Rabu, 28 September 2011

Biaqpila

Biaqpila


Media perdana bakal manipulasi kenyataan Puad

Posted: 28 Sep 2011 03:00 AM PDT



SHAH ALAM, 27 Sept: Kenyataan oleh Timbalan Menteri Pelajaran Dr. Puad Zarkashi pada wacana 'Merdeka Wajarkah Sejarah Ditulis Semula' anjuran Sinar Harian hari ini bakal di manupulasikan oleh media arus perdana.

Kenyataan tersebut mengaitkan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan peristiwa Memali yang menyatakan Anwar pernah mengatakan Ibrahim Libya adalah seorang penjenayah sewaktu di luar negara.

Dr. Puad mengeluarkan kenyataan tersebut apabila Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail mempersoalkan adakah Ustaz Ibrahim Libya juga dituduh sebagai penjenayah sedangkan beliau hanyalah membantah tindakan kerajaan ingin menahannya di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

"Kalau perjuangan Mat Indera yang berjuang menentang penjajah British kita boleh katakan pemberontak sehingga melabelkan beliau sebagai komunis bagai mana pula kes Ustaz Ibrahim Libya.

"Mengenai peristiwa Memali tidak perlu kita timbulkan kembali kerana ia menjadi sejarah hitam kepada penduduk kampung tersebut. Episod Memali menggambarkan orang kampung bersalah dan ini dimainkan oleh media sebelum ini.

"Kes ini telah lama berlalu biarlah ia menjadi sejarah kepada negara ini yang menyebabkan berlakunya pertumpahan darah yang ramai, jika ia di timbulkan kembali oleh media arus perdana akan menyebabkan hati penduduk disana terguris, jadi untuk mengelakkan perkara sedemikian tidak berlaku lebih baik senyap," jelas Saifuddin.

Tambahnya lagi, sekarang bukannya masa untuk tuduh menuduh diantara satu sama lain jika tidak mempunyai fakta yang tepat.

"Sekarang bukannya masa untuk kita tuduh menuduh diantara satu sama lain apatah lagi tidak mempunyai fakta yang tepat. Jangan kerana Anwar di dalam PKR maka isu ini ditimbulkan kerana perkara itu berlaku sewaktu beliau di dalam Umno tapi itu belum pasti kebenarannya.

"Kita tidak perlu meletakkan siapa bersalah samada Anwar, Tun Musa Hitam mahupun Tun Mahathir Mohamed kerana politik tuduh menuduh sudah berakhir.

"Apa yang pasti peristiwa sedemikian tidak perlu berulang lagi," sambungnya lagi.

Sementera itu, pakar Sejarah Majlis Profesor Negara (MPN) Prof Datuk Dr Ramlah Adam memberitahu peristiwa Memali itu perlu ada kajian lengkap.

"Pengkajian yang perlu diteruskan dan mesti bersikap adil, ini bagi memberi satu kebenaran dalam peristiwa tersebut.

"Kajian sejarah perlu diberikan penekanan oleh pihak tertentu agar budaya tuduh menuduh dapat dielak.

"Saya bersetuju dan sekarang bukan masa untuk kita tuduh menuduh kerana yang paling penting mencari kebenaran disebalik peristiwa Memali," jelas Ramlah.

Sebelum itu, peristiwa Memali berlaku pada 19 November 1985. Insiden ini mengorbankan 18 orang dan berpuluh-puluh yang lain tercedera serta penahanan beratus-ratus orang.

Kesemua yang ditahan telah dibebaskan kecuali 36 orang. Mereka ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Dalam pertempuran antara orang kampung dengan pihak polis, Ustaz Ibrahim Mahmud atau lebih dikenali dengan Ibrahim Libya telah terbunuh. Polis memanggil operasi ini sebagai 'Operasi Angkara/Operasi Hapus'.

Peristiwa itu terjadi ketika Datuk Seri Musa Hitam menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan Menteri Keselamatan Dalam Negeri. Ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri Malaysia berada di China.

HD




KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Derita Dilacur Ibu Tiri

Posted: 27 Sep 2011 11:16 PM PDT

KUALA LUMPUR: Terseksa akibat dilacurkan ibu tiri sendiri, seorang remaja perempuan berusia 16 tahun menderita kesakitan di kemaluannya hingga terpaksa mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan merayu doktor agar menyelamatkannya.
Sehubungan itu, doktor terbabit membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi, di sini, untuk siasatan dan mangsa ditahan di wad hospital berkenaan untuk rawatan susulan. 

Bagaimanapun, belum sempat pihak berkuasa merakamkan percakapannya, mangsa menghilangkan diri, dipercayai dilarikan ibu tirinya. 

Sumber polis berkata, mangsa yang tinggal bersama ibu tirinya berusia lewat 30-an selepas kematian bapa enam bulan lalu mendakwa dia dipaksa wanita itu melayan nafsu buas puluhan lelaki sejak lebih sebulan lalu.

Menurutnya, mangsa dipaksa melayan lelaki sama ada di rumahnya atau di hotel sekitar Lembah Klang mengikut permintaan pelanggan hingga dia menderita kesakitan di kemaluan.

HM
Published with Blogger-droid v1.7.4

Hudud: The Star pun fitnah Guan Eng juga

Posted: 27 Sep 2011 06:00 PM PDT


KUALA LUMPUR, 27 SEPT – Yang dikatakan oleh Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng tentang hukum hudud ialah, kesemua ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti akan meletak jawatan jika undang-undang jenayah Islam itu dipaksa menjadi sebahagian daripada Dasar Bersama Pakatan Rakyat.

Pendirian itu dibuat sebagai tanda kepimpinan DAP bertanggungjawab sepenuhnya dengan prinsip perjuangannya yang berpegang kepada Perlembagaan Persekutuan dan Dasar Bersama Pakatan Rakyat.

Tetapi yang dilaporkan oleh The Star pula ialah kononnya Guan Eng mengugut untuk meletak jawatan dari Majlis Kepimpinan Pakatan Rakyat, dan ini telah mencetuskan kecaman dan kritikan pihak kawan dan lawan terhadap DAP.

Menurut Setiausaha Politik kepada Setiausaha Agung DAP, Zairil Khir Johari, apa yang sebenarnya dikatakan oleh Guan Eng adalah, jika hukum hudud dimasukkan dalam Dasar Bersama atau Buku Jingga Pakatan Rakyat, semua ahli CEC DAP akan melepaskan jawatan mereka dalam parti.

"Ia tidak bererti DAP ugut untuk keluar dari Majlis Kepimpinan Pakatan Rakyat atau keluar dari Pakatan Rakyat. Tidak timbul soal DAP akan meninggalkan Pakatan Rakyat," katanya.

Dalam surat terbukanya hari ini kepada The Star yang telah menyiarkan dua versi berita yang sama, beliau berkata akhbar harian yang dikuasai MCA itu pada mulanya telah menyiarkan berita yang tepat pada 25 September 2011.

Bagaimana pun, katanya, versi berita yang sama pada 26 September 2011 telah diubah dan dipalsukan menjadi kononnya Guan Eng telah mengugut untuk meletak jawatan daripada Majlis Kepimpinan Pakatan Rakyat jika hudud dijadikan sebahagian daripada Dasar Bersama atau Buku Jingga.

Beliau menuntut supaya The Star menjelaskan bagaimana berita yang sama boleh diubah sebegitu rupa, dan mengapa berita yang tepat ditukar menjadi berita palsu.

Isu hukum hudud yang sering menimbulkan kontroversi telah dibangkitkan apabila Tun Dr Mahathir Mohamad mencabar PAS Kelantan supaya melaksanakannya segera, walau pun bekas Perdana Menteri itu sendiri yang penghalang terbesar sewaktu berkuasa dahulu.

Apabila Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat menyahut cabaran Mahathir, Pengerusi DAP Karpal Singh telah mengingatkan semua pihak bahawa perkara itu bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan serta tidak ada dalam Dasar Bersama Pakatan Rakyat.

Karpal turut meminta semua pihak yang terlibat supaya berbincang dengan lebih mendalam di kalangan kepimpinan Pakatan.

Lidah rasmi UMNO, iaitu Utusan Malaysia serta media kawalan BN termasuk TV3 telah memutarbelitkan isu untuk memburukkan Pakatan, walau pun UMNO sendiri telah menolak sebarang usaha untuk melaksanakan undang-undang hudud.

Semalam, setiausaha agung parti-parti komponen Pakatan serta wakil mereka telah bermesyuarat dan mendapati laporan media kawalan UMNO dan BN adalah bohong, dan tidak timbul isu DAP keluar dari Pakatan.

Ketua Pemuda DAP Anthony Loke yang hadir di mesyuarat itu menjelaskan kepimpinan Pakatan Rakyat saling menghormati pendirian dan perbezaan ideologi parti masing-masing, dan kerana itu berpegang kepada Dasar Bersama.

"Sekarang Tun Mahathir tiba-tiba menjadi pengacau dan jurucakap kepada UMNO untuk membangkitkan perkara itu. Tetapi dalam masa yang sama, semua orang faham UMNO sebenarnya tak nak hukum hudud.

"Apa yang dibangkitkan itu sebenarnya tak timbul kerana ia merupakan isu yang sudah lama, ia pula ia tidak dinyatakan di dalam Buku Jingga. Kalau tak ada dalam Buku Jingga, itu bukanlah dasar Pakatan Rakyat," jelasnya. – Roketkini.com

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Tiada ulasan: