Rabu, 28 September 2011

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


54 tahun merdeka; Islamisasi Umno gagal

Posted: 28 Sep 2011 07:38 AM PDT


Walaupun negara Malaysia sudah 54 tahun merdeka, namun proses Islamisasi gagal di bawah Umno, malahan semakin malap dan kelabu. Umno bukan sahaja gagal memahami Islam kepada MCA, MIC dan Gerakan malahan pemimpin Umno juga gagal menunjukkan penghayatan Islam yang sebenar.

Amaran yang diberikan oleh pemimpin MCA dan Gerakan untuk keluar Barisan Nasional adalah kayu ukur kegagalan Umno memahamkan rakan sejawat mereka. Jika di Pilihanraya Kecil tenang dahulu pemimpin MCA menghina Cikgu Norlamala kerana tidak mahu bersalam dengan lelaki, Umno membisu, inilah dalil Umno gagal. Ertinya pemimpin Umno sendiri memberikan sumbangan kegagalan orang bukan Islam memahami Islam dan hukumnya.

Tidak ada makna penyertaan tokoh agama di dalam Umno walaupun mempunayai kesarjanaan yang tinggi, namun gagal untuk melebarkan ajaran Islam kepada masyarakat di negara ini. Puncanya kerana ulamak di dalam Umno hanya menjadi alat untuk membaca Yasin dan tahlil setiap 11 Mei, sempena ulang tahun Umno.

Isu hudud di Kelantan terserlah lagi sikap pemimpin Umno mengenai hukum Allah SWT. Kenyataan Datuk Seri Najib Tun Razak "Undang-Undang hudud, tidak akan laksanakan di Malaysia ini tetapi kita terima ini adalah undang-undang Tuhan dan sebagai sebuah parti yang terdiri daripada orang Islam, kita terima hakikat ini tetapi jika ia hendak dilaksanakan ia mesti berpaksikan kepada realiti.

Sekarang rakyat sudah boleh menilai siapakah Umno sebenarnya. Kenyataan Datuk Seri Najib membolehkan generasi muda yang tidak sempat melihat gelagat Tun Dr Mahathir ketika menyerang hudud di Kelantan suatu ketika dahulu. Sekarang mereka sudah dapat membaca surat Tun Kepada Kerajaan Kelantan suatu ketika dahulu.

Media Barisan Nasional cuba mencari peluang untuk memecahkan Pakatan Rakyat dalam isu ini. Tetapi pemimpin Pakatan Rakyat sudah matang dalam sepak terajang ini akan cuba mencari penyelsaian yang terbaik.

Jangan terkejut jika orang bukan Islam menerima hudud, tiba-tiba pemimpin Umno menolak hudud.

Kenyataan media Pengerusi Lujnah Tarbiah PAS, Ustaz Idris Ahmad

Generasi media baru bakal tumbangkan Umno-BN

Posted: 28 Sep 2011 07:37 AM PDT


KUALA TERENGGANU - Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN) bakal tumbang dalam pilihan raya akan datang dengan tangan-tangan generasi media baru, anak-anak muda 'facebook', 'twitter' dan 'blogger'.

Beliau berkata 80 peratus golongan tersebut telah menolak hujah Umno dan Barisan Nasional kerana mereka mendapat maklumat "fist hand" yang hanya dihujung jari mereka.

"Anak-anak muda sekarang ini maklumat dihujung jari. Jangan lupa generasi baru sekarang generasi facebook, generasi twitter, generasi bloggers dan generasi internet.

"Mereka ini mendapat maklumat 'fist hand' dan 80 peratus golongan ini telah menolak hujah Umno dan Barisan Nasional.

"Ingat golongan anak muda facebook inilah yang menggulingkan kerajaan Hosni Mubarak dan anak muda inilah yang akan mengguling kerajaan Umno-BN dalam pilihan raya akan datang," ujarnya dalam program Forum Rakyat Sempena Merdeka di Markaz Tarbiyyah PAS Kuala Terengganu, di Kuala Ibai, dekat sini, Ahad 25 September.

Dalam pada itu, menurutnya, Umno-BN melakukan pelbagai cara fitnah terutama melalui media Utusan Malaysia bagi memenangi hati rakyat.

Amalan Umno dan BN itu, katanya, umpama kempen pada tahun-tahun 60-an, menggunakan akhbar Utusan yang sama.

Menurutnya, rakyat di negara ini terutama dari kalangan kaum Cina dan India semakin kuat menolak kerajaan BN.

"Rakyat telah berubah tetapi pemerintah (BN) belum lagi berubah. Dia (Umno) masih berkempen ala tahun 60-an.

"Kajian yang dibuat orang tionghua (Cina) 80 peratus tidak mengundi Barisan Nasional (BN). Orang India sedang meningkat sokongan mereka kepada pembangkang Pakatan Rakyat," jelasnya.

Oleh itu, kata Mohamad kekuatan Umno-BN hanya kepada orang Melayu terutama yang berada di luar bandar.

Menurutnya, Umno-BN berusaha menambahkan sokongan orang Melayu terhadap parti itu dengan diputar-belit kenyataan pemimpin PAS dan Pakatan Rakyat.

Forum tersebut turut mengundang dua ahli panel lain iaitu Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa, Profesor Dr Mohamad Abu Bakar dan Profesor Dr Hasan Hasbullah sebagai moderatornya.

Lagi Kes Buang Al-Quran, Kali Ini Di Mergong, Kedah. Kerja Siapa?

Posted: 28 Sep 2011 07:04 AM PDT

KELAB GREENBOC

Bahan Cetakan Al-Quran Ditemui Di Kawasan Perindustrian Mergong


ALOR SETAR -- Dua guni yang mengandungi bahan cetakan ayat Al-Quran ditemui di kawasan Perindustrian Mergong 2 di sini dua hari lalu.

Gambar: Abdul Basidh Abdul Wahid, 40, (kiri) yang merupakan Pengurus Pemasaran di sebuah kilang percetakan di sini bersama abangnya, Abdul Mohsein Abdul Wahid, 46, (kanan) menunjukkan cetakan ayat-ayat al-Quran yang dibuang oleh orang tidak bertanggungjawab di kilangnya di sini, hari ini.

Bahan-bahan itu ditemui oleh seorang pengurus pemasaran sebuah kilang percetakan di situ, Abdul Basidh Abdul Wahab, 40, yang diletakkan di hadapan pintu pagar belakang kilang tersebut.

"Apabila saya membuka guni itu, terdapat cetakan surah Yassin, doa-doa dan panduan ibadat. Mungkin mereka salah cetak dan tidak ada tempat pelupusan, sebab itu mereka membuangnya di sini.

"Saya rasa mereka yang membuat kerja ini adalah syarikat percetakan juga. Mungkin mereka tak ada tempat pelupusan dan mereka membuangnya di sini kerana mahu lepas tangan," katanya.

Abdul Basidh juga berkata mengikut undang-undang, setiap kilang percetakan Al-Quran perlu mempunyai tempat pelupusan sebelum diberi lesen.

Beliau berkata beliau telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar, Pejabat Agama Islam dan Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran Kementerian Dalam Negeri.

Beliau berkata pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) sudah datang mengambil sampel cetakan tersebut kira-kira pukul 10 pagi tadi dan akan mengambil keseluruhan cetakan itu Sabtu ini.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, ACP Adzaman Mohd Jan mengesahkan menerima laporan mengenai perkara tersebut dan siasatan akan dijalankan. -- BERNAMA

Ulasan GB

Sebelum ini kes yang sama dilaporkan berlaku di Bachok.

Spekulasi sebelum ini yang menyatakan ada usaha untuk mensabotaj negeri-negeri yang diperintah oleh PAS nampaknya sukar ditolak. Mengapa hanya dibuang di Kelantan dan Kedah?

Apa-apa pun kita menunggu hasil siasatan polis.

82 Penduduk Sg Besar terima surat hak milik tanah , jangan harap kalau BN perintah

Posted: 28 Sep 2011 07:02 AM PDT

PASPB

SABAK BERNAM : Seramai 82 penduduk sekitar kawasan Sungai Besar di sini menerima surat hak milik tanah (notis 5A) yang diserahkan kerajaan negeri Selangor menerusi Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sempena lawatan rasmi beliau dalam Program Khas Mesra Rakyat di Sabak Bernam hari ini.

Rata-rata yang menerima notis 5A adalah waris kepada peneroka tanah yang selama ini menanti lebih daripada 50 tahun di bawah pemerintahan Barisan Nasional.

Penyerahan ini membuktikan kerajaan Pakatan Rakyat menunaikan janjinya untuk memberikan hak milik tanah kepada rakyat.

Menteri Besar dalam ucapannya berkata, penerima notis 5A diingatkan agar tidak menjual tanah tersebut kepada pihak lain.

Dalam masa sama, beliau turut menyampaikan sijil ASB kepada 45 orang penduduk setempat.

Pemerhatian TV Selangor melihat penerima kelihatan gembira dengan pemberian notis 5A oleh kerajaan negeri.

Dalam majlis itu juga, rakyat berpeluang berdialog dan menyuarakan pandangan mereka secara terus kepada Menteri Besar.

MARI TENGOK!!! Akhbar Cina belajar jadi pembohong macam Utusan

Posted: 28 Sep 2011 06:55 AM PDT

PASPB

Lihat gambar di bawah ini. Ketika Najib mengayuh basikal sambil melambai tangannya, ruangan bahagian kanannya kosong.

Lihat pula gambar keratan akhbar di bawah ini. Gambar yang sama, kedudukan dan gelagat yang sama, bezanya tiba-tiba Koh Tsu Koon tercongok di sebelah kanan Najib dan turut sama mengayuh basikal.



Apa tujuan penipuan ini? Sila buat kesimpulan sendiri.


Hasil kerja : Milo Suam

Lihat pula gambar Koh Tsu Koon tertungging semasa mengayuh basikal di (SINI)

Satu Lagi Video Seks Anwar Akan Didedah? Cukup-Cukuplah!

Posted: 28 Sep 2011 06:48 AM PDT

Staff Berita Semasa


po 03.1 Satu Lagi Video Seks Anwar Akan Didedah? Cukup Cukuplah!


Masih tak habis mengenai video seks anwar, pemilik blog, Papagomo.com mendakwa akan menyiarkan beberapa lagi rakaman video seks Anwar Ibrahim yang dipercayai dirakam di sebuah hotel di Thailand.

Di dalam sedutan gambar di atas.,tarikh rakaman video seks tersebut adalah pada 13 Januari 2011, dimana Datuk Eskay,pernah mempersoalkan kepada Anwar Ibrahim, untuk menjawap sendiri, dimana beliau berada pada waktu tersebut.

Pendapat kami, cukup-cukuplah isu video seks anwar ibrahim ini.Semakin nak dekat pilihanraya umum yang dijangka akan diadakan pada bulan Februari atau Mac 2012 ini, semakin banyak pula video-video seks salahlaku pemimpin dikeluarkan.

Bagi kami, sekiranya ianya benar, buat laporan dan biar sahaja pihak berkuasa yang menjalankan tugas.Selebihnya, biarlah kita berpolitik secara berhemah.Baik dari pihak Pro-Kerajaan mahupun pihak Pembangkang, cukup-cukuplah dengan pertarungan politik kotor tanpa membawa faedah kepada rakyat.

DAP ugut keluar Pakatan: Akhbar rasmi Umno berbohong lagi

Posted: 28 Sep 2011 06:46 AM PDT

WARKAH DAILY

Dakwaan yang mengatakan sebahagian pemimpin terutama dari DAP akan keluar dari Pakatan Rakyat sekiranya PAS dengan persetujuan PKR melaksanakan hukum hudud di Kelantan dan meneruskan agenda penubuhan negara Islam di negara ini, tidak berbangkit.



Tiga pemimpin PR menunjukkan laporan akhbar Umno yang cuba memecah-belah kesepakatan PR dalam sidang medianya di Pejabat Agung PAS. | foto TKO

Sebaliknya, perkara itu sengaja dicetuskan oleh Umno dan akhbar milik parti itu, Utusan Malaysia untuk mencetuskan perselisihan dalam Pakatan Rakyat bagi kepentingan politik mereka.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, para pemimpin Pakatan Rakyat cukup sedar perkara itu dan sehubungan itu mereka akan mengadakan mesyuarat khas bagi membincangkan perkara itu pada 28 September ini.

Beliau berkata demikian dalam sidang media bersama dengan Setiausaha Agung PKR, Saifudin Nasution Ismail dan Ketua Pemuda DAP, Anthony Loke di Pejabat Agung PAS hari ini.

Menurut beliau, hukum hudud, qisas dan taqzir seharusnya difahami oleh semua pihak, tetapi banyak pihak yang tidak memahaminya dengan mendalam.

Katanya, isu mengenai hukum hudud merupakan sesuatu yang sensitif dan ia amat mudah menimbulkan salah faham kepada phak tertentu.

"Kami dah putuskan untuk bincang perkara ini pada 28 September ini bermula jam 8.30 hingga 12.00 malam. Selepas itu, kami dari PAS, PKR dan DAP dari Pakatan Rakyat akan mengeluarkan kenyataan bersama mengenai perkara itu," katanya pada sidang media itu.

Sehubungan itu, ketiga-tiga mereka meminta semua pimpinan parti dalam Pakatan Rakyat tidak membuat apa-apa ulasan mengenainya sehinggalah pendirian bersama dicapai 28 September ini.

Katanya, Umno BN bercakap mengenai isu itu sebagai suatu jalan bagi mencetuskan perselisihan antara PAS, PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat, tetapi Pakatan Rakyat tidak akan mengikut agenda mereka.

"Pada mesyuarat 28 September ini, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sendiri yang kini berada di luar negara akan turut hadir.

"Mesyuarat tersebut diadakan untuk membincangkan Baget 2012 yang akan dibentangkan oleh Perdana Menteri nanti, tetapi untuk perbincangan awalnya akan membincangkan perkara ini," katanya.

Menyentuh tentang kenyataan Menteri Besar Kelantan mengenai Kanun Jenayah Syariah Kelantan oleh Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat, beliau menegaskan, kenyataan Nik Aziz itu adalah dalam konteks negeri Kelantan.

Kanun Jenayah Syariah Kelantan telah diluluskan dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan pada tahun 1993, manakala ketika PAS memerintah Terengganu turut diluluskan Kanun Jenayah Syariah Terengganu pada persidangan Dun Terengganu pada tahun 1999.

"Kedah sekarang tak buat sebab untuk meluluskan Kanun Jenayah Syariah itu demokratik, iaitu mestilah diluluskan pada persidangan Dun," katanya.

Untuk melaksanakan hukum hudud, jelasnya, memerlukan kerjasama Kerajaan Persekutuan dan disebabkan perkara itulah Kerajaan PAS Kelantan tidak melaksanakan hukum hudud semasa Tun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri dulu kerana dihalang oleh Mahathir.

"Disebabkan Tun Dr Mahathir kata jangan buat, Kerajaan PAS Kelantan tak bolehlah laksanakan hukum hudud takut Tun Dr Mahathir buat magran iaitu mematikan demokrasi di Kelantan. Tindakan Kerajaan PAS Kelantan itu sebenarnya adalah untuk menyelamatkan demokarsi di negeri itu atau di negara ini," tegasnya. -TKO

Umno kawasan Dungun bercakaran berebut pengaruh

Posted: 28 Sep 2011 06:42 AM PDT

WarkahDaily


Dah itu adat yang lumrah berlaku dalam Umno. Siapa yang rasa nak duduk di atas, perlu memijak yang di bawah dan pandai mencuri peluang dan kesempatan yang ada untuk menjatuhkan pesaing lain.

Itulah yang berlaku di Dungun, Terengganu, bagaimana Umno kawasan berkenaan kini sedang bercakaran sesame sendiri kerana berebut pengaruh bagi mendapat tempat dalam pilihanraya umum (PRU) ke -13 yang semakin dekat.

Berebut nak jadi calon memang lumrah dalam Umno kerana ia merupakan tiket untuk jadi kaya-raya dalam sekelip mata.

Selepas krisis Mat Said-Idris Jusoh bergaduh, 'orang-orang' dari kedua-dua pihak masing-masing mengatur langkah untuk dapatkan pengaruh bagi menempatkan diri di hati bos. Untung badan, dapat jadi calon untuk PRU-13 nanti.

Bagi ketua bahagian UMNO Dungun, Datuk Rosli Mamat (gambar) yang konon sebelum ini ada pangkat doktor PHd (ntah dari universiti mana), pengaruh tidak menjadi masalah besar baginya kerana memang sudah sinonim kuasa veto di Dungun yang melebihi YDP Daerah Dungun (DO) dan Majlis Perbandaran Dungun.

Semua projek tidak kira besar atau kecil, semuanya disapu dan diagihkan sesama kroninya walaupun ideanya dan buah fikirannya bagai tin kosong. Asalkan nafsu perut bodoh dan kuasanya dapat ditunaikan.

Rupa-rupanya 'kesenangan dan kemewahan' Rosli tu sedang diperhatikan ahli parlimen Dungun, Matulidi Jusoh dan orang-orangnya. Sebenarnya 'team' Matuldi memang tidak senang duduk dengan 'hak-hak' yang diperolehi puak-puak Rosli yang dikatakan mesra dengan MB sekarang, Datuk Seri Ahmad Said. Jadi, ia sekadar mendiamkan diri dan membengkak di hati.

Apa yang merungsingkan hati Matulidi dan puak-puaknya, kedudukan ahli parlimen bosnya itu bakal diserahkan kepada Rosli yang sudah tentu akan 'meminta' untuk dicalonkan dalam PRU-13 nanti. Samaada calon di parlimen atau Dun, sudah tentu Rosli mahu beliau dicalonkan jika tidak mahu berlakunya sabotaj calon pada PRU-13 nanti.

Bersandar kepada rekod Matulidi, beliau dipilih mantan MB, Idirs Jusoh untuk bertanding di parlimen Dungun, sudah tentu Rosli yang mesra dengan MB sekarang, Ahmad Said yang menjadi ketua bahagian Dungun akan menggunakan kuasanya untuk menyenaraikan nama-nama calon selain dari 'musuh' iaitu Matulidi.

Tidak mustahil juga, MB akan merestui tindakan Rosli dengan alasan pengguguran nama Matulidi tidak memberi kesan kepada Umno Dungun kerana pengaruh Matulidi tidaklah sebesar Rosli. Beliau sekadar ahli parlimen di bawah Idris Jusoh.

Semuanya gara-gara Umno Terengganu kini mempunyai dua team iaitu team Ahmad Said dan team Idris Jusoh.

Fitnah II: Najib, Rosmah saksi relevan- Anwar

Posted: 28 Sep 2011 06:40 AM PDT

KEADILAN DAILY

KUALA LUMPUR: Pasukan Peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya merupakan saksi relevan dalam kes fitnah yang dihadapi Ketua Pembangkang itu.

Perkara itu dinyatakan dalam afidavit balas yang dikemukakan terhadap permohonan Najib dan Datin Seri Rosmah Mansor, yang mahu mengenepikan sepina supaya mereka hadir sebagai saksi di mahkamah.

Anwar berkata, beliau mahu Najib memberi penjelasan tentang pertemuannya dengan pengadu dalam kes itu, Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 24 Jun 2008.


Saiful membuat laporan polis dia diliwat Anwar empat hari selepas pertemuan tersebut.

Ketua Umum KEADILAN itu berkata, Rosmah turut memberi kenyataan saksi kepada pegawai polis yang bertanggungjawab dalam siasatan kes berkenaan iaitu DSP Jude Pereira.

Permohonan Najib dan Rosmah untuk mengenepikan sepina supaya hadir sebagai saksi pembelaan berkenaan akan didengar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur jam 9 pagi esok.

"Datuk Seri Najib ada mengatakan bahawa 'keluarkan sepina, saya akan datang," kata Anwar kepada pemberita di luar mahkamah petang ini.

Bagaimana pun kata Anwar, beliau kecewa dengan sikap Najib kerana tidak menunaikan janjinya.

Sementara itu, peguam Anwar Sankara Nair berkata, pihaknya berpendapat kehadiran kedua-dua individu itu ke mahkamah adalah penting.

"Mereka mengatakan bahawa mereka bukan saksi yang relevan dan keterangan mereka bukan penting dalam kes,"

"Kami kata ia penting," kata Sankara.

Kedua-dua Najib dan Rosmah telah disepina bulan lalu selepas enggan ditemu bual secara tertutup oleh peguam Anwar sebagai saksi dalam perbicaraan kes itu.

Jais: Pesuruhjaya PAS Selangor mohon balik tauliah kuliah agama

Posted: 28 Sep 2011 06:39 AM PDT


SHAH ALAM— Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) Marzuki Hussin hari ini berkata pihaknya sudah menerima permohonan baru daripada Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Abdul Rani Othman untuk mendapatkan tauliah menyampaikan ceramah di masjid dan surau di negeri itu.

"Kami telah berjumpa semalam dan telah berbincang mengenai permintaan mereka," katanya ketika pada Majlis Rumah Terbuka anjuran Jais di sini hari ini.

Mengulas berkenaan permohonan tersebut, katanya, Jais akan memproses permohonan itu.

Jais tidak memperbaharui tauliah yang dikeluarkan kepada Dr Rani, yang juga Adun Meru, bulan lalu.

"Ada dua, tiga pemohon, kami menerima permohonan mereka dan kita akan mempertimbangkan... mereka boleh memohon, tetapi jawatankuasa yang terlibat akan berbincang dan mempertimbangkan mengikut peraturan dan enakmen yang sedia ada," ujarnya.

Tambah beliau, pemohon juga akan dipanggil untuk ditemu duga oleh pihak Jais dan sekiranya jawatankuasa terlibat memberikan sokongan, pihaknya tidak mempunyai sebarang masalah untuk meluluskan permohonan mereka.

Baru-baru ini, Jais berkata tidak akan mengeluarkan tauliah kepada ahli politik yang ingin berceramah dan menyampaikan tazkirah di 380 masjid dan lebih 1,000 surau serta premis awam di negeri ini berkuat kuasa serta-merta bagi mengelak fungsi institusi agama itu disalah guna, demi kepentingan politik.

Kenyataan itu dikeluarkan berikutan kes Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang akan didakwa di Mahkamah Syariah Shah Alam pada 24 November ini kerana disyaki menyampaikan ceramah agama tanpa tauliah di sebuah surau di negeri itu.

Marzuki juga mengesahkan wakil rakyat itu akan didakwa mengikut Seksyen 14 (1) Enakmen Jenayah Syariah 1995 yang memperuntukkan denda RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-dua sekali jika sabit kesalahan.

Setakat ini, Jais telah mengeluarkan tauliah kepada 2,601 individu yang layak.

Daripada jumlah itu, katanya, Jais turut mengeluarkan tauliah kepada 100 ahli politik.

Namun begitu, pihaknya menegaskan pemantauan berterusan akan dibuat bagi memastikan mereka tidak menyalahgunakan tauliah yang diberikan.

Polis: Letupan Empire Gallery tiada kaitan kerja sabotaj, pengganas

Posted: 28 Sep 2011 06:37 AM PDT

TERKINI

SUBANG JAYA — Polis menolak unsur sabotaj dan keganasan sebagai punca letupan yang menggegarkan kompleks membeli-belah Empire Gallery di sini awal pagi ini.

Sebaliknya, pihak berkuasa itu mengesahkan letupan disebabkan kebocoran gas yang kemungkinan ada kaitan dengan elemen kecuaian.

Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk A. Thaiveegan memberitahu pemberita di tempat kejadian, kompleks itu akan dikosongkan sehingga diberitahu kelak.

Kompleks itu menempatkan menara pejabat 12 tingkat, pusat membeli-belah lima tingkat, ruang pejabat kecil sembilan tingkat dan hotel 10 tingkat.

"Ramai yang menghubungi saya untuk bertanya sama ada kejadian ini disebabkan oleh kerja-kerja sabotaj atau keganasan. Hasil siasatan awal, tiada bukti kerja khianat dalam kejadian ini.

"Bermakna tiada (unsur) sabotaj dan tiada kaitan dengan keganasan, bermakna kemungkinan disebabkan kecuaian," katanya lagi.

Katanya, Jabatan Bomba dan Penyelamat, polis dan Suruhanjaya Tenaga akan meneliti punca yang menyebabkan kebocoran.

"Kita tahu ia kebocoran gas. Tetapi apa yang menyebabkan letupan?" katanya.

Empat cedera dalam letupan sekitar pukul 3.30 pagi itu. Mangsa terdiri daripada dua pengawal keselamatan rakyat Nepal dan dua rakyat tempatan yang masing-masing cedera di tangan dan kaki.

Beliau juga berkata anggota polis akan diletakkan di kompleks itu sepanjang proses siasatan bagi mengelakkan kecurian.

Kira-kira 170 penghuni hotel dan 10 penyewa ruang niaga kecil telah dipindah keluar.

Bangun dulu tapak flat Pekeliling sebelum Kg Baru

Posted: 28 Sep 2011 06:35 AM PDT

Harakahdaily


KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) menggesa Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar terlebih dahulu membentang dan melaksanakan projek pembangunan semula tapak flat di Jalan Pekeliling dan Jalan Kuching sebelum mendesak Parlimen meluluskan Rang Undang-Undang Perbadanan Kampung Baru.

"Kenapa begitu terdesak untuk menubuhkan Perbadanan itu yang penduduk Kg. Bharu sendiri tidak bersetuju?" tanya ketuanya, Kamaruzaman Mohamad dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

DPPWP, katanya melihat pihak kementerian gagal dalam merujuk keutamaan perancangan pembangunan di Kuala Lumpur dan mengabaikan kehendak rakyat.

Menurutnya, pada masa ini rakyat di Kuala Lumpur khususnya kalangan yang berpendapatan rendah mahu cadangan asal pembinaan semula tapak Flat Jalan Pekeliling dan Jalan Kuching dengan setiap unit rumah mempunyai 3 bilik berbanding sebelum ini diteruskan.

Katanya, flat-flat berkenaan telah lama dikosongkan dan kini menjadi tempat pembuangan sampah dan aktiviti yang tidak bermoral.

Menurutnya lagi, DPPWP yakin bahawa adanya kepentingan tertentu yang mahu menggadaikan tanah Kg Bharu yang letaknya di tengah-tengah Kuala Lumpur, sedangkan Flat Jalan Pekeliling dan Jalan Kuching agak jauh dari segitiga emas yang disebutkan dalam pelan transformasi negara baru-baru ini," katanya.

Disebabkan itu, ujarnya pembangunan di tapak Flat berkenaan dianaktirikan dan kontraktor yang diupah untuk meruntuhkan bangunan lama itu gagal menjalankan tugas sejak sekian lama.

"Pihak Menteri dan DBKL perlu berikan jawapan di atas kegagalan itu," ujarnya.

Beliau menambah, tidak mustahil kegagalan yang sama berlaku kepada pembangunan Kampung Baru.

Baginya, mula-mula sahaja ianya jadi panas, tapi bila masuk kepada fasa perlaksanaan pembangunan, semuanya akan jadi sejuk dan duit rakyat yang dilaburkan habis disapu oleh kontraktor kroni tanpa sebarang hasil.

"Akhirnya penduduk Kg. Bharu juga yang jadi mangsa," katanya.

Justeru, katanya DPPWP bertegas agar pihak menteri bertanggungjawab dan memastikan tanah-tanah awam yang sepatutnya dijadikan tapak perumahan rakyat tidak digadaikan untuk kepentingan komersil.

Menurutnya, masalah perumahan dan harga rumah yang mahal di Kuala Lumpur menyebabkan ramai rakyat tempatan di wilayah ini berpindah ke luar. S

"epatutnya ini tidak berlaku jika tanah yang ada disusun atur kegunaannya untuk membina lebih banyak rumah-rumah kos rendah untuk rakyat selari dengan pembangunan zon-zon komersial yang ada," katanya.

DPPWP juga ujarnya, mengingatkan menteri agar tidak sesuka hati menyentuh tanah di kampung-kampung tradisi dan dan Kampung Baru dengan alasan pembangunan sebelum mendapat persetujuan penduduk.

"Hormatilah hak rakyat yang telah puluhan tahun menjadi penduduk di Kuala Lumpur ini," ujarnya.

Kepada warga Kuala Lumpur, pastikan wilayah ini tidak digadaikan dan teruskan mengundi wakil-wakil rakyat Pakatan.


Kedah terus utuh dengan pentadbiran sifar rasuah

Posted: 28 Sep 2011 06:28 AM PDT

Aziz Muda


KUALA LUMPUR: Setelah tiga tahun mengurus dan mentadbir negeri, Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Kedah ternyata terus utuh dengan pentadbiran sifar rasuah.

Sehingga kini tiada kes rasuah yang disabitkan kepada pemimpin kerajaan mahupun pegawai kerajaan, malah Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Kedah ternyata berjaya mentadbir negeri dengan baik dengan mengutamakan keadilan, pertanggungjawaban dan intergiti.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak menegaskan, penentangan terhadap rasuah merupakan dasar utama Kerajaan Pakatan Rakyat dan sesiapa sahaja yang terbabit dengan rasuah hendaklah dihukum dan tidak dilindungi, manakala semua urusan kerajaan mestilah dilaksanakan secara telus tanpa sebarang penyelewengan.

Menurut beliau, sejak mengambilalih tampuk pemerintahan negeri, beberapa langkah berhubung hasrat kerajaan untuk menegakkan pentadbiran yang berintegritikan telah dilaksanakan.

Katanya, antaranya termasuklah Menteri Besar dan Exco telah membuat pemotongan gaji dan elaun secara bulanan ke Tabung Tunku Mahmud serta pengurangan elaun mesyuarat bagi Menteri Besar dan Exco yang menjadi anggota Lembaga Pengarah anak-anak syarikat Kerajaan Negeri (GLC).

"Ahli-ahli Lembaga Pengarah GLC tidak lagi dibayar elaun tetap bulanan seperti yang diamalkan semasa Kedah berada di bawah pemerintahan BN sebelum ini yang mencecah sehingga RM7 juta setahun tetapi sekarang hanya menerima eluan hadir mesyuarat yang tidak pun mencapai RM2 juta setahun," katanya.

Setelah Pakatan Rakyat memerintah Kedah, menurut beliau seperti yang dicatatkan di dalam buku Kedah Sejahtera 2008, Menteri Besar tidak lagi menggunakan jet khas, tidak lagi tinggal di hotel mewah ketika ada urusan kerja di Kuala Lumpur, sebaliknya hanya tinggal di apartmen biasa yang disewa oleh Kerajaan Negeri.

Katanya, Menteri Besar turut meminimumkan perjalanan ke luar negara dengan hanya 3 kali dalam tempoh 3 tahun, manakala Exco pula dinasihati menaiki penerbangan kelas ekonomi jika melakukan perjalanan dengan pesawat walaupun layak menggunakan "business class".

"Sebaik mengambil alih pentadbiran kerajaan pada 2008, Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Kedah terus bertindak dengan merangka dan melaksanakan aktiviti strategik dalam bidang pembangunan, pendidikan, pembangunan insan, ekonomi, pertanian, industri, kebajikan dan pelancongan demi merealisasikan gagasan Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua," katanya.

Di dalam buku yang diterbitkan oleh Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kedah itu, Azizan menegaskan, walaupun baru tiga tahun mengurus dan mentadbir negeri, pencapaian Kerajaan Negeri dapat dilihat dengan jelas oleh rakyat.

Katanya, dalam masa yang sama, rakyat juga dapat melihat usaha ke arah kemajuan negeri dan kebaikan rakyat akan diteruskan oleh Kerajaan Negeri melalui Pelan Strategik Kedah Sejahtera 2010-2015 yang telah dilancarkan sebelum ini.

Dari sudut pentadbiran, setelah mengambil alih pemerintahan negeri, pemberian kontrak sesuatu projek di bawah Kerajaan Negeri telah dilaksanakan secara telus dan adil.

Hasilnya, menurut beliau, Laporan Ketua Audit Negara pada tahun 2009 menyatakan Kedah telah berjaya meningkatkan hasil sehingga 205 peratus dari hasil balak berbanding tahun 2007, hasil pemberian konsesi secara tender terbuka," jelasnya.

Sejak Pakatan Rakyat memerintah Kedah, perakuan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2009 jelas menunjukkan Kerajaan Negeri berjaya meningkatkan hasil negeri.

"Buat pertama kalinya, GLC telah berjaya menyumbang sebanyak RM30 juta kepada Kerajaan Negeri. Sumbangan seperti ini tidak pernah dilakukan semasa Kedah berada di bawah BN sebelum ini.

"Lebih jauh dari itu, ekoran dari perancangan strategik yang dilaksanakan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Kedah, Defisit Belanjawan 2010 sebanyak RM16 juta telah berjaya diatasi," jelasnya.

BN sudah mula kenal pasti calon pilihan raya umum - Muhyiddin

Posted: 28 Sep 2011 06:26 AM PDT



PARIS - Barisan Nasional (BN) sudah mula mengenal pasti calon bagi pilihan raya umum akan datang, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata langkah awal itu bukan bermakna pilihan raya umum akan diadakan dalam waktu terdekat tetapi bagi memastikan calon yang dipilih nanti berkeupayaan dalam semua aspek, termasuk dalam menjayakan pembangunan negara ke arah mencapai status negara maju dan berpendapatan tinggi.

Muhyiddin berkata BN akan menggunakan pendekatan baru dalam memilih calon dengan kriteria utamanya ialah bakal calon akan dinilai secara individu dan menyeluruh oleh pucuk pimpinan, selain sumber rasmi dan tidak rasmi.

"BN perlu ubah cara pemilihan calon berdasarkan perubahan landskap politik semasa...tidak boleh secara semberono," katanya kepada wartawan Malaysia di sini Selasa.

Muhyiddin yang diiringi isteri beliau Puan Sri Norainee Abdul Rahman kini berada di ibu negara Perancis ini untuk lawatan kerja dua hari bagi menghadiri mesyuarat lembaga eksekutif Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan (Unesco), yang berakhir hari ini.

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata antara kriteria pemilihan bakal calon ialah kebolehan, kewibawaan, latar belakang, status pendidikan, kemahiran tertentu yang selari dengan tuntutan semasa, selain prihatin dan faham kehendak rakyat.

Beliau menarik perhatian bahawa untuk menjadi seorang wakil rakyat pada masa ini adalah amat mencabar dan memerlukan kebijaksanaan berikutan pengundi sekarang sudah matang dan membuat penilaian berdasarkan kewibawaan seseorang.

Sehubungan itu, beliau berkata pemilihan bakal calon terdiri daripada golongan muda dan berkelulusan tinggi akan diberikan pertimbangan sewajarnya, namun pengalaman turut diberikan perhatian bagi mewujudkan keseimbangan antara jumlah pemimpin muda dan berpengalaman.

Keutamaan juga diberikan kepada calon pilihan rakyat, katanya.

Muhyiddin berkata "calon yang boleh menang" yang dikatakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini bukan bermaksud semata-mata yang boleh menang tetapi turut memenuhi semua aspek yang dikatakan itu.

"Ini bermakna walaupun seseorang wakil rakyat itu pernah menang tanpa bertanding, tidak semestinya dicalonkan semula. Semuanya bergantung kepada tuntutan semasa," katanya.- Bernama

Rugi: Pekerja MAS tidak maafkan Mahathir

Posted: 28 Sep 2011 06:24 AM PDT

SUBANG JAYA - Isu penggabungan syarikat penerbangan Airasia dengan Penerbangan Malaysia Berhad (MAS) semakin hangat diperkata sehingga menimbulkan bantahan dari pelbagai pihak termasuk Kesatuan Pekerja-Pekerja MAS Semenanjung Malaysia (MASEU).

Dalam satu temubual bersama Setiausaha Agung Maseu, Ab Malek Arif di pejabatnya hari ini, beliau menjelaskan MAS mempunyai banyak aset, kenapa perlu penggabungan dengan syarikat yang kecil seperti Airasia yang hanya baru bertapak.

"MASEU memang tidak setuju dengan penggabungan tersebut kenapa MAS yang mempunyai banyak aset perlu bergabung, ini menjadi satu kemusykilan dan persoalan.

"Secara jelas saya katakan dalam penggabungan ini, kita hanya nampak Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Airasia, Tan Sri Tony Fernandes hanya di hadapan sedangkan yang memainkan peranan di belakang masih ada lagi tangan-tangah ghaib.

"Kita tahu Tony tidak akan dapat berbuat apa-apa jika tiada mereka yang mempunyai pengaruh di belakang. Tony datang di bawah arahan pihak tertentu dan ini diketahui oleh kakitangan MAS," katanya.

Sebenarnya, kata beliau tangan ghaib ini telah wujud sekian lama semenjak zaman Tan Sri Tajuddin Ramli menjadi Pengerusi MAS apabila Perdana Menteri pada waktu itu, Tun Mahathir Mohamed melantik Tajuddin menggantikan Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman walaupun pada waktu itu MAS sentiasa mendapat keuntungan setiap tahun.

Katanya, manakala semenjak pengerusi ditukar MAS bukan sahaja tidak untung malah terus rugi setiap tahun.

Tambah Malik lagi sehingga sekarang kakitangan MAS masih memarahi dan tidak maaf apa yang telah dilakukan oleh Mahathir itu.

"Secara jelas kakitangan MAS tidak maafkan Mahathir sehingga sekarang persoalan timbul kenapa individu yang boleh membawa keuntungan kepada MAS ditukar dan membawa masuk mereka yang telah menyebabkan MAS rugi teruk.

"Tidakkah ini menunjukkan ada individu yang berpengaruhi di dalam politik mahupun kerajaan?" soalnya.

Justeru, beliau ingin menyatakan sejak Januari hingga Mac tahun 2011, MAS mengalami kerugian RM270 juta manakala dari April hingga Jun kerugian bertambah dan hampir RM500 juta.

Keadaan ini, ujarnya menyebabkan kakitangan MAS tidak boleh terima, jelas ada sesuatu yang berlaku di sebaliknya.

"Kenapa kerugian ini terus berlaku dan persoalan kenapa kerajaan tidak memanggil Abdul Aziz kembali jika selama ini dibawah beliau kita tahu MAS sentiasa untung," ujarnya lagi.

Setiausaha Agung MASEU itu memberitahu mereka bersetuju jika ia adalah kerjasama biasa tetapi penggabungan yang membolehkan Tony masuk ke dalam MAS tidak boleh diterima.

"Kerjasama biasa kami boleh terima tetapi jika selain dari itu kami tidak boleh terima kerana kita tahu Tony bukan sahaja masuk untuk dirinya sendiri tetapi bersama-sama tangan ghaib yang ada di belakangnya, apa akan jadi. Tony tidak boleh buat macam AirAsia.

Katanya, kedatangan Tony dengan tangan ghaib itu bukan sahaja ingin mengambil MAS tetapi akan turut mengambil MASKargo dan juga Maintenance Repair Overhaul (MRO).

"Kita tidak mahu ini terjadi.

"MAS adalah hak rakyat dan kerajaan adalah pemegang amanah, kalau ada mana-mana orang dalam kerajaan mahu memberi MAS kepada individu sepatutnya ia dibentang di Parlimen bukannya dibuat mengikut kuasa yang dimiliki oleh mereka," sambung beliau lagi.

Malik menegaskan sekali lagi perancangan awal pengabungan ini akan dilakukan sebelum bermulanya Sidang Dewan Rakyat tetapi apabila perkara ini telah hangat perkara tersebut dilengahkan.- Harakah Daily

Penafian Najib dan Rosmah pada hari Khamis

Posted: 28 Sep 2011 06:20 AM PDT

Maria Begum, Malaysia Chronicle


Sudah pasti Perdana Menteri Najib Razak dan isteri Rosmah Mansor akan menuduh musuh ketat mereka iaitu Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim sebagai menyalahgunakan proses mahkamah kerana memaksa mereka menampilkan diri sebagai saksi di dalam perbicaraan kes liwat kedua yang masih berlangsung.

Dan pihak mahkamah masih dijangka untuk menerima tuntutan mereka untuk menepikan sepina yang telah diperolehi peguam-peguam Anwar awal bulan ini, selepas pasangan tersebut membuat kejutan kerana enggan memberi keterangan.

"Semestinya mereka akan menafikannya, apa yang anda fikir? Ia akan menjadi sesi terbuka dan tertutup," kata penganalisis politik yang telah lama mengikuti kes ini kepada Malaysia Chronicle.

"Saiful pernah berjumpa dengan pasangan tersebut apabila Najib merupakan timbalan perdana menteri pada ketika itu. Perkara tersebut telah dihapuskan daripada testimoni Saiful yang terdapat di dalam rekod mahkamah, boleh anda bayangkan? Bagi Rosmah pula, keterangan yang diberi Saiful di mahkamah berbeza dengan keterangan yang dibuatnya sebelum ini."

Penafian

Najib, 58, dan Rosmah, 60, dijangka akan menampilkan diri di mahkamah pada hari Khamis apabila permohonan mereka akan dinilaikan. Walaubagaimanapun, kemugkinan besar adalah pasangan tersebut akan diwakili sekumpulan peguam-peguam mereka.

Penganalisis politik menjangka Rosmah akan menafikan pernah bertemu Saiful Bukhari Azlan, pengadu tuduhan liwat, manakala Najib mungkin akan memberitahu mahkamah bahawa dia tidak menyuruh bekas Ketua Polis Negara Musa Hassan dan pegawai kanan yang lain iaitu Rodhwan Ismail untuk menolong Saiful memfitnah Anwar.

Najib yang pada awalnya cuba untuk menafikan pernah bertemu Saiful, tetapi ia telah dibongkarkan dan Najib menarik balik penafiannya dan beliau dijangka untuk menurut skrip dan berkata bahawa beliau pernah bertemu Saiful tetapi tidak berkomplot dengannya untuk membuat laporan polis terhadap Anwar.

Dalang-dalangnya

Perdana Menteri bersama isteri telah dituduh menjadi dalang bagi tuduhan liwat terhadap Anwar di dalam percubaan untuk menghancurkan kerjaya politiknya. Pada Jun 2008, sebaik sahaja Anwar membuat pengumuman untuk kembali aktif di dalam politik, dia telah dituduh meliwat Saiful, bekas setiausaha politik.

Anwar telah menafikan tuduhan terhadapnya, mengatakan bahwa ia merupakan konspirasi yang dibuat-buat oleh pasangan tersebut bersama Musa dan Rodhwan.

"Persediaan yang terdapat di dalam konspirasi ini adalah amat mendalam dan dapat dikesan hinggalah ke Perdana Menteri sendiri dan isteri beliau Rosmah Mansor yang mana kedua-duanya telah diakui oleh pengadu bahawa mereka pernah bertemu di kediaman mereka di mana dia membuat aduan bahawa dia pernah terkena serangan seksual," kata Anwar dari kandang pada hari pertama beliau dipanggil untuk mempertahankan diri.

"Kenyataan awal yang dibuat Najib bahawa beliau pernah bertemu dengan si pengadu hanyalah sekadar perbincangan mengenai biasiswa merupakan penipuan yang jelas dan cumalah ditarik balik selepas beberapa pendedahan dibuat melalui media social dan blog- blog internet."Malaysia Chronicle

Perkara 149 di sebalik pemansuhan ISA

Posted: 28 Sep 2011 06:16 AM PDT

Lim Hong Siang


Mungkin tepukan diberikan terlalu cepat, apabila Najib Razak mengumumkan untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), satu kenyataan "berani" yang disifatkan sebagai "the most revolutionary statement daripada seorang Perdana Menteri". Pakar perlembagaan, mahupun peguam lebih berwaspada terhadap pengumuman ini, mengingatkan dua undang-undang baru "di bawah semangat serta payung Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan" akan digubal sebagai pengganti kepada ISA.

Perkara 149 dalam Perlembagaan Persekutuan membenarkan parlimen untuk menggubal undang-undang yang bertentangan dengan artikel-artikel di mana hak asasi seseorang warganegara dijamin, pada Bahagian Kedua dalam perlembagaan. "Artikel 5, Artikel 9, Artikel 10 memberi anda hak asasi, tetapi Perkara 149 boleh menghapuskannya sekaligus," kata Sivarasa Rasiah, ahli parlimen Subang.

Malah, Perkara 149 yang menghalalkan kewujudan ISA, dakwa Sivarasa Rasiah yang juga seorang peguam. Perkara 149 bersama Perkara 150 adalah antara dua perkara yang paling dipertikaikan dalam Perlembagaan Persekutuan untuk sekian lama, malah disifatkan "lebih teruk" keadaannya selepas merdeka, berbanding dengan zaman penjajahan British.

Demikianlah "peringatan" daripada pakar perlembagaan dalam Forum Politik Malaysia Pasca ISA, anjuran Institut Kajian Dasar di Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor, semalam. Kira-kira 100 orang hadir dalam forum yang dipengerusikan Amin Ahmad, dengan ahli panelnya Abdul Aziz Bari (pakar perlembagaan), Wong Chin Huat (pengkaji politik), dan Sivarasa Rasiah (ahli parlimen Subang). Timbalan Presiden PKR, juga ahli parlimen Gombak merangkap ADUN Bukit Antarabangsa, Azmin Ali tampil sebagai penggulung forum.

Perkara 149 dan 150


Abdul Aziz Bari bermula dengan menegaskan bahawa ISA adalah bertentangan dengan rule of law, sebelum melanjutkan pembentangannya bagaimana Perkara 149 membenarkan parlimen untuk menggubal undang-undang yang mencabul hak asasi sebagaimana yang termaktub dalam Bahagian Kedua Perlembagaan Persekutuan; dan Perkara 150 yang membenarkan kerajaan untuk mengisytiharkan darurat.

Darurat mungkin hanya bermakna sesuatu keadaan yang luar biasa, dari erti katanya; namun dari sisi undang-undang, ia bermaksud eksekutif boleh membuat undang-undang tanpa pergi ke parlimen, jelas Abdul Aziz Bari. (gambar kiri) Lebih-lebih lagi, pindaan selepas itu membolehkan darurat diisytiharkan sebelum "sebenarnya berlaku kejadian yang mengancam keselamatan...".

Lantaran daripada itu, kerajaan diberi kuasa untuk mengisytiharkan darurat, sebelum atau sedang darurat itu berlaku, tanpa keputusan ini boleh dibawa untuk dikaji mahkamah. Malah, selagi darurat "hidup", maka undang-undang digubal di bawah Darurat akan hidup, suatu keadaan yang sungguh "bahaya", kata Abul Aziz Bari.

Pandangan ini dikongsi bersama Sivarasa Rasiah, yang juga tidak "positif" terhadap pengumuman Najib. Sivarasa memetik ayat dalam teks ucapan Najib Razak pada malam sebelum Hari Malaysia, berbunyi "dua undang-undang baru yang sesuai akan digubal di bawah semangat serta payung Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan... untuk memelihara keamanan, kesejahteraan, kesentosaan serta kerukunan hidup rakyat dan negara."

Beliau menjelaskan, Artikel 5 dalam Bahagian Dua Perlembagaan Persekutuan menjamin hak seseorang untuk dihadap ke mahkamah selepas ditangkap atas tuduhan tertentu, dinafikan begitu sahaja dengan Perkara 149. "ISA tidak sah jikalau Perkara 149 tidak wujud," tekannya.

Tiada lagi tahanan politik?

Apa yang membimbangkan Sivarasa adalah, Najib menyebut bahawa dua undang-undang baru di bawah semangat Perkara 149 akan digubal, maka kemungkinan undang-undang baru itu turut mencabul hak asasi manusia. Sivarasa tidak termakan dengan jaminan bahawa "mana-mana individu tidak akan ditahan semata-mata hanya kerana ideologi politik", mengambil contoh bagaimana beberapa orang reformis termasuk Tian Chua, Saari Sungip, Hishamuddin Rais dan lain-lain ditahan ISA pada April 2001, atas alasan "menyimpan bom petrol" - yang gagal dibuktikan sehingga hari ini.

"Pasca ISA, mengikut perkataan Najib sendiri, adalah undang-undang yang lebih kurang sama," simpul ringkas Sivarasa (gambar kanan).

Malah, Sivarasa Rasiah turut meragui azam politik Najib untuk melaksanakan kata-katanya, dengan mengambil kira reaksi anggota kabinet dan Ketua Polis selepas pengumuman Najib yang dianggap "bijak" dari segi politik itu. Sivarasa memetik teks asal Najib, "...suka saya mengumumkan pada malam yang bersejarah ini, bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (yakni ISA) akan dimansuhkan terus."

Perkataan "terus" memberi gambaran bahawa cadangan ini akan diusulkan dalam sidang parlimen akan datang, iaitu Oktober 2011, namun dua hari selepas itu, Menteri Jabatan Perdana Menteri Nazri Aziz mengumumkan bahawa ia akan dibentangkan tahun depan, bukan tahun ini, begitu juga dengan Ketua Polis Negara, kata Sivarasa.

"Perdana Menteri kata 'terus', tetapi Menteri di bawahnya, Ketua Polis di bawahnya, menangguhkan..." kata Sivarasa Rasiah. Abdul Aziz Bari turut berkongsi pengamatan yang sama, melihat kepada reaksi "lambat" Timbalan Perdana Menteri untuk menyokong pengumuman Najib, dan beberapa reaksi daripada pemimpin PERKASA.

Baca: Perlaksanaan penghapusan ISA: PR sedia duduk semeja PM, Azmin

Baca: Pilihan raya yang bezakan kerajaan dengan kongsi gelap

*Lim Hong Siang ialah editor MerdekaReview, edisi bahasa Malaysia.

MB S’gor ingin temui penyewa PKNS

Posted: 28 Sep 2011 06:08 AM PDT

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata pihaknya juga akan membuat kajian mengenai perbandingan kadar sewa antara kompleks itu dengan bangunan lain di sekitar kawasan berkenaan.



SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor akan mengadakan perbincangan dengan penyewa lot kedai di Kompleks Perbadanan Kemajuan

Negeri Selangor (PKNS) berhubung kadar sewa baru antara 30 hingga 100 peratus yang akan diperkenalkan bermula Januari tahun depan.

Menteri Besarnya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata pihaknya juga akan membuat kajian mengenai perbandingan kadar sewa antara kompleks itu dengan bangunan lain di sekitar kawasan berkenaan.

"Sebagai ahli lembaga pengarah PKNS, saya akan masuk campur dalam hal ini dan saya bercadang berjumpa penyewa untuk beri penerangan tentang perkara yang sesuai dan munasabah.

"Perkara ini perlu diteliti terlebih dulu dalam semua perkara sebelum tindakan lanjut diambil," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Bangunan SUK di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas berhubung kenaikan kadar baru sewa lot kedai Kompleks PKNS di sini antara 30 hingga 100 peratus yang akan diperkenalkan pada Januari tahun depan.

Media sebelum ini melaporkan kebanyakan peniaga yang sudah berniaga berpuluh-puluh tahun di kompleks itu turut mempertikaikan kenaikan kadar baru sewa dan berpendapat perkara berkenaan hanya akan membebankan mereka yang kebanyakannya Bumiputera.

Ketika ditanya sama ada kerajaan negeri akan menangguhkan kenaikan kadar sewa itu, beliau berkata perbincangan akan dibuat terlebih dulu.

"Sebab itu saya akan mengadakan pertemuan dengan penyewa dan buat kajian mengenai kadar sewa yang dikenakan oleh syarikat lain di bangunan sekitarnya," katanya.

Sebelum ini, sebuah laman blog, http://darulehsantoday.blogspot.com mendakwa tiga bangunan milik PKNS dan rakyat Selangor yang dibangunkan hasil pentadbiran Barisan Nasional (BN) sebelum ini akan diambil alih oleh sebuah syarikat pelaburan amanah bermula Januari 2012.

Selain pengambilalihan itu, PKNS juga melalui sepucuk surat bertarikh 12 September 2011 kepada penyewa Kompleks PKNS Shah Alam akan menaikkan kadar sewa premis di pusat komersial itu termasuk akan menamatkan sewaan mana-mana peniaga yang kurang berdaya saing.

Berdasarkan surat itu, kadar baru sewa premis adalah antara RM4 hingga RM5.20 sekaki persegi bagi tingkat bawah berbanding ketika ini sebanyak RM2.50 hingga RM3.50 sekaki persegi.

Bagi tingkat satu, kadarnya ialah RM2.50 hinga RM3.50 sekaki persegi berbanding RM2 hingga RM2.20 sekaki persegi ketika ini.

Selain itu, kadar sewa kiosk turut dinaikkan kepada RM1,000 seunit berbanding RM500 seunit ketika ini.

Dakwa miliki baju BERSIH 'tuduhan mengarut', kata peguam

Posted: 28 Sep 2011 06:03 AM PDT

Salhan K Ahmad


Seorang peguam, Mohd Fadzli Mohd Ramly berkata tuduhan yang dijalankan ke atas beliau sebelum ini merupakan satu "tindakan mengarut" kerana pendakwaan adalah atas kesalahan memiliki baju-T yang mempunyai logo BERSIH.

Katanya, pendakwaan itu mengarut kerana beliau tidak berniat untuk mengancam keselamatan negara apabila beliau memakai baju-T berkenaan sebelum ditahan di Markas PAS Kampung Mentara, Rompin pada 2 Julai lalu.

Selain Mohd Fadzli, 33, turut ditahan dalam malam kejadian itu ialah seorang peniaga, Abdul Manaf Md Hassan, 41 kerana memakai baju-T yang tertera tulisan 'BERSIH2.0, menuntut pilihan raya bersih dan adil.'

Kedua-dua lelaki itu didakwa keesokan harinya di Mahkamah Sesyen Kuantan mengikut Seksyen 47 Akta Pertubuhan 1966 dan mahkamah turut membenarkan kedua-duanya diikat jamin sebanyak RM3,000 dengan seorang penjamin.

Hakim, Fathiyah Idris bagaimanapun melepaskan tanpa membebaskan Mohd Fadzli dan juga Abdul Manaf daripada tuduhan berkenaan hari ini.

Ketika dihubungi, Mohd Fadzli berkata beliau masih belum berpuas hati dengan keputusan berkenaan dan mahkamah masih belum memulangkan baju-T yang dirampas daripadanya sebelum ini.

"Ini tuduhan mengarut dibuat akibat rasa terdesak kerajaan Umno dan BN hendak susahkan rakyat yang tuntut pilihan raya bersih dan adil," katanya lagi.

"Kita sedang menimbang sama ada akan ambil tindakan. Kita sedang fikir sama ada hendak failkan saman (ke atas kerajaan)," katanya yang juga timbalan pengarah PAS kawasan Dewan Undangan Negeri Tioman.

Pendakwaan dilakukan ketua unit pendakwaan negeri Pahang, Kalmizah Salleh manakala tertuduh diwakili peguam Hon Kai Ping dan Hisham Ramzam.

Namewee bidas Utusan dalam video terbaru

Posted: 28 Sep 2011 06:00 AM PDT

Kuek Ser Kuang Keng


Tersinggung dengan ulasan akhbar Utusan Malaysia yang mengkritik filem suluungnya, Nasi Lemak 2.0, penyanyi rap yang kini menjadi pembikin filem, Wee Meng Chee atau lebih dikenali sebagai Namewee, membidas akhbar berbahasa Melayu itu yang disifatkannya sebagai "sampah".

NONEArtikel yang ditulis oleh Fauziah Arof, bertajuk 'Bukan Nasi Lemak 2.0, soalnya Namewee' disiarkan Rabu lalu.

Fauziah menulis bahawa walaupun ramai yang memuji filem itu, namun dia tidak berminat menontonnya walaupun ditawarkan tiket percuma.

Dia kemudian mengimbas kembali beberapa klip video yang diterbit oleh Namewee, yang dakwanya telah menyinggung orang ramai serta menghina umat Islam di negara ini, termasuk klip kontroversi Negarakuku.

Mengulas artikel akhbar milik Umno itu, Namewee membalas dengan memuat-naik satu lagi klip video dalam bahasa Melayu ke laman web perkongsian video YouTube malam tadi yang berjudul 'Namewee Fxxx Utusan'.

Video yang durasinya sedikit kurang daripada tiga minit, memaparkan kekecewaan Namewee yang bercakap dalam bahasa pasar 'menghentam' akhbar itu dan Fauziah.

Walaupun semua perkataan yang mencarut dan memaki dalam video itu telah disenyapkan, namun sebahagian daripadanya masih boleh didengar secara samar-samar.

Bersifat patriotik

Menjawab bidasan terhadap videonya yang lalu, Namewee berkata: "Dulu, dulu apa xxx? dulu punya polis ah, pakai seluar pendek leh; dulu punya orang ah, jalan pakai basikal leh; tapi sekarang you naik apa? You naik AirAsia leh!"

NONEHujahnya, semua lagu-lagu yang digubahnya itu adalah bersifat patriotik dan mempersoalkan sama ada Fauziah memahami lirik berkenaan.

"Lu tak faham, lu cakap saya dulu buat apa xxx... Saya kutuk siapa? Dulu saya kutuk siapa?

"Saya panggil orang jangan jadi orang yang perkauman. Saya panggil orang kerja betul-betul. Saya sokong 1Malaysia tak boleh ah?"

Namewee kemudian melabel Fauziah sebagai 'tidak berotak' kerana menulis artikel berkenaan tanpa menonton filem itu terlebih dahulu, yang katanya, jelas tidak mencerminkan sikap profesional untuk seorang wartawan.

Perlinya lagi, jika ranya Fauziah mempunyai masalah kewangan, beliau bersedia menawarkan dua tiket percuma untuk wartawan Utusan itu dan rakannya untuk menonton secara percuma.

"Sampah tu suratkhabar, sampah! Sampah masyarakat, sampah penulis! You tulis sahaja, you ada pen, you ada keyboard, you sudah boleh jadi reporter ah? XXX!"

Beliau juga menekankan bahawa Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, yang ditemuinya tahun lalu, telah menyatakan dengan jelas bahawa beliau tidak melanggar mana-mana undang-undang negara.

"Ikut law lah, kalau you benci saya sendiri, you benci dalam hati lah, kenapa you tulis macam ini di suratkhabar?"

Balik sekolah

Sambil mempamerkan ijazahnya dalam bidang komunikasi massa, Namewee mencadangkan Fauziah "balik ke sekolah" jika dia tidak boleh menjalankan tugasnya secara profesional.

NONE"Saya ada degree tahu, mass communication tahu. You jangan tipu saya tak pernah makan durian, tahu. Suratkhabar ialah laporkan, lapor! You judge orang macam apa? Bukan tulis you shiok sendiri punya. You punya certificate dari mana punya? Longkang ah?"

"Kalau you tak tahu apa ialah reporter ah, you balik sekolah dulu. You panggil you punya boss dengan you dengan you punya kawan semua balik sekolah dulu. You fikir semua suratkhabar yang lain semua bodoh punya kah?"

Namewee berkata bahawa beliau boleh menerima kritikan daripada mereka yang telah menonton filem itu tetapi tidak dari Fauziah, yang tidak menjalankan apa-apa "penyelidikan" sebelum mengulas.

Beliau menamatkan video itu dengan satu montaj yang berbunyi "I say no (to) Utusan Malaysia".

Kabinet S'wak: 7 muka baru, jawatan TKM 2 tak disi

Posted: 28 Sep 2011 05:59 AM PDT

MALAYSIA KINI


Rombakan Kabinet Sarawak yang diumumkan Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud hari ini menyaksikan pembentukan sebuah kementerian baru, lima kementerian ditukar nama dan tujuh muka baru dilantik sebagai menteri muda.

Kementerian baru dalam rombakan kabinet, yang akan berkuatkuasa Jumaat ini, ialah Kementerian Pembangunan Kebajikan, Wanita dan Keluarga yang akan diketuai Datuk Fatimah Abdullah dan dibantu dua menteri muda yang juga muka baru iaitu Rosey Yunus dan Robert Lawson Chuat Vincent.

"Muka-muka baru Menteri Muda lain ialah Julaihi Narawi, Abdul Karim Hamzah, Datuk Len Talif Salleh, Dr Jerip Susil dan Liwan Lagang," kata Taib dalam sidang akhbar di Wisma Bapa Malaysia di Kuching.

Kesemua Menteri Muda baru itu akan mengangkat sumpah jawatan Jumaat ini.

Taib berkata Julaihi dilantik sebagai menteri muda pembangunan industri (pelaburan dan promosi) dan menteri muda pembangunan luar bandar; Abdul Karim sebagai menteri muda perumahan dan menteri muda pembangunan sosial (pembangunan belia).

Len Talif dilantik sebagai menteri muda perancangan sumber dan alam sekitar, dan menteri muda di pejabat ketua menteri (promosi pendidikan teknikal); Dr Jerip sebagai menteri muda kerajaan tempatan dan pembangunan komuniti (kesihatan awam) manakala Liwan sebagai menteri muda pembangunan sosial (kebudayaan dan warisan).

"Kesemua menteri penuh dikekalkan dan sebahagian kementerian mereka ditukar nama," kata ketua menteri Sarawak.

Taib berkata lima kementerian yang ditukar nama adalah kementerian pembangunan sosial dan urbanisasi yang akan dikenali sebagai kementerian pembangunan sosial diketuai presiden Parti Progresif Demokratik Sarawak (SPDP), Tan Sri William Mawan manakala kementerian alam sekitar dan kesihatan awam ditukar menjadi kementerian kerajaan tempatan dan pembangunan komuniti diketuai
timbalan setiausaha agung Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Datuk Seri Wong Soon Koh.

Kementerian perancangan dan pengurusan sumber akan dikenali sebagai kementerian perancangan sumber dan alam sekitar; kementerian perumahan dan pembangunan bandar menjadi kementerian perumahan manakala kementerian pelancongan dan warisan dikenali sebagai kementerian pelancongan, kedua-duanya di bawah Datuk Amar Abang Johari Tun Openg yang juga timbalan presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).

Taib, yang mengekalkan porfolio kementerian kewangan serta kementerian perancangan sumber dan alam sekitar, berkata tiada keperluan segera untuk pelantikan timbalan ketua menteri kedua.

Beliau berkata barisan Kabinet sedia ada dengan hanya seorang timbalan ketua menteri yang dipegang oleh seorang lagi timbalan presiden PBB, Tan Sri Alfred Jabu Numpang yang juga menteri pembangunan luar bandar sepatutnya tidak menjadi isu besar.

Jawatan timbalan ketua menteri kedua sebelum ini disandang oleh presiden SUPP Tan Sri Dr George Chan, kosong berikutan kekalahannya dalam pilahan raya negeri Sarawak April lepas.

Taib berkata presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) Tan Sri Dr James Jemut Masing dikekalkan sebagai menteri pembangunan tanah dan juga akan memegang portfolio menteri kanan bersama Sooh Koh dan Mawan.

Ketua menteri itu berkata peranan mereka sebagai menteri kanan adalah untuk menyelaraskan sesama mereka pembangunan khusus yang perlu dilaksanakan bersama.

Taib berkata naib presiden kanan PBB, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan dilantik menjadi menteri pembangunan industri yang baru dan kekal sebagai menteri perancangan sumber dan alam sekitar kedua serta menteri kemudahan awam manakal Datuk Seri Michael Manyin kekal dengan portfolio sebagai menteri pembangunan instruktur dan komunikasi.

Taib berkata tiga jabatan negeri negeri iaitu Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Pertanian dan pihak berkuasa tempatan akan disusun semula.

"Penyusunan semula JKR kini sudah hampir selesai manakala pihak berkuasa tempatan dan Jabatan Pertanian mungkin mengambil masa kira-kira lima tahun untuk selesai," katanya.
- Bernama

MB: 'Engineering fault' mungkin punca letupan

Posted: 28 Sep 2011 05:56 AM PDT

Jimadie Shah Othman


Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, beliau diberitahu, letupan di sebuah kompleks di Subang Jaya mungkin berpunca daripada 'engineering fault' dan tidak berkaitan dengan soal keselamatan.

NONE"Saya diberitahu, ia (akibat) engineering fault, dan bukan berkaitan keselamatan," katanya.

Sehubungan itu, katanya, kerajaan Selangor akan memantau perkembangan insiden itu yang menyebabkan empat orang cedera.

Petang ini juga, katanya, beliau sendiri akan turun padang bertemua dengan pemilik dan penyewa di Empire Gallery, Subang Jaya.

"Kami memantaunya tapi tiada 'nilai tambah' yang kami boleh tawarkan. Perkara ini diuruskan oleh bomba, pihak polis dan juga pihak berkuasa tempatan Subang Jaya," katanya. dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat exco di Shah Alam sebentar tadi.

NONEKejadian jam 3.40 pagi itu turut menyebabkan kerosakan teruk beberapa premis termasuk rangkaian cafe terkenal dengan bumbung dan kaca beberapa premis lain runtuh dan pecah.

Mereka yang cedera itu terdiri daripada dua pengawal keselamatan rakyat Nepal dan dua pelanggan rakyat tempatan yang masing-masing cedera di tangan dan kaki.

Sementara itu, bercakap dalam sidang media sama, exco perumahan negeri Iskandar Samad menafikan dakwaan bahawa tiada rumah kos rendah dibina sejak Pakatan menawan Selangor pada 2008.

Sebaliknya, tambahnya, sebanyak 12,009 unit kini dalam pembinaan dan 9,645 lagi telah mendapat kebenaran merancang untuk dibina (mesti dibina dalam dua tahun).

azlanMenurut statistik yang diedarkannya kepada media, setakat ini seramai 13,436 rakyat Selangor di kesemua sembilan daerah di negeri itu masih menunggu tawaran setelah memohonnya sebelum ini.

Sebelum ini, MCA Selangor dilapor membidas kerajaan Selangor yang didakwa gagal membina rumah kos rendah di negeri itu sepanjang tiga tahun memerintah.

Pengerusinya, Datuk Donald Lim Siang Chai berkata, sedangkan di kawasan Parlimen Petaling Jaya Selatan sahaja, kerajaan BN telah membina lebih 6,000 unit rumah kos rendah sepanjang 10 tahun lalu

Bom Sg Golok: Seorang lagi rakyat M'sia meninggal

Posted: 28 Sep 2011 05:42 AM PDT

MALAYSIA KINI


Seorang lagi rakyat Malaysia meninggal dunia akibat tragedi letupan bom yang berlaku di Sungai Golok, Thailand, hampir dua minggu lalu, menjadikan jumlah rakyat negara ini yang maut meningkat kepada lima orang.

Chan Yew Soon, 63, yang berasal dari Kampung Kubur Kuda, Kota Bharu, meninggal dunia di Hospital Hadyai, Songkhla, selatan Thailand jam 7.30 pagi waktu tempatan.

Adik mangsa, Chan Yew Fatt, 44, berkata mendiang abangnya itu mengalami kecederaan parah dalam tragedi letupan bom pada 16 September lalu dan dimasukkan ke Hospital Hadyai bagi rawatan lanjut.

"Mayat abang saya terlebih dahulu akan dibakar sebelum dibawa pulang ke sini untuk disemadikan.

"Dia cedera parah selepas terkena letupan bom di satu kawasan medan selera berdekatan sebuah tokong," katanya kepada pemberita, di Kota Bharu.

Mendiang merupakan seorang juru pendawai elektrik dan dikatakan ke Sungai Golok atas urusan peribadi.

Sebelum ini, empat rakyat Malaysia termasuk seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun terbunuh dalam siri letupan bom yang dipercayai dilakukan puak pemisah yang turut dikaitkan dengan sindiket dadah di negara jiran itu.

Mereka yang maut dikenali sebagai Wong Kai Sean, 3, datuknya Wong Hong Yep, 64 dan Chan Yau Wing, 52, dari Kelantan manakala Foong Too Keh, 45, dari Pahang.

Kejadian turut mengorbankan seorang rakyat Thailand yang ketika itu dilapor sedang membantu mangsa letupan tersebut.

Datuk dan cucunya yang maut itu berada di Sungai Golok bersama tiga lagi anggota keluarga mereka manakala Foong pula bersama tiga rakannya, dan masing-masing baru selesai menjamu selera sebelum letupan berlaku.

Pihak berkuasa negara itu turut melaporkan 18 lagi rakyat Malaysia adalah antara 60 yang cedera akibat insiden tersebut.

Kesemua mangsa dikejarkan ke Hospital Sungai Golok dan Hospital Hadyai, Songkhla untuk menerima rawatan.

Sementara itu, Konsul Besar Malaysia di Songkhla Mohd Aini Atan ketika dihubungi mengesahkan kematian terbaru tersebut.- Bernama

Isu gereja: Sultan akan bertitah dua, tiga hari lagi

Posted: 28 Sep 2011 05:40 AM PDT

Jimadie Shah Othman


Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, Sultan Selangor sendiri dijangka bertitah berhubung isu pemeriksaan terhadap Gereja Methodist Damansara Utara (DUMC) dalam masa terdekat.

NONEKatanya, setelah menghadap dan membincangkan perkara itu dengan baginda pagi tadi, Sultan Sharafuddin Idris Shah bersetuju memberikan pandangan dan nasihat untuk menyelesaikan isu itu dengan cara terbaik.

"Saya dan juga barisan exco kerajaan negeri tidak akan membuat sebarang ulasan mengenai isu ini bagi menghormati keputusan DYMM Sultan Selangor," katanya.

Bercakap dalam sidang media selepas mempengerusikan menyuarat exco tengah hari tadi, Abdul Khalid berkata, apa pun titah Tuanku, kerajaan negeri akan akur terhadapnya.

NONEBagaimanapun, menteri besar menolak tanggapan bahawa kerajaan negeri tidak mahu campurtangan langsung dalam isu kontroversi itu.

"Kita campurtangan. Tetapi ada adapnya. Baginda ketua agama dan baginda akan memberi titah (berhubung perkara itu)," kata Abdul Khalid.

Beliau juga enggan menjelaskan kandungan laporan lengkap yang diserahkan padanya oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) minggu lalu atau membuat sebarang ulasan berkaitan sebelum titah Tuanku Sultan.

Ditanya sama ada titah baginda Sultan akan mempengaruhi keputusan JAIS yang mahu membuat pendakwaan terhadap 12 umat Islam yang terlibat dalam program yang dikaitkan dengan usaha memurtadkan umat Islam, Abdul Khalid enggan membuat sebarang "spekulasi".

"Itu bersifat spekulasi, perbincangan antara saya dan Tuanku bukan untuk pengetahuan umum," katanya lagi.

Anwar: Mengapa Najib, Rosmah mesti jadi saksi?

Posted: 28 Sep 2011 05:35 AM PDT

Hafiz Yatim


Anwar Ibrahim hari ini memfailkan afidavit jawapan berhubung permohonan Perdana Menteri dan isterinya untuk mengketepikan sepina yang disampaikan kepada mereka supaya tampil sebagai saksi pembelaan dalam perbicaraan kes liwat.

anwar sodomy saiful bukhari azlan allegations 290608Dalam dokumen yang ditandatanganinya petang ini di hadapan pesuruhjaya sumpah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Anwar berkata, Datuk Seri Najib Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor diperlukan untuk membantu kes berkenaan.

Ini dikaitkan dengan maklumat yang dibekalkan oleh bekas pembantu Najib, Datuk Khairil Annas Jusoh, ketika diwawancara oleh peguam Anwar semasa proses merakamkan kenyataan daripada saksi-saksi yang berpotensi.

Khairil Annas telah mengesahkan bahawa dia membawa pengadu kes liwat itu, Mohd Saiful Bukhari Azlan untuk bertemu dengan Najib, yang ketika itu adalah timbalan perdana menteri.

"Saya seterusnya menyatakan bahawa saya telah dinasihatkan oleh peguam-peguam saya, nasihat yang saya percayai adalah tepat dan benar, bahawa Datuk Khairil Annas Jusoh telahpun memaklumkan kepada mereka di dalam temuramah tersebut bahawa beliau telahpun membawa pengadu berhumpa dengan pemohon paad 26 Jun 2008 untuk lebih kurang sejam di kediaman pemohon.

NONE"Oleh yang demikian, saya percaya terdapat banyak lagi perkara yang telahpun dibincangkan antara pemohon dan pengadu tersebut semasa pertemuan tersebut yang saya yakin adalah relevan dan materrial kepada pembelaan saya," katanya dalam afidavit itu.

Menurut Anwar lagi, Najib pada mulanya menafikan bertemu dengan Saiful tetapi kemudian menukar pengakuan dan berkata Saiful telah memohon bantuan bagi mendapatkan biasiswa.

Justeru, peguamnya mahu mendapatkan penjelasan lanjut.

Tambahnya lagi, semasa wawancara pada 12 Ogos lalu, Najib dan Rosmah tidak bekerjasama dalam memberikan kenyataan kepada peguamnya.

Anwar, berkata beliau mempunyai hak di sisi undang-undang untuk memanggil saksi dan sehubungan itu mengarahkan peguamnya untuk mensepina Najib dan isterinya.

Tiada ulasan: