoenix, Las Vegas, hingga ke kawasan pantai di California selatan. Laporan penampakan obyek misterius tersebut membanjiri pihak berwajib dan kantor-kantor media di wilayah-wilayah itu.

Warga mengaku melihat bola api berwarna hijau kebiruan melesat dengan cepat dari barat ke timur sekitar pukul 19.45 waktu AS bagian barat (Pacific Daylight Time/PDT atau sekitar pukul 09.45 WIB hari Kamis, 15/9/2011).
Sebagian warga lainnya melaporkan, obyek itu berwarna kuning dan oranye. Beberapa saksi mata sempat merekam objek tersebut dan mengunggahnya di YouTube. Berbagai spekulasi muncul tentang bola api itu, mulai dari pesawat makhluk alien yang jatuh sampai kecelakaan pesawat udara biasa.

Namun, Manajer Program Benda Langit Dekat Bumi (Near-Earth Object) NASA Don Yeomans mengatakan, kemungkinan besar benda misterius itu adalah sejenis meteor berukuran besar yang secara ilmiah dinamakan "bola api" (fireball). "Kami tidak bisa memastikan 100 persen, tetapi hampir bisa dipastikan obyek itu adalah sebuah bola api, meteor seukuran bola basket atau bola bisbol yang pecah sebelum jatuh ke tanah," papar Yeomans.

Yeomans menambahkan, bola api biasanya disebabkan oleh pecahan asteroid yang memasuki atmosfer Bumi. Warna hijau kebiruan yang dilaporkan saksi mata menunjukkan obyek itu mengandung unsur magnesium dan nikel, sementara warga oranye mengindikasikan obyek itu memasuki atmosfer dengan kecepatan beberapa kilometer per detik, yang masih terhitung kecepatan sedang untuk sebuah meteor.

Menurut ilmuwan NASA tersebut, bola api memang lebih jarang terjadi dibandingkan dengan bintang jatuh, kategori meteor yang lebih kecil. Meski demikian, bola api hampir selalu terjadi setiap minggu di suatu tempat di Bumi, biasanya di atas lautan sehingga jarang ada orang yang melihat. "Itu adalah fenomena alam biasa dan tidak ada yang perlu dikhawatirkan," kata Yeomans.

Juru bicara Badan Penerbangan Federal AS (FAA), Ian Gregor, juga telah menyatakan, tidak ada insiden penerbangan yang melibatkan pesawat udara di wilayah barat AS pada waktu tersebut./kompas

Panas!! Jins Shamsuddin Kaki Kelentong!!

Posted: 16 Sep 2011 12:28 AM PDT

Bongkar jangan tak bongkar. malaon tan sri jins shamsudin punya hal ni. kalau tak mampu nak buat filem pasir salak, duit finas dan kerajaan perak kena bagi balik. jangan songlap, jangan seleweng. satu lagi nak tanya, pinjaman mara belajar di england dulu dah selesai ke belum. itu semua, duit rakyat jins shamsudin ooii... kini, ramai anak muda tunggu nak dapatkan biasiswa tapi tak dapat2. Duit finas, kerajaan perak dan mara jika tak bagi (bayar) balik macam mana mereka nak perolehi. lagi pun duit tu bukannya mak bapak bn/umno yang punya. 

Boleh ambil sesuka hati saja. anak2 muda (terutama di perak) yang sukar dapatkan biasiswa kerajaan perak, selongkar hingga ke akar umbi. sampai si benggali tu, pulangkan semula semua duit yang dia ambil dan pinjam. - tan sri ahmad albab.

Baca di sini.

Baik punya cilok dari Tukar Tiub..


Perempuan Ini Memiliki Lidah Terpanjang Di Dunia

Posted: 15 Sep 2011 09:19 PM PDT

CALIFORNIA - Pepatah kuno pernah mengatakan, janganlah memanjang-panjangkan lidah nanti bisa terselip karena lidah itu tak bertulang. Namun demikian, kalimat bijak itu agaknya tak berlaku bagi mahasiswa 21 tahun asal California, Amerika Serikat. Justru karena bagian anatomi tubuh yang sangat panjang itulah, cewek ini dinobatkan sebagai pemilik lidah terpanjang di dunia. Guiness World Records mencatat lidah Chanel Tapper memiliki panjang 9,75 centimeter.

Itu artinya, dua kali lipat rata-rata dari milik lidah orang normal atau panjangnya hampir sama dengan Apple iPhone . "Dia sanggup menggigit burger sekali lahap."
Lidah Tapper mulai mendapatkan banyak perhatian ketika dia berusia delapan tahun saat foto bersama di acara Halloween. Namun penampilannya dianggap lebih tua dibandingkan dengan usia sebenarnya. Untuk itu, tim penilai mengulang pengambilan gambar. "Mereka meragukanku."

"Anak-anak gadis atau kaum perempuan bakal berteriak histeris jika mereka melihat aku melet atau memperlihatkan lidah di depannya," ujar Tapper."Aku kerap mendapatkan pertanyaan seperti ini, 'Dapatkah lidahmu menyentuh hidung atau siku? Dan, apakah orang-orang akan tersedak jika menciummu?"/tempo

Najib Akui Selama Ini Demokrasi Malaysia Pincang

Posted: 15 Sep 2011 08:53 PM PDT

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akhirnya "mengakui demokrasi negara selama ini tidak berfugsi", kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr. Dzulkefly Ahmad.Beliau berkata demikian sebagai memberi respon awal terhadap pengumuman yang dibuat Najib dalam Perutusan khas Hari Malaysia yang disiar secara langsung oleh RTM malam ini."Selepas 5 desawarsa, Najib akhirnya mengiktiraf demokrasi di negara ini tidak berfugsi," katanya kepada media.  Dalam prutusan khas perdana menteri, Najib turut mengumumkan keputusan kerajaan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Selain memansuhkan ISA, katanya, kerajaan juga akan memansuhkan Akta Buang Negeri 1959 di samping mengkaji semula beberapa undang-undang lain bagi memastikan ia memenuhi kehendak semasa. Menurut Najib, kerajaan, di bawah Fasal 3 Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan, akan membentangkan kepada kedua-dua Majlis Parlimen usul agar ketiga-tiga proklamasi darurat yang telah diisytihar dulu, supaya ditamatkan kuatkuasanya.

Mengulas lanjut, Dzulkefly yang juga ahli parlimen Kuala Selangor menganggap pengumuman tersebut juga sebagai kejayaan rakyat, NGO, aktivis demokrasi serta parti pembangkang yang selama ini telah lama mendesak perkara itu dimansuhkan. Malah ujarnya, pengumuman itu hanya sebahagian kecil daripada perubahan yang dituntut rakyat untun menjadikan demokrasi negara benar-benar berfungsi.

Bagaimanapun beliau menasihatkan rakyat agar jangan terlalu selesa dengan pengumuman itu kerana apa yang diumumkan perdana menteri malam ini hanya dalam bentuk "janji lisan". "Kita yakin ini hanya janji dan slogan saat-saat akhir bagi meraih sokongan rakyat menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13. "Apa yang lebih penting, rakyat mahu melihat dalam praktik dan amalannya," katanya yang juga pengarah eksekutif Pusat Penyelidikan PAS Pusat.

Tambahnya lagi, apa yang diumumkan Najib itu juga adalah apa yang telah diumumkan Pakatan Rakyat dalam Buku Jingga iaitu prubahan yang akan dilakukan oleh Pakatan Rakyat dalam masa 100 hari menguasai Putrajaya. "Ini yang kita maksudkan reformasi politik sebelum datang transformasi ekonomi yang Pakatan Rakyat komited untuk lakukannya. "Kita tak kisah mereka tiru pendekatan kita dalam Buku Jingga. Janji ianya untuk kebaikan rakyat keseluruhan," katanya.

Naib Presiden PAS Salahudin Ayub pula mendesak kerajaan memohon maaf secara terbuka kepada rakyat yang pernah ditahan dibawah akta zalim itu. Salahudin berkata tindakan itu perlu kerana sudah ramai rakyat yang menjadi magsa akta itu sejak dari merdeka lagi. "Kerajaan mesti minta maaf secara terbuka kepada mereka yang pernah ditahan oleh akta ini semenjak merdeka lagi. "Sejak dahulu kita menentang kata ini. Sememangnya akta ini tidak relevan lagi," katanya yang juga ahli parlimen Kubang Kerian.

Dalam pada itu Isteri mangsa bekas tahanan ISA Norlaila Othman dalam reaksinya terhadap pengumuman perdana menteri itu masih meragui "niat baik" kerajaan. Menurutnya, sukar untuk mempercayai janji kerajaan kerana sudah banyak kali ditipu. "Kami tidak tahu hendak (kata) alhamdulilah atau bersorak "yahoo" sebab sudah banyak kali kena tipu. Selagi Kem Kamunting tidak ditutup, selagi semua tahanan tidak dibebaskan dan selagi ISA tidak lagi menjadi akta baru kami akan percaya.  "Walaupun ISA dimansuh, dia boleh buat akta baru pada bila-bila masa saja. Kita tidak mahu akhirnya cuma tukar nama sahaja," katanya dipetik Malaysiakini.

Selain memansuhkan ISA,Najib berjanji bahawa kerajaan juga akan memansuhkan Akta Buang Negeri 1959 di samping mengkaji semula beberapa undang-undang lain bagi memastikan ia memenuhi kehendak semasa. Menurut Najib, kerajaan, di bawah Fasal 3 Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan, akan membentangkan kepada kedua-dua Majlis Parlimen usul agar ketiga-tiga proklamasi darurat yang telah diisytihar dulu, supaya ditamatkan kuatkuasanya.

Bekas Komando 69 Bidas Profesor Kangkung

Posted: 15 Sep 2011 08:22 PM PDT

Seorang bekas anggota Komando 69, membidas kenyataan Profesor Datuk Dr Zainal Kling yang mendakwa kononnya Tanah Melayu tidak pernah dijajah oleh British.DSP (B) Mohd Noor Razak berkata kenyataan itu cukup mengelirukan rakyat negara ini yang sudah maklum tentang sejarah penjajahan Inggeris di negara ini.Beliau berkata, kenyataan Zainal juga tidak tepat kerana proses penjajahan British ke atas Tanah Melayu pada waktu itu berlaku dalam banyak bentuk.

"Sememangnya Tanah Melayu pernah dijajah. Jika kita tidak dijajah, apa perlunya kita dapatkan kemerdekaan? Apakah tujuan sebenarnya kenyataan mengelirukan itu dikeluarkan…" katanya dalam Program Kerusi Panas, terbitan Radio24 di Wisma Bernama.

Mohd Noor turut menggesa rakyat di negara ini supaya tidak menaruh perasaan prejudis terhadap masyarakat Cina hanya disebabkan segelintir daripada mereka pernah terlibat dalam gerakan yang hampir menghancurkan negara satu ketika dahulu.

Katanya, tanggapan bahawa Komunis adalah orang Cina dan orang Cina adalah Komunis merupakan satu persepsi yang sempit, salah dan tidak kena pada tempatnya.

Menurutnya, bukan semua masyarakat Cina terbabit dalam gerakan Komunis dan mereka sebenarnya telah memberikan banyak sumbangan dalam pasukan polis dan cawangan khas dari aspek perisikan semasa berlakunya pemberontakan Komunis di Tanah Melayu ketika itu.

"Malahan dalam pasukan polis dan cawangan khas umpamanya, banyak keanggotaan juga datang dari masyarakat Cina," tegas beliau.

Tiada ulasan: